KREATIVITI DAN INOVASI

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KSSR

KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

ISBN.. Aras 4-8. 62600 Putrajaya Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Malaysia. Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Ketiga 2012 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel. fotokopi. rakaman. Kementerian Pelajaran Malaysia... mekanik.Copyright © 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik. atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum. Bahagian Pembangunan Kurikulum KREATIVITI: Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran/Bahagian Pembangunan Kurikulum. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. memelihara satu cara hidup demokratik. rakyat Malaysia.RUKUNEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut. MAKA KAMI. menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

berketrampilan. berakhlak mulia. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . rohani. berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. emosi dan jasmani. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai KATA PENGANTAR kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran (BPK) telah keluarga. membangunkan modul Kreativiti: Pembangunan dan masyarakat dan negara.

4.4 Fasa Tindakan Alat Berfikir Metakognisi Matlamat Objektif Kreativiti Inovasi Model Kemahiran Berfikir 2. BAB 2 Pembangunan Kreativiti 2.5.2 2.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah 3.1.1.2.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstriktivisme 3.1 Model Proses Kreatif Terarah 2.1 Fasa Persediaan 2.1.2 Indikator Kreativiti dan Inovasi dalam Mata pelajaran Contoh Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Mata Pelajaran RUJUKAN PANEL PENYUMBANG KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .1.3. 1.4.KANDUNGAN BAB 1 Kreativiti dan Inovasi 1.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Fokus Pengajaran dan Pembelajaran Membuat 3.3 BAB 3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 3.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan 3. 1. 1.1.1.2 BAB 4 Indikator Kreativiti dan Inovasi 4. Aplikasi Proses Kreatif Terarah 3.1.1.1.1.3 Fasa Perkembangan 2. 1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Keputusan 3.2 Fasa Imaginasi 2.

.

kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. dan x sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea. Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid: x suka menyoal dan mencari jawapan. x meneroka idea. tindakan dan hasil. Individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara.1 MATLAMAT Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. x menjangka peristiwa yang akan berlaku. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1 . 1. x berfikir secara lateral. Dalam konteks pendidikan. x membuat hubung kait.1 KREATIVITI & INOVASI MATLAMAT OBJEKTIF KREATIVITI INOVASI MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. x membuat spekulasi tentang kemungkinan.

ii.1. membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian. Yayasan Inovasi Malaysia. inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan. beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. 2010 2 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih. iv. v. kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. 1. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea. dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’.4 INOVASI Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.2 OBJEKTIF Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid: i. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti. kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. maka ianya adalah idea semata-mata. walaupun ianya idea nakal. iii. Oleh itu. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif.3 KREATIVITI Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. 2010 1. Yayasan Inovasi Malaysia. Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea.

mengumpul dan mengkelas .membuat hipotesis .menyusun ikut keutamaan .menganalisis .membuat kesimpulan KREATIF .membuat urutan .Membuat keputusan .mengesan kecenderungan . KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3 .mencirikan .menjana idea . Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.mensintesis .menghubung kait .1.5 MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis.mengitlak STRATEGI BERFIKIR/ ST / METAKOGNITIF .membuat gambaran mental - - KREATIVITI INOVASI Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea.membuat inferens .membanding beza . kemahiran berfikir kreatif dan kemahiran menaakul.menilai . Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.Mengkonsepsi . BERFIKIR MENAAKUL KRITIS Logik Rasional . Perkaitan kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.Menyelesaikan masalah .1. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.meramal .

data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan. Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. 4 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Proses penaakulan akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional.Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian.

