Iman, takwa sifat terpuji kemuliaan Muslim

28 April 2000

Manusia mempunyai pelbagai keinginan, impian dan cita-cita yang sentiasa menjadi idaman. Impian dan cita-cita yang menjurus kepada usaha menempa kemuliaan diri dan menikmati kebahagiaan sejati serta kesejahteraan hakiki sepatutnya menjadi matlamat utama setiap insan. Pengertian mengenai kemuliaan dan kebahagiaan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Secara umumnya, mulia dan bahagianya seseorang dinilai dengan limpahan kemewahan harta benda, taraf kedudukan dan pangkat yang tinggi serta istimewa di kalangan masyarakat. Namun, ada juga yang mengukur kemuliaan seseorang dengan kesempurnaan hidupnya dengan memiliki sebuah keluarga besar yang bahagia dengan isteri dan anak-anak yang soleh. Tidak kurang juga, segelintir manusia menganggap kecantikan paras badan sudah mencukupi untuk menjamin kemuliaan dan kebahagiaan seseorang. Islam meletakkan matlamat utama manusia di sebalik kejadian manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Sebagai hamba Allah, manusia yang beriman wajib tunduk dan patuh serta menjunjung segala perintah Allah sama ada suruhan atau larangan-Nya. Sebagai khalifah Allah pula, manusia dilantik Allah untuk mentadbir dan memakmurkan alam berpandukan kepada ketentuan Ilahi iaitu al-Quran dan hadis. Kedua-dua matlamat itu digalas pada bahu manusia dengan membawa agenda yang satu, iaitu untuk menempa kemuliaan di sisi Allah dan juga menikmati kebahagiaan yang sejati di dunia dan akhirat. Islam perlu dilihat daripada perspektif sebagai addin, iaitu Islam yang paling sempurna dan lengkap dengan panduan hidup untuk manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Sering juga diperkatakan bahawa manusia adalah makhluk yang paling sempurna dari segi kejadian dan ciptaan-Nya. Kenyataan ini memang ada kebenarannya apatah lagi ia diperkuatkan lagi dengan ayat suci al-Quran yang melengkapkan lagi kedudukan manusia sebagai makhluk yang mulia dan terpilih di sisi Allah Taala. Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah At Tin, ayat 4 bermaksud: “Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Dalam surah lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami memuliakan anak-anak Adam; dan Kami beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Al Isra: 70) Mafhum daripada nas suci berkenaan dapat disimpulkan bahawa Allah memuliakan manusia dengan menjadikan mereka dalam bentuk yang seelok-eloknya, iaitu pandai berkata-kata, berakal fikiran sehingga dapat menguasai dunia dan isinya.

laut dan udara dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan. maka kamu termasuk ke dalam golongan manusia yang paling tekun beribadah. harta. Sebenarnya kayanya seseorang adalah kerana kaya hatinya dan juga miskinnya seseorang kerana miskin hatinya. Sebaliknya Islam menggalakkan agar umatnya menumpukan perhatian kepada kedua-dua tuntutan duniawi dan ukhrawi sesuai dengan perintah Allah yang termaktub dalam surah Al Qasas. dan jika kamu rasa memadai dan reda terhadap apa yang telah Aku berikan kepadamu. Dan sesungguhnya apa yang boleh membahayakan dirinya adalah sifat tamaknya. Antara keunikannya ialah Islam adalah agama yang bersifat sederhana dan anjal dalam semua keadaan dan tempat. Islam mempunyai neraca piawaiannya yang tersendiri dengan menilai kemuliaan seseorang dari segi batin dengan imannya. maka seluruh isi dunia ini tidak dapat membahayakan dirinya daripada apa yang dimilikinya. Maksud sederhana dan anjal ialah Islam bersifat seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. takwa dan sifat mahmudah (terpuji) yang menggilap hatinya. Islam tidak hanya menitikberatkan perkara keagamaan dan akhirat sematamata.” (Riwayat Al Khara`iti) Pernah satu ketika Nabi Muhammad berkata kepada Abu Zar: “Wahai Abu Zar! Apakah kamu menyangka bahawa seseorang yang banyak harta adalah orang yang kaya. Ingatlah bahawa sesiapa yang kayanya berada di dalam hatinya. malah tidak meminggirkan perkara keduniaan daripada genggaman manusia.” Sebenarnya Islam tidak melihat kemuliaan seseorang manusia dari segi lahiriah saja dengan rupa parasnya. pangkat yang tinggi dan taraf kedudukannya di sisi masyarakat. ayat 77 yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. Tetapi timbul pula persoalan di benak fikiran manusia. kemuliaan seseorang dinilai daripada hatinya yang kaya dengan iman. Sebenarnya Islam adalah Addin yang memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri. Mereka diberi rezeki daripada benda yang baik dan lazat serta diberi kelebihan yang besar daripada kebanyakan makhluk lain. kebersihan hatinya dan ketakwaannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sehubungan itu. tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hatinya. maka kamu termasuk dalam kalangan manusia yang paling kaya.Manusia diberikan kemudahan bergerak di darat. Allah menjelaskan dalam satu hadis Qudsi mengenai kekayaan yang sebenarnya menurut Islam. iaitu apakah ciri-ciri atau jenis kemuliaan yang sebenarnya dan kebahagiaan yang hakiki menurut kaca mata Islam yang selama ini menjadi rebutan kalangan masyarakat. Inilah antara rahsia kemuliaan dan kebahagiaan .” Oleh itu. Allah berfirman yang bermaksud: “Sekiranya kamu taat mengerjakan apa-apa yang Aku wajibkan kepadamu. maka kamu termasuk dalam kalangan manusia yang paling memelihara dirinya daripada keburukan dan kejahatan. Sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyak harta. dan jika kamu menjauhi apa yang aku larang terhadapmu.

