You are on page 1of 39

SITI NORLIDA BINTI YAZID

Pengenalan

Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dihayati nilai estetiknya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri- ciri tiga dimensinya. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan rekabentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Jenis Bentuk Arca

Terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca bentuk berfungsi boleh digunakan disamping memaparkan ciri- ciri estetikanya. Arca bentuk estetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya.

Sejarah Arca

Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignasian dan Magladenia pada kira- kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan- bahan yang berlainan.

Pada zaman itu, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah.

Pergarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898-1986) dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland (19011966). Arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan dan ruang- ruang yang sering dikunjungi orang ramai.

Selepas perang dunia kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada plastik, nilon, fabrik, dan bahan buangan lain. Disamping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj dan sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.

Arca instalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindak terus dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang tertentu kerana arca jenus ini dicipta khas buat smentara waktu bagi tapak tertentu dalam sesuatu pameran. Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah serius masa kini.

Sejarah Arca di Malaysia

Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kiang Seng dan lain-lain. Mad Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu dan lain- lain merupakan generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya- karya arca.

Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah karya arca di sini merupakan hasil kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei, Thailand. Singapura dan Malaysia sempena menyambut ulangtahun ke 20 penubuhan Asean.

Bentuk Pembinaan Arca

1. Arca Asemblaj
Bahan dan alat
Kayu, logam, batu, simen, bongkah- bongkah, plaster Paris atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna dan jalinan yang menarik serta alat untuk memoyong dan memateri.

Teknik
Bahagian yang berasingan dicantumkan menjadi satu bentuk yang menarik.

Analisis

Bahan : Kutipan bahan roda basikal dan bangku tinggi Teknik : Asemblaj Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, harmoni dan imbangan

Tajuk : Bicycle wheel Pengkarya : Marcel duchamp Tahun : 1887- 1968 Tempat : Perancis

Analisis

Tajuk : Barong- barong Pengarca : Jerusalino V. Aroas

Bahan : Keluli bebas hakis, kayu dan kaca Teknik : Asemblaj Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, harmoni, kesatuan dan imbangan

2. Arca Luakan
Bahan dan alat
Blok kayu, plaster Paris, batu marmar, batu granit, batu kapur dan sebagainya. Alat terdiri daripada pahat, pemukul, kapak, gergaji, alat pengukir, pengikis dan gogal untuk perlindungan mata (khas untuk membuat arca batu)

Teknik
Bahagian- bahagian yang berlebihan daripada blok bahan yang diukir dan dibuangkan sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, jalinan dan bentuk yang tinggal.

Analisis Bahan : Batu marmar dan konkrit Teknik : Asemblaj Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, kepelbagaian dan imbangan

Tajuk : Menuju Keamanan Pengarca : Han Sai Por

Analisis

Bahan : Kayu Teknik : Luakan Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Bentuk, ruang dan jalinan Prinsip rekaan : Harmoni dan imbangan
Tajuk : Reclining Figure Pengkarya : Henry Moore Tahun : 1939 Tempat : Detroit Institute of Arts

3. Arca Binaan
Bahan dan alat
Batu- bata, kepingan besi dan bongkah kayu.

Teknik
Bahan dicantumkan secara sistematik untuk mendapatkan bentuk yang ada kaitan dengan struktur jentera.

Analisis Bahan : Paip keluli Teknik : Binaan Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Bentuk, ruang dan garisan. Prinsip rekaan : Pergerakan, kepelbagaian dan imbangan

Tajuk : Kemajuan Pengarca : Itthi Khong Khakul

Analisis Bahan : kayu, besi dan kaca Teknik : Binaan Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Bentuk, ruang, garisan dan jalinan Prinsip rekaan : Pergerakan, kepelbagaian dan imbangan

Tajuk : Monument to the Third International Arcawan : Vladimir Tatlin Tahun : 1919- 1920

4. Arca Acuan
Bahan dan alat
Bahan cair yang boleh dikeraskan. Contohnya, plastik, logam, simen, tanah liat, plaster Paris dan sebagainya.

