You are on page 1of 5

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

1. Lafaz dan niat:

Aku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.

2. Bacaan selepas Al-Fatihah


. Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)

Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)] .. Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. . *Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi dan Qulhu wallaahu Ahad. . .

3. Membaca Tasbih
. a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min. Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya. . . b. Atau Tasbih berikut 1 kali:

. .

4. Wirid Selepas Solat Hajat


. Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut: . a. Istighfar (10 / 100 kali)

As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih. Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya. . b. Zikir

Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah. . c. Selawat (10 / 100 kali)

Allaahumma shalli alaa Sayyidinaa Muhammadin wa alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin. Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW. . .

5. Doa Solat Hajat


. Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut: .

You might also like