You are on page 1of 18

Program Pembangunan Sukan

Aspek yang dirangkumi dalam program pembangunan sukan adalah seperti berikut: Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran Pembangunan Jurulatih Kenal Pasti Bakat Pembangunan Atlet

1. Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran


Program pembangunan sukan melibatkan aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran. Terdapat pelbagai tujuan bagi pembangunan sukan. Antaranya adalah melaksanakan program pembangunan sukan dari peringkat akar umbi secara menyeluruh ke semua daerah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan secara berterusan dalam jangka masa panjang. Bukan itu sahaja, pembangunan sukan juga bertujuan untuk melahirkan atlet remaja yang berpotensi dan layak untuk mewakili negeri dalam kejohanan SUKMA dan seterusnya mewakili negara. Pembangunan sukan bukan sahaja menitikberatkan tentang pembangunan atlet semata-mata, malah ia juga menjurus kepada pembangunan jurulatih dan pegawai sukan di mana ia bertujuan untuk melahirkan pegawai sukan dan jurulatih yang berkualiti serta lebih efisen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pembangunan sukan juga akan memantau perlaksanaan program latihan yang dijalankan di setiap pusat latihan. Di dalam aspek perancangan, objektif utama program pembangunan sukan adalah memberi penekanan terhadap penambahbaikan institusi dan organisasi bagi meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Terdapat tiga teras strategik dalam pembangunan sukan. Berikut merupakan tiga teras strategik yang digariskan dalam pembangunan sukan.

Teras Strategik dalam Pembangunan Sukan

1. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan.

2. Membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan.

3. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Berdasarkan pengisian yang telah disampaikan oleh pihak Kompleks Belia dan Sukan, terdapat pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan telah dianjurkan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Berdasarkan sesi soal jawab yang dijalankan, antara aktiviti yang dijalankan oleh Kompleks Belia dan Sukan adalah aktiviti di ibu pejabat, program-program sukan, program belia untuk pembangunan sosial dan bengkel/kursus ekonomi. Mereka menyatakan bahawa program-program ini terbuka kepada belia dan masyarakat. Mereka mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan masyarakat untuk membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan masyarakat Malaysia selaras dengan teras kedua yang digariskan dalam pembangunan sukan. Secara umumnya, program pembangunan sukan merangkumi pembangunan atlit, jurulatih dan kepegawaian. Antara program yang dijalankan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak adalah Program Pusat Cemerlang, Program Sukan Pilihan, Penganjuran pelbagai kursus yang meliputi aspek urusan sukan dan sains sukan dan Bantuan Klinik Kejurulatihan dan Kem Bakat untuk atlit. MSNS merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program sukan berprestasi tinggi. MSNS dan persatuan-persatuan Sukan Negeri bekerjasama untuk mengendalikan dan

melaksanakan program-program pembangunan sukan khususnya Program Pusat Cemerlang. Bukan itu sahaja, MSNS juga menyediakan peruntukan kewangan dan memberi bantuan dalam hal-hal penyediaan jurulatih sepenuh masa dan jurulatih asing, bantuan latihan, peralatan sukan, pendedahan dan penyertaan dalam pertandingan. Pengarah MSNS, Francis Nyurang Ding menegaskan bahawa persatuanpersatuan sukan perlu bekerjasama dengan pihak mereka bagi mengenalpasti sukansukan yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Berikut merupakan kenyataan beliau yang menyatakan bahawa tanggungjawab ke arah pembangunan sukan merupakan tanggungjawab yang harus dipikul bersama: Program pembangunan sukan menuntut kerjasama erat antara MSNS dan persatuan persatuan sukan dalam negeri. Ini kerana tanggungjawab kita lebih kepada menyediakan fasiliti serta latihan kepada para atlet. (Sumber: Utusan Borneo, 4 Oktober 2012)

Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa pentingkan kerjasama daripada MSNS dan persatuan sukan dalam negeri. Kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak ini akan dapat merealisasikan visi MSNS. Memandangkan visi MSNS adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai Kuasa Sukan di Malaysia, MSNS perlu memainkan peranan yang proaktif dalam pembangunan sukan di Negeri Sarawak. Berdasarkan pengisian yang disampaikan oleh pihak MSN, aspek-aspek seperti peningkatan ilmu dan kemahiran, latihan, penggubalan strategi, taktik, kaedah dan sistem perlaksanaan program-program sukan sangat dititikberatkan. Bukan itu sahaja, bagi tujuan pembangunan sukan, pihak MSNS menjalankan penyelidikan sukan dan kajian secara mendalam. Di bawah aspek pengelolaan, kemudahan-kemudahan sukan akan ditingkatkan. Sebilangan kemudahan sukan yang sudah sedia ada di peringkat negeri

dan daerah juga akan dinaik taraf di bawah program pembangunan sukan. Bukan itu sahaja, inisiatif untuk membuat penyelenggaraan dan penjagaan kemudahan turut diusahakan di samping membuat penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai

penggunaan kemudahan tersebut. Sesungguhnya, langkah ini diaplikasikan oleh pihak Kompleks Belia dan Sukan. Kami difahamkan bahawa mereka akan menyelenggara segala kemudahan secara berkala. Bukan itu sahaja, kemudahan-kemudahan seperti gelanggang bola keranjang, bola jaring, badminton, futsal, dewan serbaguna dan kolam renang akan sentiasa dijaga dari segi kebersihan. Prosedur penggunaan kemudahan di sini adalah mengikut waktu operasi dan dibuat menerusi sistem tempahan. Tempahan juga boleh dijalankan secara dalam talian di samping membuat tempahan di kaunter pejabat Kompleks. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk menyelenggara segala kemudahan yang terdapat di sini. Di gimnasium pula, kami difahamkan bahawa setiap alat yang terdapat di gimnasium merupakan tanggungjawab pihak jurulatih yang bertugas. Setiap kerosakan akan direkodkan dan akan digantikan dengan alat atau kemudahan yang baru sekiranya terdapat peruntukan daripada pihak atasan. Dalam proses penyeliaan atlet pelapis, usaha akan digiatkan untuk menyediakan lebih ramai atlit muda melalui bagi menyertai pertandingan latihan dan pada peringkat

antarabangsa

program

kejurulatihan

yang sistematik. Menurut soal jawab yang dijalankan dengan pihak gimnasium di MSN, mereka menyediakan program latihan kepada para atlet dengan berpandukan jadual yang dibuat oleh pihak persatuan. Para atlet akan dilatih secara berkumpulan mengikut kemampuan dan ketahanan diri mereka. Mereka akan dibimbing oleh jurulatih yang juga merupakan bekas-bekas atlet. Ternyata pihak MSN menyediakan tenaga jurulatih yang benar-benar berkelayakan dan bertauliah. Kami difahamkan bahawa ada di antara jurulatih merupakan bekas atlet lompat tinggi, wushu, tinju, angkat berat, lompat jauh dan sebagainya. Dari segi pembangunan sukan sekolah pula, pihak MSN berkolaborasi dengan pihak sekolah bagi membimbing murid-murid yang berbakat dalam sukan. Mereka menggunakan pendekatan yang lebih bersistem di mana proses mengenalpasti dan menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah dijalankan bagi mewujudkan asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi. Bukan itu sahaja, lebih ramai guru pendidikan jasmani akan

ditempatkan

di

sekolah

rendah

manakala

mata

pelajaran

olahraga

dan

gimnastik pula dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Program pembangunan sukan sekolah juga diperkukuhkan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada, membina sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa dan penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah juga digalakkan untuk menganjurkan aktiviti selepas waktu sekolah agar pelajar berpeluang untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang berkelayakan. Bukan itu sahaja, akses bagi kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan. Kompleks Belia dan Sukan menyediakan kemudahan kepada para pelajar sekolah. Pada hari lawatan tersebut, pihak Kompleks turut dikunjungi oleh pihak sekolah yang menggunakan kolam renang untuk tujuan pengajaran. Pihak gimnasium MSN juga menawarkan perkhidmatan bimbingan kepada orang umum. Hal ini memantapkan lagi penglibatan umum dalam sukan. Program kejurulatihan juga akan ditingkatkan. Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program pembangunan yang atlet manakala akan bekas atlet digalakkan dan atlet untuk sedia ada

berpengalaman

mengikuti

latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih. Menurut pihak gimnasium MSN, mereka akan dihantar untuk mengikuti seminar dan kursus kejurulatihan bagi meamntapkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut. Pada peringkat pentadbiran pula, badan yang bertanggungjawab dalam

pembangunan sektor sukan adalah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Pertubuhan dan Persatuan Sukan. Antara aspek yang diberi penekanan dalam pembangunan sukan adalah sekolah kerajaan dan sekolah swasta, Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) dan Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM), pengurusan, kejurulatihan, kemudahan sukan, yayasan sukan, intensif dan biasiswa.

Bagi MSNS, hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran diawasi oleh dua badan yang bertanggungjawab untuk mengawasi, mengawal dan melaksanakan perkara ini. kedua-dua badan tersebut adalah Majlis dan Jawatankuasa Pengurusan. Majlis merupakan Jawatankuasa Tertinggi yang mengawal dan mengawasi hal ehwal MSNS. Ia dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan anggotanya terdiri daripada agensiagensi yang terlibat dalam pembangunan sukan. Persatuan-persatuan sukan pula diserapkan sebagai gabungannya. Jawatankuasa Pengurusan pula bertanggungjawab untuk membantu

mengendalikan hal-ehwal berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran MSNS. Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa ini dilantik oleh Pengerusi Majlis. Seorang Pengarah serta beberapa orang kakitangan lain yang telah dilantik akan membantu jawatankuasa ini untuk mengendalikan urusan dan pentadbiran harian MSNS.

2. Pembangunan Jurulatih
Institut Sukan Negara (ISN) merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara. Selain itu, salah satu objektif ISN yang menjurus kepada pembangunan jurulatih adalah membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih. Antara misi MSNS yang menjurus kepada pembangunan jurulatih adalah untuk melatih dan menghasilkan tenaga pengurusan dan jurulatih sukan yang bertaraf antarabangsa. Justeru, pihak MSN memastikan bahawa para jurulatih akan dihantar untuk mengikuti kursus dan seminar kejurulatihan. Di ISN pula, para jurulatih akan mengikuti kursus kejurulatihan anjuran MSN pada setiap tahun. Kami juga difahamkan bahawa para jurulatih di MSN merupakan atlet kebangsaan. Oleh yang demikian, agensi sukan telah mengenal pasti jurulatih yang berkelayakan untuk memberi latihan yang teratur kepada para atlet.

Pihak MSN juga telah memilih calon jurulatih yang benar-benar berminat dalam bidang sukan. Menurut kenyataan daripada seorang jurulatih kebangsaan di gimnasium MSN, beliau menyatakan bahawa sukan dan dirinya memang tidak dapat dipisahkan. Beliau amat gembira kerana dapat memberi sumbangan dari segi kejurulatihan kepada para atlet. Pihak jurulatih yang dipilih juga mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi.

3. Kenal Pasti Bakat


Kenal pasti bakat atau juga dikenali sebagai Talent Identification Device(TID). Ianya bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi pelapis untuk mewakili negara dalam sukan. Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan mengadakan suatu program khas yang diadakan dipusat-pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia. Program ini diadakan bagi melalui beberapa ujian yang dilaksanakan oleh MSN dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Cara keduanya ialah pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN) serta seterusnya ke peringkat kebangsaan (MSSM). Mereka yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12 tahun. Pemilihan pemain merupakan satu proses yang amat penting dan sukar. Seseorang jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dengan pemain yang tidak baik. Kewujudan kumpulan pemain yang baik tetapi tidak sesuai merumitkan lagi proses pemilihan. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah, malah menghapuskan peluang pemain yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan maju.

1. Pemilihan Atlet
i. Pemilihan Berstruktur

Satu pelan perlu dirancang untuk menentukan struktur atau peraturan pemilihan pemain dijalankan secara adil dan hanya pemain yang benar-benar sesuai dipilih. Para pemain yang terlibat dalam proses pemilihan perlu diberitahu terlebih dahulu tentang prosedur yang akan diambil supaya mereka dapat bersedia dari segi psikologi. Proses pemilihan pemain melibatkan pemilihan objektif dan subjektif.

ii.

Pemilihan Objektif

1.

Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet perlu dinilai termasuk pemerhatian terhadap kemahiran istimewa yang dimiliki atlet. Misalnya dalam sukan badminton, kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti membuat servis, pukulan drive, pergerakan digelanggang dan smesy.

2.

Tahap kecergasan atlet adalah penting dalam aspek pemilihan. Oleh itu komponen kecergasan berasaskan kemahiran atlet perlu diuji supaya jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih dalam aspek ini.

3.

Kesesuaian seseorang atlet untuk bermain dalam permainan individu atau berpasukan perlu diberi pertimbangan. Permainan berpasukan memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan sepasukannya. Selain itu, umur dan pengalaman atlet juga merupakan

kriteria pemilihan yang penting. iii. Pemilihan Subjektif 1. Bergantung kepada penilaian peribadi jurulatih terhadap seseorang atlet. Pemerhatian terhadap sifat atletnya seperti sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat, gigih, mudah menyesuaikan diri dan tidak sombong semasa sesi latihan dapat memberi gambaran subjektif yang menyeluruh kepada jurulatih berkenaan seseorang atlet. Seseorang pemain mungkin mempunyai tahap kemahiran yang tinggi tetapi sentiasa menimbulkan masalah dan memberi pengaruh yang tidak baik kepada ahli lain dalam pasukan tersebut. 2. Jurulatih juga boleh menggunakan saluran lain seperti melihat rekod peribadi atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan yang mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai atlet tersebut.

2. Identifikasi Bakat
Bakat seseorang atlet sebenarnya dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat pelbagai dimensi, bakat satu sukan dan bakat dalam pelbagai sukan (Brown, 2001). Jadual 1 di bawah menunjukkan jenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu, manakala Jadual 2 menunjukkan sembilan ujian teras yang dapat dijalankan untuk tujuan identifikasi bakat.

Jadual 1

Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet

berdasarkan faktor prestasi tertentu Faktor Prestasi Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan - Ketinggian Struktur tubuh badan - Jarak rentang lengan - Ketinggian semasa duduk - Jism badan - Masa tindak balas Tindak koordinasi balas dan - Keupayaan menangkap - Keupayaan membaling - Penglihatan konvergen - Persepsi dalaman Penglihatan - Penglihatan Pinggiran - Mata dominan - Dirian bangau Kestabilan - Pusingan bangau -Balingan bola - Bangun tubi Kekuatan dan kuasa - Balingan beban (peluru 3 kg) - Lompatan menegak

Kelajuan

dan -Lari pecut 40 m - Pemulihan pecutan

keupayaan memulihkan pecutan Ketangkasan

-Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan) - Daya tahan crunch

Daya tahan

- Tekan tubi - Lari ulang-alik - Larian 800 m -Duduk berjangkau

Kelembutan - Ekstensi belakang - Skala 1 Mental - 5 terhadap lima faktor - Inventori Eysencks Personality

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

Jadual 2 Ujian sembilan teras untuk tujuan identifikasi bakat

Faktor Prestasi Struktur tubuh badan

Ujian teras identifikasi bakat 1. Ketinggian 2. Jarak rentang lengan 3. Ketinggian semasa duduk 4. Jisim badan

Kekuatan dan kuasa

5. Balingan beban (peluru 3 kg) 6. Lompatan menegak

Kelajuan Ketangkasan

7. Lari pecut 40 m 8. Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan)

Daya tahan

9. Larian ulang-alik atau larian 800 m

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

4. Pembangunan atlet
Kejayaan sukan bagi sesebuah negara adalah bergantung terhadap

perancangan yang baik dan berkesan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet, prasarana sukan dan pelbagai kemudahan yang lain.

