You are on page 1of 18

DASAR 1MURID 1SUKAN Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti

sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga

Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. 4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. 5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4. Pencapaian. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Sumber: Kementerian Pelajaran

MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah

kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini. Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini. Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan

dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini. Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan

peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini. Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita. Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa. Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik sebagai ukuran. Jadi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif untuk mengikis pendapat jumud ini selaras dengan Dasar Sukan Negara melalui pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan(1M1S) yang menuntut penglibatan aktif dan komitmen penuh pelajar dalam satu sukan atau lebih mengikut kemampuan. KPM telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan program ini agar minat pelajar terhadap aktiviti sukan dapat dipupuk sejak kecik. ( 101 pp ) Tujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental. Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan. Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar. Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar. Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan. Masalah obesiti dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil. Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas. ( 118 pp) Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara. Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru. Jika mereka tidak diwajibkan untuk terlibat dalam program seperti ini, sudah pasti bakat mereka akan hilang begitu saja. Kemungkinan negara juga kehilangan atlet yang tersohor jikamutiara yang ada itu tidak digilap sebaiknya. Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar, menggilap dan menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada antarabangsa. Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dan menjana pendapatan yang lumayan. Jelaslah bahawa program 1M1S ini

menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar. ( 131 pp )

Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan. Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajarpelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan. Pada masa itu, mereka akan belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan. Mereka juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh. Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama. Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya. Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah. (116 pp ) Kesimpulannya, program 1M1S ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar-pelajar. Pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan program ini. Ibu bapa wajar memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka dan tidak hanya menekankan pencapaian akademik sahaja. Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin, bukan sekadar melepaskan batok di tangga. Pelajar pula perlu diterapkan dengan nilai menghargai kepentingan bersukan dalam diri masingmasing. Jika semua perkara ini diasimilasikan, nescaya Dasar Sukan Negara akan mencapai matlamatnya. ( 87 pp) Jumlah patah perkataan = 540

KEBAIKKAN 1MURID 1SUKAN : 1. Memupuk minat terhadap sukan dan membudayakan sukan dalam kalangan kanak-kanak serta remaja sejak di bangku sekolah. 2. Meningkatkan kesihatan dan kecergasan setiap pelajar. 3. Mencungkil potensi sukan - membentuk pelapis atlit negara - sampai ke peringkat antarabangsa 4. Menyeimbangkan jasmani,emosi ,rohani dan intelek - meningkatkan sahsiah dan nilai murni setiap pelajar. 5. Memupuk keyakinan diri dan memantapkan kebijaksanaan membahagi masa. 6. Mengoptimumkan prasarana sukan di sekolah. 7. Meningkatkan perpaduan dan silaturahim.

Peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda. Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak

mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi

idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan. Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan

permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi

realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan. Karangan Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anakanak menceburi bidang sukan. Jawapan isi: Menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak Mendorong anak-anak meminati bidang sukan sejak kecil Memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan Anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan. Hal ini bermakna setiap murid harus melibatkan diri secara aktif dalam salah satu acara sukan yang paling diminati. Selepas diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyidin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, dasar ini telah menjadi buah mulut masyarakat, khususnya ibu bapa. Pihak media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik saban hari mengetengahkan perkara tersebut sebagai isu utama. Peribahasa ada mengatakan Jikalau tiada angin , masakan pokok bergoyang. Dasar ini perlu diperkenalkan kerana negara kita ketinggalan dalam kebanyakan acara sukan bertaraf dunia. Jika negara kita mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan, kita mestilah melakukan sesuatu. Dalam hal ini, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu membantu pihak kerajaan bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini. Terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagimenggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan. Satu daripada usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah mereka perlu menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu berjinak-jinak dalam bidang sukan. Langkah

