You are on page 1of 20

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5.1

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan perbezaan inidividu dalam pembelajaran matematik dan kaedah peningkatan pembelajaran matematik. Dalam membuat perancangan dan pengajaran matematik, guru harus mengambil kira aspek perbezaan individu. Antara aspek-aspek perbezaan individu yang memberi kesan ke atas pembelajaran matematik adalah kebolehan matematik, kebolehan spatial, gaya (stail) pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina serta perbezaan etnik dan kebudayaan. matematik boleh ditingkatkan melalui seni kreatif muzik dan drama, Pembelajaran seperti cerita, puisi,

permainan dan rekreasi matematik. Penggunaan

kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek pula dapat menggalakkan pemikiran matematik (mathematical thinking)

5.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda dijangkakan akan dapat: 1. merancang pembelajaran matematik dengan mengambilkira aspekaspek perbezaan individu dan konteks sosial dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. 2. meningkatkan pembelajaran matematik melalui seni kreatif, permainan dan rekreasi matematik. 3. menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk meningkatkan pemikiran matematik (mathematical thinking).

110

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.3

KERANGKA TAJUK Peningkatan Pembelajaran Matematik

Aplikasi Perbezaan Individu dan konteks sosial

Menyelitkan seni kreatif, permainan dan rekreasi

Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek

5.4

KANDUNGAN Semasa merancang pengajaran matematik, guru hendaklah peka kepada aspek-aspek perbezaan samada gaya pembelajaran individu atau konteks sosial pengajaran yang mempengaruhi pembelajaran matematik. Menurut Dunn & Dunn (1987), tiga gaya pembelajaran yang berbeza iaitu Gaya Pembelajaran Visual, Gaya Pembelajaran Auditori dan Gaya Pembelajaran Kinestetik menyebabkan perbezaan dalam pembelajaran. Guru dapat menangani perbezaan dalam pembelajaran matematik murid dengan merancang pembelajaran dan menyesuaikan strategi pengajaran mengikut gaya pembelajaran murid.

5.4.1 GAYA PEMBELAJARAN DAN PERBEZAAN INDIVIDU Memahami pembezaan murid seperti kebolehan matematik, kesedaran ruang, gaya pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina dan perbezaan etnik dan kebudayaan dapat membantu guru membuat perancangan yang lebih berkesan. Pencapaian akademik murid dapat ditingkatkan dan masalah disiplin dapat dikurangkan sekiranya strategi pengajaran guru diubahsuai untuk mengambilkira perbezaan individu. 111

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Perbezaan individu disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya: a) Stail pembelajaran berbeza b) Kebolehan matematik c) Mod hemispheric d) Modality pembelajaran e) Keperluan istimewa (Special Needs Learners) f) Jantina g) Sosioekonomi h) Kesan etnik dan kebudayaan i) Kesan agama j) Kecenderungan dan sikap murid Faktor-faktor yang mempunyai kesan yang ketara dalam

pembelajaran matematik adalah gayal (stail) pembelajaran, perbezaan individu, serta konteks sosial pengajaran dan pembelajaran matematik. Kebolehan Matematik Ada murid yang menunjukkan kecenderungan dan kebolehan yang lebih terhadap matematik berbanding dengan murid-murid lain. Krutetskii (1976) mencadangkan kebolehan matematik jenis analitik, geometrik, atau harmonik (gabungan analitik dan geometrik). Kebolehan jenis harmonik merupakan kebolehan matematik sebenar. Mengikut Krutetskii (1976) kebolehan matematik merangkumi komponen-komponen berikut: i. ii. iii. iv. v. Kebolehan memilih dan mengasingkan struktur formal dari masalah matematik (dapat mengenalpasti data yang tidak penting juga). Kebolehan membuat generalisasi . Kebolehan membuat berbagai operasi dengan nombor dan simbol Kebolehan memahami dan menggunakan konsep ruang (spatial concepts). Kebolehan penaakulan logik (logical reasoning ability).

112

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

vi. vii. viii. ix.

