You are on page 1of 27

HUBUNGAN ETNIK (KEMERDEKAAN) http://www.arkib.gov.my/persidangan http://www.malaysiamerdeka.gov.

my/v2/ms/sejarah/sejarah-kemerdekaan

Sejarah Kemerdekaan

uara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah

pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya

mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Zaba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu. Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan NegeriNegeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang

mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syaratsyarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan. Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya. Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College. Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Zaba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

Ke arah Mencapai Kemerdekaan


Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka.

Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan sejagat, UMNO telah

mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihanraya tersebut. Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam masa empat tahun.

Pada 1Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri HalEhwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka sumpah jawatan pada 9 Ogos mengangkat 1955.

Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin lewat diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah mencemaskan Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.

Kebimbangan Inggeris memberikan kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia memperlihatkan kebijaksanaan siasah Tunku Abdul Rahman. Sementara di pihak PKM, mereka menolak dengan angkuh permintaan Tunku untuk membubarkan partinya malah terus memilih untuk meneruskan penentangan bersenjata yang ternyata telah banyak membawa kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar Bandar dan menggugat keselamatan dan ekonomi negara. Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat. Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah. Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31

Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.

Rentetan Peristiwa Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan


1) 01 Januari 1956 Rombongan Rundingan Kemerdekaan Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja) 2) 01 Januari 1956 Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia. 3) 01 Januari 1956 Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. 4) 01 Januari 1956
Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.

5) Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku
sedang berbincang di Lancaster House.

6) 8 Januari 1956
YTM Tunku dan Lennox Boyd(Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.

7) 20 Februari 1956 (11.00 pagi)


YTM Tunku yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

8) 20 Februari 1956
Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

9) 20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.

10) 20 Februari 1956


Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

11) 20 Februari 1956 (3.30 petang)


Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

12) 20 Februari 1956


Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

13) 20 Februari 1956


En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

14) 20 Februari 1956


YTM Tunku menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

15) 20 Februari 1956


Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

16) 20 Februari 1956


Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

17) 20 Februari 1956


Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

18) 20 Februari 1956


Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

19) 20 Februari 1956


YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka).

20) 20 Februari 1956


Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

21) 20 Februari 1956


Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

22) 20 Februari 1956


YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

23) 20 Februari 1956


Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka. Keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 21 Februari 1956.

http://godspeed-epi.blogspot.com/2009/08/makna-kemerdekaan.html

Rabu, 26 Ogos 2009


MAKNA KEMERDEKAAN

Merdeka mempunyai beberapa pengertian.

Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna " bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain ). Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal danal-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangatsangat menerima taubat " (Surah an-Nasr: 1-4) Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia. Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang. Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah

tanggungjawab ibu bapa memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah b agaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada AllahS.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara.

http://berita.cari.com.my/news.php?id=12517
News: News Center | Pusat Berita

Sumbangan gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan


Font [ BB B M S ]

Pandangan Pandangan 2011-09-14 12:03 Click: 259 Disediakan oleh Merdeka Review

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru kerajaan agar mengambil berat pengaruh positif kontroversi "Mat Indera Pejuang Kemerdekaan" yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS. Kami menggesa agar kerajaan mengakui sumbangan gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan negara kita. Kami berharap kerajaan mengkaji semula isi kandungan buku teks sejarah, mencatat sumbangan-sumbangan pejuang kemerdekaan dan pembinaan bangsa secara adil dan objektif berdasarkan sejarah sebenar anti penjajahan. Sumbangan UMNO dan Perikatan tidak dapat dinafikan, namun buku teks sejarah juga harus mencatat secara perinci sumbangan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA), AMCJA-PUTERA, Parti Komunis Malaya (CPM), Parti Buruh, Parti Rakyat dan lain-lain dalam perjuangan menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan. Buku teks sejarah hari ini tidak memberi gambaran sebenar gerakan kiri dalam sejarah Malaysia, termasuklah peranan MPAJA pada zaman penjajahan Jepun, AMCJA-PUTERA yang mencadangakan Perlembagaan Rakyat yang lebih demokrasi dan adil, Hartal Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947, Gerakan Buruh Malaya dan Singapura sebelum dan selepas kemerdekaan,

gerakan pendidikan bahasa Cina yang dipimpin oleh Dong Jiao Zong, Sumbangan Parti Komunis Malaya dalam mempercepatkan pencapaian kemerdekaan, Perjuangan Parti Buruh dan Barisan Sosialis. Kerajaan Perikatan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap pemimpin-peminpin sayap kiri secara besar-besaran seterusnya melenyapkan gerakan kiri, rusuhan kaum 13 Mei adalah rancangan ahli politik, gerakan mahasiswa 1970-an dan sebagainya. Buku teks sejarah rasmi hari ini tidak dapat mencerminkan sejarah rakyat memperjuangkan demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan yang gemilang. Ia telah dipadamkan dari buku teks sejarah. Sumbangan gerakan kiri bukan sahaja sengaja diabaikan, malah diputar-belit, dan hendaklah diperbetulkan dengan segera. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil agar menghormati hak bersuara Mohammad Sabu. Kami berpendapat sesiapa pun boleh memberi pandangan terhadap peristiwa sejarah mengikut fakta sejarah. Pihak polis mengatakan bahawa telah menerima 500 laporan polis dari pertubuhan dan parti politik, tindakan tersebut seolah-olahnya intimidasi dan mencabuli hak bersuara Mohammad Sabu. Menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein telah mengatakan bahawa tidak akan menggunakan ISA terhadap Mohammad Sabu, inilah tindakan yang betul, kami berharap agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara menghormati hak asasi Mohammad Sabu dan tidak lagi mengambil tindakan terhadapnya. Untuk perbincangan secara mendalam sumbangan gerakan kiri, jawatankuasa gerakan sejarah sebenar Malaysia yang disertai oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG akan menganjurkan satu forum awam bertajuk "Perjuangan Kemerdekaan Malaya: Peranan Kiri " di MPPJ Dewan Sivik pada 15 September 2011 yang bemula pada jam 8 malam. Forum tesebut akan membincang peritiwa Bukit Kepong dan peranan gerakan kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Segala pertanyaan sila menghubungi Cik Chin 03-2272 3594 atau 03-79578342/3. *Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kanan) selaku Pengerusi Pusat Pembanguan Kebudayaan LLG.

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/siapa-sebenarnya-tokoh-tokoh-pejuangkemerdekaan-tulen-nik-abdul-aziz-nik-hassan

Siapa sebenarnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tulen Nik Abdul Aziz Nik Hassan
SEPTEM BER 26, 2011

26 SEPT Sudah tentu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ialah mereka yang berjuang ke arah membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah oleh kuasa penjajah, dan nilai-nilai negatif yang terdapat dalam masyarakat negara itu yang mencengkam, mengongkong dan membelenggu minda masyarakat tadi. Selalunya kuasa penjajah dan nilai-nilai negatif itu akan menjajah masyarakat dan negara secara fizikal, mental, spiritual dan moral dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian, apabila dikatakan kuasa penjajah, ia bukan sahaja merujuk kepada kuasa penjajah secara fizikal seperti kuasa-kuasa kolonial Barat iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan kuasa kolonial Timur iaitu Jepun. Akan tetapi, ia juga merujuk kepada penguasaan suatu nilai dalam satu budaya dan masyarakat yang menindas dan mengongkong minda serta Worldview masyarakat itu. Secara mudahnya dapatlah disimpulkan pola-pola dan nilai-nilai penjajahan yang wujud dalam sejarah masyarakat Malaysia sebagaimana berikut. Kedatangan kuasa-kuasa penjajah ke alam Melayu seperti kuasa Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Kedatangan kuasa-kuasa itu menguasai, mengongkong, menindas dan memeras kehidupan anak-anak tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial demi kepentingan hegemonisme kuasa masing-masing.. Secara mental dan spiritualnya, kuasa-kuasa penjajah tadi menyogok dan menakluki pemikiran dan jiwa masyarakat tempatan dengan suatu falsafah bahawa bangsa penjajah adalah superior dan bangsa yang dijajah adalah inferior. Falsafah demikian boleh mewujudkan anak tempatan kehilangan kayakinan diri dan boleh digolongkan dalam istilah the captive mind atau orang-orang yang terjajah pemikirannya. Kewujudan era perang dingin selepas peperangan dunia ke II di antara blog liberal Barat dan blog Komunis turut memperhebatkan lagi ciri-ciri penjajahan minda ini keatas Worldview masyarakat dunia yang dijajah termasuk masyarakat Malaysia. Ciri-ciri penjajahan minda dalam era ini wujud dalam bentuk yang lebih sofistikated lagi. Kemudiannya pula dalam era kini apabila wujud kuasa tunggal dunia iaitu gabungan kuasa Amerika Syarikat dan Inggeris selepas

