You are on page 1of 2

1.

0 Maksud Teori Pembelajaran

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Definisi pembelajaran ditakrifkan dengan makna yang berbeza bergantung kepada persepsi individu. Pembelajaran merupakan satu pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan, Lee Shok Mee ( 1993). Mengikut Kamus Dewan pula pembelajaran ialah satu proses belajar. Bagi Goldenson ( 1984), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasi-informasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru. Namun begitu pembelajaran dalam konteks psikologi ditakrifkan sebagai perubahan keatas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwaperistiwa alam sekitar, Carlson (1987). Selain itu, pembelajaran juga membawa kepada perubahan hasil interaksi dengan persekitaran. Selain daripada itu, pembelajaran juga menghasilkan perubahan tingkah laku dari tahap rendah kepada tahap lebih tinggi dan perubahan yang berlaku ini juga merupakan satu perubaham yang kekal dan stabil. Perubahan tingkah laku adalah hasil persepsi individu di mana persepsi tersebut timbul apabila individu memperoleh pangalaman atau latihan. Selain itu pembelajaran juga boleh berlaku secara formal iaitu di peringkat sekolah, universiti, dan sebagainya. Secara tidak formal pula pembelajaran berlaku melalui persekitaran contohnya rancangan televisyen, asuhan ibubapa serta pergaulan seseorang individu dengan rakan-rakan. Menurut Williams & Anandam (1973), Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. Teori pembelajaran merupakan prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi . Ia boleh dibahagikan kepada tiga teori utama iaitu teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Idea-idea yang dibawa oleh tokohtokoh yang mempelopori setiap teori adalah berbeza. Berdasarkan teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, di mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku kekal. Tokohtokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike, dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif atau negative sementara

pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

You might also like