P. 1
Sains Tingkatan 1 (BAB 4)

Sains Tingkatan 1 (BAB 4)

|Views: 261|Likes:
Published by HeyDa Bakry
nota
nota

More info:

Published by: HeyDa Bakry on Mar 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/29/2015

pdf

text

original

Kepelbagaian Sumber Bumi

Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang didiami oleh hidupan. Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup adalah sumber yang paling penting di bumi. Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber yang tidak hidup. Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup di bumi.

Air

Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub. Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration).

Udara

Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil atmosfera (atmosphere). Udara mengandungi gas penting yang menyediakan bahan-bahan untuk menyokong kehidupan. Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).

Tanah dan mineral

Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust). Tanah adalah suatu campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma mati, air dan udara.

Bahan api fosil

ulat sutera. Unsur / Elemen Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah (simplest substance). 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak). dan bahan api. Gas asli digunakan dalam industri pembuatan. Emas (gold). bahan pakaian dan bangunan. rotan. Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama. untuk memanas. Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan pada kereta. Benda-benda hidup      Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan dan tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia untuk mendapatkan makanan. Daripada jumlah tersebut. bas.    Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi. Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk menghasilkan elektrik. keretapi. Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu. Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit haiwan (seperti biribiri. Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan pokok getah. Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja. Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan makanan laut dan sayur-sayuran dan buah-buahan. . dll. atau sebagai bahan api kenderaan. casuarina. yang bergabung untuk membentuk molekul. nibung. memasak. gas asli dan arang batu. pokok getah). dan buaya) dan tumbuhan (seperti kapas. dan kapal terbang. manakala 20 dicipta oleh para saintis. Contoh-contoh unsur: 1. Terdapat 112 jenis unsur.

5. Nitrogen. Karbon (carbon). Zink (zinc). Logam 87 jenis logam telah dikenal pasti. Aluminium. semua atom adalah sama. 3. Hidrogen (hydrogen). Oksigen (oxygen). 6. Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum. 4. Besi (iron). 7. 8. Contoh-contoh logam:          Kalium (potassium) Kalsium (calsium) Magnesium Merkuri/raksa (mercury) Natrium (sodium) Perak (silver) Kuprum/tembaga (copper) Platinum Emas (gold) .2. Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (nonmetal).

Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik: 1. sulfur. fluorin. helium. Tetapi. argon. Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul (molecule). selenium. klorin.Bukan Logam 17 jenis bukan logam telah dikenal pasti. . Pepejal (cth: karbon. Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponenkomponennya. terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia. oksigen. krypton. Contoh-contoh bukan logam:           Hidrogen (hydrogen) Oksigen (oxygen) Fluorin (fluorine) Klorin (chlorine) Karbon (carbon) Fosforus (phosphorus) Bromin (bromine) Iodin (iodine) Nitrogen Sulfur (sulphur) Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). neon. Gas (cth: hidrogen. iodin. Cecair (cth: bromin) 3. fosforus) 2. Contoh: Air (water) adalah suatu sebatian. xenon. radon) Sebatian Sebatian (compounds) terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur (element) bergabung secara kimia (combine chemically).

enam atom hidrogen. Karbon dioksida (Carbon dioxide) Komponen: Satu atom karbon. dua atom oksigen. satu atom klorin. .  Natrium klorida (Sodium chloride) Komponen:  Satu atom natrium. Benzena (Benzene) Komponen: Enam atom karbon.

Ammonia Komponen:  Satu atom nitrogen. tiga atom hidrogen. . dengan menggunakan haba yang tinggi (pemanasan) atau menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis). Metana (Methane) Komponen:  Satu atom karbon. Komponen-komponen sebatian tersebut tidak boleh dipisahkan secara fizikal (cannot be physically separated). empat atom hidrogen. sebagai contoh. Air (Water) Komponen: Satu atom oksigen. Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh dipisahkan secara kimia. dua atom hidrogen.

2.Memecahkan (breaking down) sebatian dengan pemanasan 1. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk. titisan air terpeluwap (condense) pada dinding tabung uji. Gula berwarna putih sebelum pemanasan. Kesimpulan: Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk. Pemerhatian: 1. . Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan. Memecahkan sebatian gula (sugar) Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat (heated strongly). Pemerhatian: 1. Memecahkan sebatian merkuri oksida (mercury oxide) Sedikit merkuri oksida (mercury oxide) dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan. 3. 2.

2.2. Kesimpulan: Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Merkuri berwarna perak (silver) terbentuk pada dinding tabung uji. Semasa pemanasan. manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala. Kesimpulan: Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila dipanaskan. Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II) chloride) . P dan Q. Memecahkan sebatian air tulen (pure water) Pemerhatian: Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji. gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q. 2. Memecahkan (breaking down) sebatian dengan elektrolisis 1. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara.

contohnya.Pemerhatian: Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan berbau sengit (pungent smell) dikeluarkan pada elektrod positif. iaitu klorin (gas berwarna kuning kehijauan) dan kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila arus elektrik melaluinya. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan (reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada elektrod negatif. Campuran Campuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau lebih bahan (substances) yang digabungkan secara fizikal (combined physically). dengan mengacau (stirring). Kesimpulan: Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsur-unsurnya. Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not unite) oleh tindak .

Penurasan (Filtration) 10. gula. magnesium. rempah. Air laut Komponen: Natrium klorida. oksigen. Contohnya. kalsium. pengawet. nutrien. sel darah. humus. Penyulingan (Distillation) . air. Makanan ringan Komponen: Garam. Jadi. Tanah Komponen: Air. Campuran heterogen (heterogenous mixture) terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah. gula.balas kimia. Campuran homogen (homogenous mixture) terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. plasma. Air limau Komponen: Garam. Contohnya. mineral. karbon dioksida. limau. Pengayakan (Sieving) 11. pewarna. oksigen. gas lengai (inert gas). tanah gambut. wap air. perisa. serbuk cili. pasir. mikroorganisma. Darah Komponen: Hormon. komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal (physical means). garam. gula. larutan garam biasa dan minuman ringan. garam. air. Penyejatan (Evaporation) 12. Jeruk buah-buahan Komponen: Buah-buahan. gula. o o o o o o o o Udara Komponen: Nitrogen. Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakanproses-proses berikut: 9. udara. tanah liat. Kari Komponen: Santan kelapa. habuk. cuka air. oksigen. kerikil. Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis campuran serta komponennya.

16. Kromatografi (Chromatography) Pengekstrakan (Extraction) Menggunakan magnet (Using a magnet) Pemendakan (Precipitation) Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan (heating). Sebagai contoh. serbuk besi (ferum) dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan. 1 . 15. 14.13.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->