You are on page 1of 10

Pembelajaran dan Penelitan Bahasa Melayu di Thailand dan

Pemanfatan TIK

Islyas Mahyudin
Thaksin University, Songkhla, Thailand

Pengenalan

Makalah ini mencuba menghuraikan perkembangan Bahasa Melayu (BM) di selatan


Thailand dari sudut pengajaran dan penelitian serta melihat sejauh mana telah
memanfaatkan TIK yang ada. Pemanfaatan TIK dalam pengjaran dan penelitian BM
di selatan Thailand perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan penelitian BM di wilayah tersebut.

Sekilas Tentang Perkembangan BMP

Secara geografis, penyebaran bahasa Melayu di Thailand meliputi kawasan yang luas.
Amorn Thwisap (1987) dalam kajiannya, sepertim dipetik Ruslan Uthai (2008),
menemukan penggunaan bahasa Melayu tersebar, selain di tiga wilayah sempadan
selatan Thailand, juga terdapat di beberapa kawasan selatan yang lain, seperti
Songkhla, Setul, Nakhonsithammarat, Kerabi, Phuket, Phatlung, Terang dan
Suratthani. Selain kawasan-kawasan itu, penggunaan bahasa Melayu juga tersebar di
kawasan tengah, iaitu Bangkok, Samutprakan, Nonthaburi dan Pathomthani (Tadmor ;
1995 dalam petikan Ruslan Uthai : 2008). Bagaimana pun, menurut Ruslan (2008 : ),
bahasa Melayu di kawasan-kawasan tersebut digunakan dalam masyarakat minoriti,
kecuali di tiga wilayah selatan, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, bahasa Melayu
digunakan dalam masyarakat mayoriti, iaitu suatu rumpun masyarakat Melayu, seperti
yang disebut Astri Suhkre (1989 : 1) : “They are Malays of the Malayo-Polynesian
ethnolinguistic group…”

Menurut Ruslan Uthai, sekitar 80-85 penduduk yang tinggal di wilayah-wilayah


tersebut menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan sehari-hari. Pada tahun 1989
diperkirakan jumlah penutur Bahasa Melayu Patani (BMP) mencapai 1 juta orang
(International Encyclopedia of Linguistics, Vol.2, 1992) Dengan demikian bahasa
Melayu Patani, yang termasuk salah satu daripada keluarga bahasa Austronesia

1
(Ruslan Uthai, 1999) itu, dapat dianggap sebagai bahasa ibunda bagi penduduk
Melayu di selatan Thailand, sebagaimana juga bahasa Melayu di Berunei yang
dikatakan mencapai taraf bahasa ibunda kerana merupakan bahasa bagi 60 peratus
penduduk (Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, 1998:56).

Walaupun pun sebagai bahasa daerah atau dialek, BMP mempunyai peranan yang
luas, seperti dinyatakan oleh Worawit Baru (1990) “BM pula berfungsi sebagai
sebuah bahasa vernakular penduduk minoriti di Negeri Thai. Namun demikian
peranannya berlainan dengan bahasa-bahasa vernakular lain di negeri itu. Selain
jumlah penututr BM yang melebihi dua juta orang, BM berfungsi sebagai bahasa
berdefusi luas di WSST yang dikaitkan statusnya dengan agama Islam, seperti
menjadi bahasa yang digunakan dalam semua urusan kegamaan, bahasa pengantar
pendidikan agama Islam dsb” (Worawit : 169). Sementara itu, Paitoon M.Chaiyanara
dalam kertas kerjanya : Lama Waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek
Orang Laut di Perairan Mayanmar dan Thailand (1999), mengatakan “Kini Dialek
Melayu Patani memain peranan yang luas hingga dijadikan sebagai bahasa pengantar
diinstitusi pengajaran agama di Selatan Thai.” Begitupun dalam pergaulan harian dan
upacara adat , “..jelas terlihat peranan Dialek Melayu Patani digunakan sepenuhnya.”
(Paitoon,1999 : 11) Bahkan dalam lapangan pendidikan, BMP dikatakan berkembang
semakin meningkat, sebagaimana dinyatakan oleh James T. Collins (1999 : 18) : “Di
Thailand sahaja jumlah mahasiswa yang belajar bahasa Melayu telah meningkat dan
institusi yang menawarkan kurusus bahasa Melayu kini berlipat ganda.”

Dalam perkembangan yang terbaru, Ruslan Uthai (2008 : ) mengatakan :

…dewasa ini Kerajaan (Thai) telah membuka peluang agak luas bagi penggunaan
BMP, seperti penggunaan BMP dalam siaran radio dan televisyen, menyusun
rancangan kursus bahasa Melayu, menyediakan anggaran untuk tenaga pengajar
bahasa Melayu di berbagai universiti dan juga Rancangan Sekolah Dwibahasa telah
pun dilaksanakan di tiga wilayah selatan Thailand.” (terjemahan pengkaji)

Menurut Sayed Abdullah Al-Jufri (2008 : 8), Rancangan Pembelajaran dan


Pengajaran Dwibahasa (selepas ini RPPD) akan diselenggarakan sejak dari jenjang
pendidikan tadika sehingga ke darjah 6 pada jenjang pendidikan dasar ( selama 9
tahun). RPPD merupakan lanjutan daripada beberapa rancangan sebelumnya iaitu
Rancangan Penyusunan Kamus BMP, Rancangan Pembinaan Sistem Tulisan BMP

2
dengan menggunakan abjad Thai dan Jawi, dan Rancangan Pemantauan Situasi
Bahasa di tiga wilayah sempadan Thailand (iaitu memantau penggunaan bahasa
dalam kehidupan sehari-hari, termasuk kebolehan berbahasa, dan sikap orang Thai
Muslim (penutur BMP – pengkaji) terhadap bahasa berkenaan. Tujuan dilancarnya
RPPD ialah supaya menjadi model suatu institusi pendidikan dwibahasa bagi generasi
muda Thai Muslim yang menutur dialek Melayu, dengan sasaran utama adalah untuk
membina generasi muda rumpun Melayu di wilayah sempadan selatan Thailand agar
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, kerjaya dan kehiduapan bermasyarakat,
mampu menjaga jatidiri etnik, menutur dan menulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa
daerah dan bahasa Thai, mampu menempatkan diri dalam kontek budaya Melayu dan
juga sebagai warga negara Thai.

Sehubungan dengan perkembangan di atas, Syed Abdullah Al-Jufri (2008 : )


memandang perlunya ada usaha untuk membakukan BMP (dialek Patani) , “sebab
apabila kegiatan pengajaran itu semakin meningkat di masa akan datang, maka
keperluan terhadap kepiawaian bahasa tersebut semakin penting pula.” (terjemahan
pengkaji). Bagaimana pun menurut Syed Abdullah : (2008 : ) “Pembakuan bahasa
daerah itu berada pada tahap mengkaji sistim bahasa tersebut.” Berikutan dengan
perkembangan tersebut, maka terdapat berbagai usaha untuk menentukan lambang
bagi sebutan BMP (dialek Melayu Patani), yang akan digunakan di sekolah-sekolah
Kerajaan.

Bagaimana pun menurut pandangan pengkaji, usaha pembakuan Dialek Melayu


Patani, termasuk menentukan lambang tulisannya tidak akan memberikan kesan yang
menguntungkan terhadap keberadaan BMP itu sendiri. Kerana BMP sebenarnya
adalah bahasa Melayu yang sama seperti bahasa Melayu lainnya yang telah
mempunyai sistem tulisannya tersendiri, iaitu tulisan jawi dan tulisan rumi. Bagi
pengkaji, upaya untuk menetapkan sistem tulisan bagi sebutan dialek tidaklah perlu
kerana ia akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu Baku sebagai bahasa
Nusantara dan bahasa ilmu. Dialek Melayu Patani haruslah difahami sebagai variasi
dialek Melayu, bukan bahasa baku atau bahasa formal. Kenyataan tentang BMP ini
pula dikemukakan oleh Sayed Abdullah (2008 : ) sebagai berikut :

3
Pada hakikatnya BMP yang digunakan di selatan Thailand terdapat dua ragam iaitu
tulisan dan dialek. Ini bererti bahawa orang-orang Melayu Patani akan menggunakan
dialek Patani dalam percakapan sehari-hari dan mereka akan menggunakan bahasa
Melayu baku dalam penulisan, seperti yang digunakan di Malaysia. Bagaimana dalam
penggunaannya, BMP tidak dapat disamakan dengan bahasa Malaysia, sebab latar
belakang penulisnya berbeza; ada yang lebih cenderung kepada bahasa Indonesia dan
ada pula yang lebih cenderung kepada bahasa Arab. (terjemahan pengkaji).

Situasi Pengajaran BM di selatan Thailand

Sejarah pengajaran BM di selatan Thailand dapat ditelusuri sejak awal abad yang lalu,
seperti diungkapkan dalam penelitan Worawit Baru (1990) :

..namun terdapat surau yang mengajar BM dan BT di monthon Pattani pada tahun
1912 hanya tiga buah, iaitu di darah Tokmok, Bangnara, Narathiwat dan di daerah
Yarang, Pattani

Perkembangan pengajaran BM di selatan Thailand mengalami pasang surut mengikut


situasi politik di Thailand. Suatu masa (sebelum 1950an) kerajaan pernah
membenarkan pengajaran BM di sekolah-sekolah kerajaan dengan mendatangkan
guru-guru Melayu daripada Singapura dan Malaysia. Namun pada ketika yang lain
(mungkin sekitar 1950an) pengajaran BM tidak lagi diajarkan di sekolah-sekolah
kerajaan, sehingga cikgu-cikgu Melayu terpaksa mengajar BM di rumah masing-
masing. Kemudian setelah itu, (mulai 1980an) mata pelajaran mata BM dimasukan
ke dalam beberapa sekolah kerajaan sebagai asas mata pelajaran agama Islam.

Pengajaran BM di peringkat Tadika

Dalam masyarakat Melayu di negeri Thai, pengurusan pendidikan menjadi tugas


institusi pondok, masjid , surau dan orang-orang yang berpengetahuan ilmu agama
Islam. Anak-anak Melayu mempelajari BM, pengetahuan agama Islam dan membaca
al-Quran daripada institut-institut tersebut. (Worawit Baru : 1990 : 189)

Di selatan Thailand, tadika adalah sebuah institusi pendidikan agama yang berada di
bawah naungan masjid. Masa belajarnya biasanya dua hari seminggu, iaitu pada hari
Sabtu dan Ahad. Sejak tercetusnya kejadian keganasan di wilayah selatan, tadika
mendapat perhatian yang serius daripada kerajaan, kerana disyaki sebagai tempat
mendidik kanak-kanak ke arah yang negatif. Di antara tindakan yang dilakukan oleh

4
kerajaan ialah memantau segala aktiviti di tadika, sambil memperdayakan guru-guru
tadika dengan memberikan gaji ala kadarnya dan memberikan anggaran tahunan
kepada tadika. Juga terdapat upaya untuk memindahkan tadika dari masjid ke
sekolah-sekolah rendah kerajaan. Namun, upaya tersebut tidak berlanjutan, kerana
tidak ada keseriusan daripada pihak kerajaan itu sendiri.

Tadika memfokuskan pelajarannya pada agama pada peringkat fardu ‘in, kerana itu
tadika juga disebut kelas fardu ‘in. Pelajaran BM pula diajarkan sebagai salah satu
pelajaran utama disamping pelajaran agama. Sebagai media untuk pengajaran BM,
disediakan pula buku-buku teks bertulisan jawi dan rumi. Namun yang agak
merisaukan ialah buku-buku teks tersebut pada umumnya terdiri daripada buku-buku
teks yang diterbitkan pada tahun 1970an dan dicetak ulang berkali-kali. Dengan
demikian, buku-buku teks tersebut boleh dikatakan tidak sesuai lagi dengan
perkembangan BM yang ada sekarang, terutama pada aspek ejaan, baik rumi maupun
jawi. Disamping itu, guru-guru yang mengajar di tadika tersebut pada umumunya
terdiri daripada tenaga sukarelawan iaitu pelajar-pelajar sekolah agama atau orang-
orang kampung yang tidak menguasai BM.

