You are on page 1of 4

JALAN PENYEBARAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH Tamadun Islam tersebar di Eropah melalui beberapa jalan antaranya ialah: 1.

Peranan orang Mozarab. Mozarab diambil dari bahasa arab mustaribun bermaksud orang-orang yang diarabkan iaitu orang kristian yang tertarik dan mengamalkan kebudayaan arab dan tamadun islam. Disamping mempelajari bahasa Latin dan rumawi mereka turut mempelajari bahasa Arab disebabkan itu mereka terdedah secara langsung kepada ilmu dan kebudayaan Islam di Andalusia. Dengan menguasai bahasa arab mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil penulisan orangorang islam. Dengan penguasaan yang meluas terhadap karya islam golongan mozarab ini menjadi egen perantaraan bagi memindahkan elemen tamadun Islam Andalusia kepada masyarakat eropah. 2. Hubungan Diplomatik Hubungan diplomatic diantara islam Andalusia dengan negara-negara di eropah wujud disebabkan negara-negara eropah ingin memajukan negara mereka. Hubungan diplomatic ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Negara- negara eropah menggunakan peluang ini bagi menimba sebayak mungkin ilmu dan kebudayaan masyarakat islam Andalusia. Mereka menghantar delegasi terdiri daripada pelajar-pelajar bagi mempelajari ilmu sains,seni,pertukangan dan lain-lain.Mereka turut menghantar pembesar serta putera mereka bagi meninba ilmu di Andalusia yang mendorong kemajuan Andalusia. Universiti cordova yang diasakan oleh Abdul Rahman merupakan antara university terbaik ketika itu. Bukan sahaja pelajar islam bahkan pelajar yahudi dan kristian dari seluruh pelusuk dunia. Disebabkan itu secara tidak langsung Ilmu-ilmu islam tersebar dengan cepat. 3. Hubungan Perdagangan. Pedagang-pedagang dari negara islam telah mempunyai hubungan yang rapat dengan para pedagang islam di Andalus.Pelbagai system nilai dan keilmuan islam berjaya dikuasai masyarakat keristian melalui pedagangan ini. Andalusia telah menguasai perdagangan setiap Bandar besar eropah, dengan ini tamadun dan kebudayaan islam tersebar luas ke pelusuk dunia .

4. Aktiviti penterjemahan.

Aktiviti penterjemahan merupakan factor penting dalamusaha menyebarkan islam di eropah.Pusat penterjemahan terpenting di Andalusia ialah di Toledo. Pelbagai karya arab diterjemah ke bahasa latin.Antara penterjemhan terbaik ialah Bathras al funsi dan hanna AleshbilyPusat-pusat penterjemahan arab-latin banyak di kawasan Toledo dan sevile.Golongan yahudi juga memainkan peranan penting dalam usaha menterjemah karya arab ke latin. Antaranya ialah Solomon ben Gabirol dan mooses ben maimoon yang merupakan sarjana dan ahli falsafah terkenal. Ilmu-ilmu yang diterjemahkan meliputi bidang kejuruteraan,astronomi,kimia,perubatan,falsafah dan lain-lain. Buku-buku yang sering diterjemah ialah merangkumi bidang matematik,astronomi,logic,perubatan,kimia dan botani.Penghijrahan sarjana barat ke negara islam dan aktiviti penterjemahan merupakan fasa pertama perpindahan pemikir islam ke barat. 5. Pembukaan pulau Sicily. Kedudukan pulau sicily yang strategic di tengah-tengah laluan antara eropah dan afrika menyebabkan ianya menjadi pusat intelektual yang penting. Disamping itu proses keilmuan turut mudah berkembang disebabkan guru yang mengajar dimasjid dan disurau dikecualikan daripada perkhidmatan tentera. Faktor seterus nya ialah peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha mengembangkannya.Mereka dikatakan aktif dalam bidang penulisan dan menjadi penaung kepada ahli-ahli persuratan sicily.Semasa pemerintahan islam pada abad ke 10 dan 11M Qairawan muncul sebagai pusat kegiatan intelektual di afrika utara.Hal ini membolehkan penduduk sicily menimba ilmu dari Bandar tersebut. Hasilnya ramai tokoh-tokoh ulama dan cendiakawan muncul di sicily .Antaranya Hamzah al-Basri seorang yang mahir dalam Qiraat. 6. Pembukaan Andalusia. Pembukaan Andalusia telah memainkan peranan penting dalam membawa perubahan kepada peradaban Eropah. Andalusia merupakan negara pertama eropah yang diperintah oleh islam. Sebelum diperintah islam masyarakat kristian eropah hidup dalam kegelapan. Penaklukan Andalusia bermula pada 711M oleh Tharif bin malik,Musa bin Nusayr dan tariq bin ziyad.Kedatangan orang islam ke Andalusia merupakan Rahmat bagi penduduk Andalusia. Orang islam telah membawa perubahan dalam sudut politik pentadbiran,ekonomi,social dan dan ilmu pengetahuan di Andalusia. Ini telah merubah Andalusia dari sebuah negara yang miskin dan mundur kepada satu tahap tamadun yang tinggi dan dikagumi. Seterusnya peradaban islam diandalusia dibawa ke negeri-negeri di eropah oleh penuntut mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi islam di cordova,Seville,Malaga dan Granada.

