You are on page 1of 11

Buku Kaedah

Penjagaan Alat

Pancaragam
Oleh:
Zaharul Lailiddin Saidon

PENGENALAN
Melatih pancaragam merupakan tugas yang begitu mencabar bagi guru
pancaragam. Selain daripada kerja-kerja pentadbiran seperti penjagaan dan
pemuliharaan alat-alat muzik, guru pancaragam turut bertanggung jawab untuk
merancang satu program latihan yang sistematik, berkesan dan menyeluruh.
Program latihan yang dirancang tidak seharusnya tertumpu kepada kumpulan
utama yang terlibat dengan persembahan sahaja. Lebih penting lagi ialah
program latihan untuk kumpulan ahli-ahli baru bagi memastikan
kesinambungan dan kejayaan program pancaragam sekolah di masa akan
datang.

Selain daripada cabaran tugas rutin, guru pancaragam turut berdepan dengan
masalah seperti tiadanya sukatan pelajaran khusus untuk aktiviti ko-kurikulum
pancaragam yang disediakan oleh mana-mana bahagian dalam Kemeterian
Pendidikan. Di samping itu, disebabkan tiadanya buku panduan guru atau buku
sumber yang dibekalkan, menambah sukarkan keadaan. Bagi membina sendiri
bahan-bahan ini bukanlah merupakan perkara yang mudah. Seseorang guru
mungkin memerlukan masa bertahun-tahun untuk membina dan mengumpul
bahan-bahan untuk program latihan yang menyeluruh. Guru pancaragam akan
2  Buku Kaedah Pancaragam Zaharul
Lailiddin Saidon

lebih bermasalah sekiranya kurang mahir dalam membuat gubahan untuk tujuan
latihan dan persembahan.

Bagi memastikan program latihan yang berkesan, sesebuah pancaragam amat


memerlukan bahan-bahan latihan dalam pelbagai bentuk dengan aras kesukaran
yang berbeza. Tanpa bahan-bahan asas ini, guru pancaragam khususnya yang
baru terlibat dalam bidang kejurulatihan pancaragam sering kali gagal
membimbing pancaragam sekolahnya ke tahap yang dapat dibanggakan. Salah
satu cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan
buku kaedah pancaragam (band method book).

Berasaskan penggunaan yang begitu popular di kalangan jurulatih dan ahli


pancaragam sekolah di negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat dan
Jepun, boleh diandaikan bahawa buku kaedah pancaragam merupakan bahan
pengajaran dan pembelajaran pancaragam yang agak berkesan. Di Malaysia,
buku-buku ini sememangnya terdapat dalam pasaran tetapi kegunaannya masih
belum begitu meluas. Rata-rata jurulatih pancaragam di negara ini
menggunakan bahan latihan yang mereka sediakan sendiri. Walau
bagaimanapun, bahan-bahan yang disediakan seringkali tidak lengkap.

Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan dan seterusnya memberi panduan


khususnya kepada bakal guru pancaragam dalam memilih dan menggunakan
Buku Kaedah Pancaragam (BKP) bagi mendapatkan kesan pangajaran yang
terbaik. Terdapat beberapa faktor yang perlu dikaji serta pertimbangan yang
seharusnya dibuat oleh guru pancaragam yang bercadang untuk menggunakan
mana-mana Buku Kaedah Pancaragam. Sebagaimana yang dinasihatkan oleh
Janzen (1985), terdapat banyak BKP yang baik dan mana-mana satu boleh
digunakan dengan berkesan dengan syarat guru memahami batasan kandungan
di dalamnya.

APAKAH BUKU KAEDAH PANCARAGAM?


Buku Kaedah Pancaragam (BKP) merupakan satu bentuk bahan pengajaran dan
pembelajaran permainan alat pancaragam yang begitu popular penggunaannya
di sekolah-sekolah negara barat. Namun demikian, BKP bukan sekadar bahan
bantuan mengajar atau bahan bantuan belajar yang biasa digunakan oleh
kebanyakkan guru untuk mengajar mata pelajaran seperti matematik atau
bahasa. Sesuai dengan namanya, BKP memberi panduan yang agak lengkap
Zaharul Lailiddin Saidon Buku Kaedah Pancaragam  3

kepada guru untuk merancang kaedah bagi melaksanakan pengajaran


pancaragam secara berkesan. BKP berperanan sebagai buku panduan guru, buku
sumber guru, buku teks pelajar di samping berperanan sebagai buku latihan
pelajar di samping sebagai buru rekod kemajuan pelajar.

