You are on page 1of 31

PENDAHULUAN Kesihatan dan keselamatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan

pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

SEJARAH Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut. Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

PRINSIP Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan

Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

Kewajipan Majikan Dan Orang Yang Bekerja Sendiri

Jika apa-apa kewajipan dikenakan oleh Peraturan-Peraturan ini ke atas seseorang majikan berkenaan dengan pekerjanya, dia hendaklah, setakat yang praktik, dikenakan kewajipan yang serupa berkenaan dengan mana-mana orang lain yang mungkin terjejas oleh kegiatan kerja yang dijalankan oleh majikan itu, sama ada sedang bekerja atau bukan sedang bekerja, kecuali kewajipan majikan (a) di bawah peraturan 26 tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerjanya, melainkan jika orang itu berada di premis dan menjalankan kerja untuk majikan dan di bawah peraturan 27 tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerjanya.

(b)

Peraturan-Peraturan ini, kecuali peraturan 26 dan 27, hendaklah terpakai bagi orang yang bekerja sendiri sebagaimana yang ia terpakai bagi majikan dan pekerja.

PENGENALPASTIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN Daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

(1)

Seseorang majikan hendaklah mengenalpasti dan merekodkan dalam suatu daftar semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di tempat kerja. Daftar hendaklah disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik dan dikemas kini dari semasa ke semasa dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)

(2)

senarai semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan; Risalah Data Keselamatan Kimia semasa bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecuali racun makhluk perosak yang hendaklah mempunyai maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III; jumlah purata yang digunakan, dikeluarkan atau disimpan dalam sebulan atau setahun mengikut mana-mana yang terpakai bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; proses dan kawasan kerja yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan; dan nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(b)

(c)

(d)

(e)

Daftar hendaklah mudah didapatkan oleh semua pekerja di tempat kerja yang boleh terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Kehendak subperaturan (1) dan (2) tidak terpakai jika majikan telah mematuhi kehendak peraturan 9 dan subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989.

HAD PENDEDAHAN YANG DIBENARKAN Had siling

Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa pendedahan mana-mana orang kepada manamana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual I pada bila-bila masa tidak melebehi had siling yang ditetapkan bagi bahan kimia itu dalam Jadual.

Purata berpemberat masa lapan jam

(1)

Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa pendedahan mana-mana orang kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual I dalam mana-mana giliran kerja lapan jam bagi suatu minggu kerja tidak melebihi kepekatan di udara purata berpemberat masa lapan jam yang ditetapkan bagi bahan kimia itu dalam Jadual. Walau apa pun subperaturan (1), pendedahan mana-mana orang kepada manamana bahan kimia berbahaya kepada yang disenaraikan dalam Jadual I, tidak boleh melebihi had pendedahan maksimum untuk bahan kimia itu semasa giliran kerja.

(2)

Pematuhan had pendedahan yang dibenarkan dengan menggunakan alat pernafasan (1) Bagi maksud menentukan sama ada majikan telah mematuhi had pendedahan yang dibenarkan, tahap perlindungan yang diberikan oleh alat pernafasan bagi tempoh yang alat pernafasan itu dipakai hendaklah diambil kira. Tempoh yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dipuratakan dengan tahap pendedahan kepekatan di udara semasa tempoh yang alat pernafasan tidak dipakai untuk menentukan pendedahan purata berpemberat masa harian seseorang pekerja. Bagi maksud peraturan ini, tahap perlindungan ertinya nisbah kepekatan di udara bagi bahan cemar di luar alat pernafasan dengan kepekatan bahan cemar di dalam bahagian muka alat pernafasan.

(2)

(3)

PENAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN

Penaksiran risiko kepada kesihatan

(1)

Seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihaan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang terhasil daripada bahan kimia itu kepada kesihatan pekerja. Penaksiran yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi yang berikut:
(a)

(2)

Penaksiran risiko kepada seseorang pekerja akibat daripada pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; kaeadah dan tatacara yang diterima pakai dalam penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. sifat bahaya kepada kesihatan; tahap pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan dan pelepasan bahan kimia daripada proses kerja; langkah-langkah dan tatacara yang dikehendaki untuk mengawal pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; langkah-langkah, tatacara dan kelengkapan yang perlu untuk mengawal apa-apa pengeluaran secara tidak sengaja sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan akibat daripada kebocoran, penumpahan, atau kegagalan proses atau kelengkapan;
5

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

keperluan program pemantauan pendedahan pekerja; keperluan program pengawasan kesihatan; dan kehendak bagi latihan dan latihan semula pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 22.

