You are on page 1of 24

HBSS1103

Pengenalan Pengajian Sosial

Isi kandungan

Bil Perkara Halaman


Tugasan 1- Merujuk kepada teori kecerdasan pelbagai,

pendekatan konstruktivisme, pembelajaran konstektual dan

penyelesaian masalah melalui inkuiri penemuan, anda


01 2
dikehendaki menghasilkan satu penulisan ilmiah mengenai teori

pilihan anda berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan 2 - Jelaskan maksud pembelajaran efektif. Pada

pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk


02 6
menerapkan pendidikan efektif. Gunakan maklumat daripada

kajian-kajian lalu untuk menyokong pendapat anda.


Tugasan 3 - Berdasarkan subjek anda, lengkapkan langkah
pengajaran bercirikan kontruktivisme berpandukan Model 5
03 Fasa (Needham,1987). Pastikan diakhir pembelajaran, pelajar 10
dianggar dapat menghasilkan pengetahuan terbaru.

Tugasan 4 - Berdasarkan rasional pemilihan penggunaan bahan


bantu mengajar dan maklumat di atas, anda dikehendaki
menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan
04 13
menyatakan kedudukan Model 5 Fasa dalam RPH berkenaan.
RPH hendaklah mengikut format seperti dalam modul untuk
pengajaran selama 60 minit.
05 Rujukan 22
06 Lampiran

Helmi Riza Adnan 1


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Merujuk kepada teori kecerdasan pelbagai, pendekatan konstruktivisme,


pembelajaran konstektual dan penyelesaian masalah melalui inkuiri penemuan,
anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan ilmiah mengenai teori pilihan anda
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Apakah definisi mudah kepada kecerdasan? Robert Ornztein mengatakan bakat


sebagai kecerdasan, sementara Shephard dan Jupp (1976) mengatakan keupayaan untuk
belajar, berfikir dan menyesuaikan diri melalui pengalaman sebagai kecerdasan. Howard
Gardner (1999) mendefinisikan kecerdasan sebagai ’keupayaan menyelesaikan masalah’.

Helmi Riza Adnan 2


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun
1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Universiti Harvard.
Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8
jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan
manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti
adalah seperti berikut:

1. Kecerdasan Verbal - Linguistik


Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan,
termasuk keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik
dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif,
bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

2. Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah
memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka.
Membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan cekap menggunakan teknologi dalam
menyelesaikan masalah.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab
dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

3. Kecerdasan Fizikal-Kinestatik
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan
kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,
pemain sukan dan seni pertahanan diri.

Helmi Riza Adnan 3


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

4. Kecerdasan Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan,
termasuklah kebolehan memersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, imaginasi aktif, peta minda dan
mengorientasi diri dalam matriks ruang.

5. Kecerdasan Muzikal
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui
muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan
suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan
drama lagu.

6. Kecerdasan Intrapersonal
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai
gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak,
motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, taakulan tahap
tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

7. Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan
untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan empati, latihan kolaboratif, memberi
maklum balas, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerjasama

8. Kecerdasan Naturalis

Helmi Riza Adnan 4


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang


termasuk rumput dan batu-batan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan
kebolehan bagi mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

Helmi Riza Adnan 5


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Jelaskan maksud pembelajaran efektif. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara


yang paling berkesan untuk menerapkan pendidikan efektif. Gunakan maklumat
daripada kajian-kajian lalu untuk menyokong pendapat anda.

Teori tentang model-model pembelajaran mulai berkembang seiring dengan


kemajuan pemikiran manusia dalam dunia pendidikan. Tahun 1970-1980, model

Helmi Riza Adnan 6


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

pembelajaran cenderung bevavoisme dengan model belajar yang tidak berbeza dengan
orang lain (meniru yang sudah menjadi tradisi turun-temurun). Sekitar tahun 1990
muncul model pembelajaran kognitivisme dan mulai tahun 2000 ada perubahan
pembelajaran dengan model pembelajaran konstruktivisme. Model pembelajaran yang
terakhir memungkinkan pembelajaran yang lebih efektif dan menjadikan murid lebih
kreatif dan inovatif.

