P. 1
Unit 3 - Kaedah Seluruh Perkataan

Unit 3 - Kaedah Seluruh Perkataan

|Views: 246|Likes:
Published by Hasmah Ambak
MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033
MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033MODUL KAB 3033

More info:

Published by: Hasmah Ambak on Mar 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/16/2015

pdf

text

original

UNIT 3 PENDEKATAN SELURUH PERKATAAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar akan dapat menerangkan pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa (whole language) membezakan beberapa kaedah dalam pendekatan seluruh perkataan menyenaraikan contoh langkah-langkah pengajaran pendekatan seluruh perkataan mencadangkan aktiviti untuk kanak-kanak belajar 2M mengguna pendekatan ini.
Dalam Bab 2 yang lalu anda telah mendapat penerangan tentang pendekatan abjad-fonik untuk mengajar 2M kepada kanak-kanak. Dalam kaedah abjad-fonik, pengajaran 2M bermula dengan kanak-kanak diajar nama dan bunyi setiap huruf abjad. Dalam Unit 3 ini mari kita lihat pula pendekatan seluruh perkataan dan contoh langkah-langkah pengajarannya.

Pendekatan mengajar awal membaca ‘seluruh perkataan’ (whole word) atau ‘seluruh bahasa’ (whole language)
Pendekatan abjad-fonik bermula pengajaran 2M dengan mengajar kanak-kanak mengenal huruf dan bunyikan huruf-huruf itu. Pendekatan seluruh perkataan pula pada amnya bermula dengan memperkenalkan murid sesuatu perkataan secara keseluruhannya dan menyuruh murid ‘mengecam’ perkataan itu dan membacanya. Ertinya pendekatan s eluruh perkataan mengajar murid sesuatu per ‘perkataan’ dahulu sebelum murid kenal abjad dan membunyikan huruf. Pendekatan ini dipanggil dengan beberapa nama, antaranya: pendekatan seluruh bahasa (whole language approach) pendekatan seluruh perkataan (whole word method), kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say), pendekatan perkataan-ke-bunyi (word to sound/simbol approach) pendekatan cerakin perkataan (word analysis), Setiap nama di atas membayangkan variasi prosedur atau teknik mengajar awal membaca pendekatan jenis ini. Ini akan dijelaskan lagi kemudian. Pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa ini dibuat berdasarkan andaian atau kepercayaan berikut:

Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 19 1. tanda-tanda jalan. According to this philosophy. 4. meaning-oriented process in which language is viewed as an authentic. kakak. Perkembangan kognitif atau intelek kanak-kanak ialah proses kanak-kanak memberi makna kepada pengalaman mereka.KAB3033 . Kanak-kanak boleh diajar terus ‘mengecam perkataan’ dan faham erti perkataan itu. jiran dan sebagainya. kerana mereka sudah mempunyai asas untuk memberi makna apa yang mereka baca. real-world experience. Kanak-kanak bercakap mengguna ‘perkataan yang bermakna’. Ejaan tidak perlu diajar kerana ia tidak penting. abang. Kanak-kanak berumur lima atau enam tahun ke atas yang belum boleh membaca dan menulis harus diajar bermula dengan perkataan secara ‘keseluruhan’ (seperti ‘bapa’ ‘meja’. 3.. 459). 2. Jadi kanak-kanak tidak perlu diajar huruf abjad dan sebutan bunyi huruf dan suku kata untuk mengajar mereka membaca dan menulis. 458. It has as its foundation about language development as a constructive. Jadi kanak-kanak dari awal setahun lagi harus diajar membaca seperti mereka diajar bercakap. merasa. ‘cawan’ dan cerita) yang bermakna. Mereka belajar dari pelbagai pengalaman mereka – mendengar. (p. simbol jenis makanan dan minuman. iaitu perkataan. natural. 5. ‘Membaca’ ialah satu kebolehan semula jadi (natural and almost instinctive process). Kanak-kanak dari mula dilahirkan hingga kira-kira lima tahun sangat cepat belajar.. Kanak-kanak belajar bahasa lisan dan tulisan melalui ‘perkataan -perkataan’ dan ‘ayat-ayat’ yang mereka dengar atau mereka berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka. language is a natural phenomenon and literacy is promoted through natural. Perkataan baru akan diberi makna mengikut konteks. Kanak -kanak tidak perlu diajar ‘huruf’ dan ‘bunyi huruf’ dahulu untuk mereka belajar membaca. language learning cannot be broken down into myriad isolated sub-skills. . Sejak lahir lagi kanak-kanak belajar kemahiran berbahasa: bahasa lisan iaitu mendengar dan bercakap perkataan dengan: ibu-bapa. Kanak-kanak juga belajar bahasa isyarat iaitu seperti mereka cuba ‘membaca’ isyarat emaknya. apa yang penting ialah supaya kanak ‘mengecam’ perkataan dan faham makna perkataan secara keseluruhannya. menghidu. and language learning is perceived as taking place through functional reading and writing situations… From this point of view. menyentuh. Yang penting ialah kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai interaksi positif dan yang memperkayakan bahasa dan perbendaharaan mereka. dan memberi erti kepada simbol-simbol ‘gambar’ dan grafik di sekeliling mereka. Mereka ‘diajar’ oleh ibu-bapa dan orang di sekeliling mereka secara tidak formal. Misalnya kanak kanak berumur tiga tahun sudah mula cam dan kenal jenama jenis motokar. Pendekatan seluruh bahasa atau seluruh perkataan ini berasaskan falsafah konstruktivisme atau perspektif teori psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak. Mengikut Lapp dan Flood (1992). ayat atau cerita. purposeful language function. Mereka tidak pun sedar yang set iap perkataan itu terdiri dari ‘bunyi-bunyi’ atau fonem khusus. melihat. a whole-language approach represents a philosophy about reading. termasuk bahasa. warna lampu isyarat dan cam jenama alat permainan mereka. 6. bukan bahagian-bahagian ‘bunyi’ kecil perkataan itu.

terdapat beberapa variasi kaedah dan teknik dalam pengajaran 2M pendekatan ini. Beliau banyak menulis dan menerbitkan buku. Kanak-kanak melihat perkataan itu dan menyebut perkataan itu bersama ibunya. pakej dan program membaca untuk kanak-kanak mengguna pendekatan seluruh perkataan ini. dan ibu atau guru mengajar satu perkataan satu sesi supaya kanak-kanak mengecam dan membaca perkataan itu.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 20 Ringkasnya: Mengikut pendekatan seluruh bahasa ini kanak-kanak atau murid perlu diajar membaca dengan mendedahkan mereka kepada ‘perkataan’ supaya mereka ‘mengecam perkataan’ (recognize word by sight) secara keseluruhannya. misalnya kad perkataan ‘mummy’ (bahasa Inggeris yang bererti ibu). 1. mummy nose daddy hair hand foot Langkah-langkah asas 1. .KAB3033 . Glenn Doman menyatakan kanak-kanak boleh diajar membaca oleh ibu bapa mereka pada umur dua tahun lagi melalui teknik ‘pandang perkataan’ ( recognize word by sight). Kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman Salah seorang pengkaji dan penganjur kuat kaedah ini sejak 1964 ialah Glenn Doman. Beberapa variasi pendekatan mengajar 2M seluruh perkataan Walaupun terdapat prinsip am dalam pendekatan seluruh perkataan. Kaedah ‘pandang-dan-sebut’ Glen Doman ini ialah dengan mendedahka n kanak-kanak kepada ‘perkataan’ yang ditulis pada kad dalam huruf kecil yang jelas seperti perkataan bahasa Inggeris di bawah. tunjukkan kepadanya kad sesuatu perkataan. Ibu beri pujian kepada anaknya itu. tetapi bermula dengan mengajar mereka melihat dan mengecam ‘seluruh perkataan’ dan ‘ayat’ yang bermakna. Berikut ialah beberapa kaedah dan variasinya. Ini bererti cara untuk mengajar kanak-kanak tidak bermula dengan mengenal huruf atau bunyi huruf. Apabila kanak-kanak dalam keadaan yang ceria. Kanak-kanak ditunjukkan perkataan. memandang perkataan itu dan ‘mengecam’ perkataan. mummy Ibu menunjukkan perkataan ‘mummy’ kepada anaknya dengan membaca perkataan itu kepada anaknya.

