You are on page 1of 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL

Topik 1 Bidang Kegiatan: Mengenal Kraf Tradisional R tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif mereka LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL Definisi Kraf Tradisional Makna kraf Keluaran Kraf tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979) Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusahapengusaha. R Makna tradisional Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. R Makna kraf tradisional satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi. merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara sendiri. perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar. seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

ASAL USUL SEJARAH KRAF Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga kini. berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti: RAlat untuk pertahanan diri: Keris Lembing RAlat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuat pertukangan. Bubu Parang, sabit dan cangkul R Alat untuk kegunaan harian: Tikar Tudung saji Pakaian R Alat untuk upacara dan istiadat: Bekas Pembakar Kemenyan Gong R Alat untuk rekreasi: Wau Gasing Congkak R Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan: Serunai Rebab Nafiri Kompang R Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid: Ukiran kayu R Pengangkutan air: Perahu Kolek R Alat perhiasan: Pakaian seperti baju kebaya labuh, tengkolok, selendang dan lain-lain. Dokoh Barang perhiasan seperti dokoh, kalung, cucuk sanggul dan lain-lain. motif-motif ataupun reka corak yang terdapat pada kraf tersebut adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai oleh tukang pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk memenuhi kehendak cita rasa tempatan. KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas. memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri. disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut. Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya. Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa dahulu. Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu. R TUJUAN Kepentingan mempelajari kraf tradisional: menanam sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan. menyedarkan pelajar kraf tradisional perlu dipelajari.
1 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


menyedarkan pelajar kraf tradisonal mempunyai nilai estetika merasa bangga dengan warisan tradisi Negara. KEPENTINGAN Mempelajari teknik membuat produk: Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan. Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang untuk menghasilkan objek. Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional: objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman. Topik2 Batik PENGENALAN merupakan salah satu daripada kraf tradisional. kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin. wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini. JENIS-JENIS BATIK R empat jenis teknik batik: Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak. Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin). MOTIF BATIK MALAYSIA dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik: RUnsur flora Fungsi unsur flora adalah seperti berikut: Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur Untuk menghiasi badan batik sarung. bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga bunga disusun berdahan tegak Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

akar-akar menjalar bunga air mata kekasih bunga anggerik bunga berbaling bunga berbaling ( variasi ) R Unsur fauna Unsur-unsur fauna adalah seperti: Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya. burung burung merak kumbang R Unsur geometri (i) Fungsi motif unsur rupa geometri: Untuk hiasan kaki kain atau gigi susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan. Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi. Untuk menghiasi batik panjang motif kawung dalam susunan tempat bentuk bujur sering digunakan. Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri. (ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika. jakur kawung kisi-kisi swastika RUnsur benda buatan manusia fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela Contoh motif unsur benda buatan manusia: abor jaring ikan kampong wau R Unsur Motif isen Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak. Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecekcecek, cecek pitu, cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi. mata dara mlinjon penutupan poleng R Susunan Reka Corak Motif Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu berdiri berjalur catur/dam kisi-kisi melintang menyeluruh serong tompok-tompok (bertabur) ulang bersilang ulang batu bata Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain. R Jenis te knik penghasilan Batik Teknik batik blok Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap. Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih. Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan. Setiap blok mempunyai sarang tertentu. Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna. Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan. R Alatan Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri mengikut rekaan corak Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain Meja menerap R dilapisi span, kain guni atau kelopak batang pisang yang telah
2 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


R diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam R biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau pisang R rasa digunakan Kain putih Bahan pewarna Debu soda R Proses membuat batik blok Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji. Dijemur sehingga kering. Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja. Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup ke dalam lilin cair itu. Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan reka letak motif dengan teliti dan kemas. Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan pewarna. Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna. Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan bahan debu soda. Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering. R Teknik batik tulis Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa seperti warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran zaman. mempunyai reka corak yang tersendiri. (i) Alatan Kain putih atau kertas Canting Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemak binatang/minyak masak) Berus lembut Serbuk pewarna jenis reactive-dye Sodium silicate (Pemati warna) Soda ash Pemidang kayu R Proses membuat batik tulis Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu. Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D). Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin. Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain. Bahan pewarna disapu pada reka corak. Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 812 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna. Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air lalu sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut. Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit soda ash sehingga lilin tanggal. Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan. R Teknik batik skrin Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri. Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain. R Alatan Skrin Sekuji Meja mengecap Kelongsong stensil Kain putih Bahan pewarna bahan lekar R Proses membuat batik skrin Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan pemidang yang akan digunakan
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak luntur Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur. Topik 3 Ukiran R Definisi dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian. ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool. hasil rupa tradisi Melayu yang terulung. Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah: R Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan. R Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan. mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku. mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan. Ukiran kayu sebagai penyataan daya cipta Melayu dalam bentuk tampak yang terdapat pada aneka benda seperti barang-barang kegunaan harian dan seni bina. jelas pada binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan harian. R Alat dan media Terdapat 4 jenis ukiran: R Layang Ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak. R Tebukan tembus (timbul silap) Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu: bersilat tanpa silat Timbul Ukiran jenis ini dibuat pada papan. Bahagian latar, corak ditebuk. Corak ukiran lebih timbul dan bersilat jika dibandingkan ukiran layang. (iv) Alat dan bahan: Ukiran ini dibuat pada batang kayu seperti tiang tangga R peralatan yang digunakan: R Gergaji potong belah R Alat perata permukaan kayu ketam perata ketam golek RPahat rata kuku Tukul kayu Pisau wali atau pisau ukir Kikir pari Kikir Berus dan syelek Cetar
3 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


R bahan yang digunakan: Kayu Pewarna Gam R Proses dan Teknik Mengukir Penyediaan kayu (i) Pilih papan yang sesuai. (ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki. (iii) Ketamkan permukaan. Melukis corak di atas permukaan kayu Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan (i) Melukis terus pada permukaan papan. (ii) Tekap. (iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan. Mengukir R Ukiran layang: Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak. R Ukiran bunga timbul: Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak untuk menimbulkan silat. R Ukiran tebuk tembus: Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat. R Ukiran larik: Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk. R Menyilat Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak. R Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan larat, kosmos dan geometri. R Flora Daun: bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain. Bunga: cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain. R Seni Khat ayat-ayat Al-Quran R Fauna itik pulang petang RAwan Larat awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah. R Kosmos Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain. R Geometri Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan. R Pengunan warna biasaan ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

R Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Hias (Corak) Ukiran: Menggunakan Sabun R bahan: Sabun buku Carving tool Pisau Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi Span R Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam ukiran. R Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk melakarkan reka corak ukiran kepada pelajar. R Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana mengukir sesuatu corak pada sabun. R Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. R Langkah 5 : Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di atas sabun dengan menggunakan alatan tajam seperti jarum peniti dan sebagainya. R Langkah 6 : Pelajar mengukir sabun dengan menggunakan carving tool atau pisau. R Langkah 7 : Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan span dan sedikit air. Persembahan hasil kerja (i) Penilaian berdasarkan ide reka cipta kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik kemasan Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain. Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat ukiran Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana ukiran dihasilkan (ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir (iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari ukiran (iv) pemasaran barangan ukiran R Aktiviti pembelajaran tambahan (i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni ukiran. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. (ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada ukiran. Topik 4 Tenunan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini. banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang. merupakan salah satu daripada kraf tradisional. R DefinIsi Tenunan Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). Rr Sejarah Tenunan sonkat adalah dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini. R Jenis-jenis Tenunan
4 / 14

http://oumclub.blogspot.com.

