You are on page 1of 10

IBNU SINA

BIODATA
Nama : Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina Gelaran : AVICENNA Keturunan : Turki Bangsa : Parsi T/Lahir : 370H/980M M/Dunia : 438H /1037M Umur : 58 tahun

KETOKOHAN
Ahli Falsafah Islam. Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau telah menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya. Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana. Pakar dalam bidang Anatomi.

PENDIDIKAN
mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada keluarganya. Pengajian peringkat awal bermula di Bukhara: bidang bahasa dan sastera. Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi. Hafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun. Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya. Menjadi doktor diraja pada umur 18 tahun Menghasilkan mutiara dalam bidang perubatan iaitu QANUN FI AT-TIB (the canon of medicine) pada tahun 1953 di Rom ketika berusia 18 tahun .

Bab mata dalam kitab Qanun fi Thib atau The Canon of Medicine karya Ibnu

SUMBANGAN
Beliau meninggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan, falsafah, fizik dsb. Qanun Fi At-Tib : buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan hinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris . Bidang penulisan: beliau menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor. Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur ialah : a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabii. b) Kitab As-Syifa dalam bidang perubatan.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf


Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Dinyatakan keterangan keterangan jelas, hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Penemuan-Penemuan Baru Sebagai seorang saintis melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi Mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembahlembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dialiri oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiranpinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."

memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Ukuran kadar denyutan nadi dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi dan menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan yang melibatkan ganguan psikologi.

PENUTUP
Ibnu Sina meniggal dunia dan dimakamkan di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M . Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau telah di kelilingi oleh makammakam doktor islam yang lain.

You might also like