Professional Documents
Culture Documents
pengkaji kesusasteraan. Wira ialah manusia yang dikenali gagah perkasa dan berwibawa.
Menurut Kamus Dewan (1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1465)
mendefinisikan wira itu pahlawan dan lelaki. Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan
(1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 359) pula mentafsirkan wira
sebagai watak lelaki atau perempuan yang menjadi tumpuan dalam sebuah karya
kesusasteraan. Istilah ini digunakan pada watak-watak yang menjadi perhatian utama
Istilah wira ini juga dapat dianggap sebagai suatu keunggulan sejarah. Menurut
Huzainga, “…a historical life-ideal maybe defined as any concept of excellence man
projects into the past”. Beberapa istilah wira telah digunakan dalam kesusasteraan seperti
sateria, pahlawan, pendekar, pejuang, tokoh dan srikandi. Menurut Shaharuddin, terdapat
dua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu iaitu wira-wira feudal
dan wira-wira jenis kebendaan. Kedua-dua konsep wira ini bertentangan dengan nilai-
nilai Islam dan kemanusiaan sejagat tetapi diagung-agungkan oleh golongan elit dan
terdidik Melayu sebagai contoh-contoh yang elok ditiru oleh orang-orang Melayu.
yang itu telah diangkat sebagai wira. Tokoh-tokoh zaman kesultanan Melaka seperti
Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Fatimah, dan Bendahara Tun Perak mendapat perhatian
dalam kesusasteraan ini, dan diketengahkan sebagai watak-watak ideal atau taraf
menghasilkan sesuatu karya. Seperti Usman Awang sebagai contoh, bahasa yang
digunakan beliau penuh dengan tanda-tanda bertujuan untuk mengajak peminat mencari
semiotik iaitu sebagai salah satu syarat untuk memahami budaya dan mengkajinya bagi
mempertingkatkan angapan sistem makna sosial yang dikongsi bersama (Barley 1983:
398; Mana Sikana 1990: 23-4). Selain itu, idea-idea dalam sastera yang disampaikan oleh
pengarang secara implisit menerusi penggunaan simbol, bahasa taip atau bentuk drama,
banyak dialog atau bahasa juga dikaji melalui pendekatan semiotik. Ini kerana
pendekatan semiotik begitu peka dengan kehidupan manusia seharian yang kaya dengan
pelbagai sistem perlambangan sama ada sahih atau kabur. Para pengkaji membuat
penelitian dengan menjadikan Untuk melihat sesebuah karya, semiotik perlu dijadikan
alat kerana kemungkinan adanya sistem yang tersendiri melalui penggunaan sistem tanda
atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya berkenaan. Cara yang paling baik untuk
kepada konteks adanya sistem tersebut dalam setiap karya yang ingin dikaji (Mana
Sikana 1990 : 28). Kita akan melihat hal-hal yang paradoks dan kontradiksi serta stail
pengarang yang tersendiri. Hal-hal ini hampir sejajar dengan teori Emberto Eko yang
meletakkan lambang sebagai subtance-effect, hasil mainan dua sistem perbezaan yang
berlainan ataupun sebagai alat untuk berdusta (Emberto Eco 1980). Melalui semiotik
juga, kita dapat melihat cara pengarang mengaitkan sesuatu konsep dengan pemkiran atau
meghubungkannya dengan persoalan budaya dan masyarakat di mana ruang dan dunia
sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa drama yang puitik
dan moden. Selain itu, ia mengkaji bagaimana cara sesuatu cerita itu disampaikan
kepada orang Melayu pada waktu itu supaya dapat diterima dengan sepenuhnya. Di
samping itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan serta mengenalpasti ciri-ciri wira
Batasan kajian adalah pengkaji ingin mendekati sesuatu teks sastera dengan
mahu mentafsir sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa
drama yang puitik dan moden. Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan tiga buah
drama iaitu ‘Matinya Seorang Pahlawan, Tamu di Bukit Kenny dan, Uda dan Dara’ oleh
Melalui drama Matinya Seorang Pahlawan dipaparkan konflik Hang Tuah dengan
Hang Jebat untuk menunjukkan bahawa pengarang cuba mentafsir kembali konsep setia
dan derhaka yang difahami oleh manusia feudal. Salah satu tekniknya yang menarik ialah
ini sangat menarik kerana pengarangnya berjaya mengetengahkan konsep setia dan
derhaka dan juga antara feudalisme dan modenisme. Lebih jelas lagi Usman Awang telah
mempertikaikan nilai sosial masa lalu dengan meletakkan satu tafsiran baru dalam
konteks sosial masa kini. Justeru itu wira dalam drama Matinya Seorang Pahlawan ialah
Hang Jebat yang diberkan nilai moden atas keberaniannya menentang tradisi feudalisme
masyarakatnya.
Usman Awang turut memasukkan adegan pertikaman di antara Jebat dan Tuah dan
diselang-seli dengan pertikaman lidah di antara kedua-duanya dengan konsep setia dan
didominankan oleh pelbagai system tanda yang diwakili oleh tokoh-tokoh Hang Tuah dan
Hang Jebat yang mempertikaikan soal keadilan dan kebenaran, maksud setia dan
Dalam drama Matinya Seorang Pahlawan adalah simbol manusia yang berprinsip
yang mempunyai semangat kesetiaan dan ikatan persahabatan yang kental serta tidak
gental dengan sebarang bentuk tekanan. Hal ini seperti mana yang diungkapkan dalam
dialog di bawah;
Hang Jebat: Tapi taat setiamu itu menyebabkan aku ketawa dan betapa
anehnya kurasakan sekarang ketika orang yang menitahkan kematianmu kau
junjung dengan segala kerelaan; seperti kau menjunjung titahnya sekarang
untuk membunuh orang yang membela kematianmu.