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu: Tenunan Pahang Tenunan songket (kain benang emas) Tenunan Pua R Tenunan Pahang tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan. Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul (benang Rayon). R Tenunan songket Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak (benang pakan). R Terdapat dua jenis songket: Tekat 3 Tekat 5 R Jenis Kain Tenunan Terdapat tujuh jenis kain tenunan: Kain bujang atau Samping Kain sarung tenunan corak berang Kain sarung Kain kampuh Kain lepas Kain destar/Tanjak/Tengkolok Kain selendang R Proses Menghasilkan Songket bahan-bahan yang digunakan: Benang Benang loseng Benang pakan vBahan pewarna R alatan yang digunakan: Kek (loom)/tumpoh/kek pua Anak geliging Lidi Belira Torak, cubaan dan pelting (peleting) Pasong dan papan gulung R Proses menenun songket Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk menghasilkan tekstil melalui proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain. Persediaan sebelum menenun: R Menerai benang Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan ruwing. Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing. R Menganing Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain. R Menggulung benang losing ke papan gulung Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng. R Menyapuk Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk. R Mengarat Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat. Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang. R Menenun
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk. R Proses menyungkit corak Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima. Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan corak songket. R Motif songket tiga jenis motif dalam ragam hias songket: R Motif berasaskan flora Pucuk Rebung Bunga Tanjung Bunga Gorek Bunga Cengkeh Bunga Telepok Bunga Lawang Bunga Kunyit Bunga baling-baling Bunga Cina Bunga Tampuk Berembang Bunga Tampuk Manggis R Motif berasaskan fauna Lawi Ayam Kuda laut Dada kaki Lipan Kupu-kupu Ayam Jantan Burung Merak Siku Keluang Besar Siku Keluang Kecil Gigi Belalang R Motif berasaskan geometri Bintang Pecah Lapan Makhota Struktur Ragam hias Songket mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu: R Kepala kain Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam R Badan kain Motifnya bebas R Kaki kain Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis. R Susunan Letak Motif Songket tiga jenis susunan letak motif songket: Susunan Bunga Penuh. Susunan Bunga Tabur. Susunan bercorak. Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia R bahan yang digunakan: Benang kait atau tali rafia pelbagai warna Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya Jarum yang besar R langkah-langkah aktiviti ini: Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam songket. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak songket kepada pelajar. Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar menyiapkan lakaran songket. R Proses Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung kedua bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama. Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara
5 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan. R Persembahan hasil kerja (i) Penilaian berdasarkan ide rekacipta kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik kemasan (ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri dan orang lain. R Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat tenunan Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana tenunan dihasilkan (ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir (iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan (iv) pemasaran barangan tenunan. Aktiviti pembelajaran tambahan (i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. (ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tenunan. Topik 5 Anyaman Definisi Anyaman satu proses menjalin, menjaring-jaringkan menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang dikeringkan. R Seni Anyaman seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. R Sejarah dan Perkembangan seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tikar. anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah menghasilkan tali, dinding rumah dan keperluan hidup seperti bakul. akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk menghasilkan anyaman. dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentuk tradisional sahaja. organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri ini dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda dan lain-lain lagi. R Jenis Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung saji, bekas pakaian dan lain-lain. Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding Buluh Jenis-jenis buluh yang Sesuai Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain. Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekan telur Ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serba guna dan lain-lain R alatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman Parang Peyisip Pisau Palurus Jangka Daun mengkuang/pandan R Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan (i) Menetak Daun Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.Daun diambil dengan secara menetak di bahagianpangkal daun tersebut. (ii) Melayur Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Proses ini dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih lama. Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut menjadi lembut. (iii) Menjangka Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan menjangka ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih kecil dan seragam. Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat membuang duri di tepi. (iv) Menitik Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang. Seorang menitik dan seorang lagi memintal. Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke bahagian hujung. Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kirakira secekak. R Teknik dan Proses Menganyam teknik dan proses menganyam: R Lagang (i) dikenali sebagai proses menaja (ii) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman (iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. (iv) Setiap bilah daun berbentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman bermula. R Menganyam (i) Anyaman tengah: Dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman Daun diselang seli secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah. (ii) Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. (iii) Anyaman sudut: Disebut juga sebagai anyaman bucu. Hanya dilakukan pada anyaman berbantuk arca atau tiga dimensi R Pepeh atau lepih dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki. R Sisip (i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai. (ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan. (iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan. R Kerat (i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini. (ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebihm kemas dan menarik. Teknik Membuat Bakul Rotan R Bahan Utama Rotan merupakan bahan utama untuk membuat bakul. Terdapat pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan yang lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau
6 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


