P. 1
Sumber manusia.doc

Sumber manusia.doc

|Views: 19|Likes:
Published by Mohd Noor Faizal
human resources
human resources

More info:

Published by: Mohd Noor Faizal on Mar 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

Gunakan Strategi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Sumber Manusia merupakan cara pengurusan pekerja

yang mula digunakan dalam pengurusan pekerja lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. Pengurusan pekerja sebelum itu adalah mengikut cara yang lama. Cara tersebut dinamakan 'Pengurusan Personel'. Apakah pengurusan personel? Pengurusan personel adalah cara pengurusan hal ehwal pekerja mengikut cara tradisional. Ini bermaksud bahawa aktiviti-aktiviti berkaitan dengan personel dijalankan secara pentadbiran. Tidak terdapat tumpuan kepada pencapaian objektif-objektif pekerja sebagai tenaga manusia dengan menggunakan strategi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dibawah pengurusan personel termasuklah:
• • • • • • • • • • •

Pengisian jawatan Kenaikan pangkat Skim perkhidmatan Pentadbiran gaji dan elaun Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan Latihan pekerja Perjalanan rasmi dan penginapan Pentadbiran pelbagai cuti Penilaian prestasi pekerja Kesihatan dan keselamatan pekerja Disiplin

Tetapi terdapat perbezaan yang jelas di antara dua cara pengurusan ini. Sebagai pekerja di Jabatan Sumber Manusia. Ia bertujuan untuk menjayakan perancangan strategik organisasi anda. Organisasi-organisasi menjalankan aktiviti-aktiviti setiap hari berasaskan kepada objektif-objektif yang dirancang. Pengurusan personel tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pekerja tetapi fokus pengurusan sumber manusia adalah perancangan menyeluruh di mana pencapaian misi dan matlamat organisasi diutamakan. . Objektif-objektif pengurusan tenaga manusia adalah sejajar dengan objektif keseluruhan organisasi. anda mengetahui bahawa pengurusan sumber manusia juga berkaitan dengan tugas-tugas sepertimana yang disenaraikan. Objektif Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Dengan Objektif Organisasi Perancangan dilakukan di bawah pengurusan personel tetapi perancangan tidak dilakukan secara sistematik atau menyeluruh. Ini bermaksud bahawa tindakan akan diambil jika dan apabila sesuatu kejadian berlaku atau sesuatu masalah timbul. Ini memberi keberkesanan kepada semua urusan sumber manusia.• Penamatan perkhidmatan Persaraan Penyimpanan rekod dan sebagainya • • Cara pengurusan mengikut pengurusan personel selalunya "reactive". Penggunaan perancangan strategik membandingkan pengurusan sumber manusia daripada pengurusan personel.

Sebahagian daripada maklumat yang diperlukan boleh didapati di bawah "Consultancy Services. Teknologi adalah penting. . Tanpa pekerja. Tanya sama ada setiap aktiviti pengurusan pekerja anda sejajar atau sehaluan dengan matlamat organisasi anda. terutama sekali yang mempunyai matlamat berbentuk komersial. Mengikut prinsip ini. Organisasi. tenaga pekerja anda dapat membantu memajukan dan meningkatkan prestasi organisasi. Tetapi ia tidak dapat mengambil alih peranan pekerja anda." Pekerja Anda Adalah Aset Terpenting Segolongan daripada organisasi-organisasi besar di beberapa negara telah pun menerima hakikat bahawa pekerja adalah aset terpenting mereka. ingin berjaya di dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. hartanah. Ini memerlukan sumber-sumber seperti kewangan. Kaji sama ada semua urusan pengurusan pekerja anda berkesan. teknologi dan sebagainya. alat-alat. tidak ada organisasi yang mampu melaksanakan apa-apa aktiviti.Perancangan strategik adalah perlu di dalam pengurusan tenaga manusia yang mana ia dikaitkan dengan pencapaian misi dan objektif-objektif organisasi. Sumber manusia dengan kebolehan dan pengetahuan mereka adalah sumber utama anda yang boleh membantu mencapai kejayaan organisasi anda.

kajian dan pembangunan. kewangan. Perkara-perkara seperti pemasaran. teknologi dan sebagainya hanya bernilai jika pekerja menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran mereka dalam pengurusannya. . alat-alat. "Version" pengurusan sumber manusia strategik di dalam Bahasa Inggeris (English Language) adalah terdapat di "strategic human resources management. dan pengurusan sistem maklumat adalah penting. perakaunan." Aktiviti-Aktiviti Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan pekerja berhubung-kait dengan aktiviti-aktiviti lain yang perlu dilaksanakan oleh organisasi. Pekerja anda akan dapat membantu dalam aspirasi ini. bangunan. Fungsi pengurusan pekerja adalah untuk membantu meningkatkan keberkesanan aktiviti-akitiviti ini. pengeluaran. Sila klik di sini mengenai maklumat bagaimana strategi PSM boleh dikaitkan dengan strategi perniagaan.Aset-aset lain seperti kewangan. Apakah langkah yang organisasi anda akan ambil mengenai perkara yang sangat penting ini? Organisasi anda tidak mempunyai banyak pilihan jika ia ingin terus bersaing dalam suasana perniagaan yang semakin menjadi rumit dan kompetitif. Sebagai contoh strategi pengurusan sumber manusia harus digunakan di dalam pengurusan perniagaan.

Bagaimana pengurusan tenaga manusia dapat menyumbangkan untuk menjayakan pencapaian objektif-objektif organisasi? Perancangan strategik perlu digunakan dalam pengurusan perkara-perkara seperti berikut: 1. mengekalkan atau meningkatkan motivasi pekerja. Gaji dan kemudahan-kemudahan adalah diurus untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan. Pengambilan pekerja hendaklah mengikut keperluan semasa oleh organisasi atau dalam jangka pendek atau jangka panjang. Bagi jawatan eksekutif. . keupayaan dan tingkahlakunya.Adalah jelas bahawa faktor-faktor seperti "peribadi. kebolehan dan pengetahuan pekerja yang diperlukan. Anda perlu menentukan bilangan dan kualiti. pengetahuan. o Ia juga berasaskan kepada kemajuan teknologi dan saingan daripada organisasi-organisasi lain. 3. pengalaman. Globalisasi dan kebolehan sumber tenaga pekerja yang berasal dari negara-negara lain perlu diambilkira. kepakaran. pengetahuan. Kenaikan pangkat hendaklah diuruskan dengan mengesan pekerja atau eksekutif yang sangat sesuai dengan mengambilkira kemahiran. dan mempengaruhi mereka untuk kekal dalam perkhidmatan. dan perhubungan" adalah berkaitan dengan kualiti tenaga manusia. komitmen. kualiti lain seperti kepimpinan adalah berkaitan. o 2.

Latihan dan pembangunan perlu diurus berasaskan kepada keperluan pekerja dan organisasi. Latihan juga menyediakan pekerja untuk menjalankan tugas yang lebih bertanggungjawab.o Setiap kali ada di antara pekerja anda yang meletakkan jawatan. Ia dapat memajukan kerjaya pekerja selain daripada memberi motivasi kepada mereka. Aktiviti pengambilan pekerja memakan masa dan melibatkan kos. Pengurusan prestasi pekerja dihubungkaitkan dengan produktiviti pekerja dan juga produktiviti organisasi. o 4. Juga tidak ada jaminan bahawa anda akan dapat cari pengganti yang berkebolehan. Proses pengurusan prestasi perlu disediakan dengan teratur dan dilaksanakan secara sistematik. o o 5. Ia juga bertujuan memberi pengetahuan yang lebih mendalam. atau meningkatakan kompentensi pekerja dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka. . organisasi anda akan kehilangan kepakaran serta pengetahuan. o Penilaian prestasi adalah salah satu daripada langkah-langkah dalam proses pengurusan prestasi. Ia adalah salah satu daripada perkara-perkara yang terpenting. o Ia bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pekerja baru agar mereka dapat menjalankan tugas jawatan yang di sandang.

kedua-dua pihak. Panduan tersebut akan menerangkan segala dasar organisasi. Kewujudan suasana demikian memberi keselesaan pekerja untuk melakukan tugas dan tanggungjawab mereka. iaitu. Jika organisasi menjadi muflis atau mengalami kerugian. jika ada. Semua urusan disiplin perlu dikendalikan mengikut prinsip 'Law of Natural Justice' yang boleh difahamkan sebagai princip keadilan semulajadi. Perkara yang serius seperti disiplin pekerja adalah ditangani dengan tujuan mengekalkan nama baik organisasi sebagai "Employer of Choice. pekerja dan majikan. Perhubungan di antara majikan dan pekerja adalah bertujuan mewujudkan suasana harmoni dalam pekerjaan. Ini dapat membantu dalam pemberian penerangan lebih mendalam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan dasar organisasi. akan rugi.6. o Perhubungan pekerja juga dipanggil sebagai 'perhubungan perindustrian' yang menunjukkan peranan kesatuan pekerja dalam hubungan di antara pekerja dan majikan. Majikan dan pihak kesatuan pekerja. Ia juga membantu pengurus-pengurus termaksuk . o o o 7." Gunakan cara mengikut proses dan prosidur tertentu dalam penyelesaian isu-isu disiplin. mempunyai tujuan yang sama. kejayaan dan keuntungan organisasi. o Salah satu daripada saluran komunikasi adalah Buku Panduan Pekerja. Saluran komunikasi yang efektif adalah dilaksanakan secara menyeluruh. hal ehwal pekerja dan segala perancangan organisasi.

mengadakan program latihan dan pembangunan bagi pekerja di bawah jagaannya 4. Cara Terkini Dalam Pengurusan Tenaga Pekerja . mengurus perkara lain yang berkaitan dengan sumber manusia bagi jabatan atau bahagiannya Jabatan Pengurusan Sumber Manusia anda perlu membantu mereka dengan memberi panduan dan sokongan yang mencukupi.Pengurus Sumber Manusia mempertahankan keputusan mereka. Semua perkara ini adalah terkandung dalam fungsi-fungsi Jabatan Sumber Manusia. membuat penilaian prestasi pekerja bawahan 5. Walau bagaimanapun. merancang keperluan tenaga manusia bagi jabatan atau bahagian masing-masing 2. menemuduga calon-calon bagi kekosongan di jabatan atau bahagiannya 3. semua pengurus dan penyelia barisan hadapan juga mempunyai tugas-tugas berbentuk pengurusan sumber manusia. Mereka mempunyai pekerja bawahan masing-masing yang harus dijaga dan diurus dengan berkesan. Pengurus barisan hadapan serta penyelia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap perkara berkaitan dengan sumber manusia seperti berikut: 1. 8. Kemudahan dan keistimewaan lain adalah diberikan dengan tujuan memperkukuhkan nama organisasi sebagai "Employer of Choice".

berorientasi kepada pelanggan dan dapat mengaitkan strategi perniagaan dengan dasar dan amalan pengurusan sumber manusia. Tetapi banyak lagi bilangan organisasi yang menggunakan cara lama ini.Cara pengurusan tenaga pekerja mengikut cara lama. iaitu pengurusan personel. Di bawah cara ini. Apakah kedudukan di dalam organisasi anda? Apakah yang harus dilakukan? Organisasi anda mempunyai banyak peluang untuk melaksanakan pengurusan sumber manusia secara strategik. Ulrich menyatakan: "Semua pakar sumber manusia memainkan peranan rakan strategik (strategic partner) apabila mereka mempunyai kebolehan mewujudkan strategi perniagaan komersial". iaitu. langkah-langkah diambil sebelum sesuatu perkara atau masalah berlaku. sebenarnya telah berlalu. Tenaga manusia telahpun diterima sebagai "partner" dalam menjalankan aktiviti-aktiviti organisasi. . Organisasi anda perlu peka ke atas keperluan setiap pekerja di jabatan sumber manusia. Setiap aktiviti pengurusan tenaga pekerja dikaitkan dengan pencapaian matlamat organisasi. Cara baru memerlukan penggunaan strategi dalam pengurusan sumber manusia. Mereka harus memajukan kebolehan atau pengetahuan di dalam perniagaan. Cara ini adalah seperti "memadam api" di mana tindakan akan diambil apabila masalah timbul atau sesuatu perkara telahpun berlaku. Anda boleh belajar daripada organisasi-organisasi yabg telahpun melaksanakannya dengan jayanya. tindakan atau keputusan diambil secara "proactive.

Definasi Untuk menekankan berapa pentingnya pengurusan sumber manusia. Cabaran kepada Pengurusan Organisasi Pengurus-pengurus sumber manusia harus menjadikan diri mereka sebagai penyumbang strategik kepada organisasi. Jika anda berkedudukan yang sama. Di dalam masa yang sama. Penyumbangan anda kepada kejayaan organisasi disekat sekiranya pengurusan kanan tidak bersedia untuk menerima pengurusan sumber manusia sebagai salah satu penyumbang utama kepada sukses dan keuntungan organisasi. cara pengurusan ini juga bertujuan dan harus dapat menunaikan keperluan-keperluan pekerja. pengetahuan tentang implikasiisu-isu tenaga pekerja harus diperolehi. Tugas-tugas pekerja perlu diurus secara strategik agar ia dapat menyumbangkan kepada kejayaan organisasi. Peningkatan keuntungan perlu dicapai melalui peningkatan produktiviti pekerja. semua eksekutif yang bertanggungjawab perlu ingat setiap masa bahawa cara pengurusan tenaga pekerja ini menggunakan perancangan strategik untuk menjadikan pekerja lebih produktif agar dapat mencapai matlamat komersial organisasi. . Tenaga pekerja dapat meningkatkan daya saing organisasi anda jika pengurusan strategik digunakan.Sediakan perancangan strategik dan majukan kepada pengurusan tinggi untuk kelulusan.

Di dalam aspek pengurusan tenaga pekerja. membuat perancangan dengan tujuan meningkatakan motivasi pekerja dalam urusan setiap hari ." Sediakan Kemudahan Persaraan serta Insentif-Insentif Lain Agar Dapat Meningkatkan Komitmen Pekerja dan Memberi Mereka Motivasi Untuk Terus Kekal Dalam Perkhidmatan Adalah jelas bahawa organisasi anda harus menggunakan strategi bagi setiap perkara berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Badan-badan sukarela atau organisasi bukan kerajaan perlu mencapai matlamat mereka dengan menggunakan cara yang "cost-effective". perkara-perkara lain yang harus diurus termasuklah: 1. Inilah sebab ia dipanggil "Pengurusan Sumber Manusia Strategik. ia mengandungi pelan tindakan di mana setiap aktiviti pengurusan pekerja disalurkan untuk membantu mencapai objektif-objektif tenaga pekerja dan seterusnya menjayakan setiap aktiviti organisasi. Selain daripada yang telahpun dinyatakan.Strategi adalah difahamkan sebagai pelan tindakan terperinci untuk mencapai sesuatu objektif. Strategi perlu digunakan agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pengguna atau masyarakat.

Realiti Baru Dalam Pengurusan Sumber Manusia Adalah diperakukan oleh sebilangan 'proponents' atau penyokongpenyokong pengurusan sumber manusia. memberi kemudahan perubatan yang munasabah untuk menjaga kesihatan pekerja dan tanggungan agar pekerja dapat menumpuhkan tenaga dan masa dalam menjalankan tugas 4. Aktiviti-aktiviti pengurusan pekerja hanya dapat di jalankan dengan pengetahuan yang mencukupi. memberi sert mengurus cuti dan kemudahan lain secara berkesan untuk mengelakkannya daripada menjada sumber pertikaian di antara organisasi dan pekerja Pengurusan sumber manusia menggunakan strategi di dalam perkara tersebut. Sumbangan daripada amalan-amalan pengurusan pekerja kepada keuntungan hendaklah diukur. Pengurus Sumber Manusia dan "HR professionals" perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. • • . dan seterusnya penyediaan insentif yang memberi motivasi kepada pekerja agar mereka akan lebih komited kepada organisasi dan terus kekal dalam perkhidmatan sehingga bersara. Pengurusan sumber manusia bermula pada masa pengambilan pekerja. mengurus secara sistemaik segala perkara berhubungkait dengan hal ehwal bakal pesara dengan tujuan memperkukuhkan imej "majikan pilihan" 3.2. Ia bukan untuk membuat pekerja lebih selesa. bahawa: • Jabatan Sumber Manusia wujud untuk meningkatkan daya saing tenaga pekerja.

Pakar-pakar sumber manusia (HR professionals) harus mencabar serta menyokong pihak pengurusan dalam semua aspek pengurusan. Amalan pengurusan pekerja wujud untuk membantu setiap pekerja menjadi lebih komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. dan ekpektasi yang lebih tinggi daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas kejayaan organisasi. kemajuan teknologi yang tidak dapat dijangkakan.• Tahap kebolehan pekerja haruslah dipertingkatkan untuk menambah nilai. . bukan mengurangkan kos. • • • Dasar-Dasar Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Adalah dipertutunkan oleh beberapa penulis bahawa: • Dasar-dasar PSM bertujuan untuk memberi panduan dalam membuat keputusan dengan cepat dan konsisten Ia juga menyokong dengan memberi asas kepada keputusan pengurus-pengurus serta membantu mereka mempertahankan keputusan-keputusan mereka berasaskna kepada dasar yang diluluskan dan diketahui oleh semua pekerja. Ini adalah kritikal oleh sebabkan kesan globalisasi. Pengurus-pengurus barisan hadapan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas-tugas berkaitan dengan sumber manusia. • Langkah Yang Harus Diambil Seterusnya Sumber manusia adalah satu-satunya aset yang dapat membantu organisasi untuk menjadi lebih kompetitif.

Dengan kesdearan ini. mereka akan dapat menyalurkan tenaga mereka dengan lebih efektif dalam menjalankan tugas masing-masing. Dengan demikian. Maintaining Relationships with Human Resource . Kedudukan yang sama wujud sama ada matlamat organisasi adalah keuntungan atau sebaliknya seperti dalam kes organisasi bukan kerajaan ('NGO'). Adakah organisasi anda bersedia mengambil langkah menuju ke pengurusan sumber manusia secara strategik? AMBIL tindakan bijak sekarang! Jika anda sedang mencari buku-buku berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. objektif strategik organisasi anda dapat dicapai. dan dapat bertahan dan berjaya dalam masa panjang demi untuk kebaikan organisasi dan pekerja.Tenaga pekerja adalah aset terpenting untuk menjayakan aktiviti-aktiviti komersial organisasi anda. klik nama buku yang disenaraikan di bawah: 1. Mereka akan mengetahui peranan mereka dengan lebih jelas. Dengan menggunakan strategi dalam pengurusan sumber manusia. Mengurus Sumber Manusia dan Sistem Gaji 2. Keupayaan organisasi anda disekat jika pekerja tidak komited. pekerja anda akan berkemampuan yang lebih tinggi. tidak mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi. Organisasi anda berkemampuan untuk berjaya.

peletakan jawatan. Pengoditan Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Sebagai Pengurus Sumber Manusia anda harus menjalankan odit ke atas fungsi sumber manusia (human resource audit) sekali setahun untuk mengetahui sama ada dasar. pemberhentian pekerja. perancangan kemajuan organisasi. Selalunya jika organisasi mengalami masalah kewangan oleh kerana kemelesatan ekonomi dan perlu mengurangkan kos.Aktiviti-Aktiviti lain yang dijalankan di bawah Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Pengambilan Pekerja Pengambilan pekerja memainkan peranan penting untuk mencari pekerja yang berkebolehan. Perkara seperti persaraan pekerja. Keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan organisasi juga perlu diambilkira. dan keadaan persekitaran perlu diambilkira. pekerja akan menjadi . kenaikan pangkat. Adalah menjadi tanggungjawab penting Jabatan Sumber Manusia untuk merancang keperluan pekerja mengikut masa dan perancangan organisasi. proses dan prosedur dapat memenuhi keperluan organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang.

Pekerja akan diberhentikanmengikut keputusan yang mungkin tidak dapat ditukar. Pengurusan Prestasi Pengurusan prestasi pekerja bertujuan meningkatkan prestasinya serta prestasi organisasi. Latihan dan Pembangunan Pekerja Kemahiran dan pengetahuan pekerja harus dipertingkatkan pada setiap masa agar pengurusan sumber manusia dapat memberi perkhidmatan berkesan kepada setiap sektor organisasi. Latihan dan pembangunan pekerja perlu diurus secara strategik. Bajet latihan tidak akan disia-siakan dan kedudukan bajet pada tahun kemudiannya tidak terjejas. Terdapat beberapa cara menangani perhubungan dengan kesatuan pekerja iaitu: 1. Ini bermaksud bahawa ia dirancang dengan tujuan mencapai objektif organisasi dan juga objektif pekerja. Ini akan dapat mengesan jenis latihan dan pembangunan yang tepat. Perancangan ini dibuat dengan membuat analisa keperluan latihan semua pekerja serta organisasi. Ekoran daripada ini kedudukan pendapatan akan meningkat. Perlu diingat bahawa penilaian prestasi 'bukan' pengurusan prestasi tetapi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti di dalam pengurusan prestasi.sasaran utama. Pekerja yang mahir dan berkebolehan dapat membantu organisasi anda untuk meningkatkan prestasi. cara bertentangan ("adversarial approach") . Perhubungan Majikan-Pekerja Ini juga dirujuk sebagai 'perhubungan perindustrian' jika wujud kesatuan pekerja di dalam organisasi.

dan mengekalkan minat mereka untuk terus berkhidmat dengan organisasi anda. dan banyak lagi yang lain yang berkaitan dengan mencapai ketigatiga perkara di atas. cara persefahaman ("unitarist approach") 3. melaksanakan saluran perhuhungan yang efektif. Maklumat Tambahan Kepada "Pengurusan Sumber Manusia" Matlamat Pengurusan Strategik Sumber Manusia Berbagai matlamat pengurusan strategik sumber manusia seperti: 1. mengesan cara efektif untuk meningkatkan produktiviti pekerja 3. Sila Klik di sini bagi Maklumat mengenai "Motivasi Pekerja" Rakan Strategik Perniagaan. mencari pekerja yang sangat sesuai bagi jawatan yang perlu diisi 2. cara marxist Penggajian dan Kemudahan Untuk mengekalkan imej sebagai majikan pilihan ("Employer of Choice") sistem penggajian dan kemudahan harus disediakan dengan tujuan menarik pekerja-pekerja yang berbakat. dll Terdapat aktiviti lain seperti mencari teknologi yang amat sesuai dalam pengurusan pekerja. dan mencari jalan untuk meningkatkan prestasi jabatan sumber manusia agar dapat menjadi rakan strategik untuk menjayakan perniagaan organisasi. meningkatkan motivasi pekerja agar menumpukan perhatian kepada tugas serta tanggungjawab.2. mengekalkan pekerja di dalam perkhidmatan 4. .

Yang penting sekali adalah untuk menghubung-kaitkan setiap matlamat sumber manusia .kepada objektif-objektif organisasi anda. Ini bermaksud bahawa hak pekerja perlu dihormati dan dijaga mengikut peruntukan undang-undang. Sebagai rujukan oleh pengurus barisan hadapan oleh kerana kepakarannya 4.iaitu pekerja anda . Peranan Pengurus Sumber Manusia Terdapat beberapa peranan Pengurus Sumber Manusia termasuklah: 1. dasar dan prosedur 2. Mempastikan perubahan dilaksanakan dengan teratur dan diterima oleh semua pekerja 3. Menjadikan dirinya dan setiap pekerja terutama sekali pekerja berjawatan penting sebagai rakan strategik perniagaan organisasi Sila klik di sini bagi matlumat mengenai "Human Resource Manager" . Menjaga kedudukan pekerja di dalam perkhidmatan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->