You are on page 1of 47

KBK 1053 INTERVENSI AWAL

TAJUK:PERKEMBANGAN ADAPTIF

PENGENALAN
Apakah perkembangan adaptif????
Perkembangan adaptif merangkumi kemahiran

kendiri kanak-kanak tanpa memerlukan bantuan orang lain seperti memakai baju, makan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Ciri-ciri ini dapat dikenalpasti melalui pemerhatian untuk mengesan tahap perkembangan kanak-kanak khas.

0TAK
Merupakan organ bagi pusat kawalan utama badan
Merupakan organ pemproses maklumat pusat badan Merangkumi komponen seperti kognition, perception,

attention, ingatan dan emosi Mengawal postur dan pergerakan

PERKEMBANGAN OTAK BAYI


Pada usia 2 tahun, berat otak bayi akan mencapai 75%

otak dewasa Menurut Dr. Hartono Gunadi, pada usia 2 tahun pertumbuhan otak anak telah mencapai 90% Perkembangan otak menitikberatkan aspek perubahan bentuk atau fungsi pematangan organ atau individu

FAKTOR DAN ASPEK YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN OTAK BAYI

1.PERANAN NUTRISI
Otak terbentuk pada 3 minggu kehamilan
Setelah lahir, usia paling penting adalah 0 hingga 2

tahun Nutrisi berperanan mulai dari kandungan Air susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi

2. FAKTOR PENYOKONG
A) kasih sayang
B) keperluan mental-proses pembelajaran

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Merangkumi empat tahap:
Tahap sensorimotor atau deria motor (dari lahir

hingga 2 tahun) Tahap praoperasi (2 hingga 7 tahun) Tahap operasi konkrit (7 hingga 12 tahun) Tahap operasi formal ( 12 hingga dewasa)

TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR HINGGA 2 TAHUN)


bayi melihat kepada hubungan antara badannya

dengan persekitaran Dalam perkembangan sensorimotor- 6 subtahap :

dari lahir hingga 1 bulan (refleks) sebulan hingga 4 bulan (reaksi asas sekular) 4 hingga 8 bulan ( reaksi sekular kedua) 8 hingga 12 bulan ( reaksi kordinasi) 12 hingga 18 bulan ( reaksi sekular ketiga) 18 bulan hingga 2 tahun ( penggambaran pemikiran awal)

TAHAP PRAOPERASI (2 HINGGA 7 TAHUN)


Perkembangan penggunaan bahasa
Mula menggunakan simbol di dalam permainan Proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi

lebih sempurna menerusi 3 kebolehan asas yang berlaku iaitu : a) perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti mengira

b) melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil c)hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku Terbahagi kepada 2 tahap :
1.
2.

Tahap Pro-konseptual (2 hingga 4 tahun) Tahap Pra-operasi ( 4 hingga 7 tahun)

4 kandungan utama proses kognitif : 1. Egocentrism 2. Konsep sebab-akibat 3. Peningkatan perolehan bahasa 4. Pembentukan identiti diri

Kanak-kanak mahir dalam 4 bidang :


Fornologi (pengkajian bunyi bahasa )
Semantik ( memahami makna

perkataan ) Sintaksis (susunan ayat ) Pragmatik ( mempraktikkan bahasa dalam pelbagai situasi )

0 Hingga 5 bulan
Keluarkan suara tangisan dan bunyi

yang mudah 6 minggu 3 bulan boleh mengidentifikasikan bunyi

6 hingga 11 bulan
Bunyi cooing bertukar kepada

babbling Contoh bunyi-ma, mu,da 8 bulan pengulangan bunyi bertambah dan ketara 10 bulan meniru bunyi tetapi tidak begitu berjaya

12 hingga 24 bulan
Mula memahami perkataan mudah
18 bulan mempunyai perkataan

berangkai tetapi tidak lebih dari tiga. Contoh terima kasih 24 bulan mempunyai perbendaharaan kata lebih dari 50 item

Pada dasarnya, yg dimaksud dengan perkembangan motor adalah proses pertumbuhan kemampuan gerak seorang anak. Dibahagi dua ; motor kasar dan motor halus

Terjadi tindakan refleks


Refleks genggam

Rooting reflex
Refleks moro

Pada bulan ke-2 dan 3 gerakan refleks bayi akan menghilang. Kini muncul gerak motor kasar. Ia kini dapat mengangkat kepalanya kerana otot lehernya semakin kuat. Bila meniarap bayi akan mengangkat kepalanya.

