You are on page 1of 54

A.

SALINA BINTI AHMAD SALLEH MUNSYI DEWAN

Merupakan simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan
Diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya

A. Tanda Titik (.)


1. Tanda titik digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan. Contoh: Saya sedang mengikuti kursus di Kajang.

Ayat diakhiri dengan titik. Apabila diteruskan dengan ayat baharu, perlu diberi jarak satu huruf . Cara ini dilakukan dalam penulisan karya ilmiah.

2. Tanda titik digunakan pada akhir singkatan nama orang. Contoh: Irwan S. Gatot George W. Bush Tetapi apabila nama itu ditulis lengkap, tanda titik tidak digunakan. Contoh: Anthony Tumiwa

3. Tanda titik digunakan pada akhir singkatan gelaran, jabatan, pangkat, dan sapaan.
Contoh: Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oleh Sultan Terengganu.

4. Tanda titik digunakan pada singkatan kata atau ungkapan yang sangat umum. Pada kata singkatan yang terdiri daripada tiga huruf atau lebih, hanya digunakan satu tanda titik. Contoh: dll. (dan lain-lain) dsb. (dan sebagainya) tgl. (tanggal) Dalam karya ilmiah seperti manuskrip, makalah, laporan, tesis, dan sebagainya disarankan tidak menggunakan singkatan.

Jika berupa angka, maka urutan angka itu dapat disusun sebagai berikut dan tanda titik tidak digunakan pada akhir sistem perpuluhan. Contoh: 1. Petikan Umum 1.1 Isi Karangan 1.2 Ilustrasi 1.2.1 Gambar Tangan 1.2.2 Jadual 1.2.3 Grafik Tanda titik tidak digunakan di belakang angka atau huruf jika angka atau huruf itu merupakan yang terakhir dalam deretan angka atau huruf.

5. Tanda titik tidak digunakan untuk memisahkan angka ribuan, jutaan, dan seterusnya yang tidak menunjukkan jumlah. Contoh: Nama Ivan terdapat pada halaman 1210 dan dicetak tebal.

B. Tanda Koma (,)


1. Tanda koma digunakan bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat. Contoh: Saya menjual baju, seluar, dan topi. contoh penggunaan yang salah: Saya membeli udang, sayur dan ikan. 2. Tanda koma digunakan untuk memisahkan ayat setara yang satu daripada ayat setara yang berikutnya, yang didahului oleh kata seperti, tetapi, dan melainkan. Contoh: Saya bergabung dengan Wikipedia, tetapi tidak aktif.

3. Tanda koma digunakan untuk

memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza.

Contoh: Kalau hari hujan, saya tidak akan datang. Kerana sibuk, dia lupa akan janjinya. .

4. Tanda koma digunakan di belakang kata atau ungkapan penghubung antara ayat yang terdapat pada awal ayat seperti oleh sebab itu, jadi, lagi pula, meskipun begitu, akan tetapi. Contoh: Oleh sebab itu, kamu harus datang. Jadi, saya tidak dapat datang.

5. Tanda koma digunakan di belakang kata-seru seperti amboi, wah, aduh, eh, yang terdapat pada awal ayat. Contoh: Oh, begitu! Wah, bukan main hebat! 6. Tanda koma digunakan sebelum tanda pembuka kata () dan penutup kata () dalam cakap ajuk. Contoh: Kata adik, "Saya sedih sekali.

7. Tanda koma digunakan antara (i) nama dan tarikh (ii) bahagian dalam ayat (iii) tempat dan tarikh, dan (iv) nama tempat dan wilayah atau negeri yang ditulis berurutan. Contoh: Kuala Lumpur, 9 April 2012 Kajang, Selangor.

8. Tanda koma digunakan antara bahagian dalam bibliografi. Contoh: Asmah Hj. Omar, 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Tanda koma digunakan antara nama orang dan gelaran akademik yang mengikutinya untuk membezakannya daripada singkatan nama diri, atau keluarga. Contoh: Rinto Jiang,S.E.

10. Tanda koma digunakan untuk menandakan tempat berhenti sebentar. Contoh: Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.

11. Tanda koma digunakan untuk mengapit keterangan tambahan. Contoh: Pengurus Wikipedia kegemaran saya, Borgx, pandai sekali.

12. Tanda koma digunakan untuk menghindari salah baca di belakang keterangan yang terdapat pada awal ayat.
Contoh: Dalam pembinaan dan pengembangan bahasa, kita memerlukan sikap yang bersungguh-sungguh. Bandingkan dengan: Kita memerlukan sikap yang bersungguh-sungguh dalam pembinaan dan pengembangan bahasa.

