You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PERMAINAN TRADISIONAL (PERMAINAN BATAK LAMPUNG)

TEMPAT : DEWAN SRI SAMARAHAN TARIKH : 26 FEBUARI 2011 ANJURAN: PISMP 1109 PJ PENSAYRAH PEMBIMBING : PN CANDRAWATI BT IBRAHIM

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2009 1.0 PENGENALAN Projek Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kami telah memilih untuk melaksanakan Permainan Tradisional ini di bawah anjuran PISMP ambilan Januari 2009 dengan gabungan tiga buah opsyen iaitu opsyen Sains, Sains Sosial dan Pendidikan Jasmani kerana kami sedar bahawa program ini merupakan salah satu kesempatan buat kami untuk membimbing kami dalam pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik, tersusun dan sistematik pada masa kelak. Selain itu, permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Oleh itu, amat penting bagi kami menganjurkan Permainan Tradisional ini untuk mengenali permaianan tradisional kita dengan lebih dekat dan mungkin yang hampir dilupakan oleh masyarakat. Kami berharap ajuran Permainan Tradisional ini dapat membentuk keperibadian kami untuk menjadi bakal tenaga pengajar yang lebih berkaliber , sistematik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

2.0 OBJEKTIF

1. Permainan tradisional merupakan medium untuk memupuk semangat perpaduan, pelbagai tenik dan kaum dalam kelompok masyarakat seperti yang disarankan dalam konsep 1 Malaysia. 2. Menggunakan masa senggang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menjauhkan diri terjebak dengan anasir-anasir negatif. 3. Permainan tradisional alat bagi masyarakat sekeliling untuk mengenali budaya kaum lain dengan lebih jelas kerana permainan tradisional itu setiap kaum merupakan salah satu kegiatan harian masyarakat tersebut. 4. Permainan tradisional adalah satu kebanggaan masyarakat kerana ia

mempunyai nilai tradisi yang mampu memperkenalkan kembali permainan yang dimaninkan pada masa dahulu.

3.0 MATLAMAT

Kejayaan projek ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan subjek seperti yang terkandung di dalam pro forma tetapi dapat memberi satu situasi pembelajaran iaitu bermain sambil belajar. Ia amat berguna bagi kami sebagai guru pelatih,dimana setiap kemahiran dan pengetahuan dalam proses merancang dan melaksanakan sesuatu projek dapat kami aplikasikan semasa berkhidmat di sekolah kelak.

4.0 MAKLUMAT PROJEK

Tajuk Projek Tempat Tarikh Masa Anjuran

: Permainan Tradisional : Dewan Sri Samarahan. : 26 Febuari 2011 : : Guru Pelatih PISMP PJ1109,PISMP SS1109, dan PISMP SN1109.

5.0 MAKLUMAT PERMAINAN

5.1 SEJARAH Dikatakan permainan batak lampung ini tidak berapa jelas asal-usul dan ia juga adalah salah satu permainan tradisional yang popular dalam masyarakat iban pada zaman dahulu. Permainan ini sering dijadikan sebagai acara selingan dalam satu-satu majlis keramaian contohnya pada hari gawai dayak. Batak lampung ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki dimana mereka beradu kekuatan untuk menguji siapa di antara mereka yang lebih kuat. Pemenang biasanya akan diberikan pelbagai jenis ganjaran. Permainan ini mengunakan sebatang kayu yang panjang lebih kurang 50-70 cm panjang dan berbentuk bulat. Kedua-dua peserta akan menarik kayu tersebut mengunakan segala kekuatan yang mereka ada.

5.2 TAPAK PERMAINAN

5meter

Kedudukan Pengadil

KEDUDUKAN PERMAIN

Kedudukan Pemain

Sempadan Permulaan

5 METER

KEDUDUKAN PERMAIN SIMPANAN ATAU PEMAINAN BERIKUTNYA

Penerangan : 1. Tapak kawasan permainan 5 X 5 meter 2. Hanya 2 orang permainan sahaja dibenarkan masuk dalam tapak permianan dalam satu masa. 3. Permain yang menanti giliran hendaklah duduk dan mengunggu di tempat yang disediakan 4. Pemain hendaklah menurut setiap arahan pengadil bagi tujuan keselamatan

5.3 SKEMA PERMAKAHAN 1. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang bagi pusingan pertama dan diberi satu mata. 2. Sekiranya peserta tersebut berjaya mengekalkan kedudukan pada pusingan kedua dan akan dikira sebagai pemenang keseluruhan. 3. Sekiranya kedua-dua peserta tersebut mendapat mata yang sama, maka pusingan ketiga akan dibuka untuk menentukan pemenang keseluruhan.

5.4 SYARAT PERMAINAN 1) Kedua-dua peserta hendaklah berada dalam keadaan yang selesa dan sedia. 2) Sebaik sahaja permainan dimulakan peserta haruslah berusaha mempertahankan kedudukan asalnya. 3) Sekira salah seorang dari perserta berganjak, terangkat dari kedudukan asal atau menyerah kalah peserta tersebut dikira kalah dan yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.

5.5 PERATURAN PERMAINAN 1. Setiap peserta haruslah bersedia dan berani untuk menerima cabaran. 2. Apabila permainan dimulakan setiap peserta haruslah bertahan selama yang mungkin untuk mempertahankan kedudukannya. 3. Mana-mana peserta yang terangkat dari kedudukan asal atau berganjak atau menyerah kalah akan dikira kalah. 4. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

KETUA James Wong Huang Chiew

AJK PERSIAPAN GELANGGANG Alvintino Jamit ak Bernard Gasop Alexzanda Ngu Clarence ak Nicholas Ngalang

AJK PERALATAN Michael Beti Tuang Sadit ak Limbai

URUS SETIA PERMAINAN

PENGADIL James Wong Huang Chiew

PEMBANTU PENGADIL Clarence ak Nicholas Ngalang Sadit ak Limbai

PENCATAT MARKAH Michael Beti Tuang Alvintino Jamit ak Bernard Gasop

7.0 SENARAI PERALATAN

Bil 1. 2. 3. 4. 5. Floormate Wisel Bendera Kayu Bangku

Perkara

Kuantiti 1 1 2 1 1

8.0 BORANG PEMARKAHAN BIL 1 2 NAMA PESERTA PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 MARKAH

BIL 1 2

NAMA PESERTA

PUSINGAN 1

PUSINGAN 2

PUSINGAN 3

MARKAH

9.0 CONTOH JADUAL PERLAWANAN BATAK LAMPUNG

10.0 PENUTUP Diharap semua aktiviti dan program yang dirancangkan dalam projek ini dapat dijalankan dengan keadaan yang baik dan lancar serta dapat mendapat kerjasama daripada semua pihak terutamanya di kalangan guru pelatih yang menjayakan projek ini.

Disediakan oleh,

.................................................. JAMES WONG HUANG CHIEW

You might also like