4. ‘foot’ dsb. atau beberapa patah perkataan dalam seminggu. Mengikut Glenn Doman bagi kanak-kanak perkataan ‘mummy’ ‘daddy’ ‘hand’ dan ‘nose’ itu lebih konkrit dan bermakna berbanding dengan huruf abjad a b c. Mereka akan dapat membaca sendiri ‘cerita’ setelah ia mengenal 120 patah perkataan dan ayat yang bermakna. Jadi kanak-kanak lebih mudah belajar membaca (mengecam) perkataan. 3. (p. 5. Seterusnya kanak-kanak diajar pula perkataan ‘nose’. Setiap sesi pelajaran ini mengambil masa kira-kira lima minit saja. Ibu menunjuk anaknya perkataan ‘daddy’ dalam kad dan menyebut ‘daddy’ kepada anaknya. .. Setelah ibunya yakin anaknya sudah cam.. dengan kanak-kanak diajar membaca sepatah perkataan setiap hari. Perkataan Bahasa Melayu digunakan terjemahan dari bahasa Inggeris. kenal dan boleh membaca perkataan ‘mummy’ ibunya mengajarnya pula perkataan ‘daddy’. seperti ‘ibu’ untuk ‘mummy’. Kanak-kanak tidak perlu diajar huruf dan bunyi huruf seperti pendekatan abjad/fonik. Setelah ibu yakin anaknya sudah kenal dan boleh membaca perkataan ‘daddy’ ibunya mengajarnya pula perkataan ‘hand’. Selepas itu. Dalam program mengajar membaca Glen Doman ini terdapat tujuh aras dan set perkataan yang diajar. ‘bapa’ untuk ‘daddy’. daddy Proses yang sama diulang. Proses yang sama diulang. Kata Doman.. Nothing could be more abstract to the five year ald than the letter A.. Glenn Doman menyatakan A word about the alphabet. kaedah ini telah diberhentikan penggunaannya. 114-115) Pada suatu ketika dahulu (1980an dan awal 90an) pendekatan dan program Glenn Doman ini telah diguna oleh KEMAS di bawah program NURI untuk mengajar 2M Bahasa Melayu kepada kanakkanak prasekolah di Malaysia. and last of all to the abstract. Ini termasuk perkataan dan frasa seperti.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 21 2. and progress from this to the new and the unknown. ‘hidung’ untuk ‘nose’..KAB3033 . Ulang beberapa kali.. iaitu pada peringkat ketujuh iaitu terakhir barulah kanak-kanak diajar huruf-huruf abjad. Tidak ada masa tertentu yang terbaik untuk kanak-kanak diajar membaca. kanakkanak akan dapat membaca banyak perkataan dan ayat dalam beberapa bulan. dan sebagainya. Oleh sebab ramai guru prasekolah KEMAS mendapati kaedah Glen Doman kurang berkesan. Why have we not begun by teaching this child the alphabet? . ‘tangan’ untuk ‘hand’. Ulang pula waktu lain. jika kanakkanak diajar seluruh perkataan.The basic tenet of all teaching that it should begin with the known and the concrete. dan faham apa yang dibaca.

3 dan 4 ialah proses ‘mencerakin’ atau membuat ‘analisis’ perkataan itu. 2. m e j a 4) Guru mengajar murid mengeja ‘meja’. . 2) Guru mencerakinkan perkataan ‘meja’ menjadi suku kata me ja Guru tunjuk dan sebut suku kata ‘me’ dan ‘ja’. supaya murid mengenal huruf dan bunyi setiap huruf ‘meja’ . Kaedah Cerakin ini telah diguna sebagai kaedah asas dalam Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1 KBSR (1981) untuk Sekolah Kebangsaan dalam tahun 1980-an. meja Murid disuruh melihat perkataan ‘meja’ dan guru menyebut ‘meja’ dan diikuti oleh murid. Murid mengulang menyebut suku kata ini beberapa kali sebagai latihan. Langkah 2. Kaedah ini mencadangkan setelah murid diajar mengecam dan membaca sesuatu ‘perkataan’. (Gambar meja juga mungkin diletak di sebelah perkataan meja).Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 22 Aktiviti Terangkan langkah-langkah asas pengajaran membaca yang dicadangkan oleh Glenn Doman. untuk mengatasi masalah 2M murid sekolah rendah. Murid mengenal huruf dan bunyi huruf dalam konteks perkataan itu. Perhatikan. Dalam Langkah 1 murid disuruh melihat perkataan ‘meja’ secara keseluruhan supaya mengecam bentuk perkataan itu. Kaedah ‘cerakin’ ini dipopularkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Langkah-langkah asas kaedah ‘cerakin perkataan’ (word -analysis) 1) Guru memperkenalkan kepada murid suatu perkataan. mereka hendaklah diajar ‘mencerakinkan’ atau menganalisis perkataan itu supaya mereka tahu ‘bunyi’ setiap huruf dalam perkataan itu. Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam 1980-an. diikuti oleh murid. 3) Guru mencerakin lagi suku kata supaya menjadi huruf.KAB3033 . Proses ini diulang beberapa kali untuk menentukan murid boleh ‘mengecam’ dan membaca perkataan ‘meja’. misalnya perkataan ‘meja’ dan menunjukkan perkataan itu dalam kad imbasan atau di papan tulis. Buat demonstrasi pengajaran membaca mengguna kaedah ini. Kaedah cerakin perkataan (word-analysis) Satu lagi variasi pendekatan seluruh perkataan ialah ‘kaedah cerakin’. Ini dibuat dengan bantuan kad imbasan perkataan ‘meja’ dan gambar meja.

Proses ini dibuat sehingga murid dapat ‘mengecam’ dan ‘mencerakin’ berpuluh patah perkataan. Murid akan diajar mencerakin perkataan ‘kerusi’: kerusi ke ru si k e r u s i Pada hari berikutnya guru memperkenalkan pula perkataan ‘buku’. Guru menyuruh murid membaca perkataan ‘buku’. . terutama perkataan berasaskan benda-benda di sekeliling mereka – yang terdapat dalam bilik darjah murid. murid tidak boleh membaca perkataan baru ‘kerusi’. Selepas itu guru mengajar pula perkataan ‘almari’ ‘pembaris’ ‘pemadam’ dan sebagainya. Ertinya setiap perkataan yang murid ‘membaca’ tidak membantunya membaca perkataan baru seterusnya. Kaedah cerakin tidak digunakan lagi. Dalam perlaksanaannya.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 23 Setiap hari murid diperkenalkan satu atau dua perkataan baru lagi. Kaedah ini juga digunakan oleh maktab-maktab perguruan pada masa itu sebagai salah satu kaedah untuk melatih guru mengajar 2M Bahasa Melayu KBSR di sekolah kebangsaan dalam tahun 1980-an. Guru kembali mengguna kaedah abjad untuk mengajar 2M kepada murid Tahun 1. ramai guru mendapati kaedah ini kurang berkesan. Misalnya setelah murid tahu membaca dan menulis perkataan ‘meja’ mereka diajar pula perkataan ‘kerusi’. Ringkasnya langkah-langkah pengajaran kaedah cerakin boleh digambarkan sebagai berikut: perkataan suku kata huruf dan bunyi Kanak-kanak diajar ‘mencerakin’ setiap perkataan yang diperkenalkan. Guru mengharap murid boleh membaca sendiri buku cerita mudah selepas itu.KAB3033 . Perhatikan setelah murid mengecam dan boleh membaca sesuatu perkataan seperti ‘meja’. PPK telah memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru sekolah kebangsaan untuk mereka menggunanya bagi mengajar 2M murid Tahun 1. kemudian mencerakinnya menjadi suku kata dan huruf untuk murid mengejanya. dan ramai murid tidak boleh membaca dan menulis Bahasa Malaysia. Kaedah Cerakin ini dipopularkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam tahun dalam KBSR (1980-an) untuk mengatasi ramai murid tidak boleh 2M. Setelah murid boleh membaca perkataan ‘meja’ dan ‘kerusi’ dia tidak boleh dengan sendiri membaca perkataan ‘buku’ jika guru tidak mengajarnya. Guru mengguna langkah-langkah yang sama 1 – 4 di atas untuk mengajarnya.

Antara sumbernya ialah: a) Perkataan berasaskan gambar b) Perkataan berasaskan ‘tema’ yang dibincangkan bersama murid. ‘kambing’. Ia berpunca dari soalan: apakah ‘perkataan’ yang harus guru pilih dan mengajar murid membaca pada pengajaran awal membaca? Bagaimanakah guru harus mendapat dan memilih ‘perkataan’ atau ‘ayat’ untuk murid diajar membaca? Variasi kaedah seluruh perkataan ialah variasi dari segi sumber untuk memilih perkataan atau frasa yang hendak diperkenalkan kepada murid dalam pengajaran awal membaca. atau pemandangan di tepi laut. ‘sungai’. Langkah-langkah asas Langkah 1: Guru tunjuk kepada murid sebuah gambar atau foto besar yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai objek. ‘pokok’.KAB3033 . Misalnya gambar di sebuah ladang ternakan. Atau guru melekatkan kad perkataan itu di tepi objek itu. Variasi lain kaedah dan teknik mengajar pendekatan ‘seluruh bahasa’ atau ‘seluruh perkataan’ Ada beberapa variasi lain pendekatan seluruh perkataan ini. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang haiwan atau benda yang disebut oleh murid. Beri contohnya. . c) Perkataan dari cerita yang ‘diceritakan’ oleh murid d) Perkataan dari cerita yang dibaca kepada murid (literature-based) Mari kita bincang dua punca di atas (a) dan (b). misalnya perkataan ‘kambing’. ‘lembu’. Sumber (c) dan (d) akan dihuraikan dalam Bab 4.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 24 Aktiviti Terangkan langkah-langkah asas pengajaran membaca kaedah cerakin. Kaedah gambar: perkataan berasaskan gambar Salah satu teknik guru mendapatkan perkataan untuk guru mengajar murid membaca ialah perkataan berasaskan benda yang murid lihat dalam sesuatu gambar atau foto yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka. Langkah 2: Guru menyuruh murid melihat gambar itu dan menyoal murid ‘Apakah yang kamu lihat ada dalam gambar ini?’ Murid akan menyatakan misalnya. Langkah 3: Guru menulis beberapa perkataan yang disebut oleh murid di papan tulis. ‘lembu’. Ada beberapa pendapat tentang sumber dan cara mendapat perkataan untuk diajar murid membaca. ‘pokok’ ‘sungai’ dan sebagainya. 3.

say the word. Langkah 8: Murid diajar untuk mengguna perkataan yang dipelajari itu dalam ayat.g. Tunjukkan langkah-langkah mengajar membaca dan menulis beberapa patah perkataan kepada kanak-kanak berasaskan gambar ini. Langkah 7: Kemudian guru mengajar pula bunyi huruf ‘a’. if desired. XX) Sediakan satu rancangan mengajar berdasarkan suatu gambar besar. Huruf dan bunyi huruf diajar dalam konteks perkataan setelah perkataan itu dieja dan dicerakinkan. model putting the sentences into a good paragraph. 5) Ask students to read the words (using the lines on the chart if necessary) and to classify the words into a variety of groups. 2) Ask students to identify what they see in the picture. Washington. ASCD. beginning consonants. Kaedah menggunakan gambar atau foto untuk menarik perhatian murid dan mendapatkan perkataan untuk diajar dipanggil Kaedah Picture-Word Inductive Model (PWIM).. 1999.KAB3033 . Langkah 9: Guru memilih dan mengajar perkataan-perkataan lain pula. say it again). ‘m’. (Draw a line from the identified object or area. 9) Ask students to generate a sentence.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 25 Langkah 4: Kemudian guru memilih beberapa perkataan misalnya ‘kambing’ untuk diajar kanak-kanak membaca secara lihat-dan-sebut. Guru menulis perkataan itu pada kad dan mengajar murid melihat dan menyebut perkataan itu beberapa kali. Steps of the PWIM 1) Select a picture. seperti yang disarankan oleh Calhoun. ‘b’ seperti yang terdapat dalam perkataan ‘kambing’. Ask students to think about the information on the chart and what they want to say about it. 3) Label the picture parts identified. or a paragraph about the picture word chart. spell it. 7) Add words. Kaedah ini dipopularkan oleh Emily Calhoun. 10) Read and review the sentences and paragraphs. rhyming words) to emphasize with the whole class. Identify common concepts (e. (1999). p. Langkah 5: Guru mengajar murid mengeja perkataan ‘kambing’. 6) Read and review the picture word chart (say the word.) 4) Read and review the picture word chart aloud. sentences. Aktiviti . to the picture word chart and to the word banks. Emily F. Ask students to classify sentences. ask students to spell the word aloud and then to pronounce it.Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model. (Sumber: Calhoun. murid ikut guru menyebut nama huruf ‘k’ dan bunyinya ‘khh’. Langkah-langkah yang beliau cadangkan adalah seperti di bawah. write the word. Langkah 6: Guru menunjuk huruf ‘k’ dan sebutan bunyi ‘k’. 8) Lead students into creating a title for the picture word chart.

Kaedah gambar 3 di atas boleh juga diguna kepada sesuatu tema. epal. Murid diajar mengeja setiap perkataan itu beberapa kali. 5. bentuk buah itu. 4. Langkah-langkah pengajaran sama seperti yang lalu. ‘gajah’ dan sebagai. betik. Guru menunjukkan murid gambar haiwan yang terdapat di zoo. ayam. buah-buahan. 4. anjing. Ia berasaskan anggapan bahawa kanak-kanak akan senang dan bermakna belajar perkataanperkataan berhubung dengan sesuatu perkara atau tema. bunga. . oren 3. Untuk tema haiwan guru boleh mengguna gambar sekumpulan haiwan. 5. dan menyeronokkan murid 3. Murid juga mewarnakan gambar-gambar haiwan yang mereka baca.KAB3033 . Antara tema ini yang dicadangkan ialah diri saya. 6. Murid menulis menyalin perkataan itu beberapa baris dalam buku mereka. misalnya betik. Guru menunjukkan gambar sekumpulan haiwan. dsb. Guru bersama murid berbincang rasa. pekerjaan. Contoh untuk tema buah-buahan 1. Guru memulakan pelajaran dengan bertanya dan berbincang dengan murid mengenai ‘buah’ yang mereka suka makan. ‘kera’. pisang dan rambutan. ‘buaya’ ‘harimau’. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang jenisjenis haiwan yang mereka lihat dalam gambar itu. Murid sangat suka mewarnakan gambar. Perbendaharaan kata mereka juga mudah diperluaskan. Guru menulis perkataan binatang yang disebut oleh murid. Murid menyalin perkataan ini dalam buku atau lembaran kerja. Guru berbincang tentang ciri-ciri setiap haiwan yang murid sebut. Ini memberi pengetahuan kepada murid tentang ciri tingkah laku dan bunyi sesuatu haiwan itu. Kaedah tema: Perkataan berasaskan tema Sekarang Kementerian Pelajaran dan agensi kerajaan cuba menggalakkan guru prasekolah mengguna ‘kaedah tema’ sebagai fokus pelajaran 2M di pra sekolah. misalnya ‘tema haiwan’. haiwan. rambutan. burung dan sebagainya. dan menyuruh murid menyebutnya: pisang. kera. Guru menulis perkataan ‘betik’ dan ‘pisang’ dan mengajar murid membacanya. dan mengejanya. misalnya. 2. durian. warna. manggis. Kemudian guru boleh menunjuk gambar buah-buahan. dan menyuruh murid menamakan binatang-binatang yang mereka lihat itu. Guru menyuruh murid ‘bermain’ melakonkan perangai beberapa haiwan seperti kucing. 1. pengangkutan. 2.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 26 4. Murid mewarnakannya.

