P. 1
Modul Tajuk 4mte3107

Modul Tajuk 4mte3107

|Views: 1,036|Likes:
Published by azzahh

More info:

Published by: azzahh on Mar 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2013

pdf

text

original

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 4 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK

4.1

SINOPSIS Menurut Taksonomi Bloom terdapat empat dimensi pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi membina konkrit kepada abstrak. fakta, konsep, algoritma dan melakukan pengetahuan daripada matematik. Maklumat Keempat-empat dimensi tersebut adalah

berfakta merujuk kepada keupayaan pelajar mengingati fakta seperti definisi, teorem, hukum, simbol dan fakta asas pendaraban. Pelajar tidak dapat melakukan matematik tanpa mengingati rumus dan fakta seperti formula luas segitiga, perimeter ,penukaran unit dan sebagainya. Oleh itu, fakta perlu dihafal untuk digunakan dengan pantas. Keupayaan mengingat dan menghafal rumus dengan tepat dan pantas akan menjimatkan masa dalam penyelesaian masalah. Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran matematik dari padangan empat dimensi dan menerapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat : 1. Menjelaskan jenis-jenis pengetahuan matematik 2. Pengajaran menggunakan pengetahuan matematik berdasarkan

maklumat berfakta dan konsep.

4.3

KERANGKA TAJUK 97

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK DIMENSI PENGETAHUAN MAKLUMAT BERFAKTA KONSEP ALGORITMA/ PROSEDUR 4. • Ingatan jangka pendek akan dipindahkan kepada ingatan jangka panjang(IJP). relevan. ternyata kita tidak dapat menjawab dengan tepat. Ingatan ini akan hilang seandainya ia kurang bermakna atau tidak relevan kepada pelajar. Semasa pengajaran guru perlu memastikan pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan fokus perkara yang disampaikan dalam kelas. Untuk meningkatkan pengajaran guru perlu menggunakan media pengajaran seperti bahan manipulatif. guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas dan terang. papan putih. Maklumat yang bermakna. Ini disebabkan kita tidak menfokuskan kepada butiran khusus kereta tersebut. • Maklumat yang disampaikan kepada pelajar akan disimpan dalam ingatan jangka pendek (IJP) pelajar. audio-video. Namun jika kita diminta duduk dan memerhatikan pemandu dan jenama kereta untuk ditanya tentu kita dapat menjawabnya dengan tepat. Jika ditanya siapakah pemandu kereta tersebut dan jenama kereta itu. Sebagai contoh sebuah kereta yang melintas di hadapan anda. model dan sebagainya.4 KANDUNGAN • Pembelajaran matematik memerlukan dua deria penerimaan iaitu mata dan telinga bagi memudahkan pemerolehan maklumat. carta. penting dan utama 98 . Maka.

Peranti mnemonik 99 . guru seharusnya menyediakan pakej pembelajaran yang bermakna dalam kehidupan murid-murid. Fakta seperti rumus. menyediakan pembelajaran bermakna pengulangan peranti mnemonik pengajaran langsung 4. Guru sebagai pembimbing murid pula mencari penyelesaiannya secara penerokaan dan soal jawab terbimbing. 4. Sebagai guru anda perlu membantu pelajar memudahkan pengekalan ingatan jangka panjang menerusi empat cara: 1. Pengulangan tidak semestinya disebut sahaja.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK akan membantu pelajar mengekalkan ingatan jangka panjang. 3. teorem. Pengulangan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan kekal dalam ingatan murid jika guru membuat pengulangan secara berkala.4. menyediakan sudut matematik dan sebagainya untuk rujukan murid jika terlupa. teknik dan sebagainya perlu diletakkan pada tempat yang mudah diakses oleh murid-murid. guru boleh meletakkan fakta pada papan kenyataan dalam kelas. 2. Perkaitan antara pembelajaran dan kehidupan murid semasa belajar amat digalakkan agar mereka mengetahui tujuan mereka belajara matematik. menggunakan kad imbasan. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan tahap keupayaan muridmurid. Maka guru mesti peka akan keperluan dan situasi dalam kelas dan kekeuatan serta kelemahan murid-murid.1 Menyediakan pembelajaran bermakna Dalam pengajaran matematik.

