Professional Documents
Culture Documents
Taylor berpendapat, untuk meningkatkan produktiviti hanya hal cara saintifik saja boleh
digunakan di mana pekerja tidak perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah kerja
mereka sebaliknya akan dilatih untuk melaksanakan kerja yang ditetapkan oleh pengurusan.
Pendekatan konsep pengurusan itu ada kecenderungan untuk menilai segala sesuatu dari segi
keuntungan ekonomi. Penekanan adalah terhadap prestasi dan kecemerlangan yang diukur
daripada keuntungan ekonomi berasaskan petunjuk kebendaan. Ada pakar pengurusan yang
berpendapat konsep itu tidak sesuai dipraktikkan kerana ia melihat pekerja dalam perspektif
negatif. Mengikut konsep pengurusan itu, pekerja harus diawasi dan hanya perlu buat apa
disuruh tanpa perlu memberi sebarang pandangan kepada pengurusan.
Pakar itu berkata, Taylor tidak langsung ambil peduli mengenai perasaan pekerja walaupun pada
hakikatnya, perasaan pekerja boleh mempengaruhi produktiviti kerja. Jika seseorang pengurus
mengamalkan sepenuhnya model pengurusan Taylor, bentuk pengurusan menjadi kaku dan
menjejaskan produktiviti kerja disebabkan pekerja rasa terkongkong. Beberapa pakar pengurusan
Barat membuang istilah pengurus dan pengurusan serta menggantikannya dengan konsep
pemimpin dan kepemimpinan. Andainya manusia sebagai tenaga kerja dalam organisasi tidak
boleh diurus, dikerah, diarah atau diatur, mereka perlu dipimpin supaya dapat menyumbang
dengan cukup berkesan dalam proses mewujudkan nilai tambah kepada sistem ekonomi. Pakar
pengurusan menekankan kepemimpinan ialah semangat, menghendaki personaliti contoh dan
wawasan ke hadapan. Pengurusan perlu tetapi ketua penting. Kepemimpinan dan pengurusan
tidak sama. Kepemimpinan mengenai beri arahan, membina kumpulan dan menjadi penggerak
kepada yang lain melalui teladan dan perbuatan.
Justeru, satu lagi model pengurusan moden sudah dibentuk ke arah mementingkan kesejahteraan
pekerja. Pengurusan moden juga memberi penekanan kepada nilai sejagat atau pandangan
meluas dalam mengutamakan nilai murni dianggap sebagai nilai positif. Jepun memperkenalkan
pendekatan pengurusan seperti Just-In-Time, Quality Control Circles (QCC), dan Tota; Quality
Management (TQM). Negara Barat memperkenalkan konsep Management by Objectives
(MBO), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Outside
(MBWO).
Jepun, dalam pendekatan pengurusannya memberi penekanan kepada pengurusan pekerja dengan
melihat sikap, ketaatan kepada organisasi, mementingkan kualiti, peningkatan teknologi dan
kepuasan pelanggan. Ini bermakna pendekatan pengurusan Jepun dan Barat mementingkan
pengamalan nilai murni.
Model pengurusan saintifik diperkenalkan Taylor dan model pengurusan yang mementingkan
kesejahteraan pekerja mempunyai persamaan dengan konsep Pengurusan Islam. Konsep
Pengurusan Islam merangkumkan kedua-dua pendekatan di mana pekerja harus mengikut hukum
syarak yang ditetapkan Allah, dan sebaliknya manusia tidak perlu pengawalan rapi. Pekerja
diamanahkan melaksanakan tugas masing-masing dan berdasarkan amanah itu, mereka perlu
memberi perkhidmatan yang baik tanpa perlu diawasi atau dipaksa.
Sistem pengurusan Barat kini menekankan konsep nilai bersama sebagai asas untuk maju ke
depan dalam organisasi. Tom Peters dalam bukunya In Search Of Excellence menekankan nilai
bersama akan mengawal kemahiran, strategi, struktur, sistem dan gaya pengurusan. Di Jepun,
pegangan Zen Buddhism menjadi teras syarikat seperti Matsushita kerana pengasasnya percaya
moral dan agama memainkan peranan penting dalam organisasi.
Penekanan kepada sistem nilai dalam konsep pengurusan moden adalah sama dengan konsep
Pengurusan Islam. Dalam konsep pengurusan moden, sistem nilai yang diterima oleh satu
masyarakat berbeza dengan masyarakat lain. Sistem nilai diamalkan dalam pengurusan moden
adalah sistem nilai yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Krisis nilai timbul dan
bertapak dalam kehidupan manusia apabila kemahuan hawa nafsu dan pengaruh syaitan menjadi
pegangan dan manusia tunduk kepada keduanya dalam membuat keputusan serta peri laku.
Manusia sanggup melakukan perkara bercanggah dengan nilai sejagat, menyeleweng dan
mengubah nilai diamalkan supaya dapat memenuhi kepentingan kebendaannya.
Sistem nilai Islam mengatasi masalah bertukarnya nilai sejagat sesuatu masyarakat. Ini
membezakan konsep pengurusan moden dengan pengurusan dalam Islam yang bermula dengan
hakikat setiap manusia melihat peranannya sebagai khalifah serta pemegang amanah di dunia.
Perspektif tauhid memberikan ukuran sejagat dan memberikan takrif tepat mengenai sistem nilai
yang harus diikuti setiap manusia. Pokoknya, ia berasaskan pada teras bahawa setiap manusia
dilahirkan di dunia sebagai hamba Allah dan perlu sentiasa setia kepada Allah. Mereka perlu
memainkan peranan penting sebagai khalifah dan pemegang amanah. Jawatan, ilmu, kemahiran
dan segala keupayaan termasuk masa adalah amanah Allah kepada kita untuk digunakan dengan
berkesan. Kita akan dihisab atas tindak tanduk di dunia apabila tiba hari akhirat nanti. Ini satu
bentuk pengawalan yang menentukan kita tidak akan mengubah sistem nilai.
Dengan itu, pengurusan Islam tidak menghadapi perubahan nilai. Islam mengikat manusia
dengan iman, ilmu dan amal. Islam menguasai manusia dengan hukum 'pahala-dosa'. Dalam
Islam, tauhid menekankan kesetiaan kepada Allah dan Rasul SAW sebagai nilai utama yang
mengatasi segala nilai lain diwujudkan dalam sistem organisasi. Ia memberikan implikasi
bahawa setiap manusia berkhidmat untuk kebaikan manusia dengan matlamat mendapat
keredaan Allah bukan untuk matlamat kebendaan. Sebagai pemegang amanah kepada Allah,
manusia akan menggunakan segala ilmu, harta, kemahiran dan keseluruhan dirinya untuk
kepentingan ummah. Kerja dan kegiatan adalah sebagai satu proses ibadah, motivasinya bukan
ganjaran dunia tetapi pengharapan balasan di akhirat.
Berasaskan paradigma tauhid, kita dapat memupuk satu matlamat hidup yang jelas dapat
dipraktikkan termasuk memainkan peranan sebagai pemimpin, pengurus dan usahawan. Kita
menyedari kehidupan di dunia mempunyai tujuan lebih jauh dan tinggi daripada kesenangan di
dunia untuk mencapai keredaan Allah.
Go!
• Home
• Selamat datang !!
Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu
sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha
melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan
dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik,
ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang
melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama
manusia.
Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah
tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga
perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam
mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa
jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan
garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.
Ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana
selama ini metreka terdedah dengan sistem yang datang dari barat. Mereka mengambil dan
mengamalkan sestem pengurusan barat dengan bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada
teori klasik atau kontemporari. Antara konsep yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik
yang dikemukakan oleh Taylor dengan menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja dalam
bidang tugas.
Malaysia juga turut menerima tempias dari dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh
kerajaan, dengan mengambil dasr dan contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun dan Korea
Selatan. Antara sistem yang digunapakai ialah JIT( just-in-time)(kawalan kualiti total) Samurai
Swordmanship dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang jepun cuba diterapkan dalam sistem
pengurusan masakini.
Umumnya, semua teori tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti dan
memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. Matlamat
asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila banyak kes yang timbul yang menjurus
kepada kegagalan. Kegagalan yang paling ketara ialah kegagalan yang membentuk sahsiah
rupadiri kakitangan pengurusan itu sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk manusia yang
cemerlang dan seimbang.
Oleh itu sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada sistem pengurusan Islam yang telah
terbukti berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan diri manusia itu
sendiri. Antara sebab utama umat Islam perlu bebuat demikian ialah :
Bersifat Rabbani
Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemya adalah berlandaskan kepada syariat yang
telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang
direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri
oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasul yang dilantik.
Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa terikat dengan segala peraturan dan ketetapan Allah
s.w.t. Manusia hanya berhak mencipta dan menggubal sesuatu mengitku ruang serta cara yang
diizinkan oleh syara’ sahaja. Segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan secara
pasti, hendaklah dilaksanakan tanpa dolak dalik atau tanpa sebarang pengubahsuaian. Oleh itu
ketetapan konsep halal dan haram mampu mengawal setiap tindakan manusia.
Kaedah pengurusan Islam adalah sama dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain iaitu
bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ketetapan ini merupakan satu arahan dari Allah s.w.t
seperti Firman-Nya :
Maksudnya : Kami telah meurunkan Al-Kitab padamu (Muhammad) sebagai penjelasan
segala sesuatu yang diperlukan, juga merupakan petunjuk, kerahmatan dan
kegembiraan untuk sekalian muslimin
Ini bermaksud dari segi metodologi dan asas pengurusan Islam adalah merupakan suatu yang
tetap dan tidak berubah. Perkara yang boleh berubah ialah berhubung dengan aspek-aspek
teknikal dan perlaksanaan yang sememangnya perlu dikembangkan serta disesuaikan dengan
pelbagai keadaan, masa dan persekitaran. Walaupun aspek ini boleh dipinda dan diubah, tetapi
perlu juga dijadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebgai rujukan. Kaedah ini dikenali sebagai
« ijtihad » yang merupakan akal fikiran manusia. Ini menjadikan pengurusan Islam cukup
berbeza dengan sistem pengurusan moden yang hanya berasaskan kebijaksanaan akal manusia
yang terbatas dan terhad tanpatanpa panduan Wahyu. Hasilnya lahirlah satu sistem yang sentiasa
wujud berbagai kelemahan kerana fikiran manusia yang terbatas yang mudah dipengaruhi oleh
pelbagai unsur luar dan sekeliling yang tidak sihat.
Maksudnya : « hendaklah kem menghukum antara seluruh manusia itu dengan peraturan yang
diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu »
Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidupyang cukup luas dan sentiasa relevan dengan
kehendak masa, keadaan dan tempat. Namun, Islam tidak pernah menolak pembaharuan, tetapi
perlu seiring dan selari dengan ketetapan hukum syarak.
TAKHTIT-PERANCANGAN
• Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil dengan
mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya menetap cara untuk
mencapai matlamat tersebut dengan menagambil kira keupayaan dan kemampuan yang
dimiliki.
• Perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan untuk masa depan. Proses
perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya :
•
1. magenalpasti matlamat
2. menilai keupayaan sumber
3. membuat jangkaan atau ramalan
4. memperkenalkan plan tindakan
Rasulullah s.a.w sendiri merancanakan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk
memastikan segala yang dirancang mampu membuahkan hasil yang dikehendaki. Beliau tidak
bertindak membuta tuli tanpa terlebih melakukan perancangan yang teliti. Antara contoh
peracangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah :
Era Mekah
Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru
manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu
secara sulit dan terang-terangan. Nabi mrancang langkah sedemikian dengan mengambil kira
kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan
suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi
mengambil langkah berdahwak secara terang-terangan.
Era Madinah
1. Program al-Muakha’- ia merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza
kerana menyedari matlmat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di
kalangan mereka.
2. Mendirikan masjid-Nabi juga merancang membina masjid sebagai langkah untuk
menyatukan umat Islam atas dasar Islam dn bukan atas semangat perkauman yang
sngat menbal ketika itu. Selian itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan
melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi
untuk menggerak setiap aktiviti yang dirancang.
3. Menggubal Piagam Madinah- Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan
Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perembagaan Negara Islam
yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah
negara Islam Madinah.
TANZIN-PENGORBANAN/PENYUSUNAN
Penyusunan atau pengorganisasian merupakan suatu proses penglokasian atau penempatan setiap
sumber yang wujud dalam sesbuah organisasi samada sumbr tenaga manusia, benda atau barang,
susunan organisasi, bidang kuasa, fungsi dan tugas setiap faktor tersebut untuk mencapai setiap
matlamat yang telah ditetapkan.
