You are on page 1of 2

BMM3110 1 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Tajuk : Binaan Frasa Adjektif Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Frasa Adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan kata adjektif dengan KATA BANTU dan PENGUAT sama ada di hadapan atau di belakang.

KATA BANTU sudah belum -

PENGUAT sangat terlalu -

KATA ADJEKTIF pandai nakal besar tua cantik

PENGUAT sekali

Inti frasa adjektif terletak pada kata adjketif. Bahagian inti pula terdiri daripada 2 jenis, iaitu : Binaan Satu Perkataan Binaan Dua Perkataan

Binaan Satu Perkataan Terdiri daripada satu kata adjektif. Contoh : 1. Wanita itu baik sungguh. 2. Hidup seniman itu amat sederhana.

Kata adjektif juga boleh terdiri daripada perkataan berimbuhan, misalnya : sepandai, kemerah-merahan, terbaik. Contoh : 1. Aminah tidak sepandai adiknya. 2. Bangunan bank itu tidak setinggi menara itu.

Binaan Dua Perkataan Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu : Kata Adjektif + Kata Adjektif Kata Adjektif + Kata Nama Gabungan binaan ini membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu. Nama : NOR ATIQAH BT NOR AZIZAN P5C

BMM3110 2 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1. Binaan Kata Adjektif + Kata Adjketif :

Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna.


riang gembira gagah berani kurus kering

Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan


tinggi rendah baik buruk kecil besar

Deretan dua kata adjektif yang mempunyai unsur rima yang indah.
tinggi lampai gemuk gedempol kaya raya

2. Binaan Kata Adjektif + Kata Nama : terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya.

Frasa Adjektif yang membawa maksud keserupaan


merah jambu kuning langsat muda remaja

Frasa Adjektif yang membawa maksud kiasan


besar kepala buta huruf banyak mulut

Nama : NOR ATIQAH BT NOR AZIZAN P5C

You might also like