You are on page 1of 13

Struktur Bahasa Melayu

Huraikan persamaan dan perbezaan pandangan antara Asmah (2008/1993) dan Nik Safiah Karim et al (2008) tentang gejala alomorf bagi morfem awalan meN / peN dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
PENGENALAN Konsep dan Definisi Sebelum kajian ini dimulakan, perlu diperkenalkan definisi-definisi yang penting dalam morfologi atau kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Antara istilah-istilah yang berkait rapat dalam morfologi ialah fonem, morfem dan alomorf. Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna seperti huruf d dan tdalam perkataan pedang dan petang. Fonem /d/ dan /t/ adalah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna tetapi kedua-dua /d/ dan /t/ tidak mendukung makna. Ini berbeza dengan definisi morfem. Morfem merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna seperti dalam contoh perkataan makan dan makanan. Dua perkataan ini menunjukkan persamaan dan perbezaan antara makna yang didukungnya. Persamaannya ialah pada makna yang didukung oleh makan dalam kedua-dua perkataan itu. Perbezaannya pula ialah keseluruhan makna kata makanan berbeza dengan keseluruhan makna makan. Yang menimbulkan perbezaan itu ialah akhiran an yang merupakan morfem. Maka dengan itu makanan mempunyai morfem makan dan an yang masing-masing mempunyai maknanya tersendiri. Alomorf pula merupakan varian morfem. Sesuatu morfem diwujudkan dalam bentuk fonologi sebagai suku kata, dan suku kata pula diwujudkan oleh fonem. Yang kita dengar apabila disebut sesuatu kata, kata dasar atau morfem terikat ialah kewujudan yang sebenar. Kewujudan inilah yang dinamakan alomorf dalam ilmu linguistik. Misalnya, awalan me(N)- mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-, meny-, meng- dan menge-. Begitu juga dengan awalan pe(N) yang mempunyai alomorf pe-, pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-. Batasan Kajian Kajian ini akan membataskan perbincangan kepada pandangan Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim perihal morfem yang memfokuskan kepada pengimbuhan awalan me(N). Dalam kajian ini akan dijelaskan pandangan serta pendapat kedua-dua penulis serta menghuraikan apakah persamaan dan perbezaan yang ketara antara kedua-dua penulis ini. Bahan Kajian Kajian ini akan menumpukan pandangan dan pendapat yang terkandung dalam dua buah buku yang terkini iaitu Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar (2009) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et al (2009).

ISI DAN PERBINCANGAN Nik Safiah Karim serta rakan-rakan seperjuangannya dalam buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 hlm 43), mendefinisikan morfem sebagai unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian manakala morfem terikat hanya wujud bersamasama morfem lain kerana morfem terikat tidak boleh wujud tanpa kata dasar (ibid, hlm 44). Antara contoh morfem bebas ialah rumah, sekolah dan ajar. Perkataan-perkataan ini dapat berdiri dengan sendiri dan dapat mendukung makna yang tersendiri tanpa memerlukan bantuan perkataan atau morfem lainnya. Dalam perkataan tersenyum, memasak dan pengelap pula, terdapat morfem terikat bagi setiap perkataan itu iaitu ter- dalam tersenyum, me- dalam memasak dan penge-dalam pengelap. Morfem-morfem terikat yang tersenarai ini memerlukan kata atau morfem lain untuk mendukung makna. Dalam erti kata yang lain, morfem terikat ter- memerlukan morfem senyum untuk menjadikan perkataan tersenyum itu bermakna. Terdapat morfem terikat ter- dan morfem bebas senyumdalam perkataan tersenyum. Menurut Nik Safiah Karim, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada kata dasar dan kata bentuk terbitan. Kata dasar merupakan bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan manakala kata bentuk terbitan ialah bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagaibagai cara pembentukan kata. Proses inilah yang dinamakan imbuhan. Dalam proses imbuhan, atau penambahan unit-unit bahasa yang tertentu, akan berlakunya perubahan makna nahu. Imbuhan terbahagi kepada awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Dan kajian ini akan hanya memberikan tumpuan kepada imbuhan awalan khususnya awalan me(N). Jika Nik Safiah membahagikan morfem kepada morfem terikat dan morfem bebas, Asmah Haji Omar pula merincikan lagi pembahagian morfem atau varian morfem ini kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Rincian ini merupakan perbezaan yang amat ketara dalam perbezaan pendapat dan pandangan kedua-dua penulis. Menurut Asmah Haji Omar, alomorf lingkungan adalah alomorf yang wujudnya itu didasarkan pada lingkungan-lingkungan tertentu seperti lingkungan fonologi, lingkungan nahu atau lingkungan leksikal. Salah satu ciri alomorf lingkungan ini ialah saling menyisihkan. Alomorf lingkungan fonologi merupakan alomorf yang wujudnya ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Alomorf lingkungan nahu pula ditentukan oleh ciri-ciri nahu sementara alomorf lingkungan leksikal pula ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata. a. Alomorf Lingkungan Nahu Prof Asmah menjelaskan (ibid, hlm 10) bahawa untuk alomorf jenis ini, ditentukan oleh ciri-ciri nahu seperti dalam perkataan tertawa. Perkataan Proses Imbuhan

tertawa tulis

tiada pengguguran t digugurkan

mentertawakan menulis

Tiada pengguguran huruf t dalam perkataan mentertawakan manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan menulis. Ini disebabkan ter- dalam perkataan mentertawakan adalah awalan dan pengekalan takan mempertahankan kedudukan ter- sebagai awalan. Dalam erti kata lain, terdapat dua penambahan dalam perkataan mentertawakan iaitu penambahan pertama, awalan ter- dan diikuti dengan penambahan kedua, awalan men-. Manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan menulis kerana awalan men-merupakan awalan yang diterima oleh kata dasar tulis. Alomorf Lingkungan Leksikal Alomorf jenis ini ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata seperti dalam perkataan belajar. Kata Dasar Proses awalan Perkataan ajar belbelajar kerja bebekerja
a.

Hanya perkataan belajar sahaja yang menerima proses awalan bel-. Dalam erti kata yang lain, ajar hanya boleh menerima proses awalan bel- sahaja. Begitu juga dengan perkataan kerja yang hanya menerima be-dan tidak ber- atau bel-. c. Alomorf Bebas Menurut Prof Asmah, alomorf bebas merupakan alomorf yang boleh menggantikan satu sama lain. (ibid, hlm 10) Dalam penggunaan bahasa lisan, perkataan tedaya dan terdaya seringkali kita ucapkan. Dalam bentuk lisan, timbul alomorf bebas te- dan ter-. Perlu ditegaskan bahawa untuk bahasa tulisan, perkataan daya hanya menerima alomorf ter- dan bukan alomorf te-.

Jika Nik Safiah mengkategorikan morfem kepada morfem terikat dan morfem bebas, fungsi alomorf lingkungan oleh Asmah Haji Omar, yang dirincikan lagi dan terkandung di dalamnya tiga bahagian iaitu fonologi, merupakan ciri-ciri alomorf yang menentukan morfem. Berdasarkan penerangan yang terkandung dalam Nahu Melayu Mutakhir , Asmah Haji Omar juga membahagikan morfem kepada morfem bebas dan morfem terikat. Sama seperti Nik Safiah Karim, definisi morfem bebas adalah morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimal. Sementara Morfem terikat pula merupakan morfem yang memerlukan bantuan morfem lain untuk membentuk kata (2009, hlm 13). PENGIMBUHAN dan PENAMBAHAN Menurut Nik Safiah Karim serta rakan-rakannya dalam Tatabahasa Dewan (2009 hlm 57), Bahasa Melayu merupakan salah satu

bahasa yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Perkataan-perkataan dalam bahasa ini terbentuk melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan yang digabungkan secara serentak. Nik Safiah Karim mendefinisikan imbuhan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya (ibid, hlm 45). Bentuk awalan merupakan salah satu bentuk yang tercakup dalam pengimbuhan selain daripada akhiran, apitan dan sisipan. Menurut pandangan Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir, istilah yang digunakan ialah penambahan. Penambahan didefinisikan sebagai proses dimana sesuatu morfem terikat itu ditambahkan atai ditempelkan kepada morfem bebas (ibid, hlm 25) Proses ini terdiri daripada empat jenis iaitu penambahan awalan, penambahan akhiran, penyisipan dan penambahan serentak awalan dan akhiran. Dari penerangan ini, terdapat perbezaan istilah yang digunakan oleh kedua-dua penulis ini. Asmah Haji Omar menggunakan istilah penambahan manakala Nik Safiah Karim pula menggunakan istilah pengimbuhan. Walaupun istilah yang digunakan berbeza, tetapi maksud istilah penambahan dan pengimbuhan adalah sama. Kedua-dua istilah ini menerangkan proses penerimaan atau gandingan morfem terikat dengan morfem bebas. Selain daripada definisi istilah yang digunakan membawa erti yang sama, kedua-dua penulis ini mengklasifikasikan penambahan dan pengimbuhan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Menurut Nik Safiah Karim et al, dalam proses pengimbuhan, lahirlah bentuk perkataan yang disebut kata terbitan (2009, hlm 67). Dan kata terbitan ini terbahagi kepada empat iaitu kata terbitan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (2009, hlm 72) Imbuhan me(N) merupakan salah satu kata terbitan berawalan yang wujud dalam kata kerja. Menurut Asmah Haji Omar pula, penambahan boleh berlaku pada tempat-tempat tertentu iaitu penambah awalan, akhiran, sisipan dan penambah terbahagi. Penambah boleh dikategorikan berdasarkan fungsinya dalam kata. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa kata kerja terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan. Kata Kerja dalam bentuk akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah, misalnya, tiup, bangun, alir, duduk dan sebagainya. Kata Kerja Berlapis pula merupakan kata kerja yang terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurangkurangnya satu morfem terikat, atau yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua morfem terikat (2009, hlm 135). Bentuk berlapis untuk kata kerja ini dihasilkan dengan proses penambahan dan penambah me(N) merupakan salah satu penambah yang menghasilkan kata kerja berlapis. Terdapat persamaan dalam proses penambahan atau pengimbuhan. Kedua-dua penulis mengklasifikasikan penambahan atau pengimbuhan ini berlaku pada bahagian awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Yang membezakan kedua-dua penulis ini ialah istilah yang berbeza untuk menerangkan proses Kata Nama Terbitan. Asmah Haji Karim menggunakan istilah kata kerja berlapis manakala Nik Safiah Karim menggunakan istilah kata kerja terbitan. Selain perbezaan penggunaan istilah, kedua -

dua penulis ini bersetuju bahawa penambah me(N) atau imbuhan me(N) menghasilkan kata kerja berlapis atau kata kerja terbitan. 1a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan meAwalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat varian iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Varian awalan meN- ini bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Awalan me- dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut: Awalan me- (ibid, hlm 151) Imbuhan meHuruf Kata dasar awal l m n ny ng r w y

lawan masak nanti nyala nganga rayu wangi yakin

melawan memasak menanti menyala menganga merayu mewangi meyakin(kan)

Ditambahkan juga ke dalam jenis ini kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu mmenggantikan p, n menggantikan t, ng menggantikan k dan ny menggantikan s. Awalan me- (ibid, hlm 152) Imbuhan meHuruf Kata dasar Digugurkan Digantikan awal p p m memesan pesan memukul pukul t t n menetap tetap menari tari k k ng mengarang karang mengata kata s s ny menyalin salin menyinar sinar 1b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan meTerdapat perbezaan yang ketara dalam senarai varian me(N)pada pandangan Asmah Haji Omar. Jika Nik Safiah menyenaraikan hanya empat

varian me(N)- iaitu me-, mem-, men- dan meng-, Asmah Haji Omar menyenaraikan enam varian me(N)- dalam Nahu Melayu Mutakhir iaitu tambahan meny- dan menge(2009, hlm 9). Menurut Asmah Haji Omar, morfem awalan me dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, ng, ny, m dan w seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut: Awalan me- (ibid, hlm 9) Imbuhan meKata dasar lukis masak nganga nyanyi raung warna melukis memasak menganga menyanyi meraung mewarna

Huruf awal l m ng ny r w

Terdapat perbezaan pandangan dalam senarai huruf yang memerlukan imbuhan me-. Menurut Asmah Haji Omar, huruf n dan y tidak termasuk dalam senarai bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang memerlukan imbuhan me. Selain perbezaan huruf n dan y, terdapat juga perbezaan pendapat serta pandangan oleh Asmah Haji Omar dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Lazimnya kata dasar yang bermula dengan huruf n dan y dalam Bahasa Melayu merupakan perkataan yang memerlukan bukan sahaja awalan me- tetapi akhiran i atau kan, kecuali perkataan nanti. Imbuhan meHuruf Kata dasar awal menanti nanti menantikan menaiki menaikkan menafikan menasihati menasihatkan menamai menamakan menikmati menodai

naik nafi

nasihat

nama nikmat noda

meyakini y yakin meyakinkan

Tidak terdapat kata dasar yang lain selain daripada perkataan yakin, yang bermula dengan huruf y yang tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) yang menerima imbuhan me-. 2a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan memAwalan meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan hurufb, perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Awalan mem- (ibid, hlm 152) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal beri bantu bilas memberi membantu membilas

Perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f,p dan v yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya seperti: Awalan mem- (ibid, hlm 153) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal fitnah fatwa f v veto pamer popular proses praktik plaster blok brek memfitnah memfatwa(kan) memveto mempamer(kan) Mempopular(kan) memproses mempraktik memplaster memblok membrek

b Menurut Nik Safiah, terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalanmem- seperti contoh: Awalan mem- (ibid, hlm 153) Imbuhan memHuruf Kata dasar

awal pelopor pelawa percaya punya peduli mempelopor(i) mempelawa mempercaya(i) mempunya(i) mempeduli(kan)

2b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan memHanya terdapat perbezaan pada pandangan Asmah Haji Omar perihal kata dasar yang bermula dengan huruf p. Tiada pengguguran yang berlaku dalam proses penambahan yang lain kecuali huruf p seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Awalan mem- (ibid, hlm 9) Imbuhan memHuruf Kata dasar Pengguguran awal pukul panjat pusing putar pandang bancuh fail variasi memukul memanjat memusing(kan) memutar(kan) memandang membancuh memfail memvariasi

p b f v

p digugurkan

Tiada pengguguran

3a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan menAwalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, perkataan yang bermula dengan huruf t,s serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s. Awalan men- (ibid, hlm 153) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal deru dayung duga cari cuci jemur jaja j menderu mendayung menduga mencari mencuci menjemur menjaja

syarat syukur sy ziarah zalim z

mensyarat(kan) mensyukur(i) menziarah(i) menzalim(i)

Terdapat juga perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya iaitu: Awalan men- (ibid, hlm 154) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal tadbir tafsir takrif tauliah terjemah transkripsi sintesis swasta stabil skru mentadbir mentafsir mentakrif mentauliah menterjemah mentranskripsi mensintesis menswasta menstabil menskru

Terdapat dua kecualian pada bentuk kata dasar iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran. Awalan men- (ibid, hlm 154) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal ternak tertawa t 3b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan menMorfem awalam men- pula dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s, t, c dan d. Hanya huruf s dan t sahaja yang gugur sewaktu proses penambahan seperti dalam contoh perkataan-perkataan berikut: menternak mentertawa(kan)

Awalan men- (ibid, hlm 9)