2. Penjanaan idea b. Sintesis idea 3. Amalan berterusan KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 5 . Perkembangan a. Pelaksanaan b. Imaginasi a.2 PEMBANGUNAN KREATIVITI MODEL PROSES KREATIF TERARAH ALAT BERFIKIR Pembangunan kreativiti melalui kurikulum persekolahan memerlukan model spesifik yang dapat diaplikasikan dalam semua disiplin ilmu. Persediaan a. Analisis 2.E. P. Empat fasa tersebut ialah: 1.1 MODEL PROSES KREATIF TERARAH Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa.(1997) sebagai panduan untuk guru melaksanakan P&P yang kreatif dan inovatif. Buku ini menggunakan kerangka model proses kreatif terarah yang diubahsuai daripada Plsek. Penambahbaikan b. Tindakan a. Menilai 4. Persediaan b.

(1997) 6 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . E..1 Pemerhatian Analisis Penjanaan Idea Sintesis Idea Pelaksanaan Amalan berterusan Penambahbaikan Menilai 2 4 3 Rajah 2 : Model Proses Kreatif Terarah Diubahsuai daripada Plsek P.

sentuhan. Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta dan maklumat Analisis Menganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 7 . instrumen atau spesimen dengan betul Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai Mengenal pasti ciri objek.1. perkataan. ayat atau teks secara menyeluruh Menggunakan alat. bahan. pendengaran.2. radas. instrumen atau spesimen yang sesuai Mengendalikan alat. situasi atau fenomena dengan tepat Mendapatkan makna dengan betul Mengenal pasti objek. situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa Mengkaji kesan baik dan kesan buruk Mengimbas kembali idea. x x x x x x x x x x x x x x x x Indikator Menggunakan deria penglihatan. radas.1 Fasa Persediaan Jadual 1: Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan Fasa Persediaan Kemahiran Utama Pemerhatian Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat. rasa atau bau Menumpukan pemerhatian kepada objek. bahan.

1. lagu. membuat pengitlakan dan membina tajuk. puisi.2 Fasa Imaginasi Jadual 2: Indikator Proses Kreatif Fasa Imaginasi Fasa Imaginasi Kemahiran Utama Penjanaan idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara x x x x x Sintesis idea Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu x x x x x x Indikator Menghasilkan idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik) Menghasilkan idea secara berterusan Menghasilkan idea yang bermakna Mencari hubung kait. laporan dan lakaran Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan Membuat keputusan tentang sintesis akhir Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan Membuat refleksi yang berterusan 8 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . karangan.2. binaan. muzik. rajah. Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik – lukisan. gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada Membuat kesimpulan. kraf. peta.

3 Fasa Perkembangan Jadual 3: Indikator Proses Kreatif Fasa Perkembangan Fasa Perkembangan Kemahiran Utama Penambah baikan Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan x x x x x Indikator Menokok tambah idea Mengubah suai idea Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan Memberi pelbagai kategori atau aspek Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara x x x x Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea Menyatakan kekuatan dan kelemahan. kebaikan dan keburukan.2. kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu Membuat wajaran dengan betul Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 9 .1.

2.4 Fasa Tindakan Jadual 4: Indikator Proses Kreatif Fasa Tindakan Fasa Tindakan Kemahiran Utama Pelaksanaan Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau menghasilkan prototaip x x x Indikator Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain.1. idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil Amalan berterusan Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif x x x Peka kepada perkara di sekeliling Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah. kesilapan dan kelemahan Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan 10 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .

com/concept_maps.com/2009/ yang berguna untuk merancang penulisan 02/using-fishbone-organisers-in-ourkarangan.n8w.com.html http://www. Berikut adalah contoh alat berfikir yang boleh digunakan: Jadual 5 : Contoh Alat Berfikir Alat Berfikir Huraian Laman sesawang (contoh) Istilah (Glossary of terms) Alat berfikir dari A – Z dan strategi serta modal pembelajaran.h dikembangkan bagi menunjukkan idea yang tm berkaitan sebagai cabangnya Alat berfikir lateral. http://www.enchantedlearning.lionden.co.htm l http://www. memahami. menilai dan mencipta Alat yang keputusan.ht ml Taksonomi Bloom (Bloom's taxonomy) Alat yang digunakan untuk mengelas soalan dan http://www.2 Alat berfikir Bagi memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan.mapthemind.au menganalisis.thinkingprocess.co visual.docstoc.itcpublications.debonothinkingsystems. proses berfikir yang teratur dan sistematik perlu diaplikasikan. mengaplikasi. Alat http://swellresearch.com/glossary. Penerangan : Apa? Mengapa digunakan? Bagaimana digunakan? http://www.uk/model/ improvement/tools/pdf/fishbone. menghubungkan sebab dengan http://www.pdf Sebab dan Akibat (Cause and effect) Peta Konsep (Concept map) Peta grafik yang bermula dengan idea utama dan http://www.wikispaces.com/thinkingma ps/themaps/multiflow/index.com/ tools/6hats.pegasuscom. Dalam melaksanakan proses tersebut penggunaan alat berfikir yang bersesuaian dapat mencapai hasil yang dihasratkan. school.com/wp/1937 aktiviti berdasarkan 6 tahap pemikiran iaitu mengingat.com/grap hicorganizers/flowchart/ http://www.com/docs/4201940/L Alat untuk mengurus dan mengelas maklumat otus-Diagram yang banyak secara sistematik.2.htm Enam Topi Pemikiran De Bono (De Bono's Six Thinking Hats) Grafik (Graphing) Carta Tulang Ikan (Fishbone diagram) Carta Lotus (Lotus diagram) Alat untuk menyampaikan maklumat secara http://cooltoolsforschools. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 11 . m/Creativity+Tools Alat untuk mengenalpasti sebab dan akibat. untuk menggalakkan pemikiran http://www.blogspot.

12 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .itcpublications.com/grap atau isu yang menyokong atau membantah hicorganizers/flowchart/ sesuatu hujah.Peta Minda (Mind map) Alat yang menggunakan gambar. Alat yang membantu dalam membuat keputusan.com/thinking_t apa yang dilihat. Membantu ool_tmplts_y_chart dalam menjelaskan konsep dan idea. warna. http://www. http://www.com/grap hicorganizers/flowchart/ Peta Pemikiran (Thinking maps) Carta Y (Y chart) Alat sumbangsaran yang digunakan berdasarkan http://www.com/Tony-Buzan-srekabentuk dan corak untuk menyampaikan Mind-Mapping-Thle-Ultimate-Thinkingsesuatu konsep atau idea Tool Kekuatan – Kelemahan – Peluang – Ancaman http://www. visual. dirasa dan dijangka.enchantedlearning.enchantedlearning.toolkitforthinking.squidoo.com/criticalthinking/swot-analysis SWOT Carta T (T Chart) Alat yang digunakan untuk menyenaraikan idea http://www.

3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pelaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Dalam membangunkan kreativiti. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Jadual 6 : Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Persediaan ƒ Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada Imaginasi ƒ Penstrukturan idea ƒ Meneroka ƒ Menjelas ƒ Konstruk idea baru Perkembangan ƒ Penjelasan lanjut ƒ Aplikasi idea Tindakan ƒ Penilaian ƒ Kaji semua perubahan idea ƒ Penyiasatan lanjutan KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 13 . terdapat beberapa strategi P&P yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara strategi P&P yang boleh digunakan ialah: x x x x x Konstruktivisme Inkuiri penemuan Pembelajaran berasaskan masalah Membuat keputusan Pembelajaran berasaskan projek 3.1 Aplikasi Proses Kreatif Terarah 3.

2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Jadual 7 : Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Persediaan ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ Imaginasi Perkembangan ƒ Menguji hipotesis Tindakan ƒ Membuat kesimpulan ƒ Melapor ƒ Dokumentasi ƒ Mentaksir Memerhati Menciri Mengelas Menyoal Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis 3.3.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah Jadual 8: Strategi Pembelajaran Pembelajaran Berasaskan Masalah Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Masalah Persediaan ƒ Mengenal pasti masalah ƒ Menjelaskan masalah Imaginasi ƒ Mencari alternatif penyelesaian ƒ Mencari penyelesaian Perkembangan ƒ Melakukan operasi ƒ Menilai penyelesaian masalah Tindakan ƒ Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat 14 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .1.1.

