You are on page 1of 32

garis panduan bagi keselamatan dan

kesihatan AWAM DI TAPAK PEMBINAAN


(Semakan Pertama)

jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (JKKP)


kementerian sumber manusia
malaysia
2007
http://dosh.mohr.gov.my/
JKKP DP/G 127/379/4-1
ISBN : 978-983-2014-58-4
Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

PENGHARGAAN

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan


(Semakan Pertama) ini disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal berikut:


1. Ir. Tuan Haji Mohd Hatta Zakaria
2. En. Nazruddin bin Mat Ali
3. En. Supian bin Alias
4. En. Othman bin Abdul Jalil
5. Pn. Noria bt. Mohamad Ali
6. Tn. Haji Ahmad Munauwar bin Haji Abdullah
7. En. Jamaluddin bin Che Hitam
8. En. Abdul Hadi bin Ismail
9. En. Zulkernain bin Harun

Garis Panduan ini telah diperakui oleh Jawatankuasa Semakan Dasar Jabatan ini
yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan iii


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

PRAKATA

Garis Panduan ini merupakan semakan pertama Garis Panduan bagi Keselamatan
dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan 1994.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyediakan panduan untuk majikan
berhubung dengan bagaimana amalan kerja yang baik boleh dilaksanakan dalam
setiap aktiviti semasa pembinaan untuk mencegah kemalangan kepada pekerja
dan orang awam.

Garis panduan ini diharapkan akan menjadi rujukan standard bagi Pemaju,
Kontraktor, Jurutera, Arkitek, Pereka Bentuk dan Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan. Jabatan menggesa semua pihak yang berkenaan agar menjadikan
tapak kerja dan kawasan persekitarannya tempat yang selamat untuk orang awam
dan juga pekerja menurut amalan yang disarankan di dalam garis panduan ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Teknikal atas usaha
mereka menyediakan dan menerbitkan garis panduan ini.

Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia

2007

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan iv


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

JADUAL KANDUNGAN

Halaman
Penghargaan iii
Prakata iv
Jadual Kandungan v
1.0 Pengenalan 1
2.0 Takrif 1
3.0 Peruntukan Undang-Undang 2
4.0 Pemberitahuan Operasi 3

Pemberitahuan dan Pelaporan Kemalangan dan


5.0 3
Kejadian Berbahaya

6.0 Organisasi Keselamatan dan Kesihatan 3


7.0 Kewajipan Am Majikan 5
8.0 Kewajipan Am Arkitek, Jurutera dan Pereka Bentuk 5
Pengenalpastian HAZAD, Penaksiran Risiko dan
9.0 6
Kawalan Risiko (HIRARC)
10.0 Pelan Tindakan Kecemasan 7
11.0 Pagar Adang 7
12.0 Pergerakan Lalu Lintas Kenderaan 8
13.0 Nyahsambung Utiliti 10
14.0 Kerja Perobohan 10
15.0 Peletupan dan Penggunaan Bahan Letupan 12
16.0 Pembuangan Puing 13
17.0 Pembersihan Tapak 14
18.0 Kerja Pengorekan 14
19.0 Kerja Cerucuk 16
20.0 Superstruktur 17
20.1 Perancah 17
20.2 Jaring Keselamatan dan Jaring Sisi 19
20.3 Pelantar Tadah 19
20.4 Kerja Konkrit 20

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan v


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

21.0 Kemasan 20
22.0 Penggunaan Kelengkapan Angkat 20
22.1 Am 20
22.2 Pemasangan 22
22.3 Kerja Membicu 23
22.4 Operasi 23
22.5 Pemeriksaan dan Ujian 24
22.6 Penyenggaraan dan Pembaikan 25
22.7 Merombak 25
22.8 Penyimpanan Kren 25
Rujukan 26

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan vi


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

1.0 PENGENALAN

Operasi pembinaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan di Malaysia telah


mengalami kemajuan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan peningkatan
dalam aktivitinya boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang awam
secara amnya. Tapak pembinaan mendatangkan risiko bukan sahaja kepada
pekerja pembinaan, tetapi juga kepada orang awam yang bergerak di sekitar
tapak atau mereka yang tinggal berdekatan tapak pembinaan. Contoh bahaya
yang dihasilkan ialah:

• perubahan paras permukaan tanah;


• pengorekan, lubang and peparit;
• bahan dan puing yang jatuh;
• loji dan kelengkapan;
• debu, wap atau bahan berbahaya lain;
• bunyi bising;
• getaran; dan
• pergerakan lalu lintas kenderaan.

Orang awam hendaklah dilindungi daripada hazad yang berkaitan dengan kerja
binaan yang mungkin dilaksanakan di kawasan awam atau bersebelahan kawasan
awam.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan agensi kerajaan yang
lain mempunyai peraturan yang menetapkan keperluan undang-undang untuk
memastikan keselamatan dan kesihatan bukan sahaja pekerja di tempat kerja
tetapi juga orang awam. Garis panduan ini terpakai di semua tempat kerja dalam
aktiviti kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang
dilindungi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta
Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), dan semua peraturan yang dibuat di bawahnya.
Ianya disusun sebagai rujukan berguna dan hendaklah dibaca bersama dengan
perundangan yang dinyatakan di atas dan kod amalan industri yang lain.

Dalam dokumen ini, istilah “hendaklah” dan “haruslah” digunakan. “Hendaklah”


digunakan apabila terdapat keperluan perundangan dan teknikal untuk mencapai
hasil yang dikehendaki. “Haruslah” digunakan sebagai cara untuk menyatakan
keutamaan. Ianya tidak menyatakan keperluan mandatori kerana alternatif lain
mungkin mencapai hasil yang setara.

2.0 TAKRIF

2.1 Majikan ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya
(Seksyen 3, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994)

2.2 Pemaju bermaksud mana-mana orang, kumpulan orang, syarikat, firma


atau persatuan yang terlibat dalam atau yang menjalankan perniagaan
membangunkan atau menyediakan wang untuk pembangunan atau pembelian
atau separa membangunkan atau menyediakan wang untuk membeli
bangunan. (Seksyen 3, Akta Jalan, Penyaliran, dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

2.3 Kontraktor ertinya seseorang yang mengikat satu kontrak bagi maksud
menjalankan apa-apa kendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan dan
termasuklah kontraktor utama atau sub-kontraktor (Peraturan 2, Peraturan-
Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

2.4 Kontraktor Utama ertinya seseorang yang mengikat kontrak dengan


pemunya atau penyewa harta atau agennya bagi maksud menjalankan
kendalian bangunan atau kerja-kerja binaan kejuruteraan. (Peraturan
2, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986.

2.5 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan ertinya seseorang yang mana berdaftar
di bawah peruntukan peraturan 6(1), Peraturan-peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

2.6 Orang Yang Ditetapkan ertinya orang yang kompeten yang dilantik oleh
majikan untuk menjalankan apa-apa kerja penyeliaan atau pemeriksaan
atau melaksanakan apa-apa tugas atau kewajipan yang ditetapkan dalam
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-
Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986.

2.7 Penyelia Keselamatan Kontraktor ertinya penyelia keselamatan kontraktor


yang dilantik di bawah peraturan 26, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)
1986.

2.8 Penyelia Keselamatan Tapak Bina ertinya penyelia keselamatan tapak


bina yang dilantik di bawah peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kilang
dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)
(Keselamatan) 1986.

2.9 Jurutera Profesional ertinya Jurutera Profesional berdaftar sebagaimana


yang ditakrifkan oleh seksyen 2 Akta Pendaftaran Jurutera (Pindaan)
2002.