Tuhan akan memimpin mereka kerana iman mereka yang sempurna. Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Tetapi alangkah baiknya seandainya manfaat keduniaan yang diperoleh oleh seseorang manusia dipergunakan dan dijuruskan ke arah kebaikan dan kebajikan umum seperti harta kejayaan jika disumbangkan sebahagiannya kepada fakir miskin. iman dan takwa mampu mencipta keajaiban yang tidak pernah dicipta oleh sesiapa pun sebelum ini. hati seorang Muslim perlu digilap dan dibaja dengan iman dan takwa kepada Allah. Dengan memperkasakan diri dengan pengisian hati yang sarat dengan iman dan ketakwaan mampu menelusuri segala pancaroba yang merintangi titian hidup dengan semangat waja. Ini kemudian dihiasi pula dengan sifat terpuji yang akan menyuluh sudut hatinya agar ia dapat menyerlahkan ketrampilan akhlak luhur dalam kehidupan. Sekiranya inilah yang dilakukan oleh seseorang Muslim bermakna mereka adalah orang yang kaya dalam hatinya dan yang pastinya menempatkan dirinya di kalangan umat yang beroleh kemuliaan di sisi Allah dan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah dan generasi sahabat selepasnya. Inilah ciri-ciri Muslim sejati yang dijamin Allah bakal menjadi penghuni syurga yang dipenuhi nikmat di akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh. Untuk mencapai kemuliaan dan kebahagiaan berkenaan.” (Yunus: 9) Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Penyelaras Program Usuluddin. Maka tidak hairanlah generasi sahabat mampu merentasi gurun sahara yang kering kontang hanya dengan bekalan iman dan takwa yang bertakhta di hati hingga berupaya melakarkan episod gemilang dalam diari sejarah Islam sepanjang zaman. Begitu juga orang yang memiliki kedudukan tinggi sewajarnya memanfaatkan pengaruhnya untuk menyebarkan ajaran Islam di kalangan masyarakat Islam agar berpegang teguh kepada Islam yang suci. (Mereka masuk ke taman yang) sungainya yang mengalir di bawah kediaman mereka di syurga yang penuh nikmat. Lebih daripada itu. Kuala Terengganu .

4 keperluan bentuk Muslim sejati « pada: 28 May. Rasulullah SAW menggesa umatnya memiliki kekuatan fizikal seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Padahal. memanah. Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah. sempurna dan relevan sepanjang zaman. bermain tombak dan pedang. . seorang Muslim perlu memenuhi empat keperluan asasi bagi dirinya iaitu: Riadah sebagai bekalan jasmani. Hanya pengikutnya yang tidak memahami dan tidak mahu mengamalkan ajarannya saja mencemar imej Islam. hidup di kawasan perkampungan Melayu kotor atau anak mereka kaki dadah. merempit dan liar. Bagaimana umat ini boleh berdiri sama tinggi dengan orang Barat atau Eropah yang jauh lebih maju dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka. gemilang dan terbilang. Baginda SAW melatih sahabatnya dengan aktiviti lasak seperti berenang. Karma kemiskinan dan kebodohan membelenggu hidup mereka. Bagaimanakah Islam membentuk keperibadian pengikutnya? Bukankah sudah lahir tamadun Islam yang paling agung pada zamannya selama 800 tahun berkuasa di dunia ini? Bolehkah kegemilangan itu berulang kembali? Untuk membentuk imej Islam yang cemerlang. Adakah gambaran seperti ini mewakili nilai Islam? Sama sekali tidak. gaya pemakanan seimbang dan senaman secara teratur. Terbukti kekuatan fizikal mereka mampu mengalahkan tentera kufar dengan perbandingan satu lawan sepuluh. 09:36:04 AM » [b]Tajdid iman: 4 keperluan bentuk Muslim sejati[/b] Bimbingan agama kuatkan keperibadian bukan dieksploitasi nafsu syaitan JANGAN salahkan Islam jika anda mengenali seorang Muslim yang jahat perangainya. berkuda. jika kita berdiri sebagai seorang pemuda Islam yang memiliki ciri 3G iaitu gemuk. gebu dan gempal.” (Hadis riwayat Muslim) Kekuatan fizikal hanya dapat dimiliki mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu seperti penjagaan kesihatan badan. Agama ini begitu suci. 2007.

