You are on page 1of 3

Tumbuhan, nama saintifik dan kegunaannya.

1. Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang


dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus
sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan
bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle
dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang
mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat.

Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh


pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang
di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari
bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus
minuman, jem dan jeli. Ia mengandungi kandungan vitamin C(
asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280
miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain
itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D,
0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2
kompleks.Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok
bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205
sentimeter ( sm ).

2. Pokok Lilipan : Nama Saintifiknya : ( Pedilanthus


Tityhymalodies (L) Poit )
Nama Daerah : Lilipan .

Khasiatnya : Getah pokok Lilipan adalh beracun. Oleh itu


ianya digalakkan untuk kegunaan luar sahaja. Getah Lilipan
dibahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah
tulang, luka berdarah, mengurangkan pembengkakan bisul.
Malahan, apabila digigit lipan, getah yang diperoleh
daripada daunnya boleh disapu pada bekas gigitan lipan
tersebut untuk menghilangkan bengkak.

3. Lengkuas : Nama Saintifiknya : (Alpinia galangal Swartz)


Famili : Zingiberaceae

Khasiatnya : Rizom daripada lengkuas digunakan untuk


merawat penyakit berkaitan penghadaman,ciritbirit dan rasa
sejuk badan; selain merawat demam yang berulang-ulang.
Rizom yang dibentuk menjadi kapsul digunakan untuk
melegakan mabuk laut dan mabuk darat. Lengkuas juga
digunakan untuk merawat brokitis disebabkan keupayaannya
untuk mencairkan kahak.
4. Tembaga Suasa. Nama Saintifikntya : (Crinum asiaticum.)

Khasiatnya : Biasanya digunakan untuk merawat


bengkak,terseliuh dan tersalah urat.

5. Avocado : Nama Saintifiknya : ( Persea Americana Mill)


Famili : Lauraceae

Khasiatnya : Daun avocado yang matang boleh diminum untuk


menurunkan tekanan darah tinggi, menyembuhkan lemah buah
pinggang dan membekalkan tenaga. Buahnya baik untuk
membekalkan tenaga,tekanan darah tinggi dan baik untuk
kesihatan kulit.

6. Vanilla : Nama Saintifiknya : Vanilla planifolia

Khasiatnya : Biasanya digunakan didalam masakan dan pewangi


bahan kosmetik.

7. Halia : Nama Saintifiknya :( Zingiberaceae officinale


Rosc.)

Famili : Zingiberaceae.

Khasiatnya : Halia digunakan oleh wanita baru bersalin


untuk membuang andin dan memanaskan badan. Halia tua boleh
digunakan untuk tulang sengal dan terseliuh. Sejenis halia
yang hidup di China boleh dijadikan penawar untuk penyakit
atritis dan reumatisme.

8. Kunyit : Nama Saintifiknya : ( Curcuma domestica Val.)


Famili : Zingiberaceae

Khasiatnya :Digunakan untuk merawat masalah pembuangan air


kencing yang kerap, membuang angina, penyakit kulit dan
bengkak-bengkak serta luka-luka kecil.

9. Pegaga : Nama Saintifiknya : ( Centella asiatica (L)


Urban.
Famili : Apiaceae Umbelliferae

Khasiatnya : Awet muda, menguatkan daya ingatan, digunakan


juga untuk penyakit kusta, ulser, luka dan batuk kering..

10. Tahi Amgin


11. Halia Merah : Nama Saintifiknya : ( Alpina purpurata)

Khasiatnya :

You might also like