Hang Tuah: Mengapa tidak? Aku telah dititahkan sebab Yang di-Pertuan
menghendaki kematian dan darah harus mengalir dari tubuhmu supaya
kematian itu datang nanti.
Sikap kesetiaan dan keperwiraan Tuah yang diungkapkan melalui frasa taat
setiamu, seperti kau menjunjung titahnya dan darah harus mengalir dari tubuhmu adalah
gambaran jelas bahawa demi taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada raja, Tuah
sanggup menjunjung titah untuk membunuh sahabatnya sendiri. Kesetiaan Tuah tidak ada
usul periksa ,sedangkan kesetiaan Jebat banyak persoalannya. Justeru itu, apabila
berhadapan dengan pejuang keadilan yang dihantui oleh perasaan, Hang Tuah tetap teguh
dengan keyakinan dan sikapnya untuk membela sistem pemerintahan yang tetap
Hang Tuah telah menjadi lambang kepahlawanan bangsa Melayu dan dalam
kegagahannya. Hang Tuah telah menjadi tokoh wira yang dipuja zaman berzaman.
Hang Tuah telah dikenali oleh sebab keberanian dan kepahlawanan yang
luar biasa. Sifat-sifat dirinya yang selalu memainkan peranan yang penting.Dia
tidak takut kepada apa-apapun dan tidak menolak sesuatu cabaran untuk
berlawan. Telah menjadi satu pegangannya yang dia tidak tunduk kepada
sebarang ugutan,mahupun yang dibuatnya sendiri
(Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah 1973;hlm.46)
Hang Tuah melambangkan kekuatan bangsa Melayu dan merupakan satu simbol
dari penjelmaan sifat-sifat keperwiraan bangsa Melayu dan ia dianggap sebagai daya
aspirasi rakyat seluruhnya. Hal seperti ini digambarkan dalam perbualan drama Matinya
Usman Awang menggambarkan tentang Hang Tuah seorang wira yang ideal
dengan imej taat setianya dan seluruh jiwa raganya dicurahkan kepada sultan. Melalui
ungkapan kerana kita adalah hamba dan yang berlutut di bawah kebesarannya jelas
menunjukkan kepaduan dan kebulatan taat setia Hang Tuah kepada rajanya ,meskipun
mengetahui dia telah terfitnah. Hang Tuah muncul sebagai pahlawan gagah berani,taat
pancaran ketaatsetiaan seorang hamba kepada tuannya. Seorang tuan mempunyai kuasa
yang tidak boleh diganggu-gugat.Kuasanya mutlak dan hak.Berdiri atas daulatnya dan
duduk di bawah cemaranya.Hang Tuah adalah tokoh perwira bagi sebuah masyarakat
feudalismenya.
pemilihan diksi atau kata-kata yang tepat. Hang Tuah dengan muslihatnya berjaya
merampas kembali Keris Taming Sari dan berhasil mengalahkan Hang Jebat. Dalam
kutahu kau akan mencuri menyambar dan kau sanggup menipu mencuri dan merampas
hartaku? ini memperlihatkan akan kebijaksanaan Hang Tuah memperdaya Hang Jebat
untuk mendapatkan kembali haknya. Malah kebijaksanaan itu tidak disedari atau
Tanda atau petanda yang diungkapkan melalui frasa kurnia dari Seri Betara
Majapahit yang selalu merestu pula menggambarkan betapa kebijaksanaan Hang Tuah
sehingga diberi restu oleh Seri Betara Majapahit untuk menggunakan keris Taming Sari.
bangsa itu sendiri. Ketika menulis kata-kata pendahuluan buku Laksaman Hang Tuah
Walaupun cerita Hang Tuah tidak semestinya sejarah tetapi tidak syak lagi
keperwiraan Hang Tuah memang ada dan usaha menghidupkannya kembali kisah
keperwiraan Hang Tuah dapat dianggap sebagai hendak menghidupkan semula
kemegahan bangsa Melayu zaman dahulu kala.
KESIMPULAN
antara golongan masyarakat di negara ini dan dengan tegas golongan masyarakat Melayu
yang berani menentang sistem sosialnya. Jika mereka gagal membawa perubahan kerana
kebenaran, Usman Awang tetap memenangkan mereka ini dengan cara melahirkan tokoh-
tokoh lain untuk meneruskan perjuangan dan idealismenya itu. Ini terjadi kepada Hang
Tuah, Uda dan Tun Kudu. Andainya pengertian wira didasarkan pada fahaman tradisi
tetapi berbeza pula dengan tokoh wira dalam pemikiran Usman Awang. Di sini jelaslah
bahawa sasterawan ini sekaligus menentang tradisi kesusasteraan Melayu kerana yang
paling penting dalam konteks masyarakat masa kini ialah humanisme sosialnya.
Berdasarkan simbol dan lambang-lambang yang digunakan dalam drama “Uda dan Dara“
itu, kelihatan pengarangnay seperti memenangkan golongan marhaen iaitu petani yang
tertindas. Gambaran seperti ini merupakan manifestasi perjuangan kaum politeriat dalam
Othman Puteh. 1994. Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur:
Perubahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Nathesan. 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. 2001. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Aisah Murad. 1993. Konsep Wira dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Usman Awang. 1994. Tamu di Bukit Kenny. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
NAMA PENSYARAH :
SEMESTER : 6