7. Kestabilan Politik dan Ekonomi.

Kerajaan islam di sepanyol di bawah pemerintahan Bani umayyah jadi kesemua system pemerintahan berdasarkan pemerintahan bani umayyah di damsyik masa lalu dan system pemerinthan bani Abbasiyyah di Baghdad ketika itu. Orang-orang kristian dan penduduk tempatan sangat berpuas hati dengan sitem pemerintahan di sepanyol.Ketika mesir dan Syria diserang tentera salib, berlaku kegiatan ilmiah seperti penulisan dan penterjemahan di sepanyol dan sicily.Faktor ini secara tak langsung member laluan mudah dalam proses menyalurkan ilmu dan ketamadunan islam ke dunia barat. 8. Kebebasan Beragama Satu perjanjian ditandatangani antara pemerintah islam di sepanyol dengan Tudmir,putera raja Murcia pada tahun 713M. Isi kandungan perjanjian ini adalah mengenai kebebasan agama. Penduduk bukan islam dianggap sebagai Dhimmi iaitu orang kafir yang patuh kepada pemerintahan islam dan dikehendaki membayar cukai. Mereka diberi layanan yang sama rata dengan masyarakat islam di Andalusia. Mereka turut dikenakan jizyah iaitu cukai pelindungan.Kadar cukai lebih murah berbanding ketika pemerintahankerajaan kristian.Sikap toleransi pemerintah dalam kebebasan menarik minat pelbagai golongan datang ke Andalusia untuk mendalami ilmu pengetahuan. 9. Kemunduran Eropah. Sebelum kemasukan ilmu daripada tamadun islam masyarakat eropah hidup dalam kegelapan.Hampir semua suku bangsa yang memerintah ketika itu adlah dari bangsa barbarian yang bersikap biadap dan tidak bertamadun. Selepas kejatuhan empayar romawi keilmuan eropah turut tenggelam. Apabila mereka mendengar tentang keilmuan dan kemajuan tamadun islam mereka beramai-ramai telah pergi ke serata pusat tamadun islam .Hasilnya terlihat apabila kepulangan pendeta-pendeta yang telah belajar ilmu timur ke negara masing-masing di seluruh Eropah sekitar tahun 1100-1450M. 10. Kegigihan Sarjana Barat Ramai penterjemahan dan ilmuan barat wujud dalam usaha membawa pulang ilmu islam ke eropah.Antara mereka yang temashur ialah Adelard Bath, Constantine Afrika,Herman Carinthia,Robert chester, Gerard Cremona, eugenius Palermo, Michael scot and Moses Farachi. Mereka ini sangat Komited dalam melaksanakan tugas menyalurkan ilmu islam ke negara eropah. 11. Perang Salib Peperangan yang berlaku antara islam dan kristian member keuntungan besar kepada golongan kristian disebabkan dasar sentiment keagamaan.Golongan kristian telah membawa pulang pelbagai sumber intelektual ke eropah.

12. Kebangkitan Tamadun Eropah

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.Proses perubahan ini bermula pada awal 11M.apabila mereka Berjaya mengalahkan islam pada kurun ke 15M mereka mengambil kesempatan mempelajari ilmu islam.Mereka berbaik-baik dengan orang islam Andalusia dan bergantung kepada jasa mereka untuk memindahkan khazanah ilmu islam ke eropah.Mereka juga mula mengkaji factor-faktor membawa kepada kejayaan islam.

You might also like