kejatuhan empayar Kesatuan Soviet dalam penghujung abad ke-20, maka pola politik, ekonomi dan sosial dunia banyak pula dijalurkan oleh gabungan kuasa Hegemoni ini. Masyarakat Malaysia turut merasai bahang kerakusan fizikal, mental, moral dan spiritual tindakan kuasa Neo Kolonialisme tadi. Kesinambungan nilai-nilai saikologikal feudalisme dalam masyarakat Melayu kini. Maksud saikologikal feudalisme di sini ialah wujudnya pemikiran dan jiwa masyarakat yang setia melulu kepada badan-badan, nilai-nilai dan personalit-personaliti tertentu. Kesetiaan demikian akan melahirkan ciri-ciri tertentu pula. Antaranya ialah sebagaimana berikut: Membela yang salah dan menghukum yang benar. Masyarakat yang terlalu mementingkan upacara (ceremonial) sehingga mengatasi sesuatu objektifnya. Wang pemimpin dan wang badan atau negeri tidak ada garis pemisah yang jelas. Wujud kepercayaan tahayul yang kuat dalam masyarakat. Masyarakat yang mementingkan ciri-ciri kepahlawanan dan kekuatan lebih daripada keilmuan dan kebenaran. Nilai-nilai ini berpokok-pangkal daripada masyarakat Melayu tradisional dahulu. Nilai-nilai ini juga mencengkam dan mengongkong pemikiran serta jiwa Melayu. Kewujudan nilai-nilai ini dalam masyarakat kini ialah dalam bentuk dan rupa yang baru. Kewujudan nilai-nilai ini turut pula mempolarisasi minda dan bentuk politik, ekonomi dan sosial bangsa. Pada penulis nilai-nilai ini turut menjajah pemikiran dan jiwa Melayu sehingga wujudnya ramai orang-orang Melayu yang masih belum merdeka pada erti kata yang sebenarnya. Walaupun Malaya diisytihar merdeka dalam tahun 1957 dan Malaysia dalam tahun 1963, akan tetapi justeru kerana wujudnya pula pola dan nilai-nilai tadi berterusan dalam masyarakat dan negara, maka hakikat kemerdekaan masyarakat kita yang sebenarnya masih boleh dipersoalkan lagi. Berasaskan kepada pola-pola dan nilai-nilai di atas timbul persoalan di sini siapa sebenarnya tokoh-tokoh yang berjuang kearah memerangi pola-pola dan nilai-nilai negatif demikian? Pendudukan kuasa penjajah penjajah di Malaysia mulai tahun 1511 memberi impak kepada wujudnya ciri-ciri kebangkitan masyarakat Melayu menentang kuasa kolonial tadi. Kebangkitankebangkitan ini mengalami kesinambungannya, semenjak kedatangan kuasa penjajah Portugis(1511) sehingga tahun 1957. Secara ringkasnya dapat kita lihat siri siri kebangkitan ini sebagaimana berikut. Kewujudan empayar Johor/Riau/Lingga sebagai suatu menifestasi penentangan masyarakat Melayu terhadap pendudukan kuasa Portugis di Melaka. Kewujudan empayar ini bermula pada awal abad ke-16 dan berakhir dalam awal abad ke-19 dengan termeterainya Perjanjian London (1824).

Kebangkitan tokoh-tokoh tradisional Melayu Dol Said (Tok Naning) di Melaka, Mat Kilau/Datuk Bahaman/Tok Gajah di Pahang, Datuk Maharajalela/Puntung di Perak dalam abad ke-19 dan Haji Hassan (Tok Janggut) di Kelantan serta Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dalam awal abad ke-20. Kebangkitan ulama-ulama reformis yang dikenali dengan panggilan ulama-ulama kaum muda Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Alhadi, Haji Abas Taha dalam awal abad ke-20 sehingga perang dunia ke II dengan fokus perjuangannya ke arah mengislahkan pemikiran Islam masyarakat Melayu dengan terselit juga semangat anti-kolonial dan cogan kata kearah Pan Islamisme. Kebangkitan aliran Nasionalisme progresif di bawah pimpinan Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestaman dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan perjuangan ke arah kemerdekaan Malaya dalam lingkungan Indonesia Raya dan secara maksudnya juga perjuangan mereka kearah menentang nilai-nilai saikologikal feudalisme dan sikap kapitalisma serta oportunisma rakus. Perjuangan mereka ini dapat dilihat melalui badan-badan Politik Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), KRIS, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Kebangkitan puak-puak progresif dalam nisbah konservatisma anak-anak aristokrat feudal bermula dengan penentangan menentang Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Razak Hussin, Capt Hussein Onn dan kemudian membawa kepada wujudnya Umno dan seterusnya Independence Malayan Party (IMP) dan parti negara (Dato Abdul Razak kekal dalam Umno kecuali Dato Onn dan Capt Hussein Onn menyertai IMP dan parti negara seterusnya). Siri-siri kebangkitan ini kalaulah dilihat dalam konteks Worldview perjuangan dalam era masingmasing menampakkan wujudnya kepelbagaian warna. Kewujudan kepelbagaian Worldview inilah yang perlu dianalisa berasaskan kepada pola-pola dan nilai-nilai yang penulis rencanakan pada bahagian awal tadi. Pendekatan demikian diambil demi untuk membuat suatu kesimpulan siapa sebenarnya pejuang-pejuang kemerdekaan tulen. Sifat ketulenan inilah yang sepatutnya menjadi inspirasi dan ikutan kepada generasi kini sebagai suatu paradigma untuk mentransformasikan bangsa Malaysia tercinta dalam bidang politik, ekonomi dan sosial demi menghadapi realiti persoalan masyarakat kini dan gelombang arus globalisasi yang penuh dengan pancaroba ini. Generasi kini yang Patriotis semestinya merasa bangga dengan wujudnya kebangkitan empayar Johor/Riau/Lingga mulai awal abad ke-16 hingga awal abad ke-19 sebagai suatu menifestasi penentangan umat Melayu terhadap pendudukan kuasa Portugis dan kuasa Belanda di Melaka. Kebangkitan ini perlu dihormati oleh kita kini justeru kerana ia menunjukkan bahawa nenek moyang kita ada mempunyai maruah dalam konteks tidak rela bangsa dan negara tercinta dijajah dan dizalimi oleh kuasa-kuasa penjajah. Pun demikian kalaulah dinilai dari segi matlamat perjuangannya ke arah mengristorasikan kewujudan sistem pemerintahan raja yang mutlak, maka banyak pula persoalan yang boleh ditimbulkan dalam konteks kini. Sudah tentu sistem demikian adalah outdated dan bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan prinsip keadilan itu sendiri. Demikian juga kalau kita lihat

kepada matlamat pokok perjuangan kebangkitan Tok Naning di Melaka, Dato Bahaman/Mat Kilau/Tok Gajah di Pahang, Dato Maharajalela/Puntung di Perak, Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dalam penentangan mereka menentang kuasa kolonial Inggeris di negeri masing-masing. Mungkin kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu ada sedikit kelainannya dari segi matlamat. Kelainan ini wujud justeru kerana jiwa ulamanya. Akan tetapi persoalannya apakah Worldview dan persepsi politik Islamnya sejajar dengan Worldview politik Islam yang didokong oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu. Penulis berpendapat masih banyak kekaburan kalaulah Worldview perjuangan Islam Haji Abdul Rahman Limbong hendak dianalisakan dari sudut itu. Apa yang dapat dilihat ciri-ciri jiwa kebangkitan tokoh-tokoh pejuang bangsa dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam menentang kuasa kolonial Inggeris masih di selang-seli dengan penghayatan mereka terhadap nilai-nilai saikologikal feudalisme dan dokongan mereka terhadap sistem pemerintahan raja yang mutlak. Perjuangan demikian walaupun cocok dalam konteks budaya Melayu pada masa itu akan tetapi meleset kalaulah dilihat dalam konteks arus globalisasi kini. Kebangkitan ulama-ulama kaum muda dalam awal abad ke-20 sehingga perang Jepun dengan ada juga menyentuh semangat anti-kolonial dan kearah gagasan Pan Islamisme memang enak didengar. Akan tetapi pada penulis dalam konteks periodisasi tadi dimana semangat nasionalisme sedang membara di seluruh alam Islami dengan persoalan negara bangsa masing-masing apakah gagasan ini mampu direalisasikan? Lebih-lebih lagi pula umat Islam pada keseluruhannya pada masa itu tidak bersatu dan berpecah-belah atas persoalan berlainan mazhab dan persoalanpersoalan khilafiyah agama yang banyak. Era mulai tahun 1930 sehingga tahun 1957 di Malaysia adalah penuh dengan pergolakan antikolonial dan persoalan persepsi politik dan ideologikal. Dalam era inilah muncul tokoh-tokoh nasionalis yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga dan pendidikan yang kemudian mencorak Worldview perjuangan masing-masing. Pada umumnya kebangkitan semangat nasionalisme Melayu dalam era ini kalaulah hendak dikategorikan dalam konteks ideologikal terbahagi kepada 3 kumpulan besar. Kumpulan nasionalisme kiri (istilah kiri ini ialah istilah penjajah) yang progresif. Kumpulan nasionalisme kanan (istilah kanan ini istilah penjajah). Kumpulan madrasah dan pondok yang dipimpin oleh ulama-ulama. Kumpulan Nasionalisme Kiri yang progresif Kumpulan ini mewujudkan parti politik KMM (1937), KRIS, PKMM, API dan AWAS (kesemuanya dalam tahun 1940-an). Gabungan PKMM, API dan AWAS mewujudkan PUTERA (juga dalam tahun 1940-an) Kumpulan Nasionalisme Kanan

