You are on page 1of 4

LAPORAN KEBERSIHAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1 PISMP AMBILAN JANUARI 2010 BIL 1/2010 INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU Tarikh:1 mac - 4 mac 2010 Hari: Isnin-Khamis Tempat:Kem Lanchang, Tasik biru, IPG Kampus Perempuan Melayu Program bina insan guru (BIG) fasa 1 telah diadakan dari 1 mac hingga 4 mac 2010.Program ini diadakan di tiga lokasi iaitu Kem Lanchang, Merlimau , Tasik Biru, Chinchin dan di IPG Kampus Perempuan Melayu. Kumpulan 9 dan 10 menjadi AJK Kebersihan sepanjang program Bina Insan Guru ini berlangsung. Oleh yang demikian, kami dikehendaki memantau kebersihan semua tempat yang digunakan untuk semua aktiviti sepanjang program ini. Antara lokasi yang digunakan ialah kantin, dewan, surau, ladang kelapa sawit, tapak perkhemahan, tandas, tasik biru, BISA dan Dewan Srikandi. Pemantauan kami di kantin Kem Lanchang, sebelum kami mula menggunakan kantin, keadaan kantin dalam keadaan yang elok. Sepanjang program ini berlangsung, kantin adalah satu-satunya tempat untuk semua peserta menjamu selera. Secara keseluruhan, selepas semua peserta menghabiskan makanan mereka, semua peserta membasuh pinggan dan cawan yang digunakan dan menyimpan semula di tempat yang telah ditetapkan. Sisa-sisa makanan juga dibuang ke dalam tong sampah supaya sinki tidak tersumbat. Selain itu, kerusi juga disusun dengan kemas selepas digunakan dan tiada sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja. Lokasi yang seterusnya ialah di ladang kelapa sawit yang mana aktiviti kembara telah dilaksanakan. Ladang kelapa sawit ini terletak berhampiran dengan Kem Lanchang. Sepanjang perjalanan melakukan aktiviti kembara, keadaan kebersihan masih terkawal dan peserta tidak membuang sampah merata-rata. Hal ini kerana peserta hanya dibenarkan membawa barang-barang yang disediakan oleh pihak urusetia sahaja. Setibanya semua peserta di kawasan R&R iaitu lokasi untuk aktiviti memasak, keadaan kebersihan tidak begitu baik kerana pelajar dikehendaki memasak makanan tengah hari sendiri. Oleh itu, keadaan agak tidak terurus, Namun begitu, sebuah lubang telah disediakan untuk membuang sampah dan pelajar juga telah diberi arahan untuk menanam isi ikan. Setiap kumpulan juga telah diberi arahan untuk membersihkan tapak memasak masing-masing. Secara keseluruhan, tahap kebersihan di lokasi ini memuaskan. Selain di Kem Lanchang, kami juga pergi ke Tasik Biru, Chinchin, Jasin. Kami melakukan aktiviti air di sini. Setibanya di sana, kami melihat kawasan tasik dalam

keadaan yang baik. Namun begitu, semasa membuat aktiviti, botol air mineral, plastik roti dan plastik dibuang merata-rata oleh peserta. Hal ini membuatkan kawasan aktiviti kelihatan berselerak. Selepas aktiviti siap dilakukan, sesetengah peserta yang telah pulang dahulu meninggalkan sahaja sampah sarap mereka dan tidak membuang sampah tersebut di tempat yang sesuai. Oleh yang demikian, semua jawatankuasa kebersihan dan peserta yang masih ada di lokasi aktiviti berganding bahu membersihkan sampah - sarap yang ada. Kami juga dapat mengenal pasti terdapat peserta yang membazir. Hal ini kerana kami dapati botol air mineral yang ditinggalkan masih penuh dengan air dan mereka tidak menggunakan sepenuhnya air yang telah dibekalkan. Semua alatan yang masih berada di kawasan tasik seperti tong air, kayak, Bouyancy Aid, buluh juga telah disimpan di tempat yang ditetapkan sebelum semua peserta bergerak pulang ke Kem Lanchang. Lokasi yang seterusnya ialah Balai Islam Saidatina Aisyah. Aktiviti yang dilaksanak disini ialah taklimat portfolio,tazkirah maghrib dan subuh serta solat berjemaah. Selepas semua peserta siap menunaikan solat, semua sejadah dilipat dan disusun dan diletakkan di tempat yang betul. Pada akhir program Bina Insan Guru, kami melakukan tinjauan terakhir di BISA dan mendapati keadaan Bisa dalam keadaan yang bersih dan kemas. Bagi kawasan khemah, bermula dari hari pertama hingga hari terakhir sehingga break camp, kami dapati kebersihan kurang dititikberatkan terutamanya di kawasan sekitar khemah. Ini kerana kekangan masa dan jadual aktiviti yang terlalu padat menyukarkan guru-guru pelatih untuk menguruskan kebersihan khemah mereka. Kami mendapati terlalu banyak cebisan tisu dan plastik roti dan botol-botol air yang kosong berteraburan di merata tempat. Terdapat juga sebilangan kecil yang tidak membuang sampah di tempat yang sepatutnya tetapi membiarkan di kawasan khemah. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah mengagihkan tugasan dan membahagikan kawasan yang perlu dibersihkan kepada tiga iaitu bahagian khemah peralatan, kawasan khemah tengah dan juga kawasan khemah yang berhampiran dengan tandas. Dengan pembahagian tugasan ini, kami telah dapat memastikan kawasan sekitar bersih dan tiada sampah bertaburan dan tertinggal di tapak perkhemahan.Pembersihan tapak perkhemahan juga telah dilakukan oleh para guru pelatih sebelum mereka bertolak pulang ke IPG Kampus Perempuan Melayu. Aktiviti pembersihan tapak perkhemahan berjalan dengan lancer kerana mendapat kerjasama yang baik daripada setiap rakan guru pelatih. Para guru pelatih juga dikehendaki memungut sampah yang bertaburan di sekitar tapak perkhemahan masing-masing. Sampah sarap itu telah dibuang di tempat yang disediakan. Alhamdulillah, aktiviti pembersihan ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru pelatih. Kami juga ditugaskan untuk memantau kebersihan tandas-tandas yang dikhaskan untuk kegunaan guru-guru pelatih yang terdapat di Kem Lanchang. Tandas adalah antara tempat penting serta paling kerap digunakan oleh guru-guru pelatih. Oleh hal yang demikian, tandas adalah tempat yang perlu diberikan tumpuan terhadap tahap kebersihannya. Terdapat empat buah tandas yang telah dikenalpasti.