3.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

3.1 Tertakluk di bawah seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang
yang bekerja sendiri, untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara
memastikan, setakat yang praktik, bahawa dia dan orang-orang lain, yang
bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak
terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka oleh
sebab pengusahaan itu.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

3.2 Tertakluk di bawah seksyen 17(2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang
yang bekerja sendiri, dalam hal keadaan yang ditetapkan dan mengikut
cara yang ditetapkan, untuk memberi orang-orang, yang bukan pekerjanya
yang mungkin tersentuh dengan cara dia menjalankan pengusahaannya,
maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan
pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan
mereka.

4.0 PEMBERITAHUAN OPERASI

4.1 Tertakluk di bawah seksyen 35 Akta Kilang dan Jentera 1967, setiap orang
yang menjalankan mana-mana kendalian bangunan atau kerja-kerja binaan
kejuruteraan hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam tempoh tidak lewat daripada
tujuh hari dari permulaan aktiviti-aktiviti pembinaan.

4.2 Pemberitahuan tersebut dikecualikan bagi aktiviti-aktiviti pembinaan yang


boleh disiapkan dalam tempoh masa kurang daripada enam (6) minggu
dan tidak melibatkan penggunaan jentera.

5.0 PEMBERITAHUAN DAN PELAPORAN KEMALANGAN DAN KEJADIAN


BERBAHAYA

5.1 Di bawah seksyen 32 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,


seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang terdekat tentang apa-apa kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan, atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi
atau mungkin akan terjadi di tempat kerja.

5.2 Kaedah pemberitahuan dan pelaporan kemalangan hendaklah mematuhi


Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.

6.0 ORGANISASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

6.1 Dasar Keselamatan dan Kesihatan

Setiap majikan hendaklah menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai


mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan keselamatan
dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan
perkiraan yang sedang berkuat kuasa bagi menjalankan dasar itu, dan
membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian
kesemua pekerjanya. (Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 3


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

6.2 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Kontraktor utama di tapak kerja yang mana empat puluh orang atau lebih
sedang digajikan (sama ada oleh kontraktor utama atau kontraktor-kontraktor
lain yang digajikan oleh kontraktor utama atau oleh pelanggan) hendaklah
menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan (yang mana kedua-
dua pihak pekerja dan pihak majikan diwakili) bagi maksud mengkaji semula
keadaan di tapak kerja yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan
orang-orang yang bekerja di dalamnya dan juga orang awam. (Seksyen
30, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan) 1996)

6.3 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Setiap majikan hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyelenggarakan


sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan hendaklah
mematuhi keperluan Piawaian Malaysia yang berkaitan atau apa-apa sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain yang setara yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah.

6.4 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Setiap kontraktor bagi kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan


hendaklah menggaji seorang pegawai keselamatan dan kesihatan jika jumlah
harga kontrak bagi projek melebihi dua puluh juta Ringgit Malaysia. (Seksyen
29, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Perintah Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997)

6.5 Penyelia Keselamatan Tapak

Kontraktor utama di sesuatu tapak bina kerja hendaklah melantik seorang


penyelia keselamatan tapak bina separuh masa yang menghabiskan masanya
sekurang-kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan
keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak
bina. (Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan) dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986).

6.6 Penyelia Keselamatan Kontraktor

Tiap-tiap kontraktor selain daripada kontraktor utama yang bertanggungjawab


atas tapak bina kerja yang menggaji lebih dari dua puluh orang pekerja
untuk bekerja di tapak bina kerja hendaklah melantik seorang penyelia
keselamatan kontraktor separuh masa, yang hendaklah menghabiskan masanya
sekurang-kurangnya lima jam seminggu khusus mengenai pengawasan
keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya oleh
pekerjanya. (Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986).

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 4


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

7.0 KEWAJIPAN AM MAJIKAN

7.1 Setiap pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah


mempunyai satu kenyataan bertulis dasar amnya berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjanya di tempat kerja dan orang lain yang
bukan pekerjanya, yang mungkin terdedah kepada risiko keselamatan dan
kesihatan mereka. (Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994)

7.2 Setiap kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah menyediakan


suatu manual keselamatan dan kesihatan yang mengandungi peruntukan
untuk mengawal keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam.
(Seksyen 15(2)(a), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994)

7.3 Setiap kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah membuat


suatu perkiraan semasa operasi, pengendalian, pengangkutan, penyimpanan
loji dan bahan, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan
orang awam. (Seksyen 15(2)(b), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994)

7.4 Setiap pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah


memastikan bahawa semua pekerja telah dimaklumkan dengan jelas
berkaitan hazad pekerjaan mereka dan langkah berjaga-jaga yang perlu
dan penyeliaan secukupnya untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan
dan risiko kepada kesihatan, khususnya kepada pekerja muda, pekerja yang
baru diambil bekerja, pekerja yang buta huruf dan pekerja asing. (Seksyen
15(2)(c), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994)

7.5 Setiap pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah


menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan bahawa
peruntukan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya dan
orang awam dilaksanakan dan dipelihara.

7.6 Setiap pemilik, pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor


hendaklah mengambil langkah secukupnya untuk membangun dan
menggalakkan program keselamatan dan kesihatan untuk memastikan bukan
sahaja keselamatan dan kesihatan pekerjanya, malah orang awam juga.

8.0 KEWAJIPAN AM ARKITEK, JURUTERA DAN PEREKA BENTUK

8.1 Di peringkat perancangan apa-apa kerja pembinaan atau kejuruteraan awam


yang dicadangkan, pertimbangan khusus hendaklah diberikan, oleh mereka
yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pembinaan, kepada
keselamatan pekerja dan orang awam yang kemudiannya akan terjejas
disebabkan oleh loji yang berkaitan dengan proses pembinaan struktur
tersebut.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 5


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

8.2 Arkitek, jurutera dan golongan profesional lain, perlulah mengelak daripada
memasukkan ke dalam reka bentuk mereka apa-apa perkara yang boleh
mengundang penggunaan prosedur pembinaan yang tidak terjamin dan
berbahaya, yang mana ia boleh dielakkan dengan pengubahsuaian reka
bentuk, haruslah mengambil langkah berhati-hati.

8.3 Arkitek, jurutera dan golongan profesional lain haruslah mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak memasukkan apa-apa ke dalam reka bentuk yang
memerlukan penggunaan prosedur pembinaan yang tidak selamat dan
menimbulkan bahaya yang tidak sepatutnya. Ini boleh dielakkan dengan
pengubahsuaian reka bentuk, jika perlu.

8.4 Adalah amat penting bagi jurutera mengambil kira masalah keselamatan
yang berkaitan dengan penyenggaraan berikutnya bagi loji yang boleh
menimbulkan bahaya.

8.5 Kemudahan berkaitan keselamatan dan kesihatan haruslah dimasukkan ke


dalam reka bentuk bagi memastikan kerja yang akan dilaksanakan tersebut
mempunyai risiko yang minimum.

8.6 Langkah-langkah haruslah diambil untuk memastikan bahawa semua program


keselamatan dan kesihatan dilaksanakan dengan berkesan dan disenggara
sebaik mungkin.

9.0 PENGENALPASTIAN HAZAD, PENAKSIRAN RISIKO DAN KAWALAN


RISIKO (HIRARC)

9.1 Semasa merancang kaedah kerja, penaksiran yang sesuai dan cukup haruslah
dilaksanakan dan direkodkan. Kaedah, bahan dan peralatan haruslah dipilih
untuk menyingkirkan atau meminimumkan risiko di tempat kerja. Majikan
bertanggungjawab melaksanakan penaksiran risiko.