1.4 Aplikasi dalam Keputusan Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Jadual 9: Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Membuat Keputusan Persediaan ƒ Mengumpul maklumat ƒ Mengenal pasti matlamat ƒ Mengenal pasti alternatif ƒ Menganalisis alternatif Imaginasi ƒ Meramal ƒ Menyusun alternatif ƒ Pemilihan alternatif Perkembangan Tindakan ƒ Menilai ƒ Membuat alternatif yang keputusan dipilih ƒ Membuat rumusan 3.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Jadual 10: Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Projek Persediaan ƒ Tinjauan berfokus/ berstruktur ƒ Penyoalan Imaginasi ƒ Meneroka ƒ Merancang ƒ Meramal Perkembangan ƒ Meneroka ƒ Mencari maklumat ƒ Membuat prototaip Tindakan ƒ Menganalisis maklumat ƒ Merumus ƒ Mentaksir ƒ Melapur ƒ Dokumentasi ƒ Menguji prototaip KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 15 .3.

. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan. perkembangan dan tindakan.3.? Bagaimana anda pasti? Bagaimana anda mendapat idea sedemikian? Persediaan 16 Menyediakan situasi/konteks pembelajaran yang bermakna.2 FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam P&P. Jadual 11 : Fokus Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Fokus Guru Terarah Mewujudkan kesedaran. Mengenal pasti tahap kefahaman murid. Menyediakan minda murid untuk aktiviti dan tugasan akan datang.. minat dan perasaan ingin tahu murid. Fokus Murid Membuat pemerhatian secara aktif. pengetahuan dan pengalaman. Menghubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Menyampaikan idea individu. Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Apakah yang dimaksudkan dengan…? Beritahu secara lanjut tentang. Mengesan miskonsepsi/salah tanggap yang wujud. Jadual 11 memperlihatkan setiap fasa Model Proses Kreatif Terarah tersebut dengan merujuk kepada fokus P&P berasaskan kepada contoh soalan atau rangsangan.? Apa yang buat anda berfikir sedemikian. imaginasi. Sampel soalan itu boleh merupakan soalan yang dikemukakan oleh guru kepada murid atau soalan oleh murid sendiri bagi menggerakkan pemikiran kreatif mereka. Orientasi idea.

Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep atau pemahaman..? Imaginasi Membangunkan asas pengalaman bagi Bagaimana anda tahu jika.? Apa anda akan buat jika. Meneroka dan menyiasat soalan murid. Apa yang diperlukan untuk tahu lebih lanjut tentang. Mentafsir maklumat/ bukti dan menjelaskan konsep/ fenomena/idea. Menguji dan membahaskan idea murid. Membandingkan penjelasan murid/kumpulan. Mengapa anda Membina asas menggunakan kaedah/ kepada pengalaman cara/teknik tersebut? yang selari untuk membantu mereka Bagaimana anda dapat idea dalam proses tersebut? perkongsian dan berkomunikasi..? Membina idea baru.. Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti yang dikumpul.. Fokus Murid Melibatkan secara langsung dengan fenomena/bahan/ konsep/alat..? Bagaimana anda boleh. Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka. Memperkenalkan alat berfikir yang sesuai.? sesuatu konsep/ fenomena. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 17 . Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Bagaimana anda akan.Fasa Fokus Guru Terarah Menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea. Mengemukakan soalan/masalah untuk mencetus dan menjana idea murid..