Pembelajaran BM di Sekolah Rendah (Kerajaan) dan Sekolah Menengah Agama


(swasta)

Sekolah Rendah (Dasar) di wilayah selatan Thailand, pada umumnya terdiri daripada
sekolah-sekolah kerjaan. Setiap warga Thailand, termasuk kanak-kanak Melayu,
diwajibkan mengikuti pendidikan pada jenjang dasar di sekolah-sekolah tersebut iaitu
dalam jangka masa enam tahun. Bahkan sekarang jenjang pendidikan wajib
diperluaskan sehingga ke jenjang menengah, iaitu sembilan tahun. Bagi kanak-kanak
Melayu, pada umumnya mereka mengikuti jenjang pendidikan dasar di sekolah
kerajaan kemudian melanjutkan ke jenjang menengah di sekolah agama swasta.
Dengan demikian mereka mendapat peluang untuk belajar agama dan BM, sebagai
lanjutan daripada pendidikan agama dan BM di tadika. Namun bagi mereka yang
belajar di sekolah kerajaan sehingga ke jenjang sekolah tinggi tentu tidak memperoleh
peluang untuk belajar BM, kerana di sekolah kerajaan tersebut tidak diajarkan BM,
hanya beberapa sekolah tertentu sahaja yang mempunyai mata pelajaran BM (sebagai
asas pelajaran agama Islam.

5
Berbeza dengan sekolah kerajaan, sekolah menegah agama pada umumnya mengajar
BM sebagai mata pelajaran wajib, sejak daripada tingkatan satu sehingga tingkatan
enam. Bagaimana pun, keterbatasan buku-buku teks merupakan salah satu masalah
yang dihadapi oleh para guru BM dan untuk mengatasi masalah tersebut mereka
terpaksa menggunakan buku-buku teks daripada Malaysia. Di sesetengah sekolah
agama masih menggunakan buku teks tahun 1970-an, yang masih menggunakan ejaan
lama. Selain itu, guru-guru yang mengajar BM kebanyakkannya terdiri daripada
mereka yang tidak berkelulusan BM. Dengan demikian, para guru tersebut mengalami
kesulitan dalam mengajar BM, apalagi bila terpaksa menggunakan buku-buku teks
daripada Malaysia, yang masih dirasakan asing bagi mereka.

Pembelajaran BM pada peringkat universiti

Di selatan Thailand, BM mulai diajarkan di universiti lebih kurang dua puluh tahun
yang lalu (1990-an). Beberapa universiti tersebut ialah PSU di Pattani, Thaksin
University di Songkhla dan Walailak University di Nakhonsrithammarat. BM ini
mula-mula diajar sebagai mata kuliah elektif, kemudian menjadi mata kuliah minor
dan terus menjadi major (jurusan BM). Pelajar yang tamat kuliahnya di bidang BM
mendapat gelar B.A. dalam Bahasa Melayu. Di universiti, pengajaran BM didukung
oleh tenaga pengjar yang berkelulusan (sama ada M.A. dan Dr., dalam bidang BM
maupun sastera Melayu). Di samping itu di universiti tersedia fasilit yang memadai
untuk pengajaran BM, seperti makmal bahasa (memadai untuk 40-50 pelajar) yang
agak canggih. Setiap seorang pensyarah BM pula dibekali sebuah komputer di dalam
bilik kerja masing-masing.

Pemafaatan TIK dalam pembelajaran BM di Selatan Thailand

Seperti dimaklumi, pada umumnya tadika yang diselenggarakan di masjid tidak


memiliki anggaran yang memadai. Kerana itu fasiliti TIK sama sekali tidak tersedia di
tadika. Oleh itu, pengajaran BM pada peringkat tadika boleh dikatakan sama sekali
tidak melibatkan TIK.
Begitupun pengajaran BM di sekolah-sekolah rendah kerajaan, disamping fasilitinya
tidak tersedia, juga masa belajar BM yang sangat terbatas dan tenaga pengajar yang

6
tidak berkelulusan, menyebabkan pengajaran BM tidak mendatangkan kesan yang
memuaskan .