Peranan Buku Kaedah Pancaragam

Buku Panduan Guru

Buku Sumber

Buku Teks

Buku Latihan

Buku Rekod Kemajuan Pelajar

BkP berfungsi untuk mebimbing pelajar memperkembangakan kemahiran-


kemahiran asas dalam permainan alat-alat pancaragam di samping memperolehi
pengetahuan asas muzik. Bahan-bahan yang terkandung dalam BKP
merangkumi asas notasi, kemahiran membaca skor, penjarian, latihan permainan
alat dan skor lagu. Terdapat juga setengah BKP yang turut memasukkan sedikit
pengetahuan sejarah muzik dan latihan aural serta latihan mainan semerta.
4  Buku Kaedah Pancaragam Zaharul
Lailiddin Saidon

Isi Kandungan Buku Kaedah


Pancaragam
Pengenalan Kepada Alat

Penjagaan Alat

Asas Notasi

Kemahiran Membaca Skor

Penjarian

Latihan Bermain

Latihan Bermain

BKP ditulis dalam satu siri atau set lengkap yang terdiri daripada sebuah buku
untuk jurulatih dan sebuah buku untuk setiap alat yang terdapat dalam sebuah
pancaragam sekolah. Dengan itu, satu set atau siri BKP boleh mengandungi
sehingga lebih daripada 20 buah buku. Buku jurulatih juga dikenali sebagai buku
konduktor manakala buku untuk setiap alat dikenali sebagai buku alat individu.
BKP yang baik sepatutnya boleh digunakan oleh pelajar untuk bermain alat
pancaragam secara individu serta dalam kumpulan kecil mahupun secara
ensemble penuh.

Kebanyakkan BKP ditulis dalam dua atau tiga peringkat yang lebih dikenali
sebagai Buku I, Buku II dan Buku III atau Buku Peringkat I, II dan III. Terdapat
juga BKP yang diiringi cakera padat bagi menambahkan lagi keberkesanan
penggunaan bahan latihan yang terdapat di dalam BKP. Sesetengah penerbit BKP
turut mengeluarkan set buku koleksi skor gubahan lagu-lagu tambahan untuk
digunakan seiringan dengan buku satu, dua dan tiga. Lagu-lagu dalam buku
tambahan ini disusun khas supaya sepadan dengan tahap kemahiran yang
terdapat dalam setiap peringkat. Bahan-bahan ini berperanan sebagai
pengukuhan kepada aktiviti dalam buku satu, dua dan tiga.
Zaharul Lailiddin Saidon Buku Kaedah Pancaragam  5

Buku Kaedah Pancaragam

Buku Konduktor Buku Alat Individu

KELEBIHAN MENGGUNAKAN BKP


Agak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa mana-mana BKP sebagai lengkap
dalam erti kata mempunyai kesemua bahan yang diperlukan oleh guru
pancaragam. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan BKP
mempunyai banyak kelebihan untuk pelajar maupun bagi guru pancaragam
sendiri. Tidak menghairankan mengapa hampir semua pancaragam permulaan
sekolah di Amerika Syarikat mewajibkan penggunaan satu jenis BKP dalam
program latihan untuk ahli baru mereka.

Sebagai satu kaedah, tentu sekali aspek-aspek pedagogi dan teknologi


pengajaran telah diambil kira dalam pembinaan satu-satu set BKP. Penyampaian
isi pelajaran dan bahan-bahan latihan dalam BKP umumnya, mengambil kira
kemampuan dan minat pelajar serta mengikut urutan dan langkah yang sesuai
dengan tahap pelajar. Bahan-bahan pengajaran disusun dan disampaikan dengan
menarik dan begitu rupa bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.