Kebolehan untuk menukar dari satu pendekatan atau strategi penyelesaian kepada lain. Kebolehan membina bukti yang jelas, mudah, dan rational dengan tidak membuang masa atau usaha. Kebolehan mengingat berbagai pengetahuan, fakta matematik Kebolehan membuat penganggaran, menganalisis, mencatat persamaan dan perbezaan dan analogi. Hadamard (1945, dalam Orton, 1987) mula-mula mengutarakan dan idea

fenomena prodigios calculator. kebolehan matematik sebenar.

Kebolehan ini tidak dianggap sebagai Murid-murid yang ada kebolehan ini

mempunyai kecenderungan terhadap nombor dan perkaitan antara nombor dari peringkat umur yang muda. Kebolehan menghafal yang tinggi membolehkan mereka ingat fakta nombor serta menguasai kaedahkaedah perhitungan dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan ingatan jangka pendek. AKTIVITI 5.4.1.(1) Cari maklumat tentang pemikiran jenis convergent dan divergent dan kesannya keatas kebolehan pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan Spatial Pembelajaran matematik melibatkan gambar, gambarajah,

perwakilan visual seperti carta dan graf serta perwakilan situasi matematik dalam perbagai bentuk visual. Kebolehan spatial merupakan satu komponen utama kebolehan matematik kerana pembelajaran matematik melibatkan kesedaran spatial (ruang) terutama dalam tajuk Sukatan dan Geometri dan Penggunaan Data. Penggunaan bahan maipulatif dalam peringkat awal pengajaran dan pembelajaran matematik dapat meningkatkan kebolehan spatial kanak-kanak. Malah mewakilkan satu 113

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

situasi matematik dalam bentuk gambarajah merupakan satu peringkat dalam proses penyelesaian masalah Polya. Menurut Gestalt, hemisfera kanan otak memproses rangsangan sebagai satu struktur keseluruhan dalam bentuk imej bukan perkataan. Maka pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah yang merangsang hemisfera kanan otak yang mengawal kebolehan spatial dapat secara tidak langsung meningkatkan kebolehan matematik murid. Gaya Pembelajaran (Stail Pembelajaran) Gaya pembelajaran merujuk kepada kaedah unik seorang individu menerima dan memproses pengetahuan serta menyusun pemikirannya. Teori berhubung gaya pembelajaran menekankan sebanyak mana murid belajar dan memperoleh pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang kepintaran. Dunn & Dunn (1987) menyatakan bahawa pembelajaran murid meningkat apabila pengajaran dan pembelajaran berpadanan dengan gaya pembelajaran murid. Mereka sarankan tiga kecenderungan modaliti dalam pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik. Kekuatan modaliti boleh wujud dalam bentuk kombinasi tiga kecenderungan tersebut dan boleh berubah dalam jangka masa panjang. Dalam pembelajaran matematik, pelajar yang kekuatan modalitinya adalah visual, gemar belajar dengan melihat corak, carta, graf dan gambarajah. Pelajar yang gaya pembelajarannya lebih cenderung kepada auditori memiliki kelebihan menerima maklumat melalui pendengaran serta menceritakan semula apa yang didengar kepada orang lain. Pelajar yang cenderung kinestetik (taktual) gemar belajar dengan menyentuh, merasa dan memanupulasi objek-objek konkrit. McCarthy (dalam Good dan Brophy, 1995) mencadangkan bahawa murid-murid tergolong dalam empat gaya pembelajaran utama: pelajar imaginatif, pelajar analitik, pelajar common sense dan pelajar dinamik. 114