Di sana kita belajar bagaimana menyucikan hati. Jika pepatah menyatakan makin menuntut makin berasa banyak yang kita tak tahu. Jika ibadat tidak dapat melahirkan jiwa yang sebegini maknanya ibadatnya itu perlu dipersoalkan. Tidak cukup belajar membaca al-Quran saja tanpa mendalami tafsir. ibadat dan bekerja kerana segala perbuatan baik yang diniatkan untuk reda Allah adalah inti ibadat. ia juga dibekal dengan satu kekuatan yang perlu diurus supaya hidupnya sempurna. Ilmu yang bermanfaat perlu diikat dengan bacaan. Kekuatan itu ialah emosi atau perasaan semula jadi yang Allah ciptakan untuk kita. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku. tulisan dan penyampaian kepada orang lain. Hanya dengan ibadat kemantapan modal insan terbentuk dalam keperibadian kita. Daripada ilmu berbuahlah amal.” Ketenangan hati dalam sembahyang dan zikrullah. Satu kekuatan yang tidak pernah dimiliki orang kafir adalah kekuatan roh dan jiwa yang diisi dengan ibadat. mungkin kita akan berasa semakin jauh daripada hidayah Allah Taala. Seni sebagai bekalan emosi dan perasaan. mereka yang bijak pandai semestinya juga adalah ahli ibadat. ibadat dan belajar. mengupas bab muamalat Rasul SAW dalam kumpulan hadis Baginda SAW. ibadat. Petunjuk yang menerangi hati dan mententeramkan adalah ilmu agama. Ilmu duniawi harus seiring sejalan dengan ilmu agama supaya tidak terjadi kepincangan dalam keperibadian kita. Dengan ilmu seolaholah Tuhan membukakan jalan yang luas menuju syurga-Nya. Ilmu bekalan untuk akal. Manusia diciptakan selain memiliki jasad dan hati serta akal. Ilmuwan yang tidak mahir menulis. mengapa tidak memberi kesan pada peribadinya? Sesungguhnya tiada jurang pemisah antara ibadat dan perniagaan. Tanda orang yang taat beribadat ialah boleh mengawal hawa nafsu.Ibadat sebagai bekalan rohani. Asas ilmu agama seperti aqidah. Kesucian terpancar daripada hati dan kemuliaan tergambar lewat tabiat yang digayakan. Pendekatan yang diguna pakai dalam menghayati ilmu amat pelbagai. bagaimana dengan yang tidak menuntut tentu lebih teruk ketinggalan. akhlak dan syariah menjadi rujukan utama yang menterjemah nilai al-Quran dan hadis. jika kita tidak berada pada majlis ilmu dalam jangka masa yang lama. menguatkan keyakinan dan melakukan amal yang sahih. kurang membaca atau tidak gemar memberi tunjuk ajar akan mengalami gejala kekurangan bekalan maklumat dan penurunan tahap intelektual. . ada yang menitikberatkan bacaan tanpa hafalan atau cuba menulis apa yang dituntut. Semestinya yang paling berjaya merebut peluang perniagaan adalah mereka yang kuat beribadat. puasa dan sedekah diharapkan mampu melahirkan insan menyeluruh. Semuanya bertujuan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan meletakkan kita pada barisan orang yang mengikut jalan Rasulullah SAW. dekat dengan Tuhan dan jelas matlamat hidupnya.

Bacaan al-Quran itu bagaikan karya agung yang dipuisikan sebagai gambaran ideal kesempurnaan nilai suci. Doa yang diucapkan penuh penghayatan lebih nikmat dibaca berbanding dengan doa sekadar hafalan. Nabi SAW mempunyai penyair yang hebat seperti Hasan bin Tsabit. Penghayatan itulah yang dinamakan improvisasi dalam bahasa sastera dan khusyuk dalam bahasa orang sufi. Diperlukan sentuhan seni untuk menterjemahkan cinta kepada Ilahi. Sahabat juga suka melantunkan syair perjuangan dan persaudaraan. sayang menyayangi dan memuji kesucian perasaan. ibadat dan riadah. akhlak dan syariah. Begitulah apabila seorang hamba berjiwa seni menggerakkan penghayatannya ketika beribadat. seni adalah akidah. Bukan seni untuk seni semata. ibadat. kerana hidup ini untuk dinikmati dengan bimbingan agama bukan dieksploitasi oleh nafsu syahwat dan pujuk rayu syaitan. Seni dalam Islam menjadikan jiwa kita tenggelam dalam aliran sungai yang bermuara di sisi Allah Taala. puisi atau kisah indah yang mempunyai nilai sastera yang tinggi. -------------------------------------------------------------------------------- .Pada fitrahnya manusia perlukan sentuhan pada perasaannya dengan mendengar syair atau lagu. Hal ini adalah keperluan asasi bagi manusia disamping ilmu. Bekalan itu diharapkan menguatkan keperibadian hamba-Nya. Akhirnya sembahyang yang didirikan itu bagaikan pementasan sejuta perasaan indah yang dipersembahkan kepada Tuhan. Islam memberi ruang untuk kita menikmati seni dengan syarat ia tidak memuja kekufuran dan mempamerkan unsur-unsur keji.

Usia muda merupakan aset terpenting yang tiada galang gantinya. usia mudamu sebelum datangnya hari tua. golongan tua dan mereka yang telah hilang keupayaan diri sepertimana yang berlaku di dalam negara yang diperintah oleh komunis. Kita memfokuskan kepada pemuda bersesuaian dengan kemampuan mereka untuk memikul tugas yang mencabar dan memerlukan tenaga dan semangat juang yang tinggi. seterusnya menjadikan dustur Ilahi sebagai dasar dan landasan hidup yang memayungi kehidupan manusia dan seluruh makhluk sejagat yang hidup di maya pada ini. Di dalam lipatan hidup . Kenapakah Islam terlalu menitik beratkan syabab muslim jika hendak dibandingkan dengan generasi yang lain? Dr..SYABAB MUSLIM DAKWAH. Membebaskan manusia daripada menyembah sesama makhluk dan mejadikan mereka mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Iaitu untuk menjelmakan dalam diri pemuda Islam sifat pengabungan diri mereka dengan Islam dan iltizam dengan segala dasar dan asas-asas agama atau dalam ertikata lain untuk melahirkan generasi muslim yang sejati dan tulen. Islam menitikberatkan generasi muda bukan bermakna mengabaikan generasi yang lain. hayatmu sebelum datangnya ajal. Nabi Muhammad SAW menggesa syabab agar mengisi masa muda dengan perkara yang bermanfaat dan memberi sumbangan untuk ketinggian Deen Islam. waktu sihat sebelum datangnya sakit. Rakyat jelata menggesa pihak pemerintah menghapuskan semua generasi tua selepas berlakunya revolusi agar mereka ini tidak membebankan negara. Memperjuangkan kalimah suci. Di atas bahu mereka terpikulnya tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Dakwah tarbiyyah dan jihad momentum syabab Islam membawa pengertian. dan waktu lapangmu sebelum datangnya kesempitan. Di dalam Islam setiap generasi dan lapisan memiliki peranan yang tersendiri. bukanlah semata mata kerana generasi ini memiliki keistimewaan dan sifat-sifat yang tersendiri yang melayakkan mereka memikul amanah ini bahkan ada sebab-sebab yang lebih jauh daripada itu. Fathi Yakan menyebut dalam risalah beliau yang bertajuk As Syabab Wa Taghyir : Ketika mana Islam menitik beratkan usia muda untuk merealisasikan cita-cita Deen Al Islami iaitu melakukan perubahan menurut landasan dan garisan yang telah ditetapkan oleh Islam. kaya sebelum datangnya kemiskinan. tiga elemen tersebut merupakan pengerak utama bagi syabab Islam untuk terus berperanan sebagai agen perubah dan pencorak masyarakat. Menjadi harapan untuk melerai segala kekalutan dan kemelut yang melanda ummah dewasa ini. menyambung risalah suci yang pernah dibawa oleh junjungan besar kita nabi Muhammad saw. seterusnya menjunjung kalimah suci dan meletakkannya di tempat yang selayaknya. Ini bertepatan dengan apa yang telah dirakamkan di dalam sabda baginda yang bermaksud : Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. TARBIAH DAN JIHAD MOMENTUM SYABAB MUSLIM Pemuda Islam tunggak keutuhan ummah.