9.2 Prinsip penaksiran risiko yang disenaraikan di bawah haruslah dipatuhi


semasa menentukan kaedah dan jujukan kerja:

a) pengenalpastian hazad yang wujud daripada kerja yang


dicadangkan;
b) penaksiran risiko (kebarangkalian dan keterukan) apa-apa kemudaratan
yang mungkin timbul;
c) pengalihan risiko, jika boleh dengan menukar kaedah atau proses
yang dicadangkan;
d) kawalan bagi risiko yang masih ada;
e) semak, dan jika sesuai, kemaskini.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 6


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

10.0 PELAN TINDAKAN KECEMASAN

Pelan tindakan kecemasan haruslah diwujudkan dan disenggarakan. Ia


haruslah mengenal pasti kemungkinan berlakunya kemalangan dan situasi
kecemasan, dan menangani pencegahan risiko keselamatan dan kesihatan
berkaitan dengannya. Ia haruslah dirangka menurut saiz dan bentuk aktiviti
berdasarkan standard antarabangsa yang berkaitan. Ia haruslah:

a) memastikan maklumat, komunikasi dalaman dan penyelarasan yang


perlu disediakan untuk melindungi semua orang sekiranya berlaku
kecemasan di tapak kerja;
b) menyediakan maklumat dan komunikasi dengan pihak berkuasa yang
berkenaan dan kejiranan serta perkhidmatan kecemasan;
c) memberi perhatian kepada pertolongan cemas, pencegahan kebakaran
dan pengosongan di tapak pembinaan; dan
d) menyediakan maklumat dan latihan yang berkaitan kepada semua
warga organisasi, di semua peringkat, termasuk latihan berkala dalam
tindakan kecemasan.

11.0 PAGAR ADANG

11.1 Tapak kerja haruslah dikepung sepenuhnya


dengan pagar adang pelindung supaya
orang awam akan dilindungi daripada
kerja yang sedang dijalankan. Pagar
adang haruslah dapat melindungi bukan
sahaja orang awam daripada bahaya di
tapak kerja tetapi juga bertindak sebagai
penghalang atau pagar keselamatan
untuk mencegah orang lain daripada
menceroboh ke dalam tapak kerja.

11.2 Pagar adang haruslah tidak kurang daripada 1800 mm tinggi dan berterusan
ke permukaan tanah. Ia haruslah direka bentuk dan dibina dengan betul
menurut spesifikasi pihak berkuasa tempatan dan disenggara supaya
sentiasa berkeadaan baik.

11.3 Jarak selamat di antara tapak kerja dengan pagar adang haruslah
bersesuaian.

11.4 Sekiranya jarak dari tempat awam ke bangunan yang sedang dibina
mungkin menyebabkan ada bahan jatuh menimpa pejalan kaki atau lalu
lintas kenderaan, maka bumbung pejalan kaki haruslah disediakan.

11.5 Semasa pembinaan pagar adang, prosedur kerja selamat haruslah dipatuhi
untuk memastikan keselamatan orang awam.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 7


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

11.6 Pintu keluar masuk ke tapak kerja haruslah ditempatkan di mana kedudukannya
dapat mencegah bahaya dan mengelakkan kesulitan kepada orang awam.
Keselamatan yang sesuai haruslah disediakan untuk mencegah orang yang
tidak berkenaan dan orang awam memasuki tapak kerja.

11.7 Tanda amaran yang sesuai haruslah disediakan di tempat yang mudah
dilihat.

11.8 Tidak dibenarkan menampal iklan pada pagar adang kecuali tanda
amaran.

11.9 Perkiraan haruslah dibuat supaya sebarang parkir atau aktiviti penjajaan
tidak dijalankan di tepi pagar adang apabila terdapat aktiviti atau operasi
berisiko tinggi dilaksanakan yang boleh menimbulkan hazad di kawasan
sekeliling.

11.10 Semua bahan binaan haruslah disimpan dan dikendalikan di dalam


lingkungan pagar adang.

11.11 Struktur jentera pembinaan haruslah ditempatkan di dalam lingkungan


pagar adang supaya tidak menjejaskan keselamatan awam sekiranya
struktur tersebut runtuh.

11.12 Pintu pagar haruslah direka bentuk dengan sesuai dan kukuh.

12.0 PERGERAKAN LALU LINTAS KENDERAAN

12.1 Semua kenderaan yang digunakan di tapak


kerja hendaklah sesuai untuk digunakan
di jalan dan mematuhi keperluan Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia.

12.2 Tiada seseorang pun dibenarkan memandu


kenderaan dari mana-mana kelas atau
jenis di dalam kawasan binaan melainkan
jika ia pemegang lesen memandu
yang memberi kuasa kepadanya untuk
memandu kenderaan dari kelas atau
jenis itu. (Peraturan 18(2)(b), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)
1986).

12.3 Reka bentuk kawalan lalu lintas hendaklah mematuhi standard yang
ditetapkan dan dikawal oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12.4 Apabila mana-mana kerja dilakukan ke atas, di atas atau di kawasan


berhampiran dengan lebuh raya atau mana-mana tempat lain yang mana
kenderaan awam keluar masuk boleh mendatangkan bahaya kepada orang

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 8


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

awam, kawasan kerja itu hendaklah diadang, tanda amaran dan lampu
amaran yang cukup dan sesuai hendaklah dipasang untuk mengarahkan
kenderaan supaya perlahan dan lalu jauh daripada tempat itu, dan jika
perlu, lalu lintas hendaklah dikawal khas oleh orang yang ditetapkan.
(Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986).

12.5 Kenderaan yang tiba di tapak dan yang meninggalkan tapak haruslah
dijadualkan dengan teratur untuk meminimumkan kesesakan yang berlaku
di jalan awam yang menuju ke tapak kerja.

12.6 Kenderaan haruslah diparkir di kawasan yang dikhaskan di dalam kawasan


lingkungan pagar adang semasa memuat atau memunggah muatan.

12.7 Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk meletakkan


kenderaan yang mengangkut bahan ke tapak kerja di luar kawasan
pagar adang, maka langkah keselamatan yang sesuai haruslah diambil.
Langkah tersebut haruslah termasuk mengepung kawasan letak kenderaan
tersebut dan tanda amaran, lampu amaran serta pengawal laluan haruslah
disediakan.

12.8 Sekiranya jentera pembinaan benar-benar diperlukan untuk melaksanakan


kerja dari luar lingkungan pagar adang, kawasan operasi jentera di luar
lingkungan pagar adang haruslah dikepung. Tanda amaran dan lampu
yang sesuai serta pengawal laluan haruslah disediakan.

12.9 Kenderaan untuk mengangkut bahan binaan, puing dan bahan pengorekan
haruslah bersih, disenggara dan boleh berfungsi dengan baik. Jika kenderaan
tersebut membawa bahan cerai, maka bahan tersebut haruslah ditutup
dan diikat dengan kuat untuk memastikan tidak ada bahan melimpah ke
atas jalan awam.

12.10 Bahan berbahaya haruslah dijadikan tidak mudarat dan selamat dikendalikan
ketika diangkut di atas jalan awam.

12.11 Di kawasan kediaman, enjin kenderaan berat tidak boleh dibiarkan melahu
tanpa sebab agar tidak menjadi kacau ganggu kepada orang awam pada
waktu malam dan pada hari kelepasan.

12.12 Kenderaan tidak harus dipandu pada kelajuan yang melebihi had laju yang
dibenarkan.

12.13 Kenderaan tidak harus dimuatkan melebihi muatan yang dibenarkan dan
semua bahan cerai haruslah dibungkus dengan rapi sebelum diangkut.

12.14 Untuk mengelakkan kemalangan, pintu pagar utama hendaklah mempunyai


pengawal laluan jika ia bersebelahan dengan jalan utama.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 9


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

13.0 NYAHSAMBUNG UTILITI

13.1 Kelulusan daripada pihak berkuasa yang


berkenaan haruslah diperolehi sebelum
apa-apa kerja untuk nyahsambung utiliti
contohnya kabel elektrik dan talian paip
dijalankan.

