You are on page 1of 5

Soalan

Huraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia khususnya di sekolah anda

Malaysia mempunyai berbilang kaum dan pelbagai parti-parti politik Perpaduan secara politik bermula sewaktu dalam usaha mendapatkan

kemerdekaan

Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha membina sebuah Negara bangsa akibat proses migrasi,penjajahan,gabungan wilayah yang berbeza ,gabungan etnik yang berbeza-beza dan gabungan kerajaan yang berbeza.dengan ini menjadi impian atau ssasaran bagi Malaysia untuk membina satu Negara satu bangsa yang aman dan makmur.

Banyak program penghayatan ideologi Negara serta penerapan dasar-dasar seperti DEB,Dasar Pembangunan Nasional,Dasar Pembangunan Wawasan dan dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia

Aspek demografi merupakan perkara penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia.

Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysiadari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai sosio budaya,demografi politik dan proses politik di Malaysia.

Kerjasama politik dan hubungan etnik

Idea tentang politik diperkenalkan oleh penjajahan British secara berperingkatperingkat dalam usaha menguasai semua sector ekonomi.

Beberapa siri perjanjian dengan sultan Melayu British Berjaya menguasai secara langsung dan tidak langsung proses politik dan pentadbiran di Tanah Melayu.

Perubahan daripada proses dan struktur politik tradisional yang berpaksikan kekuasaan sultan dalam pelbagai aspek kepada proses dan struktur politik moden dilakukan oleh penjajah British dengan melakukan pemisaha kuasa sultan telah dibataskan.Sultan hanya berkuasa pada hal berkaitan agama dan adat istiadat sahaja ,manakala urusan ekonomi,politik dan pentadbiran diuruskan oleh British.

Pengalaman dari penjajahan Jepun telah mengajar penduduk Tanah Melayu betapa pentingnya kerjasama antara golongan etnik untuk mencapai objektif politik.

Usaha kearah kerjasama politik telah dimulakan semenjak zaman kemerdekaan lagi.Kerjasama AMCJA-PUTERA,dua golongan kiri dalam aliran nasionalisme di Tanah Melayu Negara kita. dan kemudiannya golongan nasionalisme UMNO-MCA yang seterusnya oleh MIC menunjukkan bahawa kerjasama adalah asas dalampolitik

Malayan Union dilancarkan pada tahun 1946 dan cirri-cirinya ialah i)Pemusatan kuaa ditangan kerajaan pusat ii)Raja-Raja Melayu hilang kuasa kecuali keatas hal berkaitan agama dan adat istiadat Melayu iii)Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip JUS SOLI5

Kerjasama etnik yang erat antara UMNO,MCA dan MIC membawa kejayaan besar dalam proses politik awal di Persekutuan Tanah Melayu.

Pemupukan hubungan etnik secara formal secara umum usaha memupuk hubungan etnik yang harmonis memerlukan

tindakan secara formal daripada pihak atas.

Selepas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai antara etnik Melayu,Cina dan India,berkait rapat dengan unsur-unsur tradisional seperti:

Pertama - kedudukan ,kedaulatan dan kemuliaan raja-raja Melayum tidak boleh dipersoalkan .Perlembagaan 1948 mengasaskan konsep raja berpelembagaan. Kedua - Kedudukan istimewa orang Melayu (yang meliputi perkhidmatan awam,biasiswa dan segala bentuk bantuan berkaitan dengan pendidikan ,permit atau lessen perniagaan) tidak boleh dipersoalkan Ketiga - hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi mereka yang lahir sebelum,semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka,melalui

kuatkuasa undang-undang.Hak kerakyatan juga boleh dipohon melalui cara permohonan dan naturalisasi. Keempat - Islam ialah agama Persekutuan,tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan.

Di negara kita proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down.DEB<Dasar Pembangunan Kebangsaan dan Dasar Wawasan Negara merupakan suntikan penting daripada kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.

kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan sama, samada dalam bindang awam.

peluang

supaya semua etnik berada dalam satu ruang fizikal dan bukan fizikal yang ekonomi,pendidikan atau perkhidmatan

Kita sering membayangkan pembentukan Malaysia yang wajar dikejar dan dicapai menjelang tahun 2020.DasarPendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah salah satu langkah yang menujudkan perpaduan.Tidak semua rakyat Malaysia menghantar anak mereka ke sekolah ibubapa bebas memilih aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.Keadaan ini berlaku kerana kesekolah menghantar anak mereka berbahasa pengantarmandarin,Tamil atau Inggeris yang

diizinkan oleh kerajaan .Itu sebabnya jika anak-anak dihantar ke sekolah aliran bahasa pengantar melayu maka akan wujud interaksi berbilang kaum maka ini akan mewujudkan perpaduan nasional. Kesimpulan Malaysia adalah sebuah Negara berbilang etnik.Sifat majmuk ini berbezabeza antara sebuah wilayah dengan wilayah yang lain.Kemajmukan di mungkin terhad kepada golongan minority anatara kelompok Semenanjung

Melayu,Cina ,India dan lain-lain. Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang mempunyai

kaum melayu dan cina yang sama banyak.Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaan tanpa ada kerjasama antara pelbagai etnik.Malaysia kini sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.Kejayaan itu adalah datangnya dari golongan pemimpin yang menyatupadukan semua golongan etnik dalam pakatan Barisan Nasional.Oleh sebab itu Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung pada integrasi nasional yang kukuh dan berpanjangan. Sehingga sekarang kita boleh lihat ada berbagai sekolah Melayu,Cina dan India yang didirikan tetapi mempunyai sukatan pelajaran yang sama. Juga ada sekolah yang mempunyai golongan etnik berbeza di satu sekolah,maka dengan ini akan mengujudkan perpaduan berbilang kaum.Kerajaan tidak menghalang golongan etnik tertentu untuk sekolah tertentu sahaja tetapi ibubapa bebas membuat pemilihan sekolah anak mereka.

You might also like