Huruf awal s t c d

Kata dasar

Pengguguran

Imbuhan men-

saman tanda cantas dongak

s digugurkan t digugurkan Tiada pengguguran

menyaman menanda mencantas mendongak

4a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan mengAwalan meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh dan h (bunyi konsonan) dan semua huruf vokal. Awalan meng- (ibid, hlm 155) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal gali gulung g ghairah ghaib gh khusus khayal kh hantar heret h ambil alir a ejek embun elak ikut ikat olah ulang ulit mengejek mengembun mengelak mengikut mengikat mengolah mengulang mengulit mengambil mengalir menghantar mengheret mengkhusus mengkhayal mengghairah mengghaib(kan) menggali menggulung

e i o u

Menurut Nik Safiah, perkataan pinjaman yang huruf pertamanya huruf k, tidak akan mengalami pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti berikut:

Huruf awal

Awalan meng- (ibid, hlm 155) Imbuhan memKata dasar

kabul kanun katalog kategori klasifikasi kritik

mengkabul(kan) mengkanun(kan) mengkatalog(kan) mengkategori(kan) mengklasifikasi(kan) mengkritik

Nik Safiah dan rakan-rakan seperjuangannya telah mengklasifikasikan menge- dalam penjelasan imbuhanmeng-. Imbuhan meng- akan bertukar menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman seperti: Awalan menge- (ibid, hlm 155) Imbuhan memKata dasar mengecat cat mengebom bom mengesah sah mengepos pos mengetin tin mengekod kod

Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim, terdapat pengecualian pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng- tidak berubah menjadi mengeseperti dalam contoh: Awalan meng- (ibid, hlm 155) Imbuhan mengKata dasar mengstor stor mengbrek brek mengklip klip

4b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan mengSeperti Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar juga berpendapat bahawa morfem awalan meng-dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh,

gh dan semua vokal. Hanya hurufk yang akan gugur dalam proses penambahan seperti dalam perkataan-perkataan berikut: Awalan meng- (ibid, hlm 9) Imbuhan mengHuruf Kata dasar awal k g h kh gh a e i o u

kunci gari halau khatam ghairah ambil eram ikut olah upah

mengunci menggari menghalau mengkhatam mengghairah mengambil mengeram mengikut mengolah mengupah

Walaupun, penerimaan imbuhan menge- akan berlaku sekiranya digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata, seiring dengan pendapat Nik Safiah, Asmah Haji Omar pula berpendapat bahawa imbuhan menge- merupakan salah satu varian yang tersendiri dalam alomorfme(N). Morfem awalan menge- ditentukan oleh kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti contoh perkataan-perkataan yang diberikan. Awalan mengeImbuhan mengeSatu suku kata bom mengebom cam mengecam cat mengecat had mengehad pos mengepos

Lazimnya, pengguguran konsonan pertama dalam alomorf me(N) itu merupakan fonem yang tidak bersuara. Menurut pandangan dan penerangan Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir (2009, hlm 9), awalan meny- dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s dan c. Dalam proses penambahan, hanya huruf s yang akan gugur seperti dalam senarai di bawah. Awalan menyImbuhan menyHuruf Kata dasar

awal sesuai salah sahut menyesuai menyalah menyahut

Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang menerima imbuhan meny- dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tiada penjelasan yang diberikan oleh Nik Safiah Karim mengenai imbuhan awalan meny-. Rumusan Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Berlandaskan kajian yang telah dibentangkan ini, bahasa Melayu mampu berkembang dan berevolusi berlandaskan teori dan pendekatan yang ada sejajar dengan peredaran semasa. Walaupun terdapat dua cendekiawan yang menzahirkan pendapat dan pandangan yang bercambah, ianya merupakan sumber rangsangan serta memperkayakan pemikiran setiap pembaca terutama sekali kepada penuntut yang ingin mendalami bidang ini.
Asmah Haji Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2009. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/struktur-bahasa-melayu.html

You might also like