Oleh itu penyusunan setiap faktor yang terlibat perlu diambil kira pelbagai aspek
sampingankerana kegagalan mengambilkira akan mengundang kepada kegagalan. Antara nilai
dan perkara yang perlu diambil kira dalam menyusun sesebuah organisasi ialah :
1. Sumber tabi’i-sumber tabai’i merupakan sumber alam semulajdi yang juga penting
kepada organisasi seperti turun naik harga pasaran, sumber pengganti sekiranya
berlakunya kekurangan penawaran di pasaran, pembekal yang bersesuaian dan
sebagainya. Begitulah juga dengan nilai modal yang diperuntukan untuk faktor sumber
tabi’i perlu juga disusun untuk mengelakkan beban hutang di masa hadapan dan
seumpanya.
1. Gabungan sumber- Antara nilai-nilai yang perlu diambil kira dalam menyusun
penempatan setiap sumber faktor yang terlibat ialah kecekapan intelektual, kemurnian
peribadi, kecanggihan peralatan yang terkini, kedudukan dan fungsi yang sesuai.
Semuanya perlu disusun dengan teratur disamping keupayaan menyepadukan keupayaan
fizikal dan mental serta nilai-nilai akhlak setiap sumber tersebut. Nilai-nilai positif perlu
ditekankan kepada setiap faktor sumber untuk menjamin keharmohian dan kesepakatan
antara mereka. Oleh itu sikap hormat mengjormati, saling Bantu membantu, berbudi
bahasa dan bersikap sopan perlu ditekankan. Peralatan yang canggih tidak akan
membantu sesebuah organisasi seandainya sikap dan tabiat kakitangan mereka tidak
seiring dengan kecanggihan tersebut.
Rasulullah s.a.w sendiri mengambil pendekatan yang sama kearah memperkenalkan jentera
pentadbiran dan pengurusan negara, antara pengurusannya ialah :
1. Pentadbiran Pusat
2. Pentadbiran Wilayah
Pentadbiran pusat
Pentadbiran peringkat ini dibahagikan kepada tujuh jabatan iaitu :
I. Timbalan (nai’bin)
Mereka adalah dikalangan sahabat yang mengepali pentadbiran Negara terutamanya
menguruskan hal ehwal Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah s.a.w di Madinah.
II. Penasihat (mushir)
Baginda sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak,
pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk perkembangan Islam. Majlis penasihat
(syura) terdiri daripada tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar antaranya ialah :
Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Umar Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Ammar, Huzaifah, Abu Zar,
Miqdad dan Bilal
III. Setiausaha (Katib)
Katib bermaksud penulis, pencatat atau penyalin yang kemudiannya dikenali sebagai
setiausaha. Baginda memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini dan memerlukan
golongan pakar yang menulis beberapa dokumen seperti wahyu, surat kepada raja-raja
dan sebagainya.
IV. Wakil (Rasul) - Duta
Duta mestilah cerdik, perwatakan yang menyenangkan dan menarik serta mengusai
bahasa-bahasa asing khususnya bahasa ditempat mereka dihantar bertugas. Antara tugas
mereka ialah mengajak kepada Islam, membuat perjanjian, memberi perlindungan,
memohon kepada pemimpin tertentu untuk membenarkan orang Islam di negara untuk
pulang, mengirim hadiah dan lain-lain.
V. Pesuruhjaya
Kebiasaannya dilantik untuk mengurus soal-soal kecil tetapi dalam keadaan tertentu ia
adalah tugas berat seperti politik dan pelaksana undang-undang.
I. Wali (Gabenor)
Daerah kerajaan Islam di akhir hayat Rasulullah s.a.w meliputi semenanjung tanah Arab
dan sebagainya perbatasan negeri-negeri jiran seperti syria (syam) dan lain-lain. Baginda
telah melantik wali atau gabenor sebagai wakil baginda ke atas wilayah-wilayah tersebut
seperti Yaman (Muaz bin Jabal), Ta’ef(Uthman b Abi Al Aaas), Mekkah (Attaa b Usiad)
Untuk menambah nilai kejayaan dan keupayaan sesorang pemimpin dan kepimpinannya maka
Islam telah menunjuk dan memberikan model terbaik yang boleh dicontohi iaitu amalan yang
menggambarkan corak kepimpinan yang berkesan. Contoh itu terdapat dalam sholat berjemaah.
Antara nilai-nilai yang dapat dicontohi ialah :
• Rasulullah s.a.w perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan
berjaya menyatupadukan umat Islam
• Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang
Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan,
dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk
mencapai matlamat yang dirancang.