Teknik
Bahan cecair dituangkan ke dalam acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu boleh menghasilkan arca dalam kuantiti yang besar.

UNKNOWN

5. Arca Mobail
Bahan dan alat
Besi dawai, kepingan logam, kadbod dan sebarang bahan yang ringan.

Teknik
Bahagian arca dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika Syarikat.

Analisis Bahan : Wayar dan logam halus Teknik : Mobil/ bergerak/ kinetik Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, harmoni dan imbangan Tajuk : Horizontal Spines Pengarca : Alexander Calder Bahan : Logam halus dan wayar Tahun :1942

6. Arca Stabail
Bahan dan alat
Pelbagai jenis bahan (biasanya bahan kutipan) boleh digunakan.

Teknik
Bahan kutipan dicantumkan secara kasar. Boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan.

Analisis Bahan : Batang besi Teknik : Stabil Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk dan ruang Prinsip rekaan : Pergerakan, imbangan dan kepelbagaian.

Tajuk : Rimba Pengarca : Anthony Lau Tahun : 1967

Analisis Bahan : Logam, kain, pita, kayu dan tayar getah Teknik : Stabil Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan dan kepelbagaian.

Tajuk : Homage New York : A self destroying work of art Pengarca : Jean Tinguely Tahun : 1960 Tempat : Taman Muzium Seni Moden New York

7. Arca Timbulan
Bahan/ alat
Kepingan kayu, plaster Paris, batu dan sebagainya. Alat yang terdiri daripada pahat, penukul, alat pengukir, pengikis dan sebagainya.

Teknik
Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat ke dalam hasil kombinasi ciri- ciri catan dan arca.

Analisis Bahan : Batu (diukir) Teknik : Timbulan Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, pergerakan dan kepelbagaian.

Tajuk : Still Life With Musical Instruments Pengarca : Jacques Lipchitz Tahun : 1918

Analisis

Bahan : Kayu (diukir) Teknik : Timbulan Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, pergerakan, dan kepelbagaian.
UNKNOWN

8. Arca Dinding
Bahan/ alat
Papan, pelekat, cat dan sebagainya. Alat yang terdiri daripada gergaji, penukul, paku dan sebagainya.

Teknik
Teknik gergaji, paku, pahat, lekat, tampal dan cat secara sistematik untuk menghasilkan kesan timbul dan tenggelam, hasil penyatuan catan dengan arca.

Analisis Bahan : Gangsa Teknik : Arca dinding ukiran gangsa Sifat imej : Realistik Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, pergerakan, kesatuan dan imbangan.

Pengarca : Matteo Pugliese

9. Arca Instalasi (Pemasangan)


Bahan/ alat
Pelbagai jenis bahan boleh digunakan. Alat yang diperlukan megikut jenis pilihan bahan.

Teknik
Bahagian- bahagian berasingan dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu. Kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana mementingkan ruang di tapak pameran.

Analisis Tajuk : Icons and precious earth Pengarca : Yeoh Jin Leng Tahun : 1991 Tempat : Balai Seni Lukis Negara Bahan : Seramik Teknik : Instalasi Sifat imej : Simbolik Unsur seni : Garisan, bentuk, jalinan, warna dan ruang Prinsip rekaan : Penegasan, pergerakan dan kepelbagaian.

Rujukan
Buku
Kathleen Chee, FOKUS e- masteri SPM ; Pendidikan Seni Visual (2004). Penerbitan Pelangi, Selangor Darul Ehsan.

Internet
http://artblart.com/tag/alexander-calder-13-spines/ http://artblart.com/tag/alexander-calder-13-spines/ http://cjannah.blogspot.com/2013_01_01_archive.html http://en.wikipedia.org/wiki/The_Thinker http://goodenei.com/2010/02/16/yeoh-jin-leng/ http://labouscarle.wordpress.com/2012/02/25/jean-tinguely/ http://www.thisiscolossal.com/2012/01/figurative-sculpturesby-matteo-pugliese/

You might also like