(i)

(j)

(3)

Jika sesuatu kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan manamana pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dimulakan sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, majikan hendaklah menjalankan penaksiran dalam masa satu tahun dari tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa.

Kajian semula penaksiran

Penaksiran yang dijalankan di bawah peraturan 9 hendaklah dikaji semula jika (a)

terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya penaksiran itu dibuat; lebih dari lima tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir; atau diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

(b)

(c)

Penaksiran hendaklah dijalankan oleh pengapit

Majikan hendaklah memastikan bahawa mana-mana penaksiran yang dijalankan menurut Bahagian ini dijalankan oleh seseorang pengapit.

Laporan penaksiran risiko kepada kesihatan

(1)

Mana-mana orang yang dilantik oleh majikan di bawah peraturan 11 untuk menjalankan apa-apa penaksiran hendaklah, dalam masa satu bulan dari penyiapan penaksiran itu, memberi kepada majikan laporan penaksiran itu.

(2)

Jika penaksiran yang dijalankan di bawah subperaturan (1) menunjukkan bahawa sesuatu tempat kerja, loji, bahan atau proses mungkin menyebabkan bahaya segera kepada nyawa atau harta benda, orang yang menjalankan penaksiran hendaklah dengan segera memaklumkan kepada majikan tentang bahaya itu.

Laporan penaksiran

(1)

Majikan hendaklah memastikan bahawa laporan penaksiran yang dibuat menurut peraturan 9 atau 10 disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik untuk tempoh tidak kurang dari tiga puluh tahun. Majikan hendaklah menyediakan laporan penaksiran untuk pemeriksaan apabila diminta oleh Ketua Pengarah atau oleh mana-mana pekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(2)

TINDAKAN UNTUK MENGAWAL PENDEDAHAN Tindakan untuk mengawal pendedahan

14.

(1)

Jika sesuatu laporan penaksiran menunjukkan bahawa tindakan dikehendaki untuk menghapuskan atau mengurangkan pendedahan sebenar atau kemungkinan pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, seseorang majikan hendaklah mengambil apa-apa tindakan, yang boleh termasuk mengubah proses, amalan, tatacara kerja, loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan, dalam masa sebulan selepas menerima laporan penaksiran daripada pengapit. Majikan hendaklah memastikan bahawa semua langkah kawalan yang dilaksanakan di bawah subperaturan (1) mengurangkan tahap pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kepada tahap praktik yang terendah atau, bagi bahan kimia yang baginya telah diberikan had pendedahan yang dibenarkan, di bawah had itu.

(2)

Langkah-langkah Kawalan

15.

(1)

Majikan hendaklah mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melalui langkah-langkah kawalan yang berikut:
(a)

penghapusan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dari tempat kerja; penggantian bahan kimia yang kurang berbahaya bagi bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; pengurungan menyeluruh proses dan sistem pengendalian; pengasingan kerja untuk mengawal pengeluaran bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; pengubahsuaian proses parameter; pemakaian kelengkapan kawalan kejuruteraan;
8

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

penerimaan pakai sistem dan amalan kerja selamat yang menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada kesihatan; atau mengadakan peruntukan bagi kelengkapan pelindung diri yang diluluskan.

(h)

(2)

Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat didokumenkan dan dilaksanakan. Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat dikaji semula bila-bila masa terjadinya perubahan ketara kepada proses, kelengkapan, bahan atau langkah kawalan yang dipasang.

(3)

Penggunaan kelengkapan pelindung diri yang diluluskan

16.

(1)

Kelengkapan pelindung diri yang diluluskan hendaklah digunakan(a)

jika pemakaian langkah-langkah kawalan yang dinyatakan dalam perenggan 15(1)(a) hingga (g) tidak dapat dipraktikan; sebagai suatu langkah sementara pada masa langkah kawalan yang lebih baik lain sedang direka bentuk dan dipasang; atau jika langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi perenggan 15(1)(a) hingga (g) tidak dapat mengawal sepenuhnya pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(b)

(c)

(2)

Jika kelengkapan pelindung diri digunakan untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, majikan hendaklah mengadakan dan melaksanakan tatacara tentang pengeluaran, penyenggaraan, pemeriksaan dan latihan dalam penggunaan kelengkapan pelindung diri yang diluluskan. Kelengkapan pelindung diri yang diluluskan yang diberikan kepada pekerja menurut subperaturan (1) hendaklah -

(3)

(a) (b) (c) (d)

sesuai dengan jenis kerja yang mereka diambil kerja; padan dengan pekerja; tidak memudaratkan keadaan kesihatan atau perubatan pekerja; dan mencukupi bekalannya dan mudah didapati oleh pekerja yang

menghendakinya.

Kelengkapan kawalan kejuruteraan

17.

(1)

Mana-mana kelengkapan kawalan kejuruteraan yang disediakan menurut subperaturan 15(1)(f) hendaklah (a)

diperiksa pada lat tempoh yang sesuai oleh majikan, setiap lat tempoh tidak lebih dari satu bulan; dan diperiksa dan diuji keberkesanannya oleh juruteknik higien pada lat tempoh yang sesuai, setiap lat tempoh tidak lebih dari dua belas bulan.

(b)

(2)

Tiap-tiap kelengkapan kawalan kejuruteraan hendaklah disenggarakan dan dikendalikan pada bila-bila masa pada masa apa-apa jentera atau loji dalam pengendalian, dan pada bila-bila masa selepas itu bagi mematuhi subperaturan 14(2).

Reka bentuk, pembinaan dan pentauliahan kelengkapan pengalihudaraan ekzos setempat 18. (1) Tanpa menjejaskan keperluan peraturan 17(1), mana-mana pengalihudaraan ekzos setempat yang dipasang hendaklah (a)

peralatan

direka bentuk mengikut standard yang diluluskan oleh jurutera profesional berdaftar dan dibina mengikut spesifikasi reka bentuk; dan diuji oleh jurutera profesional berdaftar selepas pembinaan dan pemasangan untuk membuktikan bahawa peralatan itu memanuhi spesifikasi reka bentuk.

(b)

10

(2)

Bagi maksud peraturan ini, jurutera profesional berdaftar ertinya seseorang jurutera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138].

Rekod kelengkapan kawalan kejuruteraan

19.

Rekod mengenai reka bentuk, pembinaan, ujian, penyiasatan, pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan kawalan kejuruteraan menurut peraturan 17 dan 18 hendaklah disenggarakan oleh majikan dan hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan apabila diarah oleh Ketua Pengarah.

PELABELAN DAN PELABELAN SEMULA Kewajipan majikan untuk memastikan pelabelan

20.

(1)

Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang dibekal atau yang dibeli olehnya dan digunakan di tempat kerja dilabelkan dan label itu tidak ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda. Jika label yang disebut dalam subperaturan (1) ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda pada masa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan itu sedang digunakan di tempat kerja, majikan hendaklah melabel semula bahan kimia itu.

(2)

Pelabelan Semula

21.

(1)

Jika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dipindahkan ke suatu bekas lain, selain bekas yang dibekalkan pada asalnya, dan kandungan bekas itu tidak digunakan dalam masa giliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan bahawa bekas itu dilabel semula. Jika kandungan bekas yang disebut dalam subperaturan (1) digunakan dalam masa giliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan bahawa bekas itu dilabel semula dengan nama kimia atau nama dagangan sebagaimana tertulis pada label asal.

(2)

11

(3)

Jika kandungan bekas yang disebut dalam subperaturan (1) adalah bahan kimia yang digunakan dalam maklmal ujian kimia, bekas itu hendaklah dilabel semula mengikut subperaturan (2), sama ada kandungan itu digunakan atau tidak digunakan dalam masa giliran kerja biasa. Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), bekas itu tidak perlu dilabel semula jika bahan kimia berbahaya kepada kesihatan itu digunakan segera. Bagi maksud peraturan ini, pelabelan dan pelabelan semula ertinya pelabelan atau pelabelan semula (a)

(4)

(5)

dalam hal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U.(A) 143/97]: dalam hal racun makhluk perosak, mengikut kehendak Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]; atau dalam hal buangan terjadual, mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U.(A) 139/89].

(b)

(c)

MAKLUMAT, ARAHAN DAN LATIHAN Maklumat, arahan dan latihan

22.

(1)

Seseorang majikan yang mengusahakan kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan pekerjanya kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan hendaklah menyediakan pekerjanya dengan apa-apa maklumat, arahan dan latihan sebagaimana yang perlu untuk membolehkan mereka mengetahui(a)

risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada pendedahan sedemikian; dan langkah pencegahan yang patut diambil

(b)

12

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subperaturan (1), maklumat yang disediakan hendaklah termasuk(a)

maklumat tentang keputusan mana-mana pemantauan pendedahan di tempat kerja mengikut peraturan 26; dan maklumat tentang keputusan kolektif mana-mana program pengawasan kesihatan yang dijalankan mengikut peraturan 27 dan disediakan mengikut cara yang mencegah maklumat itu daripada dikenal pasti sebagai berhubungan dengan mana-mana orang tertentu.

(b)

(3)

Majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program latihan(a)

sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun; jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan; dan setiap masa yang pekerja diberi tugas baru ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(b)

(c)

13

VISI, MISI & PERANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Latarbelakang: Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah satu kemestian di bawah Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) tahun 1994 bagi organisasi yang mempunyai lebih daripada 40 pekerja. Perihal khusus berhubung dengan penubuhan JKKP diperjelaskan dalam Peraturan KKP (JKKP) tahun 1996. Sehubungan itu, Universiti Sains Malaysia menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97 telah mengarahkan penubuhan JKKP di peringkat universiti, kampus cawangan dan pusat pengajian bermula pada tahun 1999. Namun begitu, maklumat berkenaan peraturan dan arahan tersebut tidak diterima oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Oleh itu, pihak PPSK tidak tahu menahu akan keperluan menubuhkan JKKP secara tetap di peringkat pusat pengajian. Pada 12 Julai 2003, Prof. Dr. Zainul F. Zainuddin selaku Dekan PPSK telah menerima Pelan Tindakan Mencegah Kemalangan Di Makmal/Bengkel (PTMKM) bertarikh 23 April 2003 yang dikeluarkan oleh Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Universiti pada 28 Jun 2003. PTMKM tersebut telah menyenarai pelbagai tindakan yang perlu diambil oleh pusat pengajian untuk menangani pelbagai isu keselamatan & kesihatan pekerjaan di peringkat pusat pengajian. Satu daripada tindakan yang disenaraikan ialah tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan KKP menerusi JKKP di peringkat pusat pengajian. Sehubungan itu, Dekan telah mengarahkan penubuhan JKKP di PPSK secara kekal dengan mengambilkira keperluan untuk melaksanakan PTMKM tersebut.

Visi: Budaya Kerja Selamat & Sihat Satu Daripada Misi Untuk Mencapai Visi: Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan (JKKP-PPSK). Pelaksanaan Misi: Berkuatkuasa mulai 18 Ogos 2003. Objektif Misi: Memenuhi keperluan Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Melaksanakan arahan Universiti menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97. Melaksanakan Pelan Tindakan Mencegah Kemalangan Di Makmal/Bengkel. Menjalankan dan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti proaktif bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa selamat & sihat.

14

Ahli JKKP-PPSK: Staf PPSK dipilih dan dilantik menjadi wakil majikan dan wakil pekerja sebagaimana tertera pada rajah 1 berdasarkan Peraturan KKP (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) tahun 1996 dan arahan Universiti menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97. Disamping itu, sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta 514 pada seksyen 31(d), wakil-wakil majikan dan pekerja yang menganggotai JKKP-PPSK turut diberikan tanggungjawab memantau KKP di zon-zon kerja yang telah ditetapkaN.

Bidang Tugas JKKP-PPSK Berdasarkan Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan KKP (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) tahun 1996 dan arahan Universiti menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97, bidang tugas JKKP-PPSK adalah seperti berikut: Ahli hendaklah sentiasa memantau aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di zon kerja yang telah dipertanggungjawabkan sebagaimana yang tertera pada rajah 1. Ahli hendaklah sentiasa mendapatkan maklumbalas berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan daripada orang yang bekerja di zon kerja yang telah dipertanggungjawabkan sebagaimana yang tertera pada rajah 1. Jawatankuasa hendaklah membantu dalam pembentukan peraturan KKP dan sistem kerja yang selamat di tempat kerja. Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan yang telah dilaksanakan. Jawatankuasa hendaklah menjalankan kajian trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja. Jawatankuasa hendaklah melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk pembaikan. Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan polisi itu . Jawatankuasa hendaklah memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan cadangan kepada majikan bagi mengatasi apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja yang ditemui pada bahagia
15

Jawatankuasa hendaklah menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja. Dan membincangkan hasil siasatan serta mengemukakan cadangan kepada majikan bagi mencegah insiden tersebut berulang. Jawatankuasa hendaklah menyiasat apa-apa perkara berhubung keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang telah dibawa kepada perhatian majikan atau dianggap oleh ahli JKKP-PPSK atau orang yang diambil kerja sebagai tidak selamat atau merupakan risiko kepada kesihatan. Jawatankuasa hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan dalam bahagian dan jika tidak berupaya berbuat demikian, hendaklah meminta Ketua Pengarah Jabatan KKP Malaysia menjalankan suatu pemeriksaan tempat kerja itu bagi maksud itu. Jawatankuasa hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada satu mesyuarat dalam tempoh tiga bulan. Tugas-tugas lain sebagaimana yang dinyatakan dan dijelaskan oleh Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan KKP (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) tahun 1996 dan arahan Universiti menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97 serta peraturan lain yang diperkenalkan dan dikuatkuasakan dari masa ke semasa.

16

KEPERLUAN UNDANG -UNDANG

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Satu lagi pertambahan kepada peruntukan yang terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 , 1994 (AKKP, 1994) ialah mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terdapatnya peruntukan penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peruntukan ini dinyatakan di dalam seksyen 30 dan 31 akkp, 1994. Seksyen ini jelas mewajibkan majikan di suatu tempat kerja yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih atau jika di arah oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerjanya yang dianggotai oleh wakil pengurusan dan wakil pekerja.

OBJEKTIF PENUBUHAN JKK

*mematuhi kehendak undang-undang , Seksyen 30 dan 31 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. *Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan yang wujud *Memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya mematuhi polisi keselamatan dan kesihatan *Menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta meningkatkan motivasi pekerja *Sebagai alat komunikasi berhubung bahaya atau risiko di tempat kerja serta langkah pencegahan.

KEPENTINGAN PENUBUHAN JKK

Sekurang-kurangnya ada dua sebab utama mengapa JKK penting ditubuhkan. Sebab tersebut ialah adanya keperluan undang-undang dan bagi mengujudkan usahasama di antara majikan dan pekerja.

17

KEPERLUAN UNDANG-UNDANG

Akta 514, Seksyen 30 dan 31 dengan jelas mewajibkan penubuhan JKK jika terdapat 40 orang atau lebih di ambil bekerja di sesebuah tempat kerja atau di arah oleh Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Berkembang dengan seksyen ini, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ) Peraturan-peraturan JKK, 1996 atau Peraturan JKK, 1996), telah dibuat oleh Menteri untuk menjelaskan dengan terperinci penubuhan dan fungsi Jawatankuasa ini. Objektif utama peruntukan undang-undang ini adalah untuk menggalakkan usahasama di antara majikan dan pekerja bagi menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama selain memastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh pihak pengurusan dan pekerja.

Mengujudkan Usahasama Majikan-Pekerja Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan menjadi tanggungjawab seseorang tetapi tanggungjawab semua. Untuk memastikan satu usahasama formal dan rasmi berlangsung di antara majikan, pihak pengurusan dan pekerja di peringkat tertinggi organisasi , maka keperluan ini telah diperuntukkan di dalam undang-undang. Walaupun diperingkat awal, peruntukan di dalam adalah diharapkan arahan yang disertai dengan panduan bekerjasama ini akhirnya akan membuahkan usahasama rela di antara majikan dan pekerja.

TUGAS-TUGAS JKK

*membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan serta penyakit pekerjaan *mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan berulangnya kejadian yang serupa/sama. *Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatan *Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi mempertingkatkan tahap keselamatan dan menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan *Menjalinkan hubungan serta kerjasama yang lebih erat dengan pekerja di dalam pencegahan kemalangan *Memupuk minat pekerja-pekerja di dalam perkara-perka yang bersangkutan keselamatan
18

dan kesihatan pekerjaan *Menyertai majikan di dalam merangka sistem kerja selamat *Mengikut perkembangan keselamatan dan kesihatan semasa serta menyebarkannya dikalangan pekerja-pekerja *Menilai keperluan pertolongan cemas, pekhidmatan kesihatan, pencegahan kebakaran serta kemalangan *Menasihati pihak pengurusan berkaitan perihal keselamatan dan kesihatan *Bertindak sebagai alat komunikasi bagi organisasi tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan *Membantu majikan di dalam penyelesaian masalah keselamatan dan kesihatan "Peraturan 1996, peraturan 3(2) mewajibkan penyusunan semua JKK yang ditubuhkan sebelum ia dikuatkuasakan mengikut keperluan Peraturan JKK, 1996 ini"

KEANGGOTAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JKK yang tubuhkan oleh majikan dengan tujuan mengujudkan usahasama kerja di antara majikan dengan pekerjanya daripada pelbagai peringkat pekerjaan. Keanggotaan JKK ini hendaklah melambangkan sumbangan bersama daripada kedua-dua belah pihak. Sebuah JKK hendaklah terdiri daripada: a)seorang pengerusi b)seorang setiausaha c)wakil pihak majikan d)wakil pekerja.

19

Rajah 3.1 organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang diperuntukkan dalam Peraturan JKK, 1996

KEPENTINGAN JAWATANKUASA

*boleh melibatkan berbagai golongan pegawai/pekerja dalam pencegahan kemalangan *boleh menganalisa kemalangan dan status tempat kerja serta merangka polisi *senantiasa berada di tempat kerja yang terdedah kepada berbagai bahaya pekerjaan *dapat merangka kesedaran pekerja-pekerja tentang tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan diri.

"JKK berfungsi sebagai perunding dan penasihat bagi pekerja, platform bagi pekerja membuat pengaduan dan penghubung kepada pihak kerajaan jika terdapat perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan oleh majikan"

PERHUBUNGAN TUGAS-TUGAS DENGAN FAKTOR MASA

Terdapat tugas dengan faktor masa yang mesti dilakukan oleh JKK. Sebahagian tugas-tugas ini merupakan tempoh masa yang terlibat adalah sama dan kadangkala berkaitan dengan tugas lain.
20

Perhubungan tugas-tugas dan faktor masa yang sama perlu diambil perhatian oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan majikan. Jika pada bila-bila masa majikan tidak mampu melaksanakan cadangan JKK dan alasan yang diberikan oleh majikan tidak boleh diterima oleh jawatankuasa, maka perkara ini boleh dirujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyelesaikannya. Bagi organisasi yang merasakan ia memerlukan jawatankuasa kecil untuk membantu JKK induk, peraturan 20, Peraturan JKK 1996, ada menyediakan peruntukkan berbuat demkian. Peraturan ini sangat berguna di tempat kerja yang besar, berisiko tinggi dan mempunyai ramai pekerja.

MESYUARAT JKK

Kejayaan sesebuah jawatankuasa memenuhi fungsinya, antara lain bergantung kepada kecekapan perjalanan mesyuaratnya. Ini kerana di dalam mesyuaratlah segala perbincangan, perancangan dan keputusan dibuat mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan. Kecekapan mesyuarat dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: *Terma rujukan fungsi jawatankuasa *Kefahaman anggota terhadap peranan mereka di dalam jawatankuasa *Etika prosedur mesyuarat *Iltizam pengerusi dan ahlinya melaksanakan segala keputusan mesyuarat Bahagian IV, Peraturan JKK, 1996 telah menetapkan beberapa syarat berkaitan dengan perjalanan mesyuarat JKK. Antaranya: a)Kekerapan mesyuarat *JKK mesti mengadakan mesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali *Mesyuarat yang dilakukan secara berkala hendaklah memastikan diminitkan di dalam mesyuarat sebelumnya dapat dilaksanakan dengan segera b)Kemudahan bermesyurat *Kemudahan tempat yang sesuai yang wajib disediakan oleh majikan. c)Mesyuarat sulung
21

*Mesyuarat ini hendaklah dipanggil oleh majikan *Mesyuarat berikutnya boleh dipengerusikan oleh pengurus yang diberikuasa oleh majikan d)Korum *Mesyuarat terbentuk apabila pengerusi, setiausaha dan tidak kurang dari satu perdua baki anggota hadir di dalam mesyuarat. *Mewajibkan kehadiran setiausaha pada setiap kali mesyuarat dan kehadirannya sebagai syarat untuk mencukupkan korum. e)Kehadiran bukan angggota *JKK boleh menjemput bukan anggota JKK hadir di dalam mesyuarat jika mereka dapat membantu tujuan mesyuarat. f)Agenda yang dibincangkan *Perbincangan di dalam mesyuarat mestilah dihadkan kepada perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja sahaja g)Minit mesyuarat *Mesti diberikan kepada setiap anggota JKK dalam masa dua minggu selepas mesyuarat berlangsung.