kesedaran perlu dipupuk ke dalam jiwa pemuda pemuda Islam dan menggerakkan mereka untuk menjalankan kerja-kerja dakwah serta meningkatkan semangat juang. Lantaran itu pemuda menurut neraca dan mizan Islam mempunyai tanggung jawab dan nilai serta harga yang khusus jika dibanding dengan generasi yang lain. Apakah rahsia dan matlamat yang tersirat menjadi dorongan yang kuat untuk kita menyediakan pemuda dengan segala persiapan ini. Mereka perlu menyedari ganjaran dan janji Allah bagi sesiapa yang menyeru kepada Allah dan merekalah orang yang berhak mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah serta mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Gejala ini menghambat mereka di setiap penjuru kehidupan. berkhidmat untuk Islam. Islam juga masih lagi belum bertakhta di atas singgahsananya. kita tidak menjelaskan atau menentukan mana-mana di antara matlamat yang tersebut tadi menjadi asas yang mendorong kita mempersiapkan diri pemuda Islam . Fathi Yakan apa yang perlu kita sedari ialah ummat Islam dewasa ini masih bernaung di bawah lembayung pemerintah thaghut dan Islam masih belum berperanan sebagai pemimpin dan menjadi pedoman dalam kehidupan manusia dalam ertikata yang sebenarnya. Pada hakikatnya. Usia muda digunakan untuk melakukan pengorbanan dan memberi sumbangan yang bermakna untuk Islam. merealisasikan dasar dan perundangan Islam di dalam masyarakat dan seluruh alam jagat. Dakwah ibarat obor suci yang menerangi kehidupan insan.dan pusingan roda usia manusia ada peranan dan kewajiban tertentu yang mesti ditunaikan bersesuaian dengan keupayaan dan usia mereka. Hidup di dalam keadaan tidak mengenal tuhan dan terus ditimpa bencana dan kemurkaan Allah. Menurut D. Realiti umat hari ini masih dihimpit kejahilan yang menghala kepada keruntuhan yang amat menggerunkan. Untuk mencapai semua matlamat ini. Muda adalah merupakan marhalah usia yang memiliki darah yang masih panas dan paling sesuai untuk melaksanakan impian dan cita cita murni Islam. Tanpanya manusia akan terus kekal di dalam kegelapan dan teraba raba mencari cahaya untuk menerangi kehidupan mereka yang masih bergelumang dengan kejahilan. Lantaran itu matlamat kita yang paling murni menyediakan syabab muslim ialah untuk menjadikan mereka tentera Allah. Allah telah berfirman yang bermaksud : "Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada kebaikan dan mengatakan sesungguhnya dari kalangan orang Islam". Atau sekadar membolehkan mereka melakukan amal kebajikan. memberi sumbangan kepada golongan yang miskin dan sebagainya. mengatur kehidupan dan melaksanakan cita cita murni Islam. Allah menggesa kepada seluruh ummat ini agar menyampaikan risalah suci ini di dalam firmannya yang memberi maksud : "Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh dengan . Adakah semata mata kita hendak memelihara pemuda daripada terdedah kepada ajakan hawa nafsu serakah yang tidak pernah mengenal batasan atau sekadar mempersiapkan diri mereka dengan thaqafah yang mendalam agar mereka ini mampu untuk berkhutbah dan menyampaikan ilmu.