yang paling awal ialah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging atau beriadah. Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan, ibu bapa dapat mendedahkan aktiviti sukan kepada anak-anak ibarat sambil menyelam minum air. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging di kawasan padang atau stadium yang berhampiran. Selepas itu, ibu bapa hendaklah bermain badminton atau bola sepak dengan anak-anak. Melalui aktiviti ini, bakat anak yang terpendam dapat digilap. Jika ibu bapa merupakan jaguh sukan sebelum ini, bakat tersebut kemungkinannya dimiliki oleh anak-anak merekabagai kuah tumpah ke nasi. Jika usaha ini diteruskan dari masa ke masa, anak-anak tersebut akan menjadi jaguh sukan pada suatu hari nanti setelah diasuh oleh ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mendorong anak-anak supaya meminati bidang sukan sejak kecil bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka mestilah menjadi pendorong kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat sekolah, daerah atau sebarang pertandingan sukan. Sebagai contohnya, apabila anak-anak tidak mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan, ibu bapa perlu memberikan dorongan dengan mengucapkan katakata bahawa sekali tewas tidak bermakna akan tewas buat selama-lamanya. Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak bahawa di sebalik kekalahan sebenarnya kita memperoleh sesuatu yang lebih berharga, iaitu pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memotivasikan anak-anak supaya mereka rajin berusaha kerana usaha tangga kejayaan.Tegasnya, sokongan daripada ibu bapa sangat besar impaknya kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Di samping itu, ibu bapa perlulah memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan. Semasa anak-anak mencapai kejayaan pada kali pertama dalam acara sukan yang disertai, ibu bapa mestilah memberikan penghargaan atau pujian kepada anak-anak. Apabila dipuji dan penghargaan diberikan kepada mereka, semangat untuk berlatih atau menceburi

bidang tersebut dengan lebih giat akan meningkat. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membelikan anak-anak mereka peralatan sukan yang diminati seperti pakaian, kasut atau peralatan sukan lain sebagai hadiah. Usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini bukanlah memberikan peluang kepada anak-anak untuk membuat sesuatu agar mendapat habuan tetapi membuatkan anak-anak merasai bahawa dirinya dihargai. Melalui cara ini, mereka akan gembira dan menjadikan aktiviti sukan tersebut menyeronokkan. Menurut ahli psikologi, minat seseorang dalam sesuatu perkara akan meningkat jika diberi ganjaran atau penghargaan. Bukan itu sahaja, anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan. Melalui bahan bacaan tersebut, anak-anak akan mengetahui acara sukan yang diceburi dengan lebih mendalam. Banyak ilmu yang akan diperoleh tentang acara sukan dari segi sejarah, tokoh yang berjaya, aspek kejurulatihan, pemakanan, teknik, strategi, dan sebagainya. Pujangga menyatakan, `Membaca Jambatan Ilmu. Sebagai contohnya, murid perlu membaca pelbagai majalah yang berkaitan dengan acara sukan yang diminati seperti majalah sukan bola sepak, hoki, dan sebagainya. Usaha ini selari dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang memerlukan murid bukan sahaja mahir bermain malah memahami sesuatu permainan. Dalam hal ini, melalui Dasar 1Murid 1Sukan, murid-murid bukan sahaja memiliki kemahiran dalam sesuatu permainan, malah mereka mampu menjadi jurulatih atau pengadil walaupun tidak mempunyai bakat untuk bermain pada suatu hari nanti. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anakanak untuk menceburi bidang sukan. Jika ibu bapa menyuruh anak-anak melibatkan diri dalam bidang sukan, sedangkan mereka tidak melakukannya bersama-sama, usaha ini diibaratkanketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak ibarat bapa borek anak rintik jika mereka turut sama aktif dalam bidang sukan. Untuk merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan, ibu bapa merupakan insanyang menjadi pendorong selain guru di sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya mengharapkan guru-guru sahaja untuk membimbing anak-anak mereka bagi merealisasikan dasar ini. Oleh itu,

kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi melahirkan individu yang seimbang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Jika ibu bapa berjaya memainkan peranannya, sukan di negara kita akan terus gemilang selaras dengan slogan `Majulah Sukan untuk Negara

You might also like