P. 1
Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

Tugasan Pembentangan Kumpulan Psv - Pendekatan

|Views: 252|Likes:
Published by UmmuIman2013
PSV
PSV

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: UmmuIman2013 on Mar 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/05/2013

pdf

text

original

DISEDIAKAN OLEH

:
MAZNAH BT. ABDULLAH KAMAR NOORHAMIMAH BT. JULI NOR SHAKIAH BT. HUSSAIN ZUBAIDAH BT. ZUBIR PPG PJJ Ambilan Jun 2013 – Kohort 1 Pendidikan Khas

1. PENDEKATAN PROSES & PRODUK 2. PENDEKATAN DBAE 3. PENDEKATAN CHAPMAN 4. PENDEKATAN PSV KBSR

5. PENDEKATAN PENDIDIKAN SENI JOHN A. MICHAEL

PENDEKATAN PROSES & PRODUK

• Dibentuk pada lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian yang berorientasikan objektif.
• Dikemukakan oleh Stufflebeam(1971) • Juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).

• Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan.

• Menurut Stufflebeam, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu -keputusan mengenai persekitaran (konteks) -keputusan mengenai sumber (input), -keputusan mengenai pelaksanaan (proses) -keputusan mengenai hasil (produk).
• Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,input dan proses dengan hasil program

Bagaimana Pendekatan Ini Boleh Digunakan Dalam Penilaian Keberkesanan PSV? • Penilaian Konteks • Penilaian “konteks” tertumpu kepada persekitaran. • Untuk menguji keberkesanan program PSV sebagai contoh. di mana perubahan akan berlaku dan masalah persekitaran yang dihadapi. . • Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. penilaian “konteks” ialah kerelaan objektif PSV dengan Falsafah KBSR/KBSM.

• Dalam perancangan sesuatu program. keyakinan guru mengajar dan sikap guru dalam penerimaan perubahan. • Oleh itu. • Mengikut Abdul Raof Dalip (1989) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi. masalah guru dan keyakinan guru untuk mengajar dan sikap guru terhadap perubahan perlu juga diambil kira kerana guru merupakan sumber yang penting untuk menentukan kejayaan program tersebut. masalah-masalah yang dihadapi oleh guruguru dalam PSV. . guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya.• Objektif-objektif PSV dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi aspirasi negara.

kemudahan. • Di sinilah terletaknya kemahiran dan pengetahuan seseorang pengetua. bengkel. jadual dan peruntukan waktu mengajar. • Penilaian “input” dalam kajian ini ialah kemahiran dan pengetahuan guru.Penilaian Input • Penilaian “input” pula tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. penolong-penolong kanan dan penyelia petang dalam menyusun jadual waktu agar ia sesuai dengan kehendak guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. peralatan. peruntukan kewangan dan peranan pengetua. • Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. .

sumbang saran. • Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. main peranan. tunjuk cara.Penilaian Proses • Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. dan kaji siasat. • Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. kerja luar. • Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV. Ini termasuklah kerja amali. . cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru. • Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. projek.

• Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang pengaruhi pembelajaran iaitu integrasi. perbezaan. pencapaian objektif PSV • Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.Penilaian Produk • Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. • Rummers dan Gage (1987) dipetik dari Rohaty (1990). dan penerimaan. kejutan. . Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar. • Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran. menyatakan bahawa sikap mempunyai pengaruh yang dapat mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah.

PENDEKATAN Dbae Discipline Base of Art Education .

Beliau adalah pendahulu konsep disiplin dalam DBAE.pengenalan Discipline Base of Art Education ( DBAE ) terbentuk melalui gerakan reformasi kurikulum pada tahun 1950-an dan 1960-an : Pada tahun 1967 Elliot Eisner bekerja di Stanford University. . di bawah sponsor dari Yayasan Kettering.

dan seni adalah tetingkap yang melaluinya kita boleh melihatnya" . terdapat banyak cara untuk melihat dan mentafsirkan dunia. Pada tahun 1983.Sekitar 1980-an. DBAE disokong melalui inisiatif dan program yang dibiayai oleh J. Menurut Eliot Siener. Trust membentuk pusat pendidikan dalam seni dan LeiLani Lattin-Duke berkhidmat sebagai Pengarah Program. Paul Getty Trust.

Kritikan Seni iv. Estetika .4 asas disiplin seni DBAE meliputi 4 asas disiplin seni iaitu : i. Sejarah Seni iii. Produk Seni ii.

.Disiplin Produk Seni Dalam disiplin penghasilan produk seni ianya lebih menegaskan kepada tatacara. Disiplin ini memerlukan pendidik menegaskan tentang penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti sebagai langkah penghasilan karya. kaedah dan proses menghasilkan karya atau produk seni.

bahan. . bahan dan teknik pembuatan serta sikap dan nilai budaya kerja mereka.  Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara artis atau pandai tukang menggunakan alatan. proses dan teknik.Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar melalui beberapa peringkat pembelajaran kajian dan penerokaan untuk mewujudkan pengalaman iaitu:  Pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai alatan.

dedikasi. cermat. sabar. Membina dan memperkembangkan kualiti sahsiah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan seperti tekun.  Memahami faktor-faktor motivasi melalui peranan artis atau pandai tukang mengenai kehidupan serta sumbangannya kepada masyarakat dan budaya. teratur serta berkeupayaan menilai diri dari segi artis atau budaya. . perasaan dan pemikiran melalui bentuk-bentuk tampak.  Belajar melahirkan pernyataan diri akibat dorongan emosi.

Disiplin Sejarah Seni Disiplin ini memusatkan pembelajaran mengenai artis dan sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni serta pengaruhnya terhadap tamadun dan budaya bangsa. . analisa. Disiplin kritikan seni menumpukan perhatian kepada penekanan kandungan mengenai persepsi. interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni.diskripsi.

. b) Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat pengiktirafan masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau sumber pengetahuan dan pengalaman bagi generasi masa kini dan akan datang.Terdapat beberapa aspek dan peringkat pembelajaran sejarah seni iaitu: a) Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan peningkatan pencapaian nilai artistik melalui sejarah pergerakan aliran gaya seni.

HASSAN M. kesan terhadap aliran seni dan artis serta mencari makna serta pengertian. e) Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan digubah berlandaskan prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai suatu hasil seni. d) Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam konteks yang luas.c) Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul. GHAZALI-UPSI .

pemerhati seni. komentar yang sering diperbincangkan atau diulas oleh pengkritik seni. penulisan. artis. . budayawan dan sejarawan. Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa (memerlukan persepsi dan diskripsi). makna (analisis atau interprestasi) dan penilaian (pertimbangan dan penilaian).Disiplin Kritikan Seni Pengetahuan mengenai disiplin ini juga boleh dihasilkan melalui peningkatan kefahaman melalui pembacaan.

Ia juga membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi orang lain atau audien juga masyarakat terhadap seni. . Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai. membanding dan membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan terhadap semua aspek.Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan pemerhatian yang teliti tentang sesuatu karya seni.

keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil seni melalui pelbagai pengalaman estetik. Pengetahuan estetik membantu pelajar membuat apresiasi tentang keindahan.Disiplin Estetika Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan penguasaan laras bahasa tampak. psikologi dan sifat semulajadi seni. Perbincangan boleh melibatkan pelbagai faktor dalam aspek antropologi. falsafah. sosiologi. . Pelajar diminta membicarakan definisi dan ciri-ciri signifikan mengenai seni melalui disiplin ini. Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni.

PENDEKATAN Chapman .

• Buku. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun.pengenalan • Laura H. pengajaran metadologi dan penilaian. kajian dan ucapan beliau membincangkan tentang isu polisi. reka bentuk kurikulum. . rencana.

.• Laura H. • Menurut Chapman lagi. • Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. • Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. iaitu: (a) tidak bersifat statik. (b) bersifat boleh ubah dan (c) berulang-ulang. 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

. guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja.• Maka. • Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid. • Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni. • Pemahaman ini(proses artistik) perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni.

bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. • Menurut Chapman. proses kreativiti = proses penghasilan / artistik. guru PSV perlu menguasai bidang seni supaya mempunyai pengalaman yang lebih luas untuk mengajar murid . • Paling penting. Untuk mengembangkan kreativiti murid. seorang guru PSV perlu menggunkan berbagai cara dalam menghasilkan karya.• Ini kerana.