13. Tanda koma tidak digunakan untuk memisahkan petikan langsung daripada bahagian ayat lain yang mengiringinya jika ayat itu berakhir dengan tanda tanya atau tanda seru. Contoh: "Di mana Rex tinggal?" tanya Stepheen.

C. Tanda Koma Bertitik (;)

1. Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara.

Contoh: Malam makin larut; kami belum selesai juga.

2. Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung.
Contoh: Ayah mengurus tanamannya di kebun; ibu sibuk bekerja di dapur, adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran Pilihan Pendengar.

3. Digunakan pada baris pertama pantun dua kerat


Contoh: Ada ubi ada batas; Ada budi ada balas.

4. Digunakan pada baris kedua pantun empat kerat Contoh: Kalau ada jarum patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati.

D. Tanda Titik Bertindih (:)


1.

Tanda titik bertindih digunakan pada akhir suatu pernyataan lengkap apabila diikuti rangkaian atau pemerian.

Contoh: Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut : parang, sabit, dan cangkul.

2. Tanda titik bertindih digunakan untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu.
Contoh: Tarikh : Masa : Tempat :

3 April 2012 2.00 petang Bilik Gerakan

3. Tanda titik bertindih digunakan dalam teks drama kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.
Contoh: Borgx : "Jangan lupa perbaiki halaman bantuan Wikipedia! Rex : "Siap, Boss!"

4. Tanda titik bertindih digunakan (i) antara jilid atau nombor dan halaman, (ii) antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab suci, atau (iii) antara judul dengan subjudul suatu karangan. Contoh: (i) Tempo, I (1971), 34:7 (ii) Surah Yasin:9

5. Tanda titik bertindih tidak digunakan kalau rangkaian atau pemerian itu merupakan pelengkap yang mengakhiri pernyataan. Contoh: Kita memerlukan kerusi, meja, dan almari.

E. Tanda Sempang (-)

1. Tanda sempang untuk menyambungkan suku-suku kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris. contoh: ....dia beli baru juga. .Di samping cara-cara lama itu ada juga cara yang baru.

2. Tanda sempang menyambungkan kata yang diulang dan kata ganda dieja rapat. Contoh: anak-anak riuh-rendah 3. Tanda sempang merangkaikan se dengan kata yang berikutnya yang bermula dengan huruf besar dan ke dengan angka. Contoh: se-Malaysia se-Tanah Melayu ke-10 tahun 1990-an

4. Tanda sempang digunakan untuk memisahkan huruf kecil dengan huruf besar.
Contoh : sinar-X rahmat-Mu

F. Tanda Sengkang () 1. Tanda sengkang membatasi penyisipan kata atau ayat yang memberikan penjelasan khusus Dalam karangan ilmiah, tanda sengkang dinyatakan dengan 2 tanda hubung tanpa jarak. Contoh: MedanIbu kota Sumutterletak di Sumatera

2. Tanda sengkang menegaskan adanya keterangan yang lain sehingga ayat menjadi lengkap.
Contoh: Rangkaian penemuan inievolusi, teori kenisbian, dan kini juga pembelahan atomtelah mengubah konsepsi kita tentang alam semesta.

3. Tanda sengkang digunakan antara dua bilangan atau tarikh yang bermaksud sampai dengan atau antara dua nama kota yang bererti 'ke', atau 'sampai'. Contoh: 1919 1921 Medan Jakarta 10 13 Disember 2011 Dalam penulisan, tanda sengkang dinyatakan dengan tulisan jarak.

G. Tanda Elipsis (...)

Tanda ini dinyatakan dengan menggunakan tiga titik, untuk mengekspresikan jeda dalam ayat agar pembaca dapat memahami situasi. Tanda ini juga digunakan untuk menggambarkan bahwa ayat tersebut dilisankan dengan berbisik atau suara yang perlahan sekali. Dalam penulisan tanda elipsis diulang-ulang beberapa kali.

1. Tanda elipsis digunakan dalam ayat yang terputus-putus. Contoh: Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak.
2. Tanda elipsis menunjukkan bahawa dalam suatu ayat atau frasa ada perkara yang dihilangkan. Contoh: Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut

H. Tanda Tanya (?) Ditulis hanya pada akhir ayat untuk menggambarkan ayat pertanyaan, sehingga pembaca akan mengerti intonasi ayat tersebut jika dilisankan/ diucapkan. Dengan demikian ayat tanya merangsang pembaca atau pendengar untuk menjawab pertanyaan tersebut. 1. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya. contoh: Bilakah adik kamu akan bersekolah?

2. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata ().
Contoh: Apa yang kamu lihat? tanya Jimmy

I. Tanda Seru (!) Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan atau perintah yang menggambarkan kesungguhan, ketidakpercayaan, ataupun rasa emosi yang kuat. Contoh: Alangkah mengerikannya peristiwa itu! Bersihkan meja itu sekarang juga! Sampai hati dia membuang anaknya! Merdeka!

J. Tanda Kurung ((...))

1. Tanda kurung mengapit keterangan atau penjelasan. Contoh: Julia melanjutkan pelajarannya di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

2. Tanda kurung mengapit keterangan atau penjelasan yang bukan bahagian utama dalam ayat pokok.
Contoh: Peningkatan penjualan tahun ini (lihat jadual 9) menunjukkan adanya perkembangan baharu dalam pasaran negeri.

3. Tanda kurung mengapit huruf atau kata yang kehadirannya di dalam teks dapat dihilangkan. Contoh: Pelumba kereta itu berasal dari (kota) Medan. 4. Tanda kurung mengapit angka atau huruf yang menjelaskan satu urutan keterangan. Contoh: Bahagian Pemasaran mengalami masalah (a) produk (b) harga (c) tempat dan (d) promosi

K. Tanda Kurung Siku ([...])

1. Tanda kurung siku mengapit huruf, kata, atau kelompok kata sebagai pembetulan atau tambahan pada ayat atau frasa yang ditulis oleh orang lain. Tanda itu menyatakan bahawa kesalahan atau kekurangan itu memang terdapat di dalam naskah asal.

Contoh: Sang Sapurba men[d]engar bunyi gemerisik.

2. Tanda kurung siku mengapit keterangan dalam ayat penjelas yang sudah bertanda kurung. Contoh: Persamaan kedua proses ini (perbezaannya dibincangkan dalam Bab II [lihat halaman 35-38]) perlu dibentangkan di sini.

L. Tanda Petik ("...")

1. Tanda petik mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan dan naskah atau bahan tertulis lain. Contohnya: "Saya belum siap," kata Mira, "tunggu sebentar!"

2. Tanda petik mengapit judul syair, karangan, atau bab buku yang digunakan dalam ayat.
Contohnya: Novel Esok Masih Ada memenangi hadiah pertama.

3. Tanda petik penutup mengikuti tanda baca yang mengakhiri petikan. Contohnya: Kata Jalil, "Saya juga minta satu."

4. Tanda petik digunakan pada ungkapan yang membawa maksud khusus.


Contohnya: Kerana warna kulitnya, Budi mendapat gelaran "Si Hitam".

M. Tanda Petik Tunggal ('...')

1. Tanda petik tunggal mengapit petikan yang tersusun di dalam petikan lain. Contohnya: Tanya Basri, "Kau dengar bunyi 'kringkring' tadi?"

2. Tanda petik tunggal mengapit makna, terjemahan, atau penjelasan kata atau ungkapan asing. Misalnya: feed-back maklum balas'

N. Tanda Garis Miring (/) 1.Tanda garis miring digunakan untuk menyatakan "atau", biasanya untuk dua kata yang bersinonim. Contoh: Membuat / melakukan. (dibaca: membuat atau melakukan) 2. Tanda garis miring digunakan untuk dua hal yang hampir serupa bunyinya, dalam hal ini tanda "/" tidak dibaca. Contoh: RT/RW AC/DC

3. Tanda garis miring digunakan sebagai lambang matematik untuk pembahagian (tanda bahagi). Contoh: 50/2 = 400/2 = 4. Tanda garis miring dipakai dalam nombor surat, nombor pada alamat, dan penandaan masa satu tahun yang terbahagi dalam dua tahun takwim. Contohnya: No. 7/PK/1973 Jalan Keramat III/10 Tahun Anggaran 2011/2012

O. Huruf besar

1. Digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat

2. Digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan


3. Digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Allah termasuk kata ganti untuk Allah Contoh:
Yang Maha Pengasih

4. Digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang

Contoh:
Nabi Muhammad S.A.W

5. Digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang Contoh: Profesor Ahmad Hashim 6. Digunakan diawal kata nama khas

7. Digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa
Contoh: bangsa Melayu

8. Digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung Contoh:
Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like