LATIHAN ANGGOTA JKK

Anggota JKK melakukan dua tugas utama: *Menjalankan mesyuarat *Melaksanakan keputusan mesyuarat (seperti peyiasatan kemalangan dan pemeriksaan) Program Latihan keselamatan dan kesihatan perlu diberikan kepada setiap anggota JKK termasuklah pengerusinya sekali. Adalah lebih baik jika setiap anggota JKK dapat mengikuti sekurang-kurangnya satu latihan khas bersama-sama. Di dalam kursus ini mereka boleh didedahkan kepda subjek-subjek seperti:

*Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan *Penubuhan dan fungsi JKK *Pembentukan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan perkiraanya *Pengurusan risiko
22

*Perancangan, penyediaan dan perlaksanaan sistem kerja selamat *Penyiasatan kemalangan dan menyediakan laporan *Pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan *Pengukuran pencapaian

CIRI-CIRI JKK YANG CEKAP DAN BERKESAN Sebuah JKK yang cekap dan berkesan sekurang-kurangnya mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

JKK dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang diberi kuasa dan mampu menunjukkan keikhlasan di dalam menggalakkan semua anggotanya melibatkan diri secara aktif dan proaktif

JKK dianggotai oleh mereka yang terbaik, komited dan mempunyai daya sumber di dalam usaha mengujudkan budaya kerja selamat dan sihat

Anggota JKK memahami fungsi mereka JKK mempunyai sokongan dan kepercayaan semua pihak yang diwakilinya Mesyuarat hanya membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja Anggota JKK memberikan sepenuh iltizam terhadap tugas dan tanggungjawab mereka sebagai satu pasukan JKK mempunyai cukup dan berbagai idea serta aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan untuk dilaksanakan Semua keputusan mesyuarat dilaksanakan secepat mungkin Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada semua pekerja dan mendapat perakuan mereka.

AGENSI-AGENSI TERLIBAT DI DALAM PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu: *Pengilangan *Perlombongan dan pengkuarian
23

*Pembinaan *Hotel dan restoran *Pertanian, perhutanan dan perikanan *Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi *Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun *Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan *Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Objektif utama jabatan ini ialah:

untuk menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripatisme dasar, undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja untuk memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan bahawa majikan, orang bekerja sendiri, perekabentuk, pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat dan sentiasa mematuhi kehendak-kehendak undang-undang, tata amalan dan garis panduan yang sedia ada untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja dan profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan Dasar jabatan

untuk menyedia dan menyenggara suatu tempat dan sistem yang selamat dan sihat untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi *untuk memenuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan *untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja *untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu
24

b)Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai 1985. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan social yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian. Objektif utama skim keselamatan social adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan disamping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin. Misi Perkeso adalah komited untuk memastikan keselamatan social dan ekonomi kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi :

*Prinsip Insuran Keselamatan Sosial *Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan pada kos yang paling ekonomik dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber manusia. *Mengkaji sturktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan kewangan dan cara serta system pemberian faedah. *Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya usaha usaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulan wanga PERKESO melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik *Memupuk serta menggalakan kesihatan serta keselamatan pekerjaan dikalangan yang pekerja/majikan

c)Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau Construction Industry Development Board (CIDB) ditubuhkan oleh kerajaan melalui persetujuan di dalam Parlimen Negara pada tahun 1994 secara rasminya. Walaubagaimanapun perlaksanaannya telah bermula sejak tahun 1987 berikutan pembangunan Negara yang pesat menjelang tahun 2020. Kerajaan menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku di dalam industri pembinaan.
25

Perkara yang menjadi perhatian oleh CIDB di dalam industri pembinaan adalah: *Kekurangan tenaga kerja/buruh/pakar *Permasalahan sumber dan pembekalan bahan *Produktiviti yang rendah *Peningkatan kadar kemalangan di tapak bina *Kelemahan pengurusan dan perlaksanaan projek *Kekurangan maklumat penting dan data di dalam projek pembinaan

Objektif utama badan ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan industri pembinaan Negara menjadi sektor ekonomi bertaraf antarabangsa yang mempunyai kualiti produk dan perlaksanaan kerja pembinaan yang berkualiti tinggi dan nilai untuk sumber kewangan selaras dengan kehendak Negara. Fungsi utama badan ini seperti terkandung di dalam akta perenggan 4(1) yang mengandungi: *Ke arah menggalakkan dan membangunkan industri pembinaan Negara ke arah keberkesanan perlaksanaannya *Sebagai penghubung antara kerajaan pusat dan kerajaan Negara di dalam memajukan industri pembinaan *Menggalakkan kualiti insuran dalam industri pembinaan *Memberi kredit dan kontraktor berdaftar dan membatalkan penyertaan serta sebarang pendaftaran kontraktor baru. *Memberi latihan dan kemahiran kepada pekerja pembinaan dan penyelia pembinaan. *Menentukan piawai dan kualiti pembinaan dan bahan *Sebagai perunding dan pembimbing di dalam memberi khidmat di dalam industri pembinaan

d) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau National Institute Of Occupational Safety and Health (NIOSH) ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah Kementrian Sumber Manusia sebagai kumpulan dari pelbagai pihak bagi menjaga keselematan dan kesihatan pekerja dan di tempat kerja. NIOSH bermula sebagai sebuah syarikat di bawah syarikat berdaftar pada tahun 1965. Kini ia merupakan badan organisasi di bawah kerajaan dan menjadi sektor penting bagi melaksanakan peranannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Tujuan dan objektif penubuhanya adalah untuk memberi khidmat di dalam latihan, sumber maklumat dan pusat penyelidikan dalam pelbagai bentuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
26

Institut ini juga membantu pihak industri bagi membantu perlaksanaan dan penyelesaian permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif utama institut ini diwujudkan oleh kerajaan adalah: *menjadi perancang dan penggubal utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selain menyusun kurikulum dan latihan bagi pekerja, syarikat, dan mana mana pihak yang ingin melaksanakan secara langsung atau tidak langsung untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. *Menjadi pembantu industri, kumpulan dan pihak-pihak dalam menangani permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan *Membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan memberi maklumat berkembangan terkini yang berkaitan sama ada dalam dan luar Negara. *Menjadi pelaksana di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan untuk jangka pendek dan panjang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara

Antara aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh pihak NIOSH adalah menyusun segala yang berkaitan dengan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari segi tugas di pejabat, peranan organisasi, latihan dan bimbingan pekerja. Biasanya program yang dilaksanakan sejak dari 1993, latihan yang utama diberikan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah: *Keselamatan di tapak binaan *Keselamatan dalam penggunaan bahan *Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan *Latihan dan bimbingan berterusan *Bimbingan Aktiviti perlombongan *Program perlindungan diri

27

KESIMPULAN Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di peruntukkan di bawah Bahagian XI. Kuasa-kuasa diberi kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan tujuan akta termasuklah termasuklah kuasa untuk memasuki premis, memeriksa, meneliti, mengeledah, mengambil salinan, menyita dan menyiasat. Setelah kuasakuasa itu dilaksanakan, pegawai tersebut boleh mengambil langkah yang terakhir iaitu dengan mengemukakan notis kepada majikan. Dengan penguatkuasaan AKKP, dunia pekerjaan dan perindustrian di Malaysia telah memasuki era baru dengan perhatian yang serius diberikan kepada keselamatan dan kesihatan para pekerja. Kewujudan akta ini yang diperkenalkan kerajaan hingga ke hari ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu menyediakan suasana kerja yang selamat dan sihat bukan sahaja terhadap pekerja tetapi sesiapa sahaja yang berada di tempat kerja. Akta ini bukan sahaja meletakkan tanggungjawab kepada majikan dan orang yang bekerja sendiri tetapi juga terhadap pekerjanya. Tanggungjawab pekerja antara lain adalah memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitinya, memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan, dan mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan peraturan-peraturannya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh mengakibatkan pekerja terbabit didenda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

28

RUJUKAN 1.Internet (Akta Keselamatan Dan Kesihatan) 2.Buku Rujukan OSHA

29

KANDUNGAN

PENDAHULUAN SEJARAH PRINSIP PENGENALPASTIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN HAD PENDEDAHAN YANG DIBENARKAN PENAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN TINDAKAN UNTUK MENGAWAL PENDEDAHAN PELABELAN DAN PELABELAN SEMULA MAKLUMAT, ARAHAN DAN LATIHAN VISI, MISI & PERANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN KEPERLUAN UNDANG -UNDANG KESIMPULAN RUJUKAN

30

31

You might also like