dikenali sebagai rotan pulor,rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul yang dikehendaki. Jalinan warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik. Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerjakerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut: (a) Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan bakul (b) Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul (c) Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai. R alatan yang digunakan: Gunting besi Ragum atau playar memotong Penyucuk ais (penyisip rotan) Penyembur air (melembutkan rotan) Blow torch (mengemaskan permukaan hasilk anyaman) Pita pengukur (mengukur saiz anyaman) Penukul dan paku kecil Pelarut (meluruskan rotan) Pisau raut Paku Lilin Proses Menganyam bakul R tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu: Tapak bakul Badan bakul Bingkai/Tangkai bakul. R Rotan direndam Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum proses menganyam bakul bermula. R Cara-cara Menganyam Bakul R cara-cara menganyam bakul: (a) Tapak Bakul (i) bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul. (ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bicu asas tapak tersebut. (iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak yang diperlukan. (iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk dijadikan bahan. R Badan Bakul Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 2 serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan sekali. pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur tiang rangka. Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain. R Bingkai Bakul Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil. Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutup bingkai bakul. Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya diraut hingga nipis. Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana yang dilakukan kepada bingkai tadi. Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat pada rotannya. api digunakan untuk membuangnya. R Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Anyaman Kelarai Bercorak: Menggunakan Kertas R bahan yang digunakan: Kertas Pelbagai Warna Pisau Pembaris Gunting Gam R langkah-langkah aktiviti Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam anyaman. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak anyaman kepada pelajar. Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar menganyam satu kelarai mengikut lakaran. R cara-cara membuat kelarai: (i) Kertas berwarna dipotong/digunting untuk menghasilkan jaluran-jaluranm garisan mengikut ukuran yang tertentu sebagai tapak anyaman. (ii) Beberapa kertas warna juga dipotong mengikut ukuran yang tertentu untuk dijadikan jalur-jalur garisan sebagai bahan dianyam di atas tapak anyaman. (iii) Kertas warna itu dianyam selang seli, atas bawah, satu persatu denganm menggabungkan pelbagai warna supaya kelihatan menarik mengikut. (iv) Anyamlah sehingga ia memenuhi atau padatkan pada ruang tapak anyaman tersebut. R Persembahan hasil Kerja (i) Penilaian berdasarkan idea reka cipta kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik kemasan (ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri danorang lain. R Aktiviti cadangan lawatan ke kilang anyaman atau tempat membuat anyaman Tempat : kilang atau tempat membuat anyaman yang berhampiran. Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan bagaimana anyaman dihasilkan. berapa jenis anyaman dihasilkan. proses bagaimana anyaman rotan dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir. kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari anyaman. pemasaran barangan anyaman. R Aktiviti pembelajaran tambahan Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni anyaman. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada anyaman. Topik 6 Tembikar R Definisi tembikar kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

