TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 1

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian; 2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan 3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan.

PETA MINDA TAJUK

OUM

1

pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian. Dalam pengukuran. konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement).PENGUKURAN. sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet. Misalnya. satu tindakan baru perlu diambil. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. (a) Pertama. mendapati taraf bacaan tidak memuaskan. Apakah sebenarnya maksud penilaian? Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Dalam konteks ini. membuat kesimpulan dan membuat keputusan. penilaian akan melibatkan penentuan objektif. ia akan membolehkan kita membuat anggaran. 1. memproses maklumat. Dengan mengadakan penilaian. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik. aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. mendapatkan maklumat. apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. Weschler dan A.1 Penilaian Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti melelong barang-barang antik. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Sebagai contoh. kita tidak lari daripada membuat keputusan. Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelum membuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untuk anda? Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini. individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. penilaian (evaluation) dan pentaksiran ( assessment ). Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan 2 OUM . sama ada mudah atau sukar. PENGUKURAN DAN PENGUJIAN Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil.1 KONSEP PENILAIAN. berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Dalam membuat sebarang keputusan. RavenMatrices. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan. maka (b) Kedua. Cuba anda bayangkan bagaimanakah seseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk membeli. maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.1.E. Sebenarnya. Bermula dengan kajian tersebut.C.R.

penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif. apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat. Sementara itu. kepujian. Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran. Dengan memahami konsep pengujian. Secara ringkasnya. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. misalnya. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. OUM 3 . penilaian meliputi tiga proses utama. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. pengukuran dan penilaian.gao.gov/special. Selain menggunakan data kuantitatif. siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. tepat dan bersih. Sebelumnya. PENGUJIAN DAN PENILAIAN sesuatu masalah. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Dalam bilik darjah. Misalnya. dalam pendidikan. lulus atau gagal).pdf Justeru. penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A. mutu. Dalam membuat penilaian. penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga. Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat. penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif. anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. iaitu menentukan ukuran. Stufflebeam et al. B.TAJUK 1 PENGUKURAN. penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan. apabila guru memberikan ujian. menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.pubs/pe1014. tentang persoalan yang ingin diselesaikan. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari laman web berikut: http://www. mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating. menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai. adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. baik. seperti menguasai kemahiran membaca. Misalnya. kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. kualitatif atau kedua-duanya sekali. D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang. Justeru. anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. C. Secara menyeluruh.

memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1. merekod.2 Pengukuran Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara. yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.1 di bawah. mengumpul. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Rajah 1. 2000). Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran. Apakah maksud dan tujuan pengukuran? Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pentaksiran.1. pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. 1. Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik 4 OUM . merangkumi aktiviti menghurai.1: Prosedur penilaian Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.PENGUKURAN. Apakah sebenarnya yang diukur.

Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pada pendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan? Antara ketiga-tiga istilah berkenaan. pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan. PENGUJIAN DAN PENILAIAN (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan.3 Pengujian Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa kerajaan menggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan swasta agar membawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan.TAJUK 1 PENGUKURAN. Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Justeru. sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor.1. Sebagai contoh. Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Biasanya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. misalnya. Justeru. maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Seterusnya. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan. Menurut Cronbach (1970). atau satu sistem yang berkategori”. pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Dalam hal ini. Justeru. 1. seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Contohnya. seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. OUM 5 . Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

motivasi sederhana. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah.PENGUKURAN. 1. misalnya. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran. pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian. iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%. atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar. kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan. (dipetik dari Raminah. pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar.measurementexperts. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas. 50%. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berherhubung dengan konsep Pengujian ini di laman web berikut : http://www. terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza.2 ARAS UKURAN Secara umumnya. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan. dikukuhkan oleh Milagros 1981. Kedua-dua jenis pembolehubah ini 6 OUM . Justeru. diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar.org/ Latihan 1. malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. pengukuran dan penilaian. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti. 80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah. motivasi tinggi). Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan. 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Kesimpulannya. (Raminah 1991:2). pengukuran dan penilaian yang tepat. 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.1 Jelaskan perbezaan antara pengujian. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.

misalnya. Misalnya. ordinal. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu. sela dan nisbah. iii. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan. misalnya. Nombor I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2. Secara ringkasnya. nombor 3 untuk etnik Cina. skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. 3 atau 4. etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. PENGUJIAN DAN PENILAIAN boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala.2. Misalnya. iaitu etnik. iaitu skala nominal. individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain. nombor 4 untuk etnik Melayu. Rajah 1.2 Aras ukuran 1. tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik. ii.1 Skala Nominal Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. etnik Cina diwakili nombor 2. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut: i. guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu. OUM 7 . etnik Melayu diwakili nombor 1.TAJUK 1 PENGUKURAN. Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan. Dalam skala nominal ini.