13.1 Nyahsambung utiliti haruslah dilaksanakan


oleh orang yang kompeten.

14.0 KERJA PEROBOHAN

14.1 Am

14.1.1 Pemilihan kaedah perobohan


haruslah mengambil kira saiz,
kekuatan dan kedudukan
struktur untuk menjaga
keselamatan dan kesihatan
pekerja dan orang awam.

14.1.2 K a j i a n p e n a k s i r a n r i s i k o
haruslah dilaksanakan untuk
menentukan sebab yang
mungkin boleh terjadi bagi ketidakstabilan struktur dan menyediakan
pelan tindakan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan.

14.1.3 Kerja perobohan haruslah dilaksanakan dengan cara yang tidak


menjejaskan kestabilan struktur dan struktur bersebelahan, yang
mungkin menyebabkan struktur tersebut roboh tanpa dirancang.

14.1.4 Dalam merobohkan struktur yang berhampiran dengan kawasan


awam, kerja meroboh haruslah dilaksanakan di luar waktu
puncak.

14.1.5 Semua kerja perobohan haruslah dijalankan oleh orang terlatih


di bawah penyeliaan orang yang ditetapkan.

14.1.6 Aktiviti kerja perobohan tidak harus diteruskan dalam keadaan cuaca
buruk, seperti angin kencang atau ribut yang boleh menyebabkan
struktur yang lemah roboh.

14.2 Kerja Persediaan

14.2.1 Sebelum operasi perobohan bermula:

a) pemeriksaan sewajarnya haruslah dilakukan oleh orang yang


ditetapkan;
b) jika perlu untuk mengelakkan bahaya, bahagian struktur yang
tidak stabil haruslah dipastikan selamat; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 10


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

c) semua utiliti haruslah dinyahsambung dengan betul atau


dimatikan pada atau di luar sempadan kawasan tapak.

14.2.2 Zon bahaya di sekitar struktur haruslah dipagar secukupnya atau


diletakkan tanda amaran.

14.2.3 Sebelum kerja perobohan bermula, struktur haruslah bebas


daripada apa-apa bahan toksik atau berbahaya (misalnya bahan
asbestos).

14.2.4 Sekiranya sesuai, perancah logam yang dilitupi jaring sisi haruslah
dibina sekeliling bangunan atau struktur yang akan dirobohkan.

14.2.5 Sebelum kerja perobohan dilaksanakan, pastikan bahan ini


ditanggalkan:

a) kaca pada pintu, tingkap dan sebagainya;


b) objek cerai;
c) bahagian terjulur; dan
d) b a h a n b o l e h m e l e t u p , m u d a h t e r b a k a r, t o k s i k d a n
memudaratkan.

14.3 Pelantar Tadah untuk Operasi Perobohan

14.3.1 Semasa kerja meroboh bahagian luar dinding yang struktur asalnya
melebihi 12.2 meter tinggi, pelantar tadah hendaklah dibina di
sepanjang permukaan luar dinding tersebut, yang mana perlu
untuk mengelakkan kecederaan kepada orang ramai dan juga
orang yang bekerja di bawah. (Peraturan 43(1),Peraturan-Peraturan
Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986)

14.3.2 Pelantar itu hendaklah direka bentuk oleh Jurutera Profesional dan
diperakui selamat sebelum dibina dan digunakan.(Peraturan 43(2),
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan
dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986)

14.3.3 Pelantar tadah itu hendaklah dibina dan dipastikan pada jarak
tidak melebihi dari 6 meter di bawah tingkat dimana kerja-kerja
membuang dinding luar sedang dijalankan. (Peraturan 43(3),
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan
dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986)

14.3.4 Pelantar tadah tidak boleh digunakan sebagai tempat menyimpan


bahan atau sebagai pelantar kerja atau tempat laluan. (Peraturan
43(4), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan
dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 11


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

14.4 Semasa Kerja Perobohan

14.4.1 Semasa kerja perobohan, kontraktor haruslah:

a) menyediakan, untuk pekerja dan orang awam, maklumat


yang sewajarnya berhubung dengan bahaya keselamatan
dan kesihatan semasa kerja perobohan;
b) mengikut jujukan dan kaedah perobohan yang disediakan
oleh jurutera kerja perobohan/struktur;
c) memastikan tapak dalam keadaan selamat dan mematuhi
kehendak pelan keselamatan dan kesihatan;
d) menyediakan pekerja dengan semua kelengkapan pelindung
diri (PPE) yang sesuai berkaitan risiko keselamatan dan
kesihatan yang mereka terdedah; dan
e) mengambil langkah yang secukupnya untuk memastikan
puing atau kawasan kerja dilembapkan secukupnya untuk
memerapkan debu.

15.0 PELETUPAN DAN PENGGUNAAN BAHAN LETUPAN

15.1 Kelulusan daripada pihak berkuasa yang


berkenaan hendaklah diperolehi sebelum
aktiviti peletupan dilaksanakan.

15.2 Bahan letupan tidak boleh dikendalikan


atau digunakan kecuali mengikut arahan
pembuat. (Peraturan 135, Peraturan-
Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

15.3 Semua kerja peletupan hendaklah


dilakukan oleh orang yang terlatih di bawah kawalan terus orang yang
ditetapkan yang mempunyai latihan, pengetahuan atau pengalaman dalam
bidang pengangkutan, penyimpanan, pengendalian, dan penggunaan
bahan letupan. (Peraturan 135, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)
1986)

15.4 Sebelum diletupkan, pemunya hendaklah mengambil semua langkah berjaga-


jaga melindungi nyawa dan harta benda seperti batu yang berterbangan,
habuk dan gegaran. Notis amaran hendaklah diberi kepada semua penduduk
dan mereka dalam kawasan yang berhampiran dengan kendalian letupan
itu. (Peraturan 145, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986)

15.5 Semua penggunaan dan pengendalian bahan letupan hendaklah diberhentikan


serta-merta, apabila ribut petir akan berlaku, dan semua pekerja di dalam
kawasan itu hendaklah dengan serta-merta mencari tempat perlindungan yang
selamat sebagaimana yang diarahkan oleh orang yang bertanggungjawab bagi
letupan itu. (Peraturan 146, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 12


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

15.6 Struktur yang ditandakan untuk dirobohkan menggunakan bahan letupan


haruslah dikepung dengan pagar adang dan tanda bahaya yang secukupnya
dipamirkan.

15.7 Sebelum meledak, peletup hendaklah membunyikan amaran yang kuat


yang boleh didengar oleh semua orang yang berada di dalam zon bahaya
dan mereka itu hendaklah berundur ke jarak yang selamat atau ke tempat
perlindungan yang selamat. Tiada letupan boleh diledak semasa mana-mana
orang berada di dalam zon bahaya sebagaimana yang ditentukan oleh
peletup. (Peraturan 142, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

15.8 Kawalan keselamatan, papan tanda dan bendera merah haruslah digunakan
sepanjang masa untuk mengelakkan orang yang tidak berkenaan masuk
ke kawasan tersebut.

15.9 Penghuni bangunan bersebelahan haruslah diberikan surat pekeliling


untuk memaklumi mereka tentang kerja-kerja peletupan tersebut dan untuk
menjelaskan langkah keselamatan yang diambil. Orang awam juga haruslah
dimaklumkan oleh media tentang penutupan jalan yang berdekatan.

15.10 Selepas kerja perobohan dengan kaedah letupan, kawasan dan bangunan di
kawasan berdekatan haruslah disahkan selamat oleh orang yang kompeten.