memahami hukum dan batasnya. Seterusnya menjadi teguh dan utuh memayungi kehidupan seluruh makhluk Allah di bawah naungan Islam. Semoga sejarah kegemilangan Islam yang pernah diabadikan dengan tinta emas ini menjadi aspirasi kepada seluruh pemuda Islam untuk menyusuri jejak langkah mereka yang pernah menempa sejarah kegemilangan Islam. Syabab muslimlah yang menjadi sasaran utama untuk memikul amanah berat yang maha suci ini sesuai dengan kekuatan fizikal dan sifat kepahlawanan yang mereka miliki. Abdur Rahman b. Untuk menimbulkan kesedaran dan memberi kefahaman yang syumul.Tunduknya kerajaan Rum dan Parsi yang merupakan dua kuasa besar yang tidak asing lagi suatu ketika dulu adalah dengan perjuangan suci yang di jalankan oleh syabab muslim. dan mengadakan untukmu cahaya. Arqam b. pemuda Islam perlulah memiliki sifat rabbani dan ia tidak akan mampu diwujudkan meski pun setinggi mana ilmu dan thaqafah mereka jika tidak diasaskan di atas taqwa kepada Allah. dan Dia . Untuk menyediakan santapan hati dan jiwanya dengan santapan yang sempurna." Tidakkah kita menyedari bahawa kerja-kerja dakwah yang pada peringkat awal perkembangannya berpusat di rumah Al Arqam b Abi Al Arqam yang dipelopori oleh golongan muda.makruf dan melarang dari yang mungkar. Mereka inilah merupakan tentera-tentera yang memikul tugas dakwah. Amar b. Melatih diri dengan menjauhi segala yang bercanggah dengan kehendak agama. Semata-mata untuk mencari keredaan Allah. Firman Allah bermaksud : "Hai orang orang yang beriman (di antara ahli kitab) takutlah kepada Allah dan berimanlah dengan rasulNya (Muhammad) nanti dia memberikan kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya. Abi Al Arqam. tarbiyyah merupakan tunggak utama sebagai pengisian dan persiapan diri untuk menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan dakwah. Mus’ab b. Ia perlulah bersifat menyeluruh meliputi jasmaniah dan rohaniah sebagai langkah melahirkan kader-kader yang bertaqwa dan ikhlas dalam perjuangan mereka. Saidina Uthman lebih muda daripada Rasulullah dan yang terakhir Saidina Ali merupakan yang termuda dari kalangan mereka. Bilal b. menanggung segala keperitan dan azab menjalankan tugas tersebut dengan penuh kesabaran dan segala pengorbanan sehingga menjulang kemenangan Islam. Umair. Tarbiyyah juga merupakan asas untuk menyediakan syabab muslim yang seimbang dan melengkapi segenap aspek serta merancang modul operandi dakwah yang sistematik sebelum berhadapan dengan masyarakat yang beraneka ragam. sehingga dapat kamu berjalan padaNya. Rasulullah ketika itu berusia 40 tahun manakala Saidina Abu Bakar lebih muda daripadanya 3 tahun dan Saidina Umar 27 tahun.kerja dakwah yang dijalankan tanpa melalui proses tarbiyyah akan melahirkan pendakwah yang pincang dan mudah goyah pendirian. Rabah. Zaid. Demikian jugalah para sahabat yang lain seperti Abdullah bin Masud. Auf. Said b. Yasir dan ratusan lagi yang kesemuanya adalah terdiri dari golongan muda. Perkara yang paling asas ialah syabab perlulah membersihkan diri dan menyucikannya dengan siraman zikrullah dan dihiasi dengan taqwa. Kerja.

hai orang orang yang beraqal. dan Allah Pengampun lagi Penyayang. Iqrar.mengampunimu. dalam orang orang yang sujud(sembahyang). Firman Allah yang memberi maksud : "Orang orang yang berjuang (dalam menunaikan hak kami) nescaya kami tunjuki mereka ke jalan Kami . takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakannya untuk besok (hari kiamat) dan takutlah kepada Allah. di sini digariskan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai hakikat tersebut." Mujahadah Sesungguhnya orang beriman jika mendapati dirinya malas dan berat untuk melakukan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah maka hendaklah bermujahadah agar terbiasa dengan melakukan perintah Allah. Mudahmudahan kamu bertaqwa. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikan. sesungguhnya Allah maha mengetahui apa apa yang kamu kerjakan." Mua’qabah Menghukum diri sendiri dengan hukuman yang diharuskan oleh syara’ bertujuan agar tidak berulang kesilapan yang serupa Firman Allah bermaksud : "Kamu mendapat hidup dengan peraturan qisas itu. Firman Allah yang bermaksud : "Dia yang melihat kamu ketika berdiri (sembahyang) Dan ketika engkau bolak balik. Firman Allah bermaksud : "Hai orang orang yang beriman. Abdullah Nasih Ulwan iaitu natijah atau buah yang lahir dari rasa keimanan yang mendalam di samping merasakan diri sentiasa di bawah perhatian Allah dan takutkan kemurkaanNya serta sentiasa mengharapkan keampunan Allah dan keredhaanNya." Muhasabah Sentiasa menilik semula amal pekerjaan yang telah dilakukan . Untuk melahirkan generasi yang bertakwa. sumpah setia dan menyatakan wala’ hanya semata-mata kepada Allah sepertimana bacaan yang sering kita ulangi di dalam sembahyang lima waktu Muraqabah Hadis nabi telah menjelaskan maksud muraqabah iaitu merasakan diri sentiasa berada di bawah kawalan Allah sama ada ketika sembunyi mahupun terang terangan." ." Taqwa menurut D. adakah bertepatan sepertimana yang dikehendaki oleh syara’ ataupun sebaliknya.

