You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Di Malaysia terdapat pelbagai kebudayaan dari pelbagai kaum. Di Sarawak

contohnya, mempunyai pelbagai kaum dari etnik yang berbeza. Antara kaum

yang terdapat di Sarawak adalah seperti Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh,

Kelabit, Kenyah dan banyak lagi.

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah

sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban

merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak .Mareka mendiami daerah

dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur

laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri

Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal

berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan

di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung

dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan

adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan

berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama

lain.Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian

sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat

resam dan ciri-ciri kebudayaan yang unik.

Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa

kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan

1
sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan

adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan

memfokuskan aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu perkahwinan.

2.0 Pendahuluan

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa

peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri.

Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua

tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia

untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan.

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang

mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan

dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri

ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah

itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan.

Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan

dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu

keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu

dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang,

majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

2
3.0 Merisik

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh

pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis,

ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau

berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan

termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar

rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

4.0 Meminang dan bertunang

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan

paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa

itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas

kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah

pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang

sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang

tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh

lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian

wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada

saudara-mara dan jiran tetangga.

3
5.0 Majlis Perkahwinan

Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal

tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta

barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan

juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk

disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua

pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin.

Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari

lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan,

bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil

khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah

panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Majlis perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan, beratus-ratus

orang tetamu yang akan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan

tersebut. Pada masa dahulu, para wakil akan membawa tali bersimpul ( temuku

tali ), satu simpulan menandakan satu hari di antara hari pengataran jemputan

dengan hari perayaan. Setiap simpulan dibuka atau dipotong untuk setiap hari

yang berlalu.

Semasa rombongan pengantin lelaki hampir sampai di rumah pengantin

perempuan , satu upacara diadakan iaitu upacara bertanyakan petanda ( Nanya

ka Burong). Rombongan pengantin lelaki ini akan ditemukan dengan wakil

pengantin perempuan . Kedua-dua rombongan tersebut berjumpa di pekarangan

4
rumah panjang. Rombongan lelaki akan ditanya jenis petanda yang mereka

temui semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Sekiranya

terdapat petanda buruk ditemui upacara penawar mesti dilakukan dan selepasa

upacar penawar dilakukan rombongan tersebut barulah boleh naik dengan

diiringi dengan bunyi pukulan gong dan di kaki tangga, ayah pengantin lelaki

akan mengorbankan seekor babi sembahan . Di atas tangga yang teratas sekali

terdapatnya dulang yang berisi seketul batu dan air iaitu merupakan penawar

petanda burung dan tangal ( sakang ) . Di mana setiap ahli rombongan yang naik

akan membasuh kaki mereka dengan memasukkan sebelah kaki mereka ke

dalam dulang tersebut.

Selain itu.pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke

rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain

pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan

berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang

berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan

rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian

mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional.

Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa

menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga

tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga

rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan

pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di

kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

5
Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan

masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin

perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik

yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu

seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air

seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau

senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka

juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan

dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya

perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah

kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka.

Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas

tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan

melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai

hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi

akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada

para tetamu.

Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan

kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta

berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban.

Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung,

6
bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu

sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta

pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak

haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan

beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka

menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian.

Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata.

Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar

balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai

denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana

pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.

Seterusnya, upacara membelah pinang dilakukan iaitu buah pinang

tersebut telah dibelah kepada tiga, lima atau tujuh ulas. Kemudian buah pinang

tersebut akan disimpan di dalam bakul selok dan diselimuti dengan Pua Kumbu.

Buah pinang tersebut adalah merupakan gambaran cahayamata pasangan

pengantin tersebut.Selain itu, upacara membelah pinang atau mengulang pinang

turut dijalankan yang mana, pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa

pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang

lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan

mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya

pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi.

7
Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini

sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika

tidak pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat

ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya

kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas

mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai

penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan

memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula.

Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan

telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah

pengantin lelaki.

Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-

masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun.

Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat

Melayu Kemudian beberapa orang tua dijemput untuk berdoa iaitu dengan

mengunakan ayam untuk membiau mereka berdua , yang bertujuaan untuk

memohon agar dewa memberkati mereka berdua. Pasangan ini akan disaksikan

oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil

tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya

kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu

akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan

8
diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis

diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai

pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur

di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang

berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri sama ada baik atau

sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu

kerana mendapat petanda buruk.

6.0 Kesimpulan

1. Henry Gana Ngadai . ( 2001 ). Upacara Peralihan Taraf Orang Iban

Dan Beberapa Ritual Yang Berkaitan. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia Kula Lumpur.

2. See Hua Daily News Bhd. ( 1992 ). The Sea Dayaks And Other Races

Of Sarawak. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan

Malaysia Kula Lumpur.

9
10
11

You might also like