You are on page 1of 11

Sekolah Kebangsaan Bagan Serai Lorong Sekolah 34300 Bagan Serai, Perak

Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah 2012

LAPORAN HARI ANUGERAH KECERMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI LORONG SEKOLAH 34300 BAGAN SERAI,PERAK.

LAPORAN MAJLIS HARI ANUGERAH KECERMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2012 Nama Program Hari Anugerah Kecemerlangan dan konvokesyen Pra Sekolah 2012 Tarikh Majlis ini diadakan pada 8 November 2012 Hari Khamis jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari

Matlamat Memberi pengiktirafan kepada murid murid yang cemerlang dalam bidang Kurikulum, Ko-kurikulum dan sahsiah. Objektif Diharap setelah mengikuti program ini , murid murid dapat : 1)Melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi,Rohani, Intelek dan sosial (JERIS) 2)Mewujudkan perpaduan antara kaum 3)Menyuntik semangat untuk mendalami ilmu pengetahuan 4)Membina keyakinan diri murid untuk terus maju dalam bidang akedemik dan bukan akedemik.

Penglibatan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini melibatkan semua penglibatan guru dan murid

Jamuan Nasi lemak dan air mineral

Aturcara Majlis 8.00 8.30 pagi pagi Pendaftaran Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan Guru Besar SK Bagan Serai Ucapan YDP PIBG SK Bagan Serai Ucapan Perasmian Persembahan Murid Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Makan Tengahari Menandatangani Kad Pelaporan Majlis bersurai

Jawatankuasa Induk Pengerusi : Pn. Hjh Faridah Binti Hj. Shaharah PJK (Guru Besar Cemerlang , SKBS) Timbalan Pengerusi : Pn. Hajah Norhana Binti Abdul Wahab ( PK Pentadbiran ) Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II : Pn Sariah Binti Awang ( PK.HEM) : En. Badul Hisham Bin Mohd Nor ( PK Kokurikulum) : Pn Narsiah Binti Mohamed (PK Pend.Khas) Setiausaha Bendahari : Tn Hj Mohd Taib Bin Mohamed : Pn Suriyana Binti Sapuan

Jawatankuasa Pelaksana : Rujuk lampiran

Perbelanjaan Kewangaan dan kategori Hadiah Sila rujuk lampiran

REFLEKSI

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Bagan Serai 2012 merupakan satu majlis yang saban tahun diadakan bagi

memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid- murid yang cemerlang dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini berlangsung dengan begitu meriah dan disambut baik oleh semua warga SK Bagan Serai. Antara pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini adalah semua murid dari Pra Sekolah, Pendidikan Khas dan Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6, Pihak Pentadbir, semua guru-guru dan kakitangan SK Bagan Serai. Majlis Hari Anugerah Dan Konvokesyen Pra Sekolah ini telah berlangsung pada 8 November ( Khamis ) jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi majlis dan diikuti oleh bacaan doa bagi memberkati lagi majlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Guru besar SK Bagan Serai, dan Ucapan Perasmi Hari Anugerah dan Konvokesyen Pra Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dan para hadirin serta ibu bapa dapat menyaksikan persembahan dari murid-murid SK Bagan Serai. Murid murid yang membuat persembahan di mulakan dengan nyayian dari murid Prasekolah diikuti dengan persembahan Coral Speaking oleh murid tahap 2 Majlis dimulakan dengan konvokesyen Pra Sekolah untuk itu Guru besar mengiringi Timbalan YDP PIBG untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid Pra Sekolah. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil untuk murid Pendidikan Khas. Bagi kategori Hadiah Pendidikan Khas melibatkan kategori tempat pertama dalam kelas (tempat pertama hingga ketiga),Hadiah matapelajaran terbaik Pendidikan Khas , Tokoh Murid Pendidikan Khas, Tokoh Akademik Kelas Pendidikan Khas, Tokoh Kokurikulum serta sijil bagi kehadiran penuh Murid pendidikan Khas. Murid tahap 1 dan tahap 2. Kategori Hadiah adalah seperti Hadiah

Kedudukan Dalam Kelas Perdana bagi semua kelas, Hadiah Mata pelajaran Terbaik merangkumi Bahasa Melayu Pemahaman , Bahasa Melayu Penulisan

, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Agama Islam , Jawi, Bahasa Arab, Kajian Tempatan , Kemahiran Hidup, Pendidikan Sivik & Kenegaraan dan Pendidikan Moral. Bagi kategori kehadiran penuh murid diberikan sijil. Hadiah Program Nilam pula memilih 10 orang murid yang paling banyak membaca . Bagi kategori Hadiah Tunas Harapan pula memberi peluang dan ruang untuk murid dari kelas Pemulihan Khas ini kerana mereka dilihat berpotensi untuk menjadi murid yang akan berjaya, hadiah adalah dari tempat pertama hingga ketiga untuk keseluruhan murid Pemulihan Khas.Hadiah Pembaca Terbanyak diberikan kepada 2 orang murid sahaja bagi tahap 1 dan tahap 2,manakala Hadiah Penghargaan diberikan kepada Ketua Pengawas,Timbalan Ketua Pengawas 1 dan Timbalan Ketua Pengawas 11 Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Kategori Tokoh Kokurikulum melibatkan kategori individu dan pasukan. Pencapaian ini adalah mengambil kira penglibatan tertinggi peringkat Kebangsaan atau Negeri. Dalam majlis ini seramai 15 orang guru aktif kokurikulum menerima sijil penghargaan dalam majlis ini. Para hadirin dijemput untuk mengambil makan tengahari di kantin. Bagi Ibu bapa atau penjaga Murid tahun 6 pula diadakan sesi menandatangani kad pelaporan di akhir majlis dengan itu maka berakhirlah Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Konvokesyen Pra Sekolah bagi tahun 2012.

PENILAIAN
a) Kekuatan Sepanjang majlis ini dilangsungkan oleh pihak penganjur dapat dilihat bahawa majlis disambut dengan baik dan mendapat kerjasama oleh semua pihak baik dari Pihak Pentadbiran, Semua guru, Staf Sokongan dan semua murid SK Bagan Serai. Kehadiran murid amat menggalakkan dan persiapan

pentas mahupun pengagihan pemberian sijil dan hadiah lancar begitu juga dengan persembahan yang menghiburkan oleh bakat-bakat yang dimiliki oleh murid murid SK Bagan Serai. Keputusan peperiksaan juga bagi keseluruhan prestasi murid amat membanggakan. Lantaran itu, dengan adanya Majlis Hari Anugerah sebegini dapat menyuntik semangat muridmurid SK Bagan Serai terus maju dan berjaya kerana usaha mereka diiktiraf dan diberikan penghargaan oleh pihak sekolah.

b) Kelemahan Apa yang dapat diperhatikan ialah dari aspek kelemahan ialah disiplin murid masih kurang memuaskan terutama ketika sesi ucapan diberikan oleh pihak pentadbir mahupun dari pihak perasmi dapat dilihat murid kurang memberikan tumpuan dan bercakap sesama rakan. Selain itu, terdapat juga murid yang sepatutnya menerima hadiah pada majlis ini tidak hadir dan digantikan oleh wakil murid yang lain. c) Ulasan keseluruhan Kami melihat dan merasakan bahawa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah ini merupakan satu program yang amat baik dan perlu diteruskan supaya pihak sekolah dapat mencungkil kebolehan yang ada dalam diri murid dan murid juga berpeluang merasakan diri dihargai dengan adanya kategori kategori hadiah yang dinilai. Semoga Murid murid ini terus dapat menonjolkan imej yang baik dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Dengan adanya pengiktirafan sebegini diharapkan juga agar murid murid dapat membina keyakinan diri untuk terus maju di dalam bidang akedemik dan bukan akedemik. Selain itu, program sebegini juga dapat menjadikan murid lebih bermotivasi untuk terus berusaha

menjadi yang terbaik dan mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan murid untuk menonjolkan kelebihan mereka yang positif di samping menerima ganjaran yang sewajarnya seiring dengan usaha mereka

PENUTUP
Alhamdulilah , syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya majlis ini dapat dijalankan seperti yang telah dirancang dan sekaligus dapat melengkapkan laporan ini. Sepanjang tempoh majlis diadakan dapat disimpulkan majlis ini dapat menarik minat murid dan hadirin . Pengisian program dan aktiviti serta kelancaran majlis menjadikan majlis pada hari ini menjadi sangat menarik dan syukur juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana sepanjang tempoh pelaksaaan program ini tidak terdapat sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Kerjasama yang baik juga diterima dari pihak pantadbiran dan pihak ibu bapa bagi melancarkan lagi melancarkan lagi program ini. Dengan adanya majlis ini menjadikan murid lebih berkeyakinan kerana usaha mereka selama ini telah diberi pengiktirafan bagi jurid yang cemerlang dalam bidang kurikulum , kokurikulum dan sahsiah. Hasrat misi dan visi sekolah akan menjadi kenyataan dengan adanya usaha dan kerjasamyang jitu dan padu dikalangan semua warga SK Bagan Serai. Sebagai kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa program ini perlu diteruskan dan dibaiki dari tahun ke tahun yang lain.

sekian, terima kasih Disediakan oleh: Disahkan oleh:

...................................................... (CIK AZIMAH BINTI MOHAMED & CIK JANARIAH BINTI ABDULLAH)

................................................ (EN BADUL HISHAM BIN MOHD NOR) Penolong Kanan Kokurikulum SK Bagan Serai

LAMPIRAN

GAMBAR-

GAMBAR

SEMASA

MAJLIS

HARI

ANUGERAH

KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2011

BUKU

PROGRAM

HARI

ANUGERAH

KECEMERLANGAN

DAN

KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2012

You might also like