• Sistem syura diperkenalkan dengan melakukan berbagai perundingan
bersama para sahabat. Akhirnya dapat membuahkan startegi yang baik dalam banyak hal
yang dihadapi dan ditangani bersama kerana memperolehi berbagai idea yang bernas dan
menarik
• Pemahaman konsep pemimpin yang memahami nilai, perasaan, mental
fizikal serta elemen yang adalah kunci kepada kejayaan.
WIQAYAH-PENGAWASAN/PENGAWALAN
• Wiqayah bolehlah diertikan sebagai yak muru nal bil ma’ruf wan bahyu ‚anil munkar
• Islam menekankan konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah perkara yang
mungkar. Inilah sebenarnya kaedah pengawasan dan pengawalan yang paling berkesan
yang mampu melahirkan kejayaan dan kecemerlangan kepada sesbuah organisasi dan
kepada kehidupan itu sendiri.
• Tujuan utama kepada Wiqayah adalah untuk :
I. Asas pengurkur kejayaan – ia merupakan asas dalam menentukan matlamat
organisasi tercapai atau tidak
II. Penjamin kelicinan organisasi – Ia juga sebagai alat untuk mengukur dan
menentukan kelicinan perjalanan sesuatu program yang dilaksanakan. Dorongan
yang kuat akan membantu untuk menaikkan semangat bekerja dan seterusnya
mengecapi kejayaan.
III. Langkah pencegahan – mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi
sesuatu masalah yang timbul. Ia penting untuk memastikan tidak wujudnya unsur-
unsur negatif dalam sesbuah organisasi.
IV. Langkah dorongan – Ia juga penting sebagai langkah untuk mendorong manusia
agar berwatak dan bersikap positif serta berubah tanpa perlu dipaksa secara
kekerasan.
V. Fungsi akhir – pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam
sesuatu pengurusan atau pentadbiran untuk mengatasi sebarang masalah yang
timbul. Hukuman yang setimpal akan dikenakan sebagai langkah terakhir untuk
mencegah sebarang bentuk kemungkaran dan salah laku para pekerja. Budibicara
adalah jalan diplomasi yang perlu digunakan pada peringkat awal untuk mengatasi
sebarang masalah yang timbul.
• Perlu diingat bahawa dalam proses ini manusia yang diawasi dan dikawal itu punya
perasaan, maruah dan harga diri. Maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal
manusia dan mesin ataupun benda. Manusia tidak boleh diaibkan dengan apa cara sekalipun.
Maruah manusia perlu sentiasa dipeihara.
Kaedah dan cara kawalan/pengawasan :
• Secara umumnya cara dan kaedah pengawasan dapat dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu :
KESIMPULAN
Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya
tanpa sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan
itulah Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem
pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan
tercapai.
Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat-sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan
pengurusan Islam antaranya ialah :
1. Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin
dan yang dipimpin.
2. Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama
kerana terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat
(syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
3. Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan
merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku
yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur
menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap
permasalahan.
4. Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik elapas usaha
mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
KE ARAH PENGURUSAN
PEMBANGUNAN ISLAM
Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh
Ketua, Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
PENDAHULUAN
Secara umum, pembangunan mempunyai konotasi positif. Dalam pemahaman lazim,
pembangunan kebanyakannya dihubungkan dengan ukuran-ukuran kuantitatif seperti
peningkatan produktiviti, peningkatan pendapatan per kapita, peningkatan keluaran negara kasar,
peningkatan kadar pertumbuhan dan peningkatan penggunaan[1]. Kalau pun ada perkiraan-
perkiraan yang lebih kompleks yang menghubungkaitkan pembangunan ekonomi ini dengan
unsur-unsur sosial, budaya dan politik, ianya dikatakan tetap untuk kebaikan manusia[2].
Peningkatan taraf hidup ekonomi itu dikatakan menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan
kesejahteraan semua bidang kehidupan masyarakat yang lain seperti pelajaran, kesihatan,
kemasyarakatan, kebudayaan dan sebagainya (S. Husin Ali 1976)[3].
Penghujjahan dan penghuraian tentang perkara ini terangkum di dalam teori-teori pembangunan,
sama ada di dalam teori yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal[4].