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Dimensi gaya pembelajaran jenis Bergantung Latar/Medan (Field Dependence) atau Bebas Latar/Medan (Field Independence) mempengaruhi pandangan atau persepsi murid dalam memahami satu tugasan atau maslah matematik untuk diselesaikan. Antara murid adalah: 1. Perbanyakkan penggunaan pelbagai media pengajaran yang berkesan- bagi pelajar visual dan auditori. 2. Eksperimen atau ujikaji dijalankan dengan bahan konkrit - pelajar kinestetik 'tactile-kinesthetic'. 3. Menggunakan gambarajah, carta pai, graf dan pelbagai jadual pelajar jenis analitik untuk membuat analisa data. 4. Menekankan aplikasi teori dalam pengajaran. 5. Menekankan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan penglibatkan strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menyesuaikan perancangan dan pengajaran mengikut gaya pembelajaran

pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran. 6. Waktu pembelajaran yang lama diselitkan dengan rehat yang pendek. 7. Lawatan sambil belajar ke firma, kilang dan tempat-tempat yang relevan dengan pelajaran. 8. Kumpulan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti sumbangsaran atau sesi buzz. 9. Kegiatan seperti main peranan, lakonan dan drama. 10. Berkongsi bersama murid pengalaman guru mengenai idea yang dibincangkan. 11. Mengenal pelajar, latar belakang pelajar, kebudayaan serta agama pelajar.

115

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

AKTIVITI 5.4.1.(2) Cari maklumat tentang gaya pembelajaran jenis Bergantung

Latar/Medan (Field Dependence) atau Bebas Latar/Medan (Field Independence) dan bincangkan dari segi pembelajaran matematik. Perbezaan Berkait Jantina (Gender Related Differences) Kajian menunjukkan bahawa perbezaan berkait jantina dalam

pembelajaran matematik adalah tidak konsisten. Pengaruh masyarakat dan persekitaran mempunyai kesan yang paling besar ke atas perbezaan pembelajaran matematik yang berkait dengan perbezaan jantina. Antara faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan adalah: i. ii. Matematik dianggap sebagai matapelajaran lelaki dan bukan perempuan Perbezaan dari segi jenis alat permainan kanak-kanak, aktiviti permaianan, expektasi ibubapa dan pekerjaan yang bakal diceburi berbza iii. iv. di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan. Pekerjaan yang berkait dengan matematik (seperti kejuruteraan, ekonomi dan perakaunan) dianggap sebagai pekerjaan lelaki Murid-murid lelaki lebih yakin tentang kebolehan matematik mereka (overestimate) manakala muri-murid perempuan kurang yakin dengan kebolehan matematik mereka (underestimate) walaupun mereka berkebolehan tinggi. v. Setengah buku teks matematik menekanakan contoh-contoh, imej serta situasi matematik yang lebih menjerus kepada kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan. Perbezaan pencapaian pembelajaran matematik di antara murid lelaki dan murid perempuan juga disebabkan oleh murid dan faktor guru. 116 Murid

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

perempuan dikatakan lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran, menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding dengan murid lelaki. Persediaan ini merupakan salah satu sebab pencapaian matematik murid perempuan lebih berbanding dengan murid lelaki. Strategi pengajaran tradisional tanpa aktiviti-aktiviti yang menarik tidak sesuai untuk murid lelaki kerana mereka mudah hilang minat dan tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebaliknya, murid perempuan dapat menerima pengajaran secara tradisional ini. Oleh yang demikian, kreativiti guru dalam perancangan dan pengajaran matematik seharusnya memimpin murid-murid lelaki dan perempuan lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pembelajaran matematik. Guru tidak patut bersikap memihak (bias) terhadap murid lelaki atau murid perempuan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Persepsi guru terhadap murid lelaki dan murid perempuan dari aspek motivasi, minat, kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa, kesediaan untuk belajar, tanggungjawab, kebolehterimaan pelajaran, kekemasan kerja, kesungguhan, inisiatif serta kreativiti dan inovasi dapat mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina dalam pembelajaran matematik. AKTIVITI 5.4.1 (3) Pilih satu buku teks matematik dan nyatakan jika jenis soalan, contoh-contoh serta gambarajah yang dipaparkan seimbang dari segi jantina.

Perbezaan Kecenderungan dan Sikap Sikap murid terhadap pembelajaran matematik bergantung kepada pengalaman dan persepsi mereka tentang matematik. Ada murid yang sentiasa ingin mencuba, ada yang cepat berputus asa, ada yang 117

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

bersemangat inkuri tinggi dan sebagainya. Segelintir murid menyukai pembelajaran matematik kerana ia tidak melibatkan perkongsian emosi atau pendapat dengan orang lain. Pembelajaran matematik digemari oleh murid-murid yang suka suasana persaingan kerana pembelajaran matematik dikaitkan dengan ketajaman akal dalam menyelesaikan masalah dan persaingan untuk mendapat jawapan yang betul secepat mungkin. Persekitaran yang penuh persaingan ini digemari oleh muridmurid terutamanya yang cerdas. Murid-murid yang gemar perbincangan dan perkongsian pendapat peribadi tidak cenderung kepada pembelajaran matematik yang menekankan jawapan yang betul sahaja. Malah, pengajaran dan pembelajaran matematik yang berasaskan kefahaman behavioris dapat menimbulkan sikap negatif terhadap matematik di kalangan beberapa murid. Keresahan matematik (mathematics anxiety) yang disebabkan oleh penekanan kepada jawapan yang betul serta kekurangan motivasi turut mempengaruhi kecenderungan dan sikap terhadap pembelajaran matematik. AKTIVITI 5.4.1 (4) Bincangkan lengkah-langkah yang boleh diambil dalam perancangan dan pengajaran matematik yang dapat menanam sikap yang positif terhadap matematik dan (mathematics anxiety). mengurangkan keresahan matematik

Pendekatan Pelbagai Kecerdasan Teori mengenai gaya pembelajaran yang diterima oleh ramai pendidik adalah Teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences) Howard Gardner (1993). Gardner telah mengenalpasti lapan kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu tetapi dalam pelbagai tahap kekuatan dan kemahiran. 118

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah membuka minda pendidik, ahli psikologi dan ibubapa terhadap bagaimana perancangan dan pengajaran dapat diubahsuai supaya semua kanak-kanak dapat diasuh untuk mencapai potensi masing-masing. Kecerdasan yang diutarakan oleh Gardner termasuk: i. ii. iii. Kecerdasan Linguistik: Penggunaan bahasa yang berkesan. Kecerdasan Muzik: mencipta, memahami dan menghargai muzik; fakta asas boleh dilafazkan dalam irama dan ritma. Kecerdasan Logik (matematik): menaakul secara logik terutamanya dalam matematik dan Sains, minat pengiraan, pengkelasan dan pemikiran kritikal iv. Kecerdasan Ruang: mengenal dengan teliti sesuatu yang dilihat; menggambarkan serta memanipulasi objek visual dalam pemikiran; perwakilan visual, warna, lukisan, metafor, peta minda

119

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

v.

Kecerdasan Kinestatik: kebolehan menggunakan anggota badan untuk mengutarakan pendapat atau pemikiran; pengalaman jenis hands on

vi.

Kecerdasan

Interpersonal:

mengenal

aspek-aspek

penting

perlakuan dan memahami orang lain; pembelajaran koperatif dan rangsangan kumpulan vii. Kecerdasan Intrapersonal: sedar tentang perasaan, motif dan kehendak sendiri; membuat pilihan sendiri berasaskan motivasi kendiri viii. Naturalis (Kecerdasan Alam Sekitar): kebolehan mengenal dan menghargai semulajadi. Kecerdasan dan gaya pembelajaran murid dapat dikenalpasti oleh guru dengan menggunakan instrumen laporan kendiri (inventori pengajaran kecerdasan individu), menganalisis hasil kerja murid atau melalui pemerhatian guru di bilik darjah. Perancangan dan matematik yang mengambilkira kecerdasan pelbagai murid dapat meningkatakan pembelajaran matematik murid melalui kepelbagaian strategi dan aktiviti pembelajaran, kepelbagaian kemahiran tahap tinggi, peluang kepada semua murid mencapai potensi, persekitaran pembelajaran yang positif, peningkatan penglibatan pelajar pencapaian pelajar yang tinggi alam haiwan dan tumbuhan; dapat membuat perbandingan dan perkaitan antara sistem-sistem dalam alam