Penerokaan iii.Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama dalam pelajaran seni iaitu: i. Penghasilan (pembuatan) iv. Apresiasi dan pelanjutan . Pemerhatian ii.

PEMERHATIAN Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. pergerakan dan aksi mencetus idea dan imaginasi . buni. kecenderungan dan latar belakang murid bahan. guru perlu member perhatian kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat. Semasa guru menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaan.

suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid mencari altenatif. guru perlu member perhatian kepada perkara-perkara berikut: aktiviti kecil yang mudah dan ringkas cuba mencuba. variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tepat.penerokaan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik . Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti.

langkah dan proses membuat keselamatan semasa menjalankan aktiviti penyampaian kandungan subjek. Guru boleh melihat penghasilan hasil kerja murid kepada perkaraperkara berikut: penggunaan bahan . halbenda dengan bentuk hasil .PENGHASILAN Aspek ini adalah melibatkan penghasilan atau hasil kerja murid. alaat dan teknik tatacara. idea.

Terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. .APRESIASI Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran.

warna. penghargaan dan refleksi diri. ton. . perasaan. dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.Semasa menyediakan aktiviti mudah. rupabentuk dan bentuk. aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda. penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi. jalinan. perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan. alat bahan dan teknik.

michael .PENDEKATAN Pendidikan seni John a.

pengenalan Dalam Pendidikan Seni. John A.Michael merupakan individu/tokoh yang mengutarakan pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni .

 Melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.  Dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain mengikut persepsi visual. pengertian. . unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.Tujuan apresiasi seni  Membolehkan murid-murid memahami aspek-aspek nilai estetika.

terdapat 2 pendekatan dalam Apresiasi Seni. iaitu: a) b) Pendekatan secara logik Pendekatan secara psikologi .2 pendekatan dalam apresiasi seni Dalam buku beliau “Art & Adolescence”.

pendekatan secara logik  Berbentuk tradisional  Memerlukan pemahaman intelek  Berfaktakan aspek andaian dan munasabah dalam melihat sesuatu karya seni .

Secara pemerhatian Secara perbandingan Secara penghasilan . media. Analisa. Membuat mengikut gaya artis/stail. bila dihasilkan. mengkaji. menimbulkan kefahaman masalah nilainilai khas. Balai seni. pameran. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman. perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. proses. tujuan/teknik pelukis. mengumpul dan menyusun gambargambar.Cadangan Aktiviti Pendekatan Secara Logik: AKTIVITI Secara penerangan Membaca. filem. kepuasan. penilaian. nilainilai estetika serta pengaruh. slaid.

.  Meninggalkan pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.  Lebih realistik dan menerima maklum balas dan pendapat orang lain.pendekatan secara psikologi  Lebih menjurus kepada perasaan peribadi individu.  lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman terhadap penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.

Cadangan Aktiviti Pendekatan Secara Psikologi: AKTIVITI Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni Secara menyediakansetting/set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara lawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran .

. 1960.‡ Abdullah Ariff.1 cm.‡ • Penggunaan cat air yang bersahaja dan penggunaan berus secara sepontan.‡ • Kesan warna yang lutsinar dan begitu harmoni.4 x 54. • Sifat-sifat identiti.‡ • Karya ciptaan beliau menjelang akhir hayatnya. Bumi Bahagia-Lombong Bijih Malaya Cat air 36.Contoh apresiasi • Padat dipenuhi dengan unsurunsur jalinan.

PENDEKATAN PSV KBSR .

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu: •Pemerhatian secara aktif •Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan •Apresiasi seni visual secara mudah •Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. .

imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak .Pemerhatian secara aktif: •Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan. berfokus dan terperinci •Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual •Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia •Membantu murid terus menyelaras idea.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan: •Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan •Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik.teknik mudah. .

Apresiasi seni visual secara mudah: •Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi •Murid diperkenalkan tokoh. .tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

.Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan: •Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka •Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar. nilai patriotisme. nilai kebersihan dan kepekaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->