Di sepanjang perkhemahan berlansung selama tiga hari di Kem Lanchang, kami dapati guru-guru pelatih agak mengabaikan aspek kebersihan tandas lantaran kepadatan jadual aktiviti dan penglibatan dalam aktiviti kembara dan air menyebabkan kekotoran pada lantai tandas sangat ketara. Oleh yang demikian, sebelum berangkat pulang kami memeriksa tahap kebersihan keempat-empat tandas tersebut. Daripada pemerhatian kami dapati bahawa tahap kebersihan semua tandas tersebut adalah berada dalam keadaan kurang memuaskan. Terdapat banyak pasir, rumput serta lumpur pada lantai tandas. Hal ini adalah kerana kotoran yang terlekat pada kasut guru pelatih ketika mereka menjalankan aktiviti mereka. Apabila selesai aktiviti guru pelatih memasuki tandas tanpa membersihkan dahulu kasut mereka. Kawasan sekeliling tandas juga dicemari dengan plastik-plastik serta botol-botol air mineral. Kami bekerjasama membersihkan kembali kawasan di luar dan di dalam tandas. Selain itu, kami juga memeriksa paip air dan menutup kemas paip tersebut bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Selain itu, kami juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadaan dewan di Kem Lanchang berada dalam keadaan yang bersih dan teratur. Sebagaimana kami tiba di kem tersebut, dewan itu dalam keadaan yang teratur, begitu jugalah kami dikehendaki untuk memastikan kebersihannya. Di sini, tugasan kami lebih menjurus ke arah penyusunan kerusi sebelum aktiviti diadakan dan memastikan tiada sampah ditinggalkan merata-rata di kawasan dewan oleh para guru pelatih. Sebelum kami masuk ke dewan, kami juga perlu memastikan kasut-kasut disusun dengan teratur dan kemas di tepi dewan. Kami juga perlu meletakkan kerusi-kerusi yang tidak digunakan tersusun kemas di tepi dewan. Tugasan menyusun kerusi ini telah dilakukan oleh semua guru pelatih. Di akhir hari pkhemahan sebelum bertolak pulang ke institute, kami telah menjalankan tugas kami dengan mengutip sampah yang terdapt di dewan dan memastikan semuanya dalam keadaan teratur. Kami juga perlu memastikan kebersihan surau yang sepatutnya dijaga oleh ahli jawatankuasa kerohanian. Tetapi, kami diberikan tugasan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan surau supaya kami dapat menjalani aktiviti kerohanian dengan lebih selesa. Sepanjang program Bina Insan Guru ini berlangsung, kami dapati keadaan surau berada dalam keadaan bersih. Para guru pelatih dikehendaki untuk melipat sejadah dan telekung apabila sudah digunakan dan diletakkan di tempat menyimpan sejadah dan telekung. Selain itu, keadaan di luar surau juga dalam kedaan yang bersih, berikutan para guru pelatih yang dikehendaki menyusun kasut sebelum masuk ke dalam surau. Tempat wuduk juga berada dalam keadaan yang bersih. Secara keseluruhan, keadaan surau dalam keadaan yang terkawal dan tiada sampah sarap yang dibuang di merata-rata. Oleh kerana kami program kami tidak tamat di Kem Lanchang tetapi disambung hingga di institut, kami bertanggungjawab untuk menjaga tempat yang akan digunakan untuk meneruskan aktiviti kami. Antara tempat yang paling utama sejak hari pertama bermulanya program ini ialah di Dewan Sri Kandi. Kami dapati keadaan dewan sudah tersedia teratur dan kemas. Akan tetapi, terdapat cebisan-cebisan kertas yang diguna oleh guru pelatih bertabur di lantai. Sehubungan itu, kami telah mengutip cebisan yang

ada dan dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan di belakang dewan. Oleh kerana hari terakhir program ini, kesemua aktiviti dari LDK sehingga ke majlis penutup telah diadakan di Dewan Sri Kandi. Usai tamat majlis penutup, kami dapati masih ada lagi sampah yang ditinggalkan oleh para guru pelatih di dewan. Akhir penutup majlis, kami telah dikehendaki memastikan dewan bersih dan teratur. Kami telah memastikan kerusi-kerusi plastik di tempatnya dan sofa-sofa di hadapan seperti sediakala. Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan keadaan kebersihan semua lokasi untuk aktiviti Bina Insan Guru ini dan kebanyakan peserta mampu untuk menjaga kawasan aktiviti dengan baik. Disediakan oleh, Tarikh:5 Mac 2010

(NURUL AMIRA BINTI MD YUSOP) KETUA KUMPULAN MUSYAJJIAH Disediakan oleh,

(NUR ZAYYANI MOHD NOOR) KETUA KUMPULAN MUDARRIBAH

You might also like