7 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik. R Sejarah Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang. Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. bentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan. barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budayan latar belakang si pembuat. labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labun dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional. Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilann Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak. R Jenis-jenis tembikar jenis-jenis tembikar: R Geluk Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas. R Buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung nmempunyai bahagian leher dan badan. permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh. R Jambangan berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki. R Labu diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak. R Bekas Perasapan/Bekas Bara Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan. digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu R Motif Ragam Hias aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentukbentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar. R Motif Geometri Garisan bersilang - seli. susun kisi-kisi Titik tahi alat Garis keluh Garis berkotak. Garis tulang ikan Pucuk rebung Bentuk potong wajik Bentuk segi tiga Bentuk bujur Balung kuku Rantai perak Susur kelapa Siku keluang R Motif Gayaan Organik Sulur kakung Bunga cengkih
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Bunga pecah lapan Bunga kedudut Bunga tanjung Bunga lawang Kelopak Sambas Tampuk manggis Tapak pelanduk Belalang bercula RTeknik membentuk Langkah 1: Picitan Langkah 2: Lingkaran Langkah 3: Kepingan Langkah 4: Lempar alin R Proses membuat tembikar secara tradisional bahan-bahan yang digunakan. Tanah liat Piring Pisau buluh Penepek berukir Sekam padi Tanur pembakaran Damar Dawai pemotong. Jarum Berikut adalah proses menghasilkan tembikar: R Penyediaan tanah liat Tanah liat diambil dari lokasi seperti tanah busu, tebing sungai dan sawah padi. diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan benda asing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun, batu-batu kecil dan lain-lain. kemudiannya dijemur untuk dikeringkan. ditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk. Serbuk halus yang dihasilkan diayak dengan ayak tepung. kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut (secukupnya 25% air 1:4) dan diperam semalaman. R Proses menguli tanah diuli agar sebati untuk menyingkirkan gelembung udara yang terperangkap 2 teknik menguli iaitu secara spiral dan bullhead Setelah diuli tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan tiada gelembong udara dan bendasing. R Proses membentuk Secara Picitan Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan. Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap. Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk menguatkan tembikar. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering. Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar. Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar. Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan. Secara Lingkaran Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak. Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja. Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus. Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak. Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodel. Secara Kepingan Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai panduan. Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat. Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong. Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah. Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan menggunakan jarum.
8 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip). Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki. Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan tersebut dan ratakan. Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah. R Proses Hiasan Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut. R Proses melicinkan Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap dibiarkan kering sebelum dibakar. R Proses pembakaran Teknik tanur tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam tanur untuk pembakaran. Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 12 jam. Teknik penggunaan para Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam. Teknik diangkan pada unggun api. Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar kering dan keras. R Proses mewarna Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan. Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat (R Bahan untuk membuat tembikar Tanah liat Pinggan Pisau buluh Bekas air Air R teknik picitan. Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa bentuk tembikar. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran bentuk tembikar kepada pelajar. Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana melakar bentuk tembikar. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran. R Proses pembentukan tanah liat (menguli) Langkah 1 : Seketul tanah liat diuli. Menguli secara spiral atau bullhead. Langkah2 : Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada gelembong udara dan berdesing. Langkah 3 : Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk mengetahui dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada tanah liat. Langkah 4 : Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri, tangan kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan hingga bersatu. Langkah 5 : Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara berulang supaya menjadi lembut dan liut. R Proses membentuk tembikar Langkah 1 : Memulakan proses membentuk dengan membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan. Langkah 2 : Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang satu lagi untuk menguatkan tembikar.
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Langkah 3 : Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak atau mengemaskannya. Langkah 4 : Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. Langkah 5 : Biarkan ia kering sepenuhnya. R Persembahan hasil kerja (a) Penilaian berdasarkan idea reka cipta kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik c kemasan (b) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan orang lain. (e) Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat tembikar Tempat : kilang tembikar atau tempat membuat tembikar yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan bagaimana tembikar dihasilkan berapa teknik tembikar dihasilkan proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar pemasaran barangan tembikar. R Aktiviti pembelajaran tambahan Latihan - Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. Latihan - Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tembikar. Topik7 Tekat DefinIsi Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu. seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha tekatan. Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut (melakukan sesuatu). Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua. menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul.. Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat. Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas kain berwarna. seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk tekat berasaskan corak awan larat tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu. motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya. bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang. R Sejarah berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang tempatan. berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada kurun ke 15. Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di kalangan kerabat di raja. Di Perak, seni tekat pada asalnya
9 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk tekat. dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka. . Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu. Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah. Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnya tekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih, kasut dan lainlain lagi. terbatas dan kegunaannya adalah terhad. Jenis-jenis Tekat jenis-jenis tekat: R Tekat timbul benang emas atau perak Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak. R Tekat gubah Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak. Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna. Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan lagi dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat. R Tekat perada Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yan ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerrawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi. tidak lagi diusahakan sekarang. Alatan Tekatan R Pemidang kayu dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki. digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting. R Cuban dan benang emas Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas. diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir. Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk palang. R Irasan atau kain dasar Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman. R Benang putih atau benang kapas Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang rapat. R Mempelur Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan. R Proses tekatan Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal. Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar). Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang. Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci digunakan. Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur. ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup. Aktiviti latihan pembelajaran membuat tekat R Menggunakan Benang Kait Alat: Benang kait Benang putih Jarum kasar (berlubang besar) Pemidang kayu Kain Kad bod (untuk membuat membulur) Pisau Cuban Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam tekat. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak tekat kepada pelajar. Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar membuat tekatan mengikut lakaran. R Proses membuat tekat dengan menggunakan benang mengait Corak dilukiskan ke atas ke atas kad bod dan dipotong hingga menjadi satu mempulur. Kain diregangkan pada pemidang kayu. Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut. Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasi bahagian batang mempulur bawah kain. Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batang mempulur tidak kelihatan. Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup dengan sulaman. R Persembahan hasil kerja (i) Penilaian berdasarkan idea reka cipta
10 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik kemasan (ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain. (d) Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana tekat dihasilkan (ii) proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir (iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat (iv) pemasaran barangan tekat. Topik 8 Wau (Layang-layang) R DefinIsi Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi. merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angina Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor. R Istilah Layang-layang di Malaysia lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan catatan tun Sri lanang,di mana menurut beliau, Raja Ahmad bermain layang-layang bersama-sama dengan pemuda-pemuda serta kerabat di raja. R terbahagi kepada empat: Layang-layang laga Layang-layang anak Layang-layang hiasan (d) Layang-layang atau wau R Wau Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Menurut Wayne Hosking dalam kites of Malaysia perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan Wouw. I merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya wau, wau, wau secara irama. R Ciri-ciri utama wau mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor. RJenis-jenis wau Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing Wau daun atau barat Jenis kegunaan wau R kegunaan wau: R ditayangkan di udara. R dipertandingkan keindahan hiasannya. R untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung. Wau dimensi baru dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identity istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