Sebagai buku sumber, BKP dapat membantu guru dalam merancang program
latihan jangka panjang dan jangka pendek. Program jangka panjang yang
dimaksudkan boleh menjangkau beberapa tahun manakala program jangka
pendek ialah untuk satu semester, satu minggu bahkan untuk satu sesi latihan
sahaja. Ini adalah kerana BKP mengandungi bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran secukupnya yang diperlukan dalam latihan awal pancaragam.
Semua perkara asas seperti pengenalan dan penjagaan alat, latihan teknikal,
pernafasan, perangkaian, serta artikulasi terdapat dalam semua BKP. Guru
pancaragam khususnya yang kurang berpengalaman tentu sekali dapat
memanfaatkan ciri kelebihan ini.
Para pelajar pula dapat mempertingkatkan pengetahuan muzik dan kemahiran
bermain alat dengan menggunakan buku individu dalam set BKP. Setiap
6  Buku Kaedah Pancaragam Zaharul
Lailiddin Saidon

pengajaran dalam BKP disusun mengikut urutan yang sesuai dari segi aras
kesukaran. Latihan-latihan yang disediakan akan dapat membimbing pelajar
bermain alat pancaragam berperingkat-peringkat bagi mendapatkan kesan
perkembangan kemahiran yang lebih efektif. Di samping kemahiran bermain
alat, pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan asas muzik seperti notasi,
istilah dan isyarat.

Lazimnya, BKP memberi pendedahan di peringkat awal lagi kepada pelajar


dengan ciri-ciri asas permainan secara ekspresif seperti aras dinamik dan
artikulasi yang berbeza. Dengan mengikuti pelajaran dari satu muka surat ke
satu muka surat, pelajar akan dapat merasai pengalaman melibatkan diri dengan
muzik secara menyeronokkan. Hasilnya peningkatan tahap pengetahuan dan
kemahiran pelajar berjaya diperolehi secara berperingkat-peringkat tanpa usur
tekanan yang keterlaluan. Yang paling penting dari sudut pedagogi ialah pelajar
akan dapat mempertingkatkan kebolehan dan bakat sedia ada secara lebih
terancang dan lebih efektif.

BKP DALAM PASARAN DI MALAYSIA


Terdapat pelbagai set Buku Kaedah Pancaragam yang dikeluarkan oleh penerbit
yang berbeza. Malangnya, di negara kita pasaran buku muzik agak terbatas jika
dibandingkan dengan buku-buku bidang lain yang dengan mudah didapati di
mana-mana kedai buku seluruh negara. Lazimnya BKP hanya boleh diperolehi
di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain. Itupun bukan dijual di semua
kedai buku.

Cara terbaik ialah mendapatkannya di pusat-pusat menjual peralatan dan buku


muzik. Namun demikian, biasanya BKP yang ada dalam stok tidak lengkap
dalam satu set. Oleh itu, biasanya anda perlu membuat pesanan khas bagi
mendapatkan set yang lengkap.

Dalam rajah di bawah disenaraikan beberapa BKP beserta dengan penerbit dan
pengarangnya:

TAJUK BUKU PENERBIT PENGARANG BILANGAN


BUKU /
Zaharul Lailiddin Saidon Buku Kaedah Pancaragam  7

PERINGKAT
Band today Belwin-Mills James D. Ployhar Tiga
Best In Class Kjoz West Southern Bruce Pearson Dua
Division of Beat Kjoz West Southern Harry H. Hains Dua
J.R. McEntyre
Essential Hal Leonard Rhodes, T. et. All Tiga
Elements
Hal Leonard Hal Leonard Harold W. Tiga
Band Book Rusch
Learning Hal Leonard Art C. Jenson Dua
Unlimited
Yamaha Band Alfred Publishing Feldstein, S. & Tiga
Student O’Reilly, J.

Di negara kita, BKP yang paling mudah diperolehi ialah Yamaha Method Book. Siri
buku ini boleh didapati di kedai Muzik Yamaha. Namun demikian, guru
pancargam seharusnya meneliti juga siri BKP yang lain. Sebaik-baiknya guru
dapat membeli set BKP yang lengkap termasuk buku-buku tambahan dan bahan
bantuan sampingan seperti cakera padat yang mengiringi BKP tersebut. Semua
buku dalam siri BKP serta buku dan bahan sampingan boleh dibeli secara
berasingan.

BAGAIMANA MENILAI BKP


Sebelum membuat pilihan dalam menggunakan sesuatu set BKP, guru
pancaragam perlu terlebih dahulu membuat penilaian yang teliti ke atas
beberapa BKP yang berlainan. Dengan cara ini, akan dapat membantu guru
membuat pemilihan yang paling tepat bagi mencapai hasil pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik. Dalam konteks ini, prinsip-prinsip am dalam
membuat penilaian ke atas satu sumber pelajaran seperti yang telah dipelajari
dalam kuliah teknologi pendidikan semasa di maktab perguruan ataupun
semasa di universiti seharusnya dijadikan panduan.

Salah satu kriteria yang penting dalam menilai BKP ialah memastikan bahawa
buku yang bakal dipilih sebaik-baiknya menggunakan pendekatan holistik (Liew,
A.L., 1998). Pendekatan holistik adalah satu kaedah pengajaran muzik
8  Buku Kaedah Pancaragam Zaharul
Lailiddin Saidon

instrumental yang lebih menyeluruh; bukan sekadar mencakupi pembelajaran


kemahiran tetapi juga perkembangan “musicianship” seperti pendengaran,
bacaan semerta dan improvisasi.

Di bawah ini digariskan beberapa aspek yang seharusnya diteliti dalam


membuat BKP yang hendak digunakan seperti yang dicadangkan olen Janzen
(1985). Dengan cara ini, guru akan dapat melihat kelebihan dam kelemahan
sesuatu BKP. Begitu juga, batasan dari segi skop seperti kemahiran dan
pengetahuan tertentu dapat dikenalpasti. Bagi memudahkan perbincangan,
aspek yang perlu diteliti dibahagikan kepada tiga perkara utama iaitu isu
pelajaran, reka bentuk & komestik serta keterangan umum.

Isi Pelajaran

1. Adakah penerangan dan ilustrasi asas notasi muzik seperti baluk, klef dan
nilai not disampaikan dengan jelas?

2. Adakah penerangan yang jelas diberikan setiap kali perkara baru seperti
penjarian, not, nilai not dan meter diperkenalkan?

3. Adakah penerangan yang jelas diberikan terhadap langkah-langkah


permulaan untuk menghasilkan ton pada bahagian “headjoint” dan
“mouthpiece” sahaja?

4. Adakah beberapa not awal yang diperkenalkan berada dalam aras yang
mampu dimainkan oleh pelajar permulaan?

5. Adakah penjarian bagi beberapa not awal yang diperkenalkan


menggunakan bilangan jari yang secukupnya supaya pelajar mempunyai
kawalan yang secukupnya ke atas alat yang dimainkan?

6. Adakah sistem iringan irama yang sesuai dan sama digunakan bagi
memperkembangkan kemahiran bacaan irama pelajar?

7. Adakah isi pelajaran seperti not, irama, tanda-tanda ekspresi diperkenalkan


mengikuti urutan yang logik dan mengikut perkembangan yang
sistematik?
Zaharul Lailiddin Saidon Buku Kaedah Pancaragam  9

8. Adakah aspek ekspresi seperti dinamik, perangkaian dan tanda penafasan


dipersembahkan dengan cara yang berkesan?

9. Adakah pemberatan yang seimbang diberikan terhadap permainan secara


unison dengan permainan secara harmoni?

Reka Bentuk & Kosmetik

1. Adakah saiz buku sesuai untuk dimuatkan dalam beg sekolah?

2 Adakah kulit dan kertas yang digunakan berkualiti?

3. Adakah mutu pencetakan berkualiti?

4. Adakah warna yang pelbagai, sesuai dan menarik digunakan?

5. Adakah saiz dan bentuk notasi yang sesuai digunakan?

6. Adakah ilustrasi yang digunakan sesuai, jelas dan menarik?


• gambar atau alat muzik yang jelas
• semua bahagian-bahagian alat dinamakan
• gambar atau lukisan menunujukkan postur dan posisi yang
betul
• cara penjarian yang jelas
• adakah bahan-bahan dipersembahkan dengan kemas, jelas dan
tidak berserabut?

Keterangan Umum

1. Adakah bahagian index desertakan?

2 Adakah bahagian istilah muzik?

3. Adakah serba sedikit latar belakang dan sejarah alat diberikan?

4 Adakah penerangan cara memasang dan menjaga alat diberikan?

5. Adakah penerangan tentang cara penalaan alat disertakan?


10  Buku Kaedah Pancaragam Zaharul
Lailiddin Saidon

6. Adakah penerangan tentang pembentukkan emboucer, penghasilan ton


dan artikulasi diberikan dengan jelas?