Pembelajaran yang efektif mempunyai karakteristik bagi murid untuk melihat,


mendengar, mendemonstrasikan, bekerjasama, penemuan sendiri, dan membangun
konsep sendiri. Ini kerana hasil penelitian menyebut bahawa pengalaman belajar 10%
diambil dari apa yang kita dengar, 20% dari yang kita baca, 30% dari yang kita lihat, 50%
dari yang kita lihat dan dengar, 70% dari yang kita katakan, dan 90% dari yang kita
katakan dan lakukan. Suasana pembelajaran yang efektif menyatakan bahawa suasana
belajar di kelas harus interaktif, inspiratif, menyenangkan, inovatif dan penemuan. Untuk
itu memenuhi tuntutan pembelajaran yang efektif, maka muncullah model pembelajaran
CTL (Contextual Teaching and Learning). Model pembelajaran CTL memungkinkan
untuk lebih membentuk pemikiran murid. Enam aliran CTL antara lain

1. Konstruktivisme
2. Penyoalan
3. Penemuan
4. Penilaian Sebenar
5. Refleksi
6. Permodelan

Konstruktivisme (Constructivism), mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu


pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk
Helmi Riza Adnan 7
790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman
masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru
tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah
satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi
proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman
yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid
membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif
yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang
sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Penyoalan atau questioning, iaitu mendorong murid untuk mengetahui sesuatu,


murid untuk memperoleh maklumat, digunakan untuk menilai dan melatih kemampuan
murid dalam berfikir secara kritis.

Penemuan (Inquiry), pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang


mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari
maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan
ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu
fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

Pemodelan (modeling), ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan


skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada
kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan
pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman
dan sebagainya.

Helmi Riza Adnan 8


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Authentic assessment atau penilaian yang sebenarnya, menilai dengan berbagai cara dan
dari berbagai sumber, mengukur pengetahuan dan ketrampilan murid, mensyaratkan
penerapan pengetahuan atau pengalaman, tugas-tugas yang konstektual dan relevan, dan
proses dan produk kedua-duanya dapat diukur.

Refleksi (reflection), apabila seseorang menghadapi keadaan bermasalah,


kecenderungannya ialah untuk terus bertindak dalam keadaan berkenaan dan cuba
menggunakan sebarang cadangan dalam minda untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Justeru itu, fasa pertama ialah pengecaman penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi
masalah berkaitan. Fasa kedua ialah 'problematize' keadaan yang dihadapi atau menyifat
dan menganalisakan keadaan masalah. Sebaik sahaja keadaan masalah dikenalpasti,
pemikir refleksi memasuki fasa ketiga dan mula menjanakan hipotesis yang mungkin
membawa kepada penyelesaian masalah. Dalam fasa keempat, pemikir menggunakan
penalaran (reasoning) untuk menentukan sama ada hipotesis berupaya menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Selepas hipotesis-hipotesis dibangunkan dengan sepenuhnya, ia
diuji dalam fasa kelima dan terakhir. Pengujian melibatkan tindakan nyata oleh pemikir.
Hipotesis tidak lagi berbentuk eksperimen minda (thought experiment) malah ia
diaplikasikan dalam konteks masalah.

Dengan adanya pembelajaran dengan model CTL diharapkan murid dapat belajar
secara efektif dan menyenangkan sehingga dapat memenuhi standard kelulusan yang
telah ditentukan.

Helmi Riza Adnan 9


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Berdasarkan subjek anda, lengkapkan langkah pengajaran bercirikan


konstruktivisme berpandukan Model 5 Fasa (Needham,1987). Pastikan diakhir
pembelajaran, pelajar dianggar dapat menghasilkan pengetahuan terbaru.

Bil Fasa Tujuan Pelaksanaan/ Kaedah dalam


kelas
Helmi Riza Adnan 10
790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

1 Orientasi Menimbulkan minat dan - Tayangan video kepada


menyediakan suasana. murid.
- Murid menyenaraikan
kepelbagaian bentuk muka
bumi dan kepentingannya.

2 Pencetusan Supaya murid dan guru sedar - Perbincangan mengenai


Idea tentang idea terdahulu bentuk muka bumi.

3 Penstrukturan Mewujudkan kesedaran tentang - Murid dibahagi kepada


Idea idea alternatif yang berbentuk beberapa kumpulan.
saintifik. - Setiap kumpulan diberi tajuk
Menyedari bahawa idea-idea sedia berlainan dan berbincang
ada perlu diubahsuai, maklumat mengenai
diperkembangkan atau diganti kepentingan bentuk muka
dengan idea yang lebih saintifik. bumi.

Mengenalpasti idea-idea alternatif


dan memeriksa secara kritis idea-
idea sedia ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea sedia
ada

Pengubahsuaian, pemgembangan
atau penukaran idea

Menguji kesahan untuk idea-idea


baru yang dibina
4 Penggunaan Pengukuhan kepada idea yang - Guru merumuskan topik
Idea telah dibina dalam situasi baru dan dengan mengimbas kembali
biasa kepentingan bentuk muka bumi
diMalaysia.

Helmi Riza Adnan 11


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

5 Renungan Menyedari tentang perubahan idea - Murid merumuskan apa yang


Kembali murid. Murid dapat membuat telah difahami.
refleksi sejauh manakah idea asal
mereka telah berubah.

Helmi Riza Adnan 12


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Berdasarkan rasional pemilihan penggunaan bahan bantu mengajar dan maklumat


di atas, anda dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
dengan menyatakan kedudukan Model 5 Fasa dalam RPH berkenaan. RPH
hendaklah mengikut format seperti dalam modul untuk pengajaran selama 60
minit.

Mata Pelajaran: Kajian Tempatan Tarikh: 3 Mac 2009


Kelas: 5 Arif Hari: Selasa
Bilangan Murid: 35 orang Masa: 60 minit
Umur Murid: 11 Tahun
Helmi Riza Adnan 13
790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Tema: Geografi Fizikal


Topik: Bentuk Muka Bumi
Subtopik: Kepentingan Bentuk Muka Bumi

Objektif Eksplisit: Pada akhir pengajaran ini, murid-murid dapat,


1. Menyenaraikan bentuk muka bumi Malaysia

2. Menerangkan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia

3. Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada ekonomi Malaysia

Isi Kandungan Pelajaran:


Mengenal Negara Kita
3.2 Geografi Fizikal
a. Bentuk muka bumi
i. Pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia
ii. Kepentingan bentuk muka bumi

Pengetahuan Sedia Ada:


1. Murid berpengalaman melawat tempat pelancongan seperti Port Dickson,
Cameron Highland, Pulau Langkawi dan sebagainya.

2. Murid mengetahui tempat tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan
kepulauan.

Nilai Murni:
Kesyukuran, kerjasama, hormat-menghormati, berani, yakin, berbangga, menghargai

Unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia.

Helmi Riza Adnan 14


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Menyedari kepentingan bentuk muka bumi terhadap ekonomi negara

ABM:
Bil SUMBER KUANTITI
1. Silang kata 35 helai
2. Laptop dan LCD sebuah
3. Lembaran kerja 35 helai

Prosedur Pelaksanaan Elemen Pengurusan Catatan (Penerapan

Helmi Riza Adnan 15


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Pembelajaran Bestari / Nilai Murni / Nilai


Kemahiran Generik Alam Sekitar/ Unsur
Patriotisme/ Sumber
Pengajaran
Pembelajaran.
Set Induksi / Masa 5 minit TKP: Linguistik, Bersyukur
naturalis
1. Murid diminta melihat tayangan
pelbagai bentuk muka bumi di
Malaysia KBKK: kaedah
2. Murid diminta menyenaraikan konstruktivisme,
pelbagai bentuk muka bumi di menghubungkait
Malaysia dan kepentingannya.
3. Jawapan murid dikaitan dengan tajuk
hari ini.

Langkah 1 / Masa 15 minit Strategi: Berbangga dengan


1. Guru menerangkan tentang bentuk Perbincangan negara sendiri
muka bumi diMalaysia.
2. Guru menyoal murid mengenai
bentuk muka bumi diMalaysia.
3. Perbincangan

Langkah 2/Masa 15 minit Pembelajaran Bekerjasama,


1. Murid dibahagikan kepada empat Koperatif hormat-
kumpulan. Strategi: menghormati.
2. Guru menugaskan tiap-tiap Perbincangan
kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli- TKP – Interpersonal,
ahli kumpulannya mengenai Intrapersonal,
kepentingan bentuk muka bumi. Verbal - linguistik
Helmi Riza Adnan 16
790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

3. Tiap-tiap kumpulan dibahagikan


kepada tajuk yang berlainan, iaitu:
4.

Kumpulan 1: Menamakan
kawasan tanah tinggi dan
kepentingannya kepada ekonomi
negara.
Kumpulan 2: Menamakan
kawasan tanah pamah dan
kepentingannya kepada ekonomi
negara.
Kumpulan 3: Menamakan
kawasan saliran dan
kepentingannya kepada ekonomi
negara.
Kumpulan 4: Menamakan
kawasan pinggir laut dan pulau
dan kepentingannya kepada
ekonomi negara.
Guru meminta kumpulan tersebut
mencatat maklumat dalam lembaran
kerja yang diberikan oleh guru
seperti dibawah:

Helmi Riza Adnan 17


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Bil Bentuk Kepentingan Contoh


Muka Kawasan
Bumi
1. Tanah
Tinggi
2. Tanah
Pamah
3. Sungai
4. Pinggir
Laut
dan
Pulau

5. Guru memberi masa perbincangan


dalam kumpulan selama 10 minit.
6. Wakil kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan
kumpulan.
7. Guru memantau hasil pembentangan
murid dan memberikan penerangan
lanjut tentang hasil bentuk muka
bumi Malaysia.

