You are on page 1of 13

Kaedah dan Teknik Mengajar

Definisi

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih

berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan.

Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan

bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat

pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu

objektif pengajaran.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar

Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan

pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar

penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan

sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan

agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat

lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar.

I. Objektif pengajaran yang hendak dicapai.

II. Jangka masa pengajaran.

III. Bahan-bahan pengajaran yang ada.

IV. Latar belakang pelajar.

V. Jumlah dan susunan pelajar.

Objektif pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan

pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru


menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan

objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam

sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.

Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian

pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah

pencapaian pelajarnya.

Jangka Masa pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit

atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan.

Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai

digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi

masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan,

sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa

menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka

masa yang sepatutnya.

Bahan Pengajaran

Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru

perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk

kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu

memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-

kemahiran tersebut.
Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai

digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh

disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan

dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai,

sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran.

Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh

menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat

seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih.

Latar Belakang Pelajar

Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara

yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar.

Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar

mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat

rendah.

Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau

guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk

mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.

Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang

hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah

dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh

mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi

memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah-
pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan

masing-masing.

Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain

bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat

Sumber atau di persekitaran sekolah.

Kaedah dan Teknik Pengajaran

I. Kaedah Syarahan

Kaedah ini dikatakan yang paling popular digunakan di sekolah-sekolah.

Sesuai untuk memperkenalkan sesuatu topic atau tajuk baru. Guru boleh terus

menerangkan tentang topic tersebut tanpa membuang masa.

Isi atau kandunagn yang sukar dapat dijelaskan. Guru boleh mengulangi

penjelasan sekiranya terdapat pelajar yang kurang faham.

Dapat melatih pelajar mendengar, sambil mereka membuat catatan atau mereka

diberi masa untuk menyalin nota-nota yang dicatat oleg guru.

Guru dapat mengawal kelas dengan baik keran guru bersemuka dengan pelajar,

namun guru perlu memastikan bahawa perhatian pelajar tertumpu kepada

pelajaran
Dalam kaedah ini, suara guru amat penting. Oleh kerana itu suara guru seharusnya

boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar. Intonasi suara guru amat penting

supaya tidak mendatar kerana suara yang mendatar akan membosankan pelajar.

Bagi memastikan tumpuan pelajar, guru perlu mengemukakan soalan-soalan

kepada mereka. Teknik penyoalan begini adalah perlu agar pelajar tidak bersikap

pasif.

Antara kelebihan kaedah ini ialah guru dapat mengawal masa pengajaran.

Sekiranya masa lebih daripada mencukupi, guru boleh menambahkan contoh-

contoh atau mengulangi semula isi-isi penting. Namun jika kesuntukkan masa,

guru boleh mempercepatkan pengajaran dengan mengurangkan contoh-contoh.

II. Kaedah perbincangan

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan

pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat

mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti

perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan

secarakelas kumpulan –kumpulan kecil, perbahasan, forum dan sebagainya.kaedah ini

menggalakkan pelajar member pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga

pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan

mudah difahami oleh orang lain. Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya

mendengar dan menghormati pendapar rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran

dengan pendapat sendiri.


Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar.

Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan formal dan perbincangan tidak

formal.

Perbincangan formal

Dijalankan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-

ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang kan mengambil bahagian.

Misalnya, jika guru ingin mengadakan perbahasan, terlebih dahulu ditentukan

pelajar akan mewakili pihak pencadang dan pelajar yang akan mewakili pihak

pembangkang. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti pengerusi, penjaga

masa dan hakim.

Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan-bahan yang akan

disampaikan. Bahan-bahan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti

daripada majalah, buku rujukan dan akhbar.

Guru perlu memastikan agar ramai pelajar yag terlibat. Dalam aktivti perbahasan

misalnya, pelajar yang menjadi penonton juga perlu diberi peluang unutk

menyampaikan pendapat mereka.

Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan kegiatan lain.

Setelah tamat sesuatu perbincangan, guru perlu menambahkan atau membuat

ulasan tentang perkara yang menjadi topik perbincangan.

Perbincangan Tidak Formal

Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:


Guru menjadi pengerusi dan perbincangan dibuka kepada semua pelajar. Guru

perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar unutk menyampaikan

pandangan mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya turut

mengambil bahagian.

Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar supaya tidak berebut-

rebut untuk bercakap. Ketegasan guru dapat menjadikan perbincangan lebih

sempurna.

Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa

yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan.

Kaedah perbincangan ini merupakan satu kaedah yang menarik kerana pelajar-pelajar

diberi peluang untuk berbincang sesame mereka. Mereka dilatih untuk mendengar

pandangan orang lain dan turut sama merancang sesuatu tugas baru atau mencari sesuatu

keputusan.

