You are on page 1of 27

3.

BAHAGIAN B 3.1 Penulisan Ilmiah

3.1.1 Struktur Linguistik Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. bermakna. Bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang

Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang

dihasilkan oleh alat artikulasi. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.

Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Manakala, fonetik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyibunyi ujar. Justeru itu, dapatlah disempulkan bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji tentang bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi (penghasilan bunyi bahasa), fonetik akustik (sifat-sifat bunyi bahasa), dan fonetik auditori (pendengaran).

23

Berdasarkan penerangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud yang hampir sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Fonologi mengkaji

sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Fonetik pula mengkaji tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia secara keseluruhannya.

Morfologi

Menurut Rahim Md. Salleh dalam buku Linguistik Melayu Edisi Kedua (2007), morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Ini termasuklah

cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata, dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

Kata dibentuk dari unit-unit yang lebih kecil.

Unit ini

dipanggil morfem, iaitu unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem terdiri daripada dua bentuk, iaitu morfem terikat dan morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh

berdiri sendiri seperti me -, mem -, men -, meng - dan meny -. Morfem bebas pula ialah morfem morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti budak, awan, lari, merah, masak, dan sebagainya.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa morfologi merupakan bidang yang lebih menumpukan terhadap kajian tentang kata dan bagaimana kata-kata dibentuk melalui proses-proses tertentu.

24

Sintaksis

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok

perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Berdasarkan definisi diatas sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat dan melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

Antara aspek sintaksis yang perlu diberikan tumpuan ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata frasa,klausa dan aspek pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat. Kedua, jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Ketiga, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Keempat, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang. Kelima, binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk. Keenam, proses penerbitan ayat yang terdiri daripada konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan. aspek tanda bacaan. Aspek terakhir ialah

Akhir sekali, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis ialah bidang yang mengkaji ayat dan bagaimana kata-kata dihubungkan untuk membentuk ayat.
25

Semantik Istilah semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting; bererti. semantik merupakan bidang Menurut Abdul Chaer (1994), kajian linguistik yang objek

penelitiannya makna bahasa.

Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat.

Bidang semantik turut menjelaskan peringkat-peringkat dalam penganalisisan makna. Proses penganalisisan makna pula berlaku dalam peringkat-peringkat yang tersusun. Dalam kajian

semantik, pentafsiran makna dilihat pada peringkat kata yang terdiri daripada sinonim, antonim, polism dan homonim serta peringkat penganalisisan frasa dan ayat.

Kesimpulannya, struktur sesuatu ayat dibentuk untuk menyampaikan makna dan makna pula tidak dapat disampaikan dengan sempurna tanpa struktur ayat yang gramatis. output bahasa dikatakan gramatis apabila output Sesuatu tersebut

memenuhi kedua-dua kriteria, iaitu kriteria sintaksis dan semantik.

Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal26

hal ekstralingual.

Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan

(1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya.

Kamus Linguistik (1997: 192) pula memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik iaitu pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua pula adalah dalam linguistik

moden, iaitu pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan penggunaan bahasa bahasa dalam terhadap interaksi peserta sosial, lain dan kesan lakuan

dalam

komunikasi. Selain itu, pragmatik juga mengkaji hubungan antara bahasa dan konteks (implikatur). Implikatur digunakan atas tujuan tertentu supaya penutur dapat menyampaikan maklumat atau mesej dengan berkesan dan mendalam tanpa memalukan atau menyakiti hati pendengar.

Kesimpulannya, skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai.

27

Analisis Wacana

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat,. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, buku, cerita, siri buku, surat khabar dan dan sebagainya fikiran yang yang

memperlihatkan

hubungan

perkembangan

berurutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap. Menurut Kamus Linguistik (1997:223)

wacana (discourse) merupakan unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik. Dari segi keutuhan pula, keutuhan sesuatu wacana

dapat dilihat daripada wujudnya hubungan dari aspek semantik, leksikal, gramatikal dan fonologis.

Kesimpulannya, wacana dapat dirumuskan sebagai satu unit bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat tertinggi dalam unit, merupakan kesatuan bahasa kerana terdapat pertautan fikiran dengan kata-kata, idea dan menjadi isu bahasan. Wacana disampaikan secara lisan berasaskan hubungan antara penutur dan pendengar serta secara tulisan, antara penulis dengan pembaca dan kedua-duanya menjadi bahan analisis dalam bidang linguistik.

28

3.1.2 Faktor Luaran Pemerolehan Bahasa

Pemerolehan bahasa merupakan proses penguasan bahasa yang oleh bayi atau kanak-kanak secara semula jadi ketika berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain seperti ibu bapa dan sebagainya.

Terdapat

beberapa

teori

yang

berkaitan

dengan

pemerolehan bahasa.

Antara teori yang berkaitan dengan

pemerolehan bahasa ialah teori behaviourisme oleh Pavlov, Thorndike, Hull dan Skinner. Menurut teori ini pemerolehan

bahasa dikaitkan dengan rangsangan-rangsangan sama ada dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa. Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang individu perlu diteguhkan dan diperkukuhkan supaya bentuk tersebut dapat diulangi lagi.

Selain teori behaviourisme teori lain yang berhubungkait dengan pemerolehan bahasa juga ialah teori mentalis atau kognitif. Teori ini dipelopori oleh Chomsky, Piaget, Gesalt, Miller, Lennberg, dan Kohler. Menurut Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan Dengan erti Disebaliknya

kemampuan untuk berkomunikasi atau berbahasa. kata yang lain sudah mempunyai sistem bahasa.

pula, sekiranya kanak-kanak tersebut tidak diberi pendedahan kepada penguasaan bahasa , proses penguasaan bahasa akan terbantut dan mungkin tidak akan berkembang dengan baik.

Ciri-ciri Asosiasi

Asosiasi kata merupakan perkaitan atau perhubungan kata di dalam bahasa. Perkaitan merujuk kepada hubungan kata di dalam
29

bahasa Melayu dengan frasa, kalusa, atau ayat yang disusun dengan betul dan gramatis.

Ciri-ciri asosiasi dapat dilihat dalam semantik, laras bahasa dan ayat. Ciri-ciri asosiasi dalam semantik bermaksud kata atau frasa kata yang dicantum di dalam ayat yang saling berkait antara satu dengan yang lain. Ciri-ciri asosiasi dalam laras bahasa pula bermaksud bentuk bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu, seperti berkhutbah di masjid, berkuliah di dewan kuliah, berkempen di arena politik, berucap di majlis rasmi dan sebagainya. Manakala, ciri-ciri asosiasi dalam ayat pula berkaitan dengan penggunaan kata sendi atau kata hubung yang berkaitan dalam sesuatu ayat.

Psikoloinguistik

Pisikolinguistik adalah gabungan dua cabang ilmu iaitu, psikologi dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dangan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri antara psikologi dan linguistik.

Bidang kajian Psikolinguistik dapat dilihat dalam cabang struktur linguistik Fonetik dan Fonologi serta Morologi. bidang Fonetik dan Fonologi, Psikolinguistik Dalam

menumpukan

perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyibunyi itu. Manalaka, dalam bidang morfologi pula Psikolinguistik melibatkan kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan

30

berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturanperaturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).

Dari segi pengaplikasian teori pula, teori yang mendasari bidang Psikolinguistik ini ialah teori mazhab kognitif seperti teori kognitif Noam Chomsky. Dari sudut pengkaedahan pula, psikolinguistik membuat uji kaji tingkah laku. Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk

input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan,

membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.

Lingustik Klinikal Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Ia mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa daripada aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik, serta pragmatik. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sebagainya. yang menghadapi masalah komunikasi, dan

Bidang kajian linguistik klinikal dapat dilihat dalam cabang linguistik Fonetik dan Fonologi dari segi penyelidikan yang menumpukan kepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan

31

bunyi. Manakala dalam bidang Semantik pula, linguistik klinikal mengkaji bagaimana kanak-kanak memahami bahasa.

Linguistik klinikal menggunakan teori-teori behavioris seperti yang teori yang dikemukakan oleh B.F Skinner.

Akhir sekali, dari segi pengkaedahannya, linguistik klinikal menggunakan kaedah pemerhatian. Misalnya, terdapat kanakkanak yang sukar membunyikan bahasa. Penyelidikan tertumpu kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alat-alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak sebagainya. yang menghadapi masalah komunikasi, dan

3.1.3 Variasi Bahasa Variasi bahasa ialah keadaan kepelbagaian cara sesuatu bahasa itu digunakan berikutan perbezaan beberapa faktor. Antara faktor wujudnya variasi bahasa ialah kedudukan geografi, kumpulan sosial, perwatakan peribadi dan konteks semasa. Manakala

menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2003), Variasi bahasa Melayu wujud disebabkan oleh beberapa faktor sosial iaitu latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur. Variasi bahasa di Malaysia dapat dilihat daripada 3 aspek iaitu dialek geografi, dialek sosial dan laras bahasa.

32

Dari segi dialek geografi, penutur bahasa dari beberapa tempat akan membawa bahasa berbeze-beza dari aspek fonologi, morfologi, leksikal dan sebagainya. Contohnya, perbezaan daripada aspek fonologi atau bunyi sebutan iaitu ular disebut ulaq dikawasan utara. aspek dialek sosial. Variasi bahasa kedua pula ialah dari Dialek sosial ialah dialek yang wujud

disebabkan berlakunya pelbagai situasi rasmi dan tidak rasmi. Dalam dialek sosial juga terdapat kelainan bahasa seperti bahasa kasar, halus, dan neutral.

Variasi dialek sosial dapat dibahagikan kepada lima jenis. Pertama, variasi dari segi penutur yang terdiri daripada ideolek iaitu kelainan yang terdapat pada penutur itu sendiri (sengau, gagap, pelat), dialek iaitu kelainan daripada kelompok penutur

berdasarkan wilayah/tempat tinggal, kronolek/dialek temporal : variasi yang digunakan oleh kelompok sosial berdasarkan masa, zaman dan tempoh dan sosiolek / dialek sosial iaitu variasi yang berkaitan dengan status/golongan. kerjaya. Kedua, variasi dari segi Keempat, variasi

Ketiga, variasi berdasarkan usia.

berdasarkan jantina dan yang kelima, variasi berdasarkan susun lapis.

Variasi bahasa yang ketiga pula ialah laras bahasa. Laras ditafsirkan sebagai satu daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial. Laras bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal yang terdiri daripada bahasa standard dan bahasa istana serta bahasa tidak formal yang terdiri daripada bahasa slanga, bahasa kolokial atau basahan, bahasa pasar, bahasa argot, bahasa pijin dan bahasa kreol.

33

Selain itu, variasi bahasa juga meliputi bahasa isyarat. Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, dan bukannya suara untuk berkomunikasi

Kesimpulannya,

variasi

bahasa

melibatkan

perbezaan

anatara sistem bahasa dan turut mencakupi skop bahasa isyarat.

3.1.4 Peraturan Paradigmatik

Paradigmatik berkaitan dengan paradigma. Paradigma pula ialah daftar kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Oleh itu, paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Paradigmatik melibatkan perubahan

penggunaan kata di dalam ayat dan mempunyai hubungan menegak. Hubungan tersebut boleh dikatakan seperti sinonim

iaitu makna yang sama suatu kata dengan kata yang lain. Contohnya, lazat dan enak serta pintar dan bijak.

Seterusnya, peraturan paragdimatik dapat dilihat daripada dua aspek iaitu, pola paradigmatik dan pasangan minimal. Pola paradigmatik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu, pola

paragdimatik dalam sintaksis, pola paragdimatik dalam linguistik, dan pola paragdimatik dalam semiotik. Dari aspek pola

pardigmatik dalam sintaksis, pola ini lebih melihat kepada hubungan antara paradigmatik dengan sintagmatik. kedua-duanya saling berkaitan walaupun Ini kerana, dianggap

bersongsangan. Hubungan sintagmatik dibaca secara luaran dengan melihat kepada petanda yang sama-sama hadir di dalam teks. Hubungan paradigmatik pula dibaca secara mendalam dengan mencari penanda yang tidak hadir di dalam teks.
34

Contohnya, Salina mengambil segelas air.

Paksi sintagmatik

ialah frasa Salina mengambil. Manakala paksi paradigmatik ialah segelas kerana perkataan segelas boleh digantikan dengan perkataan lain seperti secawan asalkan bersesuaian dan gramatis di dalam konteks ayat tersebut.

3.2

Stilistik dan Bahasa Melayu Saintifik 3.2.1 Carta Alir

3.2.1.1

Stilistik

35

DEFINISI

CIRI-CIRI

STILISTIK

BAHASA PERBANDINGAN

KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA

36

DEFINISI

Menurut Abdullah Hassan (1990), Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa.

CIRI-CIRI

Dibahagikan kepada dua: Kelainan (bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan serta peribahasa, sindiran dan gaya retorik). Pemakaian bahasa (fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik).

GAYA BAHASA

Gaya bahasa perbandingan - imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile. Gaya bahasa pertentangan - hiperbola, inversi dan paradoks serta aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan sinkof. Gaya penyirnaan - sinkof.

37

Digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias. DEFINISI/KONSEP Digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan keadaan atau peristiwa yang lain.

1. Simile - perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata seperti, ibarat, bak, bagaikan, umpama, laksana, penaka dan serupa. BAHASA PERBANDINGAN CIRI Personifikasi perlambangan sifat manusia yang diberi kepada benda tidak bernyawa atau abstrak. - Pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa. - Gaya bahasa penting bagi menjadikan sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai. Contohnya gaya bahasa pengulangan yang terdiri daripada aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan sebagainya.

KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA

38

3.2.1.2

Bahasa Melayu Saintifik

BAHASA MELAYU SAINTIFIK

KONSEP

CIRI

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Saintifik dalam konteks ini tidak terhad kepada pengertian sains malah merangkumi juga bidang-bidang seperti sains sosial. Menurut Asmah Hj. Omar (1987), saintifik yang berkaitan dengan konsep ini bermaksud "akademik".

Istilah kemampuan membincangkan bidang sains berkait rapat dengan perkataanperkataan khusus yang digunakan.

BM saintifik merujuk kepada kemampuan bahasa Melayu membincangkan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang sains.

Didaktik dan gaya berkeperibadian 1. Diperlukan kerana sifat pengajaran ilmu sains berupa pengajaran uji kaji dan penyelesaian masalah. 2. Lebih tinggi kadar didaktik lebih tinggi keperibadiannya. 3. Gaya dalam bukubuku sains mempunyai kadar didaktik dan keperibadian yang lebih tinggi daripada buku bukan sains.

Bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Mempunyai 2 ciri bahasa ilmu iaitu keintelektulan dan kesempurnaan bahasa.

Keintelektualan: mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat.

Kesempurnaan: mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap (sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan).

39

3.2.2 Carta Banding Beza

STILISTIK

BAHASA MELAYU SAINTIFIK

Konsep: stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa.

Konsep: kemampuan bahasa Melayu membincangkan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang sains

Ciri-ciri: Terbahagi kepada dua kelainan bahasa dan pemakaian bahasa.

Ciri-ciri: Terbahagi kepada dua iaitu istilah dan didaktik dan berkeperibadian.

Bahasa Perbandingan: Digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias.

Bahasa Ilmu: Bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu.

Gaya bahasa: - pengulangan -penyirnaan -perbandingan, -pertautan -pertentangan

Gaya bahasa: Gaya bahasa sains dan laras bahasa sains dan akademik.

40

4.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, huraian dan penulisan ilmiah di atas merangkumi skopskop yang terlibat dalam kursus BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.

Penulisan ilmiah diatas menghuraikan bidang linguistik, sifat bahasa; sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran; variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik, Melayu saintifik dan bahasa

Kesemua bidang-bidang yang dinyatakan diatas merupakan subsub bidang yang terangkum dalam bidang linguistik itu sendiri sama ada dari segi bidang yang melibatkan pengkajian struktur linguistik secara sendiri mahupun bidang yang mempunyai hubungkait yang tidak boleh dipisahkan daripada ilmu linguistik teori teras.

Oleh itu, tugasan ini memperjelaskan dalam bentuk yang lebih mudah difahami tentang bidang-bidang yang terangkum dalam bidang ilmu linguistik secara keseluruhannya.

41

5.0

REFLEKSI 5.1 Raudah binti Saidin (910627-04-5230)

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya dapatlah saya menyempurnakan penghasilan kerja kursus bagi subjek BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini.

Kerja kursus subjek Pengantar Linguitik Bahasa Melayu ini secara dasarnya merangkumi kesemua aspek dan bidang dalam ilmu linguistik. Tugasan ini memerlukan saya dan rakan sekumpulan, Nur Hazirah binti Rosli untuk memperjelas dan membuat huraian tentang bidang-bidang dalam ilmu linguistik dalam bentuk penulisan ilmiah dan juga pengurusan grafik (carta alir dan carta banding beza). Antara subkomponen dalam ilmu linguistik yang perlu kami huraikan dalam tugasan ini ialah bidangbidang linguistik, sifat bahasa; sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran; variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik, dan bahasa Melayu saintifik

Pada mulanya, saya kurang memahami kehendak tugasan ini kerana tidak mendapat gambaran yang jelas tentang penyediaan tugasan. Namun, atas penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, Encik Mohd Puad bin Johar, saya lebih memahami dengan lebih jelas lagi tentang kehendak tugasan ini.

Bagi saya, salah satu aspek yang sangat penting dalam penyediaan sesuatu kerja kursus ialah aspek pemerolehan ilmu. Ini

kerana dengan melakukan rujukan dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus bukan sahaja akan memberikan nilai kualiti terhadap sesuatu kerja kursus itu, malahan dapat memberikan lebih kefahaman dan input tambahan kepada saya. Hal ini dapat saya kaitkan dengan tugasan ini
42

yang mengkehendaki saya membuat penulisan ilmiah tentang bidangbidang dan komponen-komponen yang terkandung dalam ilmu linguistik.

Terutamanya, dalam bahagian A tugasan 1 yang memerlukan kami membuat pengumpulan maklumat tentang bidang linguistik. Dalam hal ini kepelbagaian dari segi bahan rujukan amat diperlukan. Begitu juga

dengan bahagian B, tugasan bahagian B memerlukan kami mengupas beberapa subkomponen dalam ilmu linguistik. Oleh itu, tugasan bahagian B juga memerlukan kami membuat bacaan yang meluas bagi

mendapatkan bahan rujukan yang dapat dijadikan panduan dalam penghasilan tugasan ini.

Selain dapat memperoleh panduan bagi menghasilkan tugasan, saya juga dapat memperoleh beberapa input tambahan bagi subjek ini disamping memperkukuhkan pemahaman dalam subjek ini melalui bacaan dan penelitian beberapa sumber yang dirujuk.

Saya berharap saya dapat mengaplikasikan ilmu dan input baharu yang saya perolehi semasa menghasilkan kerja kursus ini apabila saya menjadi seorang pendidik kelak. Moga-moga dengannya juga dapat

menjadikan saya guru yang berkemahiran dalam bidangnya dan mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

Tugasan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu penulisan ilmiah dan pengurusan grafik. Dari sudut bentuk tugasan pertama yang memerlukan saya menghasilkan tugasan dalam bentuk penulisan ilmiah. Saya

merasakan ianya dapat membantu dan melatih saya menghasilkan penulisan ilmiah mengikut format yang betul. Terutamanya, tugasan

pengumpulan maklumat tentang bidang-bidang linguistik yang mana melatih saya menulis rujukan dalam penulisan mengikut format yang

43

betul.

Hal ini dapat melatih dan memberi persediaan kepada saya

sebelum menghasilkan kajian tindakan pada semester lapan.

Manakala, melalui bentuk tugasan kedua yang memerlukan saya menghasilkan pengurusan grafik dalam bentuk carta alir dan carta banding beza tentang stilistik dan bahasa Malayu Saintifik pula, dapat melatih saya merumuskan pemahaman saya tentang sesuatu topik secara ringkas dan mudah untuk difahami dengan menggunakan pengurusan grafik disamping dapat meningkatkan kefahaman saya tentang bidang stilistik dan bahasa Melayu Saintifik.

Tidak dinafikan dalam menghasilkan sesuatu tugasan kita pasti akan mengalami beberapa cabaran dan kekangan. Antara cabaran yang saya hadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini ialah kekangan dari segi masa dan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan

terutamanya rujukan untuk bidang stilistik dan bahasa Melayu Saintifik. Kekangan dari segi masa ini terjadi kerana saya perlu menyiapkan kerja kursus ini dan dalam masa yang sama saya turut perlu menyiapkan beberapa kerja kursus lain yang perlu dihantar pada tarikh yang hampir dengan tarikh kerja kursus ini perlu diserahkan. Manakala, cabaran dari segi bahan rujukan pula, bahan rujukan yang diperolehi terutamanya buku dari Pusat Sumber tidak lengkap dan tidak mencakupi keseluruhan bidang linguistik.

Untuk mengatasi cabaran pertama ini, saya dan rakan sekumpulan telah membahagi-bahagikan tugasan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Namun begitu, demi

mengelakkan salah seorang dari kami tercicir dalam mendapat maklumat tentang sesuatu bidang linguistik, kami telah mencari dan membuat rujukan bersama-sama. Bagi diri saya sendiri pula, saya telah

menyediakan jadual waktu untuk mengatur masa dalam menghasilkan


44

tugasan ini bagi membolehkan tugasan kerja kursus ini disiapkan tepat pada masanya disamping tidak mengabaikan tugasan kerja kursus lain. Untuk mengatasi masalah yang kedua pula iaitu, kekurangan bahan sumber rujukan terutamanya dari segi buku, saya telah mengambil alternatif dengan membuat rujukan tambahan daripada internet dan bertukar-tukar bahan rujukan dengan rakan sekelas bagi mengatasi masalah ini.

Bagi diri saya, cabaran dan kekangan amat penting dalam sesuatu pekerjaan kerana cabaran dan kekangan akan menjadikan sesorang lebih matang dalam menangani sesuatu masalah dan memberikan kenikmatan yang lebih setelah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan kerana telah berjaya mengatasi kekangan yang dihadapi. Saya menjadikan kata-kata Hamka hidup ini terdiri antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan, kalau selalu sahaja manis hati akan menjadi bosan sebagai pendorong untuk saya tabah menghadapi caba ran dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, sebagai seorang bakal pendidik saya perlu membuat persediaan yang rapi sebelum bergelar seorang guru kelak agar kemenjadiaan diri seorang guru berjaya saya capai. Dalam hal ini, saya merasakan bahawa kerja kursus ini amat memberi manfaat kepada saya kerana melalui penghasilan kerja kursus ini banyak ilmu dan input-input baharu serta pengalaman-pengalaman baharu yang saya perolehi. Saya berharap dengan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya membuat persediaan diri disamping mematangkan diri agar saya lebih bersedia untuk menghadapi realiti sebenar sebagai seorang pendidik kelak.

Saya turut berharap saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi daripada penghasilan tugasan ini dalam mendidik anak-anak
45

didik saya kelak agar dapat menjadi insan yang berjaya dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani.

46

5.2

Nur Hazirah binti Rosli (900313-05-5058)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menghasilkan tugasan bagi subjek BMM 3107 ini.

Seawal mendapat tugasan ini, saya berasa risau kerana tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai cara pelaksanaannya

berdasarkan kehendak soalan yang bagi saya agak sukar sekali. Namun begitu, atas penerangan yang diberikan oleh En. Mohd Puad bin Johar selaku pensyarah pembimbing membuatkan saya lebih memahami dan yakin untuk melaksanakan tugasan ini secara teratur.

Tugasan bagi subjek BMM 3107 pada dasarnya memerlukan saya mencari pelbagai sumber maklumat mengenai bidang linguistik dan sifat bahasa seterusnya menghuraikan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. Oleh itu, bagi aspek pemerolehan ilmu, saya mengambil inisiatif untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber rujukan untuk dijadikan panduan semasa menghasilkan tugasan. Lambakan maklumat zaman kini memerlukan saya meneliti dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang boleh digunakan kerana tidak semua maklumat itu sahih. Secara tidak langsung dapat melatih saya menjadi seorang pemikir yang baik sebelum menghasilkan kajian tindakan semester akhir kelak.

Walau apa jua tugasan atau kerja kursus yang diberikan, bagi saya aspek pemerolehan ilmu amat penting. Ini kerana, ilmu yang bermanfaat dapat diaplikasikan di sekolah pada masa akan datang di samping dapat melatih saya menjadi seorang yang rajin membaca dan menelaah tentang sesuatu maklumat. Tanpa disedari, maklumat tersebut dapat digunakan pada masa akan datang apabila menjadi seorang guru kelak.
47

Selain itu, tugasan ini sangat membantu saya menghadapi peperiksaan kelak kerana kebanyakan maklumat mengenai subjek ini telah saya pelajari secara tidak langsung melalui penghasilan esei. Subjek BMM 3107 memberi banyak manfaat dan faedah yang berguna kepada saya. Lantaran itu, tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam.

Penghasilan pelbagai cabang bahasa dalam bentuk grafik bagi tugasan ini amat membantu saya memahami dengan lebih mudah bagaimana untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam proses p&p . Saya juga belajar cara mengeluarkan isi-isi penting dari buku nota dan rujukan. Tugasan ini dapat membantu saya membuat nota yang berkesan sebelum menghadapi peperiksaan kelak kerana sebelum ini saya kurang mengaplikasikan pengurusan grafik dalam membuat sebarang nota kuliah dan subjek BMM 3107 memberi banyak manfaat dan faedah yang berguna kepada saya. Lantaran itu, penghasilan pengurusan grafik ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan tugasan kerana saya telah sedia ada pengetahuan asas yang membolehkan saya berusaha dengan lebih gigih sebelum beralih kepada aspek yang lain iaitu aspek penguasaan ilmu dan pemindahan ilmu.

Saya amat menghargai pertolongan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah pembibmbing dan rakan-rakan atas kesudian mereka berkongsi idea menghasilkan tugasan. Saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas supaya maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Dalam apa jua komuniti sekalipun, sebagai seorang guru kita perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang cekap supaya dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran dengan mudah.
48

Kekangan masa sering menjadikan seseorang itu kelam kabut dan tidak terurus sehinggakan banyak kerja tertunda. Pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seharian kita. Bagi menghadapi masalah ini, saya bertindak dengan membuat jadual waktu dengan membahagikan masa dengan lebih teratur dan terurus. Selain itu, saya juga akan memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah dihantar tepat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung, tugasan ini dapat menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin dan berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.

Seterusnya, sebagai bakal guru, saya perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang. Saya

sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan generasi masa hadapan mempunyai pengetahuan yang tinggi untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Melalui segala

pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh, dengan izin Allah S.W.T, saya akan aplikasikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti dan berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada mereka.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus BMM 3107 ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

49

You might also like