You are on page 1of 44

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN KAUM INDIA 2.0 MAKLUMAT RINGKAS TENTANG KAUM INDIA 3.

0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA KAUM INDIA 4.0 REFLEKSI KUMPULAN 5.0 BIBLIOGRAFI 6.0 BORANG KOLABORASI 7.0 JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS 8.0 RUJUKAN DAN LAMPIRAN 9.0 ESEI KERJA KURSUS INDIVIDU JOSEPH BANSA MUHAMMAD FARID ISMAIL WONG TOH UNG

MUKA SURAT 2

3 - 27

28 29 - 30 31 32 33 34 - 40 41 42 43 44

1.0 Pengenalan Kaum India Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Sejarah Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa

pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul: peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

2.0 MAKLUMAT RINGKAS TENTANG KAUM INDIA WARISAN BUDAYA INDIA Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Tanda Hormat Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Peranan Keluarga Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

Perkahwinan Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipa kai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut

akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. Semasa Bersalin Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Kelahiran Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan

ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. SELEPAS KELAHIRAN Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Mandi Selepas Bersalin Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Mendodoi Bayi Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi

tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja. Memberi Nama Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

3.0 Persembahan Multimedia Kaum India

28

4.0 Refleksi Kumpulan Kami berasa bersyukur kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah diberi. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami dapat melalui perlaksanaan kerja kursus ini terutama dalam membuat persembahan multimedia yang berkaitan dengan kaum India. Jika dahulu, kami hanya tahu pasal kaum India berkenaan dengan Hari Deepavali dan cerita India di rancang program TV2 dan TV3. Pengetahuan berkenaan kaum India amatlah cetek. Tetapi sekarang kami lebih mengetahui tentang mereka. Hal ini terjadi disebabkan di Sarawak susah untuk melihat atau berjumpa dengan orang India berbanding di Semenanjung Malaysia. Kami sekumpulan bekerjasama dalam mencari maklumat tentang kaum India melalui sumber buku, internet dan temubual dengan orang yang merupakan kaum India asli yang masih lagi berpegang teguh dengan ajaran agama Hindu. Hari perayaan utama kaum India ialah Deepavali di mana perayaan ini disambut sebagai hari cahaya. Pantang larang kaum India yang kami baru tahu ialah pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah. Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini dipercayai membawa sial. Masyarakat India juga menekankan tidak boleh makan di tempat gelap kerana takut makanan akan dikongsi dengan hantu. Setiap kaum pasti ada adat dalam menyambut kelahiran bayi begitu juga dengan kaum India dimana, dalam menyambut kelahiran bayi, semua ahli keluarga akan dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah itu, apabila bayi dilahirkan , ahli keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara keagamaan selama 16 hari. Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan bayi tersebut. Pada masa tersebut, rumah dan buaian akan dihias dengan begitu cantik. Dalam acara ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dalam memberikan nama yang sesuai kepada bayi, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang bertuah dan bersesuaian dengan bintang akrasanya mengikut kalender Hindu. Dalam memberikan nama bayi, bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu agama oleh golongan wanita. Kami sekumpulan saling bertolak-ansur dan tolong menolong dalam melaksanakan kerja kursus ini. Sekarang kami lebih mengenali antara satu sama lain dan berkaitan dengan masyarakat India. Pantang larang kaum India hampir sama dengan mana-mana kaum di Malaysia kerana semua
29