Menyelesaikan tugasan.. Apa lagi yang perlu Membuat hubung diketahui.. Fasa Terarah Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan/Penaakulan Tindakan Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman. Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru.? kait pelbagai konsep yang berkaitan. Mempersembahkan hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk. Apakah cara lain untuk mempersembahkan hasil tugasan anda/ saya? Adakah anda/saya berpuas hati dengan hasil kerja anda/saya? Apakah kemahiran/ pengetahuan baru yang anda/saya peroleh? Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah/tugasan anda/ saya? 18 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . peta Apa akan berlaku jika…? minda dll). Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk Aplikasikan memastikan…? pemahaman dengan aktiviti harian.. grafik. kemahiran dan sikap.Perkembangan Fasa Fokus Guru Terarah Mewujudkan situasi/konteks baru untuk menguji kefahaman Fokus Murid Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Membina semula dan Bagaimana anda memberi penjelasan mengesahkan/ lanjut /kefahaman membuktikan…? dalam pelbagai mod (bertulis.

bahasa isyarat dan tulisan. x Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan. x Meneroka cara muzik boleh digabung dengan bentuk kesenian lain dan disiplin mata pelajaran yang lain. improvisasi dan persembahan murid: x Mengaplikasikan pengetahuan muzikal. menggubah. membaca dan menulis).4 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MATA PELAJARAN Perubahan mencetuskan pembaharuan dan pembaharuan memungkinkan kemajuan.1 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN Jadual 11 : Indikator Kreativiti dan Inovasi Bagi Mata Pelajaran Mata Pelajaran Bahasa Indikator Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur. Setiap guru merupakan agen pembentukan modal insan kreatif dan inovatif. x Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea. 19 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. murid: x Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan. teks dan perkataan. x Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni bahasa seperti bercerita. kemahiran dan pemahaman untuk tujuan lain dalam konteks yang baharu. pengalaman. x Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea. puisi dan nyanyian. 4. Pendidikan Kesenian Pendidikan Muzik Melalui mendengar. lakonan. Hasil daripada perubahan ini akan menyumbang kepada pembentukan generasi yang berkualiti.

menambah baik. Mengapresiasi karya (memberi respons. menilai hasil karya) dalam bentuk penghuraian yang bermakna dan ilmiah Mengaplikasi ciri-ciri visual dalam menghasilkan sesuatu yang unik. teknik secara sistematik x Menghuraikan dan membincangkan aspek-aspek apresiasi karya (memberi respons. menterjemah karya. media. mengubah suai dan mempelbagai idea dari bahan. proses. masyarakat dan budaya. membentuk dan membuat binaan. menyelidik dan menganalisis maklumat secara visual bagi membentuk idea yang berterusan dan bermakna x Menunjukkan potensi mengembangkan. bernilai. dan inventif x Berupaya menunjukkan kelancaran dalam menjana.Mata Pelajaran x x Indikator Menghasilkan dan mencipta idea muzikal melalui penerokaan. membuat corak dan rekaan. berfungsi kepada individu. 20 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . murid: x Menghasilkan idea yang asli. menarik. menilai hasil karya). unik.imaginatif. Pendidikan Seni Visual Melalui aktiviti menggambar. alat.

membina pernyataan dan penjelasan) murid: x Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan fenomena. penaakulan mantik. eksperimen. Matematik Melalui penyelesaian masalah. x Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin. pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian. x Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik dengan kehidupan harian. x Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran. sebab dan akibat). KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 21 . x Membuat konjektur (ekstrapolasi. x Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskan teori dan hipotesis. berbincang. x Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk menguji teori dan hipotesis. murid: x Membina model matematik melalui corak dan hubungan. x Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik dengan disiplin ilmu lain.Mata Pelajaran Sains Indikator Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji. unjuran. komunikasi matematik dan membuat perkaitan dan penggunaan teknologi. x Mempersembahkan idea untuk menjelaskan fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi x Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat ramalan/inferens/ kesimpulan.