16.0 PEMBUANGAN PUING

16.1 Puing hendaklah diangkut dan dibuang mengikut


cara yang tidak membahayakan keselamatan dan
kesihatan pekerja dan orang awam. (Peraturan
22(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

16.2 Puing tidak boleh dibiarkan berlonggok sehingga


menjadi suatu bahaya.(Peraturan 22(2),
Peraturan-Peraturan K i l a n g d a n J e n t e r a
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

16.3 Puing hendaklah sentiasa dilembap secukupnya


supaya habuk terperap. (Peraturan 22(3), Peraturan-Peraturan Kilang
dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)
(Keselamatan) 1986)

16.4 Di mana sahaja bahan dijatuhkan dari ketinggian lebih daripada 6 meter
ke mana-mana tempat di luar dinding bangunan, pelongsor kayu bertutup,
atau bahan dengan kekuatan setara hendaklah digunakan. (Peraturan
123(1), Peraturan-Peraturan Pengendalian Bangunan dan Kerja Binaan
Kejuruteraan (Keselamatan), 1986)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 13


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

17.0 PEMBERSIHAN TAPAK

17.1 Penebangan pokok haruslah


dilakukan oleh orang terlatih untuk
menjaga keselamatan awam dan
untuk mengelakkan kerosakan harta
awam.

17.2 J i k a ta p a k b e r a d a b e r d e k a t a n
kawasan yang telah dibangunkan,
pagar adang hendaklah dibina dengan
meletakkan papan tanda yang betul
dan mencukupi untuk mengelakkan
orang yang tidak berkenaan masuk ke kawasan tapak.

17.3 Perkiraan haruslah dibuat untuk mengelak tanah runtuh, lubang benam
dan banjir atau keadaan tanah tak stabil yang lain. Perkiraan ini haruslah
mematuhi keperluan pihak berkuasa yang berkenaan.

17.4 Semua jalan keluar masuk di tapak haruslah disenggara dalam keadaan
selamat.

17.5 Setiap langkah haruslah diambil untuk mengekang pembentukan debu


yang disebabkan oleh kenderaan.

17.6 Langkah berjaga-jaga haruslah diambil untuk melindungi utiliti bawah tanah
dan utiliti atas kepala yang sedia ada (jika ada) terutamanya kabel elektrik
untuk mengelakkan apa-apa kemalangan yang tak sepatutnya berlaku
semasa kerja pembersihan tapak jika penempatan semula perkhidmatan
tersebut tidak dapat dilakukan.

18.0 KERJA PENGOREKAN

18.1 Semua laluan pejalan kaki awam,


laluan tepi, dan laluan masuk terus
bersempadankan dengan atau
merentasi kawasan korekan hendaklah
disediakan dengan rel-rel pengadang
atau pagar-pagar papan yang kukuh.
Sebagai tambahan, lorong jalan kaki
sementara di sebelah susur jalan
hendaklah dibina dengan kukuh dan
diperuntukkan dengan perlindungan di
kedua-dua belah lorong itu. (Peraturan
111(1) Peraturan Pengendalian Bangunan dan Kerja Binaan Kejuruteraan
(Keselamatan), 1986)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 14


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

18.2 Semasa gelap, semua laluan tepi bagi orang awam hendaklah diterangi
secukupnya dan lampu amaran atau suar hendaklah diletakkan di sekitar
kawasan korekan untuk memastikan keselamatan kepada orang-orang
berjalan kaki dan lalu-lintas kenderaan-kenderaan awam.(Peraturan 111(3),
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-
Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

18.3 Apabila kenderaan atau loji pembinaan menggunakan jalan raya awam,
pemberitahuan atau papan tanda amaran haruslah diletakkan di semua
laluan keluar masuk ke kawasan kerja untuk memberikan amaran kepada
semua orang di kawasan tersebut.

18.4 Semua kerja yang dijalankan di atas jalan atau lebuh raya hendaklah
mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum apa-apa kerja bermula.
Papan tanda amaran sementara hendaklah dibina dan kawalan lalu lintas
dilaksanakan menurut keperluan pihak berkuasa berkenaan.

18.5 Apabila terdapat sebarang keraguan tentang kestabilan struktur di sebelah


atau di atas kawasan yang hendak dikorek, struktur itu hendaklah ditupang,
apabila perlu, dengan cara menupang bawah, cerucuk turap, sangga,
merembat atau dengan cara-cara lain dibuat atau didirikan mengikut reka
bentuk Jurutera Profesional untuk mencegah kecederaan kepada mana-
mana orang. (Peraturan 112, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)
1986)

18.6 Kawasan korekan dan kawasan sekitarnya hendaklah diperiksa oleh orang
yang ditetapkan setiap kali berlakunya hujan ribut atau kejadian yang
meningkatkan bahaya yang lain dan perlindungan terhadap gelinciran tanah
dan runtuhan hendaklah dipertingkatkan, jika perlu. (Peraturan 113(2),
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-
Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

18.7 Cerucuk keping sementara yang dipasang untuk membolehkan pembinaan


dinding peneguh tidak boleh dicabut sehingga dinding itu mencapai kekuatan
yang penuh. (Peraturan 113(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan)
1986)

18.8 Di mana benteng dipotong pada bahagian bawah, penyangga yang


secukupnya hendaklah disediakan untuk menupang bahan-bahan yang
tergantung. (Peraturan 113(4), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)
1986)

18.9 Bahan-bahan korekan dan bahan-bahan tertindih lain hendaklah ditempatkan


pada jarak selamat dari pinggir pengorekan terbuka dan peparit, dan hendaklah
ditimbun atau ditahan supaya tidak ada bahan yang boleh jatuh ke dalam
pengorekan, atau menyebabkan tebing menggelongsor atau menyebabkan
perubahan mendadak pada dasar pengorekan. Semasa menentukan jarak
selamat, pertimbangan hendaklah diberikan kepada kedalaman dan cerun
pengorekan, jenis tanah dan berat beban tertindih.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 15


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

18.10 Batu-batu cerai atau bahan-bahan lain yang boleh gelongsor, terguling
atau jatuh ke atas mana-mana orang yang berada di bawah, hendaklah
dibuang daripada benteng. (Peraturan 113(6), Peraturan-Peraturan Kilang
dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)
(Keselamatan) 1986)

18.11 Korekan tepi yang terbuka di mana seseorang boleh terjatuh lebih daripada
3 meter hendaklah diadang dengan kepungan yang mencukupi dan papan
tanda amaran yang sesuai hendaklah diletakkan di tempat yang mudah
dilihat. (Peraturan 113(7), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

18.12 Kolam takungan air dan kolam perangkap lumpur haruslah disediakan
untuk mengelakkan berlakunya banjir dan pencemaran sistem saliran dan
kawasan sekitar.

19.0 KERJA CERUCUK

19.1 Kerja cerucuk haruslah dikendalikan oleh


orang terlatih.

19.2 Jentera cerucuk yang menghasilkan getaran,


bunyi bising, asap dan bahan cemar lain
yang berlebihan tidak harus digunakan
di dalam kawasan berdekatan tempat
awam untuk memulihara persekitaran dan
perlindungan kesihatan orang awam.

