Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah Masyarakat Arab Jahiliah: Jahiliah bermaksud jahil atau tidak tahu serta tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Diberi gelaran masyarakat jahiliah kerana tidak mahu menerima kebenaran dan ajaran para nabi dan rasul sebelumnya. Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu masyarakat badwi dan hadhari. Zaman jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana; mereka tidak menyembah Allah, mereka menyembah berhala dan animism, kehidupan masyarakatnya kucar-kacir, tiada panduan daripada kitab, nabi dan rasul kepada masyarakat. Mempunyai akhlak yang rendah seperti kejam, zalim angkuh dan sebagainya. Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah: Wanita dipandang rendah dan hina. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral. Lelaki boleh berkahwin sebanyak mungkin. Golongan miskin ditindas. Riba dan penindasan berleluasa. Merompak dan merampas barangan dibenarkan. Mengamalkan sistem kabilah dan semangat asabiah yang kuat. Empat bentuk kepercayaan iatu agama Wathani (sembah berhala) agama Samawi (Kristian dan Yahudi), agama Hanif iaitu agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail dan kepercayaan khurafat. Kesan-kesan semangat assabiah ialah: Mementingkan kepada suku kaumnya sahaja. Kerap mencetuskan peperangan dan pergaduhan. Sistem kabilah melahirkan perasaan kesukuan yang menebal dan sangat fanatik. Mewujudkan masyarakat yang kucar kacir dan tidak aman. Kehidupan Nabi Muhammad SAW Sebelum Dilantik Menjadi Rasul: Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Qusai bin Kilab iaitu pemimpin Makkah. Nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baginda dilahirkan pada 20 April 570 Masehi pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal. Pengalaman baginda ialah pernah bekerja sebagai pengembala kambing dengan Abu Talib. Terlibat dalam perniagaan sejak berusia 12 tahun. Membantu bapa saudaranya Abu Talib dalam perniagaan di Syam dan menjalankan perniagaan Khadijah bt. Khuwailid. Baginda berkahwin dengan Khadijah bt. Khuwailid ketika berusia 25 tahun. Keperibadian Nabi Muhammad SAW: memiliki empat sifat terpuji iaitu, Siddiq (benar) Amanah (amanah), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Rasa rendah diri dalam pergaulan dengan semua masyarakat dan mempunyai sikap pemaaf. Baginda mempunyai sifat pengasih dan bertimbang rasa. Digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai. Sering berfikir untuk mencari kebenaran dengan bertahanuth seorang diri di Gua Hira yang terletak di bukit Nur. Selepas 6 tahun bertahanuth, akhirnya pada 6 ogos 610 Masehi bersamaan dengan 17 Ramadhan, wahyu pertama telah diturunkan melalui malaikat Jibrail. Kerasulan Nabi Muhammad SAW: Wahyu pertama yang diturunkan ialah Surah Al-Alaq ayat 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam supaya lakukan amalan membaca. Wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada surah Al-Muddasir ayat 1 – 7 yang menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Penyebaran Islam di Makkah: Dakwah Islamiyah secara rahsia berjalan selama 3 tahun yang hanya ditujukan kepada ahli keluarga, sahabat dan kerabat baginda. Kaedah yang digunakan untuk berdakwah secara rahsia ialah, ceramah secara rahsia dan ajak secara persaorangan. Dakwah secara terbuka dilakukan selama 10 tahun di Makkah dan cara ini dilakukan setelah mendapat perintah daripada Allah daripada surah al-Hijr. Kaedah yang digunakan untuk berdakwah cara ini ialah; ceramah di rumah dan seruan secara terbuka. Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam: Ajaran Islam memberi layanan yang sama rata terhadap semua manusia. Ajaran Islam menekankan persamaan taraf, tolong menolong dan saling membantu. Pada peringkat awal, tumpuan dakwah kepada ahli keluarga dan sahabat yang rapat dilakukan secara rahsia. Orang Arab Quirasy telah menentang ajaran Islam yang dibawa oleh rasulullah kerana; Perbezaan kepercayaan iaitu mereka menyembah berhala sedangkan Islam memerintahkan agar menyembah Allah SWT.  Takut pengaruh mereka tergugat kerana mengiktiraf kepimpinan Nabi bererti pengaruh dan kedudukan mereka akan diambil alih.  Enggan menerima konsep persamaan taraf.  Akan menjejaskan ekonomi mereka kerana aktiviti pembuatan dan pengukiran berhala akan diharamkan. Mereka telah menyeksa sesiapa yang memeluk Islam dengan kejam, antaranya ialah;  Bilal bin Rabah – dijerut leher dengan tali oleh tuannya iaitu Umaiyah bin Khalaf namun imannya tidak goyah.  Keluarga Yasir – keluarganya telah dijemur di padang pasir hingga Yassir dan isterinya, Sumaiyah gugur syahid.  Amir bin Fuhairah – diseksa dengan kejam oleh tuannya hingga gila.  Zunainah – diseksa oleh Abu Lahab hingga matanya buta. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah ditentang dengan pelbagai cara seperti:  Diganggu semasa beribadat.  Penyair Arab mengejek ajaran Nabi Muhammad SAW melalui puisi mereka.  Melemparkan tohmahan dan pelbagai tuduhan.  Memujuk Nabi agar meninggalkan dakwah Islam dengan menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta tetapi ditolak.  Melakukan pemulauan terhadap keluarga nabi. Nabi Muhammad SAW Menyelesaikan Masalah: Apabila berlaku penentangan yang hebat daripada kaum Quirasy, nabi telah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan. Pemilihan Habsyah kerana rajanya iaitu Najasyi adalah raja yang baik dan masih mengamalkan ajaran yang terkandung dalam kitab Injil. Menjalankan dakwah ke Thaif, nabi bersama Zaid bin Harithah telah cuba untuk pergi berdakwah di Thaif tetapi tidak diterima oleh penduduk Thaif. Berhijrah ke Madinah, berlaku pada tahun 622 Masehi setelah mendapat perintah daripada Allah SWT. Setelah berlaku penghijrahan ke Madinah, Nabi Muhammad SAW telah berjaya menjadikan Madinah sebagai sebuah negara Islam yang unggul.

Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah 1) Sebab empangan Maarib runtuh a) Banjir besar b) Kelalaian pemimpin Sabak membaiki 2) Sebab zaman jahiliah dikenali zaman gelap a) Tidak sembah Allah Yang Maha Esa b) Kehidupan kucar-kacir c) Tidak ada nabi atau rasul d) Tiada kitab suci sebagai petunjuk e) Akhlak rendah 3) Aktiviti ekonomi masyarakat Arab jahiliah a) Perniagaan b) Merompak c) Merampas barang kabilah lain 4) Bukti kegiatan ekonomi yang menggambarkan amalan jahiliah a) Perniagaan yang dijlnkan berasas riba dan penindasn b) Penting untung dan kekayaan c) Ekploitasi orang kaya terhdp orang miskin d) Merompak wajib dilakukan .

bahagian tgh sem. Contoh: sihir. roh orang mati 9) Maksud dan contoh khurafat a) Kepercayaan karut atau tahyul. pedlman. nujum. sihir.5) Golongan masyarakat jahiliah a) Arab Hadari b) Arab Badwi 6) Tempat tinggal masyarakat Arab Hadari dan masyarakat Arab Badwi a) Arab Hadari: persisir pantai b) Arab Badwi: gurun. Tanah Arab 7) Sistem kabilah mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan Arab jahiliah a) Kemunculan smangat assabiyah melampau dan tercetus perang sesama sendiri 8) Sistem kepercayaan yang diamalkan masyarakat Arab jahiliah a) Agama wathani b) Animisme c) Samawi d) Percaya tilik nasib. percaya pakai cincin perak/tembaga boleh jd kuat 10) Maksud jahiliah a) Jahil tidak mengetahui atau tidak ada ilmu pengetahuan .

11) Akhlak buruk masyrakat jahiliah a) Berjudi. berzina b) Minum arak c) Bunuh anak perempuan d) Memandang rendah pada wanita 12) Kedudukan wanita pada zaman jahiliah a) Tidak dapat warisi harta pusaka b) Anggap anak perempuan menjatuhkan maruah c) Lelaki boleh kahwin berapa ramai wanita sekaligus d) Bayi perempuan baru lahir ditanam hidup2 13) Sifat terpuji nabi Muhammad a) Siddiq b) Amanah c) Tabligh d) Fathonah 14) Sebab thn kelahiran nabi Muhammad dikenali tahun Gajah a) Sempena thn berlakunya serangan tentera bergajah di Makkah yang diketuai Abrahah dari Habsya 15) Pengalaman nabi Muhammad dalam perniagaan a) Menjalankan perniagaan perseorangan b) Berkongsi niaga dengan rakan .

w digelar Al-Amin a) Tidak pernah bohong/menipu dalam setiap perkataan dan tindak tanduk 17) Wahyu dan isi kandungan ppertama yang diturunkan kepada Nabi s.a.w yang diseksa tuannya kerana memeluk Islam a) Bilal b Rabah b) Keluarga Yasir c) Amir b Fuhairah d) Zunaidah 20) Peringkat dakwah Nabi s.c) d) Ikut rombongan bapa saudaranya Menjlnkan perniagaan Khadijah 16) Sebab Nabi s.w a) Surah Al-alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam membaca 18) Tokoh memeluk Islam pada peringkat awal a) Khadijah bt Khuwailid b) Abu Bakar As-Siddiq c) Zaidbin Harithah 19) Sahabat Nabi s.a.a.w di Makkah a) Bermula secra rahsia 3thn b) Secara rahsia kepada keluarga dan sahabat rapat c) Secara terbuka 10thn .a.

Berbeza dengan Tamadun Islam .w menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah a) Benarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah b) Menyebar Islam di tmpat baru seperti Taif c) Menanamkan kesabaran kepada pengikut d) Berhijrah ke Madinah Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH Pengenalan: Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama – anugerah Allah kepada manusia.a.w a) Menggunakan penyai Arab melakukan tohmahan dan fitnah b) Kekerasan c) Diplomasi dengan tawarkn kedudukan.a. Hwang Ho. Euphrates. dan Indus. Nil. .d) Secara terbuka kepada keluarga Abu Mutalib dan orang ramai 21) Sebab golongan bawahan golongan awal memeluk Islam a) Tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia 22) Bentuk penentangan oleh kaum Quraisy terhadap dakwah Nabi s. wanita dan pangkat d) Pemulauan 23) Cara Nabi s. wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang – Hijjaz.

Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita sekali gus. Masyarakat Jahilioyah – masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. h. ekonomi . dan meminum arak. Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka. Merompak kafilah antara punca pencarian. begitu juga wanita. Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar. Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya. d. Masyarakat Arab Jahiliyah Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala – bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahun. kelalaian pemimpin sabak untuk membaikinya. c. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah. 1. dan perdagangan. Amalkan perbuatan berzina.Lebih pentingkan untung. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah – sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau berpindah.Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus.. Arab Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai. dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan rasul serta kitab suci. Animisme – memuja alam iii. berjudi. Kerajaan sabak : 2 peringkat – 950 – 650 sm. i. Aktiviti p[erniagaan berasaskan riba dan penindasan. a. Menanam bayi perempuan – percaya ia pembawa sial kepada keluarga. e. ii. Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. nilai hidup dan sosial. 4 bentu kepercayaan. Keadaannya kucar-kacir Akhlaknya rendah spt kejam. 2. Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama. 650 – 115 sm. Agama wathani – menyembah berhala. Ekonominya berasaskan pertranian. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari 300sm hingga 610sm. Samawi – Kristian dan Yahudi . f. kepercayaan. g. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin. angkuh. b.

c. Ada identiti dan peraturannya – taasub kepada kabilah masing-masing. 1. Penganutnya digelar Hunafa. 2. Dalam kabilah ada suku dan tinggal dalam sebuah kawasan. Amalan datangkan kesan. 1. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. amanah ( dipercayai ) 3. gagah. Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan. dan Umaiyah bin Abi Saif. sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung. melayan anak. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar Aswad.. siddiq ( Berkata Benar) 2. Sebab berlaku: a. Uthman bin Huwarith. Walau berat sebelah . Ketua keluarga yang patut dicontohi. Tabliq ( menyampaikan ) 4. fatanah ( bijaksana ) 1. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak. dan pandai berpidato ii. 2. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif – Agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Peperangan antara kabilah berlaku. pengampun. i. Menjadi pemimpin unggul. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang. menampalkan pakaian koyak. Syarat Pelantikan sheikh – Mesti disukai ahli kabilah 2. b.iv. Perang Al-Basua selama 40 tahun – antara Bani Tagrib dan bani bakar. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul Keperibadian Nabi Muhamad saw 1. Sifat pengasih. Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Dilantik atas persetujuan ramai 3. i. – a. Berfikiran matang. berani. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. memasak. 3. Kesannya a. dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama. b. 4. Antara pengikutnya ialah Waraqah bin Naufal. 3. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. Diketuai oleh Sheikh – lambang perpaduan kabilah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun. j. Kepercayaan – menilik nasib. Abdullah bin Jahsh.

Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin membaca.tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang pertama di Makkah iv. Cara dakwah beperingkat. Zuhrah. Al. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.apbila mendapat perintah daripada Allah swt. 5. kepada bani Abdul Muttalib. Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah. a. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama.. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan . i. Mula tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.Alaq – menjadi tanda pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu. . 3. Tamim. Antaranya kepada Khadijah Khuwailid. Kerasulan Nabi Muhamad saw. iii. sahabat rapat dan kaum kerabay baginda. Surah Al. anak angkat Nabi. 1. ii. iii. Menerusi wahyu Allah al. 2. Penyebaran Islam di Makkah 1. Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga. b. b. Bacaan menggalakkan kajian. Terbuka . Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan. Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti ketinggian akhlak Nabi. Zaid Bin Harithah. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu : a. 4. Zubair bin Awam. Kepada keluarga Abul Muttalib. Cara pertama yang dilakukan ialah a. Abu bakar Assiddiq dan beberapa tokoh Qiraisyh spt Uthman Bin Affan. ii.. Makhzum dan Asad. bapa saudara Nabi. AlArqam bin Abu Arqam. 6. Secara terangan di Bukit Safa. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya. Umur Nabi ketika itu 40 tahun. Secara rahsia i.Hijr ayat 94. Ali Bin Abi Talib ( 10 Tahun ). Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca.menghina Nabi saw. c. pembunuhan dan mencuri. kejujuran para sahabat. Penentang kuat Abu Lahab . Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib. b. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. d.

Hamba yang peluk Islam disiksa. ii. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf. Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Harta bukan matlamat . Bila ramai memeluk Islam mula proses penentangan terhadap Islam. Penerangan dan teladan yang baik. Diganggu dalam membuat ibadat. Diletakkan benda kotor pada tengkuk baginda Nabi saw. Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan melemahkan penganutnya. Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak Islam. Nabi saw mempunyai kekuatan mental. Dicemuh. fizikal. Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah d. Layanan yang saksama b. 3. Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. c. Pendekatan yang baik seperti: i. h. d. Sebagai cth. Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia. Isterinya Sumaiyah mati syahid. Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir. Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga . b. Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal. Kemurnian ajarannya.Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. e. tetapi kesabaran dan pengorbanan g. . f. Cubaan membunuh Nabi. Sebab layanan yang sama antara sesama manusia. dan rohani Penentangan Terhadap Islam 1. Antaranya a. Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. 2. para sahabat yang terdekat dan golongan hamba. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur: Penerimaan Terhadap Islam 1. Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana a. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan yang dikemukakan iii. c.

g. Antaranya ialah a. c. Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi. iii. Jahilaiyah tidak. Sebab penentangan: a. Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah. f. Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah. Bentuk pemulauan orang Quraish: i. Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta. Maka Nabi mengambil langkah tertentu. Jahiliyah banggakan mencuri.e. Pernyataan pemulauan digantungkan di kaabah. Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw. g. Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai / Hashim. Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Berjalan selama 3 tahun. Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi. Tidak begitu berjaya sebab: i. dan menindas. iii. Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan Khadijah. h. ii. ii. d. Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua. b. e. Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan. Islam bertunjangkan konsep persaudaraan. Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan . b. f. Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah – berhala. 2. Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan. c. Amalan dan akhlak yang murni. Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala. Khadijah serahkan semua hartanya untuk Islam. Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Bantuan daripada Abu Talib. merampas harta orang. Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan. 1. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi. Hijrah ke Madinah pada 622M .

Penentangan Terhadap Islam 20/04/2010 at 11:24 PM (Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah) 1) Penentangan terhadap Nabi Muhammad dilakukan dengan pelbagai cara seperti dicemuh. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka Orang Arab Quraisy memujuk Nabi Muhammad secara lembut (menawarkan kedudukan. diganggu semasa beribadat (benda kotor diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang) malah ada orang yang ingin membunuh baginda 2) Penentangan orang Arab Quraisy Makkah terhadap ajaran Islam disebabkan pelbagai faktor: 1. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad dan keluarga baginda (3 tahun) Pemulauan 1) Mereka menulis pernyataan tentang pemulauan dan menggantungkannya di Kaabah 2) Semasa pemulauan. harta) 3. 2. menindas) Arab Quraisy mempunyai tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad Penyebaran Islam menggugat ekonomi Arab Quraisy (menjejaskan perusahaan mengukir patung 3) Penentangan terhadap Islam dilakukan dengan pelbagai cara: 1. Abu Talib (bapa saudara Nabi Muhammad) sentiasa melindungi dan membantu baginda 3) Pemulauan berjalan selama 3 tahun sahaja kerana orang Quraisy tidak mematuhi peraturan pemulauan dengan memberikan bantuan kepada orang Islam 4) Golongan Islam berkemampuan telah membantu golongan kurang berada 5) Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam seperti Khadijah di Makkah yang menyerahkan kesemua hartanya demi membantu perjuangan islam dan diteruskan oleh Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah . Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy dengan Islam Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia Arab Jahiliah menolak konsep persaudaraan Islam (sangat bertentangan dengan konsep assabiah) 4. 6. wanita cantik. 2. Islam melarang amalan dan akhlak yang keji (mencuri. 3. 5.

Leave a Comment Penerimaan Terhadap Islam 14/04/2010 at 2:09 AM (Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah) 1. Kunci kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan Islam di Makkah:    kesabaran yang tinggi pengorbanan kekuatan fizikal. Strategi dakwah peringkat awal adalah secara RAHSIA kerana:    Islam masih baru penganut masih sedikit mengelakkan penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam 3. Ada yang menerima Islam dengan yakin walaupun diseksa dengan kejam seperti: i) Bilal bin Rabah (dijerut lehernya oleh tuannya. Umayyah bin Khalaf) ii) Keluarga Yassir dan isterinya Sumayyah (dijemur di padang pasir hingga mati syahid) iii) Amir bin Fuhairah (diseksa sehingga gila) iv) Zunainah (diseksa Abu Lahab sehingga buta) 5. Pendekatan dakwah Nabi: i) membandingkan nilai akhlak masyarakat Jahiliah dengan Islam ii) membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat iii) memberikan penerangan iv) mewujudkan teladan yang baik 7. mental dan rohani . 2. Islam diterima kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah 6. Penganut Islam peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan (hamba) kerana tertarik dengan Islam yang memberi layanan yang sama kepada manusia 4. Golongan paling awal menerima Islam ialah ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad.

kepada Nabi Muhammad s. 8.w. 6. Yahudi. sanggup menuntun bela demi diri dan kabilah. 4. Nabi Ismail. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala.menbawa sikap ingin berperang. Mereka juga tiada nabi. Kepercayaan – menyembah berhala.BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH. Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran pantai). 9. 10. ( 1 ) Zaman Masyarakat Arab Jahiliah. terikat dengan peraturan kabilah. 1. arak. 3. gagah).w. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai. diketuai oleh syeikh (seseorang yang disukai. zina. a) Apakah pengertian Jahiliah. Nabi Musa. 11. 2. 5. berani. 6. 1. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s. 4.a. . Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna. orang kaya menindas orang miskin. rasul dan kitab suci. 5. Perniagaan – berasaskan riba. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim. degil. menilik nasib. Agama samawi – Kristian. Keadaan geografi panas kering kontang. dipersetujui ramai. tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral – judi. angkuh. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil. 3. kacau – bilau contohnya perang al – Basus. Hanif. Akhlak mereka rendah – kejam. merompak/merampas satu kewajipan. 7. Wanita dipandang rendah – tidak mewarisi harta ibu bapa. Semangat assabiah – semangat kesukuan melampau. b) Ciri – ciri masyarakat Arab Jahiliah. bayi perempuan ditanam hidup – hidup (dianggap menjatuhkan maruah keluarga). Sistem kabilah – berpuak – puak dalam suku tertentu. 2. mereka menyembah berhala dan menyembah anismisme. sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri. pokok. Nabi Isa.

10. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan 7. 11. 3. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. 12. berniaga di Syam ( usia 12 tahun ). Kaabah. 4. Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak. Nabi ketua keluarga contoh – membantu isteri memasak. 11. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga. miskin. 6. Keluarga nabi mengusai Makkah. 9. menyampaikan dan bijaksana. 1.a. a) Kehidupan Nabi Muhammad s. Pengalaman hidup – mengembala kambing bapa saudaranya. 8. Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat ) – di Gua Hirak. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.a. 9. Baginda merendah diri – bergaul dengan orang kaya.( 2 ) Nabi Muhammad s. di Bukit Nur.w. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib. sebelum menjadi rasul. Pada tahun 610 M menerima wahyu pertama. tua. sebelum menjadi rasul. telaga zamzam. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy). b) Keperibadian Nabi Muhammad s. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad. 10. Wahab. 4. 5. Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji. 5. ibunya ialah Aminah bt. Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah. 6. Nabi menyusu dengan Halimatus Sa’diyah. Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi. 1. dipercayai. kanak – kanak.w.w. Nabi digelar Al – Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong. menampal kain koyak. Empat sifat terpuji nabi ialah benar. melayan anak. Sifat bijaksana – Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam. Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak – anak. 3. 2. . Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama – sama Maisarah ( hamba Khadijah ). Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib. 8.a. 2. 7.