120

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

AKTIVITI 5.4.1 (5) Layari internet dan muat turun inventori yang dapat digunakan untuk kenalpasti jenis kecerdasan. Gunakan inventori yang anda telah muat turun dari internet untuk memastikan kecerdasan rakan-rakan dalam kelas

Untuk melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, guru hendaklah:a) mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai b) memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankannya dengan kecerdasan murid. Pemilihan strategi yang sesuai juga dapat memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. c) Memastikan kaedah penilaian pembelajaran murid juga

berpandukan kecerdasan murid. kaedah-kaedah penilaian yang boleh digunakan termasuk: projek, persembahan, penyampaian, demonstrasi, penghasilan folio, penyelesaian masalah dalam eksperimen dan pameran.

AKTIVITI 5.4.1.(6) Pilih satu kemahiran matematik dari Huraian Sukatan Pelajaran (atau Dokumen Standard) dan rancangkan satu aktiviti pengajaran yang mengambilkira sekurang-kurangnya tiga dari kecerdasan pelbagai yang disenaraikan oleh Gardner (1996). 121

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.4.2 KONTEKS SOSIAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Konteks sosial yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran matematik termasuk kumpulan etnik, tahap sosioekonomi, pekerjaan, kepercayaan dan kebudayaan, agama, lokasi geografik dan pengaruh luaran. Guru harus peka kepada konteks sosial dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah yang pelajarnya terdiri dari berbagai kaum, agama, kebudayaan dan latarbelakang sosioekonomi. Guru yang sensitif terhadap perbezaan kebudayaan dan agama serta menghormati hak asasi dan perbezaan di kalangan murid-murid bukan sahaja dapat membuat perancangan dan pengajaran yang berkesan tetapi pembelajaran dalam bilik darjah akan menjadi seronok dan selesa untuk semua murid. Sekiranya terdapat sindiran atau kata-kata berunsurkan perkauman yang menyindir atau menyinggung perasaan mana-mana murid dalam bilik darjah a perlu dmengambil tindakan sebaik ia dinyatakan. Antara garispanduan yang boleh guru gunakan adalah: i. mengaku bahawa guru telah mendengar kata sindiran tersebut ii. nyatakan dengan jelas bahawa kata-kata seperti itu tidak

boleh digunakan iii. kenalpasti apakah yang tidak betul dalam kata sindiran

tersebut iv. v. vi. berikan maklumat yang betul tentang perkara tersbut berikan sokongan kepada murid yang disindir bantu murid mengatasi sebarang konflik yang timbul akibat kata sindiran tersebut.

122

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.4.3 SENI KREATIF DALAM MATEMATIK Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Seni kreatif dalam matematik boleh digolongkan kepada:

cerita

puisi Seni Kreatif Dalam Matematik 123

muzik

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

drama Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi kanak-kanak. Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat sesuai dengan perkembangan emosi kanakkanak dan ke arah kejayaan akademik. Diantaranya ialah dengan mencerita, membuat teka-teki, puisi, lagu, muzik dan juga melalui drama. Bercerita

Ada seekor itik cantik yang berwarna putih ingin memetik dua buah betik. Itik yang cantik tidak dapat memetik buah betik. Pokok betik itu sangat tinggi. Itik cantik tidak putus asa. Buah betik itu mesti dipetik. Itik cantik bercadang meminta tolong daripada 3 orang kawannya. Akhirnya mereka berjaya memetik buah betik tersebut.
Guru boleh memperkenalkan nombor 1, 2 dan 3 dengan kaedah ini. Maka, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran matematik dengan bercerita.

Puisi Disember Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu Di sinilah bermula dua belas bulan itu Januari, Februari, Mac, April Mei, Jun, Julai, Ogos dan banyak lagi.... September, Oktober, November
124

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember. Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingat nama dan urutan yang betul bagi 12 bulan dalam setahun. Teka-teki Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Kalau adik bijak bestari, Berapa ekor kucing yang boleh dibilang? Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut dengan murid-murid yang boleh mengira. Dari puisi ini guru dapat mencungkil kreativiti dan kemahiran berfikir murid-murid. Lagu Melodi : London Bridge Is Falling Down Tajuk : Ra Pu Sa Ratus puluh dan satu, Ra- Pu- Sa, Ra- Pu- Sa Mari kita belajar, nilai tempat Sepuluh satu ialah, sepuluh, sepuluh Kumpul semua semula, nilai puluh Sepuluh puluh ialah, seratus, seratus Kumpul semua semula, nilai ratus Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan Ratus puluh dan satu, Ra- Pu- Sa, Ra- Pu- Sa Mari kita belajar, nilai tempat
125

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan Ratus puluh dan satu, Ra- Pu- Sa, Ra- Pu- Sa
AKTIVITI 5.4.3 Siapakah mereka? En. Samy : Saya doktor En. Lim : Gaji saya kurang daripada En. Sani En. Sani : Gaji saya lebih daripada En. Samy. Kenyataan-kenyataan di atas adalah tidak benar. Anggapkan gaji seorang doktor ialah RM6000 sebulan, akauntan RM6500 sebulan dan jurutera RM5800 sebulan. Berpandukan cerita di atas, murid-murid diminta mencari siapakah sebenarnya doktor, jurutera dan akauntan?

5.4.4 REKREASI MATEMATIK Rekreasi matematik merupakan suatu siri pembelajaran yang mana

mementingkan aktiviti seperti corak nombor, operasiya, petak ajaib, permainan, kuiz matematik, tesselasi dan tangram semasa proses pelaksanaannya. Rekreasi matematik juga mestilah menyeronokkan dan masalah yang diberikan itu mestilah mudah difahami dan bermakna kepada murid. Dengan adanya Rekreasi matematik ini, diharap pelajar dapat belajar dalam keadaan yang menyeronokkan sambil menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu pembelajaran.

126

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Soalan : Sekiranya anda dilahirkan pada tarikh 29 Februari (tahun lompat), pada usia berapakah anda akan menyambut hari ulangtahun kelahiran anda yang ke-17? Penyelesaian : (Ulangtahun Kelahiran kali ke-17) (Selang tahun lompat iaitu 4 tahun) = 17 x 4 = 68 tahun

AKTIVITI 5.4.4 Di sebuah padang ada sejumlah kambing dan lembu. Jumlah bilangan kepala kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki kambing dan lembu ialah 80. Berapa ekor lembu yang terdapat di padang tersebut?

Aktiviti permainan matematik merupakan tahap yang lebih tinggi daripada latihan 5.4.5 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Pembelajaran ini merupakan satu aktiviti pembelajaran yang berfokuskan kepada kaedah pemusatan murid dimana guru memberikan satu tajuk tugasan kepada murid yang perlu dilakukan secara sistematik atau terancang dalam jangkamasa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

127

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Dalam strategi berasaskan tugasan, murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek 1. 2. Boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. 3. 4. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data,memproses maklumat dan data, pelaporan hasil dan juga refleksi kendiri. 5. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses

sehinggalah ke tahap hasil yang siap. 6. 7. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan

kebolehan murid.

Strategi pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek 1. 2. Memberi tugasan mengikut kurikulum. Tugasan perlu mengambilkira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. 3. Menentukan jadual kerja.

4. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil. 5. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. 128

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

6. 7.

Perancangan dan pelaksanaan projek haruslah berperingkat. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan dan harus dilaksanakan sepanjang tempoh projek.

8.

Perlu ada pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek.

9.

Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek.

Kelebihan pembelajaran berasaskan projek 1. 2. 3. 4. 5. Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus. Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik. Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu. Menggalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. Menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Contoh tugasan projek Guru menyediakan satu projek yang meminta murid-murid mencari sumbangan ahli-ahli matematik dalam bidang Geometri. Murid-murid perlu mengumpulkan bahan-bahan tersebut dalam folio.

129

You might also like