dan corak sering diletakkan sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat, rumah dan tempat-tempat lain. R Corak hiasan wau Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan. Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat. Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna. Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna. Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau. R Jenis-Jenis Motif Bunga matahari Daun ketumbit Ketamguri. Pucuk rebung Itik pulang petang Badak mudik Proses Membuat Wau (a) Alatan dan bahan yang digunakan: R Alat Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting R Bahan Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas minyak atau kertas warna, gam dan benang R Langkah-langkah untuk membuat wau: Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut. Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau. Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita. Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut. Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat. Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis. Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna. Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau. Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan: R Menggunakan kertas Bahan: Kertas pelbagai warna Kadbod Pisau Pembaris Gunting Gam Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorak yang terdapat dalam wau. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran rekacorak wau kepada pelajar. Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana untuk membuat lakaran rekacorak wau hiasan. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan. R Membuat wau hiasan Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita. Lipat 2 helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut. Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wau tersebut. Potong bahagian sobek rekacorak yang telah dilukis. Bahagian yang telah dilukis itu harus ditampal pada kertas warna. Tampal kertas yang dihiasi pada kadbod. R Persembahan hasil kerja Penilaian berdasarkan idea reka cipta kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik kemasan Apresiasi Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan
11 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


orang lain. R Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau Tempat : kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana wau dihasilkan (ii) proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir (iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau (iv) pemasaran barangan wau. Topik 9 Gasing Definisi berasal daripada suku kata ka dan sing. Ka iaitu singkatan kayu dan sing daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya berpusing. popular sejak zaman kesultanan Melaka. Musim bagi petandingan gasing ialah selepas musim menuai atau musim buah-buahan. Bentuk gasing, cara pembuatan dan peraturan permainannya berbeza di antara negeri di pantai timur dengan negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Menurut kepercayaan gasing boleh berpusing melebihi 24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat. Gasing yang bermutu diperbuat daripada kayu jenis keras yang banyak terdapat di Kelantan dan Trengganu. Kayu ini kemudiannya akan dibentuk kapada bentuk sebiji piring. Untuk memperkukuhkan lagi gasing, satu lingkaran besi akan dipasang pada bibir gasing. Sebiji gasing akan mengambil masa 4 hingga 8 minggu untuk disiapkan. R Jenis-jenis Gasing Berikut adalah jenis-jenis gasing: Gasing Pahang Gasing Pari Gasing Paying Gasing Puyuh Gasing Loceng Gasing Berembang Gasing Botol Gasing Bugis Gasing Bunut Gasing Cina Gasing Denak Gasing Jantung Gasing Kanak-kanak Johor Gasing Leper Kelantan Gasing Loceng Gasing Merlimau Gasing Paku. R Bahagian-bahagian Tubuh Gasing Paksi berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas Patak di antara tubuh dengan paksi gasing Labu antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing Kepala atas tubuh gasing yang bulat dan kecil Leher lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali gasing Bahu atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali Pemotek Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastik yang dilekapkan pada kepala gasing uri Turap Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala supaya tidak retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah R Fungsi Gasing Gasing hiasan dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing Gasing permainan bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk permainan.
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

