You are on page 1of 4

Jerebu

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap


dan zarah pencemaran lain mengaburi pemandangan langit. Jerebu
adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi
ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Apabila
zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan
dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya
matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya
akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.dan
menyumbang kepada masalah pernafasan. Jerebu tebal dikenali sebagai
asbut. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada
satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada
individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan
bandar. Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya
kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih
seperti asap.Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara
akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.

Punca
Kebakaran hutan
Kebakaran gambut
Pembakaran terbuka
Asap perindustrian
Asap kenderaan

Kesan-Kesan Jerebu
Kesihatan
Karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk
dan logam mengancam kesihatan manusia terutamanya golongan
kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi
penyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan
penyakit paru-paru. Namun begitu,individu yang sihat turut
berpotensi untuk medapat penyakit berpunca daripada jerebu.

Aktiviti Harian
Aktiviti seharian manusia tersekat,begitu juga dengan aktiviti luar
seperti sukan olahraga dan pertanian.

Sektor Ekonomi
Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia turut menjejaskan
sektor ekonomi negara terutamanya industri pelancongan yang
merupakan antara punca pendapatan yang berpotensi di Malaysia.
Industri ini terjejas teruk kerana para pelancong bimbang dengan
keselamatan mereka dalam keadaan jerebu.

Alam sekitar
Jerebu yang teruk boleh menjejaskan pemandangan alam
sekitar.Akibat daripada habuk-habuk yang menutupi daun dan dahan
pokok, proses fotosintesis tersekat sekaligus membantutkan
pertumbuhan pokok.

Keselamatan
Jerebu yang tebal juga mengancam keselamatan terutamanya kepada
pemandu kenderaan di mana tahap penglihatan yang terhad
menyukarkan pemandu memandu kenderaan yang mana keadaan ini
berpotensi untuk menyebabkan kemalangan.

Kajian kes
Jerebu yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 merupakan
jerebu paling teruk pernah di alami di kawasan ini dalam sejarah.Ia
meninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alam
sekitar. Jerebu 1997 ini berpunca daripada pembakaran hutan di
Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Dianggarkan 750,000 hektar hutan terbakar. Kerugian ekonomi bagi


negara-negara terbabit seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei,
sebahagian Thailand dan Filipina bukannya sedikit. Semua sektor
pengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan,
perhutanan dan pertanian telah terjejas teruk.

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak 34 bilion ringgit dari sektor


pertanian dan perlancongan sahaja. Ini tidak termasuk lain-lain sektor.
Kesihatan manusia juga telah terjejas, dianggarkan lebih 20 juta
penduduk di rantau ini dikatakan mengalami penyakit berkaitan
pernafasan sepanjang kejadian itu.

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya semua


pusat perubatan bersiap sedia berikutan ramai penduduk datang
mendapatkan rawatan. Fenomena ini telah berlanjutan beberapa lama
sehinggalah usaha pembenihan awan terpaksa di lakukan bagi
mengurangkan partikel jerebu dari udara.

Langkah mengatasi
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang
semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan
beberapa peraturan yang harus diikuti oleh semua warganegara Malaysia.
Larangan Pembakaran Terbuka
Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang
utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga
boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah
melanda negara. Kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk
mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi,
titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat
jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun
ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais
kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti,
ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair
akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu
keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan
penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat
membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon
dioksida di udara.

Perjanjian antara negara


Akibat jerebu yang teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN
telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas
Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada
tahun 2002.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU adalah sejenis ukuran yang digunakan untuk mengukur kualiti
udara, semakin banyak zarah-zarah ini berkumpul maka semakin tinggi
bacaan IPU. Berikut adalah jadual bacaan IPU:-
IPU Keadaan
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
>300 Berbahaya

Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan


menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua
kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang
setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

You might also like