You are on page 1of 2

Cara-cara Mengatasi Gejala Sosial Isu-isu yang berkaitan dengan gejala sosial kerap menjadi paparan media massa

seperti akhbar dan televisyen. Paparan media massa menunjukkan gejala sosial semakin bertambah setiap tahun. Pada pendapat saya, isu gejala sosial ii perlu ditangani dengan segera kerana gejala sosial banyak mendatangkan keburukan kepada diri, keluarga dan masyarakat kepada diri, keluaraga dan masyarakat. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala sosial seperti melepakm salah guna dadah dan pergaulan bebas. Dalam menangani gejala sosial, ibu bapa boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana banyak masa ibu bapa dilaungkan bersama anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mempunyai banyak masa untuk menasihati anak-anak tentang nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dan gejala sosial yang perlu dijauhi oleh anak-anak. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi di rumah atau di luar rumah agar anak-anak rasa selamat, disayangi dan dihargai. Di samping itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi gejala sosial. Anggota masyarakat perlu menunjukkan contoh yang baik, khususnya kepada golongan muda. Jika terdapat golongan muda yang melakukan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas, masyarakat setempet hendaklah menegur sekap negatif tersebut. Jika didapati gejala sosial masih juga berlaku, aduan kepada pihak berkuasa perlulah dibuat dengan segera. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi gejala sosial. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menasihati pelajar di perhimpunan sekolah agar menjauhi gejala sosial yang akan mendatangkan kesan buruk kepada pelajar dan juga keluarga. Guru-guru juga boleh memberikan nasihat secara langsung atau tidak langsung tentang keburukan gejala sosial dalam mata pej\lajaran yang diajar. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum juga dapat menghindari pelajar daripada terjebak dalam gejala sosial. Media massa juga boleh membantu mengatasi gejala sosial. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang dengan berkesan. Media massa seperti televisyen mestilah menayangkan lebih banyak program yang berunsur positif dan memberi pendidikan kepada penonton. Rancangan yang berunsurkan hiburan yang melalaikan juga tidak wajar ditayangkan di televisyen. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi gejala sosial. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan program bagi menangani gejala sosial di kalangan rakyat. Selain itu, pihak kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi mengatasi gejala sosial. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan pelbagai kempen mengatasi gejala sosial di stesen televisyen dan radio milik kerajaan.

Sebagai kesimpulan, beberapa langkah perlu dilakukan untuk mengatasi gejala yang mendatangkan banyak masalah. Usaha mengatasi gejala sosial ini mesti dilakukan secara berterusan oleh semua pihak. Pada pendapat saya, gejala sosial ini dapat diatasi jika semua lapisan masyarakat menyedari tanggungjawab masing-masing dalam menjaga nama baik keluarga, masyarakat dan negara. Jika permasalahan gejala sosial dapat ditangani, saya pasti imej negara akan dipandang tinggi dan sektor pelancongan negara dapat terus dimajukan.

You might also like