Gasing pangkah Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah dipangkah. Gasing permainan Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri. Ianya bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan urinya sahaja. Ianya popular di pantai timur sahaja. R Ciri-ciri Istimewa Gasing Paksi melambangkan kalbu kerana paksi ialah tempat gasing berpusing. terletak di bahagian tengah sebelah bawah gasing dan diperbuat daripada besi waja. Patak melambangkan roh. c Labu melambangkan nafsu. Kepala melambangkan akal. Pemotek melambangkan iman. Pemotek ialah pusat ikatan gasing yang terletak di bahagian tengah sebelah atas gasing dan biasanya disalut dengan perak serta dihias dengan rekaan bungabungaan supaya kelihatan cantik. R falsafah Gasing Paksi gasing mengikut paksi bumi dan edarannya. Keseimbangan amat diperlukan dalam pembuatan gasing supaya gasing tidak ketetel atau imbal, begitu juga dengan kehidupan manusia yang memerlukan keseimbangan dalam R Bahan Membuat Gasing Bahan R Kayu diperbuat daripada jenis kayu iaitu daripada kayu yang paling keras hingga yang paling lembut. Gasing yang keras diperbuat daripada kayu jenis terpilih yang tahan dan tidak mudah pecah, berpusing ligat dan tenang ketika dimainkan. Kayu Koran adalah jenis yang terbaik tetapi sukar diperoleh. Kayu bakau ban digunakan untuk membuat gasing kerana sifatnya yang keras, tidak mudah pecah, tidak begitu imbal dan mudah didapati. Kayu ciku dan petai juga sesuai untuk membuat gasing walaupun lebih ringan dari kayu Koran dan bakau. Kayu johol dan kerada juga sering digunakan untuk membuat gasing. Kapak Gerudi Paku Kertas Pasir Pemahat R Proses Membuat Gasing Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring bertangkup dua. c Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat kayu. Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan dan meninggalkan kirakira 2cm di bahagian luar. (d) Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki. Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terus digunakan atau pun dicat dan diwarna terlebih dahulu supaya kelihatan lebih menarik. Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni cipta yang bermutu tinggi. Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Gasing R Penggunaan sabun Bahan: Sabun buku Carving tool Pisau Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi Span Paku Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekabentuk gasing. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran rekabentuk gasing kepada pelajar.
12 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana menghasilkan rekabentuk gasing. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekabentuk yang baru dia kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar dikehendaki melakarkan rekabentuk gasing. R Proses membuat gasing Langkah 1 : Pelajar melakarkan rekabentuk gasing di atas sabun dengan benda tajam seperti jarum peniti. Langkah 2 : Pelajar mengukir sabun mengikut rekabentuk yang dilakarkan dengan menggunakan carving tool atau pisau. Langkah 3 : Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan span sedikit air. Langkah 4 : Pelajar mencucukkan paku pada bahagian bawah gasing tersebut. R Persembahan hasil kerja Penilaian berdasarkan (i) idea reka cipta (ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik (iii) kemasan Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya sendiri dan orang lain. R Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat gasing Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan bagaimana gasing dihasilkan proses bagaimana gasing dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari gasing pemasaran barangan gasing. Topik 10 Perhiasan Diri LATAR BELAKANG PERHIASAN DIRI Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia. Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala. R Hiasan kepala Cucuk sanggul wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul. Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang. R Sikat atau sisir rambut alat untuk mengemas dan merapikan rambut. sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu. daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading
http://oumclub.blogspot.com.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik. R Penutup Kepala Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan. Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk. Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata. R Hiasan telinga tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang jurai), kerabu dan sunting malar. Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti geometric, flora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri. R Hiasan Leher rantai, loket, dokoh dan kalung. (a) Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh. diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau flora.Kadang kala ia diikat denga intan atau berlian. (b) Loket Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan flora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan. (c) Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat. Kalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk. R Hiasan Tangan dan Leher benda yang disarung pada bahagian anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin,gelang tangan, dan kaki. Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. c memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata. Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja. cBentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki. R Hiasan Pinggang
13 / 14

SimpoNOTA PDF Password Unregistered HBAE3103 RINGKAS KRAFRemover TRADISIONAL


Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya. R Hiasan Pada Pakaian . Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata. Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata. R Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk Kalung berhias: Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan Bahan R Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan R tali pancing R kancing penyangkut Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam bentuk yang terdapat dalam hiasan rantai. Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran ragam bentuk kalung kepada pelajar. Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut lakaran. R Proses membuat Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik pelbagai warna mengikut reka cipta masing-masing. Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada bahagian rantai asas mengikut gubahan masing-masing. (iii) Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan pada penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut. R Persembahan hasil kerja (a) Penilaian berdasarkan idea reka cipta kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik kemasan R Apresiasi Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain. R Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran, seperti kedai emas Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan. bagaimana perhiasan diri dihasilkan proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri pemasaran barangan hiasan diri.

Version - http://www.simpopdf.com

OUMClub

http://oumclub.blogspot.com.

14 / 14

You might also like