a. spiritualnya dan juga akhlaqnya yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. tetapi akan diperkatakan pembentukan peribadi Muslim seperti tajuk ini hasil sedutan daripada kitab-kitab para Mujahid Islam yang banyak berjihad dan berkorban untuk Islam.w. 2007 by azmibhr Yang dimaksudkan dengan peribadi ialah manusia itu sendiri dengan fizikalnya.w. memenuhi sifat-sifat Uluhiyyah dan Rububiyyah dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya.w. Peribadi yang tinggi dan mulia ini telah pernah lahir pada suatu kumpulan yang terkenal dengan panggilan Generasi Al Quran Yang Unik (Jillun Qur’anun Farid). diasuh dan dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah s.t.t dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Peribadi Muslim tidak pernah terkenal dan tidak pernah bersinar di kalangan masyarakat manusia kecuali ianya dibina di atas Tauhid keImanan kepada Allah s. mentalnya. mereka terus menghulurkan tangan untuk mengikat janji setia dan penyerahan sepenuhnya dengan lafaz:.w semasa hayat baginda. Generasi yang menjalani latihan Tauhid dan Keimanan kepada Allah s.w yang berpandukan wahyu Allah s. Kumpulan yang telah dilatih dan dididik sebagai jiwa tauhid tersebut telah tidak lagi terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamakkan dunia. Dalam tajuk ini tidak akan dihuraikan tentang huraian peribadi secara perbincangan-perbincangan ahli-ahli falsafah dalam ilmu jiwa.PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MUSLIM April 20.t dan kepada prinsip-prinsip keImanan yang lain selama lebih kurang 13 tahun secara praktiknya.w. Firman Allah s. Itu tidak dapat menyekat kemaraannya. Iaitu generasi sahabat awwalun (pertama) yang dididik. Generasi yang menjalani proses keImanan yang mentauhidkan Allah s. Kumpulan ketika mana mendengar panggilan Iman kepada Allah s.w.w.t : Terjemahannya : “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai “( Surah at Taubah : 32 ) Dari latihan.t dan kepada Rasul Nya. mereka merasakan kehidupan Jahiliyyah sudah tiada nilai lagi dan tidak lagi memberi kesan terhadap mereka. al Quran al Karim sebagai sumber pembentukan. ketika menjalani latihan Tauhid telah diazab dengan berbagai azab dan siksaan serta gangguan malah secara bersatgu semua tenaga Jahiliyyah bagi menghalang dan menghapuskan Nur Iman sebagai asas pembentukan peribadi yang kian hari semakin bersinar dan meningkat dalam usaha pembentukannya.t dan Rasul Nya. Generasi yang ada suatu ketika dahulu.w.t semata-mata.t. Jiwa mereka tidak sabar-sabar lagi untuk pergi menyahut panggilan Iman kepada Allah s.“Aku bersaksi bahawa .w. Malah cita-cita memenangi keredhaan Allah s. Jiwa mereka memberontak ketika berada di dalam cengkaman Jahiliyyah. didikan serta pimpinan junjungan kita Muhammad s. maka terbentuklah keperibadian Muslim pada kumpulan pertama para pemuda Quraisy.a. Setelah keyakinan tauhid benar-benar menguasai jiwa mereka.

Firman Allah s. mengajar mereka mengawal jiwa mereka yang pernah benar terlatih dengan peperangan semasa Jahiliyyah seolah-olah mereka dilahirkan bersama-sama peralatan senjata. sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. “( Surah al’Ankabut : 1-3 ) Dan dalam firmanNya yang lain. kita bertambah luhurlah akhlaq mereka dan kian bertambah bebaslah mereka dari kekuasaan kebendaan dan rintihan hawa nafsu yang menyesatkan dan terpancarlah rasa cintakan Allah s.a. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. kesusahan dan pahit getir perjuangan dan jihad di Jalan Allah s.w.w. Mereka .t yang mereka tempuhi itu tidak sesekali melemahkan Iman mereka.w pada hal mereka mengetahui benar bahawa jiwa mereka diancam. mendidik hati nurani mereka dengan Iman. Malah Iman mereka kian bertambah yakin dan bertambah tabah menghadapi apa yang mereka sifatkan sebagai ujian dari Allah s.w.w. mereka berkata : Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya kepada kita. Tetapi kumpulan yang dididik dan diasuh oleh Rasulullah s. maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta .t.w dengan al Quran al Karim ini memahami dan menyakini akan realiti tersebut.t : Terjemahannya : “ Alif laam miim. padahal belum datang kepadamu (cubaan ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ?.w mengasuh jiwa mereka dengan al Quran al Karim.t: Terjemahannya:. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan.t. “( Surah al Ahzab : 22 ) Begitulah Rasulullah s. Ini dapat dilihat di dalam al Quran al Karim di dalam firman Allah s.a. Terjemahannya : “ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga. sedang mereka tidak diuji lagi ?. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman. Dan yang demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka kecuali iman dan ketundukan .t. Rasulullah s.a.Tiada Illah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah “ Mereka menyerah jiwa raga mereka di bawah perintah Rasulullah s.w. hidup mereka tergugat dan mereka akan menghadapi berbagai kesulitan dan kesusahan untuk sampai kepada matlamat tersebut. Dengan didikan demikian maka kian bertambah tinggilah jiwa dan hati mereka. “(Surah al Baqarah : 214 ) Segala kesulitan. Ingatlah.w.“ Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu. Dan benarlah Allah dan Rasul Nya . Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang berada di dalamnya.w juga mengajar mereka bersabar menghadapi kesusahan.a. serta digoncangkan ( dengan bermacam-macam cubaan ) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?. mengajak mereka patuhj kepada Allah dalam melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Allah s.