membuat perkaitan dan pengamalan yang sihat. termasuk membuat keputusan dan berkempen. penyelesaian masalah. murid dapat: x Mengamalkan budaya dan cara hidup yang sihat Sejarah Melalui perasaan ingin tahu dan imaginasi. pilihan dan kepercayaan orang yang dahulu. 22 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . x Bekerja dengan komuniti dan organisasi untuk menangani isu dan masalah dalam komuniti.Mata Pelajaran Indikator Melalui kemahiran asas. murid: x Mendapat inspirasi dan daya penggerak daripada dilema. murid: x Meneroka pelbagai corak pergerakan yang baharu x Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dalam menghasilkan pergerakan x Mempersembah idea kreatif melalui pergerakan yang mempunyai nila estetika x Memilih dan menggunakan taktik. Moral Melalui penglibatan murid dalam: x Pelbagai bentuk tindakan kendiri atau berkumpulan. strategi dan idea dalam pergerakan dan permainan x Mengaplikasi konsep pergerakan dan kecergasan dalam merancang program kecergasan fizikal Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Melalui banding beza.

Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Indikator Melalui eksplorasi terhadap sesuatu pemikiran. kehendak dan peluang dalam kehidupan. menghasilkan model berdasarkan idea dalam pelbagai cara dan menggunakan strategi yang sesuai. buku skrap. penghasilan. x Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai bahan dan teknologi untuk mereka bentuk dan membuat produk mereka sendiri. dan mengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan kolaj. folio. Pendidikan Islam Melalui perbincangan. dan ciptaan murid: x Menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan dan berkaitan dengan keperluan. x Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam kehidupan semasa daripada sirah Rasulullah s.w. x Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian. jahitan dan lain-lain.a. x Menghasilkan tulisan jawi dan khat. rekaan. penggabung jalinan ilmu dalam Pendidikan Islam dan dengan disiplin ilmu yang lain. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. murid: x Mengaplikasikan pemahaman kandungan dan pengajaran dalam ayat Al-Quran. x Menjana idea. membangunkan idea dan berkomunikasi tentang idea. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 23 .

2008-2. Creativity in the Classroom: Schools of Curious Delight. M.edu. Cyberjaya. 1997) pada 28 Februari 2010 Muat turun daripada http://www. Publishers. H.. Kamus Dewan. Teks Perutusan Tahun Baru 2008.au/libraru/Library?Topics/thinking_skills/thinking. 2005. Hamid. Dato’ Hishamuddin Tun Hussein. M. Azhar A.php. 2005.com/pages/WPModels. Teori dan Praktis. Edisi Pelancaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Starco. 24 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Five Minds for The Future. 2004. Creativity Theories and Themes: Research. Skudai Johor: Universiti Teknologi Malaysia.sac.yim. Boston: Harvard Business School Press.cfm?&menuid=3&lang=EN.html . Selangor Darul Ehsan: Lim Kok Wing University of Creative Technology Y. Kementerian Pelajaran Malaysia. London: Lawrence Erlbaum Associates.RUJUKAN Muat turun daripada http://www.cdl. 2007.org/resourcelibrary/articles/teaching_creativity. Development and Practice. Paul E Plsek.my/index. pada 23 Mac 2012 Muat turun daripada http://www. 2008. 4 Januari 2008. pada 23 Mac 2012 Muat turun daripada http://www. B. Yayasan Inovasi Malaysia.sa.directedcreativity.J.A. pada 28 Februari 2010 Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Runco. Kreativiti: Konsep. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia INNOVATION Enabling Transformation. Catherine McAuley Library. Edisi Ketiga. 2005. 2006-2010.html .A. Amsterdam: Academic Press. Gardner.

3&4. 1991.. 2001.M. Stenberg. 2003. 2004.J. D. hlm317-327. Wawasan 2020: Malaysia Melangkah ke Hadapan (terjemahan). How To Develop Student Creativity. W. Hargreaves. Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Nos. Budaya Kreativiti Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel.13. Fasko. R.1996. JR. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 25 . Williams. New York: Teachers College Press.Ulf Larsson. A. Kuala Lumpur. Teaching in the Knowledge Society: Education in the Age of Uncertainty.. 28 Febuari 1991. Tun Mahathir.”Education and Creativity” dlm Creativity Research Journal Vol.