Kalau dilihat dari segi pembangunan atlet, negara kita juga tidak ketinggalan dalam mencari bakat dari akar umbi iaitu semenjak di bangku sekolah rendah lagi, seterusnya berterusan ke sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya lagi. Dalam hal ini, panel jurulatih terbaik yang dilantik sama ada di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan, haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti bakat-bakat yang terbaik agar tidak terlepas pandang terhadap atlet sukan yang berbakat. Untuk itu pembangunan atlet yang telah terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang terancang samada dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya lagi.

1. Merancang program latihan Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Seorang jurulatih seharusnya merancang program latihan dengan memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti teknik permainan (kemahiran sukan), taktik permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi serta pengetahuan permainan (termasuk undang-undang permainan).

2. Bentuk program latihan Terdapat dua bentuk program latihan, iaitu program latihan jangka pendek yang mengambil masa kurang daripada dua tahun dan program latihan jangka panjang yang mengambil masa antara dua hingga empat tahun.

3. Latihan kemahiran psikologikal (LKP) LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan

kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan.

4. Pemakanan atlet Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik.

5. Sahsiah Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya amat menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap atlet.

6. Kerangka program latihan Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat periodisasi. Periodisasi boleh dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses pembahagian pelan tahunan kepada beberapa

fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang dapat dijalankan secara teratur. Tujuan kerangka program latihan adalah untuk memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya periodisasi, jurulatih akan berasa lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program latihan membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. Ini juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan oleh jurulatih terhadap atlet yang dilatih. i. Fasa-fasa latihan

Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitaran makro dan kitaran mikro serta mempunyai matlamat yang berbeza.

Fasa persediaan Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu persediaan umum dan persediaan spesifik. Fasa persediaan umum memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan bagi persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah sederhana (40% - 70%). Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu. Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa persediaan umum. Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 10 minggu. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan.

Fasa pertandingan Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu pra-pertandingan dan pertandingan. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa pertandingan adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini dilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa serta daya tahan otot. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan diperlukan bagi fasa ini. Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu dikurangkan. Jangka masa bagi fasa pertandingan bergantung kepada format pertandingan.

Fasa transisi Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. Jangka masa fasa masih bergantung kepada pertandingan. Rehat aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan program dan merancang sesi latihan yang akan datang.

ii.

Isipadu

Isipadu adalah jumlah kerja atau aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh seseorang atlet.

iii.

Intensiti Latihan

Intensiti latihan merujuk kepada kualiti kerja yang yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (repitition maxsimum). Intensiti rendah tidak meningkatkan tahap kecergasan. Intensiti terlalu tinggi mengganggu proses pembangunan

kecergasan kecederaan. Terdapat komponen-komponen yang diberi keutamaan mengikut fasa. Komponenkomponen tersebut adalah latihan atau pembinaan fizikal, latihan atau pembinaan psikologi, latihan atau pembinaan teknikal (kemahiran) dan latihan atau pembinaan taktikal (strategi). Penekanan kepada komponen-komponen ini diberi mengikut kitaran latihan. Jurulatih perlu memahami konsep-konsep isipadu, intensiti dan rehat supaya program yang dirancang menghasilkan kualiti pada akhir latihan.

Kesimpulan
Keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa program pembangunan sukan yang terancang melibatkan pembanguan jurulatih, pengenalpastian bakat dan juga pembangunan atlet merupakan satu program terancang yang di susun secara sistematik agar dapat memenuhi keperluan negara dalam melahirkan jaguh sukan untuk mewakili negara hingga ke peringkat dunia. Keutamaan bakat muda bermula dari peringkat agar umbi haruslah dikenal pasti, dipupuk dan dibentuk sebaik mungkin. Semua pihak perlulah memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada semua untuk mereka fahami. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu dalam merealisasikan hasrat ini.

You might also like