19.3 Apabila terdapat sebarang keraguan tentang


kestabilan struktur yang berhampiran
dengan kawasan yang hendak dicerucukkan,
struktur itu hendaklah ditupang di mana
perlu, dengan cara menupang bawah, mencerucuk keping, menyangga,
merembat, atau dengan cara-cara lain mengikut reka bentuk Jurutera
Profesional untuk mengelakkan kecederaan kepada sesiapa jua. (Peraturan
124, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

19.4 Semua alat pelantak cerucuk hendaklah diperiksa setiap hari oleh orang
yang ditetapkan sebelum memulakan kerja dan tiap-tiap kecacatan hendaklah
dibetulkan dengan segera sebelum pelantakan cerucuk bermula. (Peraturan
125, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

19.5 Langkah-langkah keselamatan yang wajar hendaklah diambil untuk memberi


amaran supaya jangan sesiapa menghampiri kawasan dalam lingkungan 50
meter di mana ujian beban cerucuk sedang dijalankan.(Peraturan 133(2),
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-
Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 16


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

19.6 Sebelum pelantak cerucuk ditempatkan atau dimajukan, keadaan tanah


itu hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan dan, jika perlu, untuk
mendapatkan tapak yang kukuh dan rata, kayu hendaklah diletakkan.
Selepas pelantak cerucuk itu ditempatkan atau dimajukan, pemeriksaan
dan pembetulan ke atas tapak hendaklah dibuat, apabila perlu, untuk
mengekalkan kestabilannya. (Peraturan 134, Peraturan-Peraturan Kilang
dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)
(Keselamatan) 1986)

19.7 Kesan bunyi bising boleh dikurangkan di kawasan sumber, misalnya


dengan menggunakan pelapik bukan logam di antara penukul dengan
penutup pelantak dan memasang lingkungan akustik yang melingkungi
penukul dan keseluruhan panjang cerucuk yang dilantak.

19.8 Bagi bunyi bising yang berterusan seperti dari enjin diesel, hingar ini
boleh dikurangkan dengan menggunakan penyenyap ekzos yang lebih
berkesan atau mereka bentuk kanopi akustik untuk menggantikan penutup
enjin.

19.9 Semua kelengkapan dan loji mekanikal haruslah disenggara dengan baik
sepanjang kerja melantakkan cerucuk.

20.0 SUPERSTRUKTUR

20.1 Perancah

20.1.1 Ti a p - t i a p p e r a n c a h d a n t i a p - t i a p
bahagiannya hendaklah dibina dengan
baik, dari bahan yang sesuai dan baik
dan mempunyai kekuatan yang mencukupi
bagi maksud yang hendak digunakannya.
(Peraturan 72(1), Peraturan-Peraturan
Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan
dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)
(Keselamatan) 1986)

20.1.2 Ti a p - t i a p p e r a n c a h d a n t i a p - t i a p
bahagiannya hendaklah mematuhi
Piawaian Malaysia atau mana-mana
piawaian antarabangsa yang berkaitan.

20.1.3 Tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau
dirombak kecuali di bawah penyeliaan orang yang ditetapkan. (Peraturan
74(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan
dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 17


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

20.1.4 Semua bahagian yang hendak digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah
diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali sebelum ia digunakan.
(Peraturan 74(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.1.5 Setiap pengendali perancah hendaklah berdaftar dengan Jabatan


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

20.1.6 Pengendali perancah hendaklah sentiasa menggunakan sistem yang


selamat semasa memasang, mengubah suai dan merombak perancah.
Ini biasanya termasuklah penggunaan abah-abah keselamatan.

20.1.7 Semua perancah perlu dirembat untuk membantu mencegah keruntuhan.


Semua perancah, termasuk perancah ‘independent’, haruslah ditambat
selamat, atau disokong. Lebih banyak tambatan diperlukan jika:

(a) perancah dilitup atau dipasang jaring yang akan mengakibatkan


beban angin yang bertambah;
(b) ia digunakan sebagai pelantar untuk memunggah bahan atau
kelengkapan; atau
(c) pesawat angkat, perkakas angkat atau pelongsor sampah disambungkan
padanya.

20.1.8 Pembinaan perancah dan jaringan sisi haruslah satu tingkat lebih tinggi
dari lantai struktur yang dalam pembinaan untuk memastikan tiada objek
yang boleh jatuh di tepi luar bangunan.

20.1.9 Tiap-tiap perancah hendaklah disenggara dengan sempurna dan tiap-


tiap bahagiannya hendaklah dipasang kekal, dikukuhkan atau diletakkan
dalam keadaan supaya dapat mencegah, setakat mana yang praktik,
daripada teranjak ke tempat lain dengan tidak sengaja. (Peraturan 73(1),
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-
Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.1.10 Tiap-tiap perancah tiub logam yang melebihi 40 meter tingginya dan
tiap-tiap perancah lain yang melebihi 15 meter tingginya hendaklah
dibina mengikut reka bentuk dan lukisan Jurutera Profesional. (Peraturan
75(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan
dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.1.11 Perancah hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan:

(a) sebelum digunakan kali pertama;


(b) selepas banyak melakukan pengubahsuaian dan selepas apa-apa
kejadian yang mungkin menjejaskan kestabilan perancah, misalnya
selepas hujan lebat atau angin kencang; dan
(c) dalam tempoh yang tetap tetapi tidak melebihi tujuh hari.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 18


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

20.2 Jaring Keselamatan dan Jaring Sisi

20.2.1 Tiap-tiap jaring keselamatan


hendaklah disangkut kepada
tambatan atau tupang yang
secukupnya di sebelah luar dan
melampaui kawasan yang mana
seseorang mungkin terjatuh dan di
tupang yang tingginya mencukupi
untuk mengelakkan daripada
melendut ke permukaan atau
barang di bawah semasa menahan
kejatuhan seseorang. (Peraturan
55(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.2.2 Setiap jaring keselamatan hendaklah mematuhi mana-mana piawaian


antarabangsa yang berkaitan.

20.2.3 Jika perancah dibina di kawasan yang aktiviti pembinaannya boleh


mendatangkan bahaya kepada pejalan kaki atau lalu lintas kenderaan
dalam bentuk jatuhan objek, jaring sisi haruslah digunakan untuk melitupi
perancah.

20.2.4 Tiap-tiap jaring keselamatan atau kombinasi jaring-jaring keselamatan


hendaklah mempunyai saiz dan keteguhan yang mencukupi dan hendaklah
disediakan pada kawasan yang berkemungkinan seseorang itu boleh
terjatuh. (Peraturan 55(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.2.5 Jaring keselamatan dan jaring sisi yang koyak tidak boleh dipasang.

20.2.6 Jaring keselamatan dan jaring sisi hendaklah diperiksa oleh orang yang
ditetapkan sebelum setiap pemasangan.

20.2.7 Jaring keselamatan, jaring sisi serta tupang hendaklah diperiksa setiap
hari selepas setiap pemasangan.

20.3 Pelantar Tadah

20.3.1 Pelantar tadah haruslah dibina sepanjang muka luar bagi dinding luar
untuk mengelakkan orang awam yang berada di bawah tercedera.

20.3.2 Pelantar tadah boleh dibina daripada bahan selain daripada kayu dengan
syarat bahawa bahan tersebut adalah sama kekuatannya dan selainnya
tidak mengurangkan keselamatan terhadap bahan-bahan yang jatuh.
(Peraturan 44(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.3.3 Semua bahan cerai di kawasan tinggi haruslah diikat untuk mengelakkannya
daripada diterbangkan daripada struktur oleh angin kuat.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 19


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

20.4 Kerja Konkrit

20.4.1 Kotak acuan dan penyangga


hendaklah diperakui sebagai
binaan yang selamat oleh Jurutera
Profesional dan hendaklah
dirembat atau diikat sekali
dengan sempurnanya supaya
dapat mengekalkan kedudukan
dan bentuknya. (Peraturan 28(1),
Peraturan-Peraturan Kilang dan
Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)
(Keselamatan) 1986)

20.4.2 Kotak acuan termasuk penyangga, perembatan dan sokongan lain


hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan:

a) semasa pembinaan;
b) semasa dan selepas meletakkan konkrit; dan
c) selepas apa-apa kejadian yang mungkin menjejaskan kestabilan
perancah, misalnya selepas hujan lebat atau angin kencang.