4 dan seterusnya. Rajah 1. 3 4 dan berikutnya. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Ukuran mempunyai pemberat. (5) Sangat Setuju). iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain. ii. (3) Sederhana Setuju. (4) Setuju. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut: i. (1) Sangat Tidak Setuju.2. Umumnya. Pelajar yang mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1. 2. diikuti nombor 2.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak OUM yang menggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan terhadap modul-modul OUM. nombor 1. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya. 8 OUM . Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif. 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal.2 Skala Ordinal Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert (misalnya.PENGUKURAN. (2) Kurang Setuju. Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. 3. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2. iii. skala ordinal mampu (a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. 3.

3 Contoh borang soal selidik OUM 9 .TAJUK 1 PENGUKURAN. PENGUJIAN DAN PENILAIAN 1 2 3 4 5 6 Rajah 1.

PENGUKURAN. perbezaan suhu antara 25ÚC dengan 35ÚC adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15ÚC dengan 5ÚC. Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. khususnya yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia. Suhu 0ÚC di sini bukan bermakna tidak ada kepanasan. iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. Dalam skala sela. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri keempatempat skala ukuran yang telah dibincangkan. v. Contoh lain.4 Skala Nisbah Skala keempat ialah skala nisbah. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela. jarak dan tinggi.3 Skala Sela Skala ketiga ialah skala jenis sela. yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong.2. Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal. perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran. iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat. iv. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. Kita sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi. nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari. ii. Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Tahukah anda bagaimanakah gempa bumi ini diukur dan apakah jenis skala yang digunakan? 1. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1.2. 10 OUM . terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. iii. Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut: i. tetapi hanya berdasarkan jarak. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D. iaitu perbezaan 10 darjah. Misalnya. Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Misalnya. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Dalam hal ini. suhu 0ÚC merupakan nilai permulaan sistem pengukuran suhu dalam ÚC.

Skala nisbah memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan. (d) Respon terhadap soal selidik (Ya. 1. Penolong Kanan. C. penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru. skala ordinal memberikan lebih banyak maklumat daripada skala nominal. 75.2 Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut: (a) Jawatan (Pengetua. Bagaimanapun. dalam ukuran yang menggunakan skala Likert. malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Guru Kanan.TAJUK 1 PENGUKURAN. dalam penganalisisan data. Guru). Tidak. Hierarki keempat-empat skala ukuran ini ditunjukkan dalam Rajah 1. Tidak Pasti). Mempunyai nilai pemeringkatan. Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Misalnya. Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran.1: Skala Ukuran Skala Nominal Ordinal Sela Nisbah Ciri-ciri Mempunyai nilai pengkelasan sahaja.3. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Jadual 1. 50. andaian yang logik ialah ukuran ini adalah berskala ordinal. B. 87). F). pelajar dan ibu bapa. ukuran ini dianggap sebagai berskala sela. Gunakan peta minda untuk melakarkan jawapan anda. D.3 TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH Pada pandangan anda. perbezaan ukuran dan mutlak. (c) Skor ujian Sejarah (45. mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian penting kepada guru? Apakah implikasinya kepada pelajar dan sekolah? Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Kesimpulannya. (b) Gred pencapaian (Gred A. Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar dibezakan antara skala ordinal dan sela. 60. Latihan 1. Begitu juga. Skala sela pula dapat memberikan lebih banyak maklumat daripada skala ordinal. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas. OUM 11 . setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza.

PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Rajah 1. beliau akan menggunakan maklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. dijelas berasakan beberapa tujuan seperti membuat diagnosis. Bagi memudahkan pemahaman anda.PENGUKURAN. Sepanjang guru mengajar. tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah.3 : Hierarki skala ukuran Seperti yang dinyatakan sebelum ini. melihat pencapaian. hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 12 OUM . membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.

4: Tujuan penilaian 1. penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. sederhana.3. pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Rajah 1. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. sama ada pada tahap yang sangat memuaskan. Dengan itu.2 Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan. adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR). 1.TAJUK 1 PENGUKURAN. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Selain itu. seperti pemilihan dan penempatan. Daripada penilaian yang dijalankan juga. yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan.3. guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas. penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian. Selain itu. kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. sederhana atau gagal. memuaskan. Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM). guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar. Tanpa bantuan khas ini. supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. seperti cemerlang. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan. guru akan menyelidik punca masalah tersebut.1 Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. OUM 13 . Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran.4 Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. seperti tatabahasa. Selain memulakan sesi pengajaran.5 : Bimbingan dan kaunseling 14 OUM . Selain itu. Sekiranya penguasaan mereka berbeza. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.3. Rajah 1. mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam. iaitu motivasi daripada luar. akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai. Misalnya. Dalam keadaan ini. tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.3 Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini. tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.3. guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. 1. seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu.PENGUKURAN. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman. seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar. Contohnya. perbendaharaan kata dan sebagainya.

Seterusnya. pelajar-pelajar yang lemah akan dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut. penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubal dasar. seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anak-anak mereka akan meningkat. maka pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan.TAJUK 1 PENGUKURAN. Kepada pelajar pula. mata. sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya. maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan. iaitu : (i) pemerhatian. Ketiga-tiga bentuk pengukuran ini bertujuan mengesan penguasaan secara serta-merta. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran. 1. jadual di bawah menunjukkan bentuk-bentuk pengukuran berkenaan. penilaian juga penting dalam menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai. penilaian guru dapat memberikan maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. OUM 15 . Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu. Selain itu. Secara mudah. Sekiranya. mengesan kemajuan dan mengesan pencapaian pelajar. Seandainya mereka lemah dalam sesuatu tajuk. Sebaliknya. maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran. tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah. guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. maklumat tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru untuk memberi bimbingan. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar.5 Tujuan Lain Penilaian Selain tujuan yang dinyatakan di atas. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar. yang dibuat melalui pemerhatian ke atas keadaan fizikal pelajar. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian mereka dengan semangat yang tinggi. kepada ibu bapa. Malah. Daripada maklumat yang diperoleh. guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru. Penilaian ini dijalankan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara umumnya. yang memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan.3. tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah mereka dengan cara yang lebih berkesan. pengukuran yang dijalankan di bilk darjah dapat dibuat melalui tiga bentuk. (ii) lisan dan (iii) penulisan. seperti tangan. rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Penilaian ini yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya.

PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Jadual 1.Guru perlu merancang sama ada mengadakan aktiviti-aktiviti ini secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekodkan pencapaian pelajar dan seterusnya mengambil tindakan susulan yang mengikut keperluan pelajar. Seterusnya. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini dibuat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran.Penilaian dapat dijalankan dengan teliti sama ada menilai secara individu atau dalam kumpulan melalui alat tertentu. Ujian dijalankan dengan bantuan alat ujian lisan yang sesuai. Jadual 1. pujian harus diberikan kepada pelajar yang telah melakukan latihan dengan betul. menilai bacaan murid dalam Bahasa Melayu dan menghafaz dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya. Jika perlu guru hendaklah merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran.Seperti juga mengesan kemajuan. untuk mengesan pencapaian. Pengukuran dijalankan secara lisan. Misalnya.4 : Pengukuran Secara Lisan Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan penguasaan objektif pengajaran dengan serta-merta dalam bilik darjah.Pengukuran dapat dijalankan dengan guru merancang dengan teliti sama ada pengukuran dan penilaian dibuat secara individu atau secara kumpulan dan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar. menilai pergerakan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.PENGUKURAN. guru perlu merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu dengan menggunakan alat seperti senarai semak atau skala kadar. Sebaliknya. dan juga memberi tindakan susulan jika perlu. teguran dan nasihat sekiranya pelajar melakukan kesilapan semasa latihan.3 : Pengukuran Secara Pemerhatian Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini dijalankan dengan tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta. Misalnya. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu. guru akan memberikan bimbingan. guru akan memberikan bimbingan. Jika perlu guru boleh merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya. lakonan dan bercerita. teguran dan nasihat kepada pelajar. seperti menilai kebolehan pelajar bertutur melalui soal-jawab lisan. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. menilai kemahiran bertutur melalui aktiviti syarahan. perbincangan atau kuiz secara lisan. seperti senarai semak atau skala kadar. seperti senarai semak. skala kadar atau rekod anekdot. Misalnya. kuiz dan hafazan. Pengukuran dijalankan dengan cara memerhati sikap dan perlakuan murid dalam memperlakukan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.Guru boleh merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. mengesan pencapaian memerlukan guru merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu. 16 OUM . Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran. Seperti juga mengesan kemajuan. Misalnya. jika perlu. Begitu juga. Guru akan merekodkan maklumat jika perlu dan seterusnya mengambil tindakan susulan mengikut keperluan setiap pelajar. pujian harus diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab atau berbincang dengan baik. sebaliknya. menilai kemahiran pergerakan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.

3 1. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu. dan akhirnya melakukan tindakan susulan. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh. guru akan memberikan bimbingan. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? Nyatakan ciri-ciri: (a) Pengujian (b) Pengukuran (c) Penilaian RUMUSAN Dalam bab ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian. guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Melalui aktiviti penilaian. misalnya.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran perlu dibuat secara individu atau secara kumpulan. perbincangan turut menyentuh aspek aras ukuran serta kepentingan penilaian dalam bilik darjah. Latihan 1. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Jadual 1. kebolehan. menilai proses penulisan pelajar. 2. pengukuran dan penilaian.TAJUK 1 PENGUKURAN. guru menilai pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berbahasa pelajar melalui kerja yang dihasilkan pelajar. teguran atau nasihat.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran dibuat secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekodkan perlakuan pelajar dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan pelajar. OUM 17 . kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru perlu merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Pengukuran dibuat melalui pemerhatian seperti juga untuk tujuan mengesan kemajuan.5 : Pengukuran Secara Pemerhatian Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pembelajaran secara serta-merta. misalnya. Di samping itu juga. sekiranya pelajar melakukan kesilapan. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan. dengan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak.Guru perlu merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Seterusnya.

3.PENGUKURAN. Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran. termasuk pencapaian akademik. kemahiran atau sikap. 2. Berikan contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah dan jelaskan nilai pemeringkatan. lisan atau secara bertulis. 2. Pengukuran Penilaian Pentaksiran UJIAN 1 1. 18 OUM . penguasaan kemahiran dan sikap pelajar. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? Nyatakan skala-skala pengukuran yang boleh digunakan dalam pengukuran dan pengujian dalam pendidikan. nilai perbezaan ukuran dan nilai mutlak bagi ukuran ini. Jelaskan hubungan antara pengukuran dan skala. 1. Proses/posedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 GLOSARI Pengujian Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik. 3. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. perbezaan ukuran dan mutalak. Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian. Jelaskan maksud “nilai pemeringkatan” dan “nilai mutlak”. Mengapakah proses penilaian dijalankan dalam bilik darjah? UJIAN 2 Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan.

Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Testing : What every parent should know about school tests.E.L.C: ASCD. Essential of psychological testing (3rd ed. D. Measurement and assessment in teaching. W. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. W. Ed. Popham. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1970). Competencies for analysis and application. Merril. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002).J. London: Allyn & Bacon. Stufflebeam. R. W. Charles E. (2000). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. L.L. N. 2nd ed. (1971). (8th. Mokhtar Ismail (1995). L.TAJUK 1 PENGUKURAN. Penilaian di bilik darjah. Popham.) improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour. Washington D. (1975). (1985). New Jersey: Printice-Hall Inc. Linn. Gay.) New York: Harper & Row. Educational evaluation. Educational and evaluation and measurement. OUM 19 . “Evaluation s enlightment for decision making” in Beatty. Penilaian kendalian sekolah. PENGUJIAN DAN PENILAIAN RUJUKAN Cronbach. & Gronlund. (2000).R. Raminah Hj Sabran.J.J.H (Ed.) New Jersey: Printice Hall.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful