You are on page 1of 2

BUNYI DAN HURUF Unit yang terkecil dalam sesuatu bahasa ialah fonem atau secara umum disebut

bunyi bahasa. Bahasa-bahasa Melayu, seperti juga bahasa-bahasa yang lain, mempunyai sejumlah bunyi bahasa yang diguna untuk menerbitkan bentuk-bentuk kata mengikut suatu peraturan atau sistem bunyi bahasa. Bentuk-bentuk kata ini yang menjadi unit ujaran atau pertuturan, dapat dipecah-pecahkan kepada unit-unit bunyi yang disebut fonem atau bunyi bahasa. Sebenarnya bunyi bahasa dalam sesuatu bentuk kata itu tidak berpecah-pecah sifatnya, tetapi untuk kemudahan analisis ia dipecahkanpecahkan. Huruf vokal ialah huruf A, E, I, O dan U. Huruf vokal E terbahagi kepada dua iaitu E taling dan E pepet. Huruf konsonan pula ialah huruf-huruf selain daripada huruf vokal seperti B, C, D, M, N, P, T, W, dan Y. Hanya 9 konsonan hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan : Huruf Awal Contoh Tengah Akhir

p t m n ng s h r l

peri turi mari naik ngeri salam hari rancak lari

lipas atas laman tani sungai kesat sahut tari tulis

malap ulat kelam taman palang panas serah pagar tuil

5 konsonan hadir pada awal dan pertengahan perkataan :

Huruf b d g c j Awal bisu dari galas comot jari

Contoh Tengah sabit lidi pegang kocek kejang

Konsonan-konsonan ini hanya berada pada akhir perkataan ddlam perkataan-perkataan pinjaman seperti abad, had, beg, koc, dan kolej. 3 konsonan yang hanya hadir pada awal dan pertengahan perkataan :

Huruf ny w y Awal nyaring wangi yang

Contoh Tengah kunyit awan kayap

Enam vokal asli Bahasa Melayu terdiri daripada tiga voka depan (i, e taling dan a), satu vokal tengah (e pepet) dan dua vokal belakang (u, o). Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu bunyi e taling (seperti dalam leka) dan bunyi e pepet (seperti dalam besar) diwakili oleh huruf yang sama iaitu e. E taling merupakan vokal depan separuh sempit. Hanya tiga vokal iaitu i, a dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir pekataan. Vokal e taling, o dan e pepet hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.

Huruf e taling o e pepet Awal ekar orang emak

Contoh Tengah berang, bengkok boleh belah, bengkak

E taling dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Selain vokal yang enam ini, terdapat juga tiga bunyi geluncuran yang disebut diftong iaitu ai, au dan oi. Sebagai suatu bahasa yang pesat berkembang di dunia, Bahasa Melayu tidak terkecuali daripada menghadapi arus perubahan, pembinaan dan pengembangan. Akibat pertembungannya dengan bahasa-bahasa lain terutamanya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, maka Bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bunyi-bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk kata pinjaman bagi memperkaya khazanah perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Kini Bahasa Melayu telah menerima sebanyak lapan konsonan pinjaman, yang kesemuanya tediri daripada jenis bunyi geseran. Penggunaan bunyi-bunyi pinjaman ini dalam bentuk-bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama. Walaupun umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas digunakan dalam bentuk ujaran, namun bunyi-bunyi seperti th, dz, dh, dan sh kini telah ditukar menjadi s, z, d dan sy mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Contohnya : th kepada s : Selasa, salji dz kepada z : zalim, zat, azab dh kepada d : daif, dobi, hadir Namun begitu, bagi perkataan yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkaitan aqidah dan Al-Quran bunyi-bunyi asal dikekalkan ejaannya. Contohnya hadith, haqiqat, idhram, ithbat dan fasakh.

You might also like