20.4.3 Semua kelengkapan konkrit dan acuan hendaklah diletakkan jauh dari
tepian bangunan.

20.4.4 Kawasan penyimpanan haruslah dikepung.

21.0 KEMASAN

21.1 Pemasangan panel kaca luar atau bahan pelapisan haruslah dilaksanakan
oleh orang terlatih. Kerja pemasangan haruslah dihentikan apabila
keadaan cuaca boleh menjadikan tidak selamat untuk melaksanakan
kerja tersebut.

21.2 Operasi mengecat haruslah dilaksanakan dalam cara yang meminimumkan


penyerakan kabut cat dan wap pelarut ke kawasan awam.

22.0 PENGGUNAAN KELENGKAPAN ANGKAT

22.1 Am

22.1.1 Semua mesin angkat seperti kren menara, kren bergerak, kren derik,
mesin angkat barang-barang, mesin angkat penumpang, gondola, dan
assess platform yang hendak digunakan hendaklah mempunyai sijil
perakuan kelayakan yang sah daripada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 20


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.1.2 Operator kren menara, kren bergerak dan


kren derik hendaklah berdaftar dengan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.

22.1.3 Kontraktor bagi memasang, merombak


dan menyelenggara kren menara, gondola,
mesin angkat barang-barang, mesin
angkat penumpang dan access platform
hendaklah berdaftar dengan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Setiap proses untuk memasang, merombak
dan menyelenggara mesin angkat tersebut
hendaklah dilaksanakan hanya oleh
orang bertanggungjawab dan menurut
arahan pembuat. Pembuat haruslah
menyediakan semua spesifikasi untuk
memasang, merombak dan menyelenggara mesin angkat tersebut.

22.1.4 Tiap-tiap struktur atas, kren, cangkuk, blok, penyebar, strongback, anduh
dan perkakas lain untuk mengangkat beban hendaklah dibina dengan
baik dan dalam apa jua cara sesuai untuk tujuan tersebut.

22.1.5 Pemilihan kren haruslah sesuai untuk tujuan yang dirancang. Pemilihan
ini juga haruslah mengambil kira keadaan tapak kerja atau bagaimana
kedudukan kren akan diletakkan.

22.1.6 Perhatian hendaklah diberikan kepada jejari putaran kren pada luf
maksimum untuk memastikan tiada halangan semasa berputar seperti
talian kuasa atas, struktur berdekatan atau kren lain dan bahaya yang
mungkin timbul berhampiran jalan masuk awam.

22.1.7 Mana-mana bahagian kren tidak boleh mengunjur melebihi pagar adang
kawasan tapak kerja.

22.1.8 Tapak kerja haruslah dikepung sepenuhnya dengan pagar adang atau
pagar atau kepungan sebelum pembinaan kren menara dimulakan. Ini
adalah untuk melindungi orang awam daripada apa-apa bahaya semasa
kerja sedang berjalan.

22.1.9 Operasi angkat menggunakan kren haruslah mematuhi perkara


berikut:

(a) sentiasa dalam keadaan kerja yang selamat;


(b) operator kren, penganduh dan jurutali haruslah mempunyai kebolehan,
pengetahuan, atau kuasa yang sewajarnya;
(c) operasi mengangkat beban tidak boleh dilakukan di luar pagar adang
atau pagar kawasan tapak kerja. Jika operasi angkat perlu dilakukan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 21


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

di luar pagar adang atau pagar kawasan tapak kerja, kelulusan


bertulis daripada pihak berkuasa tempatan hendaklah diperolehi.
Kawasan kerja haruslah dikepung dan kaedah kawalan orang awam,
seperti papan tanda amaran, lampu amaran untuk mengarahkan
orang awam atau lalu lintas menjauhi kawasan kerja dan kawalan
oleh orang yang ditetapkan hendaklah disediakan.

22.1.10 Zon bahaya haruslah dikenal pasti sebelum apa-apa operasi mengangkat,
memasang, membicu atau memanjat dan merombak kren dilaksanakan.
Kawasan zon bahaya hendaklah dikepung. Jika zon bahaya melepasi
pagar adang tapak kerja atau kawasan berpagar, maka kaedah kawalan
awam seperti meletakkan papan tanda amaran, lampu amaran untuk
mengarahkan orang awam atau lalu lintas menjauhi zon bahaya dan
kawalan oleh orang yang ditetapkan hendaklah disediakan.

22.1.11 Bagi kren bergerak, langkah-langkah yang berikut haruslah dipatuhi bagi
memastikan kren bergerak tersebut berada dalam keadaan stabil semasa
menjalankan operasi:

(a) semua outrigger haruslah dijulurkan secukupnya;


(b) semua bicu haruslah diletakkan di atas tapak dan pengalas yang
betul. Perhatian haruslah diberi untuk memastikan terdapat permukaan
bearing yang cukup di bawah pengalas, terutamanya apabila tanah
lembut atau dikambus balik;
(c) kren haruslah berada di atas kawasan yang rata dan semua rasuk
outrigger dilapik berhampiran hujung rasuk outrigger sekiranya berlaku
ketidakstabilan. Pin tambatan haruslah diselak jika disediakan di
dalam casis dan outrigger;
(d) kayu asas bagi apa-apa pengalas, iaitu kayu yang diletakkan di
atas permukaan tanah, haruslah diikat rapat, dan haruslah melitupi
kawasan seluas yang mungkin untuk memindahkan bebannya ke
atas permukaan tanah dengan selamat;
(e) semua kayu pengalas haruslah dalam keadaan baik dan tiada
kecacatan serta cukup kukuh;
(f) lapisan pengalas asas haruslah cukup panjang, lebar dan tebal untuk
meliputi kawasan yang diperlukan. Pengalas haruslah diletakkan di
atas kawasan rata dan mampat; dan
(g) pengalas tidak boleh dialihkan sehingga semua kerja selesai.

22.2 Pemasangan

22.2.1 Pemasangan kren menara hendaklah dilaksanakan semasa cuaca baik


sahaja.

22.2.2 Turutan pemasangan haruslah dilakukan menurut arahan pembuat.

22.2.3 Kontraktor haruslah memastikan bahawa tapak asas telah disahkan oleh
Jurutera Profesional dan memastikan konkit mengukuh pada jangka masa
yang ditetapkan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 22


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.2.4 Senarai semak yang merangkumi spesifikasi, saranan dan arahan pembuat
untuk pemasangan selamat bagi kren haruslah dipatuhi dalam setiap
perincian. Senarai semak tersebut haruslah diisi dan disemak oleh orang
bertanggungjawab.

22.3 Kerja Membicu

22.3.1 Kerja membicu haruslah dilakukan menurut prosedur pembuat, dan


dijalankan oleh orang kompeten.

22.3.2 Kerja-kerja membicu hendaklah dilakukan ketika cuaca baik sahaja.

22.3.3 Semua alat keselamatan membicu, tali dawai dan sistem membicu haruslah
disemak oleh orang kompeten sebelum membicu kren dijalankan.

22.3.4 Selepas setiap pembicuan, semua pengancingan haruslah diperiksa.

22.4 Operasi

22.4.1 Hanya operator kren yang berdaftar dibenarkan mengendalikan kren.

22.4.2 Semua peranti keselamatan hendaklah diperiksa dan diuji serta berfungsi
dengan baik sebelum mengendalikan kren.

22.4.3 Penglihatan operator kren hendaklah tidak terhalang semasa mengendalikan


kren atau menggerakkan beban dan dibantu oleh pengawal isyarat
terlatih.

22.4.4 Apabila kren tidak dikawal dari bawah, tetapi dikawal dari ruang pandu
atas, maka isyarat tangan atau komunikasi suara haruslah digunakan
antara operator kren dengan pengawal isyarat terlatih yang berada di
bawah.

