You are on page 1of 11

TERAPI OZON (G5.

7)
KONSEP DAN DEFINISI TERAPI OZON
Istilah yang menggambarkan beberapa amalan yang berbeza di mana oksigen, ozon atau hydrogen peroksida ditakbir melalui cecair atau gas untuk membunuh mikroorganisma yang jahat, meningkatkan fungsi sel, dan menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak. Rasional di sebalik terapi ozon ini ialah seperti yang mereka sering dikenali, tanggapan bahawa selagi keperluan antioksidan bagi badan dipenuhi, penggunaan bahan oksidatif tertentu akan merangsang pergerakan atom oksigen daripada saluran darah ke sel badan. Ozon sendiri terdiri daripada oksigen, terhasil apabila sinaran ultraungu atau aliran elektrik melalui udara atau oksigen.

Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai

SEJARAH AWAL TERAPI OZON


Sejarah terapi ozon bermula di German di mana Werner Von Siemens membina paip sedutan pertama untuk membunuh mikroorganisma pada tahun 1857. Baron Justus Von Liebig pula ahli kimia pertama yang meneroka aplikasi ozon untuk kegunaan manusia. Kemudian para sainstis Rusia mempercepatkan penyelidikan perubatan dan berkongsi pengetahuan dengan Negara-negara Bersatu. Selain itu, pengetahuan tersebut juga dikongsikan bersama dengan seluruh dunia terutama sekali selepas Perang Dunia Kedua.

Werner Von Siemens

Di Sepanyol, terapi ozon mempunyai kesan yang bermanfaat di mana gas di dalam badan diperbaiki. Ozon bertindak sebagai anti oksida dan merangsang sel darah putih yang akan meningkatkan pertahanan badan sekaligus sel darah merah akan meningkatkan pembebasan oxygen untuk pengangkutan oxygen ke sel-sel badan yang baik. Manakala doktor-doktor di Jerman akan menggunakan anti oksida sebelum dan selepas sesi terapi ozon. Langkah ini penting bagi memastikan badan kita tidak menghasilkan radikal bahaya yang boleh memulakan proses mutasi.

KEPENTINGAN TERAPI OZON


DARI SEGI KESIHATAN

Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa Merangsang sistem pertahanan badan atau imun Memusnahkan radikal bebas Mencegah koma dan kejutan Menghentikan pendarahan Menghalang dan merawat penyakit berjangkit Menghalang penyakit degeneratif Memperbaiki fungsi otak dan ingatan

Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen, dan aliran darah Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim Memecahkan lemak iaitu kolestrol dan trigliserid membersihkan arteri & Mengurangkan radang atau inflamasi Menyingkirkan toksin

vena

Amalan hidup sihat dapat membantu kanak-kanak membesar dengan bijak

DARI SEGI MAKANAN


Menyahtoksik buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan, daging Menghapuskan racun serangga, bahan kimia pada makanan Menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran ranggup Mengeluarkan antibioti pada bahan makanan Mengekalkan kesegaran makanan

Galakkan anak-anak makan buah-buahan dan sayur-sayuran

DARI SEGI KEBERSIHAN


Mensteril peralatan dapur dan botol susu bayi Membantu mengatasi masalah kelemumur, jeragat, jerawat dan bintik

hitam

Kebersihan persekitaran seperti bilik darjah perlu dititikberatkan

PROSES-PROSES TERAPI OZON

Terapi ozon dijalankan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu

PENGGUNAAN TERAPI OZON

MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI OZON DI MALAYSIA

Keratan akhbar mengenai terapi ozon

KOS MAHAL

Memerlukan kos yang mahal untuk setiap sesi Mesin tabung yang mengandungi gas ozon yang terkawal pengambilannya

KESAN SAMPINGAN Umumnya pesakit akan mengalami beberapa gejala sampingan (side effect) akibat dari menjalani terapi ozon Sakit dada Sesak nafas Pening

Contoh mesin terapi ozon

Pesakit terapi ozon ini seharusnya mengambil antioksidan selama menjalani terapi. Fungsi antioksidan sangat penting kerana khuatir doktor memberikan dos ozon yang berlebihan, sehingga memberikan radikal dalam tubuh yang menyebabkan gangguan pada sel tubuh. Antioxidant akan membuat proses terapi

ozon ini tetap terkawal (keep the process in check). Tubuh manusia yang sihat memiliki kadar antioksidan yang cukup, sehingga aktiviti radikal bebas dapat disekat.Namun apabila menjalani terapi ozon, ianya memberikan radikal baru dari luar.

CADANGAN TEMPAT-TEMPAT PERKHIDMATAN TERAPI OZON


Klinik Penawar, Semenyih Sentral Perubatan Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre Pusat Perubatan Kampung Baru,Kuala Lumpur Ozone TherapeuticAction Sdn Bhd, Danau Kota Pusat Terapi Ozon Kota Bharu, Kelantan

p/s : sila tekan link untuk mendapat maklumat lanjut

KESIMPULAN TERAPI OZON


Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai bakal pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kreatif dalam membantu kanak-kanak menempuhi proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum sekaligus dapat membantu dalam menjalani kehidupan. Namun begitu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak dengan keperluan khas diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran

yang diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka (Jamila K.A. Mohamed, 2006). Bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, guru bolehlah menjalankan program terapi. Terapi merupakan kaedah yang dapat membantu individu yang mempunyai kepelbagaian masalah yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor dalam mencapai perkembangan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak aktiviti terapi boleh dijalankan kepada kanak-kanak khas seperti terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan lain-lain. Kemajuan dunia dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada manusia. Begitu juga dengan perkembangan terapi. Kini, terapi ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Terapi ini dikatakan dapat mengubati banyak penyakit seperti eczema, AIDS, dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan yang meluas kepada pelbagai penyakit berikut telah menarik ramai orang untuk mencuba kaedah alternatif ini. Namun begitu, penggunaan terapi kepada kanak-kanak khas di negara ini masih lagi di peringkat awal. Mungkin terdapat kekangan yang menghalang kanakkanak khas daripada mencuba terapi ini seperti penggunaan alat yang mahal, sukar didapati di kawasan berhampiran sekolah dan lain-lain. Malahan, terdapat kajian atau data yang mengatakan bahawa penggunaan terapi ozon sebagai pilihan terapi untuk kepelbagaian jenis keadaan kesihatan kurang mencukupi bukti keselamatannya dan tidak diyakini mempunyai kelebihan daripada terapi-terapi lain. Oleh itu, sebagai seorang guru, pemilihan terapi yang betul dan teliti akan dapat membantu murid-murid mengalami pengalaman baru sekaligus membantu meminimumkan masalah yang mereka hadapi untuk menempuh alam kehidupan. Biarlah kepelbagaian terapi diterapkan kepada murid-murid agar mereka berasa seronok dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Kanak-kanak khas perlu dibimbing melalui aktiviti terapi bagi membantu mereka menjalani kehidupan berdikari

Sayangilah kanak-kanak khas sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri

CONTOH PEMASANGAN & PENGGUNAAN MESIN TERAPI OZON

Sekian dari kami G5.7. Semoga berjumpa lagi.

You might also like