subtraction. Langkah kedua. Contohnya BODMAS bermakna ‘bracket’. Ia adalah satu cara untuk membantu mengingat. penjelasan: murid-murid didedahkan dengan teknikteknik menjawab soalan.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Peranti mnemonik adalah dari perkataan Greek bermakna tuhan ingatan. eksperimen. Langkah ketiga. tambah dan tolak. maklumbalas: guru perlu memberi imbuhan dan galakan kepada murid secara positif jika dapat menjawab dengan betul. peranti ingatan: guru menyediakan bahan atau resos seperti gambar. of. mutiplication. Langkah keempat. perbincangan. pendekatan: murid-murid didedahkan kepada fakta menerusi sebarang pendekatan yang relevan oleh guru samada kuliah. Pengajaran langsung Terdapat 5 langkah dalam pengajaran secara langsung:Langkah pertama.guru galakkan murid mencipta bahan atau idea cara mengingat yang lebih mudah. addition. 100 . Iaitu bagi soalan yang melibatkan ayat matematik kita perlu selesaikan nombor dalam kurungan dahulu diikuti bahagi kemudian darab. induktif atau apa-apa pendekatan yang sesuai dengan tahap penerimaan mereka.kata kunci atau strategi kepada murid . Ia memberikan makna kepada cara atau strategi untuk mengingat fakta dengan mudah. jika terdapat operasi bercampur maka perlu gunakan cara BODMAS dan sebagainya. Juga guru perlu memberi teguran sekiranya kesalahan dilakukan untuk membetulkan keadaan yang salah. guru pendorong murid bagi mencari pilihan peranti ingatan lain. Jika mereka menemui ayat tentang beza ini bermakna hasiltolak atau penolakan. Teknik lain juga boleh guru cipta demi membantu murid mengingat fakta dengan cepat dan mudah untuk menyelesaikan soalan. division.

kerap dan dilaksanakan dengan pelbagai bahan. 2 adalah simbol untuk bilangan dua. Dengan menunjukkan himpunan yang elemennya dua.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Langkah kelima. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindakbalas rangsangan. latih-tubi dan permainan. Untuk mengajarkan bilangan 2 guru boleh menggunakan benda nyata yang dapat menjelaskan fakta yang sebenarnya. sesi latihan hendaklah ringkas. Ini bermakna bahwa murid tersebut mengalami kesulitan dalam mempelajari bilangan 2. menyebut simbol “dua” dan menulis simbol “2″ diharapkan murid dapat memahami pengertian bilangan dua yang diberi simbol “2″ tesebut. pelajaran lanjutan: Pelajaran lanjutan adalah kesinambungan apa yang telah dikuasai oleh murid-murid. sudut dan sebagainya. 4. ‘darab’ dan ‘bahagi’. tanda operasi ‘tambah’.2 MAKLUMAT BERFAKTA Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor. istilah seperti segitiga. ‘tolak’. Murid-murid mungkin sudah hafal perkataan “dua” dan sudah mahir menuliskan simbol “2″ namun ia gagal memahami apa makna dari simbol 2 tersebut yang tidak lain bilangan dua yang merupakan suatu sifat dari himpunan objek. Untuk membantu pelajar mengingati fakta asas.2 101 .4. Mereka akan lebih mengingati fakta sekiranya pelajaran lanjutan terhadap apa yang dipelajari ditambahnilai oleh guru untuk mengekalkan ingatan jangka panjang murid. AKTIVITI 4. Sebagai contoh.4. + simbol untuk penambahan. • Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan.

Huraikan pandangan anda untuk menerangkan fakta ‘kosong’ dan angka ‘sifar’ kepada murid-murid. membentuk konsep. Jelaskan bagaimana fakta bentuk tersebut disampaikan kepada murid-murid tersebut. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. nombor perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. terdapat 4 peringkat penyusunan konsep yang membantu murid menguasainya dengan mudah. Kemudian membuat pengkelasan terhadap segitiga seperti segitiga tegak.4. Anda ingin memperkenalkan bentuk-bentuk geometri 2 matra kepada murid-murid. c. set. Senaraikan semua jenis segitiga beserta gambar segitiga. Menurut Taba. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. membentuk hukum dan aplikasi. Konsep berkembang dari berbagai pengalaman matematik yang konkrit. Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter. Peringkatnya adalah. satu contoh untuk menjelaskan fakta matematik. pembelajaran konsep.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK a. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengkelaskan ciri-ciri set bulatan dan membezakannya daripada set yang bukan bulatan.3 KONSEP Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contohcotoh konkrit. berikan 4. b. segitiga dua sama. segitiga sama. segitiga tak 102 Pembelajaran jenis ini adalah dinamakan . segitiga sama. Contohnya ciri-ciri segitiga. subset. penyusuan data. Mengajar konsep adalah kompleks kerana pelajar datang ke sekolah dengan pelbagai pengalaman dan kebolehan tersendiri.