Kaedah pengalaman murid: perkataan dari cerita murid. Kedua-duanya telah ditinggalkan. Soalnya berapa banyakkah perkataan yang perlu murid cam atau lihat dan sebut. sebelum mereka boleh membaca sendiri perkataan baru? Kelemahan pendekatan ini Kelemahan utama pendekatan ini ialah murid tidak dapat mengguna kemahiran apa yang mereka belajar yang lalu untuk membaca perkataan baru. ii. Terangkan perbezaan variasi pendekatan seluruh perkataan berikut. Kaedah gambar: perkataan berasaskan gambar Kaedah tema: perkataan berasaskan ‘tema’. Pendekatan seluruh perkataan ini lebih sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis bahasa yang sistem ejaannya logografik (sistem tulisan berasaskan bentuk gambar) seperti sistem bahasa Cina. Dapatan kajian menunjukkan tinggi peratus murid lemah atau tidak boleh membaca bahasa Inggeris mengguna pendekatan ini. bahkan mengakibatkan ramai murid lemah 2M. seperti ‘buku’. terutama di Sekolah Kebangsaan? Adakah ia memudahkan murid belajar 2M? Kajian di California Amerika Syarikat (1995) dan di United Kingdom (2004) mendapati pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa dan pendekatan cerakin (word analysis) ini kurang berkesan sebagai kaedah untuk mengajar murid awal membaca dan menulis bahasa Inggeris.KAB3033 . Terangkan perbezaan Pendekatan Seluruh Perkataan dan Pendekatan Abjad/Fonik. ‘meja’ atau haiwan seperti ‘harimau’. Mereka terpaksa cam dan hafal banyak perkataan sebelum mereka boleh membaca sendiri perkataan-perkataan dan ayat baru. Kelemahan kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman dan kaedah cerakin dalam KBSR yang diamalkan di Malaysia dalam 1980-an telah didapati kurang berkesan. Perbincangan Kekuatan pendekatan seluruh perkataan Kekuatan pendekatan ini ialah kanak-kanak dengan mudah tertarik dengan perkataan-perkataan yang bermakna yang diperkenal oleh guru kepada mereka. Murid boleh diajar mengecam dan membaca perkataan-perkataan ini satu persatu.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 27 Aktiviti i. ‘gajah’ dan pengalaman murid seperti ‘bermain bola’ ‘di padang’ yang murid sudah alami. Soalan Perbincangan Adakah kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk mengajar awal membaca bahasa Melayu kepada kanak-kanak prasekolah? Kenapa? . Bagaimanakah kedudukan ‘kaedah tema’ yang diguna di beberapa pusat prasekolah. Negara-negara ini mencadangkan pendekatan synthetic phonics (kaedah fonik) digunakan sebagai asas untuk mengajar kanak-kanak mula membaca.

(3rd ed. (1999). Emily F. D.KAB3033 . Teaching reading to every child.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 28 RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN Calhoun. . & Flood. Teach your baby to read. Glenn (1981). Pusat Perkembangan Kurikulum. J. London. ASCD Doman. Kementerian Pelajaran Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1 KBSR (1981) untuk Sekolah Kebangsaan. Washington.). New York: Macmilliam Publishing Company. Pan Books Lapp. (1992).Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->