P. 1
VOKAL 2 (Fonasi)

VOKAL 2 (Fonasi)

|Views: 2,717|Likes:
Published by Farid Hasan
PISMP sem 3
PISMP sem 3

More info:

Published by: Farid Hasan on Mar 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/17/2013

pdf

text

original

TEKNIK VOKAL: FONASI Bagi menghasilkan satu nyanyian baik, penggunaan teknik-teknik vokal dengan betul menjadi

faktor utama dan terpenting. Terdapat lebih dari 5 teknik yang penting di mana bermula dengan pernafasan, postur badan, fonasi, projek suara, sebutan, register suara dan beberapa teknik yang lain. Selain pernafasan dan juga postur, teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman “Voice Training”, fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara. Untuk lebih jelas lagi saya telah membaca satu artikel di laman sesawang Wikipedia di bawah tajuk “Vocal Pedagogy” menyatakan fonasi adalah pembunyian yang berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalam kata lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang di mana ia berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara fisiologinya di panggil supra-glottal.

Gambar Peti Suara

Bagi mewujudkan hasil suara yang baik, penyelarasan nafas pengawalan peti suara adalah penting bagi melancarkan aliran udara di bahagian peti suara atau kawasan lipatan vokal. Perkara ini penting bagi menghasilkan suara atau kualiti bunyi yang bersih dan jelas. Melihat kepada cadangan Meribeth 2005, beliau mencadangkan supaya melakukan aktiviti nyanyian dengan dua keadaan yang berbeza bagi membandingbezakan hasil yang diperolehi. Keadaan yang pertama, menggunakan satu frasa lagu dengan menyanyikan menggunakan teknik fonasi yang lemah dan rakamkan. Keadaan yang kedua, menggunakan frasa lagu yang sama dan menggunakan teknik fonasi dengan baik dan rakamkan. Kemudian bandingkan kedua rakaman tersebut bagi mencari perbezaan kualiti suara. Terdapat beberapa jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknik fonasi ini. Berikut adalah jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi menghasilkan kualiti suara yang baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan fonasi dari buku „Basics of Singing‟ karya „Jan Schmidt‟ dan „Heidi Counsell Schmidt‟ dan seperti yang tertera di bawah: 1. Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti, mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah. Semasa menguap gunakan bunyi vokal ah atau oh. Contoh notasi:

Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi:

2. Membuat aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuk nyanyian dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yang mempunyai not yang tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:

Selain itu juga, latihan fonasi boleh dilakukan secara muzikal tetapi menggunakan aktiviti berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyian alam sekeliling. Antara contoh aktiviti tersebut ialah: 1. Animal Farm a. The Donkey i. Haiwan apa yang mempunyai dua suara? (suara atas/tinggi dan suara bawah/rendah) Jawapannya adalah keldai ii. Kanak-kanak disuruh mengimitasikan bunyi keldai (hee-haw) iii. Pastikan sebutan kedengaran dengar jelas

b. The Horse i. Kuda juga menggunakan gabungan dua jenis suara (rendah dan tinggi ii. Kanak-kanak diajar membuat bunyi kuda (hyeee)

iii. Imitasi bunyi ini memerlukan sokongan yang kuat pada abdomen 2. WOOFERS AND TWEETERS a. Little Dog i. Kanak-kanak diajar mengimitasi bunyi seekor anjing (yip-yip) ii. Pastikan suara mereka ringan dan tinggi b. Dog Fight i. Kanak-kanak secara berpasangan disuruh membunyikan suara anjing bergaduh sesame sendiri ii. Seorang menggunakan bunyi woof manakala seorang lagi menggunakan bunyi yip, yip iii. Latihan ini menggunakan sokongan abdomen c. Tweeters i. Kanak-kanak disuruh mengimitasi suara burung 1. Burung kakak tua yang sedang bercakap ”Polly want a cracker!” 2. Gagak “ca-ca” 3. Cuckoo “koo-koo-koo” Segala contoh latihan di atas adalah siri latihan yang membawa kepada penghasilan mutu nyanyian yang baik. Ini kerana teknik fonasi sangat penting proses nyanyian berlaku. Oleh itu jenis-jenis latihan tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian penyanyi atau pelajar vokal.

TEKNIK VOKAL: REGISTER Teknik vokal register adalah salah satu teknik terpenting di dalam nyanyian. Teknik melatih kita untuk mengawal kedudukan atau register suara dan menggunakan teknik tersebut dengan betul. Teknik register terhasil di dalam di kotak suara manusia dengan bentuk getaran yang tertentu. Getaran tersebut bergantung kepada julat yang tertentu kerana ia akan menghasilkan pic yang tertentu. Register suara terdapat tiga bahagian iaitu, register atas, tengah dan bawah dan melibatkan dua resonans iaitu resonans suara dada dan suara kepala. Ahli-ahli patologi menyatakan bahawa kotak suara manusia mampu menghasilkan empat getaran yang berbeza iaitu kenali sebagai “modal”, “fry vocal”, “falsetto” dan “whitsle”. Tetapi kebanyakkan cendiakawan mengistilahkan kemampuan ini kepada nama “suara dada” dan “suara kepala” dan “falsetto”. Pengunaan istilah ini lebih mudah difahami kerana wujud kekeliruan dalam pemahaman register suara di mana mereka salah meletakkan nama pada suatu kedudukan register suara.

Bentuk otot yang terlibat ketika “suara dada” Penggunaan istilah “suara dada”, “suara kepala” dan “falsetto” adalah yang paling meluas di kalangan penggiat muzik amnya dan penyanyi khasnya. “Suara dada” di kenali sekitar abad ke-13 setelah suara ini dibezakan dari suara tekak dan suara kepala. “Suara dada” terhasil dari getaran resonans di bahagian rongga dada di mana penggunaannya adalah amat terhad iaitu hanya digunakan di bahagian pic yang rendah dan suara biasa (suara percakapan). Semasa penggunaan teknik “suara dada”, bahagian kotak suara akan mengesan getaran yang berkala pada

rawan yang berhubung dengan pangkal tekak. Penyanyi akan diberi gambaran bahawa berlaku satu getaran di bahagian muka dan torasik atau dada. “Suara kepala” juga telah dikenali pada abad ke-13 seperti yang dinyatakan oleh Johannes de Garlandia dan Jerome of Moravia. Penggunaan teknik adalah sesuai ketika menyanyikan pic yang tinggi. Menurut Clippinger, titik permulaan pertukaran register suara bagi lelaki dan perempuan bermula dari huruf Eb atau E di atas middle C. Kelebihan penggunaan teknik adalah memudahkan seseorang penyanyi itu menyanyikan pic yang tinggi dengan selesa. Ini kerana “suara kepala” mempunyai renj yang besar berbanding “suara dada”. Selain menggunakan teknik “suara kepala”, terdapat satu la gi teknik yang digunakan ketika hendak menyanyikan lagu yang mempunyai pic yang tinggi. Teknik ini dipanggil dengan nama “suara falsetto” atau “suara palsu”. Ia adalah suara yang berada di atas renj suara sebenar dalam lingkuang renj satu oktaf. Kebiasaannya pengguna teknik ini akan menghasilkan suara yang “breathy” di mana jumlah penggunaan udara adalah lebih banyak. Oleh itu, pengawalan pernafasan sangat penting bagi menghasilkan mutu suara yang baik.

APLIKASI DI DALAM AKTIVITI MUZIK SEKOLAH RENDAH Aktiviti nyanyian merupakan salah satu aktiviti wajib ketika di alam persekolahan. Ini kerana, aktiviti ini mampu membina keyakinan, kemahiran sosial serta mengembangkan potensi diri atau bakat yang terselit. Walaubagaimanapun nyanyian hanyalah nyanyian semata-mata kerana guru sering melupakan untu menerapkan cara pengunaan teknik vokal dengan betul terutama kepada dua teknik ini iaitu, teknik fonasi dan teknik register suara. Kedua-dua teknik tersebut merupakan teknik utama kerana nyanyian adalah satu aktiviti melibatkan penggunaan kotak suara. Oleh itu dengan melatih kedua teknik ini di peringkat sekolah rendah meningkatkan kemahiran bernyanyi dengan baik setelah mereka menuju ke alam dewasa. Sebagai contoh teknik register suara adalah satu teknik terpenting di dalam vokal. Kanak-kanak peringkat sekolah hanya akan menyanyi pic-pic yang tinggi dengan sesuka hati mereka, dan tanpa mereka sedar menggunakan teknik register dengan salah akan mengakibatkan kerosakan pada pada kotak suara mereka. Oleh itu guru harus menyatakan perbezaan antara “suara dada” dan “suara kepala” kerana ia dapat membantu seperti kanak-kanak lelaki apabila menghadapi perubahan suara (pecah). Guru harus menyediakan pelajar dengan kemahiran teknik register suara ketika kanak berumur 8-11 tahun. Jika perkara ini gagal dilaksanakan, peti suara kanak-kanak akan rosak dan menyukarkan mereka untuk bernyanyi dengan baik setelah suara kanak-kanak lelaki ini pecah. Selain itu, pengajaran teknik haruslah berperingkat dan masih lagi berpandukan renj umum kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mampu serap

sepenuhnya teknik yang di ajar kepada mereka oleh itu pendekatan yang berbeza perlu digunakan. Sekurang-kurangnya murid memahami teknik yang mereka pelajari walaupun mereka masih belum menguasai sesuatu teknik tersebut. Ini perlu kerana setiap kanak-kanak mempunyai kadar pemahaman mereka sendiri, sebagai contoh kanak-kanak berumur 7-8 tahun. Mereka mempunyai karakter imitasi yang tinggi. Maka guru boleh menggunakan teknik imitasi melodi, ritma ketika sesi pengajaran kerana teknik ini membuat mereka rasa lebih seronok dan perasaan ingin tahu adalah tinggi. Ini kerana murid yang berada pada tahap ini mempunyai kelebihan pic yang tepat, iaitu kebanyakan pelajar mampu meniru pic dengan tepat.

Sebelum melanjutkan siri latihan vokal kepada teknik register suara, lebih mudah jika latihan tersebut dimulakan dengan pengajaran teknik fonasi. Teknik fonasi akan menerangkan kepada murid bagaimana untuk menghasilkan kualiti suara yang baik secara tidak langsung ia akan menyentuh sekali kepada teknik resonansi (projection) dan juga teknik register.

REFLEKSI Alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun proses penapisan bahan untuk tugasan anatara tugasan yang sukar. Berdasarkan tugasan ini saya dapati pencarian bahan tugasan ini adalah mudah dicari tapi penggunaan pelabagai istilah seperti fonasi. Ini kerana ada sesetengah buku menyatakan fonasi itu adalah penghasilan ton, vokalises dan beberapa istilah yang lain. Ini menyebabkan saya mengalami kekeliruan semasa pencarian bahan bagi

penerangan berkenaan fonasi. Selain itu, tajuk fonasi adalah lebih bersifat umum, ini kerana semasa pencarian saya menggunakan laman sesawang, yang saya dapati maklumat yang diberikan lebih kepada bentuk pedagogi bahasa. Ini agak menyukarkan saya untuk menapis maklumat berkenaan kepada yang lebih berbentuk muzikal. Selain itu, berdasarkan buku yang dijadikan bahan rujukan, saya dapati terdapat perbezaan maklumat yang ketara dan kebanyakannya sukar difahami kerana penggunaan bahasa akademik yang agak tinggi. Ini menyebabkan sayaa mengambil masa yang agak lama bagi menganalisis maklumat yang cuba disampaikan . Selain itu juga, kebanyakan bahan muzik terutama vokal, masih lagi di dalam bahasa inggeris. Bukan menjadi kesukaran, tetapi lebih elok dan mudah jika kebanyakan bahan di dalam bahasa kebangsaan kita. Ini akan memudahkan lagi pelajar jurusan major vokal untuk membuat rujukan dan tugasan di masa akan datang. Sekurang-kurangnya ini mampu menarik minat adik-adik saya yang mengambil kursus PISMP memilih vokal sebagai instrumen utama mereka dan dijadikan sebagai pilihan utama pelajar IPG jurusan pendidikan muzik. Setelah mencari, menyemak, menganalisis dan juga memahami, saya dapati bahawa saya masih lagi mempunyai kekurangan dari segi teknik fonasi dan juga perletakan register suara dengan betul. Saya masih lagi mencuba untuk menguasai teknik-teknik ini dengan sebaik mungkin. Tugasan ini adalah sangat membantu dalam meningkatkan lagi kemahiran saya dalam menyampaikan nyanyian dengan lebih baik. Selain itu juga tugasan ini menyedarkan saya bahawa latihan-latihan vokal merupakan adalah hasil dari perlakuan kita dalam aktiviti seharian.

BIBLIOGRAFI BUKU RUJUKAN Turner, J. Clifford. (1976). VOICE AND SPEECH IN THE THEATRE. Pitman Publishing Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). TECHNIQUES AND MATERIALS OF MUSIC 7TH EDITION. United States Of America: Thomson Schirmer Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). ONCHI AND SINGING DEVELOPMENT: A CROSS-CULTURAL PERSPECTIVE. Great Britain: The Roehampton Institute Soewito, M. (1996). TEKNIK TERMUDAH OLAH VOKAL DAN LAGU. Jakarta: Titik Terang Phillips, H. Kenneth. (1996). TEACHING KIDS TO SING. New York: Schirmer Books Christy, Van A. (1990). FOUNDATIONS IN SINGING: A BASIC TEXTBOOK IN VOCAL TECHNIQUE AND SONG INTERPRETATION (2ND EDITION). WM.C.Brown Publishers Schmidt, Jan. (1989). BASICS OF SINGING 2ND EDITION. New York: Schirmer Books McRae, W.Shirley. (1991). DIRECTING THE CHILDRENS CHOIR. New York: Schirmer Books Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). ELEMENTARY CLASSROOM 5TH EDITION. United States of America: Wadswoah Thomson Learning Hackett, Patricia. (1988). THE MUSICAL CLASSROOM BACKGROUND MODELS AND SKILLS FOR ELEMENTARY TEACHING. New Jersey, United States of America: Prentice Hall Inc. Herrold, M. Rebecca. (2001). NEW APPROACHES TO ELEMENTARY CLASSROOM MUSIC (3RD EDITION). United States of America: Prentice Hall

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->