Adapun pengajaran BM di sekolah menegah agama (swasta) agak lebih baik bila
dibandingkan dengan pengajaran BM di peringkat tadika dan sekolah rendah
kerajaan. Pada umumnya, sekolah menengah agama tersebut memiliki fasiliti TIK
yang terbatas, seperti bilik komputer, yang biasanya untuk memberi kemudahan
kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan internet. Namun berdasarkan pengamatan
dan temuduga pemakalah dengan bekas-bekas pelajar sekolah menengah agama
tersebut, pengajaran BM sama sekali tidak menggunakan fasiliti TIK yang ada.
Disamping tidak tersedianya jumlah komputer yang memadai, juga kemahiran tenaga
pengajar dalam penggunaan komputer sangat terbatas.

Bagaimana di peringkat universiti fasiliti TIK lebih tersedia; alat-alat komputer


dimiliki oleh setiap pensyarah, dengan demikian peluang untuk memanfaat komputer
dalam penengajaran BM lebih baik. Di Thaksin University, Songkhla, bilik makmal
bahasa yang dapat memuat lebih kurang empat puluh pelajar / komputer dan telah pun
dimanfaat untuk pengajaran BM. Melalui bilik makmal juga, pengajaran BM dapat
memanfaatkan internet, antara lain dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
untuk Media Massa. Sebagaimana di maklumi, media massa mencakupi surat khabar,
radio, televisi, yang semuanya terdapat dalam internet. Surat khabar, majalah, siaran
radio dan tv dalam bahasa Melayu adalah sukar diperoleh di selatan Thailand, kerana
itu media massa online adalah sangat tepat digunakan untuk pengajaran BM.
Disamping juga, media internet itu sendiri yang mengandungi email, blog dan
sebagainya boleh dijadikan media untuk pengajaran BM. Email dapat digunakan
sebagai media pengajaran BM yang menarik dan berkesan. Begitu juga blog yang
menggunakan bahasa Melayu dapat dimanfaatkan untuk pengajaran BM yang lebih
menarik dan berkesan. Bagaimanapun bahan-bahan tersebut perlu dikelola dengan
baik dan berhati-hati, kerana bahasa yang digunakan mungkin tidak menempati
bahasa yang baik dan betul (gramatis). Namun seorang guru bahasa tidak semestinya
mengjar BM secara kaku, ertinya terlalu berpegang kepada aturan-aturan nahu seperti
terdapat dalam buku-buku tatabahasa BM. Dengan kata lain, perubahan dan
perkembangan BM seperti yang berlaku dalam media internet perlulah diterima
sebagai suatu perkara yang positif.

7
Pemanfaatnan TIK dalam Penelitan BM di selatan Thailand

Penelitian tentang bahasa Melayu Patani (BMP) telah dilakukan oleh beberapa
pengkaji, antara lain ialah penelitian yang dilakukan oleh Worawit Baru (1990) dan
Ruslan Uthai. (1999). Worawit Baru memfokuskan kepada aspek sosiolinguistik yang
melihat pengaruh dasar atau kebijakan kerajaan Thailand terhadap BMP sedangkan
Ruslan Uthai menggunakan pendekatan linguistik sejarah yang melihat aspek
etimologi BMP : Sumber Daripada Tai-Kadai dan Austroasiatik. Bagaimanapun kedua
pengkaji tersebut tidak memanfaatkan tool wordsmith dalam pengumpulan data.
Seperti dimaklumi bahawa dewasa ini terdapat suatu alat untuk membantu kerja
pengumpulan korpus dalam penelitan bahasa. Penelitian tentang BMP yang sedang
dilakukan pemakalah cuba memanfaat tool wordsmith dan kesan-kesannya akan
dikemukakan dalam makalah ini.