Dengan roh tauhid dan keImanan. Kemudian Rasulullah s.t yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah kemanusiaan.w.dhidup di zaman yang tidak pernah sunyi daripada peperangan dan pertumpahan darah.w yang gigih lahirlah peribadi Muslim seperti Abu Bakr as Siddiq yang terkumpul padanya sifat-sifat terpuji. maka Rasulullah s.t yang ditinggalkan oleh Rasulullah s. tegas dan adil yang menjadi contoh teladan zaman berzaman.w. Zaid bin Thabit.w.w melalui asuhan dan didikan al Quran al Karim mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.a. Lahir juga peribadi Muslim seperti ‘Umar al Khattab yang dahulunya mengembala unta bapanya. Juga lahir peribadi-peribadi seperti ‘Ali bin Abi Talib.a.w yang luarbiasa dan dengan Kitab suci al Quran al Karim yang dipenuhi dengan mukjizat. Orang dahulunya tidak pernah menyangka dan tidak pernah disangka akan menjadi orang yang pertama meneruskan amanah Allah s.a.a. Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa seseorang Muslim di tahap Makkah pernah mempertahankan diri dari kezaliman Quraisy dengan senjata meskipun ia berkemampuan untuk berbuat demikian.a. Ibn ‘Abbas.t membendung jiwa peperangan dan semangat kebangsaan dengan arahan baginda yang bermaksud : “Hentikanlah kekerasan dan dirikan solah “ Maka secara patuh mereka menghentikan peperangan dan kekerasan serta bersabar dalam menghadapi siksaan Kuffar Quraisy.w. sebagai tokoh-tokoh ulama yang tiada bandingannya dari dahulu hingga sekarang dan mungkin juga di masa akan datang. dengan pengajaran Nabi yang sempurna. Mereka ini adalah hasil daripada latihan dan didikan Madrasah Rasulullah s. Ini bukanlah kerana lemah dan takut.a. maka terpancarlah ilmu pengetahuan daripada tokoh-tokoh tersebut dan kata-kata hikmat lahir daripada mulut- . dengan peribadi Rasulullah s. Inilah suatu sifat kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan hasil daripada pembentukan Rasulullah s. meskipun padanya terdapat sifat-sifat tegas dan berani tetapi tidak pernah menyediakan tapak untuk meletakkan ke tempat yang tinggi dan tiada siapa yang menyangka dengan pimpinan dan didikan baginda Rasulullah s. Ibn Mas’ud.a. al Khattab.w dapat membangunkan kehidupan yang baru kepada Generasi Pertama dahulu dan mengangkat kembali nilai kemanusiaan yang hampir musnah.a. Dahit dan peperangan Ghabra. Ibn ‘Umar. dengan pendidikan yang teliti dan bijaksana. taqwa.w mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s. seperti peperangan Basus. ‘Aisyah. Begitu juga dengan peperangan al Fijar belum lagi sejuk dan masih terasa bahangnya. Hasil dari usaha-usaha Rasulullah s.a. Kemudian dapat menegakkan di atas keruntuhan untuk pemerintahan Islam yang dapat mengatasi Romawi dan Farsi di segi pentadbiran dan peraturan dan ditambah pula dengan sifat-sifat wara’.w untuk memimpin manusia ini ke matlamat yang suci murni.w meletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mengisi hidup baru kepada kemanusiaan.w tiba-tiba ‘Umar muncul menggemparkan alam ketika itu dengan kepintaran dan ketegasannya serta keberaniannya dapat merobohkan singgahsana Kaisar Romawi. Tetapi Rasulullah s.

t.w. tidak mementingkan diri sendiri.( Surah al An’am : 122 ) b. Sifat-sifat Keperibadian Mereka Antaranya ialah :a. pendokong kitab suci al Quan al Karim dan Syari’at Allah s.t .w. serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-sekali tidak dapat keluar daripada nya?. kesesatan dan kezaliman.a.w. di bawah perhatian baginda yang teliti hingga lahirlah pada peribadi mereka sifat-sifat Zuhud. Inilah satu revolusi pembentukan peribadi yang luarbiasa dan satu-satunya yang pernah berlaku di dalam sejarah kemanusiaan dan hingga kini revolusi seumpama itu berulang kembali. Mereka telah menerima cahaya daripada Allah s.w.w yang berasaskan Tauhid dan kemampuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan hasi dari pengajian mereka dari sumber al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah untuk mengepalai dan memimpin manusia ke arah kebaikan yang abadi. berdi’ayah dan membelanjakan wang yang banyak bagi memenangi jawatan tersebut. takutkan Allah s. Mereka bercakap maka seluruh zaman akan terdiam danmereka berkhutbah maka seluruh zaman menunggu-nunggu untuk merakamnya.t : Terjemahannya : “ Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang. Mereka itu adalah kumpulan pertama atau lebih dikenali sebagai Generasi Al Quran. Dengan itu lahirlah kumpulan Islam hasil dari didikan Rasulullah s. Sabda Rasulullahs. Revolusi yang menghasilkan kumpulan Mu’min sejati tampil mengepalai kepimpinan alam ke arah kesejahteraan dengan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan manusia di bawah kepimpinan tersebut.a. Mereka tidak secara teraba-raba memilih jalan hidup mereka dan corak pergaulan mereka.mulut mereka. bagi membetul dan memandu manusia ke arah yang selamat. Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan “.t bagi menerangi jalan hidup mereka di kalangan masyarakat manusia.w yang bermaksud : “Kami demi Allah tidak akan memilih sebagai pemerintah orang yang memintanya atau orang yang terlalu ingin kepadanya . Mereka itu tidak mencipta undang-undang atau menggubal perlembagaan hidup mengikut kehendak jiwa mereka sendiri. “ Mereka tidak berebut-rebut kepada jawatan tetapi sebaliknya mereka merasa berat menerimanya apabila dilantik. Mereka faham bahawa jiwa tanpa hidayat Islam adalah sumber kejahilan. Firman Allah s. tidak tamak dan tidak terlalu ghairah terhadap kuasa. tetapi mereka menganggap sebagai suatu amanah yang terpikul di atas bahu mereka atau .w. yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia. Amanah. apatah lagi mencalunkan diri mereka untuk jawatan tertentu dan berkempen. Wara’.a. ‘Afah. Mereka tidak memegang kuasa memerintah atau memimpin tanpa menjalani latihan akhlaq dan didikan jiwa. Apabila mereka dilantik memegang sesuatu jawatan mereka tidak menganggapnya sebagai suatu sumber kekayaan atau keuntungan. Mereka menghabiskan masa yang panjang menjalani didikan junjungan Muhammad s.