Setelah gerak reflek menghilang dan

gerak motorik mula muncul Di bulan ke-5 usianya, gerakan bayi semakin bervariasi Otot leher dan punggungnya pun menjadi lebih kuat. Mulai usia 6 bulan bayi kini mulai belajar duduk tetapi dengan bantuan Pada bulan ke-6 timbul suatu kepandaian lain Ia mula senang melempar dan menjatuhkan mainan atau benda-benda yg ada di sekitarnya

Di bulan ke-7 ini bayi mula senang mengangkat dan

menurunkan punggungny Ketrampilan kakinya juga ditunjukka Di usia ke-8 bulan bayi mulai merangkak dan mengesot sepanjang lantai. Selain itu otot punggung dan bahu si kecil sudah semakin terkawal-duduk tanpa bantuan Tahap selanjutnya, bayi akan berlatih berdiri dengan kedua tangannya bertumpu pada kerusi, meja atau perabot rumah Di usia 9 bulan kepandaian bayi dalam belajar berjalan sudah semakin pandai tetapi dengan bantuan

Kepandaian serta ketrampilan bayi makin berkembang Tonggak kepandaian motor kasarnya yg paling menonjol pada usia ini adalah semakin pandai melangkahkan kakinya Dengan menggunakan kekuatan otot lengan dan bahunya bayi juga mula mampu membangunkan tubuhnya ke posisi berdiri dalam masa kurang lebih 2 saat Selalu melakukan aktiviti bangun dari duduk kemudian duduk kembali. Selain sudah dapat berdiri sendiri, bayi kini sudah pandai memanjat. Memasuki usia 12 bulan sebagian besar bayi telah siap untuk berjalan walaupun masih kekok

Gejala perkembangan lambat


Bayi terlalu kaku atau terlalu lemah Perhatikanlah apabila si kecil terus berbaring tanpa melakukan gerakanapapun serta kepalanya tidak dapat diangkat semasa digendong. Ini menunjukkan motori kasar bayi terlalu lemah. Gerak bayi kurang aktif Perhatikan bila gerak bayi kurang aktif jika dibandingkan dengan bayi sebayanya. Misalnya pada usia 6 bulan belum dapat meniarap.

Kita perlu berjagajaga apabila


UKURAN KEPALA ABNORMAL Anak yg kepalanya terlalu besar atau terlalu kecil dibandingkan dengan anak sebayanya. Misalnya kasus Hidrosefalus (cairan menimbun dalam otak) atau mikrosefalus (kepala kecil kaena otak tidak tumbuh dengan maksimal) PROSES SEMASA MELAHIRKAN TIDAK NORMAL Proses kelahiran sulit misalnya persalinan macet (bayi tidak dapat keluar sehingga bayi tidak langsung menangis) ini juga dapat mengganggu perkembangan motor kasar si kecil

Kerosakan pada susunan saraf pusat seperti Celebral Palsy (gangguan sistem motorik yg disebabkan oleh kerosakan bahagian otak yang mengatur otot-otot tubuh) Perdarahan otak, Adanya kelainan sumsum tulang belakang Penyakit saraf tepi, atau Poliomielitis yg menyebabkan kelumpuhan Distrofia Muskulorum atau penyakit otot. Trauma di kepala, misalnya akibat kelahiran yg sulit

Bayi yang lahir tidak cukup bulan. Anak kekurangan gizi sehingga otot-otot tubuhnya tidak berkembang dengan baik dan ia tidak memiliki tenaga yg cukup untuk melakukan aktiviti Ibu bapa yang terlalu protekftif (melindungi) sehingga menganggu anak untuk melatih ketrampilan motorik kasarnya.

Harus segera dikaji penyebabnya sebelum menentukan apa yg harus dilakukan Mesti dirujuk kepada doktor pakar kanak-kanak. Fisioterapi - dapat menjadi salah satu alternatif jalan keluar iaitu dengan melatih otot-otot bayi sehingga kemampuan motor kasarnya berkembang secara optima. Ibu bapa harus berubah supaya membiarka anak bergerak bebas tetapi harus dipantau. Sumber : Bonus buklet majalah Ayahbunda 2002.

1 hingga 6 bulan
Pengasingan dan kebebasan Bayi sepenuhnya mengenal penjaganya Tidak mampu berfikir tentang proses mengenal identiti diri Tumpuan kepada memenuhi kehendaknya makan, kasih sayang, dan perhatian 4bulan mula meningkatkan nilai berdikari seperti menangis untuk mendapatkan perhatian

7 hingga 12 bulan
Sedar bahawa kebebasannya adalah terhadap ibu atau penjaganya Mula menangis apabila penjaganya meninggalkannya walaupun seketika

13 hingga 24 bulan
Melakukan kemajuan dalam

membezakan dirinya daripada ibubapa dan daripada dunia sekitarnya Masih sedih jika ditinggalkan dengan pembantu tetapi cepat pulih kerana dia berasa selamat kerana pengalaman dan kemahiran memori bertambah

Dari segi sosial


1 bulan
Suka disentuh, dipegang, senyum

3 bulan
Mengambil masa untuk melihat apa yang lalu disekelilingnya Memancarkan senyuman sebenar hanya pada penjaganya

4bulan
Bersikap terbuka pada orang baru Bereaksi lebih kepada ibubapanya

7 bulan

- mengasah kemahiran untuk berhubung dengan kanak-kanak lain

12 bulan Mula antisosial Menangis atau gelisah bila berada dalam dakapan selain ibubapanya 13 hingga 24 bulan Mula tertarik dengan dunia luar Belajar berkomunikasi dengan orang lain Gembira bekerjasama dengan kanak-kanak lain

Memahami perkataan, tingkahlaku dan konsep


Lahir hingga 1 bulan Bayi menggunakan derianya untuk mendapatkan data baru Bayi membina pengetahuan setiap hari Memhami perasaan melalui gerak mulut, hembusan nafas,kulit kita, kerlip mata 2 hingga 3 bulan Kegemarannya ialah melihat apa yang bergerak disekitaranya Memahami kita akan menyuap dan bermain dengannya 4 hingga 7 bulan Mengetahui namanya dan memahami kamu sedang bercakap dengannya Menyesuaikan diri dengan bunyi suara Mula menangis bila kita meleyakkannya di tangan orang yang tidak dikenalinya

8 hingga 12 bulan Mula memahami perintah yang mudah sepert jangan Menguji tindakan kamu terhadap tingkahlaku yang mereka lakukan 12 hingga 18 bulan Memahami dan menggunakan sekurang-kurangnya 50 perkataan Mampu mengikut arahan 19 hingga 24 bulan Mula memahami konsep mudah seperti ruang dan dimensi Tahu perbezaan segi tiga dan segi empat

Interaksi sosial bayi


Respons sosial pertama ialah berbalas pandangan dan

senyuman dengan ibubapanya 5 bulan mula berinteraksi dengan bayi lain dan pandai mengangkat tangan minta didukung 9 bulan mula menawarkan alat permainan kepada orang lain 18 bulan sudah mengenali diri sendiri

PERAPATAN
Sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu

yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan (Pipp & Haromon, 1987) perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang. Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu.

KATEGORI PERAPATAN BAYI

1. Perapatan Selamat
Mempunyai emosi yang positif terhadap ibunya. Ibu

dijadikan asas keselamatan untuk menerokai persekitaran. Bermain dengan cergas dan aktif, serta boleh bergaul dengan orang yang tidak dikenali apabila ibu berada di sisinya. Mempunyai ibu yang bersifat responsif dan peka terhadap keperluannya.

2. Perapatan pengelakkan
Tidak berminat untuk bermain walaupun ibu berada

disisinya. Merasa cemas tetapi tidak menangis ketika ditinggalkan ibu. Menunjukkan tingkah laku yang negatif ketika ibunya kembali seperti menolehkan mukanya dan kadang kala tidak mahu didukung atau dipeluk oleh ibunya. Ibu kepada bayi jenis ini tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi.

3. Perapatan Penentangan
Berasa risau dan tidak berminat terhadap alat

permainan dan tidak menerokai persekitaran walaupun ibunya berada bersama-sama dengannya. Berasa risau dan tertekan apabila ibu meninggalkannya seolah-olah mereka sangat rapat dengan ibunya tetapi anehnya tekanan yang dialami oleh mereka tidak dapat diatasi dengan kepulangan ibunya. Mereka kadang-kadang menunjukkan kemarahan ketika ibunya kembali. Tidak pasti apa yang dikehendaki olehnya. sifat ibu yang tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi. Ibu ini juga kekok ketika berinterkasi dengan bayi

4. Perapatan Bercelaru
Reaksi yang tidak bertentangan dan celaru dalam episod

perpisahan dan pertemuan semula dengan ibunya seperti menolak ibunya pada mulanya, tetapi bergantung kepadanya selepas itu atau menangis apabila ibunya pergi dan mengelak apabila ibunya pulang. Misalnya bayi mungkin menangis dan memanggil ibunya di muka pintu tetapi cepat-cepat beredar apabila mendapati ibunya di muka pintu tetapi cepat-cepat beredar apabila mendapati ibunya kembali. Ada kalanya mereka bergerak menuju ke arah ibunya sambil memandang ke arah lain atau berdiri tanpa bergerak serta tidak menunjukkan sebarang reaksi yang jelas dalam situasi di atas.

KESIMPULAN
Perkembangan adaptif dari segi motor kasar dan

motor halus amat penting bagi menjamin perkembangan pertumbuhan anak-anak dengan sihat. Pengesanan awal perkembangan awal anak-anak dapat membantu ibu bapa mengambil langkah yang sempurna bagi menjaga anak-anak mereka.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like