Kesan-kesan sampingan seperti hedonisme, materialisme, gejala sosial, dekadensi moral,
penindasan, ketidakadilan dan sebagainya dianggap sebagai masalah-masalah biasa yang boleh
diatasi. Ia tidak membawa kepada berubahnya imej positif pembangunan itu[5].
Dalam mengurusi pembangunan secara Islam, ada tiga persoalan yang harus ditanya. Pertama,
apakah pembangunan berbentuk lazim ini yang hendak diurus? Kedua, apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan mengurus pembangunan secara Islam; bolehkah pengurusannya dilakukan
secara Islam manakala pembangunannya bertunjangkan kepada pembangunan lazim seperti di
atas? Dan ketiga, dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, kaedah apakah yang terbaik
dalam mengurusi pembangunan secara Islam ini? Kertas ini akan cuba menjawab ketiga-tiga
soalan ini.
KESIMPULAN
Secara idealnya, pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus pembangunan
berteraskan Islam dengan menggunakan kaedah pengurusan Islam. Tetapi pada realitinya, dalam
keadaan sosio-ekonomi dan politik masakini, hal ini tidak mudah dilaksanakan. Pembangunan
dan pengurusan lazim masih menjadi model dominan, manakala negara Islam yang diperlukan
untuk mendaulat pengurusan dan pembangunan Islam ini masih belum benar-benar wujud lagi.
Mahu tidak mahu, pengurusan pembangunan Islam terpaksa direalisasikan melalui kaedah
akomodatif dan evolusi. Ia pertamanya perlu mengurus pembangunan yang berdasarkan kepada
ideologi lazim, agar sedikit demi sedikit pembangunan sedemikian dapat diIslamkan. Untuk ini,
satu perancangan dan strategi yang sistematik dan dinamik perlu diatur, umpamanya dengan
mengadakan pelan induk dan blue-print yang boleh menjadi panduan kepada perjalanan ke arah
merealisasikan pengurusan pembangunan Islam sepenuhnya.
NOTA
[1] Sebenarnya pengertian pembangunan itu sendiri berkembang mengikut masa. Dalam abad
ke-19 dan awal abad ke-20, pembangunan disamakan dengan kemajuan (lihat Chodak 1973:21).
Pada awal abad ke-20 pula, kemajuan ini digantikan dengan perubahan sosial (lihat Parsons 1951
dan Coser 1967). Selepas Perang Dunia Kedua, khususnya dalam tahun-tahun 1950-han,
pembangunan merujuk kepada perindustrian, modenisasi atau pertumbuhan ekonomi (lihat
Sunkel 1977:6-7, Galeski 1972:275, Rostow 1956, 1960). Ini ditambah kemudiannya dengan
perubahan dan tindakan sosial (lihat Goulet 1971:6). Kini maksud pembangunan diperluaskan
mengikut kehendak semasa. Untuk perbincangan ringkas tentang perkembangan ini, lihat
Rahimah Abdul Aziz 1989:27-34.
[2] Misalnya Todaro (1977) menghubungkaitkan pembangunan dengan perubahan institusi
sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. Seers (1977, 1979)
merujuk pembangunan kepada penghapusan kemiskinan, kekurangan jumlah pengangguran dan
ketaksamaan. Rahimah Abdul Aziz (1989:45-48) pula merujuk kepada satu senarai yang agak
panjang. Pembangunan dikatakan berhubungkait dengan pemenuhan keperluan asas, barangan
dan perkhidmatan serta penggunaannya, penggunaan tenaga, keselamatan, keadilan, matlamat
sosial, budaya dan politik, penyediaan pekerjaan, nilai kesusilaan, perkembangan pemikiran dan
sikap, penggunaan teknik-teknik baru, perindustrian, perbandaran, modenisasi, pembebasan dari
pergantungan, penghapusan eksploitasi dan penindasan, penyertaan kesemua pihak terutama
kumpulan sasaran, memenuhi kepentingan kumpulan sasaran, penghapusan masalah-masalah
yang dialami majoriti manusia, peningkatan perasaan harga-diri, perluasan pilihan individu,
faedah kepada sebilangan besar rakyat, peningkatan kualiti hidup, pengambil-kiraan nilai,
kepercayaan dan sistem kelas, pemenuhan keperluan ekonomi, pelaksanaan agihan kuasa dan
keadaan politik.
