P. 1
PIM 3107

PIM 3107

|Views: 507|Likes:
Published by Kirsten Ball
BAHAN BACAAN
BAHAN BACAAN

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Kirsten Ball on Mar 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/25/2014

pdf

text

original

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep akhlak dan

perbezaannya dengan moral, kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Topik ini juga turut membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah di samping itu turut dibincangkan mengenai isu-isu akhlak dalam masyarakat. Melalui isi kandungan pelajaran ini pelajar akan dapat menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian mereka..

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini pelajar akan dapat
1. Menjelaskan konsep akhlak dalam Islam. 2. Membuat perbezaan di antara akhlak dan moral

3. Mengaplikasi akhlak mahmudah dan meninggalkan akhlak mazmumah

23

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

KERANGKA KONSEP TAJUK

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM DEFINISI KONSEP AKHLAK

AKHLAK DAN MORAL

KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH

ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT

Para pelajar sekalian ! Anda pernah mendengar perkataan akhlak Islamiah? Adakah anda dapat membezakan di antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak?

Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik banding beza dan buat catatan isi di dalam borang tersebut.

23

ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat. sifat semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi latihan.tabiat. tabiat. maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai “satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati.1 1. seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Mohd Salleh (1997).kelakuan.1. 23 . atau tingkah laku. akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah khuluk bermaksud perangai. akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut.Menurut Yalchin. Sifat serta gambaran batin yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. tabiat. Dalam Islam. sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya. DEFINISI KONSEP AKHLAK Dari sudut bahasa. pegangan atau agama. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat semulajadi.1 Definisi akhlak. 1997). dan akhlak meliputi dua dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.iaitu Allah SWT. daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan pengulangan” (Ghazali Darussalam.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH TAJUK 1. kepercayaan. Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Dari sudut istilah pula. Ia juga kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk. sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya dikatakan jahat dan keji. Justeru itu al-Quran menggunakan istilah al-ma’ruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan) dan al-mungkar (sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang buruk”. Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama. Segala suruhan 23 .Ini kerana matlamat hidup manusia yang sebenarnya ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Dalam Islam. Individu perlu mempelajari dan mengenal pasti antara akhlak yang baik dengan yang buruk agar melakukan yang baik meninggalkan yang buruk. baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas. Menurut Mustafa Daud (1998). iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT dikatakan baik dan mulia. al-Maududi mengatakan bahawa : “ Nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat. iaitu semua masyarakat di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua.Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. 1.2 Konsep akhlak.1.

jujur.2. menghina dan sebagainya. Anda telah mengetahui makna akhlak dalam Islam. Manakala akhlak yang tidak baik (mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong. angkuh. Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan Tuhannya. diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam sekitar.Antara contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah. murah hati. mungkir janji.1 Akhlak Islam AKHLAK DAN MORAL 23 . pemaaf dan adil.2 1. yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang. tidak amanah. Kesimpulannya. mengumpat.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Allah yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak. akhlak memberi maksud keperibadian. kasih sayang. Tahukah anda perbezaannya dengan moral? TAJUK 1. sabar. sahsiah dan tingkah laku yang telah menjadi adat kebiasaan. menepati janji. dengki.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Akhlak dalam Islam bersumberkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Kedua.2. dengan mengawal suatu sifat ke tahap yang sederhana seperti sifat marah. keadilan. 23 . 1. amanah dan sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard yang lain. Akhlak boleh dibentuk secara umumnya dengan tiga cara iaitu pertama . Akhlak dapat mewarnai keseluruhan kehidupan setiap orang Islam apabila setiap pelakunya adalah berlandaskan akhlak yang lahir dari berpegang dengan ajaran Islam. Ketiga.1 Definisi moral. Ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : ” sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” Saidatina Aisyah r. Moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk. memandu sesuatu sifat ke jalan yang disuruh oleh Islam seperti berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW. Ianya perlu dikawal agar tidak menjadi sifat tercela seperti sifat ’panas baran’. mengubah dan menggantikan sifat tercela dan buruk dengan sifat yang terpuji seperti bercakap bohong digantikan dengan bercakap benar. beliau menjawab dengan katanya : ” sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran.” Walaupun akhlak suatu sifat yang tetap dalam jiwa seseorang namun ianya boleh dibentuk bagi menjadikannya suatu sifat yang tetap.a.

benar atau boleh diterima. Dua pandangan yang agak berbeza tentang moral terhasil daripada sikap terhadap matlamat ajaran moral. Manakala Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau masyarakat yang digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti sesuatu yang betul. ilmu. 23 .2 Konsep moral. Moral berakal tunjang dalam ajaran agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama.kebahagiaan. tetapi golongan teologis berpendapat sesuatu peraturan adalah baik jika kesannya bertujuan untuk mencapai kebaikan (iaitu kesihatan.penderitaan.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Menurut Bahasa Latin moral ( moralis) berasal daripada perkataan mos. dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini (iaitu penyakit.keburukan). Golongan deontologist menganggap peraturanperaturan moral terdiri daripada nilai-nilai unggul (ideals) yang sememangnya baik dan perlu dipatuhi oleh semua. keindahan). Moral mengandungi kepercayaan tentang hakikat manusia.2. Dua pandangan ini juga boleh diakui untuk menilai sesuatu etika.2. kepercayaan atau pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai.kejahilan. peraturan mengenai sesuatu yang boleh dan tidak boleh dibuat dan yang seharusnya dibuat dan dorongan-dorongan yang membuat seseorang mengikut sesuatu arah yang betul atau salah. Menurut pandangan ini kebaikan dan keburukan boleh dinilai daripada hasilnya samada sesuatu perbuatan mendorong kepada kebaikan atau sebaliknya. Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. 1. perangai dan tingkah laku. 1.3 Perbezaan akhlak dan moral. moris yang bererti kebiasaan.

Matlamatnya ialah keredhaan Allah Matlamatnya ialah keredhaan manusia.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH AKHLAK Merangkumi zahir.3.3 KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU. Mementingkan Allah. Hadith & Berdasarkan budaya sesuatu bangsa.2 KEPENTINGAN AKHLAK Akhlak sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan cara hidup manusia ke arah mewujudkan keharmonian. KELUARGA DAN MASYARAKAT 1. Nilainya tetap/mutlak. kerukunan dan kedamaian hidup. Nilainya sentiasa berubah. 1. al-Quran. batin dan akal. Antara kepentingan akhlak dapat dilihat dari aspek-aspek berikut.t TAJUK 1.w. kesejahteraan. Bersumberkan hubungan dengan Hanya mementingkan hubungan dengan manusia. s. contoh ulama salaf. MORAL Merangkumi zahir dan akal sematamata.1 Individu 23 .

3. keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga berasa selamat dan bahagia. Mereka akan berada dalam keadaan sihat sejahtera kerana sentiasa menjaga kebersihan fizikal dan mental dengan sempurna. bersyukur dan sebagainya. orang yang berakhlak tidak suka membazirkan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. gaya berfikir dan tindak tanduknya. Ikatan yang erat dalam keluarga berjaya mewujudkan suasana mesra. 1. kerukunan rumah tangga. harmonis. keluarga dan organisasi yang berakhlak mulia. Orang yang bersifat dengan akhlak Islam akan sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu juga mereka akan dapat mengawal emosi yang membantu membina sahsiah diri dengan sifatsifat terpuji seperti sabar. 1. pengasih. sederhana. aman. sebaliknya membuat penilaian terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil. jasmani dan mental. Dalam aspek mental . bertimbang rasa. rajin.3 Masyarakat Dengan adanya individu. Dengan itu jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana akhlak telah membentuk falsafah hidup. masyarakat akan menjadi lebih bertanggungjawab. rohani. setiap ahli akan bertanggungjawab dan dapat memainkan peranan masing-masing serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Seseorang yang berakhlak akan menikmati kebaikan samada dari segi fizikal. jujur. toleransi. Mereka tidak merasa bimbang kerana berbuat baik kepada semua orang dan masyarakat akan mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. rasional. baik hati. serta peka terhadap 23 .3.2 Keluarga Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan akhlak mulia.

Hasilnya masyarakat dapat hidup dengan sihat manfaat dari alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar. iii. damai dan harmonis sepanjang masa. semangat kekeluargaan dalam organisasi dan semua tingkahlaku yang baik dan terpuji yang membawa kepada peningkatan keuntungan organisasi. maka organisasi itu akan menjadi mantap serta lahirlah suatu budaya kerja positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi. tahu tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing. Negara 23 . Akhlak juga memberi kesan kepada organisasi. Masyarakat akan menjadi lebih progresif. rasuah.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH isu-isu sosial yang berlaku . Alam Sekitar Masyarakat yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran dengan mengelakkan apa jua bentuk pencemaran. alam sekitar dan negara. Seterusnya keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Apabila semua ahli saling hormat menghormati. Mereka sentiasa peka terhadap isu alam sekitar. persekitaran organisasi yang kondusif. gangguan seksual. Organisasi Bagi sesebuah organisasi. aman. penyalahgunaan kuasa. pembaziran masa dan sebagainya. ii. akhlak adalah penting kerana nilai-nilai ini dapat membendung masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja. i.

amanah. Berikut adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dihayati oleh setiap individu muslim : 23 . ta’at kepada Raja dan Negara. Negara akan aman. ikhlas.4 AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH 1.4. 1. maju. Keamanan dan keharmonian negara akan terhasil dengan memiliki rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara. Membentuk masyarakat bermoral 4. Demikianlah hebatnya peranan akhlak dalam kehidupan manusia. pemaaf dan lain-lain sifat terpuji yang perlu dijadikan amalan dalam kehidupan seseorang. patuh kepada peraturan dan undang-undang serta cinta kepada negara.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Rakyat yang berakhlak ialah rakyat yang hormat dan setia kepada pemimpin. Membentuk keluarga harmonis 3. disegani dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa atau dunia. sabar. Menjamin keamanan sejagat TAJUK 1. Menangani gejala-gejala sosial 5.1 AKHLAK MAHMUDAH Akhlak mahmudah ialah akhlak terpuji seperti berkasih sayang sesama manusia. Memantapkan dasar-dasar negara 6. Kepentingankepentingan ini secara umumnya dapat disenaraikan seperti di bawah. Mewujudkan kestabilan negara 7. berani. Membentuk tingkah laku 2. damai.

(Surah al-Balad : ayat 17 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “sesiapa yang tidak berkasih sayang kepada makhluk di bumi.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH 1. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam. Firman Allah SWT :               Allah dengan   “Dan mereka tidak    disuruh kecuali menyembah mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus. Dia tidak akan dikasihi oleh makhluk dilangit” ( Riwayat at-Tabrani ) 2. dan 23 . Firman Allah SWT :            “Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang”. Sifat ini perlu dalam semua ibadah yang kita lakukan iaitu diikhlaskan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala. Berkasih sayang Sifat kasih sayang perlu ada kepada setiap makhluk terutama sesama manusia dan juga haiwan. Ikhlas Sifat ini amat penting dihayati oleh umat Islam untuk kesempurnaan iman.

Firman Allah SWT :                              “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara terbaik.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Rasulullah SAW menggunakan Al-Hikmah semasa menjalankan dakwahnya. 3. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang 23 . dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” ( Surah al-Bayyinnah : ayat 5 ) Sifat ikhlas yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan meninggalkan kesan positif kepada setiap individu. Orang yang ikhlas menjalankan tugas tidak mudah kecewa apabila gagal dalam sesuatu usaha sebaliknya mereka akan terus berusaha sehingga berjaya. Bijaksana ( Al-Hikmah) Bermaksud tindakan yang berasaskan kepada kebijaksaan akal dan fikiran yang waras.

di dunia dan di akhirat. 4. memberi kemaafan dan bersedia meminta fikiran dari orang lain. mengawal perasaan. mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Redha juga bermaksud perasaan tenang terhadap segala yang berlaku yang ditentukan oleh Allah SWT. Orang yang memiliki sifat redha akan menerima segala musibah dengan jiwa yang tenang. menahan marah.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Para sahabat Rasulullah SAW memiliki sifat redha yang tinggi sehingga firmannya :         Allah SWT mengaku meredhai mereka sepertimana dalam                         “Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” 23 . Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Redha Redha bermaksud bersedia dengan ikhlas hati untuk melakukan sesuatu.” (Surah an-Nahl : ayat 25 ) Orang yang berhikmah akan mengamalkan sifat lemah lembut. yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa redha menghadapi ujian Allah SWT samada secara langsung atau tidak.

Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut: 1. Untuk mendapatkan sifat ini setiap individu perlu melatih diri supaya patuh kepada masa yang telah ditetapkan. Ketepatan Masa Merupakan sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap manusia. Marah tidak baik.4. kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” ( Surah Al-Asr : ayat 1-3) 1. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menepati masa melalui ibadah solat. keji dan tercela.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Sifat mazmumah patut dijauhi dan dihindari oleh semua umat Islam supaya mereka 23 .2 AKHLAK MAZMUMAH Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak rugi dunia dan akhirat. Firman Allah SWT :                       “Demi masa.. Seseorang yang menepati masa akan berjaya dalam kehidupannya.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH (Surah Al-Bayyinnah : ayat 8) 5.

Orang yang marah selalunya didorong oleh pengaruh bisikan syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. Takabur Sifat takabur bermaksud bongkak dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Firman Allah SWT: nikmat itu terhapus 23 . Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api” 2.” 3. kekayaan. banyak pengikut dan banyak ibadat. sebagaimana api memakan (membakar) kayu. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan. kuasa pemerintahan. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: ”Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan .Sifat sedemikian amat besar dosanya dan menyebabkan orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan sengsara di dunia dan di akhirat.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Hasad dengki dan iri hati Sifat hasad dengki dan iri hati lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan daripadanya. kelebihan ilmu.

T :                      “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. Firman Allah S. tiba-tiba bertukar dan berubah niat semata-mata untuk dilihat oleh manusia dan mengharapkan keredhaan manusia. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Hukum riya’ adalah haram dan amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya dikerjakan untuk mendapat keredhaan Allah. pangkat atau kedudukan. Riya’ Riya’ pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian. orang-orang yang berbuat riya” (Surah al-Ma’un : ayat 4-6) 23 . niscaya akan Kuperkenankan bagimu. (Surah al-Mu’min : ayat 60) 4.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH                      “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku.W.

kekayaan dan lain-lain. Firman Allah SWT :     “Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci…” (Surah an-Najm : ayat 32) Tugasan Refleksi Apakah akan terjadi kepada Negara Malaysia jika warganya ketandusan akhlak mahmudah? 1. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan. Ujub bererti bangga diri dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ujub Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak.3 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK Pembentukan akhlak seseorang menurut pandangan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor.4. Ujub boleh menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan tidak diredhai oleh Allah SWT.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Sifat riya’ amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam kumpulan orang yang syirik kepada Allah. antaranya ialah : 23 . 5. kepandaian.

3. Di samping itu sentiasa mendoakan anak dalam kandungan. memilih pasangan yang soleh dan solehah dan menjaga kehormatan diri. dia akan turut mendapat haruman pada pakaiannya atau akan dihadiahkan minyak wangi kepadanya. Begitu juga apabila anak dilahirkan.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH 1. tempat tinggal. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “perbandingan seseorang yang bersahabat dengan orang yang baik sepertimana seorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi. Faktor Teman dan Sahabat Peranan teman dan sahabat memberi kesan kepada seseorang terutama pada zaman remajanya. Islam menggariskan panduan untuk mendidik anak agar anakanak ini akan membentuk institusi keluarga yang berbudi pekerti mulia dan di redhai Allah. seperti ibu yang mengandung mempengaruhi keadaan anak dalam kandungan. keadaan geografi dan lain-lain lagi dapat mempengaruhi akhlak seseorang samada secara langsung atau tidak. Manakala perumpamaan seorang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat 23 . 2. Oleh sebab itu Islam menganjurkan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin memilih pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang mulia. Faktor Wirathah (keturunan) Iaitu suatu sifat warisan dalam keturunan seseorang. Sifat ini berpindah dari satu generasi kepada generasi dan mempengaruhi dalam pembentukan akhlak. Oleh sebab itu Islam membentuk peraturan dalam hubungan seks bertujuan membentuk akhlak anak yang akan dikandung dan dilahirkan. masyarakat. Faktor Alam Sekitar Iaitu kesemua benda yang berada di sekeliling seseorang termasuklah rumahtangga. Contoh.

Faktor Kebudayaan Setiap garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam merupakan asas kepada budaya Islam dan akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian. Ilmu merupakan pemandu kepada amalan perbuatan samada di luar atau di dalam (hati) dan amalan yang tidak berpandukan ilmu tidak diterima oleh Islam. Faktor Ilmu Iaitu ilmu tentang akhlak samada akhlak baik atau akhlak buruk dan mengikuti setiap ilmu dengan amalan perbuatan atau menjauhinya. 5. Sifat mazmumah Sifat mahmudah Guru perlu Mengamalkan kebersihan Guru perlu 23 .PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH sepertimana seorang yang bersahabat dengan tukang besi. Seseorang perlu menyedari akan hubungan akhlak dengan keimanan dan ketaqwaan supaya mereka tidak melakukan amalan yang bertentangan dengan apa yang dizahirkan dengan apa yang berada dalam hati mereka. bajunya akan terkoyak atau mendapat baungan yang tengit” 4.

Mengamalkan kebersihan PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH setiap masa Berdasarkan gambar di atas. di tempat kerja dan di tempat keramaian. Sebenarnya isu yang dimaksudkan itu termasuklah vandalism. Ia berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah. 1. pembuangan bayi dan pengabaian warga tua serta jenayah seks. Amalan-amalan yang tidak sihat ini perlulah dihindari oleh seluruh manusia.5 ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT Fikirkan sebentar! Apakah isu-isu akhlak yang sering berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia terutama umat Islam? Isu akhlak ialah perkara atau perilaku yang bertentangan dengan agama yang menjadi penghalang kepada kemajuan hidup seseorang. Orang yang melakukan jenayah ini terdiri dari orang yang tidak dikenali dan terdapat juga orang yang dikenali. seks bebas. homoseks. TAJUK 1. 23 . dapatkan maklumat yang boleh menyokong setiap tindakan yang menjurus kepada pelakuan seseorang. JENAYAH SEKS Perlakuan mencabul maruah seseorang terutamanya ke atas kaum wanita. penderaan. Kes pencabulan ini semakin berleluasa.

PENGABAIAN WARGA TUA Sejak kebelakangan ini. undang-undang dan norma masyarakat. Jenayah ini perlu dibendung supaya masyarakat tidak rosak dan institusi keluarga tidak tercemar. Akibatnya mereka menghantar kedua ibu bapa ke rumah orang-orang tua yang disediakan oleh pihak kerajaan atau NGO. Anak-anak perlu ingat dan insaf bahawa syurga mereka letaknya dibawah tapak kaki ibu. 2. 23 . Di antara sebab pengabaian ini ialah kerana terdapat anak-anak yang merasa suatu beban apabila ibu bapa yang telah tua berada bersama mereka. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ibubapa adalah insan yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih saying sehingga anak-anak Berjaya dalam kehidupan mereka. Tempat-tempat hiburan yang terdapat secara berleluasa turut menyumbang perlakuan jenayah seks di kalangan remaja. pergaulan bebas dan eksploitasi wanita dalam pengiklanan dan pakaian yang tidak menutup aurat. terdapat banyak kes yang melibatkan pengabaian warga tua.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Lazimnya jenayah ini berlaku secara paksa namun begitu sudah terdapat kes-kes di mana perlakunya secara sukarela sanggup menggadaikan maruahnya. Antara faktor yang menyumbang kepada jenayah seks ialah pengaruh media massa yang menayangkan filem lucah. Perlakuan ini adalah salah dari segi agama.

iaitu penderaan fizikal. tidak diberikan keperluan mereka. Konsep penderaan juga termasuk mencederakan. 23 . Umumnya penderaan kanak-kanak dapat diklasifikasikan kepada empat jenis. kecacatan.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH 3. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa tidak akan berterusan. penderaan emosi dan penderaan pengabaian. PENDERAAN ANAK Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan tidak berakhlak. PENGGUGURAN Pengguguran bererti menamatkan proses kehamilan dengan memaksa janin dalam kandungan keluar sebelum cukup tempoh masanya. kesakitan dan lain-lain lagi terhadap kanak-kanak. Penderaan terhadap mereka bermaksud tidak dijaga dengan baik. Perbuatan ini samalah seperti membunuh janin tersebut. Terdapat pelbagai jenis penderaan yang melibatkan kecederaan. Faktor-faktor yang menyebabkan penderaan ialah keganasan ibubapa dan faktor persekitaran. 4. perubahan fizikal. memperkosa dan dipaksa bekerja seperti mengemis. dipukul atau didera emosi mereka. penderaan seksual. Perlakuan ini haram disisi agama Islam dan salah dari segi undang-undang Negara dan nilia-nilai kemanusiaan.

Tanpa anak-anak kehidupan berkeluarga akan menjadi suram dan tidak ceria. Masalah pengguguran perlulah dibenteras kerana anak adalah anugerah Allah yang di amanahkan kepada ibubapa untuk dipelihara sebaik mungkin. anda diminta untuk menghuraikan cara (( untuk menangani isu akhlak tersebut secara berkesan. Mereka merupakan perhiasan hidup bagi setiap keluarga. Tugasan Pembelajaran (2 jam) Isu-isu akhlak yang berlaku dalam masyarakat Malaysia masa kini menunjukkan bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat semakin tenat. Sebagai pendidik.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Kes-kes pengguguran biasanya berlaku kerana si ibu takut menanggung malu kerana anak yang dikandung adalah anak luar nikah atau mereka belum lagi bersedia untuk memelihara anak. 23 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->