You are on page 1of 6

PRAKTIKAL ETANOL PENGENALAN Etanol atau alkohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman berakohol

atau arak. Selain digunakan di dalam arak, etanol juga digunakan sebagai bahan api bagi menggantikan gasolin. Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5 C dan titik beku pada - 114.5 C. Etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau vodka. Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dan tinktur. Ini membolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses pembruan ( brewing ) Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol). Etanol merupakan asid lemah, lebih lemah daripada air dan membentuk ion etanoat ( C2 H5 O)

TUJUAN : Untuk menyediakan sampel etanol dan untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol BAHAN / RADAS: glukosa, kentang dimasak, lecek nanas, beras, ubi kayu, pisang lenyek, yis, air kapur, air suling, air paip, larutan kalium dikromat (IV), asid sulfurik cair, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat , kelalang penyulingan, penyumbat dengan tiub penghantaran, penyumbat dengan satu lubang, termometer, kondenser Liebig, ruang fractioning, kaki retort dan pengapit, pendirian tripod, kasa dawai, penunu Bunsen, turbing getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, penyejukan hidangan, ujian pemegang tiub, penitis, forseps. LANGKAH-LANGKAH: A . UNTUK MENYEDIAKAN SAMPEL ETANOL 1. 150cm3 air suling dimasukkan ke dalam kelalang kon.

20 g glukosa dilarutkan dalam air suling. Sedikit air panas dicampur dengan 10g yis dan dikacau untuk menghasilkan pasta .Pasta yis itu ditambah kepada larutan glukosa dan dikacau sehingga sebati. 2. Kelalang kon ditutup dengan penyumbat yang dipasang dengan salur

penghantar.Satu hujung salur penghantar itu dimasukkan ke dalam air kapur seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah 1(a). 3. Radas itu dibiarkan di tempat yang panas pada suhu 35 0C selama 4-5 hari. Perubahan yang berlaku di dalam kelalang kon dan tabung uji dicatat dari semasa ke semasa. 4. Selepas 4-5 hari hasil penapaian dituraskan. 5. Hasil turasan dimasukkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.

6. Radas untuk penyulingan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 (b). 7. Kelalang penyulingan dipanaskan sehingga campuran di dalamnya mendidih. Etanol yang disulingkan keluar pada julat suhu 78-800C dikumpul. 8. Warna dan bau hasil sulingan dicatat. 9. Ulangi langkah 1 hingga 9 menggunakan kentang yang dimasak,nanas,beras,ubi atau pisang untuk menggantikan glukosa.

B UNTUK MENYIASAT SIFAT-SIFAT KIMIA ETANOL B-1 UNTUK MENYIASAT PEMBAKARAN ETANOL PROSEDUR: i ii iii Tuangkan kira-kira 2 cm3 etanol yang disediakan ke dalam piring menyejat. Menggunakan serpihan kayu yang menyala untuk menyalakan etanol (rajah 2 ) Perhatikan kebolehbakaran etanol dan sifat nyalaan.

KEPUTUSAN: B-1 UJIAN kebolehbakaran Warna nyalaan Kejelagaan nyalaan PEMERHATIAN Etanol terbakar dengan mudah dalam udara Nyalaan biru Tiada

B-2 UNTUK MENYIASAT PENGOKSIDAAN ETANOL. Langkah-langkah 1. Tabung didih diisikan dengan kira-kira 10cm3 larutan kalium dikromat(IV) 2. Kira-kira10 titis asid sulfurik cair ditambah kepada larutan kalium dikromat(IV) berasid. 3. Radas seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 3. 4. Campuran etanol dan kalium dikromat(IV) berasid didihkan secara perlahan-lahan dan hasil sulingan dikumpulkan di dalam sebuah tabung uji. 5. Warna dan bau hasil sulingan dicatatkan. 6. Hasil sulinganh diuji dengan sekeping kertas litmus biru. SOALAN :
1.

Namakan enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa ke dalam etanol. Enzim zimase

2.

Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pemecahan glukosa kepada etanol. yis C6H12O6 2C2H5OH(ak) +2CO2(g)

3.

Terangkan penggunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini. Proses penyulingan berperingkat dijalankan untuk menghasilkan etanol 96% yang tulen.

4.

Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pemecahan etanol. C2H5OH(l) + 3 O2(g) dipanaskan 2 CO2(g) + 3 H2O(g)

5.

Apakah fungsi larutan kalium permanganat dalam eksperiment ini. Mengkaji pengoksidaan etanol

6.

Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol. CH3CH2OH(ce)+2[0] Etanol dipanaskan CH3COOH(ce) asid etanoik

7.

Ramalkan pemerhatian anda apabila radas dalam Rajah 1 dibiarkan selama lebih daripada seminggu.Jelaskan jawapan anda. Air kapur dalam tabung uji kembali jernih. Ini disebabkan tiada lagi pembebasan karbon dioksida melalui tindakbalas yis ke atasa larutan glukosa di dalam kelalang kon ke semua glukosa telah habis diurai oleh yis.

8.

Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan api kenderaan? jelaskan jawapan anda. Etanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan kerana etanol terbakar

dengan mudah dalam udara dengan nyalaan biru dan tidak bejelaga untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Walau bagaimanapun ia hanya boleh digunakan pada kenderaan dengan enjin yang direka khas, jadi tidak digalakkan dipakai pada kenderaan "daily use" atau kenderaan yang tidak dirancang untuk menggunakan bahan tersebut.

KESIMPULAN Etanol mempunyai kebolehbakaran yang mudah dalam udara , warna nyalaan kebiruan dan tiada jelaga terhasil. Enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa ke dalam etanol ialah enzim zimase. Manakala persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pemecahan glukosa kepada etanol adalah seperti di bawah: yis C6H12O6 2C2H5OH(ak) +2CO2(g)

Proses penyulingan berperingkat dijalankan untuk menghasilkan etanol 96% yang tulen. Persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pemecahan etanol. Adalah seperti di bawah: C2H5OH(l) + 3 O2(g) dipanaskan 2 CO2(g) + 3 H2O(g)

Fungsi larutan kalium permanganat dalam eksperiment ini. ialah mengkaji pengoksidaan etanol.. Persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol. CH3CH2OH(ce)+2[0] Etanol dipanaskan CH3COOH(ce) asid etanoik

You might also like