w. 4. 6. 1. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia. 5. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya. 2. 3. mencemuh dan ingin membunuh nabi. 4. tiada paksaan untuk memeluk Islam. a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.( 3) Nabi Muhammad s. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi. Nabi menanamkan iman yang kuat.w. b ) Cara penyebaran Islam di Makkah. amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy. Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah. 3. Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ). 3. dan kaum kerabat. Affan dan al – Arqam b. 1. . Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid. Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b. Rabah. 3. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu. Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi). 1. fizikal. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil). 4. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan yang diutamakan. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.a. kuat mental. para sahabat. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. 2. keluarga Yassir. ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).a. Ali b. c) Penerimaan terhadap Islam peringkat awal. 4. Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwailid ( isteri ). 1. Nabi menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung). rohani dalam mencari kejayaan. 2. menyebarkan Islam di Makkah. 2. konsep persaudaraan dan assabiah. Abu Talib ( 10 tahun – sepupu ). d) Penentangan terhadap Islam peringkat awal.

membaca ayat al-quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat dan memberi penerangan. Reaksi masyarakat Arab Jahiliah. Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah. Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah.   6. Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah.Walau bagaimanapun. Pada mulanya.w.kebanyakan penganut agama Islam ialah golongan bawahan seperti 4. Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan. 3. Pada mulanya kegiatan dakwah dilakukan secara rahsia. 3.w. Sebab-sebab ajaran Islam dapat diterima oleh orang ramai kerana : kerana kemurnian ajarannya kebijaksanaan Nabi Muhammad s. hamba kerana mereka tertarik dengan ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia. e) Nabi Muhammad s. Penghijrahan ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy. 1.a. Aisyah.. 1.a.orang islam Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana penyebaran Islam ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s. Orang yang paling awal menerima Islam ialah Ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad s. Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan khadijah meninggal dunia.contohnya Bilal bin Rabah yang dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya. 6. menyelesaikan masalah. 4. Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk menyebarkan islam ialah:   membandingkan akhlak masyarakat jahiliah dengan akhlak yang disarankan oleh Islam.Keluarga Yassir pula telah dijemur di Padang sehingga Yassir dan isterinya mati syahid.Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebahagian masyarakat arab Quraisy. setelah dakwah Islamiah dilaksanakan secara terang dan mendapat tempat dihati sebilangan orang ramai.iaitu baginda menggunakan cara yang lemah-lembut.5. 5.a. 2. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda. Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah. Pada peringkat ini. Golongan ini tetap menerima ajaran Islam dengan yakin walaupun ada dikalangan mereka yang diseksa dengan kejam. 8. 7. 9.w. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib. Penerimaan terhadap Islam. 2.w berdakwah. .a. 5.barulah orang arab Quraisy menentangnya.

Umaiyah .     beliau ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.semasa beliau diseksa. memulaukan orang Islam.w. Pengorbanan dan kesabaran Nabi Muhammad s. menyeksa orang yang memeluk Islam. 2. mereka tidak senang dengan persaudaraan Islam yang akan menggugat semangat assabiyah yang menebal dikalangan kaum Arab Quraisy.neraka serta hari pembalasan (akhirat). Masyarakat Arab Jahiliyah ► Apakah maksud Jahiliah? 1. jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.a. 1. Orang Arab Quraisy tersalah anggap dengan mendakwa bahawa Nabi Muhammad ingin 3.w. Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.     merampas kekuasaan Makkah daripada tangan orang Arab Quraisy dengan cara menyebarkan Islam.diselar dengan besi panas. menunjukkan teladan yang baik. . sumber ekonomi utama kaum Arab Quraisy iaitu pembuatan patung berhala akan terjejas kerana Islam melarang penyembahan patung berhala sebaliknya menyembah Allah s.dosa. 7. Orang Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan Nabi Muhammad kerana:      ajaran Islam bertentangan daripada kepercayaan nenek moyang kaum Quraisy yang mengamalkan penyembahan berhala dan kepercayaan syirik. ditunjukkan dengan cara: mengejek dakwah Islamiah melalui sajak dan puisi serta karya orang Arab Quraisy.w yang tinggi merupakan kunci kejayaan agama Islam.dan ditindih dadanya dengan batu.syurga.Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah. mereka takut dengan konsep agama Islam seperti pahala.a. memujuk baginda meninggalkan dakwah Islamiah. SEJARAH TG4 .a. Abu Bakar al-Siddiq telah membeli Bilal daripada tuannya. beliau telah diseksa dengan kejam. beliau ialah muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam. agama Islam memansuhkan dan menganggu-gugat sistem sosial kaum Quraisy yang berdasarkan keturunan dan kekayaan. Perkataan bahasa Arab.BAB 4 BAB 4 ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH A.misalnya dengan cara dijemur. Sudut Maklumat: Bilal bin Rabah. Penentangan terhadap Islam.

Gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul. 6. ► Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Zaman Jahiliah 1. Kelahiran anak perempuan menyebabkan bapa menjadi marah. ► Terangkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial. ekonomi. Menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana kelahiran anak perempuan dianggap berita buruk. ► Jelaskan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah. Kedudukan yang rendah dalam masyarakat. Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. berzina dan minum arak. Anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga. 2. 7. ► Mengapakab masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar masyarakat Arab Jahiliah? 1. .► Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat Arab Jahiliah? 1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalarn kehidupan. 4. Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi. Sosial 1. 3. Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ramai wanita serentak. angkuh dan degil. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s. 8. 2. 2. 1. Wanita tidak boleh mewarisi harta pusaka. mereka bersifat kejam. 5. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. 4. 3. misalnya. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki. agama dan kepercayaan dan politik. 2.a.w. Akhlak mereka adalah rendah.

Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil. Menurut catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur. 4. 4. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sebuah kabilah. Dalam sesebuah kabilah. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya. Ekonomi 1. 3. Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka. 1. . Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri. 2. animisme (memuja alam seperti pokok). dan mempercayai roh orang mati menjadi burung). Amalan hidup berpuak-puak dan berkelompok dalam kehidupan masyarakat arab jahiliah. Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah. 3. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama. ► Nyatakan ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah. Semangat assabiah atau semangat kesukuan amat tebal di kalangan masyarakat. sihir. 4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin. Agama dan Kepercayaan 1. ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan. Politik 1. 2. 5. 2. iaitu agama wathani (menyembah berhala).3. Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib. ► Apakah yang dimaksudkan sistem kabilah? 1. 2. 3.

Peperangan sering berlaku antara sama kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil. berani. Abu Lahab . 1.w.a. ► Mengapakah amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah? 1. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh merupakan lambang perpaduan kaum mereka.w. 2. 5.a. 4.5. 1. Pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat antaranya. Semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama. ► Apakah maksud semangat assabiah? 1. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah. 6. Beliau mestilah memiliki sifat berfikiran matang. ► Bagaimanakah semangat assabiah terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah? 1. gagah. Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah. ► Namakan datuk Nabi Muhammad s. Abu Talib 3. Kehidupan yang kucar-kacir dan tidak aman. 2. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan al-Basus. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau berpunca daripada Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan. bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau. Islam dan Penyebarannya di Makkah. C. Abdul Muttalib bin Hashim ► Namakan bapa saudara Nabi Muhammad s. 3. 3. 7. dan pandai berpidato. Al-Haris 2. 4.

Nabi Muhammad sa. 15. . tahun 570 M. dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan. 8. sifat amanah. Nabi Muhammad s. Nabi Muhammad s. Abu Talib. semasa rombongan ini singgah di Basrah.w. 9. 4. Abdul Muttalib. telah diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk dipelihara dan disusui setelah bapa baginda meninggal dunia. 3.4. 14. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun. 6. Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah. 16.w. telah dilahirkan pada 20 April.a. Aminah binti Wahab meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda. Abbas 5. 10. Giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya ketika berusia 20 tahun. 1. Sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di kota Makkah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah. Kerasulan Nabi Muhammad s. Berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain.w disebut tahun Gajah? 1. sebelum dilantik menjadi Rasul.a. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda. 12.a. Abu Talib memelihara setelah datuk baginda Abdul Muttalib meninggal dunia. 11. iaitu hamba Khadijah.w. iaitu bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah. 13. bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok pemiagaan.a. Hamzah ► Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s. Aminah binti Wahab.a. Khadijah memberi modal yang besar kepada baginda kerana kemuliaan budi pekerti. Kebijaksanaan dan kelembutan tutor kata serta kepandaian baginda menyebabkan perniagaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. 5. Perasaan hormat Khadijah terhadap baginda telah membawa kepada perkahwinan ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun. Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam ketika berusia 12 tahun. Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda. Bapa saudara Nabi Muhammad s. Ketika berusia enam tahun. ► Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira..w.w. 7. ibu baginda.a. Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal. 2.w.

20. 21.w. seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambah ilmunya. 18.a. Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa baginda mementerai Perjanjian Hudaibiyah dengan orang Arab Quraisy Makkah walaupun perjanjian tersebut berat sebelah. Menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga baginda dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah. Sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin walaupun kedudukan baginda yang tinggi dan dihormati. 2. menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya. 19. 3. Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah. 23. ► Apakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a. Bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak. Sifat pengasihnya dan timbang rasanya sebagai ketua keluarga sering membantu isterinya memasak. 3.w. melayan anak.a. Tempat beribadat yang sunyi dan tenang. 22. dan membersihkan rumah. ► Mengapakah Nabi Muhammad s.w. Tempat Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a. ialah surah al-Alaq. Menunjukkan sifat pemaaf dengan mengampun dan memaaf Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota Makkah. Wahyu pertama diturunkan olehAllah kepada Nabi Muhammad s. 4. Mengamalkan cara hidup yang sederhana anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.17. Sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taksub dengan amalan jahiliah. Melalui pembacaan kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan. Berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat di sekelilingnya. ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Melalui pembacaan. Menyelesaikan persengketaan untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya. ► Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan membaca sangat penting dalam Islam? 1. Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang di meningkatkan tamadun bangsanya. 6. menerusi Jibrail. 5. menampal pakaian yang koyak. 2. bertahannuth di Gua Hirah? 1.w. .? 1. iaitu di penjuru timur Kaabah semasa berumur 35 tahun.

Arqam bin Abu Arqam. Melalui ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a. ► Mengapakah wahyu kedua Surah al-Muddasir yang diturunkan sang penting dalam perkembangan Islam? 1. sebagai Rasulullah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Isteri Nabi Muhammad . sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat. dan kaum kerabat baginda. Kanak-Kanak . 8. Secara rahsia selama tiga tahun. Amir bin Fuhairah dan Zunainah ► Bagaimanakah Nabi Muhammad s. sahabat yang rapat.w.w. yang dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah melalui perbahasan antara Nabi Muhammad s. Zubair al-Awam. Reaksi Masyarakat Arab ► Senarai tokoh yang terawal memeluk Islam 1. Sahabat Nabi . ► Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s. 2. dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda.w.a. 5. Nabi Muhammad s. 4. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib. Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.Abu Bakar al-Siddiq. berdakwah di Makkah? 1. menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam untuk menyebarkan Islam. untuk menyebarkan Islam di Makkah? . Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq. 2. 6.w. Golongan hamba . E. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa. 4.w. Keluarga Yasir. Pelantikan Nabi Muhammad s.w. Utman bin Affiti.w.Siti Khadijah binti Khuwalid 2.Bilal bin Rabah.Zaid bin Harithah 3.a.Ali bin Abi Talib 5.a.a. 3. dan kejujuran para sahabat telah menyebarkan dakwah lslamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.a. 7.a. Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan tentang Islam.4. Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s. beberapa orang tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam. Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda. sahabat dan orang ramai. Anak angkat Nabi .

► Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.? 1. ► Bagaimanakah orang Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s. Nabi Muhammad s. telah menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia terutama golongan hamba. Diterima oleh orang ramai kerana kernurnian ajarannya. 8. Menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah kerana Nabi Muhammad s. ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun menyembah patung berhala dan mempercayai animisme. 6.a. 6. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s. Mengunakan pendekatan membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam. . Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan. 7. Nabi Muhammad s.a. Prinsip persamaan taraf sesama manusia bertentangan dengan sistem social masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.w. Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam hingga membawa kepada gila. berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah. 7.w. 2. Menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka. berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah. 2. 3.w.1. Mengenali peribadi Nabi Muhammad s. 4.w dicemuh dengan kata-kata nista.a. 4. terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi.w. 2.a. yang terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia. Amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam. 5. buta dan mati.a. 3. 5.w.w.a. Nabi juga membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat. Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi menganggap jika menerima agama Islam. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah.a. Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy serta menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala kerana Islam mewajibkan menyembah Al l ah.? 1.

dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke tempat baru tetapi gagal. Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.3.a. misalnya. . Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti politik. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka.a.w.w. Berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu dari Allah.w. Orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi Muhammad s.a.a. 3. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s. Nabi Muhammad s.w. Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan. 3. benda-benda yang kotor telah diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang. dan keluarga dengan menulis pernyataan pemulauan dan menggantungkannya di Kaabah.w. 5. 4.w. amalan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. ► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s. 4.a.a. wanita cantik dan harta agar meninggalkan dakwah Islamiah. dengan menawarkan kedudukan. sebagai rasul dianggap rahmat kepada masyarakat dunia? 1. ekonomi dan sosial. diganggu semasa beribadat contohnya. Nabi Muhammad s. untuk mengatasi ancaman puak Quraisy Makkah? 1. 2. ► Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s. Ada kalangan orang Quraisy telah membuat pakatan membunuh Nabi Muhammad. 7. 6. 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful