You are on page 1of 20

SISTEM KEWANGAN ISLAM

PPPG2912

PENSYARAH :
DR SHOFIAN BIN HJ. AHMAD

SESI 2007/2008

INSTITUSI KEWANGAN DALAM ISLAM

NAMA: ERIYANTI SORAYA BT ABD HALIM

NO MATRIK: A 112935

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM AL-QURAN
2

Pengenalan

Institusi kewangan Islam ialah institusi yang mencipta dan memperniagakan


instrumen-instrumen kewangan, disamping memudahkan aliran sumber-sumber
antara peserta-peserta pasaran. Dalam melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan
peniaga instumen kewangan, institusi kewangan merupakan peserta yang penting
dalam pasaran kewangan dan melaksanakan berbagai fungsi utama dalam sistem
kewangan.
Fungsi yang terpenting sekali ialah bertindak sebagai pengantara kewangan,
1
pengantara kewangan. memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk
pelaburan, iaitu proses penyaluran tabungan dari pada unit lebihan dari pada sesebuah
ekonomi dengan obligasi kewangan (janji untuk bayar) daripada unit kekurangan.
Dengan kata lain institusi kewangan itu adalah firma perniagaan yang asset utamanya
adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-tuntutan ( seperti saham, bon dan pinjaman)
bukan asset yang nyata ( bankunan, peralatan dan bahan mentah). Ia memberikan
pinjaman kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam pemasaran
kewangan. Institusi kewangan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

i. kumpulan pengantara-pengantara kewangan


2
ii. kumpulan institusi bukan kewangan .

Sebenarnya pengantara kewangan melibatkan pembelian instrumen kewangan


oleh institusi kewangan dalam pasaran kewangan dari dana yang diperoleh daripada
penyimpan-penyimpan yang mengkehendaki sekuriti tidak langsung yang dikeluarkan
oleh pengantar tersebut. Begitu juga institusi kewangan ini memberikan pinjaman
kepada firma dan badan korporat yang hendak mengembangkan perusahaannya
dengan memegang cagaran kepada perusahaan itu.

1
Pengantara kewangan sebenarnya ialah institusi kewangan seperti bank simpanan, bank perdagangan,
kumpulan wang pencen dan lain sebagainya.

2
Dapat diklasifikasikan dengan bermacam-macam cara, satu cara pengelasan dan perbezaanya ialah
antara institusi pengdeposit seperti bank perdagangan, institusi berkontrak (seperti syarikat insurans)
dan institusi pelaburan (syarikat pelaburan atau tabung haji)
3

Cagaran seperti ini biasanya dikenal dengan sekuriti secara langsung atau
dikenali juga sebagai sekuriti utama. Cagaran seperti ini agak sulit bagi kebanyakan
pelanggan terutamanya yang memiliki dana yang terhad dan banyak pengetahuan
tentang selok belok pasaran. Dan melalui pengantara kewangan dana daripada
penyimpan-penyimpan tadi dapat dikumpu melalui akuan simpanan dan seterusnya
dapat membiayai sejumlah pembiayaan diatas.

Pengantara kewangan dapat dikategorikan kepada tiga kategori seperti berikut :


I. Institusi deposit seperti bank bank
II. Institusi berbentuk kontrak seperti syarikat insurans. Kumpulan wang
simpanan pekerja dan pencen dan sebagainya.
III. Institusi pelaburan seperti syarikat pelaburan. Unit pelaburan amanah dan
sebagainya.

Dalam kertas kerja ini institusi perbankan islam dan institusi takaful akan dibahas
lebih terperinci disamping akan dibahas pula institusi-institusi kewangan Islam
lainnya di Malaysia seperti bank Islam Malaysia Berhad, skim perbankan tanpa
faedah ( SPTF) dan Tabung Haji.
4

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

1. Perbankan Islam
Perbankan Islam didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai
dan etos Islam.
Ia juga dikatakan sebagai setiap pertumbuhan yang terlibat secara langsung
dengan amalan kewangan berdasarkan syariat Islam dan menggunakan kaedah-kaedah
Fiqh.
An- Nazar memberikan ta’rifan umum bagi perbankan Islam sebagai
pertumbuhan kewangan yang mengumpulkan dana dan menjalankan operasinya
dengan mengikuti syariat Islam dengan tujuan membina kesatuan masyarakat Islam
bagi merealisasikan keadilan pengagihan serta menggunakan dana-dana itu mengikut
ketentuan syariat Islam.
Suatu sistem perbankan yang prinsip dan amalannya berasaskan hukum Islam atau
hukum syariah.
Perbankan yang ditumbuhkan untuk menggerak dana-dana dan menggunakannya
selaras dengan syariat Islam bagi tujuan mengembankkan ikatan kesatuan Islam dan
memastikan keadilan pengagihan disamping mengunakan dana-dana tersebut selaras
denga prinsip-prinsip Islam.