Langkah 3/ Masa 15 minit KBKK:


1. Guru merumuskan topik pelajaran Menghubungkait
dengan mengimbas kembali kepentingan
bentuk muka bumi Malaysia.

Penutup/ Masa 5 minit KBKK: Kemahiran Yakin, berani,


1. Guru memberi lembaran kerja yang merumus berbangga,
mempunyai teka silang kata kepada Strategi: Permainan bersyukur dan
semua murid. menghargai
2. Murid diminta melengkapkan silang TPK: Linguistik,
kata ini dalam masa 5 minit. Interpersonal
Helmi Riza Adnan 18
790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

3. Murid-murid boleh berbincang


dengan kawan menyelesaikan kerja
ini.
4. Selepas 5 minit, guru akan
memberhentikan aktiviti pemainan
ini.
5. Murid-murid dikehendaki
menyerahkan kertas silang kata ini
kepada guru.
6. Guru akan mengumumkan keputusan
pertandingan.
7. Guru akan membincangkan jawapan
yang betul dengan murid-murid bagi
silang kata ini.
8. Murid membuat rumusan tentang
tajuk pelajaran dengan bantuan guru.

Catatan / Refleksi:
Contoh lembaran kerja: kepentingan bentuk muka bumi.
Bil Bentuk Kepentingan Contoh Kawasan
Muka
Bumi
1. Tanah 1. Menjana kuasa 1. Empangan Batang Ai di Sarawak.
Tinggi hidroelektrik 2. Tanah Tinggi Genting di Pahang.
2. Pelancongan 3. Penanaman sayur-sayuran di Tanah
3. Pertanian Tinggi Cameron di Pahang.
2. Tanah 1. Perindustrian 1. Pasir Gudang, Shah Alam.
Pamah 2. Pertanian 2. Penanaman padi di Dataran Kedah-
3. Jaringan Perlis.
Pengangkutan 3. Lebuh Raya Utara-Selatan.
3. Sungai 1. Perikanan 1. Penternakan ikan di sungai Pahang.
2. Jalan perhubungan 2. Sungai Rajang di Sarawak.
3. Sumber pengairan 3. Sungai Muda di Kedah diempang untuk
mengairi tanaman padi.
4. Pinggir 1. Perikanan 1. Selat Melaka, Laut China Selatan.

Helmi Riza Adnan 19


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Laut dan 2. Pelancongan 2. Pulau Sipadan di Sabah.


Pulau 3. Pelabuhan 3. Pelabuhan Klang di Selangor.
Contoh-contoh teka silang kata:
Melengkap silang kata ini dengan merujuk maklumat yang diberikan di bawah.
1 2

3 4

5 6

Menegak:
1. Aliran air semula jadi.
2. Barisan gunung yang memanjang.
4. Kegiatan _______merupakan sumber pendapatan kepada nelayan.
6. Stesen jana kuasa _______ dibina di kawasan tanah tinggi.
8. Tanah yang rata ialah tanah _______.

Mendatar:
3. Titik tertinggi pada sesebuah bukit atau gunung.
5. Kawasan tanah tinggi yang lebih daripada 300 meter tingginya.
7. Kawasan tanah tinggi yang rendah daripada 300 meter tingginya.

Helmi Riza Adnan 20


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

8. Kegiatan ekonomi yang mengutamakan keindahan alam semula jadi.


9. Kawasan perairan yang dikelilingi oleh daratan.

Jawapan:
1. Sungai
2. Banjaran
3. Puncak
4. Perikanan
5. Gunung
6. Hidroelektrik
7. Bukit
8. Pamah (menegak), pelancongan (mendatar)
9. Tasik

Helmi Riza Adnan 21


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Helmi Riza Adnan 22


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Salhah Abdullah (2009). KECERDASAN PELBAGAI: APLIKASI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing,

Lee Shok Mee (1997). PSIKOLOGI PENDIDIKAN 2: TEORI DAN APLIKASI


PsIKOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Selangor. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760348/1/

http://rara-banget.blogspot.com/2008/03/pembelajaran-efektif.html

http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm

http://members.tripod.com/Bobezani/teknik.htm

Helmi Riza Adnan 23


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com
HBSS1103
Pengenalan Pengajian Sosial

Helmi Riza Adnan 24


790915-06-5355
ededaz@yahoo.com

You might also like