[3]Tanggapan bahawa ekonomi merupakan faktor penentu kepada kesejahteraan bidang-bidang
kehidupan yang lain seperti pendidikan, kesihatan, kebudayaan, agama, undang-undang dan
sebagainya itu adalah merupakan asas kepada penganalisaan teori pembangunan lazim, sama ada
yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal. Teori pembangunan
radikal mengistilahkan ekonomi itu sebagai substruktur manakala bidang-bidang kehidupan yang
lain itu sebagai superstruktur.
[4] Antara teori pembangunan yang berteraskan falsafah pasca-klasikal yang telah menjadi
landasan kepada sistem kapitalisme ialah teori pertumbuhan dan teori pengagihan-dengan-
pertumbuhan. Manakala yang berteraskan kepada falsafah radikal yang telah menjadi landasan
kepada sistem sosialisme dan komunisme ialah teori strukturalis dan teori pergantungan.
[5] Imej positif pembangunan ini berlaku dalam kedua-dua falsafah pembangunan pasca-klasikal
dan radikal. Walaupun falsafah pembangunan radikal nampak agak berbeza dengan falsafah
pembangunan pasca-klasikal, namun asas ideologi kedua-duanya adalah sama. Perbezaan antara
keduanya, kalaupun ada, hanya bersifat metodologikal dan teknikal serta hanya berlaku di
peringkat operasional. Misalnya, teori pembangunan radikal hanya menyerang kaedah-kaedah
pembangunan dan pengagihan hasil yang dilagang oleh teori-teori pembangunan pasca-klasikal,
manakala andaian asasnya seperti konsep ‘kekurangan (scarcity) sumber-sumber’ dan ‘kemahuan
tidak terhad’ tetap tidak ditolaknya.
[6] Untuk melihat kritik Islam terhadap perkara ini, khususnya terhadap pendapat S.Husin Ali,
lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:69-70.
[7] Ahli teori pembangunan pasca-klasikal Rostow (1960) misalnya, percaya setiap masyarakat
yang ingin membangun mesti melalui lima tahap berikut: masyarakat tradisi, prasyarat untuk
mengorak langkah, mengorak langkah, menuju ke arah kematangan dan zaman penggunaan
secara besar-besaran. Ahli teori pembangunan radikal Karl Marx pula menyarankan tiga tahap
berikut: masyarakat pra-kapitalis (yang bersifat feudal dengan ragam pengeluaran Asiatic yang
tidak mempunyai konflik antara kelas dan oleh itu statik), masyarakat kapitalis dan masyarakat
pasca-kapitalis, yakni sosialis atau komunis. Dalam kedua ideologi pembangunan ini,
masyarakat tradisi (istilah Rostow) atau masyarakat pra-kapitalis (istilah Marx) mesti dihapuskan
kalau ingin membangun. Puncak pembangunan bagi Rostow ialah kepenggunaan secara besar-
besaran, manakala bagi Marx ialah masyarakat komunis.
[8] Untuk perbincangan lanjut tentang perkara ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:20-48.
[9] Lihat Surah al-A’raf ayat 172 yang bermaksud: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab
roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya
kami terlupa terhadap hal ini”. Hal ini diperkuatkan lagi dengan Surah al-Zaariyat ayat 56-57
yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah
Aku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga meminta mereka memberi
Aku makan”.
[10] Ibadah terbahagi kepada tiga bentuk. Pertama ialah ibadah asas (merangkumi penegakan
rukun Islam dan iman); kedua, amalan utama (fadho-ilul-amal) seperti amalan-amalan sunat; dan
ketiga, ibadah umum seperti mengatur rumahtangga, anak isteri, berkhidmat untuk masyarakat
dalam soal-soal ekonomi, pendidikan, perubatan, sosial, negara serta alam sejagat (Muhammad
Syukri Salleh 1987:55).
[11] Allah SWT berfirman maksudnya: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:
sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka:
Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan
menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah
berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya
semua nama barang kemudian dibawa barang-barang itu kepada Malaikat, lalu Allah berfirman:
“Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika kamu yang benar”. Jawab mereka: “Maha
Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau ajarkan kepada Kami,
sesungguhyna Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Hai Adam,
beritahulah kepada Malaikat nama barang-barang ini” (al-Baqarah: 30-32).
[12] Perkataan-perkataan dalam bentuk italic adalah penekanan saya.
[13] Hal ini misalnya tercatat dalam ruangan Cakap-Cakap Orang Kelate yang diterbitkan akhbar
rasmi PAS, Harakah. Lihat “Pembangunan Goyang Kelantan?” Harakah, 13 April 1998, ms 28.