7. Adakah penerangan tentang teknik pernafasan diberikan dengan jelas?

8. Adakah ilustrasi yang digunakan sesuai, jelas dan menarik?

Senarai di atas tidak disusun mengikut keutamaan dalam membuat


pertimbangan memilih BKP. Tidak dinafikan ada aspek yang lebih penting dari
aspek lain dalam senarai yang diberikan. Namun demikian setiap aspek
seharusnya diberi perhatian dalam membuat pilihan yang terbaik. Mungkin juga
beberapa aspek yang disenaraikan dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh.
Namun demikian, perlu diingatkan bahawa sesetengah perkara yang mungkin
dianggap sebagai perkara yang tidak begitu penting tetapi sebaliknya
mempunyai kesan ke atas proses pembelajaran. Oleh itu, aspek reka bentuk dan
komestik seperti warna seharusnya menjadi kriteria dalam memilih media
pengajaran (Gagne et. all, 1992). Ini adalah kerana aspek warna mempunyai
pengaruh terhadap minat pelajar untuk berlatih menggunakan BKP.

BKP menggunakan Bahasa Inggeris. Aspek ini merupakan sesuatu aspek


yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam menentukan BKP yang akan
digunakan. Dalam konteks pancaragam sekolah di Malaysia, mungkin BKP yang
lebih banyak mengandungi ilustrasi seperti gambar, carta dan notasi di samping
penerangan yang menggunakan bahasa yang mudah dan tepat lebih sesuai
digunakan.

PENUTUP
Penggunaan BKP akan dapat membantu guru pancaragam dalam merancang
pendekatan pengajaran yang lebih baik untuk pancaragam di bawah
bimbingannya. Isi pelajaran dan latihan serta muzik yang digubah dalam BKP
akan dapat memperkembangkan potensi kemahiran serta bakat pelajar dalam
bidang muzik. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa tidak ada satu BKP
yang lengkap dalam erti kata ianya mengandungi semua penerangan dan bahan
yang diperlukan bagi melatih pelajar yang baru melibatkan diri dengan
permainan alat pancaragam. Guru muzik seharusnya mendapatkan yang terbaik
Zaharul Lailiddin Saidon Buku Kaedah Pancaragam  11

di kalangan BKP yang ada. Justeru itu, guru pancaragam mungkin perlu
menampung sebarang kekurangan BKP yang dipilih dengan berusaha
mendapatkan dan mencuba bahan-bahan tambahan yang lain. Setelah melalui
beberapa pengalaman seumpama ini, guru pancaragam akan mampu membina
bahan dan pendekatan yang tersendiri bagi menghasilkan pengajaran
pancaragam yang paling sesuai dan berkesan untuk pancaragam sekolahnya.

RUJUKAN
Bollinger, D. (1979). Band Directors Complete Handbook. New York: Parer
Publishing Company.

Feldstein, S & O’reilly, J. (1996). Yamaha Band Student: a Band Method For
Group & Individual Instruction. U.S.A.:Alfred Publishing Co. Inc.

Janzen, A. (1985). Planning and Conducting the Succesful School Band


Program. New York: Parker Publishing Company, Inc.

Jenson, A. (1996). Learning Unlimited: A Complete Beginning Band Method


Book. Milwaukee: Hal Hal Leonard Corperation.

Gagne, M. et. all (1992). Principles of Instructional Design, Fourth Edition. New
York: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.

Leedy, Paul D. (1989). Practical Research: Planning and Design. New York:
MacMillan Pub. Comp.

Liew, A.L. (1998). A Holistic Approach To Instrumental Teaching, With Special


Reference To Violin Project Conducted For Pre School Children In Colloquium
For Music Research. Serdang: University Putra Malaysia.

Pearson, Bruce (1993). Standard of Excellence: Comprehensive Band Method.


San Diego: Kjos Music Company, Publisher.

Rhodes, T. et. all (1991). Essential Elements: A Comprehensive Band Method.


Milwaukee: Hal Leonard Corporation.

You might also like