P. 1
Faktor yang mempengaruhi Pendidikan di Malaysia

Faktor yang mempengaruhi Pendidikan di Malaysia

|Views: 51|Likes:
Published by nhlinda1709262174
education
education

More info:

Published by: nhlinda1709262174 on Mar 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/07/2013

pdf

text

original

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK

Oleh: Tengku Zawawi b Tengku Zainal Unit Matematik MPKTBR

PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM 1.0 Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "

Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. v. iv.0 Kehendak masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. rohani. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. politik. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Misalnya dalam masyarakat industri. viii. sosial dan budaya masyarakat tersebut. vi. pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi. i. especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring. Dalam masyarakat pertanian pula. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. iii." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. xi. ix. x. vii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. ( Kamaruddin Haji Husin. .( PPK. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah . 2. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. 1988 ) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. 1994 ) ii. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya.

maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.membina dan memupuk akhlak yang mulia .0 Faktor politik Francis P. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. . serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka.meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam .Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca.menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur.menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. sosial dan ekonomi. KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid : . Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. ketika British berkuasa di negara ini.dapat bergaul dalam masyarakat o mengembangkan bakat dan daya kepimpinan 3. . konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. seperti mengambil bahagian dalam perbincangan. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar. Di Malaysia misalnya. Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. membaca dan menulis.menguasai Bahasa Inggeris . menulis dan mengira. Apabila negara mencapai kemerdekaan.menguasai kemahiran mengira . Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata .

(Ee Ah Meng. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. 4. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor. . Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. 1995) 5. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah. perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa. 1994).. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek.0 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia.Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.0 Faktor perubahan sosial Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik. Kamaruddin Hj. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera. but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. emosi dan jasmani. 1990. sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah. merokok. minum minuman keras. merogol dan sebagainya. nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. 6. rohani. pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Pengguguran.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Menyedari hakikat ini. Husin. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. kehendak masyarakat dan kemajuan negara. merompak. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society.

kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek. sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. kehendak . Perekembangan ini penting dalam pembentukan . bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang.0 Faktor murid . kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Oleh itu. 1995). Husin. jasmani. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam 7. Hasilnya. Ini bermakna. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. 1994).0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah. guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan. dan keperluan masyarakat Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. 8. rohani dan sosial( Ee Ah Meng. psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif. sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. kasih sayang.

9. Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. (Nik Aziz Nik Pa. meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Contohnya. 1992) PENUTUP Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. 1992).0 Pengaruh psikologi pendidikan Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Sebenarnya. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa. Dapatlah dikatakan bahawa faktorfaktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara. Selain itu. khususnya ke dalam bidang kurikulum. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada fahamanb binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru. mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan. faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Untuk mengatasi masalah itu. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. . satu kurikulum matetamati yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70’an.

Daud Hamzah(1995).(1989). Wiles. New York: Harcourt. Mohamed Nor(1990). Kamaruddin Hj.Theory & Practise.BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng. Shah Alam: Fajar Bakti. Husin. Ohio: Merrill Publishing Company. Curriculum Development: A Guide to Practice. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Kuala Lumpur: Longman. Pendidikan Sebagai Atu Proses. J.(1995). (1962). Mohd. H. Taba. Curriculum Development . Mohd. Perkembangan Kurikulum Sekolah. Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. J. . Kuala Lumpur: DBP.Penerokaan Teori Kurikulum. Daud Hamzah(1995). Kuala Lumpur: DBP.(1994). & Bondi. Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Brace and World.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->