22.4.5 Berat bahan yang hendak diangkat haruslah dinyatakan, dan tanggungjawab
untuk menyemak beban haruslah ditetapkan. Beban yang melebihi had
tidak boleh diangkat.

22.4.6 Bahan haruslah diikat rapi sebelum penghantaran ke tapak kerja untuk
memastikan bahan dapat diangkat dengan selamat oleh kren. Langkah
berjaga-jaga khas harus digariskan dan diamalkan bagi operasi mengangkat
yang luar biasa, seperti mengangkat panel lebar, yang boleh ditiup angin,
atau mengangkat secara tandem oleh dua kren atau lebih.

22.4.7 Dilarang menurunkan beban secara jatuh bebas.

22.4.8 Dilarang mengangkat beban melintasi orang awam, melalui laluan awam,
jalan raya, bangunan atau tuangan yang berdekatan dalam cubaan
membawanya turun ke satu tempat di luar capaian biasa kren.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 23


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.4.9 Piawaian dan kod berkaitan dengan jarak dengan talian kuasa haruslah
dipatuhi.

22.4.10 Putaran kren harus dihadkan kepada beberapa pusingan melainkan


cincin gelincir atau alat yang serupa disediakan untuk menyalirkan arus
elektrik dari bahagian statik ke bahagian mesin yang bergerak.

22.4.11 Zon operasi bagi dua kren atau lebih haruslah tidak bertindih, melainkan
diimbangkan secara menegak untuk mengelakkan pelanggaran. Keutamaan
operasi harus dinyatakan.

22.4.12 Dilarang mengubah mana-mana suis had.

22.4.13 Beban sama sekali tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa kawalan.

22.4.14 Semasa menyediakan cara untuk menetapkan kren (bicu, pengapit


rel, pencekik, perembatan, gai dan sebagainya) dan mengenakan brek
supaya kren tidak bergerak apabila tidak diawasi, blok beban haruslah
diletakkan berhampiran posisi atasnya, dan jika perlu, jib boleh berpusing
jika ada angin. Pembuat haruslah memberikan prosedur dan tatacara
terperinci.

22.4.15 Bekalan kuasa haruslah dimatikan dan dikunci oleh operator apabila dia
meninggalkan ruang pandu.

22.4.16 Operasi mengangkat haruslah dihentikan semasa cuaca buruk.

22.4.17 Lampu limpah yang dipasang pada struktur kren haruslah dipastikan
tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam.

22.5 Pemeriksaan dan Ujian

22.5.1 Pemeriksaan dan ujian haruslah dijalankan hanya oleh orang


bertanggungjawab.

22.5.2 Kren haruslah diperiksa dan diuji sepenuhnya sebelum dikendalikan.

22.5.3 Kren dan aksesorinya haruslah diperiksa dan diuji setiap kali hendak
diguna atau selepas tidak diguna bagi suatu tempoh masa. Ujian penuh
semua fungsi haruslah dijalankan selepas memasang atau membicu,
dan sebelum kren diluluskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan untuk digunakan.

22.5.4 Senarai semak harian dan mingguan haruslah disediakan untuk pemeriksaan
oleh operator kren.

22.5.5 Pemeriksaan harian haruslah dibuat berhubung dengan keadaan brek


semasa tiada beban, pelarasan, dan pemeriksaan fungsi pelbagai peranti
keselamatan dan peranti had yang dipasang pada alat mesin angkat,
pemasangan kuasa elektrik dan kawalan lebih beban.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 24


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.5.6 Pemeriksaan mingguan haruslah dibuat ke atas tali dawai pada mesin
angkat dan troli, guys, kabel kuasa elektrik, talian guys jib dan pemberat
jib, tambatan tali dawai mesin angkat pada drum belitan, tapak, bolt dan
pin.

22.5.7 Pelindungan yang serupa haruslah diperiksa secara berkala ke atas alat
pembumi, adang, penutup kotak simpang untuk memastikan semuanya
dalam keadaan baik dan berfungsi dengan betul.

22.5.8 Semua bahagian struktur haruslah diperiksa oleh orang bertanggungjawab


bagi apa-apa kecacatan kimpalan, bengkok, dan sebagainya, menurut
saranan pembuat.

22.6 Penyenggaraan dan Pembaikan

22.6.1 Penyenggaraan dan pembaikan haruslah dilakukan oleh orang yang


terlatih dan mematuhi saranan pembuat.

22.6.2 Titi samping, selusur, atau laluan masuk seumpamanya hendaklah


dipasang dengan kemas pada struktur kren.

22.6.3 Jika kren perlu dilaras untuk bergerak semasa mengendalikan


penyenggaraan tertentu, ia haruslah dilakukan di bawah penyeliaan
orang bertanggungjawab, dan di bawah operasi normal kren.

22.6.4 Semua pembaikan kimpalan pada bahagian kren hendaklah mematuhi saranan
pembuat, dan hanya dilakukan oleh pengimpal yang bertauliah.

22.7 Merombak

22.7.1 Pemeriksaan haruslah dibuat ke atas semua alat pembicuan sebelum


operasi merombak kren. Hanya orang bertanggungjawab dibenarkan
melaksanakan kerja tersebut.

22.7.2 Tatacara merombak kren dengan selamat haruslah disediakan. Tatacara


ini haruslah termasuk spesifikasi dan saranan pembuat.

22.7.3 Kerja merombak tidak boleh dijalankan kecuali kelulusan bertulis daripada
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperolehi.

22.8 Penyimpanan Kren

22.8.1 Hanya kawasan yang diluluskan oleh agensi kerajaan berkenaan boleh
digunakan sebagai kawasan penyimpanan.

22.8.2 Kawasan penyimpanan kren atau bahagian kren haruslah dipagar


dengan teguh dan disediakan laluan masuk yang selamat ke kawasan
tersebut. Ini bagi mencegah mana-mana orang yang tidak berkenaan
atau orang awam daripada menceroboh ke dalam kawasan tersebut dan
mendedahkan mereka kepada bahaya yang ada di situ.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 25


Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.8.3 Pintu pagar haruslah dikunci dan kuncinya haruslah disimpan oleh orang
yang diberi kuasa.

22.8.4 Pagar atau adang haruslah direka bentuk dan dibina dengan kukuh
untuk menahan berlakunya keruntuhan longgokan struktur kren yang
berdekatan.

22.8.5 Struktur kren haruslah diletakkan di atas tapak yang kukuh, tidak mendap,
dan tidak dikenakan berat yang boleh menyebabkan tekanan beban
berlebihan kepada permukaan tanah.

22.8.6 Tiada bahagian kren boleh dilonggokkan:

(a) pada pagar atau adang melainkan pagar atau adang tersebut diketahui
cukup kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan; dan
(b) hingga ketinggian yang boleh mengakibatkan longgokan itu tidak
stabil.

22.8.7 Papan tanda amaran yang secukupnya untuk mengelakkan orang yang
tidak berkenaan masuk ke kawasan penyimpanan haruslah ditampal di
tempat yang mudah dilihat seperti di pintu masuk.

22.8.8 Langkah yang berkesan haruslah diambil untuk mencegah pembiakan nyamuk,
lalat, tikus dan haiwan serta serangga lain yang memudaratkan.

RUJUKAN

1. Akta Kilang dan Jentera 1967


2. Peraturan Kilang dan Jentera (Operasi Pembinaan dan Kerja Pembinaan
Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986
3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
4. Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan
dan Kesihatan) 1997
5. Perintah Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)
1997
6. Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan) 1996
7. Safety, Health and Welfare on Construction Sites A Training Manual,
International Labour Office

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 26

You might also like