Wujud parti politik sebagai wadah perjuangan kearah kemerdekaan dikalangan kumpulan ini berlaku selepas suatu kebangkitan perhimpunan Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar menentang Malayan Union kuasa Inggeris dalam tahun 1946. Parti ini yang dikenali dengan nama Umno pada umumnya dipimpin oleh anak-anak aristocrat feudal. Kemudian Umno berpecah dan ujud IMP dan seterusnya parti negara. Dalam Umno juga muncul PAS dalam tahun 1952 apabila keluar kumpulan agama dalam parti itu yang dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad (parti PAS ini kemudiannya dipimpin oleh Dr Hj Abas sekejap dan seterusnya anggota parti itu mempelawa Dr Burhanuddin Al Helmi untuk memimpin parti ini. Di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al Helmi parti ini lebih dekat kepada kumpulan Nasionalisme Kiri yang progresif). Kumpulan Madrasah dan Pondok Kumpulan ini menubuhkan sebuah parti politik dalam tahun 1947 bernama Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Haji Abu Bakar Al Baqir. Kebangkitan kumpulan ini disokong oleh Dr Burhanuddin Al Helmi akan tetapi ditentang oleh Dato Onn Jaafar pemimpin Nasionalisme Kanan. Usia parti ini singkat kerana diharamkan oleh kuasa Inggeris. Semangat Nasionalisme dan tuntutan kearah kemerdekaan negara bangsa di Asia sedang membara dan memuncak dalam tahun-tahun 1940-an. Hakikat ini dapat dilihat di India, Burma, Indonesia dan Filipina. Kebangkitan-kebangkitan ini membimbangkan dan menakutkan kuasa-kuasa penjajah. Di Malaysia dalam konteks kepartian KMM lah yang memulakan perjuangan kearah kemerdekaan Malaya dalam lingkungan Indonesia Raya. Selepas pengharaman KMM oleh kuasa Inggeris, semangat ini diteruskan oleh PKMM, API dan AWAS. Kebangkitan dan keberanian pemimpin-pemimpin nasionalisme kiri ini patut diberi pujian yang tinggi kerana dalam era ini ramai anak-anak Melayu terutama anak-anak aristokrat feudal yang menduduki dalam birokrasi kuasa Inggeris masih lena dan selesa berada di bawah kuasa penjajah itu. Mereka juga tidak yakin Melaya mampu merdeka. Kebangkitan puak-puak Nasionalisme Kiri yang progresif ini dipimpin oleh Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako). Kebangkitan mereka ini merisaukan kuasa Inggeris. Lebih-lebih lagi apabila melihat personaliti dan Worldview tokoh-tokoh pejuang ini yang sangat tidak cocok dengan jiwa Hegemonisma mereka. Menyedari bahawa adalah suatu yang mustahil untuk menyekat arus Nasionalisma Melayu dalam tahap ini dan melihat pula ujudnya kebangkitan anak-anak Aristokrat feudal yang progresif yang pula mendapat latar belakang pendidikan di London seperti Dato Onn Jaafar mulai tahun 1946, maka kuasa Inggeris di Malaya berusaha mengatur strategi baru ke arah mewujudkan senario yang berbeza dalam arus kebangkitan nasionalisme Melayu seterusnya. Strategi ini dibuat dengan percubaan kuasa Inggeris mengenepikan tokoh-tokoh kiri yang progresif ini melalui pengharaman parti-parti nasionalisme kiri dan penangkapan pemimpin-pemimpin mereka. Pemimpin-pemimpin ini pula diberi imej kiri dan pro-komunis melalui media massa kuasa Inggeris yang menguasai penyebaran berita dan maklumat pada masa itu.

Strategi untuk mewujudkan senario baru dalam kebangkitan nasionalisme Melayu ini lebih dirasakan oleh kuasa Inggeris khususnya selepas tahun 1950, apabila disedari bahawa mahu tidak mahu Malaya mesti diberikan kemerdekaan dalam waktu-waktu yang terdekat. Kesedaran ini timbul di kalangan pihak kolonial Inggeris apabila melihat pula kepada faktor-faktor berikut. Kejayaan masyarakat Melayu bersatu baik kumpulan kanan, kumpulan kiri dan kumpulan madrasah dan pondok untuk menentang gagasan Malayan Union Inggeris dalam tahun 1946 di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar. Kejayaan negara-negara di Asia mencapai kemerdekaan dalam tahun-tahun 1940-an lebih-lebih lagi Indonesia, benar-benar membuka mata ramai orang-orang Melayu ke arah menuntut kemerdekaan. Perjuangan anggota PKM dalam hutan menentang kuasa Inggeris mulai tahun 1948 menampakkan ada juga sokongan anak-anak Melayu. Tidak mustahil sekiranya kuasa Inggeris menangguhnangguh dan melambatkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya maka ramai lagi orang-orang Melayu yang kecewa dan tidak sabar dengan kuasa Inggeris akan memberi sokongan pula kepada gerakan-gerakan nasionalisme kiri yang progresif dan gerakan PKM yang bergerak secara militan di dalam hutan (PKM pada masa itu sudah pun mendapat sokongan ramai orang-orang Cina). Gabungan faktor-faktor di atas dan dengan faktor kemunculan anak Aristokrat feudal Dato Onn Jaafar yang mempunyai latar belakang pendidikan Barat dengan Worldview beliau yang banyak cocok dengan orientasi Barat serta pula mempunyai daya karisma yang tersendiri (daya karisma beliau ini terbukti dengan kebangkitan masyarakat Melayu di bawah seruan dan pimpinannya menentang gagasan Malayan Union). Kuasa Inggeris mulai nampak pola nasionalisme kiri yang menguasai arus nasionalisme Melayu dalam tahun 1940-an boleh dicorak ke arah dominasi kumpulan nasionalisme kanan seterusnya. Pada kuasa Inggeris pola nasionalisme demikian penting dibentuk apabila kuasa kolonial ini mulai awal tahun 1950 an menyedari bahawa kuasanya tidak dapat bertahan lama lagi di Malaya. Mahu tidak mahu kuasanya terpaksa menyerahkan kemerdekaan kepada Malaya dalam masa yang terdekat. Pada kuasa Inggeris Malaya di bawah pimpinan tokoh nasionalisme kanan seperti Dato Onn Jaafar selepas merdeka kelak lebih menjamin keselamatan ekonomi mereka berbanding dengan Melaya merdeka di bawah kuasa kepimpinan puak-puak kiri yang progresif. Justeru kerana itu kuasa Inggeris mengatur strategi ke arah pembinaaan imej pemimpin-pemimpin nasionalisme kanan seperti Dato Onn Jaafar. Strategi Inggeris ini membantu kearah memberi laluan yang lebih mudah kepada pemimpin nasionalisme kanan untuk menguasai dan mendominasi perjalanan nasionalisme Melayu bermula selepas perlaksanaan perlembagaan persekutuan tahun 1948. Oleh kerana hasrat Dato Onn Jaafar dalam awal tahun 1950-an hendak menjadikan Umno parti yang benar-benar bersifat nasional dengan membuka keahliannya kepada yang bukan Melayu yang sudah pun menjadi rakyat pada waktu itu dan oleh kerana hasrat itu ditolak oleh ahli-ahli Umno,

maka Umno seterusnya mengalami perubahan kepimpinan. Perubahan berlaku apabila Dato Onn Jaafar berkeras dengan hasratnya itu dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno. Kekosongan jawataan yang tertinggi dalam Umno ini kemudiannya diisi oleh Tunku Abdul Rahman Putra melalui proses perlembagaan parti. (Dato Onn keluar Umno dan menubuhkan IMP dan seterusnya Parti Negara). Perubahan pucuk pimpinan parti Umno dan kemenangan besar Umno dalam pilihan raya tahun 1952 (pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur) dan dalam tahun 1955 (pilihan raya umum Malaya) mengalah parti Dato Onn dalam gabungan semangat ketiga-tiga bangsa Melayu, Cina dan India dalam konteks yang berbeza daripada IMP iaitu gabungan Inter Party Umno/MCA/MIC tidak juga membimbangkan kuasa kolonial Inggeris. Ketidak bimbangan ini juga ujud dikalangan kuasa kolonial Inggeris apabila melihat latar belakang keluarga pendidikan dan Worldview umum Tunku Abdul Rahman tidaklah jauh sangat berbeza daripada Dato Onn. Kebijaksanaan Tunku seterusnya dari segi diplomasi dan perundingan dengan kuasa Inggeris menyebabkan Malaya (1957) dan seterusnya Malaysia (1963) mencapai kemerdekaan. Memang kuasa kolonial Inggeris licik dalam mengatur strategi politik kearah menjaga kepentingannya di tanah jajahan ini. Cara dan pendekatannya dalam soal ini tidak ubah seperti memberi makanan yang enak-enak kepada musuhnya. Akan tetapi disebalik makanan tadi ada pula racun arseniknya yang begitu berbisa. Racun arsenik ini pula boleh membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh bangsa kita. Demikianlah nasib bangsa kita di bawah penjajahan Inggeris, disamping ada menerima elemen elemen positif daripada kuasa penjajah itu secara kebetulan, banyak pula menerima elemen elemen yang memusnah dan mematikan jiwa Melayu. Elemen elemen yang negatif ini masih wujud dalam masyarakat kita sehingga kini. Kelicikan kuasa Inggeris ini sangat berbeza dengan pendekatan dan strategi kuasa kolonial Belanda dan kuasa hegemonisme komunis Soviet Union. Hakikat ini dapat dilihat dengan pendekatan dan strategi kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu dan pendekatan serta strategi kuasa Belanda dalam skima penjajahannya di Indonesia. Pendekatan kuasa Inggeris untuk mencapai cita-cita penjajahannya di negeri negeri Melayu Bersekutu dan di negeri negeri Melayu tidak Berasekutu ialah dengan menjajah dan memerintah melalui meresap masuk kuasa itu dalam sistem politik Melayu dengan mengekalkan institusi kesultanan di peringkat tertinggi dari segi De Juri. Manakala realiti kuasa politik dan pentadbiran di sebalik De Juri institusi kesultanan dan pembesar-pembesar Melayu diambil oleh penasihat Inggeris atau British Resident atas nama dan istilah sebagai penasihat. Sedangkan pada realiti atau De Factonya apa yang di nasihati oleh penasihat Inggeris atau British Resident mesti diikuti oleh sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sebaliknya pula kuasa kolonial Belanda menjajah dan memerintah Indonesia melalui mengubah sistem politik dan nilai-nilai pribumi. Oleh itu kita lihat di negeri-negeri Melayu bersekutu (Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak) dan di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu) dalam abad ke19 dan awal abad ke-20 tidak timbul penentangan masyarakat Melayu tempatan secara besarbesaran dan merata.

Sebaliknya pula kita lihat rakyat di Jawa dan di Sumatera menentang kuasa Belanda secara nisbinya jauh lebih hebat dan terbuka berbanding dengan apa yang berlaku di negeri-negeri Melayu bersekutu dan di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Kuasa Inggeris juga licik dalam melagalagakan di kalangan orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu demi untuk mengelakkan perpaduan dan kerjasama di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang bukan Melayu terutamanya orang-orang Cina. Dengan cara taktik demikian kuasa kolonial Inggeris akan sentiasa menjadi perlu dan relevan untuk terus memerintah di Malaya secara De Fakto. Latar belakang sejarah permainan sepak terajang politik kuasa Inggeris secara halus inilah yang perlu di analisa sebelum kita membuat suatu kesimpulan tentang sesuatu kebangkitan dalam perkembangan nasionalisme di Malaysia. Permainan jahat politik kuasa kolonial Inggeris ini difahami oleh puak-puak nasionalisme kiri yang progresif di Malaysia. Lebih-lebih lagi pemimpin dan anggota PKM. Justeru kerana itu pemimpin-pemimpin nasionalisme kiri di Malaysia dan pengikut-pengikut mereka menganggap kepimpinan nasionalisme kanan Malaysia termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan anggota-anggota polis pada awal tahun 1950-an sebagai alat dan boneka kepada kuasa penjajah. Atas dasar inilah ujudnya serangan dan pembakaran balai polis bukit kepong dalam tahun 1950 oleh anggota PKM dengan disertai orang-orang Melayu kiri termasuk Mat Indra. Penglibatan Mat Indra dalam peristiwa yang menyedihkan ini adalah ekoran daripada manifestasi kemarahan yang amat sangat orang-orang Melayu kiri kepada kuasa Inggeris. Kemasukan tokoh-tokoh Melayu seperti Musa Ahmad, Abdullah CD, Rashid Maidin, Samsiah Fakeh dan lain-lain kedalam hutan bersamasama dengan kepimpinan dan anggota PKM untuk menentang kolonial Inggeris adalah ekoran daripada terlalu benci dan marah dengan kejahatan kuasa kolonial itu. Akan tetapi malangnya kemarahan mereka terhadap kuasa Inggeris telah dapat digunakan dan dimanipulasi oleh PKM yang pula didalangi oleh gerakan komunis antarabangsa yang juga mempunyai sifat hegemoni. Justeru kerana itu kalaulah dianalisa dalam perspektif yang adil peristiwa serangan bukit kepong yang melibatkan Mat Indra di satu pihak dengan Kopral Jamil dan lain-lain anggota polis di pihak lain boleh diibaratkan seperti pelanduk lurus bendul (dalam perspektif politik percaturan kuasa kuasa besar dunia antara blok liberal barat dengan blok kesatuan Soviet) berperang sama pelanduk lurus bendul dan kemudian kedua-duanya mati di tengah-tengah dan di celah-celah kedua-dua gajah yang hegemonis yang sedang bertarung dengan menggunakan pelanduk-pelanduk di pihak masing-masing tadi (Kopral Jamil dan ramai polis-polis serta isteri isteri dan anak mati dalam peristiwa serangan komunis di bukit kepong itu. Mat Indra salah seorang yang mengepalai serangan itu juga dalam masa yang lain turut mati dibunuh oleh tentera gurka bagi pihak kuasa kolonial Inggeris). Inilah salah satu episod tragis dan menyedihkan dalam perkembangan arus kebangkitan nasionalisme Malaysia. Episod ini gagal dianalisa secara adil oleh ramai ahli-ahli politik dan lebih menyedihkan lagi ialah beberapa tokohtokoh sejarah dan ahli akademik menara gading Malaysia. Penulis berpendapat kegagalan orangorang yang arif dalam menganalisa peristiwa serangan ini ialah kerana faktor dalaman masingmasing yang pada hakikatnya hanya Allah SWT dan diri mereka sahaja yang tahu.