[14] Untuk melihat Model Pengurusan Islam Yusof Ismail ini dalam gambarajah, lihat Lampiran
I.
[15] Wan Liz Ozman Wan Omar (1996) ini, seperti juga Mustafa Haji Daud (1994),
menyamakan maksud pengurusan dengan maksud pentadbiran.
[16] Un tuk melihat Model Sistem Pengurusan Islam yang dikemukakan oleh Wan Liz Ozman
Wan Omar ini dalam gambarajah, lihat Lampiran II.
[17] Prinsip ini diperkuatkan oleh penjelasan Rasulallah SAW (Hasyr 59:7) bersandarkan pada
Al-Qur’an (Al Jathiyah 45:20) yang menjadi petunjuk dan penawar (Fussilat 41:44).
[18] Sebenarnya persoalan tentang rahsia penciptaan dan tujuan hidup manusia ini ada juga
dibincangkan Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:3-18) di awal bukunya ini tetapi secara agak
terpisah dari penghujjahannya tentang pengurusan di atas. Untuk melihat bagaimana beliau
menghubungkan perkara ini dengan teori pengurusan dalam Islam dalam gambarajah, lihat
Lampiran III.
[19] Untuk meneliti definisi Mohd Affandi Hassan ini dalam bentuk gambarajah, lihat Lampiran
IV.
[20] Mohd Affandi Hassan (1992) telah mengemukakan model pengurusan dengan syura
(management by shura) di bahagian akhir penulisannya ini. Lihat mukasurat 59-74.
[21] Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa pemikiran pengurusan merupakan badan
tindak dan pelaksanaan falsafah politik secara terperinci, teliti dan amali. Pengurusan dikatakan
berfungsi untuk membuat perancangan, penyusunan, memberi arahan, panduan, melaksana dan
menyeliakan apa yang telah diputuskan oleh politik. Lihat pendapat Mustafa Haji Daud
(1994:18) yang dipetiknya dari Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:283-290).
[22] Untuk perbincangan tentang usaha Kelantan dan Terengganu ini, lihat Muhammad Syukri
Salleh 1995, 1996b and 1998.
[23] Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992) mengatakan demikian ketika
menyarankan pelaksanaan model untuk menerapkan ajaran Islam dalam urusan perjawatan
organisasi, motivasi dan penilaian prestasi. Organisasi Islam di sini merujuk kepada sebuah
organisasi ekonomi yang mengikuti sepenuhnya prinsip-prinsip dalam al-Qur’an dan Sunnah.
[24] Untuk perbincangan tentang perkara ini secara lebih terperinci, lihat Muhammad Syukri
Salleh 1996a.
[25] Koresponden penulis dengan Timbalan Auditor-General Republik Islam Pakistan yang juga
ahli ekonomi Islam terkemuka, Muhammad Akram Khan, Mac 1998.
[26] Premis asas ‘divine harmony’ ini bukan kekurangan (scarcity) dan keperluan peruntukan
sumber-sumber sepertimana yang menjadi premis asas teori pembangunan lazim. Sebaliknya
premis teori ‘divine harmony’ ini ialah banyak (plenty) dan tugas pengagihan semula
pendapatan. Walau bagaimanapun, teori ini tidak hidup lama seperti tidak lamanya karier politik
penulisnya, Abol Hassan Bani-Sadr.
[27] Kaedah India-Soviet ini dicirikan dengan insulariti ekonomi (economic insularity) dan
kecenderungan ke arah saradiri, dominasi negara ke atas ekonomi, penolakan terhadap budaya
pengguna (consumerism), dan penekanan ke atas penggantian impot (import substitution) dan
bukannya ke atas perluasan ekspot.
[28] Model ini bersifat nasionalis/pragmatis di mana kapitalis, pasaran bebas, ekonomi pasaran
wujud bersama dengan ideologi bukan-kapitalis sebagai bahan rujukan mutlak dan pengawasan
politik (political beacon).
[29] Antara keterhadannya ialah kekurangan konseptual, keterhadan politik yang meliputi
kekurangan pengalaman, kekurangan bantuan dari PAS Pusat, kekurangan pakar pembangunan
Islam, konflik antara Persekutuan dan Negeri, dan keterhadan undang-undang Persekutuan.
Untuk perbincangan terperinci tentang perkara ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1995.