darab dan bahagi nombor bulat.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK sama. Seterusnya membuat generalisasi bahawa segitiga terdiri dari pelbagai bentuk dan nama pengenalannya dan akhir sekali murid boleh membanding bezakan segitiga dengan bentuk geometri lain berdasarkan ciri-cirinya. Selain algoritma standard.4.4.4 ALGORITMA Algoritma dalam matematik adalah set langkah-langkah dan peraturan yang digunakan untuk menyelesaikan pengiraan matematik. Bina peta minda bagaimana anda dapat menggunakan teknik Taba untuk mengajar ciri-ciri sebuah segiempat. algoritma alternatif juga perlu dibincangkan semasa mengajar operasi tambah. contoh untuk menjelaskan konsep matematik. pendaraban dan pembahagian. Penerangan sesuatu algoritma mesti diperkukuh dan diiringi dengan penggunaan bahan manipulatif yang sesuai untuk memberikan kefahaman dan keyakinan. b. Algoritma yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah algoritma penambahan. AKTIVITI 4. Jawapan pengiraan akan betul setiap kali jika algoritma diikuti dengan betul. penolakan. cuba anda jelaskan bagaimana cara untuk menentukan perimeter bulatan tersebut dengan teknik Taba. c. Murid digalakkan memberi sebab kepada setiap langkah dalam sesuatu algoritma. tolak.3 a. 103 . berikan satu 4. Perbincangan algoritma mestilah secara ansur maju. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. Anda memperkenalkan bentuk bulatan kepada murid-murid .

Dengan adanya pemahaman tentang nilai tempat. pemahaman tentang konsep dan fakta tambah. identiti bagi tambah dan darab dan sebagainya. Walaupun murid-murid dapat diajar algoritma samada bertulis atau congak. Kalau algorithma/kemahiran dipelajari tanpa pemahaman. darab dan bahagi. mereka perlu juga digalakkan membentuk strategi tersendiri.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Algoritma yang berkesan (effective) adalah algoritma yang melaksanakan pengiraan dengan paling efisyen. Berapakah jumlah cakera padat yang Ahmad ada? Algoritma 1: Cerakinan 27 → + 35 → 20 + 7 + 30 + 5 50 + 12 = 62 Algoritma 2: Penambahan separa 104 . Bapanya memberikan 35 keping lagi cakera padat kepadanya. kadang-kadang pelajar dapat membentuk algoritma yang lebih cekap. pelajar tidak akan dapat mengingat atau mengaplikasi algorithma tersebut dalam pelbagai situasi Pelajar digalakan membuat anggaran sebelum diajar menggunakan algorithm formal untuk mencari jawapan tepat. tolak. murid-murid dapat mencipta berbagai algoritma alternatif mengikut konteks dan nombor yang terlibat. hukum tukarganti. Algoritma penambahan dengan mengumpul semula Ahmad mempunyai 27 keping cakera padat. komutatif. Walaupun pelajar perlu diajar prosedur/algorithma penyelesaian masalah. Pelajar boleh diajar beberapa kemahiran anggaran yang tertentu.

1 + 2 + 3 = 6 puluh Algoritma penolakan dengan mengumpul semula Ahmad mempunyai 91 keping cakera padat.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 27 + 35 12 ← 7 + 5 + 50 ← 20 + 30 60 Algoritma 3: Algoritma standard 1 + 27 35 62 7 + 5 = 12 Tulis 2 dalam nilai tempat sa dan 1 dalam nilai tempat puluh. murid sepatutnya boleh mencerakinkan nombor subtrahend: Contoh: 91 = 80 + 11 = 80 dan 11 52 = 40 + 12 = 40 dan 12 Gunakan konsep buang (take away) 91 → – 24 → 80 dan 11 – 20 dan 4 60 dan 7 = 67 Algoritma 2: Algoritma standard 105 . Berapa keping cakera padat yang tinggal? Algoritma 1: Cerakinan Sebelum menggunakan algoritma biasa. 24 keping telah rosak.

4.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 8 1 9 1 fikir : 11 – 4 = 7 24 67 8 pu – 2 pu = 6 pu – Algoritma Pendaraban Algoritma 1 : Pendaraban separa 57 x 3 21 150 171 ← ← 7x3 50 x 3 Algoritma: algoritma standard 2 57 3 x 21 150 171 7 x 3 = 21.5 MELAKUKAN MATEMATIK Seseorang itu dikatakan melakukan proses matematik jika aktiviti mental berlaku semasa membuat atau menyelesaikan masalah matematik. letak 1 pada nilai tempat sa dan 2 pada nilai tempat puluh. melalui interaksi verbal 106 . 5 pu x 3 = 15 pu + 2 pu = 17 pu = 1 ra 7 pu 4. Aktiviti mental ini berlaku melalui bahan.

Idea matematik 107 . guru hendaklah menggunakannya dengan pemahaman – melalui aktiviti bermakna. melorekkan rantau pada rajah/gambar untuk topik pecahan Menggunakan kad jalur untuk menjalankan aktiviti perpuluhan Dalam menggunakan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Aktiviti ini akan memberi keyakinan kepada murid bahawa algoritma yang abstrak boleh dijadikan konkrit. Aktiviti mengumpul semula boleh dihujahkan dengan berkesan jika bahan asas 10 digunakan. menggaris. Murid diminta menghujahkan setiap langkah dalam algoritma dengan menggunakan bahan manipulatif. “hands on” Semasa melakukan aktiviti perkaitan hendaklah dibuat antara pengajaran konsep menggunakan bahan konkrit dengan pengetahuan prosedural/algoritma. Penghujahan sentiasa berlaku semasa melakukan matematik. Di antara contoh-contoh penggunaan bahan manipulatif untuk melakukan matematik adalah: • Menggunakan pembilangan dan rod Cuisenaire untuk mengajar • • • • • • nilai nombor empat operasi Menggunakan wang /duit syiling palsu dalam aktiviti-aktiviti jual beli Menggunakan kalendar atau muka jam dalam pengajaran Masa dan waktu Menjalankan aktiviti melipat. pendaraban dan pembahagian akan mudah difahami murid jika bahan manipulatif digunakan. Pastikan bahan konkrit di ‘tiadakan’ secara beransur-ansur sebelum pelajar melakukan matematik secara simbolik.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK (discourse) dan juga semasa aktiviti membuat konjektur. Aktiviti 1: Melakukan matematik melalui bahan Algoritma standard penambahan. penolakan.

Refleksi perlu dibuat terhadap tindakan ke atas bahan manipulatif serta situasi yang diwakili oleh bahan tersebut. memberi respon. Bila guru melibatkan pelajar dengan bertanya sekiranya ada kaedah lain untuk menyelesaikan masalah (justification).MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK berkembang bila bahan manipulatif dikaitkan dengan istilah matematik. Semasa aktiviti interaksi verbal. simbol dan pengalaman bermakna. manakala seri 1 mata dan kalah 0 mata. membuat hubungan.explanation). berapa kali Pasukan Perak menang. Mata untuk menang ialah 3. • • • • • mendengar. menyelesaikan masalah dan berkomunikasi mengemukakan masalah dan soalan meneroka contoh dan bukan contoh untuk menyiasat konjektur membuat konjektur dan mengemukakan penyelesaian Potensi untuk perbincangan bermakna (meaningful discourse) wujud apabila • • • guru bertanya soalan yang searus dengan proses pemikiran logikal untuk penyelesaian masalah (penjelasan. murid digalakkan. seri atau kalah? 108 . Bila guru bertanyakan soalan terbuka yang memerlukan lebih dari penghafalan. bertanya guru dan rakan menggunakan pelbagai alat untuk berhujah. Aktiviti 2: Melakukan matematik melalui interaksi verbal Idea matematik akan lebih bermakna jika wujud interaksi verbal dalam kelas matematik. Jika Pasukan Perak memperolehi 30 mata dalam pertandingan Liga Super. Soalan penyelesaian masalah terbuka boleh dijadikan landasan untuk menggalakkan interaksi verbal di kalangan murid.

seri dan kalah yang sesuai untuk memperolehi 30 mata. 109 . maka 3n + 1 = 25 iaitu bukan nombor perdana. Ali mengatakan jika n = 2. Aktiviti 3: Melakukan matematik melalui membuat konjektur Konjektur adalah pernyataan yang dipercayai benar tetapi belum dibuktikan benar atau palsu. 19 iaitu nombor perdana. 3n + 1merupakan nombor perdana. Ali mencadangkan bahawa untuk nombor genap n.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Murid akan berbincang dan berhujah mengenai kombinasi menang. Aktiviti membuat konjektur menggalakkan murid berhujah dan membuktikan pernyataan mereka. Maka boleh dibuktikan bahawa cadangan Ali bukan suatu konjektur kerana boleh dibuktikan kepalsuannya.6 maka 3n + 1 = 7.4. 13. Adakah cadangan Ali merupakan suatu konjektur? 8 adalah nombor genap dan jika n = 8.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->