Tool Wordsmith ini digunakan di Pusat Ilmu Kemanusiaan, USM, dan diajarkan
kepada pelajar-pelajar BM. Pemakalah, yang ssedang mengikuti program sarjana
dibidang BM di USM juga telah memanfaatkan tool wordsmith dalam kajian
Morfologi Kata kerja BMP. Tool Wordsmith ini dimanfaatkan untuk mengumpulkan
data-data kata kerja BMP daripada teks-teks, yang telah diteranskripsikan terlebih
dahulu dari skrip jawi kepada skrip rumi. Data-data tersebut dapat dihasilkan dalam
bentuk daftar kata (wordlist), secara urutan abjad maupun berdasarkan frekwensi
(jumlahnya dalam teks), juga dalam bentuk konkordens (kewujudan kata-kata tersebut
dalam ayat). Secara teknikal, tool wordsmith, ini sangat membantu pengkaji dalam
menghasilkan data-data korpus, disamping penghematan waktu dan juga ketepatan
dalam memperoleh data yang diperlukan.

Bagaimanapun tool wordsmith ini masih terdapat keterbatasan iaitu ia tidak dapat
digunakan untuk teks yang bertulisan jawi. Sehingga pengkaji terpaksa mengerjakan
proses transkripsi sebelum data korpus diproseskan melalui tool wordsmith, oleh itu
terpaksa membuangkan masa yang cukup panjang. Bagaimanapun pada masa yang

8
akan datang keterbatasan ini diharap dapat diatasi oleh pakar-pakar teknikal di bidang
berkenaan.

Kesimpulan dan Cadangan

Kajian dan pengajaran BM yang lebih berkesan tentu tidak dapat mengabaikan
pemanfaatan TIK yang semakin canggih itu. Khususnya dalam pengajaran BM di
selatan Thailand, pemanfaatan TIK perlulah digalakan, baik di peringkat tadika,
sekolah, maupun universiti. Terutama diperingkat tadik dan sekolah, fasiliti peralatan
dan tenaga yang mahir perlu dipersiapkan untuk meningkatan mutu pembelajaran
BM. Adapun pada peringkat universiti, soal fasiliti dan peralatan tidaklah menjadi
masalah, hanya perlu membina tenaga pengajar BM supaya lebih mahir dalam
memanfaatkan TIK dengan memberikan bekalan-bekalan teknikal tentang komputer
dan penggunaan program yang sesuai. Ternyata perkembangan TIK sangat membantu
pengjaran dan penelitian BM. Dalam penelitian BM, terdapat antara lain ialah tool
wordsmith yang telah digunakan oleh pemakalah dalam mengkaji morfologi kata
kerja BMP. Dan dalam pengajaran bahasa, selain daripada menggunakan tool yang
ada juga dapat menggunakan internet. Melaui internet, BM mengalami perkembangan
yang pesat, seperti adanya email, chat dan blog. Perkembangan tersebut dapat
dimanfaatkan dalam pengajaran BM di selatan Thailand.

Rujukan:
Prof. Madya Ruslan Uthai, Bahasa Melayu Di Bawah Kuasa Negara Thai :
Ketamadunan dan Kesahannya, Makalah, dibentangkan di CS Pattani, pada 2008.

Sayed Abdullah Al-Jufri, Peranan Dialek Melayu Dalam Pembelajaran Di Wilayah


Sempadan Selatan Thailand, Makalah, dibentangkan di CS Pattani, pada 2008.

Worawit Baru, 1990, Pengaruh Bahasa Thai ke atas Dialek Melayu Patani: Kajian
Kes Sosiolinguistik di Wilayah Patani, Desertasi Doktor.

Astri Suhkre, “The Muslim of Southern Thailand”, (hal.1-18), 1989 The Muslim of
Thailand, Volume 2, Edited by Andrew D.W.Forb, (Bihar) India : Center for Southe
East Asian Studies.

Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, 1998, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. H. 56

James T. Collins,1999, Wibawa Bahasa Kepiawaian dan Kepelbagaian, Kuala Lumpur


: Dewan Bahasa dan Oustaka.

9
Paitoon,1999 : Lama Waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek Orang Laut
di Perairan Mayanmar dan Thailand, dalam Pengajian Bahasa Melayu, Ancangan
Pembingkas Berdaya Cipta, editor : Paitoon M Chaiyanara, Pattani : PSU dan
Singapura : Kesatuan Guru-Guru Melayu.

10

You might also like