Pejuang-pejuang nasionalisme seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestaman, Ishak Hj Muhammad dan rakan-rakan kiri yang progresif yang tidak menyertai PKM nampaknya bebas daripada kedua-dua kuasa hegemoni tadi. Mereka juga marah kepada nilai-nilai saikologikal feudalisme yang mengongkong Worldview Melayu. Demikian juga mereka tidak boleh kompromi dengan kapitalis rakus dan oportunis rakus. Sebaliknya pula pemimpin-pemimpin nasionalisme kanan seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, dan Dato Abdul Razak Hussen dan Kapten Hussein Onn walaupun mereka berjuang untuk kemerdekaan tanah air daripada kuasa kolonial Inggeris akan tetapi dari segi perspektif dan Worldview mereka banyak terikat dengan nilainilai Barat. Walaupun pemimpim-pemimpin nasionalisme kiri yang progresif tidak bersetuju dengan nilai-nilai saikologikal feudalisme akan tetapi atas dasar memahami latar belakang sejarah dan budaya Melayu dalam konteks Malaysia mereka tetap mendokong konsep raja berpelembagaan. Dalam isu ini mereka tidak berbeza dengan perjuangan pemimpim nasionalis kanan. Satu perkara yang perlu juga disentuh di sini ialah tentang perjuangan pemimpim-pemimpin nasionalisme kiri dalam penghujung tahun 1930-an dan tahun tahun 1940-an kearah kemerdekaan Melaya dalam linkungan Indonesia Raya. Mungkin ramai dikalangan generasi kini merasa aneh dengan perjuangan demikian, akan tetapi kalaulah dilihat kepada sejarah dan semangat jiwa Melayu Islam nusantara, perjuangan demikian ada asas sejarahnya. Sejarah telah memberitahu kepada kita bahawa perpecahan Melaya dengan Indonesia dari segi geopolitiknya ialah bermula dengan perpecahan empayar Johor/Riau/Lingga, akibat permainan dan percaturan politik dan ekonomi di antara Inggeris dan Belanda melalui perjanjian London (1824). Pun demikian menyedari tentang realiti politik di Malaya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan menyedari susahnya Malaya untuk mencapai kemerdekaan nasional tanpa kerjasama dengan bangsa-bangsa lain maka PUTERA (gabungan PKMM, API dan AWAS) semasa di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Helmi mengorak langkah kearah berunding dengan AMCJA dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Usaha ini merupakan satu fenomena menarik dalam konteks sejarah kerjasama bangsa Melayu dengan bangsa yang lain kearah menuntut kemerdekaan di Malaya. Kerjasama demikian merupakan langkah pertama dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia kearah bergabung dan bekerjasama di antara parti Melayu dengan parti bukan Melayu. Namun demikian oleh kerana langkah demikian diusahakan oleh kumpulan nasionalisme kiri Melayu, maka ia tidak mendapat sokongan moral dan kerjasama dari kuasa Inggeris. Berdasarkan pada fakta-fakta sejarah, perjuangan parti-parti politik yang dipimpin oleh tokoh-tokoh nasionalisme kiri yang progresif, secara kronologinya dapat dilihat bahawa tokoh-tokoh nasionalisme inilah yang sebenarnya mula meletakkan tapak perjuangan ke arah kemerdekaan nasional, sehingga kemudian timbul kesedaran di kalangan orang-orang Melayu seterusnya kearah cita-cita murni ini. Pemimpin-pemimpin nasionalisme kiri yang progresif ini juga menampakkan gigih berjuang walaupun terpaksa meringkuk dalam penjara kolonial Inggeris. Malangnya pola sejarah nasionalisme Melayu yang didominasi oleh parti-parti haluan kiri dalam penghujung tahun 1930-an dan tahun tahun 1940-an telah berubah kepada penguasaan tokoh-tokoh anak-anak aristokrat

feudal dalam tahun-tahun 1950-an justeru kerana permainan politik kuasa kolonial Inggeris sebagaimana yang sudah dinyatakan. Ironinya tokoh-tokoh nasionalisme kiri yang jauh lebih awal berjuang dan bersedia bergadai nyawa dan kepentingan keluarga menentang kuasa kolonial Inggeris demi untuk kemerdekaan tanah air, seterusnya mengalami tragedi yang sama pula selepas Malaya dan Malaysia mencapai kemerdekaan. Fakta sejarah telah menunjukkan mereka iaitu Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman dan Ishak Hj Muhammad selepas Malaya dan seterusnya Malaysia mencapai kemerdekaan sekali lagi pula disumbat dalam penjara oleh kerajaan perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman di bawah akta ISA dengan alasan-alasan yang boleh dipersoalkan. Antara yang paling menderita ialah Dr Burhanuddin Al Helmi yang justeru kerana ditahan dalam keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan penyakitnya itu bertambah kronik semasa dalam penjara, sehingga kemudiannya beliau dihantar oleh kerajaan ke Australia untuk berubat. Selepas beliau dibebaskan daripada tahanan ISA dan selepas pulang ketanah air dari Australia beliau kemudiannya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nyata pemimpin-pemimpin nasionalisme kiri yang meletak asas perjuangan kearah kemerdekaan tanah air telah mengalami tribulasi demi tribulasi samada sebelum negara merdeka atau pun selepas negara merdeka. Inilah hadiah penjara yang dianugerahkan oleh negara merdeka Malaysia kepada mereka selepas begitu lama mereka dan keluarga masing-masing sengsara berjuang di bawah kolonial Inggeris. Demikianlah satu lagi episod kesengsaraan dan kepedihan yang terdapat dalam arus perkembangan nasionalisme Malaysia. Demi kerana prinsip kebenaran sejarah, penulis tidak boleh menafikan juga peranan tokoh-tokoh nasionalisme kanan seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Dato Abdul Razak Hussen, Dr Ismail Abdul Rahman dan Kapten Hussein Onn dalam memberi sumbangan kearah kemerdekaan Malaya tahun 1957 dan kemerdekaan Malaysia tahun 1963. Kalaulah Dato Onn Jaafar memain peranan besar dalam memimpin masyarakat Melayu menentang gagasan Malayan Union dan Tunku Abdul Rahman pula berjaya memperolehi kemerdekaan negara, Tun Abdul Razak Hussen pula telah menunjukkan suatu khidmat cemerlang zaman era perdana menterinya dalam mengisi kemerdekaan dengan mewujudkan falsafah negara iaitu rukun negara dan dasar nasional negara seperti dasar luar negara yang neutral, dasar ekonomi baru, dasar pendidikan nasional dan dasar pembangunan luar bandar. Walaupun ada kelemahan-kelemahan tertentu dalam zaman pemerintahannya akan tetapi sejarah tidak boleh menafikan beliau bersamasama dengan rakan-rakan politiknya baik tokoh-tokoh kanan maupun tokoh-tokoh kiri, benar-benar meletakkan asas pembangunan negara kearah kecemerlangan. Sayang usaha gigih dan baik Tun Abdul Razak Hussein ini kemudiannya selepas era pengharaman Umno dan perlaksanaan dasar pengswastaan negara, kita telah mengalami keadaan yang penuh haru biru dan krisis dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kehakiman, pendidikan, moral dan lain-lain. Penutup

Fakta-fakta sejarah di atas boleh memandu kita dalam menentukan hala tuju jiwa merdeka negara seterusnya. Kebangkitan tokoh-tokoh nasionalisme kiri progresif dalam tahap awal cuba meletakkan platfom nasionalisme di atas prinsip keadilan politik, ekonomi dan sosial yang berpaksi kepada pembelaan terhadap kaum Marhaen seperti kaum buruh, nelayan, petani dan mereka yang berpendapatan kecil. Nasionalisme mereka menuntut jiwa keislaman yang tinggi dan tidak boleh berkompromi dengan kaum kapitalis rakus, oportunis-oportunis rakus, nilai-nilai saikologikal feudalisme dan jiwa serta pemikiran The Captive Mind. Dalam konteks masyarakat Malaysia nasionalisme mereka bersifat Multiracialist dan dalam konteks politik antarabangsa sikap dan dasar mereka ialah bebas daripada dibelenggu oleh kuasa besar liberal Barat dan kearah negara Malaya dan Malaysia yang neutral di antara kuasa blok liberal barat dengan kuasa komunis Kesatuan Soviet dan tanah besar China. Penulis berpendapat platfom nasionalisme demikian sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada kebangkitan jiwa merdeka kini. Adalah menjadi kesilapan yang besar apabila peranan tokoh-tokoh nasionalisme kiri progresif seperti Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ishak Hj Muhammad dan rakan-rakan seperjuangan di Blackout oleh media massa kerajaan kini. Sebagai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tulen yang mengasaskan kebangkitan nasionalisme di Malaysia. Idealisme dan peranan tokoh-tokoh ini sepatutnya di review kembali dalam penulisan sejarah semoga generasi kini boleh mengambil iktibar daripada falsafah politik mereka. Lebih-lebih lagi tokoh Dr Burhanuddin selaku seorang ulama yang reformis, sufi, bersifat progresif, nasionalis dan multirasialis adalah suatu tokoh unik yang hebat. Idealisme politik dan agamanya sekiranya dimanafaatkan mungkin boleh membantu kearah penyelesaian masalah dan dilemma dalam banyak hal yang dicetuskan oleh tokoh-tokoh Islam kini dalam apa yang dikatakan era kebangkitan Islam dalam konteks realiti politik, ekonomi dan sosial dunia kini. * Nik Abdul Aziz Hj Nik Hassan adalah bekas pensyarah Jabatan Sejarah dan Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM

http://cikgulizah.blogspot.com/2009/10/nilaikan-peranan-golongan-agama-dalam.html SATURDAY, OCTOBER 10, 2009 NILAIKAN PERANAN GOLONGAN AGAMA DALAM KESEDARAN KEBANGSAAN DAN POLITIK ORANG MELAYU SEHINGGA 1957 1.0 PENDAHULUAN Pada pandangan saya, golongan agama sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kesedaran kebangsaan dan politik orang Melayu. Namun, sebelum kita menilai lebih jauh lagi mengenai peranan golongan agama ini lebih elok kiranya kita meninjau terlebih dahulu mengenai pengertian kesedaran kebangsaan dan politik. Kesedaran kebangsaan dan politik ini membawa maksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskan negara daripada penjajah. Berdasarkan pengertian ini jelas menunjukkan bahawa kesedaran kebangsaan dan politik dalam bahasa yang ringkas dan padat ialah nasionalisme yang berkaitan dengan negara dan bangsa.[1] Dalam konteks di Tanah Melayu, kesedaran kebangsaan dan politik ini merujuk kepada sesebuah masyarakat yang sedar bahawa mereka dibelenggu hidup di bawah penjajahan seperti British dan mereka perlu bertindak untuk memerintah tanah air mereka tanpa diganggu gugat oleh kuasa lain. Menjelang abad ke-20, kebangkitan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu semakin meluas dan dikatakan berada ditahap yang matang. W. R. Roff menyatakan bahawa proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada tiga tahap yang dipimpin oleh tiga golongan yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Pada tahun 1906 sehingga 1926, golongan agama yang berpendidikan Arab telah memainkan peranan dalam perkembangan nasionalisme orang Melayu.[2]Kemudian pada tahun 1926 hingga 1937, golongan berpendidikan Inggeris telah memainkan peranan diikuti oleh golongan yang berpendidikan Melayu pada tahun 1937 hingga 1941.[3] Oleh itu, berdasarkan persoalan yang timbul saya akan memfokuskan peranan golongan agama sejak kemunculan Kaum Muda yang bermula pada tahun 1906 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 2.0 PERANAN GOLONGAN AGAMA DALAM KESEDARAN KEBANGSAAN DAN POLITIK ORANG MELAYU SEHINGGA 1957 2.1 Perjuangan Kaum Muda Gelombang kesedaran kebangsaan dan politik yang pertama dikatakan telah diterajui oleh golongan agama pada tahun 1906 seperti yang telah dinyatakan oleh W. R. Roff. Pada tahun 1906, jelas menunjukkan kemunculan golongan Al-Imam atau lebih dikenali sebagai Kaum Muda. Golongan ini digelar golongan Al-Imam kerana mereka telah menjadi pengasas kepada kemunculan majalah Al-Imam. Majalah ini telah diterbitkan pada 27 Julai 1906 atas nama pemiliknya Syeikh Muhammad bin Salim AlKalali.[4] Majalah Al-Imam ini membawa maksud pemimpin yang bertepatan dengan tujuan mereka untuk memimpin orang Melayu supaya sedar bahawa negara mereka telah dikuasai oleh bangsa asing dan mereka hanya menjadi penurut perintah walaupun berpijak pada bumi sendiri. Matlamat penerbitan majalah Al-Imam sungguh jelas iaitu ...mengingat mana yang lalai dan menjagakan mereka

yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat...[5] Kaum Muda ini mempunyai pendidikan Timur Tengah mahupun berpendidikan Melayu seperti Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali, Syeikh Mohd. Tahir bin Jalaluddin Al-Azhari, dan Sayid Syeikh bin Ahmad Al-Hadi. Golongan ini kebanyakkannya bukan berdarah Melayu tempatan kecuali Haji Abbas bin Mohd. Taha.[6]Mereka merupakan Jawi Peranakan namun mereka telah sebati dengan cara hidup orang Melayu di Tanah Melayu. Oleh itu, jelas di sini bahawa mereka telah dimelayukan oleh budaya yang lebih tepat lagi dikenali sebagai bangsa budaya. Kaum Muda ini menyatakan bahawa kemunduran dan kehinaan bangsa Melayu adalah disebabkan oleh kelalaian orang Melayu dengan kehidupan duniawi.[7] Oleh itu, Kaum Muda berasa bertanggungjawab untuk menyedarkan orang Melayu walaupun kebanyakkan golongan ini bukanlah berdarah Melayu. Mereka sedar bahawa sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyedarkan orang Melayu. Keterangan ini dapat dibuktikan melalui penyataan yang telah dikeluarkan oleh Syeikh Mohd. Salim AlKalali iaitu: Sudah minum kami akan susunya dan telah tumbuh darinya daging darah kami dan telah terbit daripadanya nikmat perhatian kesenangan kami. Tidakkah jadi terhutang kami kepada negerinya dan anak-anaknya.[8] Kaum Muda merasakan kelemahan dari aspek keagamaan merupakan masalah utama yang menyebabkan terbantutnya perkembangan kemajuan pendidikan, ekonomi, sosial dan politik orang Melayu. Kebanyakkan orang Melayu tidak mematuhi ajaran Islam yang sebenar dan melakukan perbuatan yang ditegah dalam Islam. Oleh itu, Kaum Muda melalui majalahnya cuba menyedarkan Kaum Tua iaitu golongan yang masih mencampuradukkan antara tradisional dengan agama.[9]Kaum Muda menegaskan bahawa tindakan Kaum Tua telah membawa satu pegangan yang salah sekali gus telah menyebabkan orang Melayu yang keseluruhannya yang merupakan penganut setia Islam sering menyalahtafsirkan ajaran agama pada pengertian yang sebenar. Syed Syeikh Al-Hadi menyatakan bahawa amalan khurafat umat Islam dan sikap statis pemimpin agama yang menjadi punca kejatuhan masyarakat Melayu.[10] Tindakan Kaum Muda ini jelas ingin memberi kesedaran kepada orang Melayu bahawa Islam merangkumi semua aspek bukan agama semata-mata malah ekonomi, politik, dan juga sosial. Kaum Muda menyeru orang Melayu supaya menoleh ke arah Jepun untuk meniliti cara mereka memajukan bangsa dan negaranya.[11] Hal ini kerana orang Jepun menerima pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan pertahanan namun tidak sedikit pun membelakangkan agamanya. Situasi ini berbeza sekali dengan pandangan orang Melayu yang menolak sepenuhnya tamadun Barat dan menganggap orang Barat sebagai musuh Islam. Apabila agama diasingkan dengan politik, ekonomi dan juga sosial maka pemikiran dan kemajuan orang Melayu tersekat dalam dunia pembangunan. Golongan Agama juga telah memainkan peranan yang penting untuk menyedarkan orang Melayu melalui perubahan dari segi sosial. Perubahan sosial yang pertama telah diperjuangkan oleh Kaum Muda ialah memperjuangkan hak wanita untuk memperolehi pendidikan. Kaum Muda menyatakan bahawa perubahan dalam pendidikan perlu dilaksanakan dengan memberi pendidikan sekurang-kurangnya sampai darjah tiga untuk wanita dengan memberi pelajaran Al-Quran dan agama supaya mereka menjadi ibu yang boleh mendidik anak-anak.[12] Pada tahun 1925, Sayid Syeikh Al-Hadi telah menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Hikayat Faridah Hanum. Hikayat ini telah menegaskan

pentingnya pelajaran dan kebebasan wanita kepada masyarakat.[13] Selain itu, Kaum Muda dengan secara sengaja telah membandingkan wanita Melayu dengan Wanita Amerika. Wanita di Amerika dikatakan berusaha sendiri untuk menanggung kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang selama ini menjadi pekerjaan yang mustahil bagi wanita di Tanah Melayu seperti berkerja dalam syarikat-syarikat, mengangkat batu-bata, membina bangunan dan sebagainya.[14] Oleh itu, Pendidikanlah ubat yang paling mujarab untuk menyedarkan wanita tentang peri pentingnya peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kaum Muda secara tegasnya telah menyuarakan pandangan mereka tentang kepentingan pendidikan. Ini kerana pendidikan merupakan salah satu medium untuk meninggikan martabat orang Melayu seperti yang telah dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki.[15] Beliau menyatakan bahawa pendidikan ini saling bersangkut paut dengan aspek keagamaan, sosial, politik, dan ekonomi orang Melayu. Pembangunan yang telah disediakan oleh pihak British tidak mencukupi untuk orang Melayu kerana pembangunan ini masih memberi keuntungan kepada pihak British itu sendiri. Oleh itu, Kaum Muda memberi penekanan kepada ilmu Sejarah supaya orang Melayu sedar dan mengambil ikhtibar daripada sejarah yang telah berlaku.[16] Kaum Muda menyatakan kurangnya kesedaran pendidikan disebabkan oleh kelalaian raja-raja dan orang-orang besar Melayu yang tidak menyediakan pelajaran untuk rakyatnya sedangkan mereka mempunyai kuasa untuk memerintah rakyatnya menuntut ilmu kerana mereka golongan yang sangat dihormati.[17] Namun, sebaliknya raja-raja dan orang-orang besar lalai dalam kehidupan mereka yang diselubungi dengan kemewahan dan kesenangan. Oleh itu, orang Melayu perlu mementingkan pendidikan supaya tidak ketinggalan ke belakang lagi. Haji Muhammad Tahir, seorang guru telah memberi cadangan tentang peringkat persekolahan dan pelajaran bagi anak-anak Melayu. Beliau mencadangkan supaya pendidikan yang diberikan tidak hanya bercorak agama semata-mata malah disulami dengan ilmu yang diberikan oleh orang-orang Barat.[18] Di sini Kaum Muda telah memainkan peranan dengan menggesa orang Melayu supaya menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Haji Muhammad Tahir dan menyeru mereka menyuarakan kepada pihak Rajaraja Melayu dan Pesuruhanjaya Tinggi British agar diberi wang peruntukkan khas untuk sekolah-sekolah tersebut. Madrasah yang pertama yang telah berjaya didirikan oleh Sayid Syeikh Al-Hadi ialah Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908 kemudian mendirikan Madrasah Al-Hadi di bandar Kaba, Melaka pada tahun 1917 dan seterusnya Madrasah Al-Masyur di Pulau Pinang.[19] Melalui pendidikan Kaum Muda telah melahirkan ramai tokoh politik seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Othman Abdullah dan juga Salmah Mohsin.[20] Kaum Muda juga memberi pendapat mengenai soal pentadbiran. Kaum Muda menyatakan bahawa dengan melatih anak-anak negeri menjadi pentadbir dan menggantikan pegawai-pegawai asing dengan pegawai-pegawai anak negeri maka kemajuan akan segera diperolehi.[21]Kaum Muda telah mengambil contoh daripada Turki dan Jepun yang telah meletakkan bangsa mereka sendiri dalam corak pentadbiran negara. Hal ini jauh berbeza dengan sistem pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu. British telah diberi kuasa dalam soal pentadbiran manakala golongan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu terasing dan mengasingkan diri daripada rakyat jelata.[22] Selain itu, orang Melayu selalu ketinggalan dalam bidang ekonomi yang dapat diperhatikan berdasarkan petikan di bawah:

Walaupun sering dikatakan orang Melayu penduduk peribumi negara ini disebut peribumi serta menguasai sistem politik dan pemerintahan negara ini, tetapi dalam bidang ekonomi atau perjuangan merebut nilai kebendaan, mereka tewas kepada golongan imigran.[23] Petikan ini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu gagal menguasai ekonomi di negara sendiri sedangkan golongan pendatang dapat mengaut keuntungan di Tanah Melayu. Nasib orang Melayu seperti melukut di tepi gantang kerana pihak penjajah terus membiarkan orang Melayu dalam sektor pertanian yang tidak mempunyai daya pengeluaran dan memberikan pulangan yang tidak stabil. Kaum Muda berharap orang Melayu sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh British untuk kepentingan mereka sendiri. Selain itu, kemasukkan penjajah di Tanah Melayu telah membawa sistem pecah dan perintah. Sistem ini telah mewujudkan sistem ekonomi kapitalis yang berbeza dengan corak ekonomi yang diamalkan sebelum kedatangan penjajah iaitu sistem ekonomi tradisi. Ekonomi kapitalis telah menyebabkan masalah kemiskinan di Tanah Melayu terus meningkat dan Kaum Muda menyarankan supaya orang Melayu perlu bersaing dengan imigran lain supaya ekonomi di Tanah Melayu dikuasai oleh orang Melayu sendiri.[24] Oleh itu, jelaslah disini bahawa golongan agama memainkan peranan yang penting dalam kesedaran kebangsaan dan politik dalam kalangan orang Melayu. Kaum Muda bukan sahaja menyedarkan orang Melayu supaya bangkit menentang pihak kolonial malah bangun dari tidur yang lena untuk terus bersaing dengan imigran di Tanah Melayu. Selain itu, penulisan telah menjadi medium golongan agama untuk menyebarkan kesedaran kebangsaan dan politik orang Melayu. Di sekolah-sekolah juga, akhbar digunakan sebagai alat untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ini bermakna akhbar menjadi lidah rasmi orang Melayu untuk menyebarkan pergerakan dan kesedaran berpolitik. Singapura telah menjadi tapak permulaan penulisan. Penerbitan golongan pembaharuan ini telah dimulakan oleh majalah Al-Imam (1906), Neracha (1911), akhbar Idaran Zaman (1925), majalah Al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928).[25] Selain daripada akhbar dan majalah Kaum Muda juga menghasilkan novel-novel bertemakan pemikiran baru seperti emansipasi wanita. Contohnya Sayid Syeikh Al-Hadi menghasilkan novel Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Puteri Nurul Ain, Bercinta Buta dan juga Angan-angan Kehidupan.[26] Oleh itu, dengan berlakunya perkembangan dalam bidang penulisan ini membolehkan pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda tersebar luas di Tanah Melayu. Jelaslah di sini bahawa golongan agama pada awal kurun ke-20 telah menyebabkan kesedaran kebangsaan wujud untuk memperjuangkan kemerdekaan bangsa daripada terus dijajah. Contohnya Syed Syeikh Al-Hadi dalam tulisannya dalam Al-Ikhwan pada 16 Oktober 1926 yang berbunyi begini ...wahai sekalian Al-Ikhwan, bagaimanakah sedapnya kita tidur di dalam paluan gelombang yang berpecah ini, di dalam ribut taufan petir halilintar yang membelah akan bukit ini. Tidakkah mengejutkan kamu bunyi gelombang yang berpalu itu?.[27] Hal ini jelas menunjukkan bahawa Syed Syeikh Al-Hadi meminta masyarakat Melayu bangkit dan sedar bahawa negara mereka telah dikuasai oleh kuasa asing. 2.2 Perjuangan Pelajar-pelajar Melayu yang berpendidikan di Timur Tengah Pelajar-pelajar Melayu yang pernah aktif di Kaherah terus memainkan peranan mereka untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan apabila sekembalinya mereka di Tanah Melayu. Contohnya Othman Abdullah yang telah kembali di Tanah Melayu pada tahun 1926.[28] Beliau pernah dilantik menjadi

pengurus dan penulis sambilan akhbar dwi-mingguan Majlis pada tahun 1931.[29] Kemudian, pada tahun 1938 beliau merupakan salah seorang yang terlibat dengan dalam penubuhan Persatuan Melayu Selangor (PMS).[30] PMS ini bermatlamat untuk menyuarakan pandangan politik kepada kerajaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan orang Melayu. Peranan yang dimainkan oleh Othman Abdullah tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada tahun 1939, beliau telah dilantik menjadi bendahari kepada persatuan Kesatuan Melayu Muda (KMM).[31] Oleh itu, jelaslah di sini bahawa mereka yang mendapat pendidikan di Timur Tengah lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti memperjuangkan soal kedaulatan negara. Selain itu, Haji Wan Ahmad seorang ulama yang terkenal di Perak juga turut berperanan untuk menyedarkan orang Melayu tentang kesedaran kebangsaan. Beliau merupakan seorang yang dikhuatiri oleh pihak British dalam pergerakkannya. Ini kerana pada tahun 1932, beliau dengan lantangnya telah mempersoalkan di khalayak ramai mengenai kewibawaan seorang hakim Melayu, Toh Muda Yahya dan Pegawai Daerah Lenggong berhubung dengan Undang-undang Inggeris yang mereka jalankan. Beliau berpendapat bahawa tindakan undang-undang yang diambil tidak mengikut undang-undang yang digariskan oleh Al-Quran.[32] British menganggap Haji Wan Ahmad sebagai orang yang pro-Turki dan anti-British kerana beliau pernah menyeru kepada orang Melayu supaya bergabung tenaga dengan orang Turki. Beliau menyatakan bahawa Tanah Melayu akan lebih makmur jika ditadbir oleh Turki berbanding dengan pentadbiran British. Walaupun beliau bersikap begitu, namun British tidak mengambil tindakan yang drastik kerana beliau mempunyai hubungan yang erat dengan Sultan Perak. Ini kerana Sultan Alang Iskandar akan menjemput beliau menyampaikan kuliah agama sebulan sekali di Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar.[33] Walaupun kebanyakan para ulama mendapat pendidikan di Timur Tengah namun sekembalinya mereka di Tanah Melayu mereka lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat termasuk menanamkan kesedaran politik. 2.3 Hizbul Muslimin Pada Mac 1947, atas inisiatif Dr. Burhanuddin daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Ustaz Abu Bakar Bakir iaitu Pengetua Madrasah Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol Perak satu Persidangan Ekonomi-Agama Se-Malaya telah diadakan di madrasah tersebut.[34] Persidangan itu telah berjaya melahirkan dua buah pertubuhan iaitu Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA).[35] MATA telah mennganjurkan penubuhan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) pada November 1947 yang berperanan untuk penerbitan buku teks, merangka kurikulum yang sama untuk semua sekolah agama rakyat, meningkatkan bilangan sekolah agama dan meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada Mac 1948, MATA telah mengadakan mesyuarat yang keempat di Madrasah Al-Ehya Asshariff dan satu isu yang paling penting yang dibincangkan ialah penubuhan sebuah parti politik Islam yang telah dihadiri seramai 5 000 orang.[36] Persidangan ini membuahkan hasil apabila sebuah parti politik berjaya ditubuhkan yang diberi nama Hizbul Muslimin. Penubuhan Hizbul Muslimin ini mempunyai matlamat yang tersendiri iaitu mencapai kemerdekaan, membina masyarakat yang berasaskan Islam dan menjadikan Malaya sebuah negara Islam.[37] Hizbul Muslimin telah merangka tujuh objektif untuk

memastikan matlamat pertubuhan ini tercapai. Tujuh matlamat yang dimaksudkan ialah untuk menjadikan orang Islam di Malaya sedar tentang prinsip-prinsip Islam, menyatukan barisan orang Islam yang berpecah berpegang pada satu ideologi, menyokong kebebasan akhbar, berhimpun dan bercakap, meningkatkan bilangan sekolah, menyediakan pendidikan mengikut keperluan semasa, meningkatkan kebaikkan moral orang-orang Melayu dan juga menjaga ekonomi dan kebajikan orang Melayu.[38] Namun, semua aktiviti Hizbul Muslimin terganggu setelah pengisytiharan darurat pada Jun 1948. Pada Ogos 1948, tujuh orang pemimpin parti Hizbul Muslimim telah ditangkap di bawah undangundang darurat. Selain Dr. Burhanuddin dan Ustaz Abu Bakar Bakir, seorang lagi ulama yang terkemuka yang telah menyumbang jasa dalam Hizbul Muslimin iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin. Beliau memyumbangkan buah fikiran mengenai ekonomi rakyat dan sekolah agama rakyat yang diadakan di Gunung Semanggol sehingga menyebabkan Onn bin Jaafar bersama tokoh lain berteriak awas, bahaya dari gunung!!![39] Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Semanggol iaitu tempat kelahiran Hizbul Muslimin. Walaupun perjuangan Hizbul Muslimim terkubur begitu sahaja akibat pengisytiharan darurat namun usaha untuk memperolehi kemerdekaan terus diperjuangkan oleh parti politik yang lain. 2.4 Perjuangan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Dr. Burhanuddin al-Helmy PAS diasaskan pada mulanya atas tajaan UMNO (United Malays National Organization) untuk menarik orang Melayu untuk menyertai UMNO. PAS mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah negara Islam dan menjadikan pentadbiran Tanah Melayu berasaskan agama Islam. Menurut John Funston, PAS telah mewarisi dasar-dasarnya daripada tiga tradisi ideologi iaitu pendekatan PKMM yang bercorak nasionalis dan sosialis, gerakan Islam daripada Hizbul Muslimin dan gerakan anti-UMNO.[40] Di sebalik matlamat perjuangan PAS ini maka lahirlah tokoh-tokoh yang berkaliber seperti Dr. Burhanuddin AlHelmy iaitu seorang tokoh yang mempunyai wawasan dan berpandangan jauh untuk memajukan parti. Sebelum menyertai PAS, beliau pernah terlibat dengan Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) iaitu sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu.[41] Beliau merupakan seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa Melayu dan beliaulah yang telah mencadangkan penubuhan Hizbul Muslimin. Beliau telah bersetuju menyertai PAS dengan harapan dengan penglibatannya dalam PAS akan mengurangkan spekulasi terhadap sikap politiknya yang sebenar.[42]Pada peringkat awal sikap beliau tidak begitu menyerlah sebagai seorang pemimpin parti Islam yang lebih bersifat radikal kerana beliau dikatakan seorang yang sederhana. Kesederhanaan beliau tidak bermakna beliau seoarang yang lemah tetapi sebenarnya beliau mempunyai pemikiran yang sungguh berbisa. Menurut Dr. Burhanuddin, PAS sebenarnya mempunyai tiga tugas penting iaitu bergiat dalam politik negara, memajukan organisasi PAS dan menjalankan tugas PAS sebagai pendakwah Islam. Sebagai presiden PAS, beliau telah membuat kritikan terhadap cadangan pelembagaan Suruhanjaya Reid berkenaan dengan isu kerakyatan jus soli, penggunaan bahasa Melayu, kedudukan orang-orang Melayu dan mengenai pendidikan kebangsaan.[43] Oleh itu satu memorandum telah dihantar kepada Suruhanjaya Reid dan disokong oleh ahli-ahli yang lain.[44] Kepimpinan Dr. Burhanuddin telah membentuk pendirian politik PAS dan beliau merupakan seorang nasionalis Melayu yang cuba menegakkan kebangsaan Melayu dan dasar Melayu Raya. Beliau banyak memainkan peranan dalam usaha memantapkan dan memperkembangkan PAS serta menyalurkan ideanya dalam usaha menuntut kemerdekaan negara. Dalam usaha untuk menuntut

kemerdekaan PAS buat julung kalinya menyertai pilihanraya dan daripada sebelas kawasan yang bertanding, PAS hanya berjaya memenangi satu kerusi sahaja iaitu di Kerian Pauh yang telah diwakil oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin.[45] Walaupun PAS hanya memenangi satu kerusi sahaja, namun kemenangan ini dianggapkan sebagai kemenangan yang di luar jangkaan kerana pada masa itu PAS baru sahaja didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Oleh itu, perjuangan golongan agama sehingga 1957, telah diakhiri dengan perjuangan parti PAS walaupun pada hakikatnya perjuangan golongan agama ini sebenarnya telah malap selepas pembubaran Hizbul Muslimim. 3.0 KESIMPULAN Oleh itu, jelaslah di sini bahawa golongan agama memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesedaran kebangsaan dan politik di Tanah Melayu. Sebelum Perang Dunia kedua, para ulama yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan terdedah dengan perkembangan yang berlaku di sana telah memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Walaupun peranan yang dimainkan tidaklah sampai membawa kepada perubahan politik dan sosial yang drastik dalam masyarakat Melayu namun usaha yang telah dimainkan oleh golongan agama ini tidak harus diketepikan. Kebangkitan usaha kesedaran politik dari golongan agama ini mencapai kemuncaknya dengan penubuhan Hizbul Muslimim sehingga penubuhan parti ini telah menyebabkan British dan juga UMNO merasa tercabar. Pengisytiharan darurat dalam tempoh kematangan Hizbul Muslimim untuk menggerakkan perjuangannya menjadi tanda tanya kepada mereka yang berfikir tentang sebab musabab darurat ini diisytiharkan. Adakah benar disebabkan kebangkitan komunis ataupun sememangnya disebabkan kebimbingan British terhadap Hizbul Muslimim? Pengharaman Hizbul Muslimin tidak bermakna perjuangan golongan agama terkubur begitu sahaja. Pelbagai usaha telah dilakukan seperti perjuangan Dr. Burhanuddin sehingga 1957. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa golongan agama juga turut berperanan dalam mencorak sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dan usaha mereka perlu diberi perhatian. Bukan sanjungan yang diperlukan tetapi cukuplah sekadar jasa mereka dikenang dalam sejarah kemerdekaan di Tanah Melayu.

You might also like