You are on page 1of 6

Lompat Tinggi

Lompat Tinggi
PENGENALAN LOMPAT TINGGI Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian dan sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

SEJARAH LOMPAT TINGGI Bermula semasa Olimpik pada zaman Greece. Rekod pertama acara lompat tinggi adalah pada abad ke-19, di Scotland pencapaian lebih daripada 1.68m Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting iaitu dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang.Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Namun gaya ini tidak digalakkan sama sekali kepada para peserta. Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish- American M.F Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6 5 5/8 (1.97m) pada 1895. Gaya Timur merupakan gaya yang mula digunakan oleh Sweeny dan kemudiannya dituruti oleh orang-orang Pantai Timur Amerika. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Pada tahun 1912, Gaya Guling Barat diperkenalkan oleh warga Amerika iaitu M.F Horine dengan lompatan setinggi 6 kaki 7 inci. Kemudian gaya ini ditiru oleh semua peserta Amerika Barat. dengan

Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Gaya kelana dan gaya guling barat merupakan gaya saintifik dan lebih berkesan kepada peserta. LATIHAN DAN ALAT BANTU LOMPAT TINNGI Sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam acara lompat tinngi perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang ''konsisten''. Kemudian barulah boleh mempelajari pula ''fasa lonjakan''(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti ''tilam ketangkasan'', ''tali menggantung bola'' (latih melonjak), ''skitel'', ''tandaan'', ''tali palang'', dan ''tiang'' adalah sangat diperlukan untuk memberi '''daya keyakinan'''. Latihan ketinggian bermula pada aras yang rendah untuk meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.

FASA LOMPATAN TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) b) c) d) Penujuan larian menghala ke palang Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. GAYA LOMPAT TINGGI Terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu z i. ii. iii. iv. v. Gaya gunting Gaya pelana Gaya barat, Gaya timur Gaya Fosbury Flop

palang.

1. Gaya gunting

PENUJUAN i. ii. iii. iv. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah Pelompat menggunakan 7-9 langkah Pelompat yang melonjat dengan kaki kanan akan berlari-lari sebelah Pelompat yang melonjat dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah

kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. LONJAKAN i. ii. Pelonjak melonjak dengan kaki luar Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di

hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan LAYANGAN i. ii. palang iii. Kaki lonjak dihayun ke atas Kaki bebas dihayun kuat ke atas,selari dengan palang Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah

PENDARATAN i. Pelompat mendarat di atas panggung atau dengan dua belah kaki .

Gaya Gunting 1. Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. PERATURAN LOMPAT TINGGI 1. 2. 3. Peserta mencabut untuk menentukan giliran lompatan Sebelum pertandingan bermula, Ketua hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya. Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan. Ini juga bererti bahawa pelompat boleh memilih untuk tidak melompat selepas gagal percubaan kedua atau ketiga (selepas percubaan pertama atau kedua) dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya. 4. a. Kenaikkan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut ; Sehingga seorang pelompat tertinggal b. Terdapat seri pada kedudukan pertama Walaubagaimanapun , untuk acara campuran seperti heptathlon kenaikan ialah 3cm 5. 6. a. Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut; Palang jatuh

b. Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelahhadapan tiang disentuh c. 7. Gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut. Landasan larian seharusnya tidak kurang daripada 15 m

Tiang dan palang lompat tinggi

Kawasan larian dan mendarat CARA MENGUKUR KETINGGIAN Bacaan ketinggian terpendek bersudut tepat dari lantai ke bahagian atas palang Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian yang kurang dari 1cm diabaikan.

Cara mengukur ketinggian palang

Penujuan ke palang

You might also like