1.1 Sejarah Perbankan Islam


Konsep perbankan Islam bermula sejak Akhir tahun 40an lagi dan model
perbankan tanpa bunga secara matang dan konprehensif mula muncul sekitar akhir
tahun 1960an, sebelumnya dan pada awal abad ke 20, perbankan Islam lebih
merupakan subjek perbincangan secara teori sahaja. Dan pada masa itu tiada sebarang
usaha dan inisiatif untuk merangka program pelaksanaan perbankan Islam secara
praktik dan menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi semasa. Dan juga
3
dapat memberikan faedah kepada dunia Islam.

3
Dalam John R. presley. Directory of Islamic financial Institutons, halaman 3
5

Sejarah bank Islam moden bermula apabila projek printis bagi meletakkan
prinsip-prinsip perbankan Islam dalam bentuk praktis dan ianya telah dibuat pada
tahun 1963 di pecan Mitghamr di Mesir. Projek percobaan ini menggabungkan ide
bank simpanan German dengan prinsip-prinsip luar Bandar ke dalam kerangka umum
nilai Islam. Tujuan utama percubaan ini adalah untuk menarik golongan yang
memiliki pendapatan rendah .

pada peringkat awal projek ini diberi nama dengan “pusat simpanan tempatan”
dan kemudian ditukar kepada nama ”bank simpanan tempatan” . Memandangkan Mit
Ghamr terletak di luar Bandar yang rata-rata penduduknya berpegang kuat kepada
Agama, mereka tidak ingin menyimpan wang di bank-bank, kerana wujudnya unsur
Riba. Oleh itu penubuhan bank Mit Ghamr bukan sahaja untuk menghapuskan unsur
riba malah juga mengajar masyarakat mengenai penggunaan perbankan.

Projek Mit Ghamr menjalankan operasi mengikut tiga jenis akaun berikut :
i Akuan Simpanan
ii Akuan Pelaburan
iii Akuan Zakat

Bank Islam yang pertama yang ditumbuhkan di Bandar ialah Nasser Sosial Bank di
Kaheran. Ia ditumbuhkan oleh kerajaan Mesir pada tahun 1971. objektif utama bank
ini ialah membentuk sosial dan ia mempunyai fungsi sosial dan bank ini telah diberi
kebenaran ( pengecualian) dari pada undang-undang perbankan dan kredit 1975 pada
peringkat permualaan operasinya.

Pada akhir 1972, menteri-menteri luar negara Islam luar negara-negara Islam
dijemput ke Jeddah untuk membentuk satu jawatan kuasa khas bagi menyediakan
perjanjian bank Islam bersama. Akhirnya dalam tahun 1973 dan 1974 menteri-menteri
kewangan negaa-negara Islam mengadakan dua menyuarat di Jedah dan terbentuklah
Bank Pembankunan Islam (IDB) yang beribu pejabat di Jeddah pada tahun 1975.
tujuan bank ini ditubuhkan untuk memupuk pembangunan ekonomi dan kemajuan
sosial negara-negara ahli dan masyarakat Islam sama ada secara persendirian
mahupun secara bersama berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Dan berfungsi untuk
melibatkan diri dalam penyertaan modal saham dan mengeluarkan pinjaman untuk
6

projek-projek yang produktif disamping itu juga ia sebagai badan yang menyediakan
kewangan kepada negara-negara ahli.
Bank Islam yang berorientasikan perdagangan telah pun ditumbuhkan sejak
pertengahan tahun 1970-an. Dan tujuan penubuhan bank ini bertujuan untuk
menawarkan alternatif perbankan secara Islam kepada sistem perbankan konvensional
yang sedia ada. Dan terdapat dua jenis institusi berbentuk Islam iaitu :

i Bank perdagangan Islam


ii Syarikat-syarikat induk dan pelaburan Islam

institusi yang pertama iaitu bank perbankan Islam ialah seperti bank Islam
Dubai ( Dubai Islamic bank) yang ditumbuhkan pada tahun 1975. dan ia adalah bank
Islam persendirian yang ditubuhkan pertama dan ia merupakan syarikat awam terhad
yang menawarkan pengkhidmatan bank tradisi selaras dengan undang-undang syariat
Islam. Dalam tahun 1977, tiga buah bank Islam ditubuhkan sebagai syarikat awam
berhad, iaitu Kuwait Finance House, Bank Faisal di Mesir dan Bank Faisal di Sudan.

1.2 Teori dan Konsep Perbankan Islam


Terdapat kesamaan perbankan Islam dan konvensional iaitu dari fungsi dan
aktiviti antara keduanya. Namun konsep dan teorinya tidaklah sama, ini dikeranakan
terdapat perbezaan landasan disebalik penubuhannya. Tumbuhnya perbankan
konvesional semata-semata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan
penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor, iaitu faktor agama dan faktor
keuntungan dan titik keseimbangan harus ada diantara keduanya demi kelangsungan
penubuhannya. Dan perbankan Islam perlulah memenuhi dua kriteria berikut :
a. perbankan Islam mestilah dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana hukum
syariah
b. perbankan Islam hendaklah membantu kearah pencapaian objektif-objektif
sosial ekonomi masyarakat Islam

banyak istilah-istilah yang digunakan bank Islam diseluruh dunia bagi


menggambarkan prinsip-prinsip syariah yang diterima pakai bagi sesuatu jenis
7

pengkhidmatan perbankan Islam. Ada yang menggunakan istilah Arab dan ada juga
yang cuba menyesuaikannya istilah tersebut dengan keadaan tempatan dan suasana
semasa. Walau apapun istilah yang digunakan akan tetapi prinsip syariah yang
terdapat dalam amalan perbankan Islam boleh dikelaskan kepada 4 kategori :

a. Berdasarkan kongsi sama keuntungan


b. Berdasarkan caj, komisen, yuran atau lain-lain bayaran yang ditetapkan
jumlahnya.
c. Pengkhidmatan yang diberi tanpa dikenakan bayaran.
d. Prinsip-prinsip yang ada kaitannya secara tidak langsung dengan sistem
perbankan.

Para ahli ekonomi Islam berpendapat bahawa prinsip atau kaedah operasi yang
diamalkan oleh perbankan Islam itu sebahagiannya digalakan (strongly Islamic) dan
sebagiannya lagi kurang digalakan (weakly Islamic). Prinsip atau kaedah operasi yang
digalakan Islam ini berarti hanya prinsip mudarobah dan musyarokah sahaja yang
tergolong dalam kelas ini, prinsip-prinsip lain hanya dicadangkan apabila kedua
prinsip diatas tidak dapat dilaksanakan.
Jenis-jenis kontrak yang terdapat dalam syariah yang ada kaitannya dengan
operasi perbankan Islam selain daripada kontrak-kontrak dalam pembiayaan ekuiti
dan pembiayaan hutang diatas, boleh dikategorikan kepada tujuh jenis kontrak, iaitu :

i kontrak-kontrak memberi hak milik ( ’Uqud al-Tamlikat)


kontrak ini adalah berhubung dengan pemberian hak milik sesuatu harta atau hak
bagi mendapatkan manfaat harta tersebut, kontrak ini terbahagi kepada dua kumpulan,
iaitu :

a) Kontrak pertukaran ( ‘Uqud al-Mu’awadat)


Kontrak ini melibatkan pertukaran antara dua pihak dalam memberikan hak
milik seperti jualbeli, sewaan, pertukaran wang dan sebagainya.
b) Kontrak kebajikan (Uqud al-Tabarru’at)
Kontrak ini memberikan hakmilik tanpa melibatkan pertukaran antara pihak
yang terlibat seperti hibah, hadiyah, sadaqah dan lain sebagainya.
ii Kontrak melepaskan hak (uqud al-Isqotat)
8

Kontrak ini adalah berhubungan dengan melepaskan hak terhadap pihak lain sama
ada dengan pertukaran tebus talak, kemaafan dari al-qiyas ataupun tidak dengan
pertukaran.
iii Kontrak Memberi izin (‘uqud al-Itlaqot)
Kontrak ini melibatkan pemberian kuasa. Kepada seseorang untuk menguruskan
kerja-kerjanya, kontrak ini seperti melantik wakil (Al-Wakalah), melantik pegawai
(al-Tawliyah) atau agensi.
iv Kontrak menyekat seseorang menjalankan tugas
Menegah seseorang daripada menjalankan sesuatu fungsi seperti dikenakan
kepada seseorang yang muflis. Penarikan tauliyah atau menamatkan pelantikan
sebagai wakil atau agen.

1.3 Model Pelaksanaan Perbankan Islam


Pelaksanaan sistem perbankan Islam di negara Islam terutamanya di Negara-
negara Islam terutama di 51 negara yang mengganggotai pertumbuhan persidangan
Islam (IOC) dapat dikelaskan kepada 4 kategori :
1) Mempunyai hanya satu sistem perbankan sahaja iaitu satu sistem perbankan
Islam. Negara ini ialah Iran, Pakistan dan sudan.
2) Mempunyai dwi-sistem (dual sistem) iaitu sistem perbankan Islam yang
beroperasi sesuai dengan sistem konvesional yang sedia ada. Contohnya
Malaysia yang merupakan negara Islam pertama yang mempunyai sistem
perbankan Islam yang komprehensif dan cekap yang beroperasi bersama-sama
dengan sistem perbankan konvensional.
3) Mempunyai sistem ”konvensional campur” ( Convensional Plus Sistem) iaitu
sistem perbankan yang pada asasnya sistem konvensional dengan beberapa
buah institusi Islam yang beroperasi di pinggiran. Negara tersebut ialah Arab
Saudi, Bahrain, Bankladesh, Brunei, Mesir. Dan Negara Islam lainnya.
4) Mempunyai hanya satu sistem perbankan Islam sahaja iaitu sistem
konvensional. Negara ini belum melaksanakan sistem perbankan Islam
walaupun ianya merupakan Negara Islam ataupun Negara yang paling ramai
berpenduduk muslim. Negara-negara tersebut ialah Afganistan, Albania,
Algeria, Azerbaijan, Benin, Bunkina faso, Chad, Cameroon, Comoros, nigeria,
9

Oman, Palestin, Somalia, Syria, Urganda dan masih banyak lagi negara-negara
lainnya.

Perbezaan juga berlaku di Negara-negara Islam yang melaksanakan sistem


perbankan Islam tentang pelesenan, pengawasan dan perbankan yang
dilaksanakan oleh setiap Negara Islam tersebut. Di Negara turki misalnya, bank
Islam diawasi oleh pembendaharaan Negara dan perlesenan dikendalikan di
bawah pindaan akta perbankan yang juga dinamakan “Institusi Kewangan Khas”.
Di Emirat Arab bersatu pula (UEA) bank Islam diawasi oleh kementrian Wakaf
Negara itu sendiri. Di Mesir, aktiviti yang dilaksanakan oleh syarikat pelaburan
Islam seperti A-Rayan diragui kerana kekurangan pihak berkuasa Mesir.

Dari aspek-aspek pengubalan akta dan peraturan bagi melasanakan sistem


perbankan Islam di Negara-negara yang melaksanakan perbankan Islam dapatlah
dibahagikan kepada tiga kategori :

1) Diberi kebenaran (pengecualian) sama ada secara nyata ataupun jaminan,


kesemua atau sebahagian daripada peraturan-peraturan perbankan yang
sedia ada. Contohnya seperti bank Islam di Dubai, Mesir, Kuwait, Bahrain
dan Jordan.
2) Pengubalan akta dan peraturan bagi menubuhkan bank Islam sama ada
akta tersebut bagi semua sistem di negaranya seperti apa yang berlaku di
Pakistan Sudan dan Iran atau penggubalannya hanya untuk menubuhkan
bank Islam dengan mengekalkan akta dan peraturan perbankan
konvensional sebagaimana yang berlaku di Malaysia.
3) Tanpa apa-apa fakta dan peraturan digubal untuk pelaksanaan perbankan
Islam dan juga tanpa pengecualian daripada akta perbankan konvensional
yang sedia ada sebagaimana contoh penubuhan-penubuhan bank Islam di
Negara Eropa.

Institusi Perbankan Islam di Malaysia


Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan
September 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji
10

(PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam
membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah.
Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi
membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga
Tabung Haji).

Keputusan kerajaan menubuhkan Tabung haji adalah suatu kepustusan yang


tepat, dan kini bentuk dan operasi institusi ini menjadi model kepada Negara-negara
lain, tabung haji telah bergerak aktif dalam pelbagai sektor perdagangan, pertanian,
Industri dan hartanah. Dan pelaburannya pula merangkumi pelaburan saham,
pelaburan dalam syarikat hartanah, tabung amanah dan sijil pelaburan dalam syarikat
hartanah dan sijil pelaburan kerajaan. Dan sebahagian besar daripada dana yang
digerakan oleh lembaga ini dilaburkan dalam sekuriti korporat yang disebut harga dan
yang tidak disebut harga.

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank
perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk
menawarkan produk-produk dan pengkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim
Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini
dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam daripada
urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana.

2. Takaful
Dewasa ini, masyarakat telah banyak didedahkan dengan Sistem Perlindungan
yang berteraskan Syariah atau lebih dikenali sebagai Sistem Takaful. Perkataan
Takaful di dalam bahasa Arab membawa maksud saling jamin-menjamin atau saling
pelihara-memelihara. Di dalam konteks ini, perkataan Takaful akan disandarkan
kepada Sistem Insurans yang berteraskan prinsip Islam.
Konsep ini pada hakikatnya menggambarkan satu rancangan insurans yang
berasaskan perpaduan, rasa tanggungjawab dan hubungan persaudaraan antara sesama
peserta yang berdasarkan konsep tabarru' (derma) yang Ikhlas kerana Allah s.w.t
kepada ‘Tabung’ yang diurus secara professional oleh syarikat Takaful bertujuan
membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.
11

Dengan demikian definisi takaful ialah sistem insurans secara Islam, sebagai
institusi kewangan yang bergerak berdasarkan syariat hukum Islam, insurans secara
Islam dalam bentuk moden merupakan bidang perniagaan yang baru diterokai.
Sejarah bermula pada tahun 1979 apabila syarikat insurans secara Islam yang pertama
ditumbuhkan di Sudan. Iaitu syarikat insurans Islam sudan. Banyak Negara-negara
Islam yang telah berusaha menubuhkan syarikat Insurans yang menawarkan Insurans
secara Islam. Antaranya termasuklah syarikat insurans Islam Arab yang ditubuhkan
pada tahun 1979 di Arab Saudi, pada tahun 1983 diperbadankan syarikat takaful Islam
4
Luxembourg oleh Dar al-Maal Al-Islami dan Islamic Takaful Company . Syarikat ini
ditubuhkan oleh bank Islam faizal Sudan. Pada awal tahun penubuhan ia telah
menunujukan prestasi yang baik dimana ia telah dapat mengagihkan keuntungan
kepada para polisinya dengan kadar lima peratus pada tahun 1979. lapan peratus pada
5
tahun 1980 dan sepuluh peratus pada tahun 1981.

Ajaran Islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya untuk mencipta sesuatu
perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia tetapi perlulah bertepatan
dengan prinsip dan kehendak Syariah Islam. Ini termasuklah dalam urusan
perlindungan risiko. Walaubagaimanapun, sistem perlindungan risiko tersebut
perlulah diuruskan mengikut lunas dan prisip yang telah diputuskan oleh Syara’ atau
dengan kata lain ia mestilah sejajar dengan kehendak Allah s.w.t., barulah kita bakal
memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi sekaligus.

2.1 Sistem Takaful yang berdasarkan kontrak (aqad) Tabarru’

1. Saling bertanggungjawab
Peserta-peserta Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu
sama lain. Memikul tanggungjawab dengan niat baik adalah merupakan satu ibadah

4
Nor Mohamed Yakcop, Globalisation of Islamic Financial Sistem 1996 halaman 4-5

5
Laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat takaful Di Malaysia (K.Lumpur : jabatan perdana
menteri 1984) hal 8
12

dan hal ini dituntut dalam Islam. Lihatlah maksud sabda Nabi s.a.w. ini:
"Perumpamaan hubungan orang-orang beriman dari segi kasih-sayang, kecintaan, dan
perasaan mereka adalah ibarat satu tubuh (jasad). Apabila satu dari anggotanya tidak
sihat, maka seluruh anggota badannya akan berjaga malam dan demam (panas)."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Saling bekerjasama dan bantu membantu


Peserta-peserta rancangan Takaful bersetuju untuk bekerjasama dan bantu
membantu antara satu sama lain dalam menguruskan perlindungan dengan baik. Allah
s.w.t. telah berfirman dalam dengan maksudnya:"Bekerjasamalah kamu pada perkara-
perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara
dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan."

3. Saling lindung-melindungi dari sebarang kesusahan dan musibah


Melalui konsep ini, peserta-peserta Takaful mengambil sikap untuk saling
jamin-menjamin di antara satu sama lain, di mana sebahagian daripada wang caruman
mereka yang dikenal sebagai wang Tabarru' (derma) akan diperuntukkan untuk
membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah dan pengendali Takaful bertugas
untuk mengendalikan wang caruman tersebut dengan penuh amanah. Maksud sabda
Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah "Seseorang yang beriman itu ialah
sesiapa yang boleh memberi keselamatan (perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga
manusia."

Inilah kekuatan yang ada pada Sistem Takaful yang berperanan menyelamatkan umat
Islam daripada terus menerus dibelenggu oleh sistem yang tidak diredhai oleh Allah
s.w.t. Semoga dengan wujudnya pengendali-pengendali Takaful dan penglibatan kita
semua di dalam sistem perlindungan yang berteraskan Syariah ini, akan memberi
manfaat untuk kesejahteraan bersama di dunia dan di akhirat
13

2.2 Insurans dan takaful


Yang dimaksudkan Insurans ialah satu sistem yang berlandaskan perjanjian
antara sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju mengikuti sistem ini. Dan
menanggung segala bentuk bencana yang menimpa salah seorang dari dan berkongsi
menyumbangkan wang bagi mengatasi bencana ataupun musibah dan membayar
pampasan kerana ditimpa sesuatu bencana.
Kontrak insurans bolehlah ditakrifkan sebagai satu kontrak dimana seseorang
itu menanggung, sebagai balasan kepada persetujuan membayar kepada orang lain.
Sejumlah wang atau nilaian yang setara dengannya apabila terjadi sesuatu kejadian
terhadapnya.
Pada tahun 1985 ditubuhkan satu syarikat takaful di Malaysia dan merupakan
Negara pertama di Asia yang merintis perniagaan Insurans secara syariat Islam
dengan nama Takaful Malaysia Sdn. Bhd (STM). Industri takaful di Malaysia terdiri
daripada dua buah syarikat iaitu, STM, sebuah anak syarikat BIMB yang memulakan
operasinya pada 15 julai 1985 sebagai sebuah syarikat insurans Islam pertama di
Malaysia. Dan yang kedua ialah MNI takaful Sdn Bhd (MNI) dengan membayar
modal RM25 juta.
Latar belakang penubuhan syarikat insurans secara Islam di malaysia bermula
apabila sebuah jawatankuasa kecil diminta oleh badan perunding Islam untuk
menyediakan satu kertas kerja yang lengkap mengenai kemungkinan mewujudkan
syarikat Insurans mengikut lunas-lunas Islam. Dan badan perunding Islam seterusnya
telah bersetuju dengan perakuan-perakuan jawatankuasa kecil tersebut.
Syarikat takaful di Malaysia menyediakan dua jenis perlindungan takaful
i. Takaful keluarga
ii. Takaful am

Takaful keluarga merupakan satu skim yang berupa simpanan dan pelaburan oleh
orang ramai. Mereka yang mengikuti skim ini dipanggil peserta-peserta takaful.
Jumlah wang caruman yang disumbankkan secara berangsur oleh peserta-peserta
takaful akan menanggung dan membantu peserta-peserta yang ditimpa sesuatu
bencana atau kematian atau kemalangan dan lebihnya akan dilaburkan dalam bidang-
14

bidang yang dibenarkan oleh syariat. Dan peserta-peserta berhak mendapatkan balik
daripada keuntungan pelaburan tersebut. Perlindungan takaful malaysia ini adalah
salah satu bentuk perlindungan bagi individu yang ingin berusaha membuat
persediaan menghadapi bencana yang akan menimpa dirinya.
Dan adapun takaful am ialah satu skim mengadakan perlindungan ke atas
barang-barang tertentu seperti harta benda dan sebagainya. Dengan mengadakan suatu
kumpulan wang disumbangkan oleh orang ramai yang menyertai skim ini. Kumpulan
wang ini akan digunakan untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada peserta-
peserta yang mengalami kesusahan kerana ditimpa sesuatu risiko seperti kemalangan.

Sebahagian besar ulama’ mengatakan kontrak syarikat insurans konvensional


tidak selaras dengan kehendak-kehendak hukum syarak kerana ianya dikatakan
mengandungi unsur-unsur berikut :

i Unsur gharar
Grarar bermaksud bencana. Nasib atau risiko dan dari segi bahasanya
bermaksud membawa bencana nyawa atau harta benada seseorang tanpa
diketahui. Ulama fiqh memberikan definisi yang pelbagai akan tetapi
mempunyai makna yang agak sama, seperti Al-Sarakhsi mengatakan bahawa
gharar ialah tidak jelas akibatnya; Al-Qarafi pula mengatakan sesuatu yang
tidak diketahui sama ada berhasil ataupun tidak, As-Syirasi mengatakan
sesuatu yang tersembunyi dan tidak diketahui akibatnya. Manakala Ibn Hazm
mengatakan gharar ialah pembeli tidak mengetahui benda yang dibelinya dan
6
penjual tidak mengetahui perkara yang dijualnya.

7
i Unsur maysir atau perjudian
Pembayaran pampasan yang tertakluk kepada bencana yang pasti terjadi itu
menjadi kontrak insurans sebagai suatu pertaruhan. Islam menganggap sebagai
suatu perjudian apabila seseorang pemegang polis insurans meninggal dunia
sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya membayar
sebagian daripada insurans caruman yang dipersetujui.
6
al-Syarakhsi, Syam al-Din, kitab al-Mabsut, 30 jil., Cet. 3, Beirut: Dar al-ma’rifaf, 1978
7
Perkataan maysir dalam istilah bahasa arab biasanya digunakan kepada pertaruhan (Qimar)
15

i Unsur Muamalah Riba


Kontrak Insurans termasuk kepada kontrak sarf iaitu pertukaran nilai wang
dengan nilai wang yang mengikut kaedah riba, nilainya mestilah sama dan
segera ( tidak boleh diatangguh), semasa kontrak itu dibuat, pampasan dan
premium dalam kontrak insurans tidak sama dan sekalipun sama, ia tidak
dilakukan dalam bentuk segera. Oleh itu ia adalah bentuknya haram kerana
wujudnya unsur Riba al-Fadl dan Riba al-Nasai.

Pada dasarnya perbezaan antara syarikat takaful dan syarikat insurans


konvensional adalah dari segi pelaburan dan dari segi konsep penjaminan. Urus niaga
takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang diterima daripada peserta dalam
pelaburan yang dibenarkan oleh syariah. Dalam perkara penjaminan yang menjamin
peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful akan tetapi peserta-peserta itu
sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul
dan syarikat takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta
takaful. Dan inilah yang menjadi perbezaan dengan syarikat konvensional dimana
syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Sistem saling membantu yang menjadi prinsip syarikat insurans, pada


dasarnya tidak bercanggah dengan syariah. Apa yang membezakannya ialah dari
aspek wujudnya unsur-unsur yang merosakan kontrak tersebut. Dan ini sesuai dengan
kesepakatan para ‘Ulama yang menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat
bagi menghadapi kemungkinan bencana , dan ini boleh disediakan selaras dengan
8
kehendak syariah melalui konsep al-Takaful.

8
Mohm.Fazli yusof, takaful sistem insurans Islam. K.lumpur: utusan publication&distributor Sdn
Bhd. 1996
16

3. Institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia

3.1 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)


Pada julai 1983 telah tubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang
pertama dan mulai beroperasi Januari 1992. selaras dengan matlamatnya, semua
aktiviti-aktiviti bank tersebut dijalankan sesuai dengan landasan syariah. Dan
matlamat utama penubuhan bank ini ialah untuk berusaha sedaya upaya menjalankan
operasinya sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum-hukum syarak. Bagi
memudahkan pengkhidmatan dan kemudahan bank kepada semua umat Islam dan
rakyat negara ini. dengan mencapai keteguhan dan keupayaan berkembang maju dari
9
semasa ke semasa
BIMB menawarkan pengkhidmatan seperti mana yang ditawarkan oleh bank-
bank konvensional lain tetapi operasi pengkhidmatannya berdasarkan prinsip-prinsip
syariah. BIMB mempunyai anak- anak syarikat yang tersendiri iaitu Al-Wakalah
Sendirian Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh BIMB, Syarikat Al-Ijarah Sendirian
Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad.

3.2 Skim Perbankan tanpa Faedah (SPTF)


Skim Perbankan tanpa Faedah (SPTF) ialah satu skim yang dirangka untuk
membenarkan institusi kewangan konvensional menawarkan khidmat perbankan
syariat Islam. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan
beberapa fasa. Semua bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan
adalah layak untuk menyertai SPTF dengan syarat mereka memenuhi keperluan
umum tertentu. Dan operasi skim ini berasakan prinsip syariah dan tidak ada
penghasilan kaunter dengan sistem konvensional. Ini bermakna kaunter yang sama
akan menawarkan kemudahan produk konvensional dan produk tanpa riba.

9
Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia berhad: penubuhan dan operasi (kualalumpur:
percetakan hasan&sons Sdn. Bhd. Hal 8
17

3.3 Tabung Haji


Penubuhan lembaga tabung haji asalnya berkait rapat dengan penglibatan yang
rendah dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia dalam sistem perbankan di negara
ini. Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH)
Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia
pergi ke Mekah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan
Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur , Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi
kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari
Mekah . Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional
yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Mekah.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah
tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta
benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya
mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan
sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak
langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam
pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit
demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, maka Perbadanan Wang
Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan
beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan
kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki
Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal


haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal
Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan
dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8,
Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

• Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi


memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan
bermanfaat.
18

• Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil


bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang
halal di sisi Islam, dan
• Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang
menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan.
• Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan
matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat
memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu
haji, memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas
wang simpanan mereka.
• Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan
bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, tetapi
ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia
untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas
Islam.
19

Penutup

Kebangkitan semula Islam telah mendorong Negara-negara Islam, terutama


para ilmuwannya berfikir untuk mengkaji dan mencari jalan untuk menggantikan
sistem kehidupan ke arah sistem yang selari dan sesuai dengan tuntutan syariat Islam.
Kebangkitan Islam ini bukan sekadar unsur politik , malah ia menjadi suatu
perubahan penting dalam dunia Islam sekarang. Iaitu satu usaha untuk keluar dari
kebudayaan yang berlandaskan kebudayaan barat yang telah berakar umbi dalam
masyarakat Islam kearah melahirkan kembali Islam sebagai asas sistem social,
kebudayaan dan peradaban baru untuk masa hadapan.

Walaupun sejak lebih tiga dekade yang lalu, umat Islam telah menyaksikan
kemunculan lebih 40 buah Negara Islam yang merdeka, akan tetapi sistem ekonomi
dan politik yang terdapat di Negara-negara itu masih berasaskan model kebaratan.
Dan fakta inilah yang menjadi cabaran bagi umat Islam untuk kebangkitan semula.
Kebangkitan ini adalah merupakan usaha untuk membina semula masyarakat dan
ekonomi umat yang sesuai dengan syariat Islam dan berlandakan Al-Quran dan
sunnah.

Persoalan riba merupakan satu persoalan besar dalam Islam kerana amalan
riba salah satu dosa yang besar, Dalam Al-Quran Allah telah memberi ancaman
kepada orang-orang yang mengamalkan riba, pengharaman riba yang merupakan ciri
terpenting dalam pencorakan semula sistem kewangan dan perbankan ke arah sistem
bunga, telah menjadi cabaran besar bagi para ahli-ahli ekonomi.

Dengan demikian tugas kita sebagai Umat Islam dan khususnya Da’i
hendaklah memberi penyadaran kepada masyarakat tentang bahayanya riba dan
memberi pendedahan terhadap sistem perekonomian Islam.
20

Rujukan :

Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia,
k.lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 1999.

The Word bank, Financial System and develovment, Wasingthon : The Word Bank
1990

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tabung_Haji

Abd. Ghafar Ismail, Pasaran wang, Alat, Peranan Institusi dan dasar kewangan,
K.Lumpur: dewan bahasa dan Pustaka, 1991.

You might also like