berjaya dan maju secara adil dan saksama selama mana dia tidak diberi bimbingan dan asuhan yang sewajarnya mengikut nilai-nilai Islam yang sewajarnya. Firman Allah s. berusaha untuk kesenangan dan muslihat bangsa dan negara semata-mata. mereka bukan utusan bangsa dannegara. Manusia tidak akan merasa dbahagia.t. aqal.t. Mereka sedar mereka bertanggungjawab di hadapan Allah s. perasaan dan juga anggota lahir yang lain.w. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.t semata-mata sepertimana yang telah ditegaskan oleh Rabi’ bin ‘Amir utusan tentara Islam kepada Yazdjir yang bermaksud : “Allah s. Mereka faham bahawa manusia ini terdiri dari jasmani dan rohani.w.t : Terjemahannya : “Wahai manusia.w. Mereka sentiasa mengingati pesanan Allah s.t di dalam al Quran al Karim : Terjemahannya : “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat. dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “( Surah al An’aam : 165 ) c. “ d. Mereka faham bahawa mereka bukan dilahirkan untuk mengasaskan Empayar ‘Arab untuk menekmati segala kemewahannya dan bermegah dengan kearabannya atau lahir untuk melepaskan manusia daripada pemerintahan Romawi dan Farsi dengan kekuasaan Arab dan pemerintahan mereka.w. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “( Surah al Hujuraat : 13 ) Sayyidina ‘Umar al Khattab semasa memerintah beliau berkata kepada ‘Amru al As manakala mendapat tahu bahawa anak ‘Amru memukul seorang warga negara Mesir serta bermegah dengan pangkat dan kebesaran bapanya. untuk mengujimu tentang apa yang diberikan Nya kepadamu. Tetapi tugas mereka ialah untuk mengeluarkan manusia dari beribadah kepada sesama manusia kepada berubudiyyah kepada Allah s. sesungguhnya Kami menciptakankamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersukusuku supaya kamu saling kenak mengenal. Mereka faham benar bahawa mereka bukan berkhidmat kepada bangsa sematamata.w. Yang lebih tinggi pada mereka ialah nilai Taqwa kepada Allah s. terdiri dari hati.w.t semata-mata dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia ini kepada yang lebih luas lagi dan mengeluarkan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam “ Nilai bangsabangsa adalah sama sahaja pada mereka.t dari sebesar-besar pekerjaan hingga sekecil-kecilnya. maka ‘Umar terus bertindak menghukum ‘Amru dan anaknya sekali seraya berkata yang bermaksud : .“ Bilakah kamu mula memperhambakan manusia sedangkan mereka diperanakkan oleh ibu-ibu mereka di dalam keadaan merdeka .w. .sebagai ujian daripada Allah s. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan Nya.w.t mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari beribadah kepada manusia kepada beribadah kepada Allah s.

Peraturan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. pastikan juga adik-adik sentiasa menjaga amalan seperti solat 5 waktu dan jangan lupa bacalah Al-Quran. Namun sekarang mungkin mereka sudah tidak lagi secergas dulu. Jangan lah kita cuba untuk meniru cara dan gaya hidup orang barat yang sebenarnya tidak bertamadun dan bebas itu. Walaupun mungkin kita mempunyai kelemahan tetapi cubalah juga membacanya. Fizikal mereka juga berubah. semakin kita meningkat dewasa. ayah dan keluarga kita. Sudah pastilah jawapannya ialah Ibu. Saya percaya ya adik-adik. jika kita rajin membaca Al-Quran dan tahu maknanya insyaAllah kita akan cemerlang didalam bidang ilmu yang lain-lain. Cuba ya adik-adik dan pelajar-pelajar yang saya hormati. Kita sebagai seorang muslim sejati perlu fahami bahawa hidup ini mempunyai peraturan. setiap kebaikan akan pasti mendapat balasan kebaikan di akhirat insyaAllah. Terutamanya ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan . Lebih baik juga jika kita dapat berguru dengan ustazah atau ustaz yang dapat memperbetulkan bacaan kita. Selain membantu ibu dan ayah. Kita juga perlu mempunyai matlamat dalam hidup ini. Apakah matlamat hidup anda semua? Fikirkan lah … . Al-Quran merupakan sumber motivasi diri . apa salahnya ye kita sama-sama membantu ibu dan ayah dengan tugas-tugas harian di rumah. mereka lah yang telah menjaga dan membelai kita sejak dari kecil hinggalah kita dewasa. Dulu mereka cergas dan bertenaga. Cuba anda bayangkan betapa besarnya pengorbanan mereka demi untuk memastikan anak yang dikandungnya sentiasa dalam keadaan yang sihat. dibawanya kita ke hulu dan kehilir. Apa tidaknya. Jika ditanya siapakah orang yang paling kita hormati dan sayangi. Dijaga makan dan minum bagi memastikan kandungannya dan dirinya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Oleh itu adik-adik.. setiap hari bacalah satu muka surat. cuba lah hindarkan diri dari melakukan perkaraperkara yang tidak mendatangkan faedah. Bantulah apa yang patut bagi meringankan beban kerja yang mereka tanggung. umur ibu dan ayah juga bertambah. Adik-adik dan pelajar-pelajar yang dirahmati Allah. Adik-adik dan pelajar-pelajar yang dikasihi.Assalamualaikum. Adik-adik yang dikasihi. Ibu dan ayah merupakan semulia-mulia insan yang patut kita hormati dan sayangi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful