You are on page 1of 10

KEPERIBADIAN DAN

KERASULAN NABI
MUHAMMAD S.A.W
 Nabi Muhammad s.a.w memiliki empat sifat
terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata
benar), amanah (dipercayai), tabliq
(menyampaikan), dan fatanah (bijaksana).
 Sifat Siddiq Nabi Muhammad diakui sendiri
oleh orang arab Quraisy.
 Baginda digelar al-Amin oleh orang arab
Quraisy kerana perkataan dan perbuatan
baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah
berbohong
 Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpim
yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi
rasul.
 Hal I ni dapat dilihat ketika baginda berusia 35
tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu
persengketaan dalam kalangan kabilah
Quraisy.
 Baginda merupakan ketua keluarga yang patut
dicontohi kerana kepimpinannya serta sifat
pengasih dan timbang rasanya.
 Baginda sering membantu isterinya memasak,
menampal pakaian yang koyak, melayan anak,
dan membersihkan rumah.
 Anak-anak diberikan pendidikan agama yang
secukupnya dan baginda menjadikan diri
baginda teladan kepada anak-anak.
 Walaupun kedudukan baginda tinggi dan
dihormati oleh masyarakat tetapi baginda
sentiasa merendah diri.
 Nabi Muhammad s.a.w juga terkenal dengan
sifat bijaksana dalam menyelesaikan
masalah. Sifat ini terserlah semasa baginda
memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada 628 M.
 Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering
memikirkan tentang kehidupan masyarakat
disekelilingnya yang taksub dengan amalan
jahiliah.
 Baginda telah mengasingkan dirinya daripada
masyarakat dengan cara
bertahannuth(mengasingkan diri untuk
beribadat) di Gua Hirak.
 Selepas lebih 2 bulan baginda berulang alik
dari Gua hirak akhirnya pada 6 Ogos tahun 610
M, bersamaan 17 ramadhan, Allah telah
menurunkan wahyu yang pertama.
 Pada waktu itu nabi berumur 40 tahun
 Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara
Zaman Jahiliah dengan zaman islam
 Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah
s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w ialah
surah al-Alaq.
 Ayat ini memerintahkan umat islam supaya
membaca
 Wahyu kedua diturunkan kepada nabi
Muhammad s.a.w., iaitu surah al-Muddasir,
ayat 1-7.
 Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah atau
pesuruh Allah yang mewajibkan baginda
menyampaikan ajaran islam kepada seluruh
manusia.
 Semenjak turunnya ayat al-Quran ini Nabi
Muhammad terus menerus menerima wahyu
dan baginda telah menjalankan seruan kepada
orang arab Quraisy Makkah.
 Baginda mula merancang untuk mengubah
akidah dan kehidupan masyarakat sekeliling.

You might also like