Kaedah Projek

Merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Ia berbeza dengan kebanyakan kaedah

lain, kaedah projek biasanya memerlukan lebih daripada satu jangka masa pengajaran. Masa

yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek-projek tersebut. Walau bagaimanapun, waktu

pengajaran sebenar boleh digunakan untuk membincangkan projek-projek yang akan dibuat, atau

digunakan untuk memperlihatkan hasil yang didapati daripada projek-projek tersebut.

Namun begitu, istilah projek itu bukanlah bermaksud sesuatu aktiviti atau rancangan yang dibuat

secara besar-besaran dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Aktiviti secara kecil-kecilan dan

yang tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan boleh dianggap sebagai satu projek juga.

Kaedah projek boleh dibahagikan kepada 3 jenis:


1. Projek Pengeluaran

2. Projek Pengguna

3. Projek Latih Tubi

Langkah yang perlu ada dalam penggunaan kaedah projek ini lebih teratur dan berkesan:

Sesuatu projek perlu mempunyai objektif tertentu. Sekiranya projek itu digunakan untuk

pelajaran bahasa, pastikan apakah kemahiran bahasa yang hendak ditekankan dan adakah

aktiviti yang dibuat oleh pelajar dalam projek tersebut akan mencapai objektif yang

diharapkan?

Perancangan adalah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek itu. Guru perlu

merancang dari segi jumlah masa dan bila aktiviti itu dapat dijalankan.

Penglibatan pelajar adalah penting. Guru perlu memastikan semua pelajar diberi peluang

mengambil bahagian dalam projek yang dijalankan. Sebaik-baiknya pelajar dibahgikan

kepada beberapa kumpulan kecil.

Projek yang tekah dirancangkan perlu dlaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Kaedah Menyelesaikan Masalah

Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk

member peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar

fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai

terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar

diberikan satu atau beberapa masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah ini sesuai bagi semua mata pelajaran. berikut beberapa

langkah untuk menjalankan kaedah ini:


Guru mengemukakan masalah di dalam kelas. Pelajar, sama ada secara perseorangan atau

kumpulan, diminta mencari menjalan atau cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pelajar juga boleh mengemukakan masalah-masalah mereka.

Pelajar diberi masa unutk mencari penyelesaian, sama ada secara berbincang atau

mendapatkan bahan dan idea daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan dan

temubual.

Segala maklumat yang diperolehi perlu berbincang bersama dan merangka satu

penyelesaian. Kesimpulan awal yang didapati perlu dikaji semula.

Setelah menilai kesimpulan awal barulah dibuat kesimpulan yang muktamad.

Kesimpulan yang muktamad ini merupakan jawapan atau jalan bagi menyelesaikan

masalah yang diberi.

Seperti kaedah projek, kaedah ini memerlukan masa yang lebih lama. Masa pengajaran di

dalam kelas boleh digunakan oleh guru untuk mengemukakan masalah dan bagi pelajar-pelajar

mengemukakan penyelesaian yang mereka peroleh.

Bagi memastikan penggunaan kaedah ini berkesan, guru perlu memastikan bahawa bahan-

bahan sumber dan rujukan mencukupi dan mudah didapati. Kaedah ini sesungguhnya member

peluang kepada pelajar-pelajar berusaha sendiri unutk mencari ilmu pengetahuan.

Kaedah Dapatan

Ciri-ciri kaedah ini tidaklah berbeza sangat dengan ciri-ciri kaedah menyelesaikan masalah.

Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh

guru. Guru memberikan maklumat yang kurang lengkap menganai sesuatu masalah dan pelajar

diminta melengkapkan atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru.
Peranan guru dalam kaedah ini ialah untuk member panduan dan bantuan kepada pelajar

ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan. Guru perlu berbincang dan mendorong pelajar

supaya berusaha mendapatkan penyelesaian.

Kaedah dapatan ini sangat sesuai bagi mengajar mata pelajaran yang memerlukan pelajar

membuat “penyelesaian” contohnya mata pelajaran Sejarah. cabaran yang diberi kepada pelajar

menjadikan kaedah ini lebih menarik dan berkesan.

Kaedah Permainan

Kaedah ini merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Biasanya kaedah ini

digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang ataupun digunakan pada akhir penggal

setelah murid-murid selesai menghadapi peperiksaan.

Kaedah ini sebenarnya boleh dijadikan kaedah pengajaran yang berkesan sekiranya

dikendalikan secara bersungguh-sungguh dan teratur. Kaedah permainan merupakan satu kaedah

menggunakan unsur-unsur permainan. Walaupun pelajaran disampaikan dalam bentuk

permainan, tetapi objektif pengajaran dapat dicapai.

Kaedah permainan boleh digunakan pada masa tertentu dan untuk tujuan berikut:

Kaedah atau teknik permainan ini boleh digunakan untuk memulakan pengajaran. Tujuan

menggunakan teknik ini di awal pengajaran ialah untuk menarik minat dan perhatian

pelajar.

Teknik juga sesuai untuk mengakhiri sesuatu pelajaran. Ianya digunakan untuk

mengulangkaji pelajaran yang telah diberi atau sebagai pengukuhan.


Aktiviti mengulangkaji atau pengukuhan juga boleh dijalankan semasa mengajar. Teknik

permainan boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Peraduan Teka Silang atau pertandingan

berbentuk kuiz sesuai digunakan untuk mengulangkaji pelajaran.

Objektif pengajaran yang tertentu memerlukan kaedah pengajaran yang tertentu. Oleh kerana

itu objektif-objektif tersebut akan lebih mudah difahami, mudah dicapai dan lebih berkesan

sekiranya guru menggunakan kaedah yang sesuai.

Namun kemudahan yang terhad di sekolah-sekolah kerap menghalang usaha guru untuk

mencuba kaedah-kaedah tertentu dan guru perlu menghadapi cabaran ini. Sesuatu kaedah atau

teknik itu perlu diubah suai dengan keadaan atau suasana pengajaran dan pembelajaran. Perkara

yang penting ialah pelajar di sekolah tidak disogokkan dengan hanya satu atau dua kaedah

sahaja. Guru perlu lebih berusaha dan berani mencuba.

Kaedah Koperatif

Koperatif bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan

bersama. Sewaktu menjalankan aktivtiti secara koperatif, semua individu terlibat cuba

menyelesaikan apa saja permasalahan yang dihadapi demi kebaikan diri sendiri dan juga ahli

kumpulan secara keseluruhannya. Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada penggunaan

kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi memaksimakan hasil pembelajaran, sama ada secara

individu atau kumpulan.

Melalui kaedah koperatif guru akan memulakan pengajarannya secra kelas dan

memberikan penerangan awal aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari tersebut. Segala

maklumat penting berkaitan aktiviti seperti objektif dan langkah-langkah yang perlu diberikan

perhatian dimaklumkan sebelum pelajar memulakan aktiviti mereka. Selepas itu barulah guru

membahagikan kleasnya kepda kumpulan-kumpulan kecil dengan tugasan-tugasan tertentu.


Prinsip utama di sebalik kaedah koperatif ini ialah pelajar perlu sedar bahawa peranan masing-

masing sangat penting dalam menentukan kejayaan kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai

tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan mereka. Kejayaan individu menentukan kejayaan

kumpulan, begitu juga sebaliknya sekiranya seorang gagal, maka seluruh ahli kumpulan juga

gagal.

Dalam kaedah ini juga akan terdapat kebebasan yang positif dalam kalangan pelajar yang

menentukan pencapaian matlamat kumpulan iaitu kumpulan tersebut hanya akan mencapai

objektif sekiranya setiap ahli kumpulan berupaya mencapai objektif masing-masing. Contohnya,

sekiranya suatu kumpulan ditugaskan menyediakan pembentangan mengenai bagaimana Islam

tersebar di Makkah, semua ahli kumpulan perlu member sumabangan masing-masing sama ada

berbentuk kemahiran menggunakan perisian computer, mengumpul data, maklumat, menjadi

juru cakap kumpulan dan sebagainya.

Terdapat beberapa kompenan penting yang perlu diberi perhatian sewaktu merancangkan

kaedah koperatif di dalam bilik-bilik darjah.

i. Mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain dalam kumpulan

ii. Menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersemuka.

iii. Setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada

kumpulan masing-masing.

iv. Mengajar kemahiran interpersonal kepada pelajar.

v. Pemprosesan kumpulan.
Pengajaran Secara Kelas

Dalam kaedah ini guru menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada seluruj kelas. Ini

bermakna semua pelajar diberikan penerangan, isi pelajaran, masa dan latihan dan lain-lain yang

sama. Amalan ini dapat dikenalpasti dengan kedudukan susunana kerusi meja yang semuanya

mengadap guru ketika mereka mengajar.

Kaedah secara kelas ini sangat sesuai sewaktu guru memulakan pengajaran dengan set

induksi. Pada waktu ini guru perlu mendapatkan perhatian daripada seluruh kleas pada apa yang

ingin diajarkannya. Perkara ini penting supaya semua sedar dan tahu topic yang hendak

dipelajari pada hari tersebut, begitu juga sewakti guru mula memberikan penerangan konsep

dalam langkah satu permulaan. Semua pelajar perlu mendengar dan memerhatikan apa yang

sedang diperkenalkan oleh guru kerana kejayaan langkah-langkah seterusnya bergantung pada

kefahaman mereka pada langkah permulaan ini.

Walaup bagaimanapun selepas penerangan diberikan dan pelajar dapat memahaminya

dengan baik, gur bolehlah menukarkan kepada pendekatan yang lain pula. Namun pada perigkat

akhir pelajaran, guru sekali lagi perlu menggunakan kaedah secara kelas ketika membuat

kesimpulan dan rumusan pembelajaran. Ia bertujuannya memastikan semua pelajar dapat

menguasai isi pelajaran mereka pada hari etrsebut

You might also like