pantang larang ini muncul bagi mencegah atau menggelakkan kanak-kanak kecil membuat benda yang tidak senonoh atau benda yang boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. Setiap pantang larang ada rasionalnya. Kami juga belajar bagaimana menggunakan perisian photoshop untuk mengedit gambar yang digunakan. Disamping itu, kami membuat video menggunakan movie maker dimana benda ini adalah baru bagi kami. Kami juga menjalankan temubual dengan salah seorang kaum India untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih. Sekarang kami tahu bagaimana untuk mengedit gambar, membuat video, membuat sari kata atau dalam bahasa Inggeris iaitu subtitle dan bagaimana memasukkan suara di dalam video. Semua ini memberikan pengalaman baru dan pengetahuan baru kepada kami. Kami bertuah kerana diberi peluang untuk melaksanakan kerja kursus ini. Kami berharap kerja kursus seperti ini akan dijalankan secara berterusan. Perlaksanaan kerja kursus ini menjadikan kami sebagai bakal guru menjadi lebih mantap dan berpengetahuan. Kemahiran yang kami dapat perlu ada pada semua guru bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif dan berkesan.

30

5.0 Bibliografi (n.d.). Retrieved Februari 19, 2013, from http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf (n.d.). Retrieved Februari 20, 2013, from http://www.scribd.com/doc/25521662/PantangLarang-Kaum-India (n.d.). Retrieved Februari 21, 2013, from http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multiracial-malaysia.html (n.d.). Retrieved Februari 22, 2013, from http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm (n.d.). Retrieved Februari 21, 2013, from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakatmajmuk/3243-masyarakat-india-di-malaysia.html (n.d.). Retrieved Februari 19, 2013, from http://www.scribd.com/doc/25521662/PantangLarang-Kaum-India A.Masjid, N. A. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxfard Fajar Sdn.Bhd. Deraman, A. (1953). Perayaan. Selangor Darul Ehsan: Tien Wah Press (Pte) Limited. Hanum, Z. (1987). Tradisi dan Budaya. Selangor Darul Ehsan: Kim Hup Lee Printing Co Pte Ltd. M.Rajatheran. (1994). Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Noriati A.Rashid, B. P. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

31

6.0 BORANG KOLABORASI


NAMA PELAJAR : JOSEPH ANAK BANSA, MUHAMMAD

.FARID ISMAIL, WONG TOH UNG KUMPULAN MATA PELAJARAN KOD KURSUS PENSYARAH TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN Penyerahan tugasan oleh pensyarah Mencari maklumat dan 20 Feb 2013 bahan-bahan yang berkaitan dalam internet dan pusat sumber Menghantar draf awal kepada pensyarah Memberikan gambaran awal tugasan yang dilaksanakan Mencari daripada pelbagai bahan : PISMP KAJIAN SOSIAL AMB JAN 2011 :BUDAYA DAN PEMBELAJARAN : EDU 3106 : CIK PATMAH BINTI BUSTAMAN ULASAN Pensyarah menerangkan perkara mengenai tugasan TANDATANGAN

18 Feb 2013

22 Feb 2013

24 Feb 2013

Memperbaiki dan mengemaskan tugasan

Berbincang mengenai kelemahan tugasan

1 Mac 2013

Menghantar tugasan

Tugasan dihantar kepada pensyarah

32

7.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS


Kursus Nama : : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 JOSEPH ANAK BANSA, MUHAMMAD FARID ISMAIL,

WONG TOH UNG Langkah Aktiviti/Respon Menghadiri taklimat KKBI Menerima KKBI Pihak Terlibat Pensyarah Tarikh Catatan

Pelajar dan pensyarah

18/2/2013

Mengumpul 3 maklumat yang berkaitan Menyediakan rangka KKBI Berbincang mengenai 5 rangka yang telah dibuat bersama-sama pensyarah Pelajar dan pensyarah 24/2/2013 Pelajar 20/2/2013

Pelajar

22/2/2013

Melengkapkan KKBI

Pelajar

27/2/2013

Menghantar KKBI

Pelajar

1/3/2013

33

8.0 Rujukan dan Lampiran 1.0 PENDAHULUAN Migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India.70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu. 2.0 PENGENALAN KEPADA AGAMA HINDU Perkataan Hindu tidak ada di dalam kitab-kitab agama Hindu yang awal. Agama Hindu pada mulanya dikenali dengan namaSanadhana Dharma (agama yang kekal). Penganut Hindu percaya kepada banyak dewa dan dewi yang jumlahnya sehingga ke 330 juta. Agama Hindu telah disusun semula ke dalam enam mazhab (sub sects) yang besar oleh Athi Sankara Chariya yang mana setiap mazhab mempunyai dewanya tersendiri. Keenam-enam dewa inipula dikatakan berasal dari Brahman (sumber) yang sama.Mazhab-mazhab tersebut adalah Sowram iaitu pemujaan matahari, Saivam bertuhankan Siva, Kowmaram bertuhankan dewa Subramaniam, Vaishnawam bertuhankan Vishnu,Ganapathiyam bertuhankan dewa Ganapathy dan Saakthambertuhankan Sakthi (tuhan wanita). Semua mazhab mempunyai pengikut masing-masing kecuali Sowram. Setiap mazhab mempunyai cara beribadah, pemujaan dan mantra tersendiri. Selain daripada itu, terdapat Trimurthi atau rangkaian tiga tuhan iaitu Brahma, Vishnu dan Siva. Setiap tuhan mempunyai tugas masing-masing iaitu Brahma tuhan yang mencipta, Vishnu tuhan yang memberi perlindungan dan Siva tuhan yang menghancurkan.Dinyatakan dalam kitab Hindu, Chandogya Upanishad (Chap 6 Sec 2 Verse 1) Ekam Evad Vitiyam yang bermaksud Dia hanya satu dan bukan dua. Dalam Rig Veda, Vol.6,45:16: disebut "There is only One God, worship Him." Konsep ketuhanan Hindu berasaskan kepada penyembahan patung dan berhala yang mempunyai beberapa ciri tertentu. Adatuhan disembah berupa manusia (seperti Rama, Subramaniam,Krishna, dll), haiwan (monyet, lembu, ular, dll) dan alam semula jadi (api, matahari, gunung-ganang, dll). Shwetashvatara Upanishad 4:19 menyatakan Na tasya pratima asti yang bermaksud Tidak ada wajah atau rupa bagiNya. Manakala dalam kitab Panniru Thirumurai/Thevaram yang lazim digunakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia disebut karpanai kadantha jothi KARUNAI yeh uruvam aagi yang bermaksud Tuhan dalam bentuk Nur yang tidak dapat dibayang rupaNya, sifatNya berupa Rahman dan Rahim. Pada kepercayaan penganut Hindu, tuhan boleh menjelma menjadi manusia dan haiwan. Institusi ketuhanan Hindu sama seperti manusia, di mana mereka juga beristeri dan mempunyai anak. Walau bagaimanapun dalam kita suci awal agama Hindu,Shwetashvatara Upanishad 6:9 menyatakan na casya kas cij janita na cadhipah yang bermakna Dia tidak dilahirkan atau tidak melahirkan. Manakala lembu pula merupakan binatang yang suci dalam agama Hindu dan diharamkan membunuhnya. Sebaliknya terdapat bukti di dalam kitab Rig Veda lembu pernah dikorbankan

34

dan dipanggang dalam upacara keagamaan. Matha, Pitha, Guru, Deva pula merupakan konsep ibadah yang penting. Kitab-kitab suci agama Hindu yang penting adalah seperti Veda(iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Soma Veda dan Atharva Veda), Upanishad, Mahabaratha, Bhagavadgita, Ramayana, Puranadan Tantaras serta kitab Panniru Thirumurai dan Thevaram. Konsep ibadah dalam agama Hindu lebih kepada penyembahan berhala dan menyambut perayaan keagamaan seperti Deepavali, Ponggal, Thaipusam dll. Penganut Hindu percaya mereka akan dilahirkan semula setelah mereka mati. Walau bagaimanapun mereka tidak semestinya dilahirkan semula sebagai manusia.Ramai juga yang percaya tentang adanya syurga dan neraka. Institusi sosial dalam agama Hindu banyak dipengaruhi olehsistem kasta. Pada asalnya hanya terdapat empat kasta iaituBrahmin, sudra, vyasa dan satria. Kemudian sistem kasta ini berkembang sehingga melebihi dua ribu kasta. Ada kasta yang bersandarkan pekerjaan turun temurun. Biasanya seseorang itu tidak boleh menukar kastanya. Akibat dari sistem kasta yang mendiskriminasi, adalah sukar untuk melihat kesamaan dan persaudaraan dalam masyarakat Hindu. Wanita tidak mempunyai sebarang hak asasi. Sebelum berkahwin dia patuh kepada ibubapanya dan setelah berumah tangga terpaksa akur kepada suaminya. (Mahabharata 3:231.) Seorang wanita tidak boleh berkahwin semula setelah kematian suaminya.Wanita juga tidak boleh mewarisi harta keluarganya ataupun harta suaminya. Lazimnya wanita Hindu lebih suka mati sebelum suaminya mati. 3.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT INDIA Masyarakat India merupakan satu kelompok manusia yang amat kaya dengan kebudayaan dan tradisi. Hampir kesemua amalan masyarakat India mempunyai nilai-nilai serta maksud yang tersirat.Namun kebudayaan dan keagamaan sering tidak dapat dipisahkan. Antara amalan-amalan yang popular di kalangan masyarakat India adalah seperti menyambut kelahiran, upacara memberi nama, menindik telinga, mencucuk hidung, meletak tanda pada dahi dan mencapai baligh. Selain itu makanan, perkahwinan dan kematian di kalangan masyarakat India juga berbeza dari kebudayaan masyarakat yang lain di Malaysia. Pakaian tradisional masyarakat India adalah seperti sari, veesthi, pakaian Punjabi, gurtha dll. Pemakaian baju dan seluar moden diterima secara luas. Memakan makanan di atas daun pisang merupakan salah satu adat asas masyarakat India. Daun pisang digunakan atas sebab kesihatan dan kebersihan. Manakala makanan popular orang Indiaadalah seperti tosai, capatti, idli, vade, puri dll. Ramai orangorangIndia mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian) di atas faktor keagamaan. Pokok pisang mempunyai nilai tradisi yang tinggi. Biasanya pokok pisang digunakan di dalam upacara perkahwinan, menyambut hari kelahiran dan menyambut hari-hari kebesaran keagamaan. Pokok pisang melambangkan kesinabungan atau persaudaraan dan kesejahteraan yang berkekalan. Salah satu daripada tradisi orang India adalah kolem iaitu lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik. Kolem juga menggambarkan perasaan seseorang. Kolem dibuat dengan tepung beras atau beras yang dibancuh dengan warna. Memecah buah kelapa di upacara keagamaan dan keramaian membawa maksud untuk menyelesaikan segala kebuntuan dan masalah. Di samping itu kelapa juga dipecahkan dengan

35

diiringi doa supaya tuhan menghancurkan ketakaburan seseorang seperti mana kelapa itu berkecai, dan menyucikan hati mereka seperti isi kelapa yang putih. Membunyikan loceng di kuil dan memainkan alat-alat muzik seperti melam (gendang) dan nadaswara adalah bertujuan untuk menarik perhatian penganut Hindu terhadap tuhan mereka dan menjauhkan suara-suara yang sumbang dari didengar oleh tuhan. Pottu atau meletak tanda bulat di dahi mempunyai fungsi sosial dan keagamaan. Tanda merah (kum-kum) adalah simbol Dewi Sakti, tanda kuning atau cendana membawa maksud Dewa Siva dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir. Tanda hitam juga melambangkan seseorang itu masih dara. Kini pelbagai warna digunakan untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan.Biasanya abu putih diletak di dahi melambangkan kesucian

Orang India Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

9 Jenis Perayaan-Perayaan Yang Disambut Kaum India..!! Muruku, Capati kari merupakan sebahagian daripada budaya orang India di Malaysia... Selain dari itu mereka turut meraikan perayaan2 istimewa mengikut kepercayaan agama mereka.. Jadi Jom kita selongkar antara perayaan2 yang disambut oleh kaum India...!! 9. GOKUL ASHTAMI

Krishna adalah salah satu avatar terkenal Tuhan Vishnu dan tuhan yang mulia ini merupakan anak raja Vasudeva dan isteri Devaki. Gokul Ashtami sebenarnya adalah sambutan selamat hari jadi Tuhan Krishna dan ia sentiasa disambut pada hari kelapan separuh gelap bulan Bhadrapada yang datang terutamanya pada bulan Ogos atau September.

36

Penganut meraikan hari Gokul Ashtami ini dengan kegembiraan yang besar. Terdapat bacaan "Bhagavatam", menyanyi dan berdoa di mana-mana. Kuil-kuil yang dihiasi untuk majlis itu, Kirtans dinyanyikan, loceng dibunyikan, daun telinga ditiup, dan pujianSanskrit dibacakan dalam memuji Tuhan Krishna. 8 - UGADI (TELUGU NEW YEAR)

Ugadi (permulaan; permulaan era) hari tahun baru bagi orang-orang wilayah Deccan India. Walaupun rakyat Andhra Pradesh dan Karnataka menggunakan Ugadi panjang untuk perayaan ini, rakyat istilah Maharashtra perayaan yang sama, yang dipelihara padahari yang sama, Gudi Padwa. Sindhis, orang-orang dari Sindh, meraikan hari yang sama sebagai hari Tahun Baru mereka Cheti Chand. Ugadi disambut padahari yang berlainan setiap tahun kerana kalendar Hindu adalah kalendar lunisolar. Saka kalendar bermula dengan bulan Chaitra(Mac / April) dan Ugadi menandakan hari pertama tahun baru. 7. PANGUNI UTHIRAM FESTIVAL

Perkahwinan Parvati dan Parameshwara, Muruga dan Devasena, dan boleh dipercayai dan Rangamanna berlaku pada hari ini. Dalam bulan: Mac / April. Panguni Uthiram perayaan jatuh pada bulan 'Panguni' (Mac-April). Bulan ini adalah istimewa kerana bintang 'Uthiram' dan'Pournami' yang berlaku serentak.

37

6. MAHA SHIVARATHIRI

"Maha-Sivaratri" adalah suatu perayaan Hindu yang dirayakan pada malam hari keempat belas separuh gelap dalam bulan'Magha', dalam bahasa Tamil 'Masi', yang sepadan dengan Inggeris bulan FebruariMac ', dalam penghormatan kepada Siva,salah satu daripada Trinity Hindu, yang mewakili aspek pemusnah di alam semesta.

5. TAMIL NEW YEAR - PUTHANDU

Puthandu, atau lebih dikenali sebagai Tahun Baru Tamil, sambutan hari pertama tahun baru Tamil tradisional pada pertengahanbulan April oleh orang-orang yang berasal dari Tamil di Tamil Nadu dan Puducherry di India, dan oleh penduduk Tamil di Malaysia, Singapura danSri Lanka. Orang memberi salam antara satu sama lain pada hari ini dengan berkata (Iniya Tamizh PuthaanduNalvazhthukkal). Ini adalah selaras dengan kalendar suria Hindu. Tamilians percaya bahawa ia adalah pada hari Tahun Baru Tamilbahawa Tuhan Brahma memulakan penciptaan dunia. 4. THAIPUSAM

Penganut membuat persediaan untuk merayakan dengan membersihkan diri mereka melalui doa dan puasa. Jawatan pemegang-pemegang Kavadi perlu melalui upacara rumit dan menganggap ianya menyembah kepada Lord Murugan. Pemegang jawatan yang kavadi memerhatikan pembujangan dan mengambil hanya yang tulen, makanan Satvik, sekali sehari, manakala sentiasa memikirkan Tuhan. Pada hari perayaan itu, penganut akan mencukur kepala mereka menjalankan haji di sepanjang laluan yang ditetapkan ketika terlibat dalam perbuatan pelbagai ketaatan, terutamanya membawa pelbagai jenis kavadi (dosa-dosa). Pada yang paling mudah ini mungkin memerlukan membawa periuk susu, tetapi sakit hati daging melalui tusukan kulit, lidah atau pipi dengan lidi Vel juga biasa. Terdapat pelbagai jenis kavadi yang digunakan antaranya Kavadi yang paling mudah adalah kanopi semi 38

bulat dihiasi disokong oleh tongkat kayu yang dibawa di atas bahu, ke kuil. Di samping itu, ada yang mempunyai lembing kecil melalui lidah mereka, atau lembing melalui pipi. Lembing menikam melalui lidahatau pipi mengingatkan beliau sentiasa Lord Murugan. Ia juga menghalang dia daripada bercakap dan memberikan kuasa yang besar daya ketahanan. Lain-lain jenis-kavadi melibatkan cangkuk tersangkut ke belakang dan sama ada ditarik oleh satu lagi berjalan di belakang atau digantung dari lembu jantan dihiasi cart atau lebih baru-baru ini traktor, dengan titik incisions cangkuk yang berbezabeza tahap kesakitan. Amalan yang paling menakjubkan adalah kavadi Vel, asasnya mezbah mudah alih sehingga dua meter, dihiasi dengan bulu merak dan dilampirkan kepada hamba melalui 108 vels yang dicucuk ke dalam kulit pada dada dan belakang. Berjalan dalam api dan deraan boleh diamalkan. Ia mendakwa bahawa penganut yang mengamalkannya akan berkhayal, tidak merasa sakit, tidak darah dari luka mereka dan tidak mempunyai parut yang tertinggal. Walau bagaimanapun, beberapa amalan masochistic yang lebih ekstrem telah dikritik sebagai berbahaya dan bertentangan dengan semangat dan niat untuk agama Hindu.

3. PONGGAL

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi keluarga. 2. VISHU

Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam, sambutan tahun barunya dikenali sebagai Vishu. Walaupun pada asalnya dirayakan penduduk keturunan Malayali di Kerala, India; kini Vishu diraikan masyarakat Malayali di seluruh dunia. Sebagaimana majoriti penduduk kaum India, masyarakat Malayali juga mementingkan amalan melihat objek suci sebagai objek pertama pada subuh hari perayaan. Amalan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa sekiranya seorang individu melihat objek suci pada pagi hari perayaan, maka hidupnya akan bahagia dan mendapat rezeki yang melimpah-limpah

39

1. DEEPAVALI / DIWALI

Hari Deepavali diterjemahkan dengan Deretan Pelita atau Pesta Cahaya. Perayaan ini akan disambut oleh penganut agama Hindu, Sikh dan Jain. Kenapakah penganut agama tersebut menyambut perayaan Deepavali? Hal ini kerana mereka meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yan bererti barisan. Menurut maklumat tambahan di laman Indian Culture Online mendedahkan bahawa hanya penduduk keturunan Malayalam di Keraja, India tidak merayakan Diwali, termasuk mereka yang beragama Hindu. Sebaliknya, penduduk keturunan Malayalam ini meraikan Onam iaitu perayaan sempena musim menuai. BILAKAH PERAYAAN DEEPAVALI DI SAMBUT? Perayaan ini di sambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Pada tahun 2008, perayaan ini disambut pada 30 Oktober 2008. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan. UPACARA YANG DILAKUKAN PADA PAGI DEEPAVALI. Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis merupakan juadah yang popular pada Hari Deepavali.

40

9.0 Esei Kerja Kursus Individu

41

Joseph Bansa

42

Muhammad Farid Ismail

43

Wong Toh Ung

44

You might also like