Siti Hajar Abd Aziz Amy Wong On Mei Zulkifli Husin Chua Chee Ming Arif Othman Razid Abdul Karim Rofilah Md Said Mohd Aris Tammiji Aishah Borhan BPK BPK BPK BPK BPK BPK JPN Johor JPN Kelantan JPN Negeri Sembilan Universiti Malaya IPGM Bahasa Antarabangsa IPGM Pulau Pinang IPGM Raja Melewar IPGM Raja Melewar IPGM Raja Melewar IPGM Ipoh SMK Dato’Klana Putra SMK (P) Methodist Kuantan SK Gangsa 26 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Sains & Teknologi) Dr. Azian T. A’Azmi Shahri Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan Baharin Yahya Nor Azian Mohd Kamel Suriya Ahmad Lau Shin Chai Rosli Omar Jamilah Omar BPK BPK BPK JPN Sarawak JPN Kedah UPSI Penyumbang: Salbiah Mohd Som Dr.PANEL PENYUMBANG Sidang Editor: Dr. Abdullah Timbalan Pengarah (Dasar.S. Nor Zihan Hussin Harulnizam Abd Rahman Ansori Ishak Norhayati Mokhtar Norafandi Samion Roslan Mohamed Ruslan Mohd Yusof Mohd Nor Awaludin Ahmad Fauzi Abd Rahman Dr.

Fuad Md Rafik Shahrizal Amir SK Telok Gong SJKC Tai Thung KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 27 . Shah Alam Ilustrasi/Grafik: Md.Samsudin Kasan Adam Othman Massita Ramlan BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK Sumbangan Khas: Dato’ Abd Aziz Sheikh Kadir Khairezan Rahmat Akademi Sains/MOSTI UiTM.Pakar Mata Pelajaran: Mazlan Ismail Zainab Abdullah Regina Joseph Cyril Queck Weng Kim Mohd Ali Henipah Ali Kamarul Azlan Ahmad Radin Muhd Imaduddin Faseha Jelani Muhammad Kamil Ali Mohd Nizam Mohd Yusof Mohd Latif Saari Kunaaseelan a/l Subramaniam Norlie Ismail Ida Hairani Bakar Tan Chew Keok Norazza Ibrahim Kamariah Mohd Yassin Liza Othman Ahmad Bustamam Mohd Ali Roslan Majuki Norbaitee Talib K.

kita mesti lebih kreatif dalam menghasilkan barangan kita. kita mesti menerima hakikat yang kita mesti inovatif dalam membangunkan perniagaan kita. kompeten dan dipacu oleh industri Ramai individu kreatif. inventif dan inovatif Daya saing yang tinggi Pendidikan membangunkan kreativiti dan inovasi Memberi keutamaan kepada kreativiti dan inovasi Kreativiti menjadi amalan dalam kehidupan Maklumat dan pengetahuan dapat ditukar kepada produk. Ciri masyarakat kreatif: Maju dalam penyelidikan dan pembangunan Sains dan Teknologi Penghasilan pengetahuan tinggi Penyelidik berkelayakan. Kita mesti transformasikan pendidikan kita kepada yang memupuk dan menggalakkan minat untuk meneroka dan mereka cipta. Kita mesti mempercepatkan usaha kita untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebuah masyarakat yang kreatif. sistem atau perkhidmatan Sumber: Innovation-Enabling Transformation.POWER OF CREATIVITY AND INNOVATION Jika Malaysia mahu bersaing dan berjaya dalam persekitaran global. Lim Kok Wing